209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

14
TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Upload: janic-chew

Post on 21-Jan-2018

157 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 2: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

TOKOH TAMADUN

INDIA

MAHATMA GANDHI

SIDHARTA GAUTAMA BUDDHA

Page 3: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

LATAR BELAKANG

AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID

KEMERDEKAAN INDIA

PERANAN DAN SUMBANGAN

RUMUSAN

MAHATMA GANDHI

Page 4: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Nama sebenar beliau ialah Mohandas KaramchandGandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi yang bermaksud ‘berjiwa hebat’.

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869, diPorbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat.

Keluarganya dari kelas pertengahan dari kastaVaishya.

Beliau seorang yang pemalu dan pelajar yang sederhana.

Beliau telah dikahwinkan pada usia yang mudaiaitu pada umur 13 tahun dengan Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkanpelajarannya di Southampton, England dalambidang undang-undang.

Lulus dengan cemerlang dalam bidang guamandan balik ke India tetapi gagal mendapat kerja.

Seterusnya Gandhi melancarkan pergerakanmemperjuangkan kemerdekaan India dengankonsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai“senjata” untuk melakukan pergerakan terhadapInggeris.

LATAR BELAKANG

Page 5: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Walaupun dengan cara ini beliau bersama ribuan warga India lainnya dimasukkan kepenjara.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapatmengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuksebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Pengalaman yang menikam kalbu apabila dikeluarkan dari keretapi oleh orang kulitputih kerana membeli tiket yang hanya diduduki oleh orang kulit putih akibat dari dasarApartied iaitu perbezaan warna kulit.

Tawaran yang mengubah kehidupan Gandhi ialah apabila beliau bekerja di AfrikaSelatan pada tahun 1891.

Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk dimana bangsa India dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil ‘kuli’ atau ‘sami’.

AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID

3

3

Page 6: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

1915 – Gandhi pulangsemula ke India untuk

membantu dalam proseskemerdekaan India dari

jajahan British.

1917 - Gandhi mengamalkan prinsip

satyagraha yang bermaksud perjuangan

ke arah kebenaran untukmendapatkan ruang

yang besar dalam aktivitiekonomi, politik dan

sosial.

Beliau percaya bahawamanusia tak kira agama

harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama

secara damai di dalam satunegara.

1920-an hingga 1940 -berlaku pertempuranmasyarakat Hindu dan

Islam. Gandhi bertindaksebagai penyelamat. Diaakan berpuasa sampai

mati selagi pertempurantidak dihentikan .

1947 - India mencapaikemerdekaan dan berpisahmenjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidakdipersetujui oleh Gandhi.

30 Januari 1948 –Gandhi telah dibunuholeh Nathuram Godse,

seorang penganut Hindu yang marah dengan

tindakan beliau.

KEMERDEKAAN INDIA

Page 7: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

1. Beliau berupaya menarik rakyat jelata untuk terlibatdalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga1940-an. Kesannya politik India berkembang pesat.

2. Beliau membawa method perjuangan yang bukanberunsurkan kekerasan. Konsep Sathyagraha- Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namunBritish akur untuk menentang golongan yang tidakbersenjata. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya.

3. Menjalin hubungan orang Islam dengan Hindu melaluiGerakan Khilafat.

PER

AN

AN

DA

N S

UM

BA

NG

AN

4. Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elitke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.

Page 8: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Kesimpulannya, perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan sumbangan Mahatma Gandhi dalam nasionalisme di India tidak dapat disangkal lagi. Melalui pendekatan tanpa

kekerasan beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatIndia terutama yang beragama Hindu dan Islam. Tidak dilupakan juga peranan beliau mengetuai

INC yang berjaya menarik sokongan golongan bawahan, pengenalan konsep Swedasi juga berjayamenyedarkan masyarakat India untuk menghasilkan produk buatan tempatan dan membelinya. Dalam pada masa yang sama memboikot barangan buatan British. Begitu juga peranan beliaudalam menyatukan masyarakat Muslim dan India dengan menyokong gerakan Khilafat sebagai

contoh. Namun, sehingga ke tahun-tahun akhir sebelum India merdeka, pertikaian antara orangHindu dan Islam tidak mampu diselesaikan oleh pihak British. Perbincangan demi perbincangan

akhirnya India dibahagi kepada dua iaitu negara India dan Pakistan walaupun ditentang olehMahatma Gandhi. Namun, ia tetap diteruskan. Ogos 1947 menjadi tarikh keramat bagi negara

India dan Pakistan dan menjadi penanda berakhirnya kuasa penjajahan British di India. Namun, pengunduran pihak British telah memakan korban yang besar dan kehilangan yang paling besar

apabila Mahatma Gandhi telah dibunuh pada bulan 30 Januari 1948 oleh seorang ekstremisHindu iaitu Nathurum Godse ketika berusia 79 tahun. Pembunuh tersebut berpendapat bahawa

Gandhi telah menyebabkan perpecahan dan kelemahan terhadap orang Hindu di India sertasokongan terbuka yang diberi oleh Gandhi terhadap orang Islam. Berakhirlah perjuangan

Mahatma Gandhi selepas beliau dibunuh namun peranan dan sumbangan yang dimainkan olehbeliau sangatlah besar dan tidak mampu dipadam dalam lipatan sejarah India.

Page 9: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Ia dianggap oleh pemeluk Agama Buddha sebagai Buddha Agung(sammasambuddha) di masa sekarang.

Menyebarkan Dharma selama 45 tahun kepada manusia denganpenuh kasih sayang.

Siddharta dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman Lumbini.

Dia kemudian menjadi sang Buddha (orang yang telah mencapaiPenerangan Sempurna)

Dia juga dikenali sebagai Shakyamuni (orang bijak dari kaum Sakya) dan sebagai sang Tathagata.

Siddharta Gautama adalah guru spiritual dari wilayah timur laut India yang juga merupakan pendiri Agama Buddha.

SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA

Page 10: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

4 KEBENARAN

MULIA

Kehidupan penuh dengan kepahitan

Untuk mengatasi

kepahitan hidup mesti mengatasi

nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan

mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan

Lapan Lapis

Kepahitan dan kesengsaraan

disebabkan oleh tuntutan nafsu

Page 11: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Jalan LapanLapis

Kepercayaan danpengetahuan yang baik

* Bebas daripadakepercayaan karut

* Memahami diri sendiri dan4 kebenaran yang mulia

* Membangunkan wawasankehidupan yang jelas

Keinginan yang baik

* Perlu mengambilkeputusan yang tegas untuk

mencapai jalan kehidupan yang berjaya

Pengucapan yang baik

*tidak bolehmelakukan gosip

menipu ataumengenakan seseorang

Kelakuan yang baik

* Bertindak secaraaman, jujur dan sejatidan tidak membunuh,

mencuri danketerlaluan dalamtuntutan arak dan

perlakuan seks

Makna kehidupanyang baik

* Perlu mendapatkankehidupan dengan

tidak memusnahkankehidupan lain

Usaha yang baik

* Perlu mengawal dirisendiri dan berdisiplin

* Mengekangkepercayaan syaitan

dan menjaga kebaikan

Pemikiran yang baik

* Perlu berhati-hatidengan kata-kata danpelakuan orang lain

Pertapaan yang baik

* Perlu menumpukanpada satu perkara

untuk mendapatkankesedaran yang mendalam dan

istimewa

Page 12: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

KITAB SUCI AGAMA BUDDHA

• Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarangtertulis dalam bahasa Pâli dan Sansekerta terbahagi dalam tiga kelompokbesar yang dikenal sebagai 'pitaka' atau 'keranjang‘ iaitu :a. Vinaya Pitakab. Sutta Pitakac. Abhidhamma Pitaka

• Kitab Suci agama Buddha dinamakan Tipitaka (Pâli) atau Tripitaka(Sansekerta).

Page 13: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Ajaran Buddha pertama kali diterima olah 5 orang bhiksu iaitu Kondanna, Bhaddiya, Mahanama, Assaji dan Vappa.

Hari pemutaran roda Dharma yang pertama tersebut diperingati olehumat Buddha sebagai hari suci Asadha.

Buddha Gautama berkelana menyebarkan Dharma selama empat puluhlima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta kasih dankasih sayang.

Setelah saat itu, makin lama makin banyak pengikut beliau.

Pemutaran Roda Dharma

Page 14: 209930989 slide-titas-tokoh-tamadun-india

Dalam tradisi Hindu, Buddha tidak mempunyai kedudukan istimewa dalamVeda. Menurut kepercayaan umat Hindu, pada masa Kali Yuga, orang-orang mulaimelupakan ajaran agama dan tindakan mereka tidak sesuai dengan Veda. Makadari itu, Buddha muncul untuk menyempurnakan kembali tindakan yang melencong dari Veda dan menolak untuk melaksanakan pengorbanan haiwan.Beberapa tokoh Hindu menganggap Buddha merupakan seorang tokoh yang memperbaharui ajaran Veda. Dalam beberapa falsafah Hinduisme, Rama danKrishna yang merupakan awatara juga dipuja sebagai Dewa, namun Sang Buddha yang juga merupakan awatara tidak dipuja dalam Hindu selayaknya awatara yang lain. Pokok ajaran Buddha bolah diringkaskan di dalam apa yang menurut istilahpenganutnya "Empat kebajikan kebenaran:" i) kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagiaii) sebab-musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri

sendiri serta terbelenggu oleh nafsuiii) pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis bilamana

segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan, dalam ajaran Buddha disebut nirvana iv) menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah

benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.