10. teknik mengawal musuh perosak sawit

Upload: xbabe-piggiex

Post on 17-Jul-2015

210 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK MENGAWAL MUSUH PEROSAK ( Tanaman Sawit )

PENDAHULUAN

Pokok sawit mungkin diserang oleh pelbagai jenis musuh seperti serangga dan haiwan vertebrata. Kawalan musuh adalah penting bagi memastikan pulangan hasil tidak terjejas.

SERANGGAi)

Ulat bungkus ( Psychidae sp.) - Kerosakan pada daun - Daun akan berlubang, kering dan reput - Serangan yang teruk menyebabkan reput bahagian pelepah dan pelepahmenjadi kekuningan seolah-olah terbakar - Metisa plana, Pteroma pendula dan Mahasena corbetti adalah jenis ulat bungkus yang menyerang industri sawit di Malaysia

Kawalan - Pokok berumur kurang 4 tahun, semburan racun serangga trichlorfon, cypermethrin dan diflubenzuron - Suntikan batang bagi pokok lebih 5 tahun atau yang terlalu tinggi - suntikan dengan racun sistemik seperti monocrotophus dan metamidophos - Musuh semulajadi seperti parasitoid dan pemangsa memakan ulat bungkus

ii) Ulat beluncas ( Limacodidae sp. ) ( Sitora nitens, Darna trima ) - Kerosakan pada daun - Daun kelihatan bergerigi dari tepi dan kadangkala hanya tinggal bahagian lidi Kawalan - Pemangsa seperti Cantheconidea sp. Dan Sycanus sp memakan pelbagai peringkat beluncas - Tingkatkan populasi pemangsa dengan menanam tanaman bermanfaat - Racun serangga yang mempunyai bahan aktif cypermetrin 5%, acephate (75%).

iii) Kumbang Badak ( Oryctes rhinoceros )

Kerosakan - Makan pangkal pelepah sawit yang menyebabkannya berlubang - pucuk muda yang kembang berbentuk kipas akan patah - Serangan berterusan menyebabkan pokok sawit mati

Kawalan - Elakkan penanaman secara underplanting - Batang sawit reput jangan dibiarkan menegak kerana menarik kumbang badak untuk membiak - Bagi kawasan tanam semula secara pembakaran sifar, cincang dan serakkan batang sawit sebagai sungkupan supaya cepat kerja dan tidak sesuai untuk pembiakan kumbang badak

- Tunggul lama perlu dimusnahkan - Perangkap feromon untuk mengurangkan populasi kumbang badak - Bagi kerosakan teruk >5%, sembur racun serangga seperti cypermethrin, cyhalothrin - Agen kawalan biologi kulat Metharizium anisopliae dan virus orytes (baculovirus)

iv) Ulat tandan ( Tirathabarufivena sp.) Kerosakan - Tandan kelihatan kotor kerana terdapat selaput sutera dan longgokan najis dari larva - Kerosakan bermula pada peringkat bunga sehingga buah masak - Bahagian mesokap sawit menjadi berlubang dan kadangkala tidak mempunyai isirung Kawalan - Sembur racun agen kawalan biologi seperti Bacillus thuringiensis, diflubenzuron dan cyfluthrin pada bahagian tandan

v) Anai-anai ( Coptotermes curvignathus )

Kerosakan - Menyerang semua peringkat umur sawit dari bahagian pucuk hingga ke bawah - Pelepah bawah menjadi kuning/ kering dan buah tidak terbentuk - Serangan teruk menyebabkan pokok tumbang kerana batang telah reput

Kawalan - Musnahkan sumber populasi anai-anai seperti tunggul dan batang kayu terutama di kawasan tanah gambut semasa pembukaan ladang - Sembur larutan chlorpyrifos pada bahagian pangkal pokok - Letakkan campuran racun fipronil dengan habuk kayu getah dan serkam padi sebagai umpan dalam botol yang berlubang 50-100g dari pokok yang diserang

v) Belalang (Valanga nigricornis) Kerosakan - Menyerang daun pokok sawit muda menyebabkan daun rosak dan berlubang Kawalan - Sembur daun sawit dengan racun berbahan aktif trichlorfon atau chlorpyrifos atau acephate - Tanam tanaman penutup bumi bagi mengurangkan persekitaran yang sesuai untuk belalang bertelur.

HAIWAN VERTEBRATAi) Tikus ( Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer ) Kerosakan - Memakan buah sawit bahagian mesokarp dan kadang kala sehingga ke bahagian isirung Kawalan - Gunakan umpan racun tikus yang mempunyai bahan aktif seperti warfarin, chlorophacinone atau brodifacoum.

Menggalakkan populasi burung pungguk jelapang dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap kawasan (1 sarang/10hek ) - Jika sarang dibuat bagi kawasan 5 hektar 7.5 hektar akan mempercepatkan pembiakan burung pungguk dan mengurangkan serangan tikus. - Pasang dawai mata punai atau zink pada pangkal pokok muda untuk mengelak sarang tikus-

ii) Gajah ( Elephas maximus ) Kerosakan - Sawit matang dirosakkan pada bahagian pucuk dan umbut - Pokok muda akan rebah dan kadang kala mati dipijak Kawalan - Gali parit dalam disekeliling kawasan ladang - Pasangkan pagar elektrik untuk menggalakkan serangan gajah

iii) Landak ( Histrix brachyura ) Kerosakan - Merosakkan bahagian pangkal dan pucuk pokok sawit Kawalan - Pasang perangkap, memburu dan menembak untuk menghalangnya - Pihak perhilitan perlu dimaklumkan kerana haiwan tersebut dilindungi - Campuran zink fosfid dan kanji disapu pada pangkal pokok untuk menghindari serangan - Meletakkan kepingan zink di sekeliling pokok

Rujukan : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia (MPOB)