243820109-assignment-edu3093.docx

22
1.0 PENGENALAN Guruku… Kau sinari kami dengan ilmu yang kau berikan… Kau semangati kami dengan ikhlas… Kau berikan kami kasih sayang yang begitu lembut seperti kain sutera… ( Wina, 17 Ogos 2014 ) Puisi di atas dipetik daripada internet yang merupakan hasil karya seorang murid, dikenali sebagai Wina. Puisi ini menunjukkan harapan kepada guru agar ikhlas menyampaikan ilmu serta memberikan kasih sayang kepadanya. Memang tidak dapat dinafikan, golongan murid merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putus. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada murid yang mendidik dan mengawasi murid sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan. Justeru, murid seharusnya bergaul dengan guru sebagaimana seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Walaubagaimanapun, guru bukan sahaja perlu berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap murid yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Kalau dulu guru sering diagung- agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para murid, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar murid serta ibu bapa tidak menghormati guru. Hal ini mungkin disebabkan sikap sebahagian guru yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada profesion keguruan, bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 1

Upload: panji-hitam

Post on 24-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 243820109-assignment-edu3093.docx

1.0 PENGENALAN

Guruku…

Kau sinari kami dengan ilmu yang kau berikan…

Kau semangati kami dengan ikhlas…

Kau berikan kami kasih sayang yang begitu lembut seperti kain sutera…

(Wina, 17 Ogos 2014)

Puisi di atas dipetik daripada internet yang merupakan hasil karya

seorang murid, dikenali sebagai Wina. Puisi ini menunjukkan harapan kepada

guru agar ikhlas menyampaikan ilmu serta memberikan kasih sayang

kepadanya. Memang tidak dapat dinafikan, golongan  murid merupakan

individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru

untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di

peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba

tidak putus-putus.  Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan

ayah kepada murid yang mendidik dan mengawasi murid sejurus selepas

sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan.  Justeru,

murid seharusnya bergaul dengan guru sebagaimana seperti mereka bergaul

dengan ibu bapa di rumah. 

Walaubagaimanapun, guru bukan sahaja perlu berkemahiran mengajar dan

mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah

profesional. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang

tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap murid yang

melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion

perguruan ini. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej

profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Kalau dulu guru sering diagung-

agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para murid, ibu bapa dan

masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar murid

serta ibu bapa tidak menghormati guru. Hal ini mungkin disebabkan sikap sebahagian

guru yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada profesion keguruan,

bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

1

Page 2: 243820109-assignment-edu3093.docx

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion dalam Dasar Pelajaran

Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik

telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa.

Menurut Lieberman )1956(, profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang

yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan

iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati

autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,

mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai

organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan

pendidikan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar “profesional”

menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk

kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Oleh itu, memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion

sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari

membina kod etikanya sendiri. Pengamalan Etika Profesion Perguruan dalam kalangan

guru adalah penting demi memartabatkan profesion perguruan supaya sentiasa

dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan

berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik.

Maka, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah

diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain

dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan,

2

Rajah 1.1 : Salah satu sikap guru yang tidak patut dicontohi. (Gambar hiasan)

Page 3: 243820109-assignment-edu3093.docx

setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan

telahpun dibuat pindaannya pada tahun 2002.

Peraturan ini dilaksanakan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan

Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib yang dikenakan juga merupakan

langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar

mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa

hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Oleh

yang demikian, peraturan ini perlu dilaksanakan secara efektif untuk mendapatkan

kembali kepercayaan serta mengurangkan kerisauan ibu bapa, memandangkan banyak

permasalahan yang timbul disebabkan sebahagian guru yang tidak menunjukkan sikap

yang beretika.

2.0 SALAH LAKU GURU YANG MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN

2002) DAN IMPLIKASINYA.

Sepanjang tempoh sebulan )7 Julai sehingga 8 Ogos 2014( saya

menjalani program internship di salah sebuah sekolah di daerah Serian, saya

telah membuat pemerhatian terhadap beberapa salah laku guru yang

melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam secara sedar atau tidak

sedar. Kesalahan yang dilakukan guru-guru ini mungkin kelihatan remeh dan

telah menjadi kebiasaan buat guru di sekolah, namun kenyataannya guru

tersebut boleh disabitkan kesalahan menurut peraturan yang telah

digariskan sekiranya dikesan oleh pihak pentadbir. Di samping itu, hasil

daripada pemerhatian ini, saya dapat melihat situasi sebenar salah laku guru

di sekolah dan kesannya kepada pelbagai pihak, selain menjadikannya

sebagai pengajaran agar menjauhi perlakuan tersebut apabila menjadi guru

kelak.

Oleh itu, antara salah laku guru yang dapat dikenalpasti di sekolah

tersebut ialah:

3

Salah Laku Guru

berniaga

kegiatan politik

sering mengambil cuti sakit

Malas laksana

PdP

datang lambat

Page 4: 243820109-assignment-edu3093.docx

2.1 Berniaga

Dalam dunia pendidikan hari ini, guru tidak lagi dianggap sebagai seorang

pendidik yang mendidik anak bangsa untuk membentuk generasi yang berakhlak.

Sebaliknya, guru hanya dianggap tidak ubah seperti orang yang bekerja untuk wang

semata-mata. Tuduhan ini dilemparkan kerana terdapat sebahagian guru yang

menjalankan perniagaan di sekolah dan menjadikan kakitangan sekolah

serta murid-murid sebagai pelanggan. Hal ini jelas kesahihannya

berdasarkan pemerhatian saya sepanjang tiga bulan berpraktikum serta

sebulan internship di sekolah tersebut. Antara barang jualan yang saya

kenalpasti ialah barangan dapur seperti “tupperware”, pakaian-pakaian

seperti jubah, telekung, kain dan tudung, yang dijual di bilik guru. Aktiviti ini

semakin aktif dijalankan khususnya apabila menjelang bulan Ramadhan,

kerana guru-guru mula menjual biskut serta kek raya serta beberapa

barangan lain. Di samping itu, saya juga mendapati terdapat guru yang

4

Rajah 2.1 : Salah laku guru di sekolah

Rajah 2.2 : Guru menjalankan perniagaan di sekolah. (Gambar hiasan)

Page 5: 243820109-assignment-edu3093.docx

menjalankan perniagaan kepada murid-murid, seperti jam tangan kanak-

kanak dan cincin.

Menurut Syed Ismail et. al. )2010(, berdasarkan Peraturan 4)2(,

pegawai yang menjalankan perniagaan di sekolah telah melanggar

peraturan 4)2()a( iaitu membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan

peribadinya. Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu, mengajar

dan mendidik murid, namun tugas utama ini mula tergugat apabila guru

sibuk mempromosikan barangan jualan mereka. Masa senggang yang ada

tidak dimanfaatkan untuk membuat persediaan pengajaran, ataupun apa-

apa perkara yang menunjukkan usaha untuk memperbaiki mutu kerja

seorang guru. Persoalannya, adakah gaji guru tidak mencukupi sehingga

terpaksa berniaga di sekolah? Presidennya Kongres Kesatuan Sekerja Dalam

Perkhidmatan Awam, Omar Osman, berkata "Kita tidak menghalang mencari

pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu

tugas hingga menjejaskan produktiviti," katanya dalam temubualnya

bersama wartawan Berita Harian pada 25 Mei 2010 yang lalu.

Menurut Noriati et. al )2010(, tindakan guru menjalankan perniagaan di

sekolah boleh menjejaskan imej profesion perguruan. Begitulah implikasi

yang akan dihadapi oleh profesion perguruan apabila sebahagian dari

mereka yang bersikap mementingkan diri sendiri. Guru seharusnya

menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dalam bilik darjah

dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah. Hal ini kerana, prestasi

profesion guru akan terjejas dek kesibukan menguruskan perniagaan yang

dijalankan di sekolah. Murid-murid juga akan memandang rendah terhadap

kredibiliti guru tersebut kerana guru bersikap seperti seorang peniaga dalam

bilik darjah. Inilah kenyataannya, kerana saya dapati di sekolah tersebut,

guru yang menjalankan urus niaga khususnya kepada murid akan kurang

dihormati oleh warga sekolah. Malah, ibu bapa juga mula berasa sangsi

terhadap pihak sekolah kerana anak mereka sering meminta wang saku

lebih untuk membeli barang niaga dari guru.

5

Page 6: 243820109-assignment-edu3093.docx

Oleh itu, guru seharusnya mengelakkan diri daripada menjalankan

perniagaan di sekolah, kerana di samping menjejaskan kredibiliti dirinya

sebagai seorang guru, ibu bapa pula kurang percaya kepada pihak sekolah,

manakala masyarakat juga akan memandang rendah terhadap profesion

perguruan.

2.2 Kegiatan politik

Pergolakan politik pada masa kini amat membimbangkan ramai pihak.

Masing-masing taksub terhadap parti politik yang disokong, dengan mencaci

parti lain serta menghasut masyarakat sekeliling untuk menerima pendapat

mereka. Tidak kurang juga pihak yang bertindak agressif dengan

merosakkan harta benda bagi menunjukkan bantahan terhadap sesebuah

parti politik. Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa kerana

politik juga mula menyusup masuk dalam kawasan sekolah. Seharusnya, hal

berkenaan politik tidak wujud di sekolah kerana sekolah merupakan tempat

penyatuan masyarakat. Raja Muda Perak, iaitu Raja Nazrin, bertitah, sekolah

perlu menjadi kawasan larangan kepada sebarang unsur politik kerana

peranan sekolah sebagai platform menyatupadukan rakyat adalah satu

kewajipan bukan satu pilihan. Tambah baginda lagi, sekolah adalah tapak

semaian memastikan benih diberi ruang untuk dapat tumbuh segar dan

dilindungi daripada menjadi mangsa eksperimen dan permainan politik.

Namun, kenyataannya, hal ini masih terjadi di sekolah melalui

pemerhatian saya menjalani internship. Guru-guru kecoh memperkatakan

berkenaan politik di bilik guru, malah tidak kurang juga yang bertelingkah

kerana berlainan parti politik. Hal ini mendatangkan kesan negatif kepada

6

Rajah 2.3 : Guru taksub terhadap parti politik masing-masing. (Gambar hiasan)

Page 7: 243820109-assignment-edu3093.docx

pentadbiran sekolah kerana guru-guru mula membina klik masing-masing

dan tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya apabila sesebuah

program sekolah dijalankan. Menurut Syed Ismail et. al )2010(, dalam

peraturan 21, iaitu “Kegiatan Politik”, seorang pegawai KPT/KPDP dilarang

mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik,

khususnya tidak boleh:

1. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik.

2. Menerbit/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politiik.

3. Merayu undi.

4. Agen pilihan raya tempat mengundi.

5. Bertanding apa-apa jawatan.

6. Memegang apa-apa jawatan.

Berdasarkan penerangan di atas, guru tersebut telah melakukan kesalahan

dengan membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik dan

sekaligus mencaci parti politik yang lain.

Masalah penglibatan dalam politik tidak akan timbul sekiranya para

guru tidak mewujudkan isu-isu tersebut dalam kawasan sekolah serta taksub

dalam sesebuat parti politik. Ironinya, sebahagian guru terlalu taksub serta

menyebarkan fahaman mereka tanpa mengira kesesuaian tempat iaitu di

sekolah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Raja Nazrin, sekolah

merupakan tempat menyatukan masyarakat. Akan tetapi, sekiranya

fahaman politik berleluasa di sekolah, maka akan berlakunya perpecahan

masyarakat kerana masing-masing ingin menegakkan parti politik yang

dianuti. Di samping itu, implikasi yang akan timbul ialah berlakunya

diskriminasi terhadap kaum dalam kalangan guru dan murid-murid. Guru

yang menimbulkan isu politik dalam kelas juga akan membina fahaman yang

tidak baik kepada murid serta menanamkan sifat benci kepada sesebuah

parti politik. Ini merupakan gejala yang tidak sihat kepada kanak-kanak yang

masih berfikiran suci.

7

Page 8: 243820109-assignment-edu3093.docx

Justeru, semua pihak perlu menghormati batas sempadan pembabitan

serta perlu menjauhkan diri daripada campur tangan keterlaluan dalam

sesebuah parti politik.

2.3 Sering mengambil cuti sakit

Sepanjang saya menjalani program internship di sekolah, saya dapati

kami sebagai guru pelatih sering diberikan kelas ganti sama ada secara

rasmi mahupun tidak rasmi. Alasannya, guru subjek pada ketika itu tidak

hadir dan mengambil cuti sakit. Namun, apa yang menyedihkan ialah,

perkara yang sama akan berlaku hampir setiap hari dan menimbulkan

perasaan syak dalam kalangan kami. Tambahan lagi, cuti sakit juga

seringkali diambil oleh guru pada sehari sebelum cuti dan sehari selepas

cuti. Hal ini berlaku setiap kali musim cuti sekolah dan juga pada hujung

minggu. Kebanyakan cuti diambil oleh guru daripada semenanjung Malaysia,

kemungkinan untuk mendapatkan tiket kapal terbang yang lebih murah

daripada hari sebelumnya. Apabila kami mendapatkan kepastian daripada

Guru Besar, beliau menyatakan tidak dapat membuat tindakan kerana surat

cuti sakit telah disahkan serta bilangan cuti sakit bagi guru tersebut untuk

sepanjang tahun belum tamat.

Dipetik daripada Berita Harian Online, bertajuk “45 000 kakitangan

awam tipu sijil cuti sakit”. Presidennya Kongres Kesatuan Sekerja Dalam

Perkhidmatan Awam, Omar Osman, berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan

Perkhidmatan Awam )JPA(, kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti

sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau

dibuang kerja”. Sambung beliau, “Kita menyarankan Panel dan Pegawai

8

Rajah 2.4 : Guru sering ambil cuti sakit. (Gambar hiasan)

Page 9: 243820109-assignment-edu3093.docx

Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul

memerlukannya. Kita juga ada menghantar surat kepada jabatan untuk

mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil

cuti sakit palsu”.

Namun, artikel Berita Harian di atas adalah berkenaan sijil cuti sakit

palsu. Niat saya bukanlah untuk melemparkan tuduhan bahawa semua guru

yang mengambil cuti sakit hanya berpura-pura sakit. Akan tetapi sebahagian

guru yang mengambil kesempatan di atas kemudahan ini menjadikannya

sebagai tiket untuk ponteng daripada kerja. Sebagaimana yang telah saya

nyatakan, kebanyakan cuti yang diambil adalah sehari sebelum dan sehari

selepas cuti sekolah. Hal ini tidak sepatutnya menjadi kebiasaan bagi guru

sekolah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang telah

termaktub, iaitu guru tersebut telah melanggar Peraturan 23 iaitu ‘Tidak

Hadir Bertugas’. Menurut Syed Ismail et. al )2010(, seorang pegawai awam

tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang

munasabah boleh diambil tindakan tatatertib. Walaupun guru berkenaan

mengemukakan sijil cuti sakit, namun, berdasarkan pemerhatian saya

selama tempoh empat bulan di sekolah tersebut, guru yang sama sering

melakukan salah laku tersebut.

Impaknya, guru yang menggantikan kelas yang ditinggalkan tidak

mengajar dan menyuruh murid membuat kerja sendiri, ataupun mengambil

peluang untuk mengajar subjek yang diajarnya. Kesan yang paling ketara

berlaku ke atas murid-murid, bukannya kepada guru yang meninggalkan

kelas. Daripada itu, sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan terutamanya

bagi kelas yang akan menghadapi peperiksaan awam iaitu UPSR. Di samping

itu juga, kesannya turut dirasai oleh para guru kerana hampir setiap hari

guru melaksanakan kelas ganti menyebabkan tugas-tugas lain seperti

penyediaan Rancangan Pengajaran Harian )RPH(, penyediaan sumber

pengajaran dan pembelajaran, menanda buku latihan, memeriksa kertas

ujian, tugas-tugas panitia dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

9

Page 10: 243820109-assignment-edu3093.docx

Oleh itu, pihak pentadbir harus tegas terhadap sebahagian guru yang

sering mengambil cuti sakit agar tidak mengganggu kelicinan pengurusan

sekolah.

2.4 Malas melaksanakan PdP

Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, iaitu Peraturan 4)2(,

“Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha”. Hal

ini bermaksud, guru yang malas melaksanakan proses PdP dikategorikan

sebagai kurang cekap dan berusaha, boleh dikenakan tindakan oleh pihak

pentadbir sama ada diturunkan pangkat atau diberhentikan kerja. Guru

malas melaksanakan PdP telah menjadi kebiasaan di sekolah, tidak kira

sama ada guru veteran mahupun guru baru. Guru yang malas adalah guru

yang tidak merancang PdP, tidak menyediakan sumber pengajaran, serta

tidak mempunyai objektif pengajarannya apabila memasuki kelas.

Sepanjang pemerhatian saya di sekolah, saya dapati kebanyakan guru

yang malas ini terdiri daripada guru lelaki. Guru tersebut akan membawa

murid pergi ke bilik komputer, kemudian menayangkan apa-apa filem dan

meninggalkan murid tanpa bimbingan. Apabila hampir tamat waktu, guru

tersebut akan datang semula dan melepaskan murid pada waktunya. Tidak

kurang juga guru agama yang membawa murid ke surau sekolah, kemudian

murid cuma duduk menunggu masa 30 minit berakhir. Kesannya, murid

membuat bising di dalam surau kerana tiada apa yang hendak dilakukan.

Teguran guru tersebut kepada murid cuma masuk telinga kiri, keluar telinga

kanan. Ada juga guru yang melepaskan tanggungjawabnya kepada guru lain,

kerana ingin minum-minum bersama rakannya di kantin.

10

Rajah 2.5 : Guru malas melaksanakan PdP. (Gambar hiasan)

Page 11: 243820109-assignment-edu3093.docx

Di samping itu, ada juga guru yang masuk ke dalam kelas mengikut

waktunya, mengajar sukatan mengikut minggunya, namun, gaya

pengajarannya cuma duduk di tempat beliau sambil mengarahkan murid

membaca teks daripada buku seorang demi seorang. Impaknya, murid

berasa bosan terhadap perjalanan PdP serta mengakibatkan murid sering

keluar ke tandas atau ponteng daripada kelas tersebut. Sebagai seorang

guru, kita dilatih dengan bidang pedagogi yang menyeluruh. Kita memahami

tanggungjawab kita adalah untuk mengajar dan mendidik murid juga

merancang PdP secara efektif. Ini bermaksud, guru perlu berusaha

menjadikan sesi PdP beliau menarik minat murid serta mencapai objektif

pembelajaran yang disasarkan. Tanpa sesi PdP yang efektif, pencapaian

akademik murid juga akan terjejas kerana tidak dapat mempelajari sesuatu

topik dengan bersungguh.

Selain itu, implikasi guru yang malas mengajar akan terkesan kepada

pencapaian akademik sekolah kerana murid tidak dapat belajar mengikut

sukatan dan tidak mendapat sebarang input sekiranya guru tidak

menyediakan sebarang bahan pengajaran. Kesannya juga merangkumi

profesion perguruan apabila masyarakat mula memandang rendah atas

kemampuan guru kerana malas melaksanakan pengajaran dan hanya makan

gaji buta. Di samping itu juga, guru yang malas juga akan dipandang serong

oleh rakan sejawat seterusnya merosakkan hubungan silaturrahim di antara

guru.

Justeru, pihak pentadbir sekolah perlu bersikap lebih tegas terhadap

guru yang malas membuat perancangan pengajaran. Di samping itu, Guru

Besar hendaklah kerap memantau pergerakan guru agar dapat

mengelakkan salah laku guru berulang kembali.

2.5 Datang lambat

11

Page 12: 243820109-assignment-edu3093.docx

Menurut Syed Ismail et. al )2010(, kesalahan ini telah melanggar

peraturan 4)2()g( iaitu “Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak

bertanggungjawab”. Guru yang sering hadir lewat ke sekolah tidak

menyedari bahawa beliau telah membuat salah laku yang boleh

menyebabkan beliau diturunkan pangkat atau diberhentikan kerja. Ini adalah

kerana mereka memandang remeh bahawa sekadar datang lewat tidak akan

menjejaskan prestasi sekolah, tambahan lagi sekiranya kelas PdP mereka

bermula agak lewat berbanding di awal waktu. Sesi persekolahan di sekolah

tempat saya berinternship bermula pada jam 7.20 pagi. Guru Besar telah

menjadualkan bahawa guru seharusnya telah berada di sekolah pada jam

7.10 pagi bagi pelaksanaan budaya guru penyayang. Akan tetapi,

berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati beberapa orang guru yang

sering lewat datang ke sekolah iaitu pada jam 7.30 pagi.

Selain itu, terdapat juga guru yang datang lewat ke sekolah, padahal

beliau mempunyai kelas pada awal pagi, sehingga menyebabkan guru lain

menggantikan tempat beliau di kelas tersebut. Hal ini menimbulkan rasa

kurang senang guru terhadap sikap guru tersebut yang bersikap sambil lewa

terhadap waktu persekolahan. Kelewatan guru ke sekolah mempengaruhi

banyak perkara, apatah lagi sekiranya guru tersebut mempunyai kelas di

awal waktu persekolahan. Hal ini akan menyebabkan murid-murid tidak

terkawal dan menimbulkan masalah sekiranya guru tersebut tidak

memaklumkan kepada guru lain berkenaan kelewatannya ke sekolah. Sikap

ini tidak boleh diamalkan oleh seorang guru kerana ianya akan memberikan

kesan ke atas pembelajaran murid di sekolah sedangkan tanggungjawab kita

sebagai guru adalah untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Oleh itu, antara implikasi kelewatan guru ke sekolah ialah, murid-murid

akan mula membuat bising disebabkan ketiadaan guru dalam kelas. Hal ini

akan menyebabkan pergaduhan dalam kalangan murid serta berlakunya

kemalangan-kemalangan yang tidak diingini. Di samping itu juga, sesi PdP

12

Rajah 2.6 : Guru lambat datang sekolah. (Gambar hiasan)

Page 13: 243820109-assignment-edu3093.docx

guru dan murid yang berada di kelas lain juga akan terganggu disebabkan

kebisingan dari murid-murid tersebut. Tambahan lagi, perlakuan salah laku

guru ini akan menjadi sebab untuk murid datang lewat atau ponteng ke

sekolah. Bandura & Walters (1963, dalam Ee Ah Meng, 2012) menekankan bahawa

hanya dengan memerhati orang lain, pembelajaran boleh berlaku. Ini bermaksud, murid

akan mencontohi tingkah laku guru tersebut walaupun tahu ianya merupakan perbuatan

yang salah.

Oleh itu, sebagai seorang insan yang bergelar guru, kita seharusnya sentiasa

memperbaiki diri agar menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana masyarakat sentiasa

memerhatikan sesiapa sahaja yang menjawat profesion perguruan. Dalam kita

mendidik murid-murid, kita hendaklah ikhlas menyampaikan ilmu kerana bermulanya

rasa ikhlas akan mengelakkan kita daripada melakukan salah laku atau menyalahi etika

perguruan. Dengan ini, setiap warga pendidik akan berasa bertanggungjawab demi

mengharumkan semula nama profesion perguruan yang dipandang rendah masyarakat

masa kini.

3.0 ISU PENDIDIKAN TERKINI DI MALAYSIA

Guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang

dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Malah, guru

turut diperkatakan dalam keperluan pendidikan abad ke-21 yang akan

menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Lemaire )2009( mendapati

13

Page 14: 243820109-assignment-edu3093.docx

bahawa, guru-guru bukan sahaja melalui perubahan tersebut, namun turut

dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran seperti, aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat,

mengendalikan program-program murid, mengurus kerenah dan kebajikan

murid serta tugas-tugas pengurusan. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi

dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam

menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan

negara )Nobile & McCormick, 2005(.

Artikel pilihan saya berkenaan isu pendidikan terkini dipetik daripada

Kosmo! yang bertajuk “Beban emosi dorong salah laku guru”. Pada

pandangan saya, artikel ini amat menarik kerana melaluinya saya juga

mendapat beberapa info baru berkenaan beban emosi guru. Daripada artikel

di atas, kita dapat memahami bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah

satu tugas yang amat mencabar. Ini adalah kerana, setiap guru akan

merasakan pelbagai jenis bebanan termasuklah beban emosi.

Beban emosi berlaku apabila seseorang terpaksa menyembunyikan

perasaannya yang sebenar, tetapi sebaliknya perlu menunjukkan perasaan

yang diperlukan oleh orang atau persekitaran yang dilaluinya. Dalam

psikologi, ia dikenali sebagai supresi emosi. Ia merupakan antara bentuk

tekanan psikologi yang sangat teruk. Misalnya, sekalipun mereka berasa

sangat marah, mereka perlu tersenyum. Perkara ini sangat kerap terjadi

dalam kalagan guru khususnya apabila perlu berhadapan dengan

kepelbagaian ragam kanak-kanak. Oleh itu, antara faktor yang menyumbang

kepada tekanan emosi ialah :

14

Rajah 3.2 : Tugas-tugas guru yang semakin banyak. (Gambar Hiasan)

Page 15: 243820109-assignment-edu3093.docx

3.1 Bebanan tugas

Faktor yang pertama menyumbang kepada tekanan emosi guru adalah

bebanan tugas yang semakin bertambah. Ini diakui oleh Valli dan Buese

)2007( dalam kajiannya yang mendapati tugas guru telah semakin

bertambah, diperluaskan, diinsentifkan serta perlu memenuhi harapan

masyarakat hingga memberi kesan stress terhadap guru. Kajian Van dan

Wagner )2001( turut mendapati faktor beban kerja merupakan penyumbang

utama terhadap stress guru. Masyarakat kini harus sedar bahawa tugas guru

bukanlah semata-mata di dalam bilik darjah untuk mengajar, membimbing

dan mendidik. Tugas guru hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah

dan di luar waktu persekolahan. Lemaire )2009( mendapati bahawa guru-

guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri

mesyuarat, mengendalikan program-program murid, mengurus kerenah dan

kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan.

Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia

merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka

terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik,

kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula,

adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga

menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama

keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius

15

F a kt o r M e

n y um b

a n g T e ka n a

n E mo s i

G u ru

b e b a na n

t u g a s

i b u b a p a

m u r i d

p e n t ad b i r

s e k o la h

p e r u ba h a n s i s t e

m p e n d id i k a n

Rajah 3.3 : Faktor yang menyumbang tekanan emosi guru di sekolah.

Page 16: 243820109-assignment-edu3093.docx

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa

Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. 

3.2 Ibu bapa

Faktor seterusnya adalah kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu

bapa murid terhadap guru )Troman,2000(, harapan yang tinggi daripada ibu

bapa murid )Center dan Steventon,2001( dan berurusan dengan ibu bapa

murid )Rieg, Paquette dan Chen,2007( merupakan satu cabaran yang harus

ditempuhi oleh guru. Ibu bapa murid sememangnya meletakkan harapan

yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik

anak-anak mereka. Namun adakalanya, harapan ibu bapa terhadap murid

adalah tidak realistik )Center dan Steventon, 2001( hingga menyebabkan

guru-guru berada dalam keadaan stres.

Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan

Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam )JPA( pada tahun 2010 yang

mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat

harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa murid yang mengharapkan

guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka

sebagai murid yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga

menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya

tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah

sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan

dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2011 mengatakan bahawa

ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang murid

berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-

aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang

vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan

guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk

mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi

memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

3.3 Murid

16

Page 17: 243820109-assignment-edu3093.docx

Salah laku dan kerenah murid turut menjadi faktor tekanan emosi

guru. Tingkah laku murid di dalam kelas seperti kurang menghormati guru,

kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan

tidak menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa

tertekan setiap kali memasuki kelas )Fun,2008; Kim, 2006;Tang dan

Yeung,1999; Montgomery dan Rupp,2005(. Akibat kerenah murid, guru

sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar. Kesukaran yang

dihadapi oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah murid telah

menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout )Wai dan Kwok,1995(.

Apabila guru berhadapan dengan murid yang bermasalah disiplin,

maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan

murid-murid sebegini sampai guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan

tersebut dan bertindak dengan mengambil jalan mudah dalam

menyelesaikan masalah ini sehingga secara tidak sedar kadangkala

menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Kajian juga dijalankan oleh

Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 20011  menunjukkan bahawa guru

tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir murid yang

kadangkala menyakitkan hati.

Antara contoh perlakuan murid yang membangkitkan kemarahan guru

termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang

munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan

guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin murid. Walaupun

tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun

kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran

yang waras.

3.4 Pentadbir sekolah

Aspek pihak pentadbir sekolah juga menjadi salah satu faktor yang

menyumbang kepada tekanan emosi seseorang guru. Syed Ismail et. al

)2010( juga turut menyatakan bahawa, dalam bidang perguruan, faktor

17

Page 18: 243820109-assignment-edu3093.docx

organisasi atau majikan adalah salah satu punca berlakunya tekanan emosi

dalam kalangan guru. Kepimpinan merupakan faktor penentu produktiviti

dan prestasi dalam kalangan pekerja dan organisasi secara keseluruhan. Di

sekolah, guru besar adalah orang yang paling berkuasa dan menentukan

iklim sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kepimpinan guru besar akan mencirikan budaya organisasi dan memberi

pengaruh kepada tingkah laku guru. Dapatan Chan dan Gurnam )2007(

mendapati guru besar yang mengamalkan satu gaya kepimpinan sahaja

seperti autokratik akan menyebabkan guru terbeban dan menjadi stres.

Terdapat beberapa situasi di sekolah rendah bandar yang mendapati guru

besar yang bersifat mengarah tanpa mengambil kira pandangan guru-guru

akan menyebabkan guru baharu yang ditempatkan di sekolah sukar

membina hubungan baik dengan pihak pentadbir. Keputusan-keputusan

tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga

akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru )Hamedah binti Wok Awang,

2004(.

3.5 Perubahan sistem pendidikan

Faktor yang juga menyumbang tekanan emosi guru adalah Sistem

Pendidikan di Malaysia yang sentiasa berubah. Bagi guru baharu yang

ditempatkan di sekolah, teori yang dipelajari semasa di Institut perguruan

adalah berbeza berbanding dengan situasi sebenar di sekolah. Oleh sebab

terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka ini

telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri

dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas.

Tekanan yang dihadapi ini seterusnya akan memberi kesan kepada emosi,

psikomatik dan fizikal guru )Nobile dan McCormick, 2005(.

Justeru itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)

telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru

di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap murid yang

sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri )Utusan Malaysia,

21 Jun 2009(.  Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan

18

Page 19: 243820109-assignment-edu3093.docx

guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas

mengajar.  Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-

tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial murid yang merangkumi

aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas.  Ini

sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Walaubagaimanapun,

cadangan tersebut tidak dilaksanakan sehingga kini, malah banyak

perubahan baru sistem pendidikan yang semakin membebankan tugas guru.

4.0 TINDAKAN BAGI MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA TEKANAN

EMOSI

Tekanan emosi boleh berlaku kepada sesiapa dan dimana-mana

sahaja, namun pada masa tertentu sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang

boleh menyumbang ke arah pembentukan emosi yang melampau atau stres.

Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada

melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak

terdedah kepada kesan-kesan negatif stres. Oleh itu, antara tindakan yang

boleh diambil bagi menghindarkan diri daripada tekanan emosi ialah :

19

TINDAKAN

Mengingati Allah

Amalkan cara hidup sihat

Mendapatkan kaunseling

Penghargaan kendiri

Pengurusan masa

Page 20: 243820109-assignment-edu3093.docx

4.1 Mengingati Allah

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa kembali kepada

Pencipta apabila dalam keadaan senang mahupun susah. Ini adalah kerana,

setiap perkara datangnya daripada ketentuan Allah yang ingin menguji

setiap hambaNya sama ada bersyukur atau kufur atas nikmat dan ujian yang

diberi. Tekanan emosi juga merupakan ujian buat para guru dalam

menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Setiap ujian yang diberikan adalah

supaya setiap hambaNya kembali menginsafi diri dan memohon kepadaNya.

28. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Surah Ar-Ra’d : 28)

Terdapat banyak cara untuk kita mengingati Allah, salah satunya

adalah dengan berzikir. Dengan berzikir, hati kita akan menjadi lebih tenang

kerana pada ketika itu, fikiran kita tidak terbeban dengan kerja-kerja dunia

yang memenatkan fikiran. Dalam berzikir juga, kita boleh menenangkan

fikiran disamping membuat kerja-kerja yang diberi. Selain berzikir, kita juga

digalakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaan al-Quran melalui

teknologi yang ada pada masa kini. Mendengar pembacaan al-Quran bukan

sahaja boleh menenangkan fikiran, malah mengelakkan kita daripada

mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak boleh membuatkan fikiran

kita lebih tenang.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk selalu berdoa kepada Allah dalam

apa keadaan sekali pun. Doa adalah salah satu cara bagi kita untuk

berkomunikasi dengan Pencipta kita secara langsung. Oleh itu, ketika

berdoa, kita hendaklah memohon agar ditenangkan fikiran dan ditabahkan

hati dalam menghadapi ujian yang diberiNya, disamping mempercayai

bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Ini adalah kerana, Allah tidak

akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak termampu

olehnya.

4.2 Amalkan cara hidup sihat

20

Page 21: 243820109-assignment-edu3093.docx

Tekanan emosi berasal daripada gabungan beban fikiran, fizikal dan

hati. Apabila fikiran tidak tenang, badan penat dan lemah serta hati yang

sakit, maka akan timbullah perasaan yang dikatakan sebagai tekanan emosi.

Sebagai seorang pendidik, kita hendaklah bijak mengurus kehidupan dari

segi masa, amalan harian dan emosi. Ini adalah kerana, menjadi seorang

guru bermakna kita bukan lagi hanya menjaga diri sendiri, akan tetapi kita

juga bertanggungjawab menjaga anak didik kita seterusnya menjadi role

model kepada mereka. Maka, sebagai seorang guru, hendaklah

mengamalkan cara hidup yang sihat, antaranya ialah mengamalkan

pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang

berlebihan dan tidak seimbang adalah merupakan salah satu faktor tekanan

sewaktu bekerja. Pemakanan yang tidak sihat juga akan menyebabkan

kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah

jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Disamping itu, kita hendaklah juga melakukan kegiatan luar seperti

bersukan. Kebanyakan orang sering mengatakan bahawa badan yang cerdas

akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan

dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang menyihatkan

seperti bersukan. Situasi akan lebih menggembirakan jika kita meluangkan

masa bersama keluarga beriadah. Selain mendapat kesihatan yang baik,

ikatan kekeluargaan juga bertambah erat dan kukuh.

4.3 Mendapatkan kaunseling

Setiap guru pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan

kaunseling dan apakah fungsinya kepada masyarakat. Guru juga mengetahui

bahawa kaunseling bukan sahaja dihadiri oleh orang yang bermasalah dari

segi tingkah laku sahaja, malah dihadiri oleh orang yang ingin berkongsi

masalah yang dialami dan mencari jalan penyelesaiannya. Secara

ringkasnya, kaunseling adalah tempat perkongsian bagi yang memerlukan.

Secara ilmiahnya, kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau

pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang

21

Page 22: 243820109-assignment-edu3093.docx

menghadapi masalah peribadi atau masalah lain dengan tujuan membantu

dan membawa perubahan tingkah laku klien.

Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang professional, dia akan

membantu dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi. Oleh itu, apa-apa

permasalahan seperti tekanan emosi juga merupakan salah satu bidang

yang memerlukan bantuan daripada kaunselor untuk mencari jalan

penyelesaian bersama. Keistimewaan kaunseling juga adalah membantu dan

membimbing klien menyedari dan mencari kekuatan dan kelemahan diri

mereka. Melalui cara ini, guru yang mengalami tekanan emosi dapat

mengubah gaya hidup serta pemikiran selain dapat mengembangkan

kebolehannya ke satu tahap yang maksimum. Justeru, kaunseling adalah

pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu

memahami diri sendiri dan alam sekelilingnya.

4.4 Penghargaan kendiri

Apabila menghadapi tekanan, kita seringkali lupa bahawa kita

sebenarnya mempunyai banyak cara untuk meredakan tekanan yang

dihadapi. Bagi diri saya khususnya, penghargaan kendiri adalah cara yang

paling mudah dan seronok untuk melupakan tekanan dan beban yang

dihadapi walaupun sebentar. Pelbagai jenis penghargaan kendiri boleh

dilakukan mengikut minat masing-masing. Dalam perkataan lain,

penghargaan kendiri juga adalah hiburan diri sendiri. Menghiburkan diri

adalah cara yang sesuai dilakukan dalam waktu yang sekejap bagi kita untuk

menghilangkan tekanan. Luangkan masa rehat kita di pejabat dengan

aktiviti yang sifatnya menghiburkan diri sendiri seperti bermain game,

mendengar muzik, menonton filem atau apa-apa kegiatan lain yang dapat

menghiburkan diri kita.

Walaubagaimanapun, kita hendaklah mengawal aktiviti-aktiviti ini agar

tidak sering dilakukan kerana ia boleh menyebabkan ketagihan seterusnya

mengabaikan kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan.

4.5 Pengurusan masa

22

Page 23: 243820109-assignment-edu3093.docx

Pengurusan masa adalah penting bagi seseorang guru lebih-lebih lagi

bagi guru yang telah berumahtangga. Ini adalah kerana, tugas guru pada

masa kini bukan sahaja mengajar murid dalam kelas sahaja, namun, guru

juga dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian yang lain disamping

merancang pengajaran dan membuat bahan bantu mengajar )BBM( yang

akan dilaksanakan. Hal inilah yang menyebabkan guru semakin tertekan

sehingga mengalami tekanan emosi. Bagi melaksanakan pengurusan masa

yang baik, kita hendaklah mengenalpasti kerja harian kita mengikut

keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya dapat disiapkan mengikut

keutamaan tanpa melengah-lengahkannya.

Bagi seorang guru, tugas harian adalah merancang pengajaran,

membuat BBM, dan menyemak kerja murid. Maka, guru bolehlah merancang

pengajaran harian, membuat BBM pada hujung minggu dan menyemak kerja

murid selepas waktu PdP. Disamping itu, kita juga perlu mengenalpasti kerja

yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong dan

perkara lain yang membazirkan masa. Ini adalah kerana kita harus

menggunakan masa yang ada bagi membuat kerja yang lebih penting,

seterusnya mengelakkan tekanan pada diri dengan kerja yang tertunda.

5.0 RUMUSAN

Konklusinya, tekanan emosi adalah salah satu keadaan yang akan

dialami oleh setiap insan sama ada guru ataupun tidak. Maka, kemahiran

menangani tekanan emosi hendaklah diketahui agar dapat mengawal diri

daripada melakukan apa-apa perkara negatif sama ada kepada diri sendiri

atau orang lain. sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa menyediakan diri

dengan ilmu semasa dan bersikap positif dengan cabaran yang mendatang.

Selain itu, kita juga perlu sentiasa ingat bahawa setiap perkara yang berlaku

ke atas diri kita mempunyai hikmahnya yang tersendiri, disamping sentiasa

berfikiran positif. Sekiranya kita bijak menguruskan emosi kita, ujian ini akan

berakhir dengan baik dan dapat dijadikan pengalaman yang mencabar

23

Page 24: 243820109-assignment-edu3093.docx

dalam kehidupan seharian kita. Seterusnya, dapat membantu masyarakat di

sekeliling kita untuk menguruskan tekanan emosi yang mereka dihadapi.

24