ifolio.ukm.my · web viewpada awal bulan september yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior...
TRANSCRIPT
LAPORAN
KEMAHIRAN INSANIAH (HHHC 9601): KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
NAMA PELAJAR : FATIN ZAFIRAH BT JUHAR NAWAWI
NO MATRIK : A144477
PENSYARAH PENILAI : DR QODRIYAH BT MOHD SAAD
LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH:
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
PROGRAM : PESTA KONVOKESYEN UKM KALI KE 41
KOD PROJEK : PF/010/000-1213-010
NO KELULUSAN JPPEL : DN 000495/2013
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kemahiran komunikasi mahasiswa/I dengan memberi penerangan
tentang kesihatan kepada masyarakat.
2. Membanty memeperkembangkan sikap professional dalam kalangan mahasiswa/I
FSK dengan menunjukkan imej dan tingkah laku sebagai profession.
3. Menjadi medan untuk para mahasiswa/I mempraktikkan teori telah dipelajari
dalam kuliah supaya lebih berkesan.
4. Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan
keperluan pemeriksaaan kesihatan tahunan.
5. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui tahap kesihatan dengan
melakukan pemeriksaan kesihatan.
6. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UKm dengan masyarakat luar
kampus.
7. Membentuk mahasiswa/I sains kesihatan yang mampu menceburi bidang
keusahawanan terutama selepas bergraduasi.
PERANAN:
Saya telah diberi jawatan sebagai AJK Pemasaran mewakili Fakulti Sains
Kesihatan bagi Pesta Konvo kali Ke-41.Sebagai AJK Pemasaran, saya diberi tugas untuk
mengumpul dana dan mendapatkan sumbangan dari segi kewangan,makanan dan lain-lain
daripada organisasi luar iaitu daripada pihak kerajaan dan swasta.Di samping itu,sebagai AJK
Pemasaran juga,saya diberi tanggungjawab untuk membuat jualan di dalam kawasan Kolej
Tun Syed Nasir(KTSN) dan di Kampus KL bagi menambahkan serba sedikit dana.
TARIKH MESYUARAT:
Mesyuarat antara Exco dan AJK diadakan pada 21/9/13 , 28/9/13 , 3/10/13 ,
8/10/13 , 15/10/13 , 18/10/13 , 19/10/13 , 23/10/13 , 25/10/13 , 28/10/13 , 29/10/13 dan
26/11/13 . Mesyuarat ini diadakan di lokasi yang berlainan bergantung kepada keadaan.
Perancangan Program
Pada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior
Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah berkenalan dengan
senior Tahun Dua yang juga merupakan Exco Pemasaran Pesta Konvo UKM ,saya telah
memilih untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pemasaran dan
memikul tanggungjawab yang diberi.Semua bukti tarikh mesyuarat dan kandungan mesyuarat
seperti yang terdapat di Lampiran 1.
Pada 21 September 2013 bertempat di Surau D,satu sesi pengenalan diri antara Exco
dan AJK Pemasaran yang lain diadakan. Exco juga memberikan penjelasan yang lebih
mendalam tentang program yang bakal dilangsungkan dan menjelaskan tujuan sebenar
mesyuarat diadakan.Selain itu ,mesyuarat pada hari itu juga diadakan untuk menjelaskan
tentang skop kerja AJK Pemasaran Pesta Konvo UKM dan exco juga membahagikan link
mesej.Perjumpaan ini merupakan perjumpaan pertama saya dalam program di UKM yang
melibatkan diri sebagai AJK Pemasaran.Menepati masa merupakan nilai yang perlu ada
dalam diri setiap pelajar ketika ingin menghadiri mesyuarat.Kami juga dinasihatkan supaya
menguruskan masa dengan cekap agar dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan
sempurna serta mengelakkan melaksanakan tugas pada saat-saat akhir.Selain itu,kami juga
mestilah bertanggungjawab dan bekerjasama antara ahli-ahli yang lain semasa
menjalankan tugas.Melakukan kerja secara berpasukan juga penting supaya melancarkan
perbincangan dan program.
Pada perjumpaan-perjumpaan seterusnya diadakan di tepi DSG ,Exco menerangkan
kepada kami cara-cara yang betul untuk menghubungi syarikat sponsor menggunakan
khidmat i-Talk dan memberi senarai syarikat yang perlu dihubungi oleh setiap AJK.Kami
juga dinasihatkan supaya tidak gementar semasa menelefon syarikat kerana akan
meninggalkan kesan yang negatif.Kami mestilah niat dengan ikhlas dan berani seebelum
melakukan tugas kami agar dijauhi daripada perkara-perkara yang negatif.Kami juga
diajarkan cara menggunakan i-talk.
Selain itu,kami juga mengadakan perjumpaan bersama Exco di Pasaraya Untung
Orang ramai(UO).Perjumpaan diadakan di sini supaya kami dapat saling bantu-membantu
untuk membeli bahan membuat sandwich dan memberi kerepek untuk dijual bagi
menambahkan pendapatan.Walaupun agak janggal dengan setiap perjumpaan ,kami
berusaha untuk membiasakan diri berkomunikasi secara formal supaya tidak kekok untuk
program lain.
Pelaksanaan
Selepas Exco mengagihkan senarai nama organisasi dan menerangkan cara-cara
menggunakan i-Talk dan langkah-langkah yang betul untuk berhubung dengan syarikat,kami
terus menghubungi syarikat berkenaan untuk memohon dana.Setiap AJK mendapat
pembahagian sebanyak sepuluh hingga tiga belas syarikat seorang.Semasa menelefon
syarikat itu,kami dikehendaki bercakap berpandukan kertas yang tercatat berkenaan langkah-
langkah menelefon syarikat seperti di Lampiran 2. Kami merujuk kertas itu supaya tidak
tertinggal mana-mana maklumat yang perlu diketahui seperti email,nombor telefon,nama
bos,alamat yang betul dan lain-lain.Keberanian saya untuk bercakap dalam telefon dengan
orang yang tidak dikenali seperti orang yang ‘in charge’ semakin meningkat.Selepas
beberapa kali menelefon,saya tidak gagap lagi dan bertambah yakin.Pada mulanya agak
susah,tetapi makin lama makin senang dan seronok.Melalui tugas ini,saya dapat belajar
berkomunikasi dan menggunakan bahasa yang betul serta formal.Saya juga mestilah
bersabar dan berusaha sehingga panggilan saya dijawab oleh syarikat.Hal ini
kerana,mereka agak sibuk dan perlu menelefon beberapa kali.Tugasan ini memberi kesan
yang positif kepada saya seperti
sabar,berani,bertanggungjawab,berkepimpinan,berkeyakinan dan sentiasa
professionalisme.Sikap-sikap ini perlu ada dalam diri kami untuk menarik minat syarikat-
syarikat memberi dana malahan sikap ini juga mencerminkan diri kami sebagai pelajar UKM.
Selain menelefon,kami juga diberikan tugas untuk menjual makanan bagi
mengumpulkan dana sebanyak mungkin.Antaranya kami menjual kerepek dan
sandwich.Sebelum menjual makanan,kami bekerjasama membeli kerepek dan bahan-bahan
untuk membuat sandwich di pasaraya UO yang berdekatan dengan Kampus KL.Pada setiap
pagi Sabtu,kami bangun awal untuk sama-sama membuat sandwich dan menjual di sekitar
kolej.Setiap AJK mendapat blok masing-masing untuk menjual bagi menjimatkan masa dan
tidak berlaku penjualan di setiap bilik sebanyak dua kali.
Kami juga menjual kerepek di Kampus KL dan mendapat kebenaran bertulis seperti
di Lampiran 5.Aktiviti jualan ini mengajarkan saya bahawa susahnya untuk mencari duit
dengan tangan sendiri.Hal ini kerana,saya perlu bersedia dan bersabar jika jualan
merosot.Aktiviti ini memberi banyak pengajaran keapad saya supaya sentiasa berfikiran
positif dan tidak mudah berputus asa.
Post Moterm
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat melaksanakn program ini
dengan jayanya.Melalui program ini,saya belajar banyak benda baru.Pertama,saya belajar
cara-cara dan bahasa yang betul semasa bermesyuarat.Antaranya memulakan dengan doa
dan mengakhirinya juga dengan doa.Saya juga belajar untuk keluar dari mesyuarat dengan
cara yang betul seperti memohon kebenaran daripada pihak Exco dan ahli-ahli lain.Saya juga
tahu beradab dan bersopan semasa bermesyuarat seperti tidak bermain telefon dan bercakap
kosong dengan kawan-kawan lain.
Selain itu,saya juga tahu cara untuk menggunakan i-Talk kerana inilah pertama kali
saya menelefon menggunakan i-Talk yang ternyata lebih jimat.semasa menghubungi syarikat
juga,saya tahu cara untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa yang formal semasa
bercakap.Contohnya dimulai dengan kata ‘salam’ dan ‘selamat sejahtera’.Saya juga tahu
untuk membuat surat rasmi dengan betul beserta dengan logo UKM dan FSK.Saya juga tahu
cara untuk menghantar surat melalui faks kerana tidak pernah melakukannya.
Di samping itu,saya juga dapat belajar membuat sandwich dengan mudah dan cepat
serta hanya memerlukan sedikit bahan seperti mayonis,telur dan mentega.Semua sandwich
dan kerepek cepat dibungkus apabila bekerjasama dan lakukan kerja dalam kumpulan
dan pasukan antara ahli.Hal ini kerana,tiada kemudahan dapur di kolej.Kami hanya
memerlukan pemanas air sahaja.Saya juga dapat mengetahui bahawa ada jalan terdekat yang
menghubungkan setiap blok G,H dan J.Saya tidak perlu naik turun tangga beberapa kali
untuk dari blok G ke Blok H.
Saya juga mengetahui cara pembahagian masa dengan betul seperti menjadualkan
setiap syarikat yang dihubungi melalui ulasan seperti Lampiran 4.Cara ini penting supaya
setiap tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan supaya tiada syarikat yang
tercicir atau tertinggal untuk dihubungi.Kaedah ini penting untuk menyempurnakan tugas
dengan jayanya.
Akhir sekali,saya dapat berkenalan dengan ramai orang semasa melakukan
penjualan kerepek dan sandwich.Hubungan juga makin rapat tidak kira bangsa dan warna
kulit.Sillaturahim dapat dieratkan dengan hanya melakukan perniagaan secara
kecilan.Program ini amat menyeronokkan dan saya dapat belajar banyak perkara baru.Saya
harap dapat menyertai sebagai Exco Pemasaran untuk membimbing bakal mahasiswa/I Tahun
Satu tahun hadapan.
PEMBUKTIAN
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 1,2,3 dan 4 menunjukkan gambar mesyuarat dan perjumpaan kami di surau D pada 21/9/2013.Kami diingatkan supaya menepati masa dan sampai tepat pada pukul 8.30 malam supaya semua ahi memahami tugas masing-masing.Kami juga hendaklah sentiasa berdisiplin dan menggunakan bahasa yang sopan untuk bertanya kepada Exco.
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 5 dan 6 menunjukkan bukti semasa kerjasama saya menjual kerepek dan sandwich di KTSN.Gambar 7 ialah kawan setugas yang diamanahkan untuk bekerjasama dengan saya untuk menjual di blok-blok yang ditetapkan
LAMPIRAN 1
LAPORAN SEKRETARIAT PEMASARANGERAI PAMERAN DAN PERKHIDMATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-41
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
EXCO : 1. Nur Syairah bt. Mohamad Sabri (A140914) 2. Nor Salwani bt. Rosli (A142356)
AJK: 1. Nabilah bt Rosney (A144455) 2. Nur Hidayah bt Mohamad Pauzi (A144456) 3. Nur Aishah Nadjwa bt. Noor Azhar (A144491) 4. Fatin Zafirah bt Juhar Nawawi (A144477) 5. Khadijah Kamil Bt Shaharuddin (A146639) 6. Nur Fatihah Ainun Binti Hamzah (A144479) 7. Leu Yee Ven (A144480) 8. Nurazilah Samsudin (A144487)
GERAK KERJA:
BIL.
TARIKH/LOKASI
AKTIVITI TINDAKAN
1.Tarikh : 13/9/13
Lokasi : Plazarah
- Persiapan surat-surat yang akan digunakan untuk memohon sumbangan kepada syarikat sponsor.
- Mencari dan mengumpul senarai syarikat sponsor seberapa banyak yang boleh melalui pelbagai medium.
- Pembahagian senarai syarikat sponsor untuk exco.
EXCO PEMASARAN
2.Tarikh : 15/9/13
Lokasi : Plazarah
- Berbincang mengenai strategi dalam menghubungi syarikat sponsor.
- Berbincang mengenai strategi jualan yang akan dibuat bersama-sama dengan ajk nanti.
EXCO PEMASARAN
3.Tarikh : 17/9/13
Lokasi : Pasaraya OU
- Membeli keperluan untuk menghantar surat kepada penaja seperti sampul surat dan setem.
- Membeli kad i-Talk bertujuan memudahkan lagi exco dan AJK untuk menghubungi syarikat penaja.
EXCO PEMASARAN
4.Tarikh : 21/9/13
Lokasi : Surau D
- Sesi pengenalan diri antara exco dan AJK.- Penjelasan lebih mendalam tentang program
yang bakal dilangsungkan.- Exco menjelaskan tujuan sebenar mesyuarat
diadakan.- Penjelasan lebih mendalam tentang skop
kerja ajk pemasaran pesta konvokesyen.- Pembahagian link mesej.
.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
5.Tarikh : 28/9/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco memberi tutorial langkah-langkah untuk menghubungi syarikat sponsor.
- Exco memberi ajk senarai syarikat penaja yang akan dihubungi.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
6.Tarikh : 3/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Pengumpulan jadual kelas semua exco dan AJK untuk tujuan pembahagian jadual bertugas untuk membuat survey harga barang jualan, pembelian barang-barang jualan dan pembahagian untuk menghantar surat ke pejabat pos.
- Exco memberi pandangan tentang penyusunan jadual bertugas dan AJK juga memberi maklum balas yang positif tentang idea penyusunan jadual bertugas tersebut..
EXCO DAN AJK PEMASARAN
7.Tarikh : 8/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco menerangkan semula tentang penyusunan dan pembahagian jadual yang dilakukan pada mesyuarat yang lepas.
- Beberapa perubahan pada jadual bertugas tersebut dilakukan atas persetujuan bersama.
- Exco mengemaskini gerak kerja setiap AJK dalam menghubungi syarikat sponsor.
- Exco meminta supaya setiap ahli jawatankuasa untuk memberikan saiz dan jenis baju masing-masing untuk ditempah dan dihantar pada Exco Tugas-Tugas Khas.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
8.Tarikh : 15/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco mengemaskini semula semua gerak kerja exco dan AJK dalam menghubungi syarikat sponsor.
- Exco berbincang mengenai isu-isu yang berbangkit.
- Exco membuat perancangan seterusnya sebagai sokongan apabila terdapat masalah dalam strategi yang sedang dilakukan.
EXCO PEMASARAN
9.Tarikh : 18/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco dan AJK yang bertugas seperti yang telah dijadualkan dalam jadual tugasan keluar melakukan survey harga kerepek di kedai-kedai berhampiran.
- Exco dan AJK membeli beberapa jenis kerepek dan barang-barang keperluan jualan.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
10.Tarikh : 19/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco memberi penerangan mengenai harga baju yang telah ditempah.
- Exco dan AJK membuat pembungkusan kerepek yang akan dijual.
- Pembahagian kerepek kepada semua exco dan AJK untuk dijual.
- Jualan di sekitar kediaman pelajar Kolej Tun Syed Nasir 1 dijalankan oleh exco dan ajk mengikut jadual yang telah disusun.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
11Tarikh :23/10/13
Lokasi : Tepi DSG
- Exco memaklumkan harga baju yang perlu dibayar oleh setiap exco dan AJK, dan bayaran ini hendaklah dilakukan pada perjumpaan yang seterusnya.
- Exco mengemaskini gerak kerja jualan dan juga perkembangan dalam menghubungi syarikat sponsor.
- Perbincangan isu-isu berbangkit antara exco dan AJK dalam gerak kerja jualan dan dalam menghubungi syarikat sponsor.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
12Tarikh : 25/10/13
Tempat : Pasaraya UO
- Exco dan AJK keluar membeli barang- barang untuk membuat sandwich di Pasaraya Untung Orang ramai(UO).
EXCO DAN AJK PEMASARAN
13 Tarikh : 28/10/13
Tempat : Blok G
- Menyediakan sandwich untuk dijual pada waktu pagi.
- Jualan diagihkan kepada setiap exco danAJK mengikut blok-blok yang ada di KTSN.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
14.Tarikh : 29/10/13
Tempat : Tepi DSG
- Exco mengemaskini gerak kerja jualan dan juga perkembangan dalam menghubungi syarikat sponsor.
- Perbincangan isu-isu berbangkit antara exco dan AJK dalam gerak kerja jualan dan dalam menghubungi syarikat sponsor.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
15.Tarikh : 26/11/13
Tempat :Tepi DSG
- Mengadakan mesyuarat antara exco dan AJK untuk berbincang mengenai laporan postmortem secretariat pemasaran pesta konvokesyen.
EXCO DAN AJK PEMASARAN
LAMPIRAN 2
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENELEFON SYARIKAT UNTUK MEMOHON SUMBANGAN
1. Call syarikat2. Kenalkan :
Lampiran 1 menunjukkan bukti kehadiran AJK Pemasaran,tarikh-tarikh mesyuarat dan pembahagian tugas setiap AJK pada setiap kali mesyuarat.Kehadiran setiap AJK akan diambil.Setiap kali perjumpaan diadakan exco akan memantau setiap tugas yang diberikan kepada AJK.AJK hendaklah melakukan tugas dengan amanah,jujur,bertanggungjawab serta mempunyai sikap akauntabiliti yang tinggi.
a.Ucapan salam atau selamat sejahterab.Nama pemanggilc.Fakulti Sains Kesihatan,UKMd.Beritahu “Kami akan mengadakan Pesta Konvo UKM ke-41,jadi kami ingin memohon sumbangan daripada syarikat encik.”
3. Tanya bagaimana saya hendak memohon sumbangan ini.
4. [disambungkan kepada pegawai yang in-charge]
5. Ulang ayat yang sama (No. 2&3).
6. Pertanyaan tambahan:
a.Cara nak hantar kertas kerja dan surat rasmi
b.Nak hantar melalui?Email/pos/faks,-terustanyakan email/alamat/nombor faks.7. Selepas hantar surat rasmi dan kertas kerja pemasaran,call dan mesej pegawai yang
in-charge untuk memaklumkan dia.Sebelum tamatkan panggilan,tanya bila boleh follow up untuk call semula(untuk konfemkan semula sumbangan yang akan diberi).
8. Jika masih belum dapat sebarang kata setuju,call semula selepas beberapa hari.(3 hari)
9. Kalau dan setuju,tanya berapa dan bentuk sumbangan yang diberi kerana nilai sumbangan yang diberikan menentukan kelebihan yang akan diberikan kepada syarikat.
10. Kelebihan faedah tajaan boleh dirujuk dalam kertas kerja pemasaran yang telah dihantar.
11. Andai kata,terdapat syarikat yang beri sumbangan jumlah yang banyak (cth;RM2000 keatas),maklumkan bahawa “kami akan konfemkan urusan mengenai sumbangan encik dan kelebihan syarikat encik peroleh dengan exco kami”-beritahu dengan Exco Pemasaran 1(Fadhil).
12. Hantarkan borang salinan no.akaun bendahari UKM
13. Minta ,pegawai in-charge untuk hantar semula salinan Slip bank-in duit.
Lampiran 2 di atas menunjukkan langkah-langkah untuk memohon sumbangan daripada syarikat.Sebagai exco,kami hendaklah melakukannya secara professionalism iaitu sentiasa yakin dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas.Hal ini kerana,kami perlu melakukannya demi universiti dan untuk kebaikan semua.Keyakinan,kejujuran dan berdisiplin harus ditunjukkan kerana kami membawa nama baik UKM.
LAMPIRAN 3
Rujukan: UKM3.3.1/8/PMFSK1314/KONVO41/5.94)
Tarikh : 2 Oktober 2013
Eye Street Optometrist,Unit S-2-26 ,Kompleks Rimbun Scott,289 Jalan Kelang Lama,58100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Melalui,
Dr. Nihayah Bt. MohammadPenasihat IIPensyarahFakulti Sains Kesihatan BersekutuUniversiti Kebangsaan Malaysia
TUAN,
MEMOHON TAJAAN DAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJALANKAN PROGRAM GERAI PAMERAN DAN PERKHIDMATAN FAKULTI SAINS KESIHATAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-41
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,
2. Kami mahasiswa/i dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan (PMFSK) Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan gerai pameran dan perkhidmatan pesta konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-41. Program ini melibatkan pengunjung yang dianggarkan seramai 5000 orang.Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi Fakulti Sains Kesihatan UKM bagi memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan kepada masyarakat.
3.Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:
Program : Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-41
Tarikh : 24 Oktober hingga 27 Oktober 2013
Fakulti Sains Kesihatan Persatuan Mahasiswa Fakulti
Tempat : Dewan Gemilang Tapak Pesta Konvokesyen ke-41 Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk sudi menaja dan memberikan sumbangan bagi menampung perbelanjaan dan perjalanan untuk menjayakan program ini.
5. Sekiranya pihak Prof. Dr. mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, boleh berhubung dengan Saudari FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI (AJK Pemasaran PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-41) di talian 0132532211. Kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Fatin……………………….
( FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI )AJK Pemasaran Gerai Pameran dan Perkhidmatan FSK, Pesta Konvokesyen UKM ke-41,Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN 3 menunjukkan salah satu contoh surat rasmi yang disediakan oleh saya untuk dihantar kepada setiap syarikat tajaan.Surat ini mesilah disediakan dalam format surat rasmi yang betul dan menggunakan bahasa yang betul unuk menambahkan keyakinan kepada syarikat tajaan untuk memberi sumbangan.
Ulasan Syarikat (bagi memohon sumbangan)
FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI(NEW)
Nama Syarikat Ulasan
1. KOPERASI KASIH ANANA KUALA LUMPUR BERHADAlamat: No 13,Mezzanine Floor,Jalan Medan Tuanku,50300 Wilayah Persekutuan ,Kuala Lumpur.No Tel: 019-3382315
3/10/13.Perlu pos surat rasmi kepada Pengarah Urusan.panggilan ‘Tuan’
11/10/13.Follow up call tidak dijawab
17/10/13.Follow up call dijawab tapi diminta call pada minggu hadapan kerana office belum buka
23/10/13.Reject call
2. Siemens Malaysia Sdn.BhdAlamat: Corporate Communication,Level 1,Reception CP Tower,No 11, Seksyen 16/11 Off Jalan Damansara, Petaling Jaya,Selangor.
No tel: 03-7952 5555
3/10/13. Perlu pos surat rasmi kepada Pengarah Urusan
11/10/13.Follow up call tidak dijawab
17/10/13.Follow up call tidak dijawab
23/10/13.katanya pihak beliau tidak menerima sebarang surat dari UKM.
3. Eye Street Optometrist, Unit S-2-26 ,Kompleks Rimbun Scott, 289 Jalan Kelang Lama, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.
No tel: 010-2212185No faks:03-79820276
3/10/13.Perlu faks surat rasmi ke no 03-79820276
LAMPIRAN 5
Lampiran 4 di atas menunjukkan ulasan syarikat yang disediakan oleh saya.Ulasan ini bertujuan untuk memudahkan kami mengetahui tindkan seterusnya setelah membuat panggilan.Jika pada panggilan pertama ,syarikat menolak permohonan kami,kami diminta untuk memotong nama syarikat daripa senarai syarikat yang perlu dihubungi.Ini merupakan cara merancang program kami dengan sempurna.
Lampiran 5 menunjukkan surat kebenaran pungutan derma termasuklah kebenaran mengadakan jualan di kampus dan kolej.Surat ini sebagai bukti kami mematuhi peraturan kolej dan sikap professional dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Penambahan Laporan1)Adakah Fatin menghadiri kesemua perjumpaan/mesyuarat seperti tarikh yang tersenarai?
Tidak.Saya tidak menghadiri kesemua perjumpaan pada tarikh yang tersenarai seperti di Lampiran 1.Hal ini kerana,tiga tarikh perjumpaan pertama iaitu 13,15,17 September 2013 merupakan mesyuarat antara pihak Exco sahaja dan saya selaku AJK tidak terlibat.Saya menghadiri kesemua perjumpaan seterusnya yang melibatkan AJK.
2)Laporan atau reflektif mengenai ‘Menunjukkan kesan ekonomi,alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan professionalisme”.
Program ini banyak memberi kesan kepada saya daripada segi ekonomi,alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan profesionalisme.Antaranya ialah saya dapar mengeratkan hubungan antara saya dengan kaum lain.Contohnya,apabila mengeuk pintu bilik saya kan pastikan dulu bangsa pelajar itu.Kemudian saya akan memulakan penjualan dengan memberi salam seperti ‘Assalamualaikum’ bagi pelajar Islam dan ‘Selamat pagi’ atau ‘Selama sejahtera’ bagi yang berlainan agama dan bangsa.Dari segi ekonomi,saya dapat mempelajari cara penjualan secara ringkas dan menguntungkan.Jika bakat keusahawan dan kesabaran ini dikembangkan dalam diri setiap pelajar,saya yakin dapat menguntungkan negara.Dari segi alam sekitar pula,saya dapat mempelajari cara memastikan kebersihan dan kesegaran makanan supaya tidak berlaku keracunan makanan kepada pembeli.Bagi menjaminkan kebersihan alam sekitar,apabila sandwich sudah rosak saya membunagnya ke dalam tongsampah supaya tidak menganggu orang lain dan pembeli tidak membeli makanan yang rosak.
3)Masalah dan mengendalikan masalah secara beretika dan sikap professionalisme.
Antara masalah yang dihadapi ialah apabila nombor telefon syarikat sponsor tamat perkhidmatan atau salah nombor.Cara saya mengendalikan masalah ini secara professionalisme iaitu dengan melayari internet dan mencari nombor pejabat syarikat yang berkenaan.Saya mencari nombor telefon itu dengan menaipkan alamat dan nama penuh syarikat itu supaya talian tidak disambungkan ke cawangan yang lain.Hal ini kerana,setiap syarikat mempunyai banyak cawangan.Kesabaran perlu ada untuk mengedalikan masalah ini.Masalah seterusnya apabila berlaku lebihan makanan seperti sandwich yang merupakan makan tidak tahan lama.Apabila masih ada lebihan sandwich walaupun telah dijual di setiap bilik,saya meninggalkan sandwich itu di tempat yang sesuai dan ramai pelajar melalui kawasan itu iaitu di kawasan ‘vanding machine’.Jika masih ada lebihan sandwich pada petang hari saya meminta kebenaran EXCO Pemasaran untuk membuang sandwich itu kerana lapisan telurnya sudah berbau menandakan sandwich itu rosak.