pengenalans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...u32, 7 orang pembantu farmasi...
TRANSCRIPT
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Jabatan
1.1.1 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Blok Utama
Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mula ditubuhkan sekitar tahun 1900
dengan menggunakan nama Dispensary Kerajaan Muar di lokasi asalnya di Jalan
Petri, Muar. Kemudian ia ditukar nama kepada Hospital Daerah Muar dan berpindah
ke Jalan Salleh (lokasi sekarang) pada tahun 1918. Nama Hospital Pakar Sultanah
Fatimah Muar mula digunakan pada 13 Okt 2003 dimana ianya telah dirasmikan
oleh DYMM Sultanah Hjh Zanariah Binti Tengku Ahmad, Sultanah Johor.
HPSF merupakan hospital ketiga terbesar di Negeri Johor dan menerima
rujukan daripada hospital-hospital lain di bahagian utara Johor iaitu Hospital
Tangkak, Hospital Segamat dan Hospital Batu Pahat. HPSF turut menerima rujukan
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
2
daripada klinik-klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital swasta di sekitar Daerah
Muar termasuk Melaka.
HPSF mempunyai 26 Jabatan / Unit dan 20 wad dengan kapasiti 550 katil.
Klinik-klinik pakar yang terdapat di HPSF adalah klinik pakar perubatan,
pembedahan, oftalmologi, ENT, obstetrik & ginekologi, kulit, psikiatri, pediatrik,
ortopedik dan pergigian. HPSF diketuai oleh Pengarah Hospital Dr. Hj. Ahmad Pauzi
bin Abu.
1.1.2 Jabatan Farmasi Dan Bekalan
Kompleks Jabatan Farmasi
Jabatan Farmasi dan Bekalan diketuai oleh Pegawai Farmasi U52 Puan Fatimah bt.
Abdullah. Anggota terdiri daripada pelbagai kategori iaitu Pegawai Farmasi,
Pembantu Farmasi, Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pekerja
Rendah Awam. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
3
terpenting di HPSF. Beberapa unit di dalam Jabatan Farmasi & Bekalan adalah
seperti berikut:
- Unit Farmasi Klinik Pakar
- Unit Farmasi Bekalan Wad
- Unit Farmasi Pengeluaran Farmaseutikal
- Unit Farmasi Klinikal
- Unit Maklumat Ubat
- Unit Pengeluaran Steril
- Unit Farmakokinetik Klinikal
- Unit Perolehan dan Bekalan
1.1.3 Unit Farmasi Klinik Pakar
Unit Farmasi Klinik Pakar
Unit Farmasi Klinik Pakar adalah unit yang bertanggungjawab membekalkan ubat
kepada pesakit daripada klinik-klinik pakar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan
(A&E), pesakit discaj daripada wad serta pesakit daripada fasiliti Kementerian
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
4
Kesihatan yang lain melalui “Sistem Pendispensan Ubatan Bersepadu (SPUB)”.
Unit ini dianggotai oleh 2 orang Pegawai Farmasi U41, seorang Pembantu Farmasi
U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan
Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di Farmasi Klinik Pakar pada hari
bekerja adalah sekitar 750 hingga 1000 orang pesakit sehari.
Pesakit yang dilayan di Farmasi Klinik Pakar adalah merupakan:
1) Pesakit daripada klinik-klinik pakar
Pesakit yang datang mengambil ubat setelah berjumpa Pakar / Pegawai
Perubatan melalui temujanji di klinik-klinik pakar seperti perubatan, pembedahan,
ortopedik, ENT, oftalmologi, psikiatri, pediatrik, O&G dan dermatologi.
2) Pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan
Pesakit yang diberi bekalan separa dan perlu datang ke farmasi untuk
mengambil baki bekalan ubat mereka.
3) Pesakit Discaj
Pesakit yang discaj daripada wad-wad HPSF setelah selesai menerima rawatan
di wad.
4) Pesakit daripada Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E)
Pesakit yang mendapatkan rawatan kecemasan tanpa temujanji.
5) Pesakit yang menggunakan Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
5
Pesakit daripada fasiliti KKM lain yang telah membuat permohonan untuk
mengambil bekalan ubat ulangan di fasiliti yang berdekatan dengan tempat
tinggal mereka.
Farmasi adalah merupakan destinasi terakhir bagi pesakit dalam menerima
rawatan, maka seharusnya persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan dan tahap
profesionalisma yang tinggi perlu dipamerkan. Masa menunggu adalah menjadi kayu
ukur pelanggan ke atas kualiti perkhidmatan, banyak aduan diterima berkaitan
dengan masa menunggu yang lama. Lantas tercetuslah idea menghasilkan satu
inovasi bagi mengatasi masalah ini.
2.0 INOVASI “SMS & AMBIL”
2.1 Pengenalan/ Latar Belakang Projek Inovasi
Masalah masa menunggu di farmasi hospital-hospital kerajaan merupakan masalah
yang sukar dielakkan terutamanya semasa waktu puncak. Ini berikutan anggota
yang terhad serta bilangan pesakit yang sentiasa bertambah setiap tahun. Piagam
Pelanggan di Farmasi Klinik Pakar menjanjikan 90% pesakit mendapat bekalan ubat
dalam masa 30 minit, manakala selebihnya dalam masa 30 – 60 minit.
Bertitik tolak daripada pelaksanaan Inovasi “SMS & Ambil”, masa menunggu pesakit
yang menggunakan perkhidmatan ini dapat dikurangkan kepada tidak sampai 5 minit
dan secara tidak langsung masa menunggu pesakit lain yang mengambil bekalan
ubat pertama dapat dikurangkan.
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
6
Projek Inovasi “SMS & Ambil” ini diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan yang
diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik. Ianya adalah merupakan
kesinambungan daripada projek inovasi yang terdahulu iaitu “Computerised
Dispensing System (CDS)” yang dihasilkan oleh anggota Jabatan Farmasi dan
Bekalan HPSF sendiri.
“SMS & Ambil” adalah suatu perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit
yang mengambil bekalan ubatan ulangan di Farmasi Klinik Pakar, HPSF. Pesakit
dalam kategori tersebut boleh mengambil bekalan ubat ulangan tanpa menunggu
lama di Farmasi Klinik Pakar dengan
cara SMS / telefon / fax / email butiran
pesakit (nama & nombor kad
pengenalan sahaja) sebelum datang
mengambil bekalan ubat. Ubat-ubat
akan disediakan dan disimpan di
tempat yang dikhaskan.
Apabila pesakit datang ke farmasi
untuk mengambil bekalan ubat, mereka
perlu terus ke kaunter khas tanpa
mengambil nombor giliran, dan ubat
akan dibekalkan kepada mereka serta
merta.
Inovasi ini merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Jabatan
Farmasi hospital-hospital kerajaan di Malaysia dan telah diseragamkan di semua
hospital-hospital serta klinik-klinik kesihatan utama di Negeri Johor mulai 1 Januari
2008.
Bunting Perkhidmatan “SMS & Ambil”
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
7
2.2 Objektif Inovasi
Objektif Khusus
a. Mengurangkan masa menunggu pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan
di Farmasi Klinik Pakar.
Objektif Umum
a. Mengurangkan masa menunggu semua pesakit di Farmasi Klinik Pakar
b. Mengurangkan beban kerja anggota di Farmasi Klinik Pakar semasa waktu
puncak
c. Memenuhi Piagam Pelanggan Farmasi Klinik Pakar
Ahli Kumpulan Projek Inovasi “SMS & Ambil”
a. Dr. Hj. Ahmad Pauzi b. Abu - Penaung / Ketua Agensi
b. Pn. Fatimah bt. Abdullah - Penasihat
c. Pn. Hjh. Kamaliah bt. Md. Saman - Fasilitator
d. En. Mohamad Azhar b. Bahauddin - Ketua Kumpulan
e. Tn. Hj. Ahmad Shamsi Abd. Kadir - Setiausaha
f. En. Ahmad Hanafiah b. Haron - AJK
g. Pn. Najwar Mohamed - AJK
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
8
2.3 Implikasi Kewangan
Peralatan utama dan kos untuk menjayakan pelaksanaan inovasi :
Jadual 1: Peralatan/kelengkapan serta kos yang diperlukan untuk memulakan
Perkhidmatan “SMS & Ambil”
*program ini dibangunkan sendiri oleh anggota Farmasi HPSF
2.4 Proses Pelaksanaan (kronologi)
2.4.1 Pelaksanaan Inovasi
a. Projek Perintis
o Projek dijalankan secara percubaan di Unit Farmasi Klinik Pakar pada Februari
2006
o Hanya melibatkan pesanan melalui SMS, telefon dan faks
o Pesakit dimaklumkan melalui flyers yang diberikan kepada mereka
2.4.2. Pelaksanaan projek sepenuhnya
o Pada bulan Jun 2006, pelaksanaan projek sepenuhnya telah dilakukan dengan
promosi yang lebih meluas melibatkan penyediaan poster, pamplet, bunting
diletakkan di Farmasi Klinik Pakar serta beberapa klinik pakar di HPSF.
Perkara Harga(RM) x Unit Jumlah Harga
(RM)
Telefon Bimbit (untuk menerima SMS)
sekali sahaja
RM 300 x 1 RM 300
Bayaran bulanan untuk talian telefon SMS
RM 10 sebulan RM 120 setahun
Program khas untuk merekod data pesakit
Percuma* Percuma*
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
9
o Memberikan nama “SMS & Ambil” kepada perkhidmatan ini untuk menarik
perhatian pelanggan.
o Mewujudkan kaunter khas (Kaunter Temujanji) untuk pelanggan “SMS &
Ambil”
o Mewujudkan prosedur kerja yang lebih teratur bagi pembekalan ubat melalui
Perkhidmatan “SMS & Ambil”
2.4.3. Perkembangan projek
o Ogos 2006: Perkhidmatan “SMS & Ambil” ini ditambah dengan penerimaan
pesanan melalui email berdasarkan cadangan daripada pesakit melalui peti
cadangan di farmasi.
o Jun 2007: Unit Farmasi Klinik Pakar juga melaksanakan Perkhidmatan
Kaunseling melalui SMS dan telefon (Telekaunseling) dengan menggunakan
talian “SMS & Ambil”
o September 2007: Projek Inovasi “SMS & Ambil” memenangi Pertandingan
Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan 2007
di Hotel Bayview, Melaka
o Disember 2007: Diberikan 1 booth untuk Inovasi “SMS & Ambil” pada Hari
Kualiti KKM 2007 di Hotel Legend, Kuala Lumpur serta mendapat pujian
daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Y.B. Dato‟ Dr. Abd. Latif beserta
pegawai-pegawai kanan KKM.
o Disember 2007: Dipersembahkan dalam mesyuarat bersama Pengarah
Kesihatan Negeri Johor bersama Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri
Johor dan Pengarah-Pengarah Hospital Negeri Johor di Pasir Gudang, Johor.
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
10
o Januari 2008: Pengarah Kesihatan Negeri Johor mengarahkan Perkhidmatan
“SMS & Ambil” diseragam dan dilaksanakan di semua hospital di seluruh
Negeri Johor dengan mengekalkan nama “SMS & Ambil”.
o Januari 2008: Mendapat pengiktirafan khas daripada Pengarah HPSF Muar
pada Hari Ucapan Dasar Peringkat Hospital dengan Anugerah Khas
Pengarah.
o Mac 2008: Inovasi “SMS & Ambil” dibincangkan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Amalan dan Pembangunan Farmasi KKM di Kuala
Terengganu sebagai langkah yang dapat mengurangkan masa menunggu di
farmasi dan diseragamkan bagi semua Bahagian Farmasi KKM.
o Mei 2008: Pesakit yang menggunakan Perkhidmatan “SMS & Ambil” boleh
mengambil bekalan ubat sehingga jam 10.00 malam setiap hari. Ini berikutan
Jabatan Farmasi HPSF memulakan perkhidmatan 24 jam di Farmasi Satelit.
o Jun 2008: Mendapat jemputan daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi memberikan taklimat berkenaan
perkhidmatan ini yang akan dilaksanakan di seluruh hospital Negeri Sabah.
o Julai 2008: Kemudahan Parking-Urus-Pergi (PUSPA) diberikan kepada
pengguna Perkhidmatan “SMS & Ambil” yang berminat menggunakannya.
2.4.4. Perancangan masa hadapan
o Menggunakan sistem penerimaan pesanan yang lebih canggih seperti sistem
autoreply kepada penghantar SMS dan sebagainya.
o Meluaskan promosi perkhidmatan melalui pelbagai media untuk menggalakkan
lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan ini.
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
11
2.4.5 Proses kerja Perkhidmatan “SMS & Ambil”
a) Carta aliran: Proses penerimaan dan penyediaan pesanan
Pesakit SMS/telefon/faks/email nama & no kad pengenalan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh pesakit mengambil ubat ulangan
Bekalan ubat pesakit disediakan pada sebelah petang atau semasa ketiadaan/kurang pesakit di farmasi
Ubat yang telah disediakan disimpan di dalam laci-laci khas (berlabel)
Rekod butiran pesakit dan nombor laci ubat mereka disimpan di dalam Fail Rekod Panggilan SMS/Telefon/Faks/Email
b) Carta aliran: Proses pendispensan pesanan yang telah disediakan
Pesakit datang ke Farmasi Klinik Pakar dan terus ke Kaunter Temujanji (Kaunter 4)
Pesakit memaklumkan telah menggunakan Perkhidmatan SMS & Ambil serta menyerahkan preskripsi
Butiran pesakit disemak oleh anggota dan ambil ubat pesakit yang telah disediakan berdasarkan nombor laci seperti yang telah direkodkan
Ubat yang telah disediakan disemak berdasarkan preskripsi yang dibawa pesakit
Dispens ubat kepada pesakit
Rekod tarikh ubat diambil
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
12
2.5 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan /
Agensi / Negara
2.5.1 Output a) Aliran proses kerja selepas inovasi
Rajah 1: Carta Proses Kerja Pembekalan Ubat Selepas Inovasi
Proses kerja ini telah dilaksanakan di luar waktu puncak sebelum pesakit
datang untuk mengambil bekalan ubat.
Seluruh prosedur ini telah dilaksanakan sebelum pesakit datang ke Farmasi Klinik Pakar melalui pesanan SMS / telefon / faks / email.
Pengisian Ubat
Tidak lengkap Saring Preskripsi dan beri nombor giliran
Terima Preskripsi
Rekod dan penyediaan label
Dispens ubat dan kaunseling jika perlu
Semakan semula bekalan ubat
Hubungi preskriber
Salah
Pesakit datang terus ke kaunter temujanji
prosedur ini tidak perlu dilalui lagi oleh pesakit yang mengambil ubat ulangan
Pesakit pulang
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
13
b). Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar selepas inovasi
Rajah 2 : Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar mulai Januari 2005 – Februari 2006 (sebelum inovasi)
Rajah 3 : Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar dari Februari 2006 – Julai 2007 (selepas inovasi)
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Bulan
Pera
tus
<30 minit 30-60 minit >60 mint
<30 minit 61 72.1 78.9 70.6 62.6 61.7 63.3 76.9 71.4 79.7 88.6 96.7 91.7 95.9 89.9 95.2 96.5 92.2
30-60 minit 38.8 24.9 20.3 27 32.8 29.6 33.8 19.7 28.6 20.3 11.1 3.3 8.3 4.1 10.1 4.8 3.5 7.8
>60 mint 0.2 3 0.8 2.4 4.6 8.7 2.9 3.4 0 0 0.3 0 0 0 0 0 0 0
Feb
'06
Mac
'06
Apr
'06
Mei
'06
Jun
'06
Jul
'06
Ogos
'06
Sept
'06
Okt
'06
Nov
'06
Dis
'06
Jan
'07
Feb
'07
Mac
'07
Apr
'07
Mei
'07
Jun
'07
Jul
'07
81.5
61.2
8278.6
83.4
89.6 89.7
8185
66.5
62
71
75.6
61
18.5
23.8
17.5 18.5
13.810 9.8
1915
33 33.1
24 23.4
38.8
0 0 0.52.9 2.8
0.4 0.5 0 0 0.5
4.9 5
1 0.20
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Jan
'05
Feb
'05
Mac
'05
Apr
'05
Mei
'05
Jun
'05
Jul
'05
Ogos
'05
Sept
'05
Okt
'05
Nov
'05
Dis
'05
Jan
'06
Feb
'06
Bulan
Pe
ratu
s
<30 minit 30-60 minit >60 mint
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
14
Rajah 4: Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar dari Ogos 2007 – Julai 2008 (selepas inovasi)
Nota:
Didapati masa menunggu di Farmasi Klinik Pakar semakin baik sejak Perkhidmatan
“SMS & Ambil” diperkenalkan pada awal 2006. Terdapat penurunan dipertengahan
2006 akibat reshuffling pembantu farmasi, dan memerlukan masa untuk memahirkan
diri dengan kerja di Farmasi Klinik Pakar.
Januari 2007 merupakan pertama kali piagam pelanggan dapat dicapai sejak
penggunaan CDS di Farmasi Klinik Pakar iaitu sekitar Oktober 2004. Sejak itu, masa
menunggu di Farmasi Klinik Pakar dapat dikekalkan dengan baik berikutan pelbagai
usaha yang dijalankan untuk mengurangkan masa menunggu termasuklah
Perkhidmatan “SMS & Ambil”
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Bulan
Pera
tus
<30 minit 30-60 minit >60 minit
<30 minit 89.3 94.3 87.8 87.9 77.3 90 95.4 85.3 89.5 87.5 92.9 93.5
30-60 minit 10.7 15.6 12.2 12.1 22.7 9.6 4.6 14.7 10.5 12.5 7.1 6.5
>60 minit 0 0 0 0 0 0.4 0 0 0 0 0 0
Ogos '07 Sept '07 Okt '07 Nov '07 Dis '07 Jan '08 Feb '08 Mac '08 April '08 Mei '08 Jun '08 Jul '08
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
15
Objektif kualiti tidak tercapai pada bulan Oktober – Disember 2007 kerana Pegawai
Farmasi Provisional (PRP) sesi 2006/07 tamat latihan dan digantikan dengan PRP
baru yang masih kurang kemahiran dan kecekapan. Pada bulan November 2007,
seorang Pembantu Farmasi U29 Unit Farmasi Klinik Pakar telah bersara, manakala
seorang lagi berpindah.
Pada sekitar bulan Mac-Mei 2008, 2 orang Pembantu Farmasi U29 cuti
bersalin dan memberi sedikit kesan kepada perkhidmatan Farmasi Klinik Pakar.
Namun begitu, secara keseluruhannya masa menunggu pesakit di Farmasi Klinik
Pakar adalah jauh lebih baik berbanding sebelum inovasi (rujuk Rajah 2).
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
16
c) Proses Pendispensan Sebelum & Selepas Inovasi
SEBELUM SELEPAS
Penyaringan preskripsi & ambil nombor giliran
(15 saat)
Tidak perlu mengambil nombor giliran, terus serah preskrispsi di Kaunter Temujanji
(30 saat)
Rekod & cetak label (30 saat)
Telah disediakan terlebih dahulu
Pengisian ubat (45 saat)
Semak silang dan pelabelan (4.5 minit)
Dispens ubat kepada pesakit (1 minit)
Dispens ubat kepada pesakit (1 minit)
Kaunseling (jika perlu)
Kaunseling (jika perlu)
7 minit Jumlah masa keseluruhan
proses pendispensan 1.5 minit
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
17
SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI
Pesakit perlu beratur untuk mengambil nombor giliran
Pesakit tidak perlu lagi mengambil nombor giliran, terus ke Kaunter
Temujanji
Perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat
Tidak perlu lagi menunggu, bekalan ubat diperolehi serta merta
Tekanan bekerja yang tinggi semasa
waktu puncak
Kurang tekanan kerja semasa waktu puncak
Piagam Pelanggan tidak dapat
dipenuhi
Piagam Pelanggan dapat dipenuhi
Waktu untuk mengambil ubat
ulangan hanya sehingga jam 6.00 petang setiap hari
Pesakit boleh mengambil ubat yang telah dipesan sehingga jam 10.00 malam
setiap hari
Kesukaran mendapatkan tempat
letak kenderaan
Keistimewaan PUSPA telah memudahkan pesakit meletak kenderaan
2.5.2 Replicability
Pada bulan Januari 2008, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah
mengarahkan Perkhidmatan “SMS & Ambil” diseragam dan dilaksanakan di
semua hospital di seluruh Negeri Johor dengan mengekalkan nama “SMS &
Ambil”.
Manakala pada Mac 2008, inovasi “SMS & Ambil” dibincangkan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Amalan dan Pembangunan Farmasi KKM di
Kuala Terengganu sebagai langkah yang dapat mengurangkan masa menunggu
di farmasi dan diseragamkan bagi semua Bahagian Farmasi KKM.
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
18
Pada bulan November 2009, perkhidmatan SMS & Ambil telah dipilih sebagai
salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang dipantau di bawah bilangan
hospital dan klinik kesihatan yang menawarkan pilihan untuk mendapatkan ubat
bagi pesakit rawatan jangka panjang.
2.5.3 Penjimatan Masa
a. Masa menunggu pesakit
Masa menunggu pesakit terutamanya pesakit yang mengambil ubat
ulangan yang mengambil ubat dapat dijimatkan.
Bekalan ubat boleh diperolehi serta-merta tanpa menunggu lama
Pesakit tidak perlu lagi beratur mengambil nombor giliran.
b. Masa dalam penyediaan ubat ekstemporaneous
Ubat ekstemporaneous merupakan ubat dalam bentuk cecair yang perlu
dibuat/dibancuh sendiri oleh anggota farmasi dengan menggunakan
sediaan tablet/kapsul yang ada kerana tidak terdapat sediaan ubat
tersebut dalam bentuk larutan di farmasi/pasaran. Kebiasaanya ubat ini
adalah untuk kanak-kanak/bayi bagi rawatan penyakit jantung, sawan dan
sebagainya. Ubat ini perlu dibuat/dibekalkan setiap 2 minggu kerana faktor
stabiliti ubat.
Masa yang diperlukan untuk menyediakannya adalah agak lama kerana
tablet perlu dihancurkan terlebih dahulu sebelum dilarutkan untuk menjadi
larutan. Ianya boleh mencapai 5-10 minit bagi setiap sediaan bergantung
kepada kemahiran anggota.
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
19
Jika pesakit menggunakan perkhidmatan “SMS & Ambil” ubat mereka
dapat disediakan lebih awal sebelum pesakit datang ke farmasi. Maka
mereka tidak perlu menunggu lama terutamanya jika perlu datang ke
farmasi setiap 2 minggu.
2.5.4 Peningkatan Produktiviti
Pesakit atau kaum keluarga pesakit yang perlu datang untuk mengambil
bekalan ubat pada setiap bulan / minggu tidak perlu mengambil cuti atau off
untuk pergi ke farmasi. Oleh kerana masa menunggu pengguna Perkhidmatan
“SMS & Ambil” adalah kurang 5 minit, maka pesakit atau ahli keluarga pesakit
boleh datang ke farmasi pada hari cuti umum, waktu rehat tengahari atau
selepas waktu kerja sehingga jam 10.00 malam. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan produktiviti mereka.
2.5.5 Mesra Pelanggan
Satu kajian kepuasan pelanggan terhadap pesakit yang menggunakan
perkhidmatan “SMS & Ambil” telah dilaksanakan sepanjang bulan Februari –
April 2007. Data yang diperolehi menunjukkan 100% daripada responden telah
menggunakan perkhidmatan “SMS & Ambil” kerana tidak mahu menunggu
lama di farmasi, dan 100% responden juga berpendapat perkhidmatan ini
adalah amat baik dan memudahkan pesakit.
Ubat
dipreskrib
untuk tempoh
6 bulan
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
20
2.6 Pengiktirafan Dalam / Luar Negara
o September 2007: Projek Inovasi “SMS & Ambil” memenangi Pertandingan
Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan 2007
di Hotel Bayview, Melaka
o Disember 2007: Diberikan 1 booth untuk Inovasi “SMS & Ambil” pada Hari
Kualiti KKM 2007 di Hotel Legend, Kuala Lumpur serta mendapat pujian
daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Y.B. Dato‟ Dr. Abd. Latif beserta
pegawai-pegawai kanan KKM.
o Januari 2008: Mendapat pengiktirafan khas daripada Pengarah HPSF Muar
pada Hari Ucapan Dasar Peringkat Hospital dengan Anugerah Khas
Pengarah.
3.0 PENUTUP
Inovasi „SMS & Ambil” ini merupakan suatu perkhidmatan yang mudah
digunakan dan amat bermanfaat dalam mengurangkan masa menunggu pesakit di
Farmasi Klinik Pakar. Selain kos untuk memulakan projek yang rendah, kos untuk
pelanggan menggunakan perkhidmatan ini juga murah iaitu berdasarkan caj SMS,
telefon, email dan faks yang biasa sahaja tanpa kos tambahan.
Secara tidak langsung, perkhidmatan ini dapat mengurangkan beban kerja
anggota Farmasi Klinik Pakar pada waktu puncak sekiranya pesakit-pesakit yang
mengambil ubat ulangan menggunakan perkhidmatan ini. Statistik masa menunggu
membuktikan pencapaian yang memberangsangkan.
Sehingga kini semua hospital utama dan beberapa klinik kesihatan di Negeri
Johor telah melaksanakan Perkhidmatan “SMS & Ambil”. Di samping itu, jabatan
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor
21
farmasi di negeri-negeri lain menunjukkan minat untuk mempraktikkan perkhidmatan
ini melalui pelawaan dan jemputan mengadakan ceramah di tempat mereka.
Perkhidmatan yang baik sahaja tidak memadai jika tiada sokongan daripada
pihak pengurusan atasan. Sokongan daripada pihak Jabatan Farmasi, Pengarah
HPSF, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi Johor serta Pengarah
Kesihatan Negeri Johor sendiri telah memberikan semangat bagi pihak Farmasi
HPSF untuk melaksanakan serta menambahbaik perkhidmatan sediada. Apa yang
diharapkan ialah perkhidmatan ini dapat dikongsi bersama semua farmasi di seluruh
negara demi kemajuan perkhidmatan farmasi kearah pemodenan perkhidmatan
serta demi menjaga kepentingan dan kebajikan pelanggan (pesakit) sentiasa
terpelihara.