1.2 kanak-kanak dan seni
DESCRIPTION
sdpTRANSCRIPT
Kanak-kanak dan Seni
Pn. Nor Azizah Atan
Jabatan Pendidikan Seni Visual
PENGENALAN
Seni dalam konteks seni visual,muzik dan pergerakan merupakan asas kepada perkembangan individu dan pembelajaran berhalatuju artistik bagi kanak-kanak. Jika diajar dengan baik, maka dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan,juga mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk “Lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut (hubungkait). Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
TEORI PEMBELAJARAN MASLOW
-
2.1 Keperluan dan keinginan asas
kanak-kanak
KESEMPURNAAN
KENDIRI
PENGHARGAAN
KASIH SAYANG
KESELAMATAN
FISIOLOGI
Keperluan dan keinginan asas
kanak-kanak
1. Keinginan untuk bergerak (Jasmani).- Kanak-kanak suka mengambil peluang
untuk bermain dan melibatkan diri
dalam sebarang kegiatan fizikal
JASMANI:
•SEMAKIN KANAK-KANAK MENINGKAT USIANYA KOORDINASI OTOT KASAR
DAN HALUS & PERKEMBANGAN FIZIKAL TURUT MENINGKAT MENGIKUT
USIANYA.
•KANAK-KANAK 6-12 THN ADALAH KANAK-KANAK AKTIF
•PERKEMBANGAN MOTOR DIBAHAGIAN TANGAN LEBIH PENTING.
•MATANGKAN PERGERAKAN OTOT DGN LATIHTUBI YANG KERAP SPT
MEMEGANG PENSIL DGN BAIK SUPAYA TULISAN LEBIH CANTIK.
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf
(emosi)- Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai
EMOSI:
Pada peringkat kanak-kanak,perkembangan emosi agak cepat dan
sekata berbanding peringkat prasekolah. Emosi peringkat kanak-
kanak lebih terkawal.
Dalam Pend. Seni, jika emosinya stabil, lukisannya akan lebih
cantik dan kreativiti menyerlah. Dalam Pend. Muzik, cara kanak-
kanak bermain alat perkusi dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat
muzik, mungkin terdapat gangguan emosi.
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan
sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat (sosial)
- Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,
disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang
lain.
SOSIAL:
•Peranan guru sangat penting membantu kanak-
kanak menguasai berbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai.
4. Keinginan untuk bersaing (sosial)
- Kanak-kanak suka bersaing untuk
memperlihatkan kemahiran dan
kekuatan fizikal dan setara dengan
rakan-rakan sebaya.
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan
sebagai sumber daya penarik.
(jasmani,sosial).
- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal
dan membentuk penampilan diri atau
harga diri untuk menyesuaikan dirinya
dalam masyarakat.
6. Keinginan untuk meneroka (estetik)
- Kanak-kanak gemar melibatkan diri
dalam sesuatu kegiatan yang luar
biasa tetapi menyeronokkan.
ESTETIK:
Mereka telah mula cuba memahami konsep estetik,
boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan.
Latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak
dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap
sesuatu yang dilihat atau dilakukan.
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif
(estetik,intelek).
- Kanak-kanak gemar mengalami
perkara baru melalui aktiviti kreatif
INTELEK:
Dapat berfikir tepat sebelum menghasilkan
sesuatu.
Bersemagat ingin tahu dan keinginan untuk
terus belajar
Beri peluang kepada mereka menerangkan
pemikiran mereka.
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan
melalui pergerakan (jasmani).
- Kanak-kanak gemar aktiviti yang
memberi peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka.
9. Keinginan untuk kefahaman (rohani).
- Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
ROHANI:
Banyakkan aktiviti yang melibatkan kerohanian dan
moral seperti:
•Penggunaan senikata lagu yang mengandungi nilai-
nilai tersebut.
•Ucapan ‘terima kasih’,’tahniah’ disampaikan seberapa
kerap yang boleh.
•Membantu kanak-kanak menghargai sesuatu, bukan
mengeji.
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain
„Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba
perhatikan perkara-perkara berikut :
Bagaimana mereka menguruskan
permainan ini
Bagaimana menyembunyikan diri mereka
Tindakan-tindakan yang boleh diambil
oleh orang yang mencari
Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.
2.2 Perkembangan dan
Pertumbuhan Kanak-kanak
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan
perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru, kanak-kanak akan
bergantung kepada pengalaman dan kreativiti
dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang
mereka gunakan.
Kefahaman yang baik tentang perkembangan
kanak-kanak dapat membantu kita mengatur
bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat
dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh
belajar mengikut pengalaman lama
Teori Perkembangan Piaget
Fasa Umur kanak-Kanak
Deria motor 0 hingga 2 tahun
Praoperasi 2 hingga 7 tahun
Operasi konkrit 7 hingga 12 tahun
Operasi formal 12 tahun ke atas
Tahap Deria Motor0 hingga 2 tahun
Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih
berdasarkan interaksi mereka dengan alam
sekeliling melalui pancaindera masing-
masing.
Kanak-kanak sedar akan kewujudan
sesuatu benda hanya jika benda itu boleh
dikesan oleh salah satu deria pancaindera.
Fasa Praoperasi
2 hingga 7 tahun
Kanak-kanak mula memperoleh
kebolehan pengekalan iaitu kebolehan
untuk menyimpan imej-imej mental
tentang sesuatu konsep abstrak atau
objek fizikal. Ini dapat dibuktikan melalui
kebolehan mereka berbahasa pada
peringkat ini.
Fasa Operasi Konkrit
7 hingga 12 tahun
Kebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh pada peringkat ini. Contoh : kefahaman tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola tidak akan berubah beratnya walau pun diubah bentuknya.
Kanak-kanak boleh mengcam melodi sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan tempo atau alat muzik yang berbeza.
Fasa Operasi Formal
12 tahun ke atas
Kanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, iaitu mereka berkebolehan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.
Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir adalah lebih rumit kerana faktor-faktor emosi, intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.
2.2.3 Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-
kanak mengikut Viktor Lowenfeld(Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni)
Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah meneliti
lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat
perkembangan kanak-kanak dan menerangkan
bagaimana bahan kamdungan subjek dan
environmen belajar dapat disesuaikan mengikut
peringkat perkembangan untuk meransangkan
pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan
kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan
menyeluruh kanak-kanak.
Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak
mengikut Viktor Lowenfeld (2.2.3 Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni
MS 34 )
Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi, pengetahuan
sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang
sesuai kepada tahap perkembangan kanak-
kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi
kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi
kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan
seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan
pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan
pembelajaran berlaku secara semulajadinya.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MELALUI
AKTIVITI SENI OLEH VIKTOR LOWENFELD
PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK MELALUI SENI:
2.2.4 KREATIVITI
2.2.5 PEMAHAMAN
2.2.6 KESEDARAN KENDIRI
SILA BUAT RUMUSAN