08 isi pelajaran 3
TRANSCRIPT
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
TAJUK 3 ATTACK/RELEASE DAN REPERTOIR 3
3.0 SINOPSIS
Kursus ini memberi peluang kepada pelajar mempraktik dan
mengaplikasikan kemahiran dan teknik vokal attack /release secara
berkesan. Disamping itu, pelajar diberi bimbingan dan panduan dalam
mengatasi kesulitan yang berkaitan dengan kemahiran vokal dari
peringkat awal.
3.1 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mempraktikkan teknik-teknik attack /release dengan berkesan;
2. Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire lagu mudah;
3. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran vokal dalam repertoire lagu
mudah;
4. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam
persembahan nyanyian.
3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
ATTACK/RELEASE
DEFINISI REPERTOIR 3JENIS-JENIS
ATTACK
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
3.3 Teknik Vokal
3.3.1 Attack dan Release
Definisi mudah bagi attack/release ini adalah permulaan dan pengakhiran sesuatu sebutan . Secara muzikalnya, kesemua urat yang terlibat dengan nyanyian berkordinasi bersama-sama dengan pernafasan untuk menghasilkan attack / release.
3.3.2 Persediaan untuk attack yang baik
bibir dan pipi harus rilex sebelum attack. Rahang sepatutnya dibuka dengan senang dan sedikit kebelakang( ini membolehkan kedudukan larnx rendah ) apabila sebutan ton dimulakan. Lidah dalam kedudukan mendatar dan rilex dengan hujung lidah menyentuh belakang gigi hadapan sebelah bawah.
fikirkan tentang notasi dihadapan dengan cara menggetarkannya dalam nasal.
Petakan dalam minda mengenai konsep vowel, pic, dinamik dan tempo.
Mulakan vowel dengan tonal ‘Uh’. Ini bertujuan untuk membuka dan tenangkan ‘pharrynx’ tetapi jangan bunyikan sebutannya sekadar persediaan ingatan dalam minda sebelum sesuatu vowel disebutkan.
3.3.3 “Release”
Merupakan akhir sesuatu tonasi. Dalam proses menyanyikan frasa demi frasa, “release ” diikuti oleh tindakan mengambil nafas yang laju untuk persediaan “attack” yang lain.
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
3.3.4 Jenis-Jenis Attack.
1. Attack Keras
juga disebut ‘glottal attack’ dan ‘glottal plosive’, suara seperti berdehem atau seperti suara batuk yang dipaksa. Ini adalah disebabkan ‘glottis’ tertutup sebelum sebutan dan ini menyebabkan tekanan suara terhasil.
2. Attack Lembut
juga disebut ‘aspirated onset’. ‘Glottis” tidak tertutup rapat dan ini menyebabkan terhasilnya suara ‘berangin’. Sekiranya kita mendapati seorang penyanyi itu sering menghasilkan suara yang sebegini, ini membawa maksud terdapat kelemahan dalam kordinasi sokongan pernafasan pada bawah ‘glottis’.
3. Attack Seimbang
di antara attack keras dan attack lembut. Pengaliran nafas dan penutupan ‘glottal adalah secara semulajadi.
Latihan
Berikan penjelasan anda mengapakah attack dan release harus dititik
beratkan dalam nyanyian?
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
3.4 REPERTOIR 3
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
MZP3121 Alat Muzik Utama – Vokal V
Tamat