13 hak asasi
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
HAK ASASI MANUSIA
MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL
2
PENGENALAN
Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara
Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi kebahagian dalam kehidupannya.
Perkembangan hak asasi manusia dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia dalam Aspek keselamatan kehidupan Aspek perlindungan diri yang lebih baik
3
PENGENALAN
What is RIGHT? A right is the legal or moral entitlement to do, or refrain from doing something, or to obtain or refrain from obtaining an
action, thing, or recognition in civil society Right serves as rules of interaction between
people, and they place constraints and obligations upon the actions of individuals or groups
4
PENGENALAN
Examples: If one has a right to life, this means that
others do not have the liberty to murder him. If one has a right within a society to a free
education, this means that other members of that society have an obligation to pay taxes in order to pay the costs of that educational right
5
PENGERTIAN HAK
Hak adalah suatu nilai yang diinginkan seseorang bagi melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan kehidupannya dan mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stayton) Ia memerlukan suatu interaksi yang tidak berbelah-
bahagi di antara individu dan masyarakat. Hak seseorang bagi melakukan sesuatu
memperjelaskan adanya kewajipan individu lain dan masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap individu terbabit.
6
PENGERTIAN HAK
Donelly (1985) menggariskan DUA (2) konsep utama hak politik dan signifikasi moral Hak dilihat sebagai suatu kebenaran moral
seperti “ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan”.
Hak juga dilihat sebagai kelayakan seperti dalam tuntutan.
7
PENGERTIAN HAK
Pengertian hak (dalam Islam) ‘Hak’ atau ‘haqq’ dalam perkataan Arab
bermaksud ‘fakta yang nyata’ atau ‘kenyataan’ dalam hukum : ‘kebenaran’ atau apa-
apa yang berhubungan dengan fakta. Ahmad Jalal Hammad pula melihat
‘hak’, ‘kekuatan’ dan ‘tuntutan’ adalah pengertian lain yang menonjol daripada ‘haqq’.
8
PENGERTIAN HAK
Pengertian hak (A.C Kapur)1. Hak muncul daripada masyarakat
2. Setiap hak mempunyai tanggungjawab yang tertentu
3. Hak bukanlah suatu tuntutan
4. Hak semestinya bersesuaian dengan kebaikan umum
5. Negara tidak membentuk hak-hak hanya mengekalkan dan mengkoordinasi hak-hak yang diterima pakai secara sosialnya.
6. Hak mestilah jelas dan tepat terutama dalam mengertikannya.
7. Hak mempunyai kecenderungan berkembang.
9
PENGERTIAN HAK
Haqq dalam bahasa Al-Quran adalah sinonim dengan perkataan ‘kewajipan’.
Al-Darini merumuskan definisi ‘haqq’ anugerah khusus atau penguasaan atas sesuatu atau
sebuah tuntutan kepada pihak lain yang disahkan oleh syariat dengan tujuan mendapatkan manfaat tertentu
Yang penting hak ini akan menjamin kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.
10
KLASIFIKASI HAK
Milne (1986) mengklasifikasikan hak kepada TIGA (3) bentuk :-
1. undang-undang
2. adat
3. moral
11
KLASIFIKASI HAK
Secara umum, terdapat DUA (2) klasifikasi hak
1. Hak Positif dan Hak Negatif
2. Hak Individu dan Hak Kolektif
12
KLASIFIKASI HAK
Positive Right (Hak Positif) Hak yang digariskan adalah dijamin oleh negara
(kerajaan) An expectation about what one can do or receive
or how one will be treated Specific to individual political systems Hak-hak kebajikan seperti pendidikan, ekonomi,
pekerjaan dan keselamatan sosial. Memerlukan campur tangan pihak kerajaan atau
negara.
13
KLASIFIKASI HAK
Negative Right (Hak Negatif / hak normatif) TWO (2) central beliefs:
People can have a right to something they do not actively claim or for which the state would not back them up
That rights derive from some source other than the power of enforcement
Kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan berharta, kebebasan hidup dan kebebasan beragama.
Kebebasan ini adalah hak mutlak setiap individu.
14
KLASIFIKASI HAK
CONTOH (perbandingan antara hak positif dan hak negatif)
Wives have a right not to be beaten by their husbands (negative right).
Wives have a right to be free of beating, only if , when they protest beatings, the state (government) takes their side and restrains the husband (positive right)
15
KLASIFIKASI HAK Hak Individu Mengikut konsep, hak asasi manusia Barat menekankan
sifat individualisme di era Pembaharuan dan Peperangan Agama.
Locke menjelaskan individu mempunyai hak-hak yang tidak boleh
dipisahkan selaku seorang manusia dan kerajaan seharusnya menghormati hak-hak tersebut.
Tradisi individualis menjadi inspirasi kepada pembentukan hak-hak sivil dan hak-hak politik melihat hak asasi manusia adalah hak-hak yang
dipunyai oleh individu selaku seorang manusia dan keadaan semulajadi manusia.
16
KLASIFIKASI HAK
Pada abad ke-19, kebebasan sivil diperluas dan dikaitkan dengan hak-hak berpolitik dan hak-hak penyertaan politik seperti hak untuk mengundi Hak untuk mengundi ini mencerminkan individu
seharusnya diberikan hak untuk menyertai proses pembuatan keputusan negara.
17
KLASIFIKASI HAK Hak Kolektif Marxisme atau Sosialisme mengutamakan peranan negara
dalam mewujudkan sebarang bentuk kebaikan umum. Negara-negara Dunia Ketiga dikatakan lebih banyak
mendukung hak asasi manusia secara kolektif kerana keterikatan antara budaya, adat dan agama ke atas
masyarakat membolehkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat
atau kolektif ditekankan berbanding hak-hak individu secara berasingan dan terpisah.
18
KLASIFIKASI HAK
Dalam tradisi agama Islam, Buddha, Hindu dan Konfusius, individu dilihat terikat dengan masyarakatnya.
Masyarakat di Asia menekankan nilai-nilai Asia melihat komuniti dan keluarga adalah instrumen
yang terpenting di dalam sesebuah negara autoriti atau pemimpin dihormati.
19
KLASIFIKASI HAK
Hak individu dan hak kolektif adalah amat penting sekali untuk kebaikan bersama dan seharusnya kedua-duanya diseimbangkan.
PBB telah mengiktiraf kedua-dua hak ini untuk mempelbagaikan sifat dan kedudukan hak asasi manusia.
20
HAK ASASI MANUSIA Konsep hak asasi manusia – satu proses evolusi atau secara
beransur-ansur Kewujudan pemikiran mengenai hak asasi manusia Paine : sejak kewujudan manusia itu lagi Sarjana lain : sejak zaman Greek dan Rom yang dibawa oleh
golongan Stocisme Greek yang menekankan konsep hukum semulajadi (natural law)
Agama : Islam Al-Quran mendefinisIkannya sejak kurun ke-7 Donelly (1989) tidak terdapat hak asasi manusia dalam
agama tetapi lebih kepada kewajipan (duty) oleh pemerintah dan setiap individu Agama berperanan untuk memperkuatkan hak asasi
manusia
21
HAK ASASI MANUSIA
John Locke Pertama mengembangkan teori semulajadi (natural
law) Teori ini dilihat sebagai sumber bagi doktrin hak
asasi manusia setiap manusia itu mempunyai hak semulajadi untuk
hidup bebas dan berharta.
Thomas Jefferson menolak hak berharta menitikberatkan soal kebahagiaan.
22
HAK ASASI MANUSIA
DUA (2) falsafah 1. Falsafah Locke
Hak manusia adalah sangat efektif Setiap anggota masyarakat menghormati hak-
hak tesebut Contoh : Revolusi Perancis
2. Falsafah Hobbesian Hak individu kurang dihormati Bergantung kepada kehendak individu sendiri Menggalakkan sistem monarki dan statisme
23
HAK ASASI MANUSIA Masyarakat sivil mewujudkan suatu bentuk kontrak
sosial(social contract) di antara individu dan negara(state). Negara hanya diberi hak untuk menguatkuasakan hak-hak
semulajadi dan bukan hak-hak negara tersebut. Kegagalan negara menjaga hak-hak tadi memberikan hak
pada masyarakat untuk melancarkan revolusi. (Weston (1984:258))
Kontrak sosial dua pihak seharusnya memenuhi antara satu sama lain apa yang telah dipersetujui dan menghormatinya
Locke telah memperkenalkan teori individualistik bagi mencabar kuasa mutlak raja-raja dan mencabar kedaulatan Parlimen.
24
HAK ASASI MANUSIA
Konsep hak individualisme banyak mempengaruhi pelbagai peristiwa dan falsafah
Revolusi Perancis : menekankan kepada TIGA (3) perkara hak semulajadi iaitu
1. Liberte
2. Egalite
3. Fraternite Revolusi Amerika : setiap manusia diwujudkan
setaraf yang dikurniakan Pencipta bersama hak-hak yang tidak boleh diketepikan, antaranya hak untuk hidup, kebebassan dan kebahagian
25
HAK ASASI MANUSIA
Pertembungan antara doktrin Individualism (liberalisme) dan Collectivism (sosialisme)
Marx – hak individu adalah abstrak (merujuk kepada hak-hak borjuis) Sistem kapitalis mengandungi dua kelas iaitu
Kelas majikan : borjuis Kelas pekerja : proletariat
Individu mengetahui haknya apabila memenuhi matlamat komunisme
Melalui revolusi, golongan proletariat menjatuhkan golongan borjuis
Akhirnya, sosialisme terbentuk
26
HAK ASASI MANUSIA
Pengaruh aliran individualisme dan sosialisme usaha-usaha permulaan untuk mewujudkan hak
asasi manusia yang bersifat sejagat Contohnya penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dibentuk
pada tahun 1948 sebagai suatu standard minimum yang patut dicapai
bagi setiap masyarakat antarabangsa telah dibentuk pada tahun 1948.
27
HAK ASASI MANUSIA
Soviet Union yang berfahaman sosialisme tidak mengiktiraf deklarasi sejagat ini kerana tidak bersetuju dengan:-i) Jaminan kebebasan asas bagi setiap manusia yang dikaitkan dengan kedaulatan sesebuah negaraii) Jaminan hak asasi manusia dipraktikkan dalam bidang ekonomi, sosial dan suasana kebangsaan yang lazimnya terdapat di setiap negara.iii) Suatu definisi kewajipan warganegara ke atas negara, rakyat dan kerajaan.
28
HAK ASASI MANUSIA
Hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia tidak dapat diterima
Sebilangan besar negara sedang membangun atau negara Dunia Ketiga seperti hak kebebasan beragama, kebebasan individu dan sebagainya
Sebahagian besar negara di Asia dan Afrika tidak mengiktiraf taraf SEJAGAT (universal) hak asasi manusia yang terdapat dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
Menunjukkan berlakunya pertembungan antara universalisme dan relativisme Hak asasi manusia masih belum lagi bersifat sejagat
29
GENERASI HAK ASASI MANUSIA
Terdapat TIGA (3) Generasi Hak Asasi Manusia
1. Generasi Pertama
2. Generasi Kedua
3. Generasi Ketiga
30
GENERASI HAK ASASI
Generasi Pertama (Generasi Hak Sivil dan Politik) Menekankan hak-hak sivil dan politik Abad ke-17 dan ke-18 yang mempunyai hubungan
dengan revolusi Inggeris, Amerika dan Perancis Hasil melalui
pemikiran politik individualisme, dan liberalisme doktrin ekonomi dan sosial, dan pasaran bebas
Konsep hak asasi manusia bentuk negatif (kebebasan untuk melakukan sesuatu)
menekankan usaha tidak campur tangan kerajaan
31
GENERASI HAK ASASI
Pendekatan Demokrasi Liberal – SEMBILAN (9) perkara yang digariskan
1. Kekuasaan yang sebenar di tangan pihak pegawai yang terpilih dan dipilih.
2. Pengehadan kuasa eksekutif oleh perlembagaan.
3. Keputusan pilihanraya tidak ditentukan.
4. Kebudayaan, etnik, agama dan kumpulan minoriti dan majoriti tidak ditegah daripada meluahkan kepentingannya di dalam proses politik dan daripada menggunakan kebudayaaan dan bahasanya
32
GENERASI HAK ASASI
5. Melangkaui parti dan hubungkait pilihanraya.
6. Kebebasan berpersatuan dan pluralisme, kewujudan sumber maklumat alternatif.
7. Individu mempunyai kebebasan untuk percaya, meluahkan pendapat, perbincangan, berucap, penerbitan, berkumpul, demonstrasi dan petisyen.
8. Rakyat secara politiknya adalah sama dalam undang-undang.
9. Peraturan undang-undang melindungi rakyat.
33
GENERASI HAK ASASI
Generasi Kedua (Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya) Bermula pada awal abad ke-19 melalui tradisi
sosialis. Lebih merujuk pada hak-hak ekonomi, sosial dan
kebudayaan Timbul hasil perasaan tidak puas hati ke atas
perkembangan kapitalis yang mendasari konsep kebebasan individu yang mengabsahkan eksploitasi ke atas kelas pekerja dan masyarakat yang dijajah.
Lebih mewakili hak-hak positif
34
GENERASI HAK ASASI Berdasarkan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Perkara 22-
27, merangkumi hak keselamatan sosial, hak bekerja dan perlindungan
daripada pengangguran, hak berehat dan beriadah termasuklah cuti bergaji, tahap
kesihatan yang mencukupi, kesejahteraan diri serta keluarga,
hak mendapat pendidikan dan hak mendapat perlindungan daripada dijadikan pengeluaran
saintifik, kesusasteraan dan artistik. Memerlukan peranan kerajaan kerana terdapatnya tuntutan ke
atas pelbagai keperluan kebendaan Ini membawa penekanan kepada konsep kesamarataan.
35
GENERASI HAK ASASI
Generasi Ketiga (solidarity / persaudaraan) Mengandungi EMPAT (4) hak iaitu
hak bagi pembangunan hak bagi persekitaran yang sihat dan seimbang daripada segi
ekologinya hak bagi keamanan, dan hak bagi pemilikan warisan bersama manusia.
Vasak menjelaskan generasi ini adalah baru dalam erti kata ia mungkin dituntut
terhadap negara tetapi hanya boleh direalisasikan melalui tindakan bersama semua
ahli dalam masyarakat, sama ada individu, negara, badan awam dan swasta atau masyarakat antarabangsa amnya.
36
GENERASI HAK ASASI Weston berpendapat terdapat ENAM (6) bentuk hak asasi manusia
Generasi Ketiga (Perkara 28 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia) Menuntut setiap orang harus mematuhi tata sosial dan
antarabangsa bagi membolehkan hak-hak yang termaktub di dalam deklarasi dilaksanakan
TIGA (3) daripada hak terbabit memberi kesan pada kebangkitan nasionalisme negara-negara Dunia Ketiga dan revolusi
TIGA (3) hak yang lain ialah hak untuk aman, hak untuk persekitaran yang sihat dan seimbang dari segi ekologinya dan hak untuk bantuan kemanusiaan.
Kesemua ENAM (6) hak merupakan hak kolektif dan BUKAN hak individu.
37
KEBEBASAN ASASI
Kebebasan asasi adalah suatu bentuk hak yang harus dimiliki oleh setiap warganegara atau rakyat yang berada di bawah sesebuah pemerintahan demokrasi.
Demokrasi adalah suatu sistem yang memberikan peluang kepada rakyat bagi melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar.
38
KEBEBASAN ASASI
Robert A.Dahl menghuraikan demokrasi tidak hanya tergantung pada suatu bentuk
persaingan dan penyertaan politik semata-mata tetapi demokrasi juga meliputi suatu tahap kebebasan asasi kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, akhbar dan
sebagainya membolehkan rakyat membentuk atau meluahkan
kecenderungan politik mereka kepada sesuatu yang lebih bermakna.
39
KEBEBASAN ASASI
C.F Strong menghuraikan demokrasi adalah suatu corak kerajaan yang
bergantung pada persetujuan dan keengganan ramai.
Rakyat turut sama mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan.
40
KEBEBASAN ASASI
John Locke melalui karyanya ‘Second Treatise on Civil Government’ (1690) mengandaikan beberapa hak kebebebasan asasi itu adalah
bersifat semulajadi hak kebebasan asasi manusia termasuklah hak untuk tidak
dibunuh, diperhamba, diseksa atau dimiskinkan oleh pemerintah.
Pemerintah juga bertanggungjawab mempertahankan kebebasan asasi individu kerana masyarakat sivil dan kerajaan ditubuhkan di atas prinsip keuntungan umum
manusia sentiasa bersiap sedia dan sanggup mentaati pemerintah dan menerima keputusan majoriti supaya harta mereka dilindungi.
41
KEBEBASAN ASASI
Joseph Raz melalui bukunya ‘The Morality of Freedom’ (1986) identifikasi kepada kebebasan asasi adalah
bergantung kepada bagaimana kerajaan melihat dan menilai kebaikan awam.
kebebasan haruslah mempunyai satu alasan perlindungan yang istimewa ke atas kepentingan individu dan
pada masa yang sama melindungi kebaikan awam, iaitu suatu aspek kepada budaya masyarakat awam
42
KEBEBASAN ASASI
John Stuart Mill menilai kebebasan daripada sudut hubungan individu dengan negara. Seseorang individu seharusnya dibiarkan bebas. Negara hanya wajar campurtangan dalam
kebebasan individu berdasarkan DUA (2) alasan:-i) Tindakan seseorang individu itu tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada masyarakat selagi tindakan itu hanya untuk diri sendiri dan tidak berkaitan dengan orang lain.ii) Hal tindakan yang menimbulkan prasangka ke atas kepentingan orang lain.
43
KEBEBASAN ASASI
Golongan Marxis pula melihat kebebasan membebaskan suatu golongan tertindas daripada
cengkaman atau pemerasan ekonomi. Kesamarataan ekonomi hanya akan wujud apabila
berlakunya revolusi menjatuhkan golongan borjuis oleh golongan proletariat.
Kebebasan mutlak hanya diperolehi sekiranya manusia memasuki komunisme.
44
KEBEBASAN ASASI
Amartya Sen menggariskan LIMA (5) mekanisme penting mengenai erti kebebasan
1. Kebebebasan politik • dikenali sebagai hak sivil• Peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa yang
memerintah dan prinsip pemerintahan• Contoh : kebebasan memilih parti politik yang berbeza,
kebebasan berpersatuan
2. Kemudahan ekonomi• Peluang yang ada kepada individu untuk menikmati
sumber-sumber ekonomi• Hak-hak ekonomi yang dimiliki dan boleh diperolehi
45
3. Peluang Sosial• Susunan sosial yang dibentuk oleh masyarakat
bagi memperolehi peluang pendidikan, penjagaan kesihatan etc,
• untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik dan penglibatan dalam aktiviti politik dan ekonomi
46
4. Jaminan ketelusan• Keterbukaan yang membolehkan rakyat
bebas berurusan antara satu sama lain• Mencegah kegiatan rasuah,
meningkatkan akauntabiliti etc
5. Perlindungan keselamatan• Membekalkan kawalan sosial untuk
mengelakkan daripada melarat, kebuluran etc
47
KESIMPULAN
Perkembangan idea berkenaan hak asasi manusia adalah manifestasi daripada pemikiran liberalisme sehinggalah terbentuknya satu deklarasi yang dibei nama Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
Dengan tidak menafikan fahaman dan agama, hak individu dan kebebasan asasi yang dibawa oleh pemikiran liberal berjaya menginstitusikan hak asasi manusia tersebut.
Walaupun kekejaman dan kezaliman manusia tidak dapat dikawal sepenuhnya di sekitar dunia, namun usaha-usaha bagi mendaulatkan hak asasi manusia ini harus diteruskan bagi menjamin kelangsungan dan kebahagiaan generasi akan datang.