13626069 kata pinjaman dalam bahasa melayu
DESCRIPTION
xvdfxvbdfxbdxfbdxbgbvb vxcxdvsdxfvdxfbdxfbdxfbdxfbdfxbvcTRANSCRIPT
![Page 1: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/1.jpg)
Kata Pinjaman Dalam
Bahasa Melayu
Noor Syaheera Ibrahim HT2005-3015
Wati Karolus HT2005-3065
Isnin Bt Bida HT2005-3066
Fred Adzieren Among HT2005-3677
Shamsul Sabirin HT2005-3709
Majorie Lawrence HT2005-3828
Fredirick Raymond Kisel HT2005-3830
Clare Aloysius Sitiol HT2005-3831
Noor fadzzillah Aliapa HT2005-3999
Mohd Sobrie Lamudin HT2005-4039
KELUAR
![Page 2: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/2.jpg)
KELUAR
![Page 3: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/3.jpg)
Pengenalan
Peminjaman kata merupakan unsur yang lazim
berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia.
Peminjaman terjadi akibat pertembungan budaya
yang membawa kepada pertembungan bahasa.
Oleh itu, kata pinjam boleh disimpulkan sebagai
bahasa yang dipetik atau diambil dari bahasa lain
dan dimasukkan ke dalam perbendaharaan kata
Melayu.
KELUAR
![Page 4: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/4.jpg)
Latar Belakang Bahasa Melayu
Dalam perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahap utama; Bahasa
Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara.
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 iaitu pada zaman
pemerintahan Srivijaya.
Bahasa Melayu klasik berkembang pesat bermula dari abad ke-13 dan
digunakan dalam zaman pemerintahan kerajaaan Melaka, Acheh dan Johor-
Riau.
Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu sebelum penjajahan
British.
Tiga tahap utama perkembangan Bahasa Melayu mempunyai sifatnya yang
tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh dari Sanskrit dan Hindu, B.M
klasik dari bahasa Arab dan Islam sementara B.M moden dari Inggeris.
KELUAR
![Page 5: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/5.jpg)
Aspek-aspek Dalam Kata
Pinjaman
Membincangkan perkara-perkara
seperti berikut:
I. Bentuk bentuk pinjaman
II. Faktor-faktor peminjaman kata
III.Jenis-jenis peminjaman
KELUAR
![Page 6: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/6.jpg)
I. Bentuk-bentuk pinjaman
Terdapat tiga bentuk peminjaman kata iaitu; pinjam
terjemah, pinjam ubahsuai dan pinjam utuh.
Pinjam terjemah ialah keadaan di mana proses konsep
daripada bahasa lain diambil sedangkan katanya dicari
padanannya atau terjemahannya yang ada dalam bahasa
Melayu.
Pinjam ubahsuai berlaku apabila konsep dan kata daripada
bahasa sumber diambil dan diubahsuai ejaan secara fonemik
(sesuai dengan ejaan bahasa Melayu).
Pinjam utuh berlaku apabila kedua-dua prose sebelumnya
(pinjam terjemah dan pinjam ubahsuai) tidak dapat
dilaksanakan.
KELUAR
![Page 7: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/7.jpg)
ii. Faktor-faktor peminjaman kata
1. Mudah berlaku sekiranya kata yang dipinjam itu
berasal dari bahasa atau masyarakat yang
dipandang tinggi dari kemajuan tamadunnya.
2. Berlaku kerana kewujudannya sebagai unsur
semulajadi dalam perkembangan dalam suatu
bahasa.
3. Perhubungan atau pertembungan dengan
kebudayaan lain seperti pelbagai peristiwa sejarah
4. Berlaku dalam masyarakat yang berdwibahasa
atau berbagai-bagai bahasa.
5. Berlaku melalui proses evolusi bahasa, yakni
secara alamiah dan secara formal.
KELUAR
![Page 8: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/8.jpg)
iii. Jenis-jenis peminjaman
Secara umumnya terdapat :
1. Kata pinjaman dengan berlakunya pengambilan langsung
bentuk morfem dan makna.
2. Kata pinjaman padu iaitu dengan penggatian separa morfem
dan separa fonem.
3. Kata pinjam ubah iaitu dengan penggantian fonem sempurna
dan morfem sempurna.
Secara spesifik:
1. Peminjaman dialek yang berlaku dalam kawasan pertuturan
yang sama.
2. Peminjaman budaya yang berlaku di antara satu masyarakat
linguistik dengan masyarakat yang mempunysi linguistik lain
yang mempunyai kawasan geografi dan politik yang
berasingan.
KELUAR
![Page 9: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/9.jpg)
Kesalahan penggunaan kata
pinjaman: sebab dan penyelesaian
• Kesalahan:
• Kajian yang dilakukan oleh Hjh Masnordina hj.
Jainudin (2006, dalam Rozaiman Makmun, 2007),
terhadap pelajar sekolah rendah dan pelajar
universiti. Hasil kajian mendapati bahawa 46.7%
sampel gagal mengeja kartun daripada perkataan
cartoon dengan betul, 68.3% salah mengeja komik
daripada comic, 60% gagal mengeja subjek dengan
betul, serta melakukan kesalahan dalam ejaan
perkataan karatas daripada kertas walaupun
perkataan ini adalah perkataan seharian mereka.
KELUAR
![Page 10: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/10.jpg)
Kesalahan penggunaan kata
pinjaman: sebab dan penyelesaianSebab:
1. Pelajar dan penuntut sebenarnya tidak terdedah
kepadap penggunaan bahasa Melayu yang betul
semenjak mereka kecil.
2. Pengejaan dibuat berdasarkan lafaz atau bunyi istilah
perkataan tersebut.
3. Pelajar sudah biasa dengan istilah bahasa Inggeris dan
menyebabkan sistem ejaan dan penulisan mereka turut
sama terpengaruh.
4. Kekurangan pendedahan akan etimologi (asal-usul
perkataan) kata pinjaman menyebabkan pelajar tidak
faham akan aspek pinjaman mana yang diguna pakai
dalam menyerap isitilah sumber yang ada.
KELUAR
![Page 11: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/11.jpg)
Kesalahan penggunaan kata
pinjaman: sebab dan penyelesaianPenyelesaian:
1. Guru mestilah memainkan peranan dengan
memperjelaskan panduan untuk menyesuaikan ejaan
kata atau istilah pinjaman berdasarkan aturan ejaan
bahasa Melayu dengan lebih sistematik.
2. Faktor latihan dan kebiasaan penggunaan bahasa
Melayu sejak peringkat pendidikan rendah perlu
diusahakan.
3. Pembudayaan bahasa Melayu hendaklah dibuat
semenjak sekolah menengah agar mereka dapat
memahami buku-buku rujukan akademik dengan lebih
baik lagi.
KELUAR
![Page 12: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/12.jpg)
Kesan peminjaman terhadap
bahasa penerima
• Kesan pada peringkat fonologi
1. Penyebaran e-pepet pada suku kata terakhir
tertutup seperti dalam sistem, sumber mewakili
unsur perubahan dalam fonologi Melayu yang
dibawa melalui kata-kata pinjaman.
2. Istilah-istilah yang diambil daripada bahasa asing,
bukan saja membawa perubahan kepada struktur
suku kata tetapi juga menambah jumlah suku
kata kepada sesuatu kata.
3. Pengaruh bahasa asing telah menjadikan kata
dalam bahasa Melayu lebih panjang.
KELUAR
![Page 13: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/13.jpg)
Kesan peminjaman terhadap
bahasa penerima
• Kesan pada peringkat morfologi
1.Kesan dari segi morfologi yang datang
bersama dengan kata pinjaman ialah
kewujudan imbuhan baru,
khususnya awalan dan akhiran asing.
2.Contoh: imbuhan pra-, dwi-
(Sanskrit), bi-, pasca- (Parsi), anti-, -
isme (Inggeris)
KELUAR
![Page 14: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/14.jpg)
Rumusan
• Tidak ada satu budaya atau bahasa yang terbentuk
secara asli.
• Kata pinjam daripada bahasa asing bukanlah suatu
bentuk kesalahan yang jelas.
• Kesalahan yang berlaku cuma dalam bentuk kesalahan
ejaan dan suka mencampur adukkan bahasa asing ke
dalam Bahasa Melayu.
KELUAR
![Page 15: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/15.jpg)
Rumusan
• Para pelajar sendiri harus sedar dan berusaha untuk
memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu.
• Kesan kata pinjaman dapat dilihat pada peringkat
fonologi dan morfologi.
• Secara keseluruhannya, peminjaman bahasa asing
bukanlah suatu yang baru. Mungkin terdapat ribuan
istilah daripada pelbagai bahasa telah diserapkan ke
dalam Bahasa Melayu, tetapi kita tidak menyedarinya.
KELUAR
![Page 16: 13626069 Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu](https://reader030.vdocuments.net/reader030/viewer/2022012302/55cf8ffc550346703ba208ca/html5/thumbnails/16.jpg)
Adakah anda pasti?
YA TIDAK