document1

42
1.0 Sejarah Pandu Puteri Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Olave St Clair Soames Lord Robert Baden-Powell Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah 1

Upload: shin-yei

Post on 12-Nov-2015

399 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

folio pandu

TRANSCRIPT

1.0 Sejarah Pandu PuteriSejarah Penubuhan Pandu Puteri Olave St Clair Soames Lord Robert Baden-Powell

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.Di serata duniaWalaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.

Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Kelahiran Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia / WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.

Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai Our World News.

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.

Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Perkembangan Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.

Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).

Pengenalan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu.

Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.

Pengasas Pandu Puteri

Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)

Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 manakala gerakan kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917. Kepanduan ini diperkenalkan oleh seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur. Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau dari England. Cik Ballard telah menubuhkan satu pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi dorongan yang kuat kepadanya. Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid darjah tinggi. Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik Pykett. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri negara ini telah diterima secara rasmi untuk bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.TUJUAN :Tujuan penubuhan PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Refleksi Melalui sejarah penubuhan pandu puteri dunia dan penubuhan pandu puteri Malaysia, barulah saya lebih memahami tentang ketekadan dan usaha yang diperjuangkan oleh Baden Powell untuk menubuhkan sebuah pengakap perempuan yang dinamakan Girls Scout. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana Baden Powell tidak pernah berputus asa untuk memberikan satu peluang untuk kaum wanita pada masa itu. Sebaliknya, beliau amat menghormati kaum wanita dan telah menguruskan Pengakap dan Pandu Puteri dengan sedaya upayanya walaupun beliau bersara.Selain itu, apa yang lebih memanfaatkan ialah selepas Lady Baden Powell berkahwin dengan Sir Robert, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Ini merupakan faktor dan usaha yang berjaya mengembangkan Pengakap dan Pandu Puteri.Selain itu, saya juga berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui sejarah PPPM dengan lebih lanjut. PPPM di Malaya pada masa itu diusahakan oleh Cik Ballard. Tanpa usaha sebegini, mustahirlah kita dapat menikmati dan bersedia berkidmat untuk orang ramai di bawah nama PPPM.Sebagai seorang ahli PPPM, saya berasa amat bangga kerana berpeluang menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Saya juga akan menjalankan kewajipan sebagai seorang kadet pandu puteri seperti mana yang digariskan dalam undang-undang pandu puteri.

Struktur dan Organisasi PertubuhanPersatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) adalah pertubuhan sukareka yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala aktiviti dan hal-hal yang bersangkutan dengan kepanduan. Ibu pejabatnya terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Di peringkat negeri, terdapat pula ibu pejabat PPPM peringkat negeri. Persatuan pandu puteri negeri menganjurkan aktiviti mengikut perancangan aktiviti yang disediakan oleh ibu pejabat PPPM yang berkuatkuasa mengikut tahun tertentu.STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAANKepimpinan di MalaysiaPENAUNG DIRAJASeri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun

YANG DIPERTUA PPPMYABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

YDP PPPM CAWANGAN IPG KPMYbhg. Dr. Noriati binti A.RashidKETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM CAWANGAN IPG KPM Pn. Kamsiah binti Ab. RashidKETUA PESURUHJAYA PPPMCik Normala Binti Baharudin

TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPMDYAM Raja Puan Muda Perak Darul RidzuanRaja Dato' Seri Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah

LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAANBil.JawatanPegawaiTempoh

1.Yang DipertuaYABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

2.Timbalan Yang DipertuaDYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah2013 - 2018

3.Ketua PesuruhjayaCik Normala bt Baharudin2013 - 2018

4.Pesuruhjaya AntarabangsaCik Jeyadhevi Subramaniam2012 - 2015

5.Pesuruhjaya Pandu Puteri TunasPuan Tee Huey Ghee2011 - 2014

6.Pesuruhjaya Pandu Puteri RemajaPuan Chempaka Emalin bt Pahamin 2013 - 2018

7.Pesuruhjaya Pandu Puteri RenjerCik Ainil Shahnaz bt Muhamad Sham2012 2015

8.Pesuruhjaya Pandu Puteri KadetPuan W. Hasnah bt Abdullah2011 - 2012

9.Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan DewasaPuan Nurulain bt Hj. Ngah2011 2014

10.Pesuruhjaya GuildPuan Lucy Lee2011 - 2014

11.Pesuruhjaya Program dan LatihanPuan Tek bt Mohamad Noor2011 - 2014

12.Pesuruhjaya KeahlianYBhg Datin Zainon bt Zainuddin2012 - 2015

13.Pesuruhjaya Perhubungan dengan MasyarakatCik Joyce Ong Choon Kim2011 - 2014

14.Pesuruhjaya Struktur & PengurusanPuan Hjh Salbiah bt Ma'arof2011 - 2014

Ahli Ex-OfficioBil.JawatanPegawai

1.Setiausaha KehormatCik Nabihah bt Badar

2.Bendahari KehormatPuan Zahridah Hanum bt Mazlan

3.Penasihat Undang-UndangPuan Rusnita bt Noor

Penaung-penaung Diraja1917 - 1957Ratu England

1957 - 1960DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Khurshiah Ibni Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

1960 - 1965DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTengku Badriah Ibni Almarhum Tengku Ismail

1965 - 1970DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Sri Setia Raja

1970 - 1975DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman1975 - 1980DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Zainab Binti Tengku Mohamed Petra 1980 - 1984DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad

1984 - 1989DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongSultanah Zanariah

1989 - 1994DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Bainun Binti Mohd. Ali

1994 - 1999DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin1999 - 2001Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Aishah

2001 - 2006Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid

2006 - 2011Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Nur Zahirah2011 - 2016Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Hamimah HamidunYANG DIPERTUA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA1919Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921H.E. Lady Guillimard

1930H.E. Lady Clement

1947H.E. Lady Gent

1948H.E. Lady Gurney

1952Y.B. Toh Puan Lady Templer

1953H.E. Lady Mac Cilivary

1957Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid

1962Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail

1963Y.B. Toh Puan Rahah Razak

1977Y.B. Datin Suhaila Hussein

1981Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali

2003Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood

2007Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah

2009Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA1921 - 1933Mrs A. Cavendish (Malaysia dan Singapura)

1934Mrs P.M. Robinson

1934 - 1941Mrs L.A. Thomas

1942 - 1945-

1946Miss J. Kil Gour

1947Mrs A.W. Pinnick

1953Y.B. Datin H.E. Mac Kenzie

1955Mrs R.G. Health

1958Puan L. Navaratnam

1973Puan Hajjah Hendon bt Haji Din

1983Puan Nik Faizah bt Nik Mustapha

1993Puan Hajjah Halimah bt Mohd Taib

1998Puan Hajjah Fatimah bt Mohamad

2003Puan Salbiah bt Abdul Aziz

2008YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

Struktur Organisasi Pandu Puteri Peringkat IPG

PENAUNG DIRAJAYANG DIPERTUA PPPMTIMBALAN YANG DIPERTUA PPPMKETUA PESURUHJAYA PPPMYDP PPPM CAWANGAN IPG KPMYbhg. Dr. Noriati binti A.Rashid

KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM CAWANGAN IPG KPM Pn. Kamsiah binti Ab. Rashid

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPG KAMPUS

YANG DIPERTUAPengarah IPG

AHLI-AHLIAHLI-AHLINAIB YANG DIPERTUATimbalan Pengarah IPGEX-OFFICIOSetiausaha GERKO, Penyelaras UB, EOSETIAUSAHAPesuruhjaya Pandu Puteri Kadet IPGPEMIMPIN-PEMIMPINPensyarah PenasihatKETUA PASUKANAhli Pandu Puteri KadetPENOLONG KETUA PASUKANAhli Pandu Puteri KadetPENOLONG KETUA PASUKANAhli Pandu Puteri KadetKETUA PATROLAhli Pandu Puteri KadetPENOLONG KETUA PATROLAhli Kumpulan

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERIPENAUNGYANG DIPERTUAPESURUHJAYA NEGERIPENOLONG PESURUHJAYA NEGERIAHLI-AHLI ATAS JAWATANPesuruhjaya Bahagian / DaerahSETIAUSAHA KEHORMATBENDAHARI KEHORMATAHLI JEMPUTANPengarah Pendidikan , Pegawai Belia Dan SukanAHLI TIDAK BERUNIFORM

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAHAHLI-AHLIPP Tunas / PP Remaja / PP RenjerYANG DIPERTUANAIB YANG DIPERTUAPESURUHJAYA DAERAHPENOLONG PESURUHJAYA 1 & 2PEMIMPIN-PEMIMPIN

PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIANPP Tunas / PP Remaja / PP Renjer / Program & Latihan

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAHPENASIHAT PK HEM/ GPK KOKUMPENAUNG(PENGETUA/GURU BESAR)BAHAGIAN PP TUNASBAHAGIAN PP REMAJABAHAGIAN PP RENJERPENGERUSIKAKAK SETIAKAPTENPEMIMPIN DEWASAKAPTENPEMIMPIN DEWASASETIAUSAHASITI SETIA I & IILEFTENAN( PEMIMPIN DEWASA)KETUA PASUKANPANDU PUTERI TUNASKETUA PASUKAN(AHLI)KETUA KUMPULAN & PENOLONG KETUALEFTENAN( PEMIMPIN DEWASA)KETUA PASUKANPENOLONG KETUASETIAUSAHABENDAHARIAJKAHLI PANDU PUTERI TUNASAHLI PANDU PUTERI REMAJAAHLI PANDU PUTERI RENJER

KAKAK BERENAMSiantan, Kesidang, TerataiCempaka, Kenanga, Melor

RefleksiMelalui struktur dan carta organisasi Pandu Puteri dalam peringkat kebangsaan, IPGM, IPG Kampus, Negeri, Daerah dan Sekolah, saya lebih memahami dengan organisasi Pandu Puteri di peringkat yang berbeza.Selain itu, saya juga banyak mempelajari ilmu pengetahuan menerusi tugasan ini. Sebagai contoh, saya telah mengetahui lembaga eksekutif dari dahulu hingga terkini malah saya juga lebih fahami ketua pensuruhjaya PPPM yang lama dan terbaharu.Tugasan ini sememangnya amat memanfaatkan kami kerana dengan permahaman yang lebih lanjut, kita tidak akan mudah keliru dengan struktur dan organisasi PPPM. Ini disebabkan carta aliran dan carta organisasi yang telah dihasilkan telah memberikan penjelasan yang begitu jelas dan jitu.PERLEMBAGAAN PERTUBUHANPrinsip-prinsip Asas Pertubuhan1. PERSETIAAN PANDU PUTERIBahawa Dengan SesungguhnyaSaya Berjanji Dan BersetiaDengan Sedaya UpayaMenunaikan Kewajipan SayaKepada TuhanRaja Dan Negara Saya MalaysiaMenolong Orang Setiap Masa, danMematuhi Undang-Undang Pandu Puteri2. PIAGAMPersatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

3. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.4. VISI DAN MISI

Misi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."

Visi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."5. OBJEKTIF AM Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain

6. MATLAMAT PPPM1 "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualitiObjektif 1 Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat CawanganObjektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuhObjektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahliObjektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpinObjektif 5 Meningkatkan jumlah ahliObjektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusanObjektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan7. MATLAMAT PPPM2 "Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnyaObjektif 1 Menonjolkan imej modenObjektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia)Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)Objektif 4 Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikanObjektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggulObjektif 6 Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia PasifikObjektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia.8. MATLAMAT PPPM3 "Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuanObjektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasaObjektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasaObjektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaanObjektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasaObjektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasaObjektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusanObjektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

9. NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu10. ASAS PROGRAM Perkembangan diri, sahsiah dan intelek Minat dan hobi Gaya Hidup Sihat Khidmat11. ELEMEN PROGRAM Perkembangan Jasmani Perkembangan Emosi Perkembangan Kerohanian Perkembangan Kognitif12. KAEDAH PROGRAM Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law) Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development) Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing) Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System) Khidmat Masyarakat (Service in The Community) Aktiviti Luar (Outdoor Activities) Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between Young and The adults) Simbolisme (Symbolism)13. CARA HORMAT PANDU PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap. Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah.14. PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-pembesar negara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan Semasa menerima hadiah dan kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi penghormatan kepada jenazahPERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Akta Pandu Puteri 1953 (Pindaan 1991)An Act for the incorporation of the Chief Commissioner of the Girl Guides Association of Malaysia; and to further and protect the activities and interests of the Girl Guides Association of Malaysia. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Dikemaskini hingga September 2008) Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am1 LAMBANG PANDU PUTERI

2. Lencana Pandu Puteri Dunia

Tanda/SimbolMaksud

1. Trefoil( tiga cabang ) *Warna Emas Trefoil Ikrar Pandu Puteri Matahari yang bersinar-sinar di langit biru

2. Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri

3. Jalur Jarum kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri

4. Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri

Tanda/SimbolMaksud

1. Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri

2. Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar

3. Cogan Kata Pandu Puteri"Selalu Sedia"merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. PANDU PUTERI TUNAS Tolong Orang Selalu (TOS) PANDU PUTERI REMAJA Selalu Sedia PANDU PUTERI RENJERSelalu Sedia Terus Berkhidmat4. Lagu Pandu PuteriVersi Bahasa MelayuArah kita jelas ke depan,Bendera berkibar;Tidak berlipat di duniaHarapan abadi;Bersatu untuk kebenaran,Persahabatan kukuh;Selagi dunia masih adaAkan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,Menetapkan janji;Dengan rela berjasa,setia abadi;Kebebasan kita tepati,Bersedia sama;Untuk semua miskin kaya,kita beri, yang terdaya.5. Bendera Pandu Puteri Dunia

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.Bendera Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

RefleksiDalam tugasan ini, saya telah mencari isi-isi tentang perlembagaan pertubuhan dan telah memahami serba sedikit selepas saya melaksanakan tugasan ini. Melalui pencarian dari laman web, saya telah mempelajari tentang objektif, piagam Pandu Puteri serta visi & misi.Melalui pemahaman sebegini, saya berhasrat untuk menjadi seorang pandu puteri yang Selalu Sedia. Ini adalah kerana matlamat PPPM adalah "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualitiPPPM juga menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat Cawangan dan dapat membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh. Jadi saya berkeputusan untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri dan sentiasa beramanah, berdisiplin supaya dapat menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan persatuan.Selain itu, saya juga lebih memahami maksud lencana dan bendera Pandu Puteri. Saya berasa amat bersyukur mendapat peluang untuk menjalankan tugas ini kerana tanpa tugasan ini, saya tahu bahawa selama-lamanya saya tidak akan mengambil inisiatif untuk mencari maklumat. Dalam konteks ini, saya juga dapat meninjau masalah kemalasan yang ada pada diri saya yang patut dibetulkan. Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana melalui tugasan ini, pemikiran telah menjadi lebih matang.Di samping itu, saya juga akan menerapkan pengajaran dan ilmu pengetahuan yang saya dapat pada masa hadapan supaya dapat mendidik pandu puteri tunas yang lebih berketerampilan dan dapat berkhidmat untuk masyarakat dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRANPendaftaran Ahli dan Kumpulan Pendaftaran ahli baru - Melalui sistem e-Daftar di Sekolah/Daerah/Cawangan masing- masing Ahli Seumur Hidup i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. iii) Kelayakan: a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Contoh: Jika umur 30 tahunBayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00 iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.Kategori KeahlianKATEGORIKEAHLIAN SETIAP PASUKAN/GUILDUMURBAHAGIANTEMPAT PENUBUHAN/NOTAAHLI AKTIF/TIDAK AKTIF

MINIMUMMAKSIMUM

Pasukan1236Di bawah 6 tahunPandu Puteri Kelip-KelipPra SekolahAhli Aktif

12366 12Pandu Puteri TunasSekolah Rendah

163612 15Pandu Puteri RemajaSekolah Menengah Rendah

083615 18Pandu Puteri RenjerSekolah Menengah Atas

085018 ke atasPandu Puteri KadetInstitut Perguruan

085018 ke atasPandu Puteri SiswiInstitut Pengajian Tinggi

(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)

STRUKTUR UNIT1. Pandu Puteri Tunas2. Pandu Puteri Remaja3. Pandu Puteri Renjer4. Pandu Puteri Kadet5. Pandu Puteri DewasaPandu Puteri TunasPengenalanPandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri.Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selaluU Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan NegaraN Nilai hidup yang murniA Akhlak yang utuhS Selalu senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah budi bahasa

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.Persetiaan Pandu Puteri TunasDengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.Undang-Undang Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.NAMA KUMPULANMAKSUD

MelurMelur taat dan setiaBerusaha setiap masa

SiantanSiantan datang berkawanBerani macam pahlawan

TerataiTeratai nama kamiBekerja setiap hari

KesidangKami Kesidang datangMenolong pagi petang

CempakaCempaka bersuka riaMenolong orang duka

KenangaKami bernama KenangaBerjasa bertenaga

Pandu Puteri RemajaPengenalanPasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam Bahasa Melayu. Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja.Cogan Kata/Motto Pandu Puteri Remaja"SELALU SEDIAKeahlian Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.Pasukan Pandu Puteri Remaja Jumlah ahli yang maksimum Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan minimum pula ialah 16 orang. Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan. Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya. Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun. Persetiaan Pandu Puteri Remaja"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"Undang-Undang Pandu Puteri Remaja Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Pandu Puteri RenjerPengenalanPada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya. Gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.Cogan KataSama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.Persetiaan Pandu Puteri Renjer"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya,Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,Menolong orang setiap masa, dan,Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."Undang-Undang Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.Pandu Puteri KadetPengenalan Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan ini. Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet. Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih.

Pandu Puteri Dewasa Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi. Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan tanpa menghadiri Kursus Pemimpin Baru. Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana pelantikan pemimpin. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi. Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan.RefleksiDalam usaha melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran PPPM dan telah memahami lebih lanjut tentang pentadbirannya.Pertama sekali, pendaftaran ahli haruslah dijalankan terlebih dahulu menerusi cara-cara yang tertentu. Setelahnya, individu tersebut hanyalah layak menjadi seorang ahli pandu puteri dan bakal dikategorikan mengikut umurnya.Setelah itu, kewujudan struktur unit adalah untuk menyesuaikan ahli pandu puteri mengikut kategori umur masing-masing. Dalam konteks ini, saya telah lebih memahami struktur unit dan tidak akan keliru lagi. Pandu Puteri telah dibahagikan kepada Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet dan Pandu Puteri Dewasa.

37