1. aqidah pengukuh tamadun · kita pada hari ini berada dipenghujung bulan ramadhan yang penuh...
TRANSCRIPT
http: // ekhutbah.wordpress.com
1 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
1. AQIDAH PENGUKUH TAMADUN
السالم عليكمشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الم
ه ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبداتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
… وأنتم مسلموناهللا حق تقاته والتموتن إالWahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :
ولقد فتنا الذين من قبلهم . أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم اليفتنون . فليعلمن اهللا الذين صدقوا وليعلمن الكذبين
Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk
mengatakan : “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Kita pada hari ini berada dipenghujung bulan Ramadhan yang penuh keberkatan
dan maghfirah. Kita tidak mahu kedatangan Ramadhan saban tahun adalah sama sahaja di
mana sikap dan sifat kita tetap ditakuk yang lama malah bertambah buruk. Kita juga tidak
mahu berlakunya ibadat secara bermusim iaitu hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita
memperbanyakkan ibadat kepada Allah sedangkan apabila berlalunya Ramadhan kita terus
meninggal atau mengabaikan amalan dan ibadat soleh itu. Apa yang kita mahu ialah
Ramadhan yang kini sudah berada pada hari terakhir pada hari ini mampu meniup azam dan
semangat baru dalam berbuat amalan soleh dan juga mampu melahirkan keperibadian
muslim yang sejati dengan sifat dan kelakuan yang bertepatan dengan apa yang dikehendaki
oleh Islam. Kita juga mahu al-Quran yang kita baca samada secara individu atau pun tadarrus
secara ramai-ramai sepanjang Ramadhan lalu mampu meresap dihati sehingga
http: // ekhutbah.wordpress.com
2 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
memungkinkan kita untuk menghayatinya dalam perjalanan hidup kita seharian. Renungilah
firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Anfal :
إنما المؤمنون الذين إذا ذكر اهللا وجلت قلوبهم وإذا تليت آياته زادتهم إيمانا وعلى ربهم
. الذين يقيمون الصالة ومما رزقنهم ينفقون. يتوكلون Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka di mana apabila
disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka berserah diri. Iaitu
orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami
berikan kepada mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tidak lupa juga pada hari ini telah seminggu kita berada di alaf baru. Jika pada tahun-
tahun sebelum ini kita menyaksikan mereka yang menyambut kedatangan tahun baru dengan
penuh kemeriahan yang diisi dengan program-program maksiat maka pada tahun ini telah
berlangsungnya kemuncak perayaan yang penuh dengan program maksiat telah diadakan
secara besar-besaran sempena ketibaan alaf baru. Kita dapat saksikan bagaimana bulan
Ramadhan tidak lagi dihormati sehingga muda-mudi Islam sendiri turut hanyut dengan pakaian
yang menjolok mata, hiburan yang melekakan daripada artis tempatan dan luar negara yang
dijemput khas, minuman arak dan sebagainya. Pemimpin yang mengaku Islam memberikan
jawapan yang begitu dangkal dan memualkan apabila ditanya tentang perkara ini yang boleh
diadakan secara terbuka di sebuah negara yang tertera di dalam perlembagaannya Islam
sebagai agama rasmi. Beliau mengatakan bahawa pihak pemerintah tidak boleh menyekat
agensi atau syarikat yang menganjurkan program maksiat ini kerana permit telah diluluskan dan
persiapan telah dilakukan. Inilah dia apabila keuntungan material menjadi tunjang
pemerintahan menyebabkan aqidah dan perkara agama hanya dianggap perkara biasa
sahaja. Sebuah agensi atau syarikat yang hanya dikuasai oleh beberapa individu sahaja tidak
mampu disekat oleh sebuah kerajaan yang memerintah negara dalam menghina kehormatan
Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan sebuah negeri yang didokong oleh sebahagian
besar rakyatnya yang mahu menjalankan perundangan Islam boleh diambil tindakan jika
menjalankannya. Di manakah letaknya takrif Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan
beragama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara. Inilah yang perlu difikirkan
bersama kerana insya Allah alaf baru ini akan menyaksikan alaf kemenangan Islam dan juga
menpertahankan kemenangan yang telah dicapai serta mengisi kemenangan yang
dianugerahkan oleh Allah.Pada penghujung abad lalu telah menyaksikan kebangkitan seluruh
http: // ekhutbah.wordpress.com
3 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
umat Islam setelah mereka berada dalam kegelapan jahiliah dan kezaliman sistem ciptaan
manusia dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 yang lalu. Dunia telah
menyaksikan penderitaan dan pencabulan hak asasi di negara-negara umat Islam yang hanya
merupakan masyarakat minoriti secara silih berganti dan bagaikan tiada kesudahan. Insya
Allah kedatangan alaf baru ini mampu memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam
dengan kemenangan yang bakal dicapai dengan izin Allah.
Sidang Jumaat yang dihormati
Dalam mencapai kemenangan dan juga mempertahankan kemenangan maka
perkara utama yang mesti ditekankan ialah masalah aqidah kerana tanpa aqidah atau
keimanan yang kukuh kepada Allah dan janjiNya maka umat Islam akan terus dihina oleh Allah.
Rasulullah s.a.w sendiri ketika memulakan dakwah di kota Mekah sebelum terbinanya daulah
Islamiah di Madinah telah menerapkan masalah aqidah sehingga umat Islam pada masa itu
mampu tunduk dan patuh kepada setiap arahan daripada Allah dan rasulNya tanpa banyak
dalih.
Kita juga dapat melihat bagaimana di dalam al-Quran banyak menekankan masalah
aqidah kerana tanpa aqidah yang kukuh maka umat Islam tidak mampu melawan arus jahiliah
yang semakin kuat bergelora. Seperti nasihat Lokmanul Hakim kepada anaknya dalam ayat 13
surah Luqman :
. وإذ قال لقمان البنه وهو يعظه يبني ال تشرك باهللا إن الشرك لظلم عظيمMaksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi
pengajaran kepadanya : “ Wahai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Perkara aqidah ini perlu ditekankan dalam setiap diri umat Islam agar mereka mampu
menghadapi setiap ujian dan rintangan yang mendatang samada secara luaran mahu pun
dalaman. Dengan aqidah yang kukuh akan memudahkan umat Islam untuk membezakan
antara kebenaran dan keadilan Islam dengan kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan
manusia.Ramai umat Islam pada hari ini mampu menghadapi serangan melalui senjata tetapi
ramai dikalangan mereka yang tewas dan terkeliru apabila berdepan dengan serangan
ideologi dan ramai lagi yang gugur apabila diuji dengan kemewahan dunia terutama
golongan pemimpin.
Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :
بسطت على من واهللا للفقر أخشى عليكم ولكن أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما . كان قبلكم فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم
http: // ekhutbah.wordpress.com
4 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa
yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang
telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu maka kamu akan berbalah sebagimana
mereka telah berbalah maka kamu akan dihancurkan sebagaimana dihancurkan umat
sebelum kamu.
Kita pernah menyaksikan di dalam sejarah Islam di mana Kota Baghdad yang
merupakan kota yang penuh dengan pembangunan dunia pada masa itu sehingga umat
Islam terus leka dan alpa dan semangat jihad mereka mula hilang sehingga Allah menurunkan
bala dengan serangan tentera Tatar dari Monngol. Dalam masa sekejap sahaja kerajaan
Baghdad dihancurkan sehingga kitab-kitab dimusnahkan dengan dihumban ke dalam sungai
Furat dan warna air sungai itu bertukar menjadi hitam dengan dakwat daripada kitab-kitab
itu.Tetapi tidak berapa lama selepas itu tentera Tatar telah memeluk Islam apabila tertarik
melihat kepada keelokan akhlak umat Islam yang masih terpelihara aqidahnya. Inilah
merupakan antara peristiwa yang pelik di mana pemerintah memeluk agama orang yang
diperintah tidak sebagaimana kebiasaan di mana orang diperintah akan memeluk agama
pemerintah.
Begitu juga yang berlaku kepada kerajaan Islam di Andalus Sepanyol apabila mereka
hanyut dengan kemewahan dunia dan aqidah rakyat kian terhakis manakala kekuatan
kerajaan Kristian yang berdekatan bertambah kuat dan memulakan gerakan untuk
menjatuhkan kerajaan Islam itu. Melihat ancaman daripada Kristian maka para pimpinan
negara itu bermesyuarat dan seorang daripadanya mengatakan bahawa mereka perlu
meminta bantuan daripada Yusuf Tashikin pemimpin negara Islam Muarabitin Afrika dalam
menahan kemaraan Kristian.Apabila anak pimpinan itu bertanya masalah yang akan berlaku
jika bantuan diterima daripada negara Islam Murabitin Afrika itu akan menyebabkan kerajaan
Islam andalus Sepanyol ini akan dijajah oleh kerajaan itu maka dengan tegas pemimpin itu
menjawab : Wahai anakku! Demi Allah tidak kedengaran sama sekali daripadaku selama-
lamanya bahawa aku akan mengembalikan Andalus Sepanyol ini menjadi negara kafir dan
aku juga tidak akan meninggalkannya secara mudah kepada Kristian kerana jika aku berbuat
demikian seperti aku relah laknat Allah yang akan disebut oleh seluruh umat Islam di atas
minbar-minbar sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka selainku. Demi Allah aku lebih
rela menjadi pengembala unta kepada Yusuf Tashikin pemimpin Islam Murabitin Afrika daripada
aku menjadi pengembala babi kepada pemimpin Kristian.
Daripada hadis nabi s.a.w dan juga 2 kisah di atas maka bertambah yakinlah kita
bagaimana masalah aqidah ini merupakan perkara asas dalam kehidupan sehingga ia akan
menjaga kita daripada tersungkur ke lembah kehinaan.
http: // ekhutbah.wordpress.com
5 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
م وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظي
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
2. IKTIBAR PEPERANGAN UHUD السالم عليكم
ل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون الحمد هللا الذي أرس ارك على سيدناأشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وب
اتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين … اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمون
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :
http: // ekhutbah.wordpress.com
6 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
سينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم ف, إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل اهللا يغلبون
Maksudnya : Sesungguhnya orang2 kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi
jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka
dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Kini kita berada di permulaan bulan Zulkaedah dan dengan ini juga kita telah
meninggalkan bulan Syawal yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berlalunya
Syawal adalah sebagaimana berlalunya Ramadhan yang lepas. Adakah kita akan berjumpa
lagi dengan Ramadahan dan Syawal yang akan datang hanyalah Allah yang mengetahuinya.
Beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan
Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal lalu dalam
keadaan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semoga segala amalan itu diterima
oleh Allah dan juga mampu membina diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun dan hari
sebelumnya.
Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa
peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah
maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita
semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan
Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun
Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang disertai oleh
Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu
peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam
meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan
halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut
kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita
sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi
agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang
disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga
kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya.
Walau pun Syawal telah berlalu namun tidak terlewat pada hari ini untuk kita sama-
sama merenungi dan mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Uhud yang berlaku
pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar
yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini meletus akibat
daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam
ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu. Mereka telah menghimpunkan bala tentera
http: // ekhutbah.wordpress.com
7 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita
tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda terus
mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah
bermimpi dengan suatu yang baik iaitu telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud
beberapa orang sahabat akan gugur syahid, kedua mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang
bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid dan yang ketiga
Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud
bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana
mati syahid di medan peperangan merupakan satu kemenangan dan anugerah Allah yang
mana bukannya boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya semata-mata turut serta
dalam peperangan maka kita akan mati syahid. Berapa ramai para sahabat dan pejuang
Islam yang turun ke medan jihad untuk menentang musuh tetapi mereka tidak gugur syahid
sebagaimana yang yang dicita-citakan sebelum menuju ke medan perang. Sayyidina Khalid
al-Walid sendiri yang merupakan antara panglima perang Islam yang agung selepas
keislamannya walau pun dalam dalam peperangan Uhud ini dia masih belum Islam malah
menjadi panglima tentera berkuda bagi pihak musyrikin di mana pada saat kematiaannya
pernah menempelak mereka yang takut untuk turun ke medan jihad kerana takut mati dengan
kata-katanya : Sesungguhnya begitu penakut dan bacul bagi mereka yang takut untuk
berjihad di medan peperangan kerana takut kepada kematian sedangkan aku sendiri telah
melalui beratus-ratus peperangan dan setiap kali aku turun berjihad aku begitu mengharapkan
agar memperolehi mati syahid namun pada hari ini aku hanya mengakhiri kehidupanku di atas
katil di rumahku sahaja.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang
bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi
semangat jihad dalam sanubari umat Islam.Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang
terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh. Kedua-dua tentera ini bertembung dan
bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah
mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara
nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh
seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb. Begitu juga apa yang berlaku kepada
Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah
mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata
menyahut seruan jihad tersebut. Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah
http: // ekhutbah.wordpress.com
8 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
seperti dimandikan Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda
memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke
medan jihad dalam keadaan berjunub.Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang
ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan
sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi
Islam. Perjuangan mereka ini janganlah hanya sekadar diketahui dan disebut-sebut sahaja
sedangkan kita yang berada di zaman di mana Islam diserang dari pelbagai pihak dalaman
dan luaran mestilah lebih meningkatkan usaha dalam memastikan kemenangan Islam
sehingga tercapainya kemenangan itu bersama-sama dengan keredhaan Allah. Jangan kita
hanya tahu kata jihad tetapi tidak serius dalam melihat dan mendengar hukum Allah dicaci,
Sunnah nabi dimaki, para ulama’ dikeji, masjid-masjid dicemari dan dikunci daripada
dihidupkan serta maruah umat Islam dikotori dengan najis maksiat yang jijik dan
membahayakan aqidah.
Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat
daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan
sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin
bahawa tentera Islam telah pun menang. Khalid ibnu Walid di mana merupakan panglima
berkuda di puak musyrikin telah mengambil tindakan dengan melakukan serangan mengejut
terhadap tentera Islam setelah melihat tentera pemanah telah berkurangan. Sedangkan
strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu
amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum
ini.Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan
mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang memang menunggu saat
untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya.
Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera.
Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini
menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam. Dalam suasana yang kucar kacir inilah ,
Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah
s.a.w masih hidup. Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah
s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi
mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh. Cara yang diambil ini telah berjaya
menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu
Walid dan tentera musyrikin.Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera
musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di
mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan
http: // ekhutbah.wordpress.com
9 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh
Hindun binte’Utbah untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan tetapi
dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada
mulutnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang
kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia
enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila
ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman
kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu
bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.
Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak
Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka
parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang
kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan
yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai
perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.
Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan patuh kepada Allah dan
rasulNya mestilah ikhlas dan yakin kepada janji Allah dalam perjuangan mengembalikan
Khilafah Islamiah yang telah lama hilang.Perjuangan kita mestilah berteraskan aqidah Islam
yang sebenar bukannya berdasarkan bangsa semata-mata.
Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya
malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk
menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w. Abu Sufian tidak berpuas hati dengan
keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang
Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu bahawa tentera
Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula. Kehebatan dan kepantasan
Rasulullah s.a.w dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran
jelas jepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada imam
sembahyang dan pendakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah
peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada di tempat yang tertinggi. Inilah dia
peranan sebenar ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi maka kerja mereka bukan sahaja
pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga
tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat
http: // ekhutbah.wordpress.com
10 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam
menjalankan kehidupan seharian. Ulama’ bukan sahaja berperanan untuk mengajar dan
membimbing masyarakat setempat sahaja tetapi mesti memainkan peranan penting untuk
menegur pemimpin negara yang tergelincir daripada syariat Islam. Malah yang lebih baik lagi
ialah para ulama’ sendiri menjadi pemimpin kepada rakyat itu sendiri. Walaupun sedih dengan
apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke
dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ :
وترجون من اهللا ماال , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , ا في ابتغاء القوم وال تهنو يرجون
Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu
merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula
berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.
وتقبل مني رك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيم بام واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العلي
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
3. HIJRATURRASUL DAN DAULAH ISLAMIAH
مالسالم عليكشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الم
م وبارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلاتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
… اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمونWahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-A’raf
http: // ekhutbah.wordpress.com
11 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر اهللا واهللا خير وإذ يمكر بك الذين كفروا. المكرين
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya
terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun
mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah
sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Hari ini genaplah 9 hari kita berada di tahun baru 1421 hijrah dan esok merupakan hari
Asyura di mana kita disunatkan berpuasa. Kedatangan Muharram bukan sahaja mengingatkan
kita kepada peristiwa Hijrah tetapi turut mengimbas kembali kepada tiga peristiwa penting
dalam sejarah Islam iaitu pada 10 Muharram merupakan hari diselamatkan nabi Musa a.s dan
pengikut setia daripada musuh mereka Fir’aun di mana Fir’aun dan bala tenteranya
ditenggelamkan oleh Allah di dalam Laut Merah. Pada awal Muharram pula mengingatkan kita
bagaimana Sayyidina Umar al-Khottab menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas
cedera parah ditikam oleh Abu Lu’luah seorang Majusi dan pada 10 Muharram juga
merakamkan satu lagi peristiwa yang begitu sedih iaitu terbunuhnya Sayyidina Husin bin Ali iaitu
cucu Rasulullah s.a.w di Karbala. Cucu yang dibelai dan dimanjakan oleh Rasulullah s.a.w ini
bukan sahaja dibunuh bersama dengan ahli keluarganya yang lain malah Syiah Kufah yang
menjadi dalang kepada pembunuhan ini telah memenggalkan kepada cucu Rasulullah s.a.w
yang mulia ini tanpa belas kasihan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Belum terlewat untuk kita sama-sama merenung beberapa pengajaran dan juga hikmat
daripada penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi mendirikan
Daulah Islamiah yang menjamin Islam mampu dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan
bukannya pada sudut ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja.
Pemilihan Kota Madinah yang dulu dikenali sebagai Yathrib merupakan satu wahyu bukannya
hasil daripada kehendak Rasulullah s.a.w sendiri. Antara hikmat yang memerlukan kepada
berlakunya penghijrahan ini adalah bagi mematahkan tohmahan musuh Islam bahawa nabi
Muhammad s.a.w bukanlah seorang yang mulia malah baginda dimuliakan oleh Mekah itu
sendiri yang merupakan kota yang telah didoakan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail
agar diberkati dan dirahmati oleh Allah. Oleh itu bagi menafikan dakwaan yang sesat ini maka
Rasulullah s.a.w perlu berhijrah ke Madinah lalu apabila berada di sana Rasulullah s.a.w telah
berdoa agar Madinah diberkati dan dirahmati sebagaimana Allah merahmati dan memberkati
bumi Mekah. Sehingga sekarang bumi Madinah di mana merupakan tempat disemadikan
jasad Rasulullah s.a.w terus dilimpahi rahmat dan berkat yang menunjukkan bahawa diri
Rasulullah s.a.w itu sendiri mempunyai kemuliaan sebagai rasul akhir zaman.
http: // ekhutbah.wordpress.com
12 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Sidang Jumaat yang dihormati Jika penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah hanya semata-mata
mahu lari daripada disiksa dan dihina maka cukup sekadar umat Islam berhijrah ke Habsyah
sebagaimana sebelum ini. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penghijrahan ini mempunyai
misi dan matlamatnya yang lebih besar iaitu terdirinya Daulah Islamiah. Ini dapat kita lihat
kepada beberapa perancangan dan strategi sebelum hijrah dan semasa hijrah yang telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebelum diperintahkan oleh Allah supaya berhijrah, Rasulullah
s.a.w telah melakukan bai’ah janji setia dengan penduduk Madinah yang datang ke Mekah.
Bai’ah ini dilakukan 2 kali yang di namakan bai’ah Aqabah pertama dan kedua. Di dalam
bai’ah taat setia ini terutama bai’ah yang kedua telah disentuh masalah jihad dan jaminan
keselamatan terhadap diri Rasulullah s.a.w apabila berhijrah nanti.Kemudian baginda telah
menghantar Mus’aib bin Umair bagi mengajar al-Quran dan berdakwah di samping melantikan
naqib-naqib daripada kalangan wakil daripada Madinah itu sendiri untuk tujuan dakwah. Inilah
antara perancangan yang rapi sebelum berlakunya hijrah.
Perancangan yang dilakukan semasa proses hijrah pula bagaimana Rasulullah s.a.w
keluar berhijrah pada malam hari disamping telah membahagi tugas-tugas yang penting
kepada setiap individu yang dipercayai mengikut kemampuan mereka di mana Sayyidina Ali
diminta agar tidur ditempat tidur Rasulullah s.a.w dan menyerahkan semula harta-harta orang
kafir yang dimanahkan kepada baginda sebelum ini. Inilah ia sifat orang kafir yang meyakini
kejujuran Rasulullah s.a.w sehingga barangan mereka disimpan di rumah baginda tetapi
mereka tidak percaya baginda sebagai nabi. Begitulah juga yang berlaku pada kita hari ini di
mana ramai yang mempercayai kejujuran para ulama’ tetapi masih was-was tentang
kelayakan ulama’ sebagai pemimpin. Disamping itu baginda juga telah menyuruh agar
pembantu Sayyidina Abu Bakar iaitu ‘Amir bin Fuhairah agar menjaga kambing sekitar kawasan
gua Thur tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi supaya kesan tapak kaki mereka berdua dapat
dihilangkan. Manakala Asma binte Abu Bakar pula bertugas untuk menghantar makanan
sepanjang mereka berdua berada di dalam gua tersebut. Manakala Abdullah bin Abu Bakar
ditugaskan untuk mencari maklumat terbaru yang berlaklu di kalangan kafir Quraisy tentang
usaha mereka untuk menagkap Rasulullah s.a.w. Sepanjang hijrah juga mereka berdua
menggunakan jalan yang lain daripada kebiasannya sehingga terpaksa mengupah seorang
kafir yang diyakini amanahnya yang bernama Abdullah bin ‘Uraiqit bagi memandu perjalanan
mereka ke Madinah. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh meminta pertolongan
daripada orang bukan Islam selagimana ia tidak membantut pelaksanaan Islam itu sendiri.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
http: // ekhutbah.wordpress.com
13 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Melihat kepada perancangan dan strategi yang diatur ini maka lebih meyakinkan kita
bagaimana penghijrahan nabi ke Madinah bukan semata-mata untuk berdakwah dan
kemudahan untuk beribadat tetapi untuk mendirikan Daulah Islamiah yang membolehkan Islam
menjadi pemerintah. Jika sekadar untuk berdakwah maka Rasulullah s.a.w tidak perlu membuat
perancangan yang begitu rapi dan tersusun malah apabila tiba di sana masyakat Madinah
telah mempunyai calon pemimpinnya yang tersendiri iaitu Abdullah bin Ubai. Jika kedatangan
Rasulullah s.a.w bukan untuk mendirikan Daulah Islamiah maka tidak perlu baginda menjadi
pemimpin sebaliknya cukup sekadar melantik Abdullah bin Ubai sebagai pemimpin Madinah
dan baginda sendiri bertindak sebagai pendakwah atau orang yang bertanggungjawab
dalam kementerian agama yang ditubuh. Dan jika dikatakan bahawa Rasullah s.a.w berjaya
menjadi pemimpin kerana atas nasib semata-mata sedangkan kedudukan itu bukanlah
penting untuk penyebaran dan pelaksanaan Islam maka Rasulullah s.a.w tidak perlu berhijrah
tetapi cukup sekadar berada di Mekah dan menerima tawaran untuk menjadi raja Mekah
dengan syarat tidak melaksanakan Islam sebagaimana yang ditawarkan oleh pemimpin kafir
Quraisy. Apa yang kita lihat daripada peristiwa hijrah ini bermula dengan perancangan dan
pelaksanaannya menunjukkan kepada kita bahawa politik dan pemerintah serta kewajipan
mendirikan daulah Islamiah yang memastikan Islam terlaksana sepenuhnya merupakan perkara
yang terlibat dengan aqidah bukannya perkara main-main.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Firman Allah dalam ayat 111 surah Hud واعتصموا بحبل اهللا جميعا وال تفرقوا واذكروا نعمت اهللا عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين اهللا لكم آيته لعلكم
.تهتدون
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu
bercerai berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah)
bermusuh-musuhan maka Allah menyatukan hati-hati kamu lalu menjadi kamu dengan nikmat
Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya
kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
م وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيائر المسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولس
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
http: // ekhutbah.wordpress.com
14 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
4. PERISTIWA AR-RAJI’
السالم عليكم
هدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وب
اتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين محمد وعلى … اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمون
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut
ن قبلكم فليعلمن اهللا الذين ولقد فتنا الذين م. أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم ال يفتنون أحسب الناس .صدقوا وليعلمن الكذبين
http: // ekhutbah.wordpress.com
15 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja
untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah
mengethaui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.
Hari demi hari, mingu demi minggu berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan adakah
penghuninya mampu mengambil manfaat dengan kedatangannya untuk berbuat ketaatan
kepada Allah atau sebaliknya. Kini kita semua sudah pun berada pada permulaan bulan Sofar
yang turut merakamkan beberapa peristiwa sejarah yang penting untuk kita sama-sama
menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Antara peristiwa
penting yang telah berlaku pada bulan Sofar ialah peristiwa yang menyayat hati di mana
pendakwah yang dihantar dalam peristiwa ar-Raji’ dan Bi’ Ma’unah telah dibunuh dengan
kejam oleh musuh Islam,seterusnya pada bulan inilah juga menyaksikan Khlaid ibnu Walid,
‘Amru bin al-‘Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam, pada bulan ini juga Usamah bersama
bala tentera Islam dihantar untuk berperang dengan Kerajaan Rom dan pada bulan ini jugalah
Rasulullah s.a.w mula sakit tenat sehinggalah baginda wafat pada pertengahan bulan Rabiul
Awwal tahun 11 Hijrah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Pada hari ini marilah kita sama-sama merenungi apa yang berlaku dalam peristiwa ar-
Raji’. Peristiwa ar-Raji’ telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil
daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w di mana mereka
telah meminta daripada baginda agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan untuk
mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang
bernama ar-Raji’ terdapat sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w
menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana
Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Peristiwa
ini menunjukkan kepada kita bagaimana tanggungjawab pemimpin dan Daulah Islamiah di
mana berperanan untuk memastikan Islam tersebar melalui penghantaran pendakwah dan
sebagaimananya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga pernah dilakukan oleh
Kesultanan Melayu Melaka sebelum ini sehingga Islam tidak tertumpu di suatu tempat sahaja
tetapi turut diterima dakwahnya diseluruh pelusuk dunia. Cuma pada hari ini terutama di
negara kita, kerja-kerja ini tidak dibuat secara bersungguh malah masih ramai orang bukan
Islam takut apabila mendengar perkataan Islam yang dimomokkan dengan keganasan dan
perpecahan kerana orang Islam sendiri yang menerangkan perkara yang bercanggah dengan
Islam yang sebenar kepada mereka. Kita lihat bagaimana gerakan dakwah Kristian bukan
http: // ekhutbah.wordpress.com
16 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
sahaja dapat bergerak bebas dalam memurtadkan umat Islam termasuk dengan sihir tanpa
ada tindakan dan mereka telah berjaya memurtadkan begitu ramai umat Islam walau pun
mereka tidak mempunyai kementerian khas Kristian di negara ini. Sebaliknya kerajaan yang
mendakwa mahukan Islam dengan menubuh Pusat Islam dan beberapa organisasi yang lain
seperti JAKIM, IKIM,YADIM dan lain-lain tidak pula menunjukkan sesuatu yang
memberangsangkan terhadap perkembangan Islam malah semakin hari semakin ramai yang
murtad dan jauh daripada Islam yang sebenar. Adakah tugas mereka untuk mengembangkan
Islam atau untuk menyekat pengaruh kemenangan Islam.
Sidang Jumaat yang dihormati Ketika sampai di ar-Raji’ iaitu di suatu kawasan yang bernama Huzail, tiba-tiba mereka
telah didatangi bala tentera yang lengkap bersenjata menunggu untuk bertindak. Mereka
datang beramai-ramai mengepung paara sahabat yang ditugaskan untuk menjalankan tugas
dakwah itu. Mereka berkata : “Lebih baik kamu semua menyerah diri kepada kami kerana
kami tidak akan melakukan apa-apa kepada kamu. Kami cuma mahu mendapatkan sesuatu
daripada orang-orang Mekah jika menyerahkan kamu kepada mereka”. Tetapi ketua
rombongan pendakwah Islam itu tidak mahu mahu menyerah dan mengambil keputusan lebih
baik mati bertempur daripada menyerah serta tidak sekali-kali percaya kepada janji-janji orang
musyrikin itu lalu beliau dan beberapa orang sahabat yang lain menentang musuh sehingga
mereka gugur syahid.
Seorang perempuan musyrikin Quraisy dimana salah seorang anaknya dibunuh dalam
satu peperangan oleh ‘Asim bin Thabit iaitu salah seorang daripada pendakwah yang telah
gugur syahid itu telah bernazar untuk minum arak dalam tempurung kepala ‘Asim tetapi Allah
memelihara kepalanya daripada diambil oleh musuh apabila Allah mengahantarkan
sekumpulan lebah untuk menjaga jasadnya.
Manakala 3 orang daripada mereka yang masih tinggal iaitu Zaid bin Abi ad-Dasinah,
Khubaib bin ‘Adi dan Abdullah bin Tariq telah mengambil keputusan untuk menerima janji yang
ditawarkan oleh musuh Islam itu. 3 orang tawanan tadi dibawa ke Mekah untuk dijual dan
ketika mereka tiba di Zuhran Abdullah bin Tariq berjaya melepaskan diri daripada ikatan lalu
menyambar pedang dan melawan musuh sehingga dia gugur syahid. 2 orang yang masioh
tinggal terus dibawa ke Mekah dan dijual dengan bayarannya ialah membebaskan 2 tawanan
daripada qabilah Huzail yang ditawan oleh pihak kafir Quraisy.
Khubaib bin ‘Adi telah dibeli oleh Bani al-Harith bin ‘Ammar bin Naufal kerana dia telah
membunuh pemimpin mereka Harith dalam peperangan Badar. Khubaib telah diperhinakan
dan dipukul berkali-kali dengan cara yang menyakitkan dan juga telah dipenjarakan. Pada
suatu hari ketika Khubaib sedang bercukur di rumah Bani Harith tempat kurungannya, tiba-tiba
http: // ekhutbah.wordpress.com
17 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
seorang anak kecil dari keluarga itu datang menghampiri Khubaib lalu dia mengambil anak itu
dan diletakkan atas ribaannya. Apabila si ibu menyedari anak kecilnya tiada di sisi lalu dia
melihat ke arah Khubaib dan terlihat anaknya berada atas ribaan Khubaib yang sedang
memegang pisau cukur. Khubaib melihat kepada si ibu lalu berkata : “ Aku tahu perasaanmu
iaitu menganggap bahawa aku akan membunuh anak ini bagi membalas dendam terhadap
apa yng diperlakukan kepadaku. Demi Allah aku tidak akan melakukan perkara kejam itu”.
Selepas itu dia melepaskan anak kecil itu walau pun dia boleh membunuhnya atau pun
menjadikannya tebusan untuk membebaskannya tetapi dia tidak berbuat demikian. Si ibu
begitu takjub melihat apa yang berlaku dan memuji kemuliaan akhlak Khubaib. Inilah dia
antara kesan daripada tarbiah Rasulullah s.a.w yang dapat kita sama-sama lihat. Seterusnya
Khubaib di bawa ke Tan’im untuk dibunuh di mana sebelum itu dia telah meminta agar diberi
peluang untuk dia melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat lalu dia berkata dengan
tegas : “ Demi Allah, jika tidak kerana bimbang kamu menuduh aku pengecut nescaya aku
akan bersembahyang lebih panjang lagi”. Kemudia dia berdoa :“Wahai Tuhanku! Hitungkanlah
mereka semua dan binasakanlah mereka semua sehingga jangan tinggalkan walau pun
seorang”. Kemudia dia bersyair antaranya : “ Demi sesungguhnya aku tidak peduli sekiranya
aku dibunuh sebagai seorang Islam di mana sahaja anggota yang dibunuh. Perkara itu kerana
Allah jika ia mengkehendaki nescaya Dia memberkati setiap anggota yang dihiris”.Kemudian
bangunlah Uqbah bin al-Harith lalu membunuh Khubaib dan gugurlah seorang sahabat yang
tabah dan berani mati kerana Islam.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Pada hari yang sama mereka membunuh seorang lagi sahabat iaitu zaid bin ad-
Dasinah yang dibeli oleh Safuan bin Umaiyyah. Abu Sufian yang menjadi pemimpin taghut
pada masa itu bertanya kepada Zaid : “ Apakah pendapat kamu jika Muhammad berada
sekarang mengantimu supaya kami dapat pancungkan lehernya?”. Dengan tegas Zaid
menjawab : “ Demi Allah! Aku tidak rela sekali pun nabi Muhammad s.a.w terkena duri
sedangkan aku bersama-sama keluargaku”. Abu Sufian berkata : “ Aku tidak pernah bertemu
sesorang itu begitu kasih kepada seseorang yang lain seperti para sahabat Muhammad kasih
kepada Muhammad”. Selepas itu Zaid dibunuh oleh musuh tanpa belas kasihan. Inilah dia kasih
sayang para sahabat terhadap diri Rasulullah s.a.w dan Islam sehingga mereka lebih rela mati
daripada melihat baginda dikhianati dan Islam dihina. Bagaimana dengan kita pada hari ini?.
Adakah kita terus rela melihat Islam dimaki, umat Islam dibunuh dan dihalau dari tanahair
mereka sendiri, Hukum Allah dipersenda, Sunnah nabi dihina,para ulama’ dicerca oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab dan memang bencikan Islam untuk dilaksana.
http: // ekhutbah.wordpress.com
18 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Ahzab
فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما . من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا اهللا عليه بدلوا تبديال
Maksudnya : Antara orang-orang mukmin itu ada mereka yang telah menepati apa yang telah
mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur syahid dan
antara mereka ada pula yang menunggu (datangnya syahid) dan mereka sedikit pun tidak
mengubah janjinya.
ني ي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيم وتقبل مبارك اهللا لمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر المسل
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
5. SYAHID SAYYIDINA UMAR AL-KHOTTAB
على الدين كله ولو كره المشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره
ارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وباتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…م بإحسان إلى يوم الدين محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعه
… اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمونWahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 78 surah an-Nisa’
أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم في بروج مشيدة وإن تصبهم حسنة يقولوا هذه من عند اهللا قل كا من عند اهللا فمال هؤأل القوم اليكادون يفقهون حديثا. من عندك وإن تصبهم سيئة يقولوا
,Maksudnya : Di mana jua kamu berada, kematian pasti akan datang kepadamu sekali pun
kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka beroleh kebaikan
http: // ekhutbah.wordpress.com
19 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
mereka berkata : “Ini adalah dari sisi Allah”. Dan jika mereka ditimpa bencana, mereka akan
berkata :” Ini adalah dari (sesuatu yang nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (Wahai
Muhammad) :” Semuanya itu adalah dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum
itu hampir-hampir tidak memahami perkataan(nasihat dan pengajaran.
Pada hari ini kita akan mengambil iktibar daripada kisah yang menyayat hati yang telah
berlaku kepada Sayyina Umar al-Khottab. Sayyidina Umar al-Khattob iaitu khalifah yang kedua
daripada khulafa' ar-rashidin. Beliau juga merupakan khalifah ar-rashid yang pertama gugur
syahid(akhirat) akibat pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang menjadi musuh dalam
selimut kepada umat Islam. Sebagaimana kita semua maklum bahawa daripada kalangan
Khalifah ar-Rasyidin yang empat itu hanya Sayyidina Abu Bakar Sahaja yang wafat kerana tua
manakala mereka yang lain wafat kerana dibunuh oleh musuh. Sayyidina Umar semasa
hidupnya samada sebelum memeluk Islam mahu pun selepasnya begitu terkenal dengan
keberaniannya. Keberanian beliau diketahui oleh kawan dan lawan dan sebagai contohnya
bagaimana semasa mahu berhijrah ke Madinah Munawwarah, beliau secara terang-terang
memberitahu tentang penghijrahannya kepada kafir Quraisy yang berada di kawasan Ka'bah
pada masa itu. Dengan pedang terhunus beliau menyeru : " Wahai kafir Quraisy! aku ingin
berhijrah ke Madinah. Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi
yatim maka cubalah sekat penghijrahan Umar ini".
Pada zaman pemerintahan Umar juga, kita dapat lihat lebih luasnya penyebaran Islam
dan juga pembukaan negara-negara Islam yang baru. Antara yang paling masyhur ialah
apabila tentera Islam mampu membebaskan qiblat umat Islam yang pertama iaitu Masjid Aqsa
di Palestin pada zamannya. Banyak lagi jasa yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang
hayatnya dan kehilangan beliau sukar dicari ganti. Kita juga menyaksikan bagaimana pada
zaman beliau menjadi khalifahlah bermulanya penggunaan taqwim Islam berdasarkan
peristiwa hijraturrasul S.A.W.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa yang menyayat hati ini, Abu Lu'luah seorang
Majusi telah bertemu dengan beliau dan mengadu mengenai jumlah kharaj yang dikenakan ke
atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu'bah agak tinggi. Kadar jumlah
yang terpaksa dibayar ialah 4 dirham setiap hari yang mana Sayyidina Umar yang mendengar
pengaduan ini mengatakan bahawa jumlah itu agak bersesuaian dan tidak terlalu
membebankan. Ini berdasarkan kepada pendapatnya hasil daripada beberapa kerja yang
dilakukan. Sebenarnya Sayyidina Umar memang boleh mempertimbangkan rayuannya itu
sebagaimana beliau berbuat demikian dengan mereka yang lain tetapi beliau tetap dengan
http: // ekhutbah.wordpress.com
20 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
pendiriannya bahawa kadar yang dikenakan tidak membebankan Abu Lu'luah. Apabila
rayuannya itu tidak diterima oleh Sayyidina Umar maka dia terus berlalu dari situ dalam
keadaan marah dan penuh perasaan dendam. Dia berniat dalam hati untuk membunuh
Sayyidina Umar dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan niat jahatnya itu.
Akhirnya Sayyidina Umar mendapat berita mengenai niat jahat yang ingin dilakukan oleh
Abu Lu'luah terhadap beliau. Beliau meminta pandangan Sayyidina Ali mengenai perkara ini
lalu Sayyidina Ali berkata : "Adakah perlu kami mengawal engkau wahai Amirul Mukminin?".
Jawab Sayyidina Umar dengan tegas : "Cukuplah Allah sebagai pengawal". Beliau tidak
melantik pengawal khas bagi mengawal beliau daripada sebarang kemungkinan yang akan
berlaku kerana beliau bimbang tindakan ini akan diikuti oleh khalifah selepas beliau nanti. Jika
perkara ini berlaku akan menyebabkan orang yang dizalimi tidak lagi mampu menemui
khalifah bagi mengadu sebarang masalah dengan mudah dan tidak payah melepasi
pengawal terlebih dahulu.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan
solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat
yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina
Umar. Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya
sebanyak enam tikaman yang mana antara sala satunya terkena dibahagian perut Sayyidina
Umar. Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid.
Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang
lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka
yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur
syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk
manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya
memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya
telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan
menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala
penjenayah itu.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
Berbalik kepada keadaan Sayyidina Umar di mana beliau terus rebah setelah ditikam.
Para muslimin yang berada di situ terus memangku beliau dalam keadaan penuh
kebimbangan. Beliau menyeru :" Adalah di kalangan kamu ini Abdul Rahman bin 'Auf?". Para
muslimin menyahut : " Ya! ada wahai Amirul Mukminin". Beliau berkata :"Katakanlah kepadanya
http: // ekhutbah.wordpress.com
21 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
agar mengimamkan para muslimin dalam menunaikan solat Subuh!. Ia merupakan solat fardhu
yang diwajibkan ketika ini". Inilah dia Sayyidina Umar yang begitu mementingkan kewajipan
terhadap Allah daripada dirinya sendiri yang sedang berada dalam keadaan parah ketika itu.
Lalu Abdul Rahman bin 'Auf mengimamkan para muslimin dalam solat Subuh pada pagi
itu. Manakala Abdullah bin Abbas bersama beberapa orang muslimin yang lain sibuk
menguruskan Sayyidina Umar sehinggalah beliau diusung masuk ke rumahnya dan beliau ketika
itu berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri. Setelah pagi telah meninggi maka beliau
yang telah sedar daripada koma terus bertanya kepada para muslimin dikelilingnya : Adakah
para muslimin telah mendirikan solat?". Jawab Ibnu Abbas :" Ya!". Kata Sayyidina Umar :" Tidak
Islam bagi orang yang meninggal solat". Selepas itu beliau terus berwudhu' dan solat.
Setelah selesai solat beliau terus berkata :" Wahai Abdullah bin Abbas! keluar dan tanya
tentang siapakah yang cuba membunuhku?. Abdullah bin Abbas terus keluar dari rumah
Sayyidina Umar dan bertanya mereka yang ditemuinya : " Siapakah yang menikam Amirul
Mukminin?". Mereka memberitahu bahawa Abu Lu'luah yang telah melakukan perbuatan yang
kejam itu terhadap Sayyidina Umar. Mendengar jawapan itu, lalu Abdullah bin Abbas terus
kembali semula kepada Sayyidina Umar dan memberitahu beliau tentang orang yang
menikamnya. Mendengar jawapan itu maka Sayyidina Umar terus berkata : " Alhamdulillah aku
bersyukur kepada Allah yang mana tidak menjadikan orang yang menikamku sebagai orang
yang akan mendakwaku di hadapan Allah nanti dengan tempat sujud yang disujudnya
bagiNya sahaja". Maksud kata-kata beliau ialah beliau berasa lega kerana orang yang
menikamnya bukan daripada kalangan muslim yang tidak berpuas hati dengannya.
Beliau memanggil ahli perubatan pada masa itu yang mana ramai daripada kalangan
mereka yang berada di Madinah datang untuk merawatnya. Mereka menyatakan bahawa
kecederaan yang dihadapi oleh Sayyidina Umar agak parah dan tidak mampu dirawat lagi.
Mendengar kata-kata ahli perubatan itu maka para muslimin berasa begitu sedih dan
menangis kerana tidak lama lagi mereka akan berpisah dengan pemimpin yang adil dan
tegas itu. Mendengar tangisan itu lalu Sayyidian Umar terus menegahnya. Ketika beliau
meminum susu maka beliau dapat melihat bagaimana air susu yang putih itu keluar daripada
kesan lukanya. Beliau merasa sudah sampai masanya untuk menemui Allah Tuhan Penciptanya.
Beliau memandang kepada muslimin sekelilingnya lalu berpesan agar mereka bertaqwa
kepada Allah dan mendirikan solat serta bersikap adil kepada rakyat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam keadaan yang sugul itu para muslimin mencadangkan agar beliau menentukan
khalifah selepasnya. Beliau menjawab kepada mereka :" Aku tidak akan membuatnya maka
http: // ekhutbah.wordpress.com
22 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan)
kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku
membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Sayyidina
Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup(di mana beliau telah gugur syahid dalam
peperangan Mu'tah) nescaya aku akan melantiknya.Jika Salim maula Abu Huzaifah masih
hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu
berkata :"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu".
Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu lalu Abdullah bin 'Auf bertanya :" Adakah engkau
telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi Allah aku belum lagi berbuat
demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini
selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada
kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan
mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Sayyidina Ali, Sayyidina Uthman, Zubair bin al-
Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata:" Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang
mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu". Dari
sini kita dapat fahami bahawa masalah kepimpinan ini merupakan perkara yang besar dan
tidak boleh dipandang ringan. Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini terlibat secara
langsung dengan masalah agama bukannya sebagaimana dakwaan sesat golongan sekular
bahawa agama suku politik suku. Jika benar dakwaan mereka mengapa masalah ini
ditekankan oleh muslimin dan juga Sayyidina Umar yang berada dalam keadaan tenat ketika
itu.Kita juga dapat menyaksikan bagaimana cara pemilihan seseorang khalifah itu tidak
ditetapkan oleh syarak. Oleh itu setiap cara boleh diguna selagimana tidak bercanggah
dengan syarak dan tidak menggugat pelaksanaan Islam secara menyeluruh bukannya secara
juzu' tertentu sahaja dengan menafikan juzu' yang lain
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah menyaksikan kesyahduan suasana
apabila Sayyidina Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu
sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika kewafatan keduanya.
Selepas jenazah beliau selesai diurus maka Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan para muslimin
dalam menyembahyangkan jasad yang mulia ini. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina
'Aisyah selepas mendapat keizinannya. Maqam beliau berada berhampiran maqam Rasulullah
S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat
dan sebulat suara melantik Sayyidina Uthman bin al-'Affan sebagai khalifah ar-rashid yang
ketiga menggantikan Sayyidina Umar al-Khattob al-Faruq sebagai pemimpin Daulah Islamiah.
http: // ekhutbah.wordpress.com
23 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Firman Allah dalam ayat 10 dan 11 surah al-Munafiqun :
وأنفقوا من ما رزقناكم من قبل أن يأتي أحدكم الموت فيقول رب لوآل أخرتني إلى أجل قريب . ولن يؤخر اهللا نفسا إذا جاء أجلها واهللا خبير بما تعملون . فأصدق وأكن من الصالحين
Maksudnya : dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada
kamu sebelum sampainya ajal maut kepada seseorang daripadamu. (jika tidak) maka dia
akan merayu-rayu dengan katanya :” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau
tangguhkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat
bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh.
م وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيائر المسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولس
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين6. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
السالم عليكم
لحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين اارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وب
اتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…به ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين محمد وعلى آله وأصحا … اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمون
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah
. لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف الرحيم . إن تولوا فقل حسبي اهللا الإله إال هو عليه توكلت وهو رب الغرش العظيم ف
Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat
terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari
keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya
kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.
http: // ekhutbah.wordpress.com
24 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Kini hampir seminggu kita meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan
yang telah mencatat sejarahnya yang agung dengan kelahiran bayi bertuah yang diberi nama
Muhammad di mana baginda telah diangkat oleh Allah menjadi nabi lagi Rasul kepada umat
akhir zaman. Pada hari ini marilah kita sama-sama menghitung diri kita samada sambutan
maulidur rasul yang kita adakan pada bulan yang lalu hanya akan berlalu begitu sahaja atau
pun sudah nampak disana perubahan pada diri kita dan masyarakat dalam sama-sama
menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan melaksanakan setiap apa yang dibawanya.
Jangan kita jadikan perayaan lalu hanya untuk menyambut dan memuja tubuh Rasulullah s.a.w
sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta
kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang
menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga
adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan
yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci
Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut
oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun
sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa
ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak
mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali
keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi
setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada
dakwahnya. Oleh itu marilah kita hendaklah menjadikan sambutan maulidur rasul ialah untuk
memuji kemulian tubuh dan sifat Rasulullah s.a.w dan juga untuk melaksanakan segala syariat
yang dibawanya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam kita bergembira dengan mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiul
Awwal janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa
yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas
mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke
Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah memerintah tentera Islam untuk
menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih
Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.
Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada
Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu larut
malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan
http: // ekhutbah.wordpress.com
25 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana.Sekembalinya
dari kawasan perkuburan Baqi’ , Rasulullah s.a.w telah mengadu bahawa kepalanya
begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada
akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah. Rasulullah s.a.w pada mulanya terlantar sakit di rumah ummul
mukminin Sayyidatina Maimunah di mana selepas mendapat persetujuan daripada isteri-
isterinya lalu baginda dipindahkan ke rumah Sayyidatina ‘Aisyah dengan dipapah oleh al-Fadhil
bin Abbas dan Ali bin Abu Talib. Rasulullah s.a.w setelah bersiap lalu memberitahu bahawa
baginda ingin keluar ke masjid bagi memberi ucapan kepada para muslimin. Selepas selesai
sembahyang lalu baginda s.a.w sebelum menaiki minbar bersabda agar para muslimin berdoa
ke atas para syuhada’ yang mati dalam peperangan Uhud dan.setelah berdiri di atas mimbar
lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada
hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa
yang ada disisi Allah. Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar
kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah
s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda : Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang
beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil
seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan
kemanisannya. Tidak akan kekal dalam masjid satu pintu melainkan ada penghadang
melainkan pintu Abu Bakar. Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.
Sabdanya lagi bermaksud: Sesungguhnya aku mempunyai tanggungan yang berat
antara kamu, aku merupakan saksi kepadamu, sesungguhnya janji kepadamu ialah telaga
kauthar, Sesungguhnya aku melihatnya sedangkan aku berada ditempatku ini. Sesungguhnya
aku tidak bimbang kamu akan syirik tetapi yang paling aku bimbang ialah kamu akan berebut-
rebut kemewahan dunia ketika dibentangkan kepadamu.
Pada suatu malam ketika para muslimin menunggu-nunggu ketibaan Rasulullah s.a.w
bagi menunaikan solat Isya’, baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit
sehingga baginda memerintah Sayyidina Abu Bakar menjadi imam menggantikan baginda.
Setelah diberitahu tentang perintah nabi lalu Sayyidina Abu Bakar meminta Sayidina Umar
untuk menjadi imam tetapi Sayyidina Umar menggesa agar Sayyidina Abu Bakar melaksanakan
perintah nabi untuk menjadi imam kerana beliau merupakan orang yang paling layak. Pada
hari seterusnya setelah Rasulullah s.a.w merasai lega sedikit daripada kesakitan yang
ditanggung lalu baginda keluar ke masjid dengan dipimpin oleh dua orang sahabat bagi
menunaikan solat Zohor. Melihat kedatangan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar ingin
berundur dari tempat imam tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar beliau terus berada ditempat
http: // ekhutbah.wordpress.com
26 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
itu dan baginda sendiri meminta agar dua orang sahabat yang memimpinnya supaya
mendudukkannya ditepi Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Abu Bakar bersembahyang mengikut
solat nabi yang mengerjakannya sambil duduk manakala muslimin yang lain mengikut solat
Sayyidina Abu Bakar.Ini merupakan solat terakhir Rasulullah s.a.w bersama para muslimin di
mana para sahabat begitu gembira melihat nabi mampu bersembahyang bersama-sama
mereka menandakan baginda akan sembuh dari sakit. Tetapi kegembiraan itu hanya
sementara di mana kesakitan baginda semakin parah dan apabila ditanya kepadanya lalu
baginda menyatakan : Tiada daripada orang islam yang ditimpa kesakitan maka tidak
selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya sebagaimana daun yang gugur
dari pokok.
Sidang Jumaat yang berbahagia
Pada suatu hari ketika para isteri nabi berada disampingnya lalu anaknya Siti Fatimah
datang menghampirinya. Para isteri nabi yang lain melihat bagaimana Rasulullah s.a.w
menceritakan sesuatu kepada Siti fatimah di mana buat kali pertama dia menangis kesedihan
dan buat kali kedua dia tersenyum gembira. Apabila ditanya maka Siti fatimah mengatakan
bahawa dia sedih pada cerita pertama kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa setiap
tahun malaikat Jibril akan menyampaikan wahyu al-Quran sekali manakala pada tahun ini dia
datang sebanyak dua kali.Dia tidak melihatku melainkan kedatangannya kerana telah tiba
ajalku. Sesungguhnya engkau wahai fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan
mengiringiku dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau maka aku menangis mendengar
kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w
bertanya : Adakah engkau tidak redha menjadi Penghulu bagi seluruh umat wanita yang
beriman atau ketua bagi wanita umat ini maka aku merasa gembira dengan perkara ini.
Dalam keheningan Fajar Subuh hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah ketika mana
Sayyidina Abu Bakar dan para muslimin bersiap untuk solat Subuh, mereka telah terpandang
wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum apabila tabir dari bilik Sayyidatina
‘Aisyah terbuka lalu Abu Bakar memberi ruang kepada baginda kerana pada sangkaannya
baginda ingin solat bersama-sama mereka. Para muslimin yang berada dibelakang turut
bergembira apabila melihat keadaan nabi ketika itu tetapi akhirnya nabi mengisyaratkan
dengan tangan agar mereka menyempurnakan solat mereka. Selepas itu para muslimin terus
berasa senang hati melihat keadaan nabi yang mana pada sangkaan mereka telah hampir
pulih. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik
Sayyidatina ‘Aisyah dan Rasulullah s.a.w kembali berbaring ditempatnya maka kesakitannya
bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang rasul dan pemimpin yang
http: // ekhutbah.wordpress.com
27 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
agung buat muslimin dan itulah juga senyuman perpisahan daripada nabi dan ketua yang
penyayang buat muslimin sebelum Rasulullah s.a.w menemui Allah.
Pada saat-saat akhir, Usamah bin Zaid telah masuk menemui Rasulullah s.a. Ketika
berada disampingnya dia diam lalu melihat bagaimana nabi telah meletakkan tangan
baginda ke atasnya dan kemudiaannya mengangkat kedua tangannya di mana dia tahu
bahawa nabi telah berdoa untuknya.
Antara ucapan atau wasiat yang terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas
yang terakhir ialah : Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu
kenabian melainkan rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia
melihatnya. Ada pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk
dan sujud. Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah
meminta doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan. Selepas itu baginda
menghembuskan nafas yang terakhir untuk pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati
meninggalkan syariat yang akan terus dilaksana dan disampaikan oleh umatnya sehingga hari
qiamat.
Kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas sehinggalah Sayyidina Abu Bakar
mendapat berita sedih ketika berada di atas kuda dalam perjalanan pulang kerana pada
sangkaannya baginda telah beransur pulih. Sayyidina Abu Bakar bergegas menuju ke Masjid
Nabawi lalu memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah dimana terletaknya jasad Rasulullah s.a.w. Beliau
duduk berhampiran jasad nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi bahagian
muka nabi di mana beliau terus mengucupnya dan menutup kembali seterusnya keluar
menemui para muslimin yang masih sedih dan terkejut menerima berita yang sedih ini. Suasana
ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila
menerima berita kewafatan rasul yang begitu dikasihi, ketua yang disegani, pemimpin yang
telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan islam. Sayyidina
Umar sendiri tidak mempercayai berita kewafatan nabi malah memberi amaran keras akan
memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat
kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik
dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak
dapat menerima hakikat kewafatan nabi ini.
Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah
dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
ومن كان يعبد اهللا فإن اهللا حي ال يموت , من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات ! أيها الناس
http: // ekhutbah.wordpress.com
28 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina
Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang
menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati
Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran : ومن , أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقبكم , وما محمد إال رسول قد خلت من قبله الرسل
.وسيجزي اهللا الشكرين , ينقلب على عقبيه فلن يضر اهللا شيئا Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu
sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu
akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat
mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada
mereka yang bersyukur
ه من اآليات والذكر الحكيم وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر المسلم
فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه
http: // ekhutbah.wordpress.com
29 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
7. PERJANJIAN HUDAIBIAH
السالم عليكمركون شالحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره الم
ارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وباتقوا ! فيا عباد اهللا .....ا بعدأم…محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
… اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمونWahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 18 surah al-Fathu رضي اهللا عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما في قلوبهم فأنزل اهللا السكينة عليهم لقد
وأثبهم فتحا قريباMaksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah
(janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam
hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balas kepada mereka
kemenangan yang dekat waktunya.
Kini kita sudah berada di permulaan bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir
mengikut kalendar hijrah. Disamping kita semakin dekat dengan kedatangan 10 Zulhijjah untuk
sama-sama merayakan eidul Adha, kita juga semakin hampir meninggalkan tahun 1420 hijrah
yang sudah pasti meninggalkan pelbagai kenangan indah dan pahit. Inilah dia kehidupan
dunia di mana masa sentiasa berlalu tanpa menghiraukan penghuninya samada bertambah
http: // ekhutbah.wordpress.com
30 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
ketaatan kepada Allah atau pun sebaliknya. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa beramal
soleh dan bertaubat atas dosa yang dilakukan dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut
dengan godaan dunia.
Sempena kedatangan bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti
kelebihan apabila melakukan puasa sunat hari Arafah iaitu hari kesembilan Zulhijjah di mana
akan dikaffarahkan(ampun) segala dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang, maka
marilah kita sama-sama mengimbas kembali satu peristiwa penting yang telah terjadi kepada
diri Rasulullah s.a.w dalam perjanjian Hudaibiah tahun keenam Hijrah. Peristiwa ini berlaku
apabila Rasulullah s.a.w telah bermimpi memasuki kota Mekah bersama para sahabat yang
lain, mengambil kunci Ka’abah, bertawaf dan berumrah. Rasulullah s.a.w telah memberitahu
para sahabat mengenai mimpinya itu maka mereka begitu gembira kerana sudah lama
menunggu saat untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan haji dan umrah. Rasulullah s.a.w
bersama dengan 1400 orang dan setengah ulama’ mengatakan 1500 orang telah keluar
menuju ke Mekah . Mereka keluar dengan tidak membawa senjata perang sebaliknya
membawa senjata biasa yang diletakkan dalam sarungnya untuk tujuan keselamatan. Mereka
berihram untuk mengerjakan umrah dan mengistiharkan tujuannya bukan untuk berperang.
Apabila tiba di ‘Asfan, mereka diberitahu bahawa orang musyrikin Mekah berusaha untuk
menghalang mereka daripada menunaikan ibadat di Tanah Haram Mekah walau pun dengan
menggunakan jalan kekerasan. Mereka juga mendapat tahu melalui daripada pengintip yang
dilantik bahawa pemimpjn kafir Quraisy telah pun mengatur beberapa cara bagi menghalang
Rasulullah s.a.w dan para muslimin yang lain daripada memasuki Mekah termasuklah
memerintah 200 orang tentera berkuda bawah pimpin Khalid ibnu Walid yang ditugaskan
menghalang perjalanan para muslimin. Walau bagaimana pun cubaan itu gagal kerana
terlebih dahulu diketahui oleh rombongan muslimin. Tentera berkuda musuh cuba menyerang
rombongan muslimin apabila mereka rukuk dan sujud dalam solat Asar tetapi pada ketika itu
juga telah turun ayat mengenai hukum dan cara-cara solat khauf iaiatu sembahyang ketika
perang atau kecemasan. Selepas itu rombongan muslimin telah menggunakan jalan lain untuk
menuju ke Mekah sehinggalah mereka tiba di suatu tempat yang bernama Hudaibiah di mana
di kawasan itu hanya terdapat takungan air yang sedikit yang menyebabkan bekalan air
kehabisan. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini lalu baginda
mencabut sebilah anak panahnya dan diberikan kepada mereka agar dipanahkan ke dalam
tempat air itu. Tiba-tiba air pun bertambah dan mereka dapat sama-sama menggunakannya.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
http: // ekhutbah.wordpress.com
31 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Dalam perjalanan itu rombongan itu telah didatangi oleh seorang di mana dia ingin
mengetahui tujuan sebenar kedatangan rombongan muslimin. Lalu Rasulullah s.a.w
menjelaskan bahawa kedatangan mereka bertujuan untuk beribadat bukannya untuk
berperang. Mendengar penjelasan itu lalu dia menuju ke Mekah untuk memberitahu tentang
tujuan sebenar rombongan muslimin keopada pemimpin kafir Quraisy. Ada di kalangan
pemimpj Quraisy yang tidak mengendah apa yang diberitahu dan ada yang mengambil tahu
tentang perkara itu lalu diutuskan seorang wakil mereka bernama Mikraz bin Hafs. Ketika
melihat kedatangan Mikraz bin hafs lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Ini ialah seorang yang tidak
boleh dipercayai”. Sebagaimana pertanyaan yang diajukan sebelum ini begitulah juga yang
ditanya dan dijawab oleh Rasulullah s.a.w mengenai kedatangan rombongan muslimin ke
Mekah. Lalu Mikraz pulang dan memberitahu tentang perkara itu kepada pemimpin quraisy,
Selepas itu mereka menghantar pula ‘Urwah bin Ath-Thaqafi yang dianggap lebih pintar dan
mampu berunding untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar jawapan yang
sama daripada Rasulullah s.a.w lalu ‘Urwah mengatakan : Hai Muhammad! Apakah katamu
kalaulah berlaku kamu membinasakan kaummu sendiri? Adakah kamu mendengar pernah
berlaku di kalangan bangsa Arab ini orang yang membinasakan keluarganya sendiri? Kalau
inilah yang berlaku nescaya orang ramai akan lari daripadamu”. Melihat dan mendengar
kebiadapan ‘Urwah itu lalu Abu Bakar mengeluarkan kata-kata yang agak kasar antaranya :
.أنحن نفر منه ؟ ! أمصص بظر الالت yang bermaksud : Jilatlah kemaluan tuhan engkau al-Lata,
Adakah kami juga akan lari daripadanya?. Kemudian ‘Urwah menyambung lagi
percakapannya sambil memegang janggut Rasulullah s.a.w. Al-Mughirah bin Syu’bah yang
berada berdekatan dengan Rasulullah s.a.w terus memukul tangan ‘Urwah dengan sarung
pedangnya setiap kali ‘Urwah cuba memegang janggut Rasululullah s.a.w. Selepas itu ‘Urwah
pulang dalam keadaan kecewa dan memberitahu pemimpin Quraisy : Demi Allah! Aku pernah
menemui raja-raja Rom, Farsi dan Habsyah. Demi Allah! Aku tidak pernah melihat raja itu
disanjung dengan membesarkannya seperti para sahabat Muhammad melakukannya kepada
Muhammad. Demi Allah! Jika dia mengeluarkan kahak nescaya ia akan jatuh ke atas tangan
salah seorang daripada mereka lalu disapukan dikulit dan mukanya. Apabila dia menyuruh
sesuatu maka mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikan suruhannya. Apabila dia
berwudhu’, mereka seperti mahu berperang kerana berebut-rebut untuk mengambil air
wudhu’nya. Kalau dia bercakap maka semuanya diam dan jika mereka bercakap akan
direndahkan suara kerana menghormatinya. Mereka tidak merenung tajam kepadanya kerana
menghormatinya. Dia telah mengemukakan suatu rancangan yang baik untuk kamu maka
terimalah”. Tetapi pemimpin musyrikin terus berkeras. Seterusnya sepasukan pemuda Quraisy
membuat perancangan untuk menyerang di waktu malam bagi menghalang sebarang usaha
http: // ekhutbah.wordpress.com
32 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
damai. Malangnya apabila mereka hampir ke tempat perkemahan rombongan muslimin 70
hingga 80 orang daripada mereka telah ditawan oleh pasukan yang ditugaskan untuk
berkawal. Mereka akhirnya dibebaskan atas perintah daripada Rasululullah s.a.w.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Selepas itu Rasulullah s.a.w telah melantik Sayyidina Uthman bin ‘Affan sebagai utusan
yang akan menemui pemimpin musyrikin Quraisy bagi menjelaskan tujuan sebenar kedatangan
rombongan muslimin ke Kota Mekah iaitu untuk mengerjakan ibadat bukannya berperang.
Kedatangan Sayyidina Uthman disambut oleh Abban bin Sa’id bin al-‘As dengan
mempersilakan Sayyidina Uthman untuk menaiki kudanya dan seterusnya mengiringinya
sehingga tiba di Mekah. Dia terus menemyui pimpinan musyrikin Quraisy dan memberitahu
tujuaannya. Pemimpin musyrikin mempersilakan Sayyidina Uthman untuk mengerjakan tawaf
tetapi dengan tegas dia memberitahu : “ Aku tidak akan tawaf sehingga Rasulullah s.a.w tawaf
terlebih dahulu”.
Sayyidina Uthman berada agak lama di Mekah kerana perbincangan antara kedua
pihak belum mendapat apa-apa keputusan yang diharapkan. Lewatnya kepulangan Sayyidina
Uthman begitu merisaukan rombongan muslimin sehingga tersebar berita bahawa Sayyidina
Uthman telah dibunuh. Apabila mendengar berita itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Kita tidak
akan pulang ke Madinah sehingga kita menentang mereka.Kemudian Rasulullah s.a.w
memerintahkan para sahabat agar membuat janji taat setia untuk tidak berundur di medan
perang dan ada pula beberapa orang sahabat yang berbai’ah untuk mati. Rassulullah s.a.w
memegang tangannya sendiri dan bersabda inilah dia tangan Uthman. Setelah selesai
berbai’ah tiba-tiba Sayyidina Uthman datang dan dia turut serta untuk sama-sama berbai’ah
sehingga kesemua rombongan muslimin berbai’ah di bawah sepohon kayu kecuali seorang
munafik yang bernama Jad bin Qis. Inilah yang dikenali sebagai Bai’ah Ridhwan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Para kafir Quraisy begitu bimbang apabila mendengar mengenai bai’ah tersebut
sehingga mereka mengambil keputusan untuk menghantar Suhail bin ‘Amru bagi membuat
satu perjanjian dengan pihak muslimin. Perjanjian itu adalah bagi menghalang rombongan
muslimin daripada memasuki Mekah pada tahun itu. Apabila melihat kedatangan Suhail bin
‘Amru lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya dimudahkan kepada kamu perkara yang
menjadi masalah kepada kamu”. Selepas itu terjadilah perjanjian Hudaibiah yang terkenal itu
dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :
http: // ekhutbah.wordpress.com
33 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
1. Rasulullah s.a.w dan para muslimin tidak boleh masuk ke Mekah tahun ini dan
dibenarkan untuk dating ke Mekah pada tahun depan dengan syarat membawa
senjata untuk tujuan musafir sahaja.
2. Gencatan senjata daripada sebarang peperangan antara kedua belah pihak selama
10 tahun.
3. Mana-mana pihak yang mahu membuat perjanjian dengan antara salah satu daripada
2 puak itu sama muslimin atau kuffar boleh berbuat demikian dan tidak boleh diganggu
gugat oleh mana-mana pihak.
4. Sesiapa dikalangan Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa izin walinya
hendaklah dihantar pulang dan sesiapa sahaja dari pihak Muhammad yang melarikan
diri kepada pihak Quraisy tidak akan dikembalikan semula.
Berlangsunglah perjanjian ini walau pun ada beberapa orang sahabat tidak begitu
bersetuju dengan syarat-syarat ini memandangkan kepada apa yang tersurat di mana
memberi keuntungan kepada pihak musyrikin. Tetapi akhirnya perkara yang tersirat telah
memberi keuntungan dan kejayaan yang besar kepada perjuangan Islam iaitu apabila
perjanjian ini telah menjadi pintu kepada kemenangan yang gemilang dalam peristiwa
Pembukaan Kota Mekah selepas itu.
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Bangunlah kamu semua dan sembelihlah binatang
yang disediakan itu”. Seorang pun daripada para sahabat tidak bangun walau pun nabi telah
bersabda sebanyak tiga kali. Mereka bukan engkar dengan perintah nabi tetapi mereka terlalu
kasih dan merasakan perjanjian itu telah menghina Allah dan rasulNya. Akhirnya Rasulullah
s.a.w telah masuk ke khemah isterinya ummul mukminin Salamah dan memberitahu tentang
perkara itu lalu Ummu Salamah meminta agar nabi sendiri yang melakukannya tanpa berucap
apa-apa. Rasulullah s.a.w terus keluar daripada khemah lalu bertahallul. Melihat perkara itu lalu
para sahabat terus bertahallul dengan bercukur kepala dan menyembelih dam.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 24 dan 25 surah al-Fathu
وهو الذى كف أيديهم عنكم وأيديكم عنهم ببطن مكة من بعد أن أظفركم عليهم وكان اهللا بما تعملون بصيرا هم الذين كفروا وصدوكم عن المسجد الحرام والهدى معكوفا أن يبلغ محله
Maksudnya : Dan Dialah yang menahan tangan mereka daripada membinasakan kamu dan menahan tangan kamu daripada membinasakan mereka di tengah Kota Mekah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka. Dan adalah Allah itu amat Melihat apa yang kamu kerjakan. Merekalah orang-orang kafir yang menghalangi kamu daripada memasuki Masjidil Haram dan menghalangi binatang korban sampai ke tempat penyembelihan.
http: // ekhutbah.wordpress.com
34 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
م وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيائر المسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولس
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
8. MERDEKAKAN NEGARA DENGAN ISLAM
السالم عليكمدين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى و
ارك على سيدنا أشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وباتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…أصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين محمد وعلى آله و
… اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمونWahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’ :
لياء الذين آمنوا يقاتلون في سبيل اهللا والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أو الشيطان إن كيد الشيطان كان ضعيفا
Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir
berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya
tipu daya syaitan itu adalah lemah.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita kali ke-43 pada 31
Ogos ini. Kemerdekaan secara pertukaran pemerintah daripada yang berkulit putih dan
berbangsa Inggeris kepada yang berkulit sawa matang dan berbangsa Melayu telah lama
berlangsung. Kemerdekaan ini memang dapat dirasai perbezaannya berbanding di zaman
penjajah namun begitu disebabkan kemerdekaan yang hakiki iaitu perubahan terus daripada
http: // ekhutbah.wordpress.com
35 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
sistem yang berlandaskan ideologi ciptaan manusia kepada pemerintahan Islam masih belum
tercapai maka kemerdekaan ini tidak pernah membenarkan kehidupan yang berlandaskan
Islam terlaksana sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Islam Melaka
dan beberapa kesultanan yang lain di alam Melayu ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh anak
didik penjajah dalam memastikan Islam tidak dilaksana dan terus dipenjara sebagai
meneruskan cita-cita penjajah yang mula-mula datang menakluk Melaka pada tahun 1511
yang lalu. Kita mesti ingat bagaimana kejayaan Portugis dalam menakluk Kota Melaka pada
tahun 1511 itu bukanlah untuk datang mengaut kemewahan hasil bumi di sini semata-mata
tetapi turut disertakan agenda yang penting iaitu memastikan pengaruh Kristian tersebar dan
Islam mesti disekat dan dibuang daripada diamalkan dalam masyarakat setempat. Kejayaan
mereka ini disambut meriah di sebuah gereja di Rom, Itali di mana mereka menyatakan
bahawa kejayaan menakluki Kota Melaka itu merupakan satu pintu ke arah menakluk semula
Baitul Maqdis, Palestin dan ia juga merupakan ubat dalam merawat kekecewaan mereka
dengan kejatuhan Kota Istanbul, Turki di tangan tentera Islam sebelum ini.
Sidang Jumaat yang dihormati,
Sambutan hari kemerdekaan ini mestilah disambut dengan penuh rasa insaf dan sedar
tentang tanggungjawab kita yang masih belum selesai iaitu untuk memerdekakan Malaysia
daripada kongkongan sekularisme yang sesat dan semangat kebangsaan yang ketinggalan
zaman sehingga Islam mampu dilaksanakan di dalam semua bidang kehidupan bukannya
setakat ditikar sembahyang sahaja. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan perangai dan cara
sambutan hari merdeka oleh anak-anak merdeka yang bebas daripada ikatan agama di
mana mereka ini hanya tahu melompat, menari, menjerit melaungkan merdeka sedangkan diri
mereka sendiri terus terjajah oleh budaya barat yang sesat.
Jika didakwa bahawa perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan kerana masyarakat
berbilang bangsa mengapakah undang-undang Inggeris Lord Reid boleh diterima pakai di sini
semenjak sekian lama sedangkan warga negara ini boleh dikatakan tiada yang berbangsa
Inggeris. Lagi pun perlembagaan ini banyak menerima pandangan sekuler yang berlandaskan
agama Kristian sedangkan agama rasmi Malaysia ialah Islam. Jika dikatakan bahawa
masyarakat akan huru-hara kerana melaksanakan dasar agama mengapakah semangat yang
berdasarkan bangsa masing-masing boleh diperjuangkan walau pun ia akan menyebabkan
antara setiap bangsa akan berebut untuk menguasai bangsa yang lain sehingga pernah
mencetuskan peristiwa ngeri 13 Mei kerana jurang perbezaan dari sudut ekonomi terlalu tinggi.
Jurang perbezaan ini terus berlaku disebabkan pemimpin yang hanya mementingkan kroni dan
penyokong mereka sahaja sehingga terlalu jelas ketidakadilan dalam pengagihan harta
http: // ekhutbah.wordpress.com
36 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
kekayaan negara. Jika dikatakan bahawa Islam tidak mampu dilaksanakan kerana ramai lagi
umat Islam sendiri disamping orang bukan Islam tidak memahami apa itu Islam maka
mengapakan akhbar, radio, tv dan media massa yang lain tidak disuruh menyebar dan
menerangkan Islam secara serius bukannya hanya seumpama melepas batuk ditangga sahaja.
Mengapakan seluruh media massa hanya diberikan kebebasan untuk menyiarkan hiburan
yang sesat dan melalaikan, diberikan kebebasan dalam menghina Islam dan ulama’ serta
memburukkan Islam sebagai agama zalim dan ganas sedangkan untuk tujuan memberi
kefahaman mengenai Islam yang sebenar disekat. Disamping itu pengajian agama juga tidak
dititik beratkan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Adakah Islam yang tidak
mampu dilaksana atau memang pemimpin itu sendiri yang tidak mahu Islam terlaksana.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Mengapakah kita membesar-besar dan begitu runsing apabila keistimewaan Melayu
disentuh terutama oleh satu persatuan Cina sedangkan ketika ada pemimpin memberi amaran
untuk mengambil tindakan kepada mana-mana negeri yang melaksanakan Islam serta
menghina hukum Islam malah memberi pula peluang kepada rakan mereka yang bukan Islam
untuk mencaci Islam maka ramai orang melayu yang mengaku beragama Islam hanya diam
membisu malah terus menyokong pemimpin itu. Adakah bangsa Melayu lebih tinggi dan mulia
daripada Islam. Kita tidak menafikan pentingnya keistimewaan Melayu yang ada dalam
perundangan negara tetapi kalau hanya tertera dalam perundangan sahaja ia tidak akan
memajukan orang Melayu itu sendiri. Kerana tidak melaksanakan cara pemerintahan Islamlah
yang menyebabkan Melayu itu semakin terpinggir. Kejahilan orang Melayu terutama dalam
memahami Islam tidak dipandang serius demi menjaga kedudukan pemimpin kerana jika
adanya ilmu maka seseorang akan sedar tentang kesesatan dan penyelewengan pemimpin
yang menyebabkan kedudukan pemimpin itu tergugat.
Oleh itu sedarlah kita bahawa tanggungjawab dalam memerdekakan Malaysia buat
kali kedua daripada penjajahan ideologi sekuler yang memisahkan kehidupan dunia dengan
akhirat supaya generasi akan datang terselamat daripada gejala dadah, zina, murtad dan lain-
lain dengan terlaksananya perundangan Islam. Merdekakan diri kita, merdekakan keluarga
kita, merdekakan masyarakat kita, merdekakan negeri kita, merdekakan negara kita dan
merdekakan dunia sejagat daripada kejahilan dan cengkaman ideologi sesat yang didalangi
oleh Yahudi dan Kristian. Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :
بعت ولن ترضى عنك اليهود وال النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى اهللا هو الهدى ولئن ات . أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من اهللا من ولي وال نصير
http: // ekhutbah.wordpress.com
37 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah
kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan
petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu.
اآليات والذكر الحكيم وتقبل مني بارك اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه منين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر المسلم
فوز المستغفرين ويا نجاة التائبينوالمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا
9. PEPERANGAN MU’TAH
http: // ekhutbah.wordpress.com
38 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
السالم عليكم
شركون الحمد هللا الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المك على سيدنا هد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارأش
اتقوا ! فيا عباد اهللا .....أما بعد…محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين … اهللا حق تقاته والتموتن إال وأنتم مسلمون
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja
perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari
kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau
sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 111 surah at-Taubah :
إن اهللا اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقتلون فى سبيل اهللا فيقتلون ويقتلون فاستبشروا ببيعكم الذى وعدا عليه حقا فى التورئة واإلنجيل والقرءان ومن أوفى بعهده من اهللا
.بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم Maksudnya : Sesungguhnya Allah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman bahawa
untuk mereka ganjaran Syurga. Mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh atau
terbunuh sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam taurat, Injil dan Quran.
Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah. Oleh itu bergembiralah kamu dengan
penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.
Jamadil Awwal sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain pernah memahatkan
peristiwa bersejarah di mana pada bulan ini telah berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah
yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan
pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah
S.A.W kepada Raja Busra. Tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa
yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam
peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam
bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah
yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak
diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh
dilakukan.
http: // ekhutbah.wordpress.com
39 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah
memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai
dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti
oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka
para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka
untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan
serangan, sebaliknya meminta agar pembunuh utusan dakwah itu ditangkap dan di bawa ke
Madinah disamping menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman terlebih dahulu. Jika
seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Baginda turut berpesan
agar tidak membunuh kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, tidak mengerat pohon kurma
dan pokok serta tidak memusnahkan kediaman mereka.Inilah ia keadilan Islam di mana tidak
ada erti balas dendam sebaliknya walau pun telah jelas berlakunya kezaliman terhadap utusan
dakwah yang dihantar namun usaha untuk menyeru kepada Islam mestilah didahulukan
sebelum sesuatu peperangan dilancarkan setelah musuh berdegil dan melawan seruan
dakwah itu. Begitu juga kepentingan kepada pemilihan dan perlantikan kepimpinan mestilah
dititik beratkan di mana ia mesti disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta
kepercayaan oleh orang di bawahnya.
Ketika tentera Islam mahu bertolak ke medan perang, mereka kehairanan melihat
Abdullah bin Rawahah menangis. Ketika ditanya tentang sebab beliau menangis lalu di
menyatakan bahawa masih tersemat cinta pada dunia dihatinya sedangkan Rasulullah s.a.w
telah membaca ayat 71 surah Maryam :
منكم إال واردها كان على ربك حتما مقضيا وإنMaksudnya : Dan tiada seorang pun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Keadaan
itu bagi Tuhanmu merupakan suatu kemestian yang telah ditetapkan.
Abdullah bin Rawahah menyatakan ketakutan apabila merenungi ayat tadi. Lalu para
sahabat yang lain menenangkannya serta mendoakan agar dijauhkan daripada perkara
itu.Setelah itu mereka bertolak menuju ke Mu’tah yang terletak beribu kilometer dari Kota
Madinah. Sebaik sahaja mereka tiba di Ma’an iaitu sebuah pekan yang terletak lebih kurang
100 kilometer dari Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam di mana
dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu
orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil
gabungan qabilah Lakham, Juzam, Balqin dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai
jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah
mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah
http: // ekhutbah.wordpress.com
40 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini
tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita
benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid.Kita bukan datang berperang
semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana kuantiti tetapi kerana
agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu
sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh
kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah. Kata-kata semangat ini berjaya
meniupkan kembali roh jihad dalam diri tentera Islam.
Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi di antara tentera Islam
berjumlah 3 ribu orang dengan tenterra Rom seramai 200 ribu orang. Pada mulanya Zaid bin
Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid di mana panji
tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur syahid di mana
pada permulaannya tangan kanan beliau ditetak putus oleh musuh. Kemudiaannya beliau
terus mengawal bendera panji Islam agar tidak jatuh dan ketika ini tangan kirinya pula
dipotong oleh musuh. Namun begitu beliau terus menggigit bendera panji dengan giginya
tetapi kali ini kepalanya telah dipenggal yang menyebabkan beliau gugur syahid. Selain kedua
tangannya yang putus ditetak oleh musuh, terdapat 50 kesan panahan pada badan beliau.
Rasulullah s.a.w menyatakn bagaimana Allah menjadikan kedua tangannya itu sebagai sayap
yang membolehkan beliau berterbang bebas di Syurga. Sebab itulah beliau digelar dengan
Ja’afar at-Toyyar dan Ja’afar yang mempunyai 2 sayap. Kemudian panji bendera Islam itu
berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana
kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid
dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar
bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai
bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak
bersalahan dengan syarak.
Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi
kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam
perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh
dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.Seramai 12 orang tentera Islam
yang gugur syahid termasuk 3 panglima yang dilantik. Manakala bilangan tentera Rom pula
tiada jumlah secara tepat tetapi agak ramai yang mati.
Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh
melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar
berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali
http: // ekhutbah.wordpress.com
41 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru
menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang
mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah segar
masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia.
Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang
tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur
syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan
kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.Benarlah firman Allah
dalam ayat 169 :
. وال تحسبن الذين قتلوا في سبيل اهللا أمواتا بل أحياء عند ربهم يرزقون Maksudnya : Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,
sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuham mereka dengan diberi rezeki.
ي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيم وتقبل من بارك اهللا لين والمسلمات يومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر المسلم
والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
10. KHUTBAH EIDIL ADHA 1420H
خطبة فرتام
http: // ekhutbah.wordpress.com
42 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
اهللا أكبر كبيرا و الحمد هللا ) كالي 2( أكبر اهللا ) كالي 3( اهللا أكبر ) كالي 3( اهللا أكبر . الحمد هللا الذي جعل يوم عيد األضحى أسعد األيام لنا . كثيرا وسبحان اهللا بكرة وأصيال
وأشهد أن الإله إال اهللا وأشهد أن سيدنا . التى بها واالناونحمده على ما أوالنا ونشكره على نعمه ومن تبعهم محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه
اتقوا اهللا وأوصيكم وإياي بتقوى اهللا فقد فاز ! فيا إخواني ...... أما بعد. الدين بإحسان إلى يوم : سورة المائدة 8فرمان اهللا تعالى دالم أية .. …المتقون
. تعدلوا يأيهاالذين ءامنوا كونوا قوامين بالقسط وال يجرمنكم شنئان قوم على أال. اعدلوا هو أقرب للتقوى واتقوا اهللا إن اهللا خبير بما تعملون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adilnya. Dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum membawa kamu kepada berlakunya ketidak
adilan. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada
Allah Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Pada hari raya eidil Adha yang berbahagia ini marilah kita sama-sama menyambutnya
dengan penuh kesyukuran kepada Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan
kalimah takbir dan tahmid bukannya kita penuhinya dengan hiburan dan maksiat yang
merosakkan kesucian hari raya ini. Hari ini dipanggil hari raya haji bersempena dengan umat
Islam seluruh dunia tanpa mengira pangkat, usia, bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk
dunia yang sedang berhimpun di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadat haji. Hari raya ini
juga dipanggil hari raya korban kerana diperintahkan kita agar berkorban sekaligus
mengingatkan kita kembali kepada peristiwa yang berlaku kepada nabi Allah Ibrahim, isterinya
Siti Hajar dan anak kesayangan mereka nabi Ismail. Kisah mereka telah menunjukkan kepada
kita bagaimana erti ketaatan kepada Allah, kepatuhan kepada suami,kasih sayang kepada
suami, isteri dan anak untuk sama-sama direnungi dan dicontohi demi mencapai kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat nanti.
ولله الحمد ربكأ اهللا! ربكأ اهللا! ربكأ اهللاKita dapat lihat bagaimana ketaatan nabi Ibrahim yang telah diperintah agar meninggalkan
isteri dan anaknya Ismail yang masih kecil di sebuah tanah yang gersang dan kering kontang di
mana nabi Ibrahim melakukannya dengan penuh taat dan patuh tanpa sebarang bantahan.
Ketika beredar daripada tempat itu nabi Ibrahim terus berpaling daripada isterinya Siti Hajar
dan anaknya Ismail untuk meneruskan segala perintah Allah. Apabila melihat nabi Ibrahim ingin
beredar dari situ maka Siti Hajar terus bertanya : Adakah ini merupakan perintah Allah? Jika
benar maka teruskanlah dan jangan bimbang tentang keselamatan kami ini. Inilah jawapan
http: // ekhutbah.wordpress.com
43 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
tegas yang keluar daripada mulut seorang isteri yang benar-benar faham dan yakin kepada
Allah dan suami.Dia tidak menjadi penghalang kepada tugasan suami yang berjuang demi
menegakkan agama Islam disamping begitu yakin dengan pertolongan daripada Allah.
Adakah perkara ini mampu kita semua pada hari ini lakukannya atau pun kita hanya mampu
mendengar sahaja tanpa cuba mencontohinya?
Apabila ditinggalkan oleh nabi Ibrahim maka mereka berdua menghabiskan bekalan yang
dibawa sehinggalah bekalan itu kehabisan. Siti Hajar berasa dahaga begitu juga dengan
anaknya nabi Ismail. Tanpa berlengah lagi lalu Siti Hajar bergegas mencari punca air di mana
dia terdengar bunyi air di bukit Sofa. Dia berlari-lari anak menuju bukit Sofa lalu mendakinya
tetapi tidak mendapati sesuatupun di situ melainkan batu-batan. Dia terdengar pula bunyi air
keluar dari bukit Marwah yang bersetentang dengan bukit Sofa. Dia terus bergegas ke bukit
Marwah pula dalam keadaan berlari-lari anak. Begitu juga di bukit Marwah dia tidak
mendapati apa-apa dan dia terdengar lagi bunyi air di bukit Sofa lalu dia berlari-lari anak ke
sana pula. Begitulah kelakuan Siti Hajar dalam mencari punca air sehinggalah cukup 7
pusingan yang berakhir di bukit Marwah dan perbuatan ini terus diabadikan oleh Allah dalam
ibadat sai'e kepada mereka yang melakukan umrah atau pun haji. Bayangkanlah bagaimana
cekalnya hati Siti Hajar dalam mencari air untuk dirinya dan anak tercinta walau pun ketika itu
badannya masih lemah dan kawasan itu pula kering kontang serta panas. Selepas itu ketika
berada di bukit Marwah, dia terdengar bunyi air yang keluar berhampiran anaknya Ismail. Lalu
dia menuju ke arah anaknya Ismail dan didapati adanya mata air yang mana diriwayatkan
keluar selepas nabi Ismail memukul tanah di bawah kakinya sehingga Allah mengeluarkan
mata air. Siti Hajar memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengurniakan mata air
itu yang dinamakan zam-zam yang kekal hingga hari ini. Mereka terus meminum air itu bagi
menghilangkan dahaga. Inilah dia erti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan
keyakinan terhadap pertolongan Allah yang pasti akan datang jika kita tekun berusaha
bukannya hanya setakat menunggu rezeki jatuh ke riba tanpa usaha yang bersunguh-sungguh.
Erti kasih sayang ini adalah besar dan tanpa kasih sayang maka perpecahan dan
kezaliman akan berleluasa tanpa sekatan. Tanpa kasih sayang yang berdasarkan agamalah
yang menyebabkan anak dibuang dan didera, ibubapa dan mertua terbiar dan diderhakai,
orang gaji dijadikan hamba abdi,seseorang sanggup memfitnah dan penjarakan kawannya
demi menjaga kepentingan diri serta ada pemimpin sanggup memerah keringat dan harta
rakyat demi kekayaan peribadi.
Kita juga dapat kita saksikan bagaimana kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w terhadap seorang anak kecil di mana ketika baginda s.a.w keluar dari rumah
untuk menunaikan solat sunat hari raya maka baginda terpandang seorang kanak-kanak
http: // ekhutbah.wordpress.com
44 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
sedang menangis kesedihan sedangkan kawan-kawannya yang lain begitu gembira bermain
sesama mereka. Rasulullah s.a.w menghampiri budak itu dan apabila ditanya lalu dia
menjawab : “ Wahai tuan, ayahku telah meninggal dunia di hadapan Rasulullah s.a.w dalam
peperangan ini. Lalu ibuku berkahwin lain dan makan harta-hartaku sedangkan suaminya
(ayah tiriku) mengusirku dari rumahku sendiri. Maka saya tidak punya makanan, minuman,
pakaian dan rumah. Dan ketika saya melihat kawan-kawan yang lain pada hari ini yang
mempunyai ayah maka teringatlah musibah yang menimpa diriku ini yang menyebabkan saya
menangis kesedihan”. Lalu Rasulullah s.a.w memegang tangan budak itu dan bertanya
kepadanya : “ Wahai anak kecil! Mahukah engkau terima aku sebagai ayahmu dan ‘Aisyah
sebagai ibumu, Ali sebagai bapa saudaramu, Hasan dan Husin sebagai saudara lelakimu dan
Fatimah sebagai saudara perempuanmu?”. Kini anak kecil itu sedar bahawa baginda adalah
Rasulullah maka dia terus menjawab : “ Mengapa saya tidak mahu wahai Rasulullah?”. Maka
dia dibawa oleh Rasulullah s.a.w ke rumah baginda lalu dipakaikan pakaian cantik, diberi
makan sehingga kenyang, dihiasi, diberi minyak harum dan sebagainya. Budak itu begitu
gembira dengan layanan yang diberikan itu. Inilah dia kasih sayang yang ditunjukkan oleh
pemimpin dan nabi yang agung untuk sama-sama kita teladi. Dalam bergembira menyambut
hari raya jangan melupakan kita kepada anak-anak yatim dan miskin, mereka yang
memerlukan bantuan, mereka yang terpaksa menyambut hari raya dimedan peperangan
melawan musuh Islam seperti di Cechnya, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain dan mereka
terpaksa yang meyambut hari raya dalam penjara kerana difitnah.
ولله الحمد ربكأ اهللا! ربكأ اهللا! ربكأ اهللا
سورة الصافات 107هيغك 103فرمان اهللا دالم أية فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين إن هذا
لهو البلؤا المبين وفدينه بذبح عظيمMaksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk
disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah
membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami
tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Ayat ini telah membuka mata dan minda kita bagaimana erti ketaatan dan kepatuhan
kepada Allah yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim melebihi kasih sayang terhadap
anaknya. Begitu juga dengan kepatuhan nabi Ismail terhadap ayahnya dan keyakinan
terhadap mimpi ayahnya yang merupakan wahyu yang wajib dipatuhi. Berserahlah mereka
berdua kepada Allah ketika mereka berazam dalam melaksanakan perintah Allah itu. Semasa
http: // ekhutbah.wordpress.com
45 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
proses pelaksaan perintah Allah itu, maka nabi Ibrahim telah meminta agar nabi Ismail
memalingkan mukanya daripadanya. Ini adalah bertujuan supaya nabi Ibrahim tidak
memandang kepada wajah anaknya yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan kasihan
yang boleh membantut penyembelihan ini. Ketika mata pisau telah berada di atas batang
tengkok nabi Ismail datanglah seruan Allah yang menyatakan kepada baginda bahawa
segala perbuatan yang telah dilakukan telah sempurna yang mana baginda telah melepasi
segala ujian Allah. Baginda telah membuktikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada
perintah Allah walau pun terpaksa melaksanakan sesuatu yahg tidak pernah terfikir oleh
manusia iaitu menyembelih anak. Allah juga telah menggantikan penyembelihan baginda
daripada anaknya nabi Ismail kepada seekor kibas.
Inilah ia erti perjuangan dan pengorbanan yang sebenar yang menuntut kesabaran
dan ketabahan dalam melaksanakannya sebelum mencapai kemenangan bersama dengan
keredhaan Allah. Kita sekarang ini bukan diminta menyembelih anak tetapi diminta agar
menjaga anak-anak dalam memastikan mereka tidak mudah terpedaya dengan tipuan dunia
dengan ilmu yang mantap dan aqidah yang kukuh. Sebagaimana nabi Ibrahim dituntut dalam
menguji keimanannya kepada Allah supaya mengalirnya darah begitulah juga yang berlaku
kepada nabi kita Muhammad s.a.w yang terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan malah
menyertai beberapa siri peperangan sehingga tertegaknya Daulah Islamiah dan tersebarnya
Islam ke pelusuk tanah arab sebelum perjuangan itu diteruskan oleh para sahabat dan tabi’in
sehinggalah keadilan Islam dan kemanisan iman dapat dirasai oleh seluruh umat di setiap
pelusuk dunia termasuklah kita di Malaysia. Walau bagaimana pun selepas kejatuhan Khilafah
Islamiah Uthmaniah yang berpusat di Turki pada 1924 maka seluruh umat Islam hanya dapat
merasai Islam itu pada ibadat khusus seperti solat, puasa, haji sahaja sedangkan mereka tidak
mampu untuk merasai keadilan perundangan Islam, kesaksamaan sistem ekonomi Islam dan
keharmonian masyarakat yang hidup dalam suasana tamadun yang berasakan material dan
ruhani secara serentak. Pengorbanan yang mesti kita tunjuk dan lakukan sekarang bukan
setakat menyembelih binatang korban malah lebih dari itu termasuk mengorbankan jiwa raga
demi memastikan Islam berada dipuncak sana sebagai agama yang memerintah bukannya
diperintah. Cukuplah sudak kita umat Islam berada dalam kehinaan kerana dijauhkan
daripada Islam yang sebenar. Kini sudah tiba masa dan saatnya untuk kita sama-sama bangkit
dan bersatu dalam mengembalikan semula keadilan dan kegemilangan Islam. Jika nabi
Ibrahim terpaksa menyembelih anaknya dan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa
menumpahkan darah malah giginya patah dalam satu peperangan serta para sahabat yang
lain ramai yang gugur syahid demi memastikan Islam terus tersebar dan terjaga kesuciaannya,
apakah kita sudah boleh rehat dan hanya cukup sekadar mengatakan aku pun mahu Islam
http: // ekhutbah.wordpress.com
46 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
tetapi usaha ke arah itu secara bersungguh tidak ada malah kita lebih senang berada dalam
kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia daripada menurut perintah Allah agar
melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Renungi diri kita adakah sudah cukup
untuk meyakini bahawa kita kini sudah benar-benar patuh kepada kehendak Islam,
pandanglah kepada keluarga kita adakah mereka sudah tunduk kepada semua perintah Allah
dan lihatlah kepada masyarakat sekeliling kita adakah mereka sudah menurut kehendak Islam.
Adakah setelah melihat kegagalan sistem ciptaan manusia dalam memberi kebahagiaan
kepada manusia maka kita terus rela untuk terus duduk dibawahnya tanpa ada kesungguhan
di sana dalam memastikan kita sama-sama meruntuhkan jahiliah moden ini dengan membina
kebahagiaan dan keutuhan di atas runtuhan itu dengan sistem Islam. Ingatlah bahawa ranjau,
ujian, cabaran, halangan dan tribulasi yang mendatang amatlah besar untuk kita harungi
dalam memastikan Islam berjaya diletakkan dipuncak sana. Kita bukan dihamparkan dengan
permaidani merah dalam memastikan Islam terlaksana malah memerlukan tumpahnya darah
sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah dan sayangnya kita terhadap keharmonian Islam.
Sebagaimana nabi Ibrahim terpaksa melontar syaitan yang datang mengganggu sepanjang
perjalanan untuk melaksanakan kewajipan untuk menyembelih anaknya Ismail, begitulah juga
ranjau yang bakal ditempuhi yang terpaksa kita hadapinya dengan sabar dan penuh
keyakinan kepada pertolongan Allah agar kita tidak tewas dan tumbang diseparuh jalan.
Kedegilan dan kerakusan pemimpin sekular di negara kita semakin ganas dalam menyekat
kemenangan Islam apabila suara ulama’ disekat, media massa yang menonjolkan fitnah dan
maksiat dibiarkan bebas manakala akhbar yang menyebarkan ilmu dan maklumat sebenar
dikongkong kebebasannya, masjid-masjid ditahan daripada dihidupkan dengan kerja-kerja
dakwah dan ilmu. Jika kita tidak redha melihat Islam terus ditindas dan dihina maka kita mesti
lebih berani dan lebih kuat berkorban agar kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang dimusnahkan
oleh sekularisme yang diterajui oleh Mustafa Kamal at-Tartuk dapat dikembalikan semula malah
kita turut menghalang dan menjatuhkan pemimpin yang zalim dan cuba menghancurkan Islam
agar tidak lahir Mustafa Kamal at-Tartuk kedua di negara kita yang turut mengamalkan dasar
sekularisme sebagaimana di Turki.
Firman Allah ta’ala dalam ayat 8 surah as-Sof
. يريدون ليطفئو نوراهللا بأفواههم واهللا متم نوره ولو كره الكفرون Maksudnya : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka dan
Allah tetap menyempurnakan cahayaNya walau pun orang-orang kafir membenci.
http: // ekhutbah.wordpress.com
47 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
بل مني اهللا لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من اآليات والذكر الحكيم وتقبارك مسلمين والمسلمات ومنكم تالوته إنه هو السميع العليم واستغفر اهللا العظيم لي ولكم ولسائر ال
والمؤمنينوالمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
خطبة كدوا ) كالي 3( اهللا أكبر ) كالي 3( اهللا أكبر
الحمد هللا وحده صدق وعده ونصر . و الحمد هللا كثيرا وسبحان اهللا بكرة وأصيالاهللا أكبر كبيرا وأشهد أن , أشهد أن الإله إال اهللا وحده ال شريك له . عبده وأعز جنده وهزم األحزاب وحده
أما . دنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين سي .…فيا أيها المسلمون اتقوا اهللا وأطيعوه واعلموا أن اهللا يحب المتقين .......بعد
: سورة آل عمران 103فرمان اهللا تعالى دالم أية واعتصموا بحبل اهللا جميعا وال تفرقوا واذكروا نعمت اهللا عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين اهللا لكم آيته لعلكم
. تهتدونMaksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu
bercerai berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah)
http: // ekhutbah.wordpress.com
48 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
bermusuh-musuhan maka Allah menyatukan hati-hati kamu lalu menjadi kamu dengan nikmat
Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya
kepadamu agar kamu memdapat petunjuk.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Islam mengajar umatnya erti kesatuan dan perpaduan yang bertunjangkan kepada
Islam bukannya kepada bangsa atau pun warna kulit. Sebenarnya apabila kita melihat
perpecahan dan perselisihan faham yang berlaku di kalangan kita di negara khususnya
bukanlah disebabkan perkara lain melainkan kerana wujudnya satu pihak yang benar-benar
mahu menegakkan Islam dan satu pihak yang lain hanya mempermain-mainkan agama. Kita
sebenarnya sudah ada penawar atau ubat yang mujarab dalam menangani permasalahan
perpecahan yang berlaku ini iaitu dengan menerima Islam secara keseluruhannya bukannya
secara juzu’-juzu’ tertentu yang sesuai dengan kehendak nafsu kita sahaja. Yang menjadi
masalah sekarang ialah bukannya mampu atau tidak Islam dijadikan peraturan dalam
kehidupan tetapi ia bergantung kepada mahu atau pun tidak kita mengambil Islam sebagai
cara hidup. Jika Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan melayu Islam yang
lain pernah merasai nikmat Islam apabila dilaksanakan maka apakah lagi halangan yang
menyebabkan kita masih was-was tentang keadilan dan kemampuan Islam untuk dilaksanakan
di negara kita. Jika kita mahu menyatukan rakyat negara ini atas nama bangsa maka kita
pada hakikatnya benci kepada perpaduan itu sendiri memandangkan antara satu bangsa di
negara kita tidak akan tunduk kepada satu bangsa yang lain malah masing-masing akan
menguasai antara satu sama lain. Oleh itu sudah sampai saat dan waktunya untuk kita bersatu
di bawah payung Islam dan keadilannya tanpa mengira bangsa dan warna kulit serta budaya.
مات اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللهم اغفر للمسلمين والمسلوالمؤمنين والمؤمنات األحياء منهم واألموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات وقاضي
اللهم ال تسلط , وألف بين قلوبهم وأصلح ذات بينهم وانصرهم على عدوك وعدوهم الحاجاتك في كل زمان اللهم انصر المجاهدين الذين يجاهدون في سبيل, علينا من اليخافك وال يرحمنا
إخواننا المسلمين فى عراق وفى فلسطين وفى كشمير وفى الهند وفى اللهم انصر, ومكان يا أفغانستان وفى شيشان وفى جنوب بليبين وفى إيندونيسيا وفى تايلند وفى بلدنا ماليزيا اللهم
اللهم عليك , منزل الكتاب و يا مجري السحاب و ياهازم األحزاب اهزمهم وانصرنا عليهماللهم , االهماللهم عليك بالهنود ومن و, اللهم عليك بالنصارى ومن واالهم, باليهود ومن واالهم
اللهم عليك بأحزاب , اللهم عليك بالبريطان ومن واالهم, عليك باألميركان ومن واالهمتبيرا واجعلهم هباء اللهم دمرهم تدميرا و تبرهم ت, المشركين الطاغين الظالمين ومن واالهم
اللهم أعز اإلسالم والمسلمين وأذل , منثورا اللهم انصر من نصر دينك واخذل من خذل دينك
http: // ekhutbah.wordpress.com
49 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
اللهم تقبل منا صالتنا وقيامنا . منين عبادك المؤ الشرك والمشركين ودمر أعداء الدين وانصرربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا . وجميع حسناتنا واجعلها خالصة لوجهك الكريم
م فيها سالم وآخر دعواهم أن الحمد هللا رب العالمين سبحانك اللهم وتحيته. عذاب النار
11. KHUTBAH JUMAAT KEDUA
يدنا محمدا وأشهد أن ال إله إال اهللا وحده ال شريك له وأشهد أن س, الحمد هللا الذى تتم الصالحات أما ....ورسولك محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللهم صل وسلم على عبدك, عبده ورسوله
قال اهللا تعالى ..ه فقد فاز المتقونبعد فيا أيها المؤمنون اتقوا اهللا أوصيكم وإياي بتقوى اهللا وطاعتاستغفره إذا جآء نصر اهللا والفتح ورأيت الناس يدخلون فى دين اهللا أفواجا فسبح بحمد ربك و:
إنه كان توابا ى النبي ياأيهاالذين آمنو ا صلوا عليه وسلموا تسليما اللهم صل على إن اهللا ومالئكته يصلون عل
راهيم وبارك سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبنا إبراهيم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيد
في العالمين إنك حميد مجيدوالمؤمنات األحياء منهم واألموات إنك سميع قريب اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين
وألف بين قلوبهم وأصلح ذات بينهم وانصرهم على عدوك مجيب الدعوات وقاضي الحاجات
http: // ekhutbah.wordpress.com
50 MIMBAR MASJID PONDOK PASIR TUMBOH EDISI PERTAMA
إخواننا المسلمين فى عراق اللهم انصر, من اليخافك وال يرحمنا اللهم ال تسلط علينا , وعدوهم وفى فلسطين وفى إيران وفي لبنان وفي سوريا وفى كشمير وفى الهند وفى أفغانستان وفى
وفى بلدنا ماليزيا اللهم انصر المجاهدين شيشان وفى جنوب بليبين وفى إيندونيسيا وفى تايلند اللهم إنا نجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من , الذين يجاهدون في سبيلك في كل زمان ومكان
جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم وقل عددهم وسالحهم اللهم بدد شملهم وفرق , شرورهماللهم يا منزل الكتاب و يا مجري السحاب و , وسلط عليهم كلبا من كالبك ياقهار ياجبار يامنتقم
اللهم عليك بالنصارى , اللهم عليك باليهود ومن واالهم, اب اهزمهم وانصرنا عليهمياهازم األحزليك اللهم ع, اللهم عليك باألميركان ومن واالهم, اللهم عليك بالهنود ومن واالهم, ومن واالهم
اللهم , اللهم عليك بأحزاب المشركين الطاغين الظالمين ومن واالهم, بالبريطان ومن واالهمدينك واخذل من خذل اللهم انصر من نصر, دمرهم تدميرا و تبرهم تتبيرا واجعلهم هباء منثورا
عبادك اللهم أعز اإلسالم والمسلمين وأذل الشرك والمشركين ودمر أعداء الدين وانصر, دينك ا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب ربنا آتنا في ربنا التزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لن المؤمنين
الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب الناروالمنكر والبغي بالعدل واإل حسان وايتآء ذي القربى وينهى عن الفحشاء إن اهللا يأمر! عباد اهللا
لوه من فضله يعظكم لعلكم تذكرون فاذكروا اهللا العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم واسأ يعطكم ولذكر اهللا أكبر واهللا يعلم ما تصنعون