118914312 bab2 aktiviti setiap minggu

Upload: kira5729

Post on 10-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kongsi

TRANSCRIPT

BAB 2

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1Minggu Pertama (16 Julai 2007 20 Julai 2007)Pada 16 Julai 2007, pelajar praktikal melapor diri di Kastam Tawau. Sebelum pelajar praktikal melapor diri di Kastam Tawau, pelajar praktikal telah menghadiri Perhimpunan Setia yang diadakan di Wisma Kastam. Dalam perhimpunan tersebut, pelbagai acara yang diadakan antaranya ialah menyanyi lagu patriotik sebanyak lima buah lagu, persembahan slide show dari pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Sabah dan sebagainya. Selepas perhimpunan tersebut, pelajar praktikal di bawah ke Bahagian yang terletak di Taman Melati Tanjung Batu untuk melapor diri.Pelajar praktikal melapor diri dengan Pegawai Kastam Kanan Bahagian Pentadbiran Am & Personel iaitu Encik Mohd Daud Bin Alias. Seramai lima orang pelajar praktikal yang melapor diri iaitu 2 pelajar dari Politeknik Kuching Sarawak, dua orang dari Politeknik Kota Kinabalu dan seorang dari Kolej Komuniti Tawau. Encik Mohd Daud Bin Alias juga memberi sedikit taklimat tentang fungsi-fungsi jabatan, peraturan kerja, serta bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Kastam. Pelajar praktikal ditempatkan di Bahagian Pengurusan (ABID 3). Selepas itu, pelajar praktikal berjumpa dengan Pn Patrina Tan iaitu Penguasa Kastam Bahagian Pengurusan dan Sokongan yang merupakan Penyelia Latihan Industri untuk semua pelajar praktikal.Selepas itu pelajar praktikal telah dipanggil untuk berjumpa dengan Tuan Hasbullah Yahya utnuk perjumpaan pertama beliau. Pada perjumpaan tersebut, pelajar praktikal berkenalan dengan Tuan hasbullah. Pelajar praktikal juga mengetahui serba sedikit tentang latar belakang keluarga beliau, tanggungjawab beliau kepada kastam. Selepas perjumpaan dengan Tuan Hasbullah Bin Yahya, pelajar praktikal di minta untuk menaip Akta Pencegahan Tetap.26 dan kerja tersebut dibahagikan kepada lima orang.Berjumpa dengan Ketua Kastam Tawau iaitu Tuan Abdullah Hj Jaafar di Bahagian Pengurusan (ABID1). Dalam perjumpaan tersebut, Tuan Abdullah memberi penerangan tentang Jabatan Kastam. Selain itu Tuan Abdullah memberi nasihat agar sentiasa mematuhi peraturan dan berdisiplin selama menjalani latihan industri di Kastam.

2.2Minggu Kedua (23 Julai 2007 27 Julai 2007)

Pada minggu ini, pelajar praktikal telah diminta untuk membuat slide show sempena lawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dengan menggunakan software Movie Maker. Sebelum membuat slide show pelajar telah mengedit gambar yang pertama terdapat di Power Point Pembangunan Fizikal. Selepas gambar pertama selesai di edit, gambar yang kedua pula di edit. Gambar yang lain d scan untuk dimasukkan ke dalam slide show.

Pada minggu ini, Jabatan Kastam sibuk kerana Ketua Pengarah Kastam Malaysia akan datang untuk melawat Kastam Tawau. Pegawai dan pelajar praktikal sibuk membuat persiapan seperti membuat kad aturcara untuk majlis-majlis yang akan diadakan dan membersihkan ruang pejabat supaya lebih kemas dan teratur. Slide show yang telah siap ditunjukkan kepada Pn Patrina Tan untuk disemak jika ada kesilapan.

Berjumpa dengan Pn Patrina di ABID 3. Antara isi-isi dalam perjumpaan dengan beliau ialah, teguran tentang disiplin iaitu pakaian ketika bekerja, kasut yang sesuai semasa bekerja. Selain itu, Pn Patrina menyentuh tentang projek yang akan dibuat oleh pelajar praktikal untuk Kastam Tawau. Salah seorang dari pelajar praktikal akan dilantik untuk menjadi ketua bagi projek tersebut. Di akhir perjumpaan tersebut, Pn Patrina meminta pelajar praktikal supaya menenaraikan semua bahagian-bahagian yang terdapat di Kastam Tawau serta fungsinya. Selepas berjumpa dengan Pn Patrina Tan, pelajar praktikal berjuumpa dengan Cik Donna @ Cathrine Gabriel untuk bertanya tentang setiap bahagian yang terdapat di kastam dan fungsi setiap bahagian.2.3Minggu Ketiga (30 Julai 2007 03 Ogos 2007)Semua pelajar praktikal pergi ke ABID 1 untuk berjumpa dengan Pn Patrina untuk menerangkan tentang setiap bahagian yang terdapat di Kastam Tawau dan fungsi setiap bahagian. Selepas menerangkan, Pn Patrina berbincang dengan pelajar praktikal tentang perkembangan projek. Pn Patrina juga memberitahu tentang pemindahan pelajar praktikal di setiap bahagian supaya pelajar dapat mengetahui dan melihat sendiri pergerakan kerja yang dilakukan di setiap bahagian.

Pada 31 Julai 2007 pelajar praktikal dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama Arni Arifin, Asma Watih Taha dan saya sendiri. Kumpulan kedua Dang Lian Huat dan Siti Salwah Sapidin. Kumpulan pertama akan melapor diri di Bahagian Cukai dalam yang terletak di Wisma Kastam. Pelajar melapor diri dengan Tn Sabardin Bin Lahabun (Penguasa Cukai Dalaman). Beliau menerangkan tentang pergerakan kerja di Cukai Dalaman. Selepas itu, pelajar praktikal berjumpa dengan Chip Salleh untuk menerangkan tentang Cukai Dalaman secara terperinci seperti golongan yang dikenakan cukai, operasi pungutan cukai di karaoke, bar dan sebagainya. Beliau juga menunjukkan borang-borang seperti borang CJ3, CP3 dan resit-resit dari hotel. Beliau juga menerangkan tentang kegunaan setiap borang tersebut.

Pada 01 Ogos 2007 kumpulan pertama melapor diri di Bahagian Kastam iaitu cawangan Chasier. Pelajar melapor diri dengan Chip Mario Domingo. Chip Mario menerangkan pergerakan kerja seperti jenis-jenis borang iaitu borang import, borang eksport dan sebagainya. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang kaedah pelupusan barang, tentang bayaran yang akan dibuat dan sebagainya. Selepas Chip Mario Domingo menerangkan tentang bahagian chasier, pelajar praktikal pergi ke cawangan Urusetia / Daftar Muatan Perakuan Hasil. Pelajar melapor diri En Abd Fhaeshhal iaitu salah seorang pegawai kastam di cawangan tersebut. En Fhaesahhal menerangkan tentang Urusetia di mana Urusetia menguruskan tentang pas agen, syarikat, jeti-jeti persendirian dan sebagainya. Manakala Perakaunan Hasil menguruskan pungutan hasil dari Cukai Dalaman, barter Trade dan dikirim ke Ibu Pejabat. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang Manifest iaitu daftar masuk dan keluar kapal. Selepas itu, pelajar pergi ke cawangan Bahagian Industri. Di cawangan tersebut, Tn Makmur Bin Lacho menerangkan tentang penggudangan iaitu kawalan aktiviti gudang, barang yang berduti dan menerangkan tentang fail meja mengenai senarai tugas pegawai.

Pada 02 Ogos 2007, pelajar praktikal melapor diri ke Bahagian Pencegahan. Pelajar melapor diri dengan Chip Sarakim Bin Abd Hakim. Beliau menerangkan tentang misi dan visi pencegahan, aktiviti operasi di mana terdapat dua kumpulan dibahagikan tiga kumpula di bahagian laut dan satu kumpulan di pejabat. Selain itu, beliau menerangkan tentang sistem maklumat kastam, pelupusan barang rampasan dan sebagainya. Pada 03 Ogos 2007 Pelajar melapor diri ke Cawangan Barter Trade. Pelajar melapor diri dengan Tn Ahmad Samad. Tn Ahmad menerangkan tentang aktiviti yang di buat contohnya pemeriksaan barang. Pelajar berpeluang untuk memeriksa barang bersama dengan pegawai kastam. Selepas itu, Tn Ahmad membawa kami untuk melihat jeti-jeti kastam iaitu jeti penumpang,barang dan kayu.

Pelajar membantu Pn Dayang Betty selaku pegawai kanan membuat slide show dalam Ms Power Point, mengenai aktiviti Pewakas (Persatuan Wanita Kastam).

2.4Minggu Keempat (06 Ogos 2007 10 Ogos 2007)Membantu Cik Donna menaip PAJ 10. Pada sebelah petang, pelajar telah mengikuti taklimat di bilik mesyuarat di ABID 3. Antara isi dalam taklimat tersebut penjagaan kesihatan, penjagan tentang makanan dan keperluan makanan dan vitamin dalam badan.Pelajar berpeluang mengikuti Perhimpunan Setia pada bulan Ogos yang diadakan di Bahagian Pengurusan. Dalam perhimpuna tersebut, Tn Abdullah memberi nasihat kepada pegawai kastam supaya bekerja dengan baik. Rombongan dari pelajar Sekolah Rendah Melati Tawau telah membuat lawatan di Kastam Tawau. Rombongan dibawa melihat di setiap bahagian yang terdapat di kastam. Selepas itu rombongan dibawa pula perumahan-perumahan pegawai kastam seperti di Taman Ria 11, Rumah Pangsa Kastam Tawau dan sebagainya. Selepas melawat setiap bahagian kastam dan kawasan perumahan, rombongan dan pelajar praktikal dibawa menaiki kapal Juara Kastam. Sepanjang dua jam berada di atas lautan, kami sempat meninjau di sekitar kapal seperti bilik karaoke, bilik enjin dan sebagainya.Mengurus tentang perjalanan ke Tarakan. Antaranya ialah bergambar pasport dan fotostat kad pengenalan untuk di hantar kepada ketua rombongan.2.5Minggu Kelima (13 Ogos 2007 17 ogos 2007)Pada minggu ini, pelajar praktikal mula membuat projek. Langkah pertama untuk membuat projek ini adalah memilih gambar yang sedia ada untuk di masukkan ke dalam projek. Projek pelajar praktikal adalah membuat sebuah buletin/majalah kastam berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2006 dan aktiviti sepanjang 2007 ketika menjalani latihan industri. Oleh itu, setiap pelajar diberi setiap tajuk untuk memilih gambar yang sesuai.

Di samping memilih gambar yang sesuai, pelajar juga dikehendaki untuk memberi sedikit penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian, pelajar haruslah bertanya dengan pegawai-pegawai tentang tarikh, masa, pegawai yang terlibat dan sebagainya. Software yang digunakan untuk membuat buletin tersebut ialah Adobe Page Maker.Perjumpaan khas bagi rombongan yang mengikuti Lawatan ke Tarakan. Perjumpaan tersebut di ketuai oleh Dato Kassim Dato Bangsawan (ketua Bahagian Pencegahan). Antara yang dibincangkan dalam perjumpaan tersebut ialah bayaran hotel, feri dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang lawatan ke Tarakan. Lawatan ke Tarakan merupakan acara rasmi dan rombongan berada di Tarakan selama tiga hari. Rombongan bertolak pada 18 Ogos 2007 (sabtu) dan pulang semula ke Tawau pada 20 Ogos 2007 (Isnin).2.6Minggu Keenam (20 Ogos 2007 24 ogos 2007)Pada (20 Ogos 20007)sebelah petang, rombongan dari Tarakan tiba di jeti kastam. Pada 21 Ogos 2007, pelajar menyambung membuat projek. Pelajar mula mengedit ayat-ayat yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam projek. Selain mengedit ayat yang sesuai, pelajar mula memasukkan gambar ke dalam Page Maker.Menaip Perintah Tetap Perjawatan yang diberikan oleh Cik Donna. Perintah Tetap Perjawatan mengandungi Kluster Kenaikan Pangkat PKE Mengikut Merit.Selepas menaip Perintah Tetap Perjawatan, pelajar menyambung menaip Perintah Tetap Perjawatan Bil. 64 Kluster Pemantapan Integriti PKE.

Pelajar membuat kad aturcara majlis sempena Majilis Penutupan Operasi Patkorkastima ke VI/2007. Pelajar membuat kad aturcara ini menggunakan Ms Publisher. Pelajar juga mencari logo Kastam Tawau dan logo Bea Cukai Tarakan untuk di masukkan ke dalam kad aturcara. Selepas itu, menyambung menaip nama anak pegawai kastam yang mengikuti program Tunas Harapan. Program Tunas Harapan diadakan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.2.7Minggu Ketujuh (27 Ogos 2007 31 Ogos 2007)Pada 27 Ogos 2007 bertempat di Jeti Kastam Tawau, diadakan Majlis Penutupan Operasi Patkorkastima ke VI/2007. Semua pegawai kastam dan pelajar praktikal menghadiri majlis rasmi tersebut kerana pada hari tersebut merupakan hari terakhir Bea Cukai Tarakan berada di Tawau sebelum berangkat kembali ke Tarakan.Menyambung membuat projek buletin di mana menolong pelajar yang lain menggunakan Adobe Page Maker. Selain menggunakan Adobe Page Maker, kami juga menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar sama ada memotong yang tidak berkaitan, mengedit latar belakang dan sebagainya. Selain mengedit gambar kami juga berbincang tentang saiz kertas yang sesuai bagi buletin kami, tempat untuk mencetak dan tarikh hantar kepada penyelia. Pada 31 Ogos 2007 merupakan cuti umum menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50.2.8Minggu Kelapan (03 September 2007 07 September 2007)Mencantumkan semua buletin daripada rakan-rakan yang lain. Selepas mencantum kan semua buletin kami telah berbincang untuk membuat reka bentuk muka hadapan dan muka belakang.Menyalin semula Perintah Tetap Perjawatan Bil 67 mengenai kluster perlaksaan program WCO e-learning PKE ke dalam Microsoft Word. Selepas menaip Perintah Tetap Perjawatan, kami pergi mencari kedai mencetak utnuk mencetak buletin kami yang bersaiz A3. Ini kerana pejabat kastam mempunyai kertas yang bersaiz A3 tetapi tidak mempunyai printer yang bersaiz A3. Antara kekangan yang kami hadapi ialah kebanyakan kedai mecetak tidak mencetak buletin kami kerana software yang kami gunakan dalam membuat buletin ialah Adobe Page Maker. Keesokan hari, kami mencari semula kedai untuk mencetak dan akhirnya kami dapat kedai untuk mencetak buletin kami iaitu Vita Print tetapi agak jauh dari pejabat kastam.Chip Daud Bin Alias memberi tugasan iaitu menaip senarai kenderaan kastam yag menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Maklumat yang dimasukkan adalah nombor flat kenderaan kastam dan jenis kenderaan.2.9Minggu Kesembilan (10 September 2007 14 September 2007)Pelajar praktikal pergi ke Vita Print untuk mencetak buletin kami. Buletin hanya dapat di cetak sehelai sahaja kerana sehelai buletin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, kami pulang semula ke pejabat kastam untuk memberitahu masalah kami kepada penyelia kami.Pelajar membuat kad aturcara sempena perpindahan beberapa orang ahli PEWAKAS termasuklah penyelia kami sendiri. Pelajar praktikal telah berbincang untuk menentukan warna, saiz tulisan, latar belakang, susun atur gambar dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam kad aturcara.

Pelajar berpeluang untuk menghadiri Perhimpunan Setia yang diadakan di Bahagian Pengurusan anjuran Mas Kargo dan UKP. Selepas itu, pelajar pergi ke Vita Print untuk semula untuk mencetak buletin kami tetapi kami turut menghadapi masalah kerana susun atur gambar yang yang terbalik dan pekerja Vita Print sukar untuk memahami software Adobe Page Maker kerana belum pernah menggunakan software tersebut. Selepas itu kami telah berjumpa dengan Tn Abdullah berkenaan dengan masalah yang kami hadapi untuk mencetak buletin kami. Tn Abdulalh meminta kami membuat semula buletin kami kerana gambar yang kami susun di dalam buletin tidak menarik dan jenis tulisan tidak sesuai.Chip Daud Bin Alias memberikan tugasan iaitu menaip semula senarai tunggakan bil air perumahan kastam di dalam Ms. Excell. Data-data yang dimasukkan adalah no.meter, no.akaun, amaun tunggakan dan lokasi tempat tinggal.

2.10Minggu Kesepuluh (17 September 2007 21 Semtember 2007)Pada 17 September 2007 merupakan cuti umum bagi negeri Sabah.(hari lahir bagi TYT Sabah).Menaip semula Perintah Am Jabatan Bil.85 mengenai Pengurusan Harta Modal , Iventori dan Bekalan Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Selain itu, kami mendaftar surat masuk di ABID 1. Surat yang di daftar akan dihantar ke setiap Bahagian Kastam. Surat yang diterima akan disahkan dengan cop terima dan cop tindakan oleh ketua kastam.

Memperbaiki semula buletin dengan mengubah semula susunan gambar, jenis tulisan dan sebagainya. Selain itu, kami membuat poster untuk dilekatkan di tandas awam di cawangan Mas Kargo. Kami membuat reka bentuk yang sesuai seperti pemilihan gambar dan tulisan yang sesuai.2.11Minggu Kesebelas (24 September 2007 28 September 2007)Chip Daud Bin Alias menyuruh pelajar praktikal pergi ke ABID 1 untuk menaip surat rasmi mengenai Majlis Berbuka Puasa Warga Kastam. Surat tersebut mengandungi tarikh, masa, dan tempat majlis tersebut berlansung. Selepas itu, menaip semula Perintah Tetap Cukai Dalaman, Cukai Jualan Bil 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Menaip Bil 1 dan Bil 2.Pelajar praktikal membuat kad jemputan untuk anak-anak yatim warga kastam sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Kastam Negeri Sabah dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Selepas itu pelajar menyambung semula menaip menaip Perintah Tetap Cukai Dalaman Bil 3, Bil 6, Bil 5 dan Bil 4.2.12Minggu Kedua Belas (01 Oktober 2007 05 Oktober 2007)

Pelajar berjumpa dengan Chip Daud Bin Alias. Chip Daud menegur tentang disiplin. Antara teguran beliau adalah waktu pulang pelajar praktikal pada bulan puasa. Selain itu, beliau juga bertanya tentang perkembangan projek yang Tn Abdullah minta disiapkan selama sebulan tersebut.Pelajar praktikal berjumpa dengan Tn Abdullah mengenai perkembangan projek tersebut tetapi pelajar tidak dapat menunjukkan hasil projek kerana menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, pelajar pergi ke Vita Print untuk mencetak buletin tetai hanya dua dua keping sahaja yang dapat dicetak kerana mengambil masa yang agak lama untuk mencetak . Oleh yang demikian, pelajar telah berbincang untuk membuat buletin yang baru dan menggunakan MS Publisher. Buletin yang dibuat di Page maker di copy dan d paste ke dalam Publisher. Pelajar mereka bentuk semula buletin dari segi latar belakang, susun atur gambar, susunan ayat dan sebagainya.2.13Minggu Ketiga Belas (08 Oktober 2007 12 Oktober 2007)

Pelajar menyambung membuat buletin menggunakan Publisher. Pelajar dibahagikan tugas mengikut tajuk yang telah dibagi. Oleh itu setiap tajuk yang dibagi akan dibuat oleh pelajar sendiri mengikut kreativiti pelajar masing-masing. Buletin tidak dapat dibuat dengan cepat, kerana sebilangan pelajar lain tidak tahu menggunakan Publisher. Setelah selesai membuat susun atur gambar, susunan ayat yang sesuai, pelajar menggabungkan semua hasil kerja daripada rakan lain. Pelajar pergi ke Vita Print untuk mencetak buletin. Setelah menggunakan Publisher, buletin dapat dicetak dengan cepat. Selepas buletin selesai di cetak, pelajar berjumpa dengan Tn Abdullah untuk menunjukkan buletin yang telah siap di cetak. Tn Abdullah berpuas hati Selepas buletin selesai di cetak, pelajar berjumpa dengan Tn Abdullah untuk menunjukkan buletin yang telah siap di cetak. Tn Abdullah berpuas hati mengenai buletin tersebut dan beliau akan mengedit semula buletin tersebut kerana buletin tersebut tidak mengikut susunan bulan dan sususan tarikh aktiviti. Pada 12 Oktober 2007 merupakan cuti Hari Raya Aidililfitri.2.14Minggu Keempat Belas (15 Oktober 2007 19 Oktober 2007)Pada 15 Oktober 2007 cuti Hari Raya Aidilfitri. Pada 16 Oktober 2007 pelajar diminta untuk menyusun semula fail pegawai. Fail yang lama akan ditukar kepada fail yang baru supaya surat-surat pegawai lebih kemas dan teratur. Indeks surat akan ditaip semula supaya lebih kemas. Sebelum indeks ditaip, surat-surat disusun semula mengikut bilangan dan surat yang tidak sama rata akan digunting dan di punch semula supaya surat lebih kemas dan teratur. Warna tulisan juga berbeza, jika surat masuk warna tulisan adalah warna merah dan jika surat keluar, warna tulisan adalah warna biru. Fail yang pertama adalah fail Pn Ana Haslina Bt Mokhtar. Antara isi kandungan yang dimasukkan ke dalam indeks ialah bil, rujukan / tarikh, perkara / tajuk dan tarikh difailkan.Menyambung menaip fail Pn Ana Haslina kerana terdapat dua fail yang ditaip. Setelah selesai menaip indeks Pn Ana Haslina, indeks dicetak dan di simpan di muka hadapan fail dan dihantar semula ke ABID 1. Selepas itu, menyambung menaip indeks En Danial Toboh. Indeks yang ditaip merupakan indeks fail yang ketiga.Menyambung menaip fail pegawai iaitu En Edward. Indeks yang telah siap ditaip, indeks di cetak dan dihantar semula ke ABID 1. Setelah selesai menaip fail En Edward, fail En Danial di edit semula kerana susunatur surat yang tidak teratur dan tidak mengikut bilangan. Surat yang tidak sama saiz dipotong supaya lebih kemas dan teratur. Setelah selesai, indeks ditaip semula dan dicetak sebelum dihantar semula ke ABID 1.2.15Minggu Kelima Belas (22 Oktober 2007 26 Oktober 2007)Pada minggu ini, pelajar menyambung menaip indeks fail pegawai.Selain itu pelajar juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti bulanan jabatan iaitu aktiviti Knoweldge Skill Ability (KSA) yang disampaikan oleh Saudara Mohd Izie Basir (Pelajar praktikal) yang bertajuk Komponen Komputer. Pelajar juga telah mengikuti Mesyuarat untuk Pertandingan Bola Jaring yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti latihan tarian poco-poco yang merupakan sejenis tarian yang berasal dari Indonesia. Selepas mengikuti latihan tarian poco-poco, pelajar akan mengikuti satu lagi latihan bole jaring sebagai persediaan untuk bertanding pada hari sabtu dan ahad.2.16Minggu Keenam Belas (30/04/2007 04/05/2007)Pada minggu ini, jabatan kastam telah bercuti sempena tiga hari sempena cuti rehat Pertandingan bola jaring dan cuti umum sempena hari pekerja dan hari wesak. Cuti bermula dari tarikh 30.04.20007 sehingga 02.mei 2007.Pada minggu ini pelajar telah mengikuti satu lagi aktiviti KSA pelajar praktikal yang disampaikan oleh Cik Maria yang bertajuk Diplomasi. Selain itu, pelatih juga telah membuat lakaran dan mereka cipta lakaran isi kandungan untuk dimuatkan dalam Perintah Tetap Perjawatan dengan menggunakan perisian microsoft office publiser 2007 dan microsoft office word 2007.Selain itu pelajar juga telah menghadiri aktiviti Bicara Ilmu yang disampaikan oleh En. Cheng Ji Youn yang bertajuk Kerata. Beliau telah menerangkan secara terperinci tentang setiap kompomen-kompomen yang terdapat dalam sesebuah ketera berserta fungsi dan cara-cara untuk menjaga kereta.2.17Minggu Ketujuh Belas (07/05/2007 11/05/2007)Pada minggu ini pelajar telah mengikuti sebanyak tiga sesi bicera ilmu yang disampaikan oleh En. Sahrudin bin Mohd Noor yang bertajuk Perkakasan dan perisian sesebuah komputer serta menerangkan tentang cara-cara untuk mengformat komputer yang bermasalah serta bicara yang yang di sampaikan oleh cik Samsiah Lauming yang bertajuk Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Di samping itu, pelajar juga telah melakukan kerja-kerja mengedit semula persembahan Mencanai Perubahan Kastam Tawau menggunakan perisian Swish. Pelajar juga terlibat untuk mengajar dan menyubang sedikit ilmu komputer kepada pegawai-pegawai Marin tengtang cara-cara untuk menggunakan perisian Microsoft Office Word, Powert Point dan Excel.Pelatih juga terlibat dalam kerja-kerja untuk membina persembahan ringkas sempena majlis perhimpunan setia dan mesra yang akan diadakan pada 11.05.2007 di Bilik Mesyuarat Wisma Kastam Tawau yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi) Ybhg. Dato Hj. Ibrahim bin HJ. Jaafar.2.18Minggu Kelapan Belas (14/05/ 2007 18/05/2007)

Pada minggu ini pelajar telah memulakan kerja-kerja untuk membina projek Laporan Akhir Praktikal dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Antara perkara-perkara yang telah dibina ialah biodata untuk semua pelajar praktikal iaitu biodata untuk Cik Rahmatiah, Encik Sahrudin, Cik Samsiah, Cik Rodsianah, cik Maria Upa dan biodata untuk diri saya sendiri.Pelatih telah ditempatkan di bahagian Kastam dan Industri (Wisma Kastam) pada 17.05 2007 bersama 4 orang pelajar praktikal yang lain. Pelajar telah melapor diri dengan Tuan Hamid yang merupakan ketua di bahagian Kastam dan Industri. Beliau telah menerangkan sedikit sebanyak tentang cawangan-cawangan kecil yang lain yang terdapat di bahagian Kastam dan Industri.Pelajar juga telah di bawah melawat ke bahagian Mas Kargo dan melapor diri dengan Tuan Tamrin bin Abd Lavin yang merupakan ketua dibahagian Mas Kargo. Beliau telah menerangkan tentang tugas-tugas pegawai di bahagian Mas Kargo.Pada 18 Mei 2007 pula, pelajar telah dibawa melawat ke Cawangan Barter Trade. Di bahagian Barter Trade ini Encik Hj. Sulai bin Hj Mohd Jahiri telah menerangkan sedikit sebanyak tentang tugas-tuga pegawai yang ditempatkan di bahagian Barter Trade. Pelatih juga telah dibawa untuk melawat ke kapal-kapal yang membawa penumpang yang datang Nunukan dan Tarakan Indonesia bagi menyaksikan sendiri keadaan penumpang-penumpang tersebut. Pada sebelah petang pula pelatih dibawa melawat ke Cawangan Gudang yang terletak di Pelabuhan Tawau.2.19Minggu Kesembilan Belas (21/052007 25/05/2007)Pada minggu ini pelajar telah ditempatkan di bahagian Cukai Dalaman. Semasa di bahagian Cukai Dalaman, Pelajar telah melapor diri dengan Tuan Adan Balimbang yang merupakan ketua di bahagian Cukai Dalaman. Beliau telah menerangkan tentang fungsi-fungsi cawangan Cukai Dalaman secara terperinci. Pelajar juga telah dibawa melawat ke Kilang Pembuatan Guni yang terletak di Jalan Apas Tawau. Pelajar telah ditempatkan di bahagian Cukai Dalaman pada 21.05.2007Manakala pada 22.05.2007 pelajar telah dihantar ke bahagian Pencegahan dan berjumpa dengan Tuan Dato Kassim Bin Dato Bangsawan untuk melapor diri. Beliau telah menerangkan tentang sedikit sebanyak tentang bahagian Pencegahan yang merangkumi darat dan juga laut (Marin). Selain itu, pelatih juga dibawa mengikuti aktiviti Latihan Menembak yang diadakan di Padang Sasar Tawau dengan kerjasama pihak Polis, Tawau.

2.20Minggu Kedua Puluh (28/05/2007 01/06/2007)

Menyambung semula kerja-kerja membuat Projek Akhir Laporan Praktikal Latihan Industri menggunakan perisian Swish Max. Perkara-perkara yang telah dibina ialah membuat kata-kata mutiara untuk ditayangkan semasa tamat persembahan dan membuat pantun dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.Selain itu pelajar juga melakukan kerja-kerja membina movie untuk dimasukkan ke dalam persembahan Laporan Akhir Praktikal nanti. Antara movie yang dihasilkan ialah Majlis perpisahan Pn Asmah, Majlis Makan Malam Bahagian Pencegahan dan lain-lain. Pada 30.05.2007 sehinga 31 Mei 2007 Jabatan bercuti selama 2 hari sempena perayaan Keamaatan untuk Negeri Sbah.2.21Minggu Kedua Puluh Satu (04/06/2007 08/05/2007)

Pada minggu ini pelajar telah melakukan kerja-kerja akhir untuk menyiapkan Persembahan Laporan Akhir Praktikal. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membuat beberapa movie iaitu movie untuk Pembaharuan Perfailan di Bahgian Pengurusan dan Movie tentang mengemas dan menghias Pejabat Kastam semporna. Selain itu, pelajar juga telah membuat kerja-kerja mereka bentuk muka hadapan untuk CD Projek Tugasan/Laporan Akhir Praktikal.Selain itu pelajar juga turut telibat dalam kerja-kerja untuk membuat kad Seminar Nilai-nilai Murni Memperkasa Modal Insan Minda Kelas Pertama dan Program lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi) Ke Kastam Tawau Diraja Malaysia Tawau, Sabah. Perisian yang digunakan untuk membina kad tersebut ialah perisian Microsoft Office Publiser.2.22Minggu Kedua Puluh Dua (11/05/2007 15/05/2007)

Pada ini pelatih telah melakukan kerja-kerja akhir untuk menyiapkan Persembahan Laporan Akhir Praktikal dengan melakukan kerja-kerja menggabungkan movie-movie yang telah dbina menggunakan perisian Microsoft Office Power Point.Pada 14 Jun 2007, pelatih telah mengikuti satu lagi aktiviti jabatan iaitu Majlis Perasmian Mesra Cukai Sabah yang dirasmikan oleh Ybhg Pn. Hj. Azizah binti Idris yang merupakan Pengarah Kastam Cukai Dalaman Ibu Pejabat Putrajaya yang diadakan Dataran Sukan Kastam Tawau. Pihak media cetak juga turus dijemput pada majlis tersebut. Sementara pada 15.06.2007 pelatih telah dibawa ke Hotel Emas sempena meraikan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal yang tamat pada hari tersebut.2.23KesimpulanSemasa menjalani praktikal di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tawau selama 5 bulan lebih, saya dapat mengimplementasikan apa yang telah di pelajari secara teori di Politeknik Kuching Sarawak. Pendedahan kepada beberapa tugas semasa latihan industri seperti membina slaid untuk persembahan multimedia dan membuat kerja-kerja teknikal membantu saya memahami secara praktikal dan mendalam bagaimana suasana alam pekerjaan dalam dunia teknologi maklumat. Di samping itu, pengalaman yang diperolehi itu adalah penting terutamanya bagi pelajar supaya mereka terdedah dengan cara pengurusan kerja sendiri yang mana pelajar diberi kerja sendiri dan ianya perlu disiapkan oleh pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, latihan praktikal banyak memberi manfaat dan banyak membantu pelajar dalam mendapatkan pengalaman yang diperlukan oleh pelajar seperti mana objektif latihan industri yang asal. Ia dapat melatih dan memberi gambaran suasana alam pekerjaan. Selain itu, pelajar juga dapat melihat apa yang di pelajari di tempat pengajian secara teori kepada cara praktikal.

PAGE 32