pkgkedaitanjong.files.wordpress.com · web viewbagi menjamin keberkesanan perancangan dan...

5
Pengurusan Kurikulum Pusat Kegiatan Guru KT 1.Menurut Tyler mengatakan , kurikulum ialah segala pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Ia meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pencapaian murid-murid. 2. Menurut Prof. Dr. Saedah Siraj (2008) kurikulum adalah satu bentuk ataupun perancangan sesebuah institusi atau negara dan kurikulum itu sendiri mempunyai pengertian yang luas yang mencakupi seluruh program yang dirancang. 3. Hass (1987) mengatakan kurikulum adalah seluruh pengalaman yang diperolehi oleh setiap individu pelajar dalam sesuatu program pendidikan-bertujuan untuk mencapai sasaran- sasaran yang lebih luas serta objektif-objektif tertentu berkaitan yang telah dirancang dalam bentuk suatu teori rangka kerja serta kajian ataupun amalan professional pada masa lepas dan masa kini. Dengan itu dapat dikatakan, kurikulum merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kursus serta kegiatan luar bilik darjah seperti kelab, unit beruniform, sukan dan permainan bagi membantu murid-murid mencapai perrkembangan dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. 4 Sehubungan dengan itu bagi menjamin dan memantapkan lagi pengurusan kurikulum di peringkat Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong khasnya dalam memertabatkan lagi pencapaian sekolah- sekolah khususnya dalam bidang akademik berkonsepkan

Upload: lehanh

Post on 15-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pkgkedaitanjong.files.wordpress.com · Web viewBagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10

Pengurusan Kurikulum Pusat Kegiatan Guru KT

1.Menurut Tyler mengatakan , kurikulum ialah segala pembelajaran yang dirancang

dan diarah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Ia meliputi objektif

pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pencapaian murid-

murid.

2. Menurut Prof. Dr. Saedah Siraj (2008) kurikulum adalah satu bentuk ataupun

perancangan sesebuah institusi atau negara dan kurikulum itu sendiri mempunyai

pengertian yang luas yang mencakupi seluruh program yang dirancang.

3. Hass (1987) mengatakan kurikulum adalah seluruh pengalaman yang diperolehi

oleh setiap individu pelajar dalam sesuatu program pendidikan-bertujuan untuk

mencapai sasaran-sasaran yang lebih luas serta objektif-objektif tertentu berkaitan

yang telah dirancang dalam bentuk suatu teori rangka kerja serta kajian ataupun

amalan professional pada masa lepas dan masa kini.

Dengan itu dapat dikatakan, kurikulum merangkumi aktiviti akademik seperti mata

pelajaran dan kursus serta kegiatan luar bilik darjah seperti kelab, unit beruniform,

sukan dan permainan bagi membantu murid-murid mencapai perrkembangan dari

segi intelek,rohani, emosi dan jasmani.

4 Sehubungan dengan itu bagi menjamin dan memantapkan lagi pengurusan

kurikulum di peringkat Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong khasnya dalam

memertabatkan lagi pencapaian sekolah-sekolah khususnya dalam bidang

akademik berkonsepkan pembudayaan teknologi dan ICT beberapa perancangan

dan program telah dirancang dan disusun untuk selama jangka masa setahun.Di

antaranya:

4.1 Pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum peringkat PKG

4.2 Kekerapan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan,permuafakatan.

4.3 Mengadakan bengkel dan kursus berasaskan era ict, dan teknologi

4.4 Mengadakan khidmat bantu ict,pengurusan PSS, dan pemantauan.

4.5 Mengedar dan mempromosi bahan-bahan terbaru dari BTP,BTPN,PKG

Page 2: pkgkedaitanjong.files.wordpress.com · Web viewBagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10

JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM PKG 2010

Pengerusi

Tn.Hj.Kamaruzaman b. Abd.Hamid

(Guru Besar SK Pangkal Kala

N/Pengerusi

En. Alias bin Yunus

(Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG)

Setiausaha

En. Mohd Ismadi bin Ismail

(Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG)

Ahli-ahli

(Semua Pengetua SMK kelompok PKG) (Semua Guru Besar SR kelompok PKG

( 8 buah Sek. Menengah ) (14 buah Sek. Rendah)

Siti Mariani bt Mohd Zain Ft 17 PKG Abd. Manaf b. Sulaiman N 17 PKG

Page 3: pkgkedaitanjong.files.wordpress.com · Web viewBagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10

Bagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di

peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10. Mesyuarat tersebut

telah dihadiri oleh kesemua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah kelompok

PKG Kedai Tanjong.Mana-mana sekolah yang tidak dihadiri pengetua atau guru

besar, mereka telah menghantar wakil masing-masing bagi mengikuti mesyuarat

tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh yang berusaha Tn. Hj.

Kamaruzaman bin Abd.Hamid Guru Besar Sek. Keb. Pangkal Kala merangkap

Pengerusi PKG.

Antara isu yang diberi keutamaan dalam mesyuarat tersebut ialah penggunaan

ICT makmal komputer, penggunan Pusat Akses Sekolah, penggunaan Pusat

Sumber Sekolah,(i-PSS), SSQS,Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah,Khidmat

bantu PSS dan pemantauan.Semua ahli mesyuarat bersetuju agar perkara

tersebut diberi perjelasan dan penerangan kepada semua guru di sekolah masing-

masing.

Langkah-langkah mempertingkatkan kemahiran guru dalam teknologi dan ict

1. Kenalpasti guru yang belum /buta ict

2. Mengadakan bengkel secara berpusat di PKG

3. Mengadakan khidmat bantu ict/teknologi

4. Mengenal pasti guru yang pakar teknologi / ict dilantik sebagai guru

pembimbing

5. Menggalakan guru –guru berhubung dan berjumpa sesama mereka dalam

membincangkan berkaitan dengan ict / teknologi pengajaran di PKG.

6. Menggalakan setiap guru ict menyediakan buku pengurusan berkaitan

dengan makmal komputer atau ict

7. Pengetua dan guru besar perlulah perihatin dan peka terhadap pengetahuan

dan kepakaran setiap warga sekolah khusunya guru-guru berkaitan dengan

dunia ict di bidang pengajaran dan pembelajaran mereka.

8 Mengadakan bengkel atau khidmat bantu ICT di sekolah kelompok (lihat

contoh kertas cadangan. (lihat lampiran)

Page 4: pkgkedaitanjong.files.wordpress.com · Web viewBagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10