2007 apr

20
SULIT IE/APR 2007/CTU553 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA : HUBUNGAN ETNIK : CTU553 : APRIL 2007 : 2 JAM ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan) 2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B. i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR. ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. 3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. 4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) Kertas Soalan ii) satu Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti iii) satu Kertas Jawapan Objektif OMR - untuk diserah bersama Buku Jawapan JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak © Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Upload: frhslmn

Post on 26-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CTU555

TRANSCRIPT

Page 1: 2007 apr

SULIT IE/APR 2007/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAPEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS

KOD KURSUS

PEPERIKSAAN

MASA

: HUBUNGAN ETNIK

: CTU553

: APRIL 2007

: 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)BAHAGIAN B (3 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.

i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengankebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:i) Kertas Soalanii) satu Buku Jawapan - disediakan oleh Fakultiiii) satu Kertas Jawapan Objektif OMR - untuk diserah bersama Buku Jawapan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 2: 2007 apr

SULIT 2 IE/APR 2007/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan ^ H jawapan paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1. Manusia membentuk budaya dan perkembangan budaya selari denganperkembangan masyarakat.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah antara berikut ciri-ciri budaya?

i Dipelajari dan dikongsi oleh masyarakatii Bertahan lama selagi dipraktikkan oleh masyarakatiii Wujud perlambangan dan pandangan semestaiv Menjadi asas kelangsungan peradaban generasi

A i dan iiiB i, ii dan iiiC i, ii dan ivD Semua di atas

2. Apakah perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat plural di Malaysiaselepas era penjajahan?

i Federalisme berlapisii Perlembagaan Persekutuaniii Pembangunan berencanaiv Sistem pendidikan vernakular

A i, ii dan iiiB i, ii, dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

3. Manakah antara berikut BUKAN cadangan Suruhanjaya Reid semasa merangkaPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

A Membentuk kerajaan Pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeriMelayu

B Syarat kewarganegaraan yang terlalu longgar bagi kaum bukan MelayuC Menjamin pengekalan hak istimewa orang MelayuD Memelihara kedaulatan dan kuasa politik Raja-Raja Melayu

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 3: 2007 apr

SULIT 3 IE/APR 2007/CTU553

4. Apakah kesan UTAMA dasar 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajahBritish ke atas masyarakat Malaysia?

A Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan budayaB Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan pendidikanC Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan pekerjaanD Pembahagian masyarakat mengikut kawasan penempatan dan tradisi

5. Berikut merupakan impak sosial penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu,KECUALI:

A Mencorakkan pemikiran simplistik dalam kehidupan masyarakat MelayuB Menyemarakkan fahaman liberal dan kelas sosial dalam sistem pendidikan

negaraC Mendorong ke arah politik nasionalismeD Membangunkan infrastruktur bagi merapatkan jurang kehidupan

6. Pilih kenyataan TEPAT mengenai matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaandalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ke arah mewujudkanhubungan etnik di Malaysia.

i Menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistempendidikan kebangsaan

ii Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikankebangsaan

iii Membenarkan kewujudan sekolah pelbagai aliran yang menggunakanbahasa ibunda masing-masing

iv Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan di sekolah aliran Cinadan Tamil

ABCD

i dan iii, ii dani, iii danSemua

iiiivdi atas

7. Berikut merupakan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkanimport barangan industri, KECUALI:

A Memberi taraf perintis kepada kilang-kilang baruB Mewujudkan zon perdagangan bebasC Menyediakan pelbagai kemudahan kreditD Memberi perlindungan cukai dan tarif

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 4: 2007 apr

SULIT 4 IE/APR 2007/CTU553

8. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan mencapai objektifberikut, KECUALI:

A Membina masyarakat yang taat setia kepada negaraB Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpolitikC Meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dan bumiputeraD Membentuk masyarakat yang bersatu, adil dan progresif

9. Manakah pemyataan berikut BUKAN usaha kerajaan membangunkan ekonomiseimbang dan komprehensif berdasarkan pendekatan Islam Hadhari?

A Memantapkan pembangunan ekonomi yang beretikaB Kerajaan dan swasta berperanan secara bersepaduC Pertumbuhan ekonomi yang mapanD Mempertahankan pencapaian ekonomi bumiputera

Soalan no. 10 berdasarkan maklumat di bawah.

Integrasi rendah Integrasi tinggi

i i i i V*Segregasi P Akulturasi Q Amalgamasi

10. Apakah proses integrasi Q?

ABCD

AsimilasiPluralisasiDominasiAkomodasi

11. Berikut adalah faktor yang menyumbang kepada keharmonian antara pelbagai kaumdi zaman Kerajaan Melayu Melaka, KECUALI:

A Kedatangan mereka untuk berdagangB Bersikap terbuka menerima budaya MelayuC Menjanjikan keuntungan berlipat gandaD Berhasrat untuk bermastautin di Melaka

12. Had kebebasan bersuara telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia bagimenjamin keharmonian etnik, KECUALI:

A Kedaulatan Raja-Raja MelayuB Kes yang diputuskan mahkamahC KewarganegaraanD Agama Islam

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 5: 2007 apr

SULIT 5 IE/APR 2007/CTU553

13. Apakah kesan sistem sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan oleh Inggeriskepada masyarakat Melayu?

i Memiliki kemahiran asas membaca dan menulisii Melahirkan golongan usahawan tani dan nelayan berjayaiii Mengekalkan orang Melayu dalam pekerjaan tradisionaliv Memastikan masyarakat Melayu kekal di kawasan luar bandar

A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC i, iii dan ivD Semua di atas

14. Manakah antara berikut merupakan aplikasi dasar-dasar kerajaan dalam konteksIslam Hadhari?

i Pembentukan Pelan Integriti Nasionalii Kod etika wakil rakyatiii Mewujudkan institusi-institusi Islamiv Nilai Islam dalam pentadbiran

ABCD

i dan ni, ii dan ivii, iii dan ivSemua di atas

15. Manakah fakta berikut TIADA kaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu danbumiputera dalam perlembagaan?

i Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewaorang Melayu dan bumiputera

ii Orang Melayu dan bumiputera diutamakan dalam pemilikan aset negaraiii Mempastikan orang Melayu dan bumiputera terjamin kedudukannyaiv Orang Melayu dan bumiputera wajar diberi layanan istimewa di sektor

swasta

ABCD

iiiiii

dan idan idani dan

iiiiviv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 6: 2007 apr

SULIT 6 IE/APR 2007/CTU553

16. Rancangan Lima Tahun Malaysia bermula sejak tahun 1950 memberi tumpuankepada beberapa bidang utama, KECUALI:

A Perindustrian gantian importB Perindustrian berasaskan teknologiC Pemulihan sektor ekonomiD Pengagihan pendapatan samarata

17. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai teori amalgamasi.

A Perubahan dan pertukaran unsur kebudayaan antara dua kumpulan etnikberlainan

B Pencairan dan penyatuan dua kumpulan etnik untuk membentuk budayadan ras baru

C Kumpulan minoriti kehilangan identiti asal hasil serapan kumpulan dominandari segi kebudayaan dan sosial

D Penyatuan pelbagai keiompok etnik dalam masyarakat sebagai satu identitibersama

18. Apakah elemen UTAMA yang mewarnai kemunculan parti-parti poiitik di Malaysia?

A Semangat nasionalisme demi memelihara kepentingan masing-masingB Beranggapan ideologi poiitik perkauman sahaja yang boleh direalisasikanC Kesan daripada liberalisasi poiitik di peringkat globalD Menonjolkan kehebatan kumpulan masing-masing

19. Manakah antara berikut merupakan strategi pelaksanaan Dasar PendidikanKebangsaan bagi mencapai perpaduan bangsa?

i Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dibenar membentukkurikulum sendiri

ii Sistem pengurusan, peraturan dan pentadbiran sekolah yang samaiii Sistem peperiksaan awam yang sama di semua peringkat sekolahiv Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum untuk memupuk disiplin diri

A i, ii dan iiiB i, iii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 7: 2007 apr

SULIT 7 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 20 berdasarkan maklumat berikut.

• Merenggangkan perhubungan dan interaksi.• Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.• Menimbulkan prasangka, stereotaip dan sikap ekstrem.

20. Manakah antara fakta berikut berkaitan dengan kenyataan di atas?

A Penyatuan sistem pendidikanB Perbezaan dalam bidang ekonomiC Pemisahan tempat tinggalD Persamaan aspek politik

21. Apakah dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalahketidakseimbangan ekonomi yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum?

I

iiiiiiv

ABCD

Dasar Ekonomi Baru (DEB)Dasar Pendidikan KebangsaanDasar PenswastaanDasar Kebudayaan Kebangsaan

i dan iii, ii dan iiii, ii dan ivSemua di atas

Soalan no. 22 berdasarkan pernyataan di bawah.

Unsur X

• Melibatkan soal bahasa, agama, kedudukan istimewaorang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak sertapemerintahan beraja.

• Dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggapsebagai isu sensitif yang dilarang untuk perbincanganawam.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan unsur X dalam Perlembagaan Malaysia?

ABCD

KepercayaanAktaOrdinanTradisi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 8: 2007 apr

SULIT 8 IE/APR 2007/CTU553

23. Manakah antara pernyataan berikut yang TIDAK MENEPATI konsep asabiyah?

A Seseorang boleh bertindak sesuka hati dalam perkara-perkara yangmembabitkan kepentingan kaum

B Seseorang atau sesuatu kaum haruslah mempertahankan kaumnya secaramutlak

C Seseorang tidak terlalu mengutamakan kepentingan bangsa dan etniknyasendiri

D Seseorang boleh melakukan ketidakadilan kepada orang lain jikakepentingan diri dan kaumnya dinafikan

24. Apakah yang dimaksudkan dengan etnosentrisme?

A Budaya sendiri lebih baik dari budaya orang lainB Tidak memperakui kewujudan budaya lain dalam masyarakat merekaC Sumbangan orang lain tidak diperlukan dalam membina masyarakat merekaD Sosialisasi masyarakat hams dirujuk kepada hubungan budaya

25. Pilih pernyataan TEPAT mengenai perlunya keharmonian hubungan etnik dalamsesebuah negara.

i Mencerminkan struktur sosial sesebuah masyarakatii Menggambarkan perkembangan sejarah dan sosioekonomiiii Mengelakkan ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakativ Memastikan dasar dan perancangan pembangunan negara berjalan lancar

A i dan iiB ii, iii dan ivC iii dan ivD Semua di atas

26. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi berparlimen?

A Kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyatB Sistem kerajaan dipilih secara bebas melalui pilihanrayaC Memastikan penglibatan rakyat menentukan kerajaanD Pilihanraya diadakan lima tahun sekali

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 9: 2007 apr

SULIT 9 IE/APR 2007/CTU553

27. Manakah strategi penyelesaian masalah kemiskinan jangka panjang bagi menjaminperpaduan kaum di Malaysia?

i Merapatkan jurang pendapatan antara etnikii Menambah daya pengeluaran dan pendapataniii Memastikan pengagihan pendapatan samarataiv Mempertingkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat

ABCD

i dan iii, ii dani, ii danSemua

iiiivdi atas

28. Berikut merupakan unsur penting dalam pembentukan Dasar KebudayaanKebangsaan, KECUALI:

A Berteraskan agama IslamB Unsur kebudayaan etnik yang lain diterima mengikut kesesuaianC Berteraskan kebudayaan asal masyarakat rantau iniD Unsur budaya Barat yang sesuai dengan citarasa tempatan

Soalan no. 29 berdasarkan maklumat berikut.

• Proses transformasi dalam aspek kehidupan masyarakat.• Perubahan masyarakat secara berencana dan tidak berencana.• Pembangunan ekonomi dan politik.

29. Manakah terminologi di bawah merujuk pemyataan di atas?

ABCD

ModenisasiLiberalisasiSekularisasiSosiaiisasi

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 10: 2007 apr

SULIT 10 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 30 berdasarkan maklumat berikut.

Memberi layanan baik.Memelihara silaturrahim dalam keluarga walauberbeza agama.Kebajikan dan keadilan tanpa mengira agama.Menziarahi ketika sakit.

30. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan nilai Y. Apakah yang dimaksudkandengan nilai Y?

A Nilai universal antara Islam dengan bukan IslamB Konsep keadilan antara Islam dengan bukan IslamC Adab pergaulan antara Islam dengan bukan IslamD Hubungan kerjasama antara Islam dan bukan Islam

31. Manakah manifesto yang dikemukakan oleh UMNO, MCA dan MIC dalampilihanraya pertama 1955?

i Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh 4 tahunii Membentuk perkhidmatan awam berorientasi Tanah Melayuiii Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputeraiv Menubuh sekolah kebangsaan berasaskan kumpulan etnik

A i, ii dan iiiB i, iii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

32. Berikut merupakan unsur-unsur penting dalam pembinaan jatidiri Malaysia,KECUALI:

A Rukun Negara adalah teras perpaduanB Budaya 'multiracial' sebagai asas Kebudayaan KebangsaanC Konsep negara bangsa sebagai asas jatidiriD Program PLKN merupakan usaha pembinaan modal insan

33. Apakah penekanan UTAMA Rancangan Malaysia Kesembilan?

A Modenisasi pertanianB Pembangunan modal insanC Pembangunan sektor pertahananD Pembangunan ekonomi mapan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 11: 2007 apr

SULIT 11 IE/APR 2007/CTU553

34. Apakah matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang telah diperkenalkanoleh kerajaan pada tahun 1990?

A Pembangunan dan pengagihan sumber-sumber ekonomi, menyediakanperkhidmatan awam, memupuk kestabilan, mengawal keselamatan negaraserta memelihara kebajikan masyarakat

B Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian semuawarganegara dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan,politik dan perkhidmatan

C Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian secaramenyeluruh yang meliputi bidang pendidikan, politik, sosial,kemasyarakatan, ekonomi dan perkhidmatan

D Pembangunan seimbang dengan menekankan pencapaian keharmonianantara kaum dan dapat menyertai semua program yang dianjurkan meliputibidang ekonomi serta perkhidmatan

35. Mengapakah Inggeris memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu tahun1946?

i Menghadkan kuasa Raja-Raja Melayuii Penjajah menyimpan perasaan anti Melayuiii Melatih masyarakat tempatan memerintah negara sendiriiv Menyatukan negeri Melayu termasuk Singapura di bawah pemerintahan

British

ABCD

i, II dan ini, iii dan ivii, iii dan ivSemua di atas

36. Pilih kenyataan TEPAT mengenai komuniti Sarawak.

A Hampir sepertiga daripada penduduknya terdiri daripada etnik CinaB Hampir separuh penduduk Sarawak terdiri daripada orang IbanC Masyarakat Melayu hanya seperlima daripada jumlah penduduknyaD Dayak Laut merupakan komuniti terbesar penduduk Sarawak

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 12: 2007 apr

SULIT 12 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 37 berdasarkan maklumat berikut.

• Gejala hedonisme.• Ekonomi bebas.• Salahguna sains dan teknologi.• Eksploitasi sumber manusia.

37. Pilih jawapan yang TEPAT berhubung dengan pernyataan di atas?

A Ideologi perjuangan hak asasi manusiaB Kesan globalisasiC Dasar penjajahan baruD Perkembangan pemikiran sosial masyarakat

38. Manakah faktor UTAMA kejayaan kepimpinan negara dalam menyatupadukanpelbagai etnik di Malaysia?

A Pemerintahan berdasarkan kehendak majoriti tetapi hak minoriti tetapterjamin

B Setiap kumpulan etnik turut menyumbang ke arah pembangunan negaraC Tahap kepatuhan setiap kumpulan etnik terhadap kepimpinan negara

berada pada tahap tertinggiD Setiap kumpulan etnik ingin hidup secara harmoni mengatasi perkara-

perkara lain

39. Apakah sasaran UTAMA kerajaan dalam melahirkan masyarakat industri yangmenjadi teras kepada pembangunan ekonomi negara?

i Pembangunan teknologiii Pembangunan pertanianiii Pembangunan ICTiv Pembangunan modal insan

ABCD

i, II dan iiii, ii dan ivii, iii dan ivSemua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 13: 2007 apr

SULIT 13 IE/APR 2007/CTU553

40. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara bangsa?

A Golongan bumiputera sesebuah wilayah atau sesebuah negara yangmempunyai hak istimewa tertentu

B Kumpulan etnik yang menjadi penduduk asal sesebuah wilayah dan merekawujud sebelum sesebuah kerajaan ditubuhkan

C Warisan masyarakat prasejarah sesebuah wilayah yang paling berhakmemegang tampuk kekuasaan politik negara selepas kemerdekaan wilayahtersebut

D Satu wilayah yang mempunyai sempadan, kuasa pemerintahan, kerajaandan warganegara tertentu

41. Apakah nilai yang wujud dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan sehinggaditerima baik oleh orang Melayu dan bukan Melayu?

A Toleransi yang tinggiB Hubungan setia kawanC Persamaan nilai kemanusiaanD Keadilan bersama

42. Berikut adalah langkah UTAMA yang telah diambil oleh kerajaan bagi menjalinhubungan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Susun peristiwa di bawah mengikuturutan.

i Membentuk Persekutuan Tanah Melayuii Menggubal Perlembagaan Persekutuaniii Merangka Rancangan Lima Tahun Malaya Pertamaiv Menubuhkan parti Perikatan

A i, ii, iii dan ivB i, ii, ivdan iiiC i, iii, ii dan ivD i, iv, iii dan ii

43. Manakah antara berikut BUKAN merupakan ciri-ciri masyarakat pluraliti baru?

A Satu set nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbezamelalui persetujuan kebangsaan

B Bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama sepertikeamanan dan kesejahteraan

C Pembentukan masyarakat secara semulajadi tanpa paksaan dan berlakuasimilasi budaya secara sukarela dengan budaya tempatan

D Pemerintah dan yang diperintah berlainan bangsa dan hidup dalam satukomuniti budaya

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 14: 2007 apr

SULIT 14 IE/APR 2007/CTU553

44. Manakah antara berikut alasan UTAMA Dasar Penswastaan diperkenalkan dalamkonteks hubungan etnik di Malaysia?

i Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaanii Membantu pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baruiii Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awamiv Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian

A i, ii dan iiiB i, ii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

45. Apakah matlamat UTAMA keimanan dan ketakwaan dalam pendekatan IslamHadhari?

A Membangun dan memajukan ummahB Mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan di akhiratC Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah AllahD Menikmati keselesaan hidup duniawi

46. Manakah antara berikut TIADA berkaitan dengan kesan ekonomi yangdiperkenalkan oleh British terhadap sosioekonomi masyarakat Malaysia selepasmerdeka?

i Ketidakseimbangan penempatan antara kaumii Ketidakseimbangan ekonomi antara kaumiii Ketidakseimbangan ekonomi antara wilayahiv Ketidakseimbangan pendapatan isi rumah

ABCD

i dan IIii dan iiiiii dan iviv sahaja

47. Manakah kenyataan yang TEPAT mengenai intipati Falsafah Pendidikan Negara?

i Usaha pendidikan yang berterusanii Kesepaduan aspek rohani, jasmani, emosi dan intelekiii Perkembangan rohani lebih diutamakaniv Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

ABCD

i dan iii, ii dani, iii danSemua

ivivdi atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 15: 2007 apr

SULIT 15 IE/APR 2007/CTU553

48. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai asas pembentukan PerlembagaanMalaysia.

A Raja berperlembagaanB Demokrasi berparlimenC Perdana Menteri sebagai ketua negaraD Kebebasan bersuara

49. Mengapakah penglibatan orang Melayu prakemerdekaan banyak difokuskan dalambidang politik dan pentadbiran negara?

i Keistimewaan orang Melayu dalam perkhidmatan awamii British menyokong penubuhan parti politik berbentuk perkaumaniii Prasyarat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayuiv Mendapat tentangan daripada bukan Melayu

A i dan iiB i, ii dan iiiC i, iii dan ivD Semua di atas

50. Apakah kaedah asas yang diguna pakai bagi membolehkan seseorang individuuntuk mendapat taraf warganegara Malaysia?

iiiiiiiv

ABCD

Tempat kelahiranUndang-undang keturunan darahPerkahwinanBermastautin di Malaysia

i, ii dan iiii, iii dan ivii, iii, dan ivSemua di atas

51. Bilakah bermulanya usaha kerajaan secara sistematik untuk mewujudkan golonganusahawan bumiputera berdaya saing?

A Rancangan Malaya PertamaB Rancangan Malaya KeduaC Rancangan Malaysia PertamaD Rancangan Malaysia Kedua

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 16: 2007 apr

SULIT 16 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 52 berdasarkan maklumat berikut.

• Semangat perkauman yang menebal.• Jurang perbezaan ekonomi antara kaum.• Masyarakat tempatan dan imigran gagal berinteraksi.

52. Pilih pemyataan yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A Dasar Kebudayaan KebangsaanB Dasar Ekonomi BaruC Peristiwa 13 Mei 1969D Rukun Negara

53. Apakah halangan UTAMA dalam mewujudkan perpaduan kaum selepaskemerdekaan?

i Integrasi budayaii Sistem pendidikan terasingiii Sistem penempatan terpisahiv Ketidakseimbangan ekonomi

ABCD

i dan iii, ii dan ivii, iii dan ivSemua di atas

Soalan no. 54 berdasarkan maklumat di bawah.

Dasar Z

Pada tahun 1991, kerajaan telah melancarkan satu dasarbagi pembentukan sebuah negara bangsa bersatu paduyang meletakkan masa hadapannya secara perkongsianbersama membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasataat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi.

54. Apakah dasar Z?

A Dasar Perpaduan NegaraB Dasar Integrasi NasionalC Dasar Wawasan 2020D Dasar Pendidikan Nasional

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 17: 2007 apr

SULIT 17 IE/APR 2007/CTU553

55. Apakah rasional Islam sebagai agama Persekutuan?

A Membela dan menghormati hak semua etnikB Agama asal penduduk Tanah MelayuC Mengangkat martabat bangsa MelayuD Agama yang dianuti oleh majoriti rakyat

56. Berikut merupakan strategi yang diambil oleh kerajaan untuk mengimbangipencapaian ekonomi interetnik di Malaysia, KECUALI:

A Penumpuan pembangunan berasaskan keperluan bangsaB Perubahan pembangunan pertanian subsisten kepada komersialC Penggunaan teknologi terkini dalam industrialisasiD Pembangunan insan sebagai penggerak kemajuan ekonomi

57. Manakah antara berikut peranan budaya dalam kehidupan bemegara?

i Membina keperibadian dan identiti negaraii Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraaniii Mempertahankan keutuhan nilai bangsaiv Melahirkan semangat patriotik

A i, ii dan iiiB i, iii dan ivC ii, iii dan ivD Semua di atas

58. Berikut merupakan contoh toleransi interetnik di Malaysia dari aspek pendidikan,KECUALI:

A Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaanB Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan sistem meritokrasiC Mempertahankan sekolah jenis kebangsaanD Kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara

(PTPTN)

59. Pilih pemyataan yang TEPAT mengenai elemen utama kontrak sosial dalamPerlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan hubungan etnik.

A Hak kewarganegaraan merupakan kompromi orang Melayu kepada bukanMelayu

B Hak istimewa orang Melayu terhad kepada bahasa dan agamaC Semua etnik berpeluang memasuki perkhidmatan awam tanpa sekatanD Penduduk Semenanjung bebas memasuki Sabah dan Sarawak

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 18: 2007 apr

SULIT 18 IE/APR 2007/CTU553

Soalan no. 60 berdasarkan maklumat di bawah.

• Merasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.• Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong.• Menganggap diri mereka sebagai satu masyarakat.• Bermuafakat menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

60. Pilih pernyataan TEPAT mengenai kenyataan di atas?

A Semangat kejirananB Semangat hubungan sosialC Semangat hubungan etnikD Semangat kebangsaan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 19: 2007 apr

SULIT 19 IE/APR 2007/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Konsep Islam Hadhari adalah satu pendekatan baru dalam merangka agendapembangunan negara berteraskan al-Quran dan al-Hadith. la dapat membuktikankeupayaan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama yangmengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah).

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Huraikan EMPAT (4) tujuan (maqasid al-syariah) dalam kerangka Islam Hadhariyang mampu memberi perlindungan kepada hak-hak asasi sebagai rakyat dalamkonteks masyarakat majmuk.

(12markah)

b) Bincangkan TIGA (3) cabaran pelaksanaan Islam Hadhari di kalangan masyarakatpelbagai etnik di Malaysia dan TIGA (3) cara mengatasinya.

(18markah)

SOALAN 2

Zaman Empayar Melaka merupakan era keemasan dan kemuncak keagungan kerajaanMelayu Islam sehingga ia digelar 'The Venice of The East'.

Berdasarkan kenyataan di atas:

a) Jelaskan TIGA (3) bentuk proses asimilasi pelbagai etnik dalam masyarakat MelayuIslam di Melaka.

(9 markah)

b) Bincangkan TIGA (3) faktor utama menjadikan Melaka sebagai kota metropolitan.

(9 markah)

c) Huraikan EMPAT (4) elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melakasebagai sebuah kerajaan Islam.

(12 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Page 20: 2007 apr

SULIT 20 IE/APR 2007/CTU553

SOALAN 3

Piagam Madinah {Sahifah Madinah) merupakan kontrak sosial antara Nabi MuhammadS.A.W. sebagai pemimpin dengan masyarakat pelbagai etnik di Madinah demi kepentinganpolitik bersama.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Bincangkan TIGA (3) fasal Piagam Madinah yang berkaitan dengan kontrak sosial.

(9 markah)

b) Buktikan TIGA (3) aspek keadilan yang dikanun dalam Piagam Madinah kepadamasyarakat bukan Islam.

(9 markah)

c) Jelaskan TIGA (3) elemen persamaan antara Perlembagaan Malaysia denganPiagam Madinah dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

(12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT