02 02 17_slide minggu 3 - syi34102
TRANSCRIPT
Pengurusan HARTA PUSAKA di Malaysia
25 Okt. 2016Mohd Ali Mohd Yusuf
1.1 Dari sudut Bahasa:
Menurut Ibn. Manzur jika disebut ‘Tarikah al-maiyit’ maksudnya segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati.
1.0 APAKAH HARTA PENINGGALAN?
1.2 Dari sudut Syarak:
Disebut dalam kitab Fiqh al-Manhaji ‘Tarikah’ ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada ia harta alih seperti emas, perak, duit dan peralatan rumah, atau tidak alih seperti tanah, bangunan dan lain-lain.
Harta peninggalan ditakrifkan juga oleh fuqaha lain sebagai: segala yang BERNILAI ditinggalkan oleh si mati sama ada ia masih terikat kepada hutang atau tidak, dan sama ada hutang itu ialah hutang berkaitan dengan barang atau berkaitan dengan orang.
Justeru itu antara ciri-ciri Harta peninggalan itu:a) segala sesuatu BERNILAI yang
diperolehi semasa hidup dan ditinggalkan selepas mati
b) sama ada ianya AIN atau MANFAATc) sama ada ianya tidak alih atau alihd) Sama ada ia masih ada KAITAN
dengan hak orang lain (bercampur) atau bersih daripada hak oran lain.
Dalam konteks Malaysia kebiasaannya harta yang ditinggalkan si mati terbahagi kepada dua:a) Harta tidak alih spr. Rumah, tanah dan
tanah di bawah akta Kaw. Penempatan Berkelompok (GSA 1960)
b) Harta alih (terbahagi dua)i. Harta berdaftar spr. Kenderaan,
akaun bank.ii. Tidak berdaftar spr. Barang
peribadi, barang kemas, alatan rumah dll
KEDUDUKAN HARTAHARTA
ALIH TAK ALIH
BERDAFTAR TAK BERDAFTAR
• Kenderaan• Akaun bank/simpanan
• Barang pribadi• Emas• Peralatan rumah
• Rumah• Tanah• Tanah Berkelompok
Isu• Akaun bersama• Akaun amanah• Syarikat• Kedai
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?a) Duit sedekah krn. Ziarah kematian.b) Khairat.c) Insuran/Takaful.d) Ganjaran.e) Pencen.f) Wang pampasan pekerja/tuntutan
mahkamah.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?a) Duit sedekah krn. Ziarah kematian.
Bukan harta peninggalan/pusaka si mati kerana harta diperolehi selepas kematian. Ia menjadi hak waris terdekat yang menjaga dan mengurus si mati seperti isteri, anak dan ayah si mati.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?b) Khairat kematian.
Harta peninggalan si mati jika semasa hidup ia membayar caruman/yuran digunakan utk urus jenazah. Jika diperolehi selepas urusan jenazah maka ia jadi harta peninggalan yg tertakluk kpd hak berikutnya.Di bayar kpd waris jika waris mendahulukan wangnya untuk urus jenazah.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?c) Insuran/Takaful.
Insuran: hanya caruman (modal) sahaja yg dijadikan harta si mati. Faedah/manfaat dianggap riba dan diberi kpd baitul mal.Takaful: Caruman adalah harta pusaka/hibah.Faedah/manfaat – rujuk kepada akad pencarum.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?d) Ganjaran.
Ganjaran yang diterima si mati semasa hidup adalah pusaka.Ganjaran terbitan (diterima selepas mati) bukan harta pusaka.Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?e) Pencen.
Pencen yang diterima si mati semasa hidup adalah pusaka.Pencen terbitan (diterima selepas mati) bukan harta pusaka.Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?f) Wang pampasan pekerja/tuntutan
mahkamah.
ISU-ISU HARTA
Harta peninggalan si mati @ TIDAK?g) Simpanan KWSP dan SOCSO
2.0 HARTA PENINGGALAN DALAM QURAN
ة يوص�ى به�ا أو دين� غير من� بعد وص�يه عليم حليم ه والل ة من الل مضار وصي
selepas ditunaikan wasiat yang diwasiatkan dan tanggungan hutang tanpa kemudaratan. Sesungguhnya inilah wasiat (pesanan) dari Allah SWT dan sesungguhnya Allah SWT itu maha mengetahui lagi maha lemah lembut.
3.0 HAK-HAK HARTA PENINGGALAN
I. Hak Perhutangan Yang Berkaitan dengan Harta Si Mati.
II. Pengurusan Jenazah si mati.III. Hutang mutlak si mati.IV. Wasiat si mati.V. Hak-hak waris (PUSAKA).
3.1 Hak Perhutangan Yang Berkait dgn fizikal Harta Si Mati
Maksudnya, keadaan harta yang masih terikat dengan hak orang lain walaupun zahirnya adalah milik si mati seperti barang gadaian, barang yang disita, tanah dikaviet, harta syarikat, harta sepencarian dan lain-lain.
3.2 Pengurusan Jenazah si mati
Menurut as-sheik Muhamad Ali as-Shobuni, maksud pengurusan jenazah itu ialah segala keperluan yang diperlukan oleh si mati bermula dari proses mandi mayat sehingga pengkebumian.Mandi Kafan Solat Tanam
Perkara sampingan di mana harta tidak boleh dibelanjakan:
1. mengupah orang membaca al-Quran
2. mengadakan kenduri arwah3. membina maqam (kecuali batu
nesan yang sederhana) 4. membeli barang menghiasi
kubur si mati.
Di atas : Binaan Kubur yang dilengkapi dgn bacaan al-Quran mp3
Di tepi : Item pengurusan jenazah yang mana sebahagiannya tak boleh menggunakan harta peninggalan.
Pekuburan Baqi, Madinan
Pekuburan di Malaysia
Pekuburan syiah, di Iran
3.3 Hutang mutlak si mati
Maksud hutang mutlak si mati atau Dain al-Shakhsi ialah apa jua tanggungan hutang oleh si mati tanpa cagaran atau deposit. Para ulama telah membahagikan hutang ini kepada dua jenis iaitu pertama hutang kepada manusia dan kedua hutang kepada Allah SWT.
Misal hutang kepada manusia:
1. Pinjaman (dengan orang atau institusi kewangan)
2. Upah 3. Sewa 4. Hutang mas kahwin (kepada isteri)5. Diyah 6. dan lain-lain.
Contoh hutang kepada Allah SWT:
1. Haji (mampu ketika hidup tetapi tidak ditunaikan)
2. Zakat (wajib ketika hidup tetapi tidak dikeluarkan)
3. Fidyah iaitu denda kerana meninggalkan ibadat tertentu.
4. Nazar.5. Kaffarah (melanggar sumpah/ melakukan
larangan dalam ibadat puasa, haji)6. Dan lain-lain.
3.4 Wasiat si mati
Al-Quran secara jelas telah menyebut perkataan wasiat ini di dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan harta pusaka. Umpamanya dalam surah an-Nisa’ ayat ke 11 & 12 Allah SWT telah mengulang sebut ayat :
من بعد وصية يوصى بها أو ) (الدين
sebanyak 3 kali…
Syarat Wasiat :
1. Wasiat yang ditunaikan pula hanyalah sekadar 1/3 dari baki harta selepaskan menunaikan hak-hak sebelumnya, ini berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w):
""الثلث والثلث كثيرMaksudnya: “satu pertiga malah satu pertiga itu sudah banyak”
2. Wasiat tidak boleh kepada waris sendiri kerana mereka telah diberi bahagian dalam pusaka. Sabda Rasulullah (s.a.w) :
إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه فال وصية لوارث
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan setiap waris yang berhak itu bahagian-bahagiannya maka tiada lagi wasiat untuk waris-waris ”.
3. Wasiat tidak boleh kepada perkara maksiat dan dilarang oleh Allah S.W.T seperti wasiat untuk membina rumah perjudian, wasiat kepada individu atau kumpulan yang secara terang terangan menentang Allah S.W.T. dan lain-lain.
6.5 Hak-hak para waris
Sesudah menyelesaikan empat hak di atas, baki harta yang tertinggal baru dianggap sebagai harta pusaka atau di dalam istilah fuqaha’ disebut sebagai al-mirath dan dibahagikan mengikut kaedah al-Faraid atau kesepakatan para waris.
Harta Peninggalan
Hutang ke atas harta
Pengurusan jenazahHutang
mutlak si mati
Harta Pusaka Wasiat si
mati
Perbezaan Antara Harta Peninggalan Dan Harta Pusaka