03-8947 5555 ,
TRANSCRIPT
16
03-8947 5555
http://hserdang.moh.gov.my, http://www.jknselangor.moh.gov.my
https://www.facebook.com/serdanghospital
2
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK M/S
1. Pengenalan 3
2. Peraturan-peraturan dalam wad 4
3. Maklumat umum COVID-19 5
4. Soalan lazim pesakit positif
COVID-19 8
5. Nasihat penting 11
6. Awasi tanda/gejala amaran 12
7. Peringatan penting! 13
8. Kedudukan meniarap dapat
membantu pesakit yang 14
14
Selamat datang ke Hospital Serdang.
Anda kini berada di wad untuk menjalani siasatan
lanjut serta rawatan untuk jangkitan coronavirus
COVID-19.
Risalah ini bertujuan untuk memberi informasi
mengenai wad serta prosedur yang akan dijalankan
4
Jangan keluar dari bilik/kubikel anda. Sekiranya
memerlukan bantuan, sila dapatkan bantuan staf bertugas.
Baju, makanan dan keperluan asas lain adalah disediakan.
Pelawat tidak dibenarkan masuk.
Anda tidak dibenarkan mengambil gambar serta
menyebarkan berita di media sosial
Sila pastikan persekitaran katil anda dalam keadaan bersih.
Buangkan tisu / tuala basah dalam tong yang disediakan.
Bilik/kubikel anda akan dibersihkan setiap hari. Hospital
akan membekalkan keperluan asas, sekiranya anda
memerlukan keperluan yang lebih, sila minta keluarga anda
untuk membekalkan kepada anda
Sila bersedia untuk kemungkinan berkongsi bilik dengan
pesakit COVID-19 yang lain
Sila maklumkan staf sekiranya anda mempunyai alahan
kepada ubat atau makanan
12
Apakah itu coronavirus COVID-19?
Coronovirus ialah kumpulan besar bagi sejenis virus yang
merupakan punca utama bagi jangkitan saluran pernafasan di
seluruh dunia.
COVID-19 adalah virus baru dari
kumpulan coronavirus yang dikesan di
Wuhan, China pada Disember 2019
yang boleh menyebabkan jangkitan
saluran pernafasan yang serius dan
membawa maut.
Adakah jangkitan COVID-19 merbahaya?
Semenjak jangkitan virus ini dikesan di Wuhan, China - ia
telah merebak ke seluruh dunia dengan jangkitan kes
melebihi 48 juta. Kadar kematian adalah sekitar 3%.
Sekiranya penyebaran ini tidak dicegah, ia akan terus tersebar
dan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Kebanyakan pesakit mengalami jangkitan saluran pernafasan
yang ringan hingga sederhana serupa dengan coronavirus
lain dan selesema biasa. Simptom utama termasuk demam,
selesema, sakit tekak dan batuk bagi kebanyakan kes.
Namun ia juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru
yang serius terutamanya bagi golongan yang mempunyai daya
imuniti yang lemah seperti warga emas, bayi serta pengidap
kanser, Diabetes tidak terkawal dan penyakit paru-paru
kronik.
6
Bagaimana jangkitan ini boleh merebak ?
Jangkitan COVID-19 dikatakan berasal dari haiwan eksotik
yang menjangkiti manusia.
Penularan wabak ini telah merebak dari orang yang
dijangkiti kepada orang lain melalui:
Titisan cecair dari batuk dan
bersin
Sentuhan kulit seperti
berjabat tangan
Menyentuh objek atau permukaan
yang telah dicemari oleh virus dan
kemudian menyetuh mulut, hidung
dan muka sebelum mencuci tangan
Sentiasa memakai pelitup muka,
terutamanya semasa staf masuk ke
kubikel anda
Sentiasa memastikan tangan bersih
Rekod makan/minum dan buang air kecil /
besar dalam carta
Menjaga kebersihan diri dan sekeliling
Amalkan etika batuk
Minum air secukupnya
Sekiranya anda tidak boleh minum banyak, dicadangkan
minum sedikit tetapi kerap (50 ml setiap setengah jam)
Minum 8 cawan setiap hari (1 cawan = 200 ml)
Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya
1 meter dari orang lain
10
SEGERA maklumkan kepada kami jika anda mengalami
tanda/gejala berikut:
Kesukaran bernafas –
tercungap–cungap, pernafasan
menjadi laju
Batuk berdarah
Sakit dada yang berterusan
Cirit-birit dan muntah berterusan
Demam yang berpanjangan
Apakah yang akan berlaku sepanjang anda dikuaran-
tinkan di wad?
Anda kini berada di wad pengasingan khas Hospital
Serdang.
Harap maklum bahawa staf kami akan memakai alat pelin-
dung diri (PPE) semasa berurusan dengan anda seperti yang
telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO).
Rondaan oleh doktor akan dilakukan setiap hari. Doktor
akan masuk untuk bertanyakan soalan, memeriksa dan
mengambil sample darah dan swab daripada tekak dan
hidung untuk siasatan.
Sekiranya keputusan swab adalah positif, anda akan terus
berada di wad sehingga tempoh jangkitan berakhir untuk
menerima rawatan serta dikuarantinkan. Anda akan
dimaklumkan oleh doktor yang merawat dari semasa ke
semasa mengenai perkara ini.
Anda digalakkan bertanya jika terdapat sebarang
kemusykilan.
Kami menghargai kerjasama anda sepanjang tempoh anda
berada di hospital ini.
Jika anda memerlukan sebarang keperluan / barang peribadi
tambahan, sila maklumkan ahli keluarga anda untuk
menyerahkan barangan kepada pengawal di lobi utama
hospital. Kemudian pengawal akan menyerahkan barangan
kepada jururawat bertugas sebelum diserahkan kepada anda.
Ahli keluarga anda tidak dibenarkan masuk ke dalam wad.
8
Untuk pesakit positif COVID-19:
Sekiranya anda tidak pernah mengalami gejala (tanpa gejala):
Boleh discaj 10 hari selepas tarikh pertama ujian RT-PCR positif untuk RNA SARS-CoV-2
Anda tidak memerlukan ujian ulangan.
Sekiranya anda mempunyai simptom (simptomatik):
Boleh discaj sekurang-kurangnya selepas 10 hari sejak timbul gejala DAN
sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam reda tanpa menggunakan ubat demam DAN
gejala lain seperti sesak nafas, batuk telah beransur baik.
Anda tidak memerlukan ujian ulangan.
Adakah saya akan dijangkit COVID-19 sekali lagi jika
terdedah kepada pesakit COVID-19 lain?
Kajian menunjukkan apabila seseorang dijangkiti
COVID- 19, virus tersebut akan kekal positif untuk 2
hingga 5 minggu (jarang lebih lama dari tempoh tersebut).
Setakat ini tiada bukti pesakit akan dijangkit semula selepas
terdedah kepada pesakit lain. Berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman dengan virus paru-paru yang lain, jangkitan
semula dengan virus yang sama jarang berlaku.
Mengapa para doktor akan meninjau keadaan sesetengah
pesakit sahaja dan bukan yang lain?
Para pesakit akan mengalami pelbagai peringkat dalam penyakit
ini, dan tahap keterukan penyakit ini adalah berbeza antara satu
individu dengan individu yang lain. Oleh itu, sesetengah
pesakit akan memerlukan pemantauan dan pemerhatian yang
lebih kerap berbanding dengan pesakit yang lain.