31193652 adat resam dan kebudayaan kaum india

Upload: kewak-kau

Post on 14-Jul-2015

407 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kaum IndiaOleh : - Mohd Hafiz bin Ismail - Mazri bin Ishak - Mohd Syazwan bin Mat Shom - Saiful Khusaini bin Shamsul Bahri

Sejarah Kaum India Di Malaysia

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas.

Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819).

Semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat (PP,M,S) oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus. Terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian, dagangan, dan pertahanan

Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India dan Sri Lanka.

Dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Menjelang tahun 1931, penduduk India di tanah Melayu mencecah 640,000 orang. Dan pada akhir tahun 2005, penduduk India adalah 1.8juta orang.

Perayaan

Deepavali Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud sebarisan pelita . Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Mitos Hari Deepavali Mitos yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampung telah meraikan kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta.

Gokul AshtamiPerayaan ini diadakan bersempena kelahiran Dewa Krishna iaitu putera kepada Raja Vasudeva dan Permaisuri Devaki. Perayaan ini biasanya disambut pada bulan Bhadrapada iaitu di antara bulan Ogos dan September dalam kalendar Masehi. Majlis pembacaan Bhagavatam , menyanyi dan berdoa telah diadakan di segenap tempat. Setiap kuil akan dihias dengan cantiknya. Perayaan ini disambut dengan lebih gemilang di Mathura iaitu tempat kelahiran Dewa Krishna di mana satu upacara keagamaan yang istimewa telah dijalankan.

-

-

Ugadi- Perayaan ini dimulakan dengan upacara mandi menggunakan minyak diikuti dengan upacara sembahyang dan diteruskan dengan upacara makan sejenis makanan yang dicampur dengan pelbagai ramuan istimewa iaitu sejenis bunga yang pahit, buah mangga, jus tamarind untuk masam, cili hijau untuk pedas, sejenis manisan, dan secubit garam.

- Campuran ini semua dipanggil Ugadi Pachhadi atau Bevu-Bellain bagi menggambarkan bahawa hidup ini merupakan campuran pelbagai perasaan iaitu kesedihan, kegembiraan, kemarahan, ketakutan, menyampah, dan terkejut.

- Perayaan ini disambut pada Hari Tahun Baru dalam kalendar Hindu oleh orang yang berbangsa Deccan. - Ugadi disambut pada tarikh yang berbeza dalam setiap tahun kerana kalendar Hindu ialah kalendar lunisolar.

Panguni Uthiram- Perayaan yang disambut sempena perkahwinan Parvati dan Perameshwara, Muruga dan Devasena, dan Andal dan Rangamanna. - Perayaan ini jatuh pada bulan Panguni iaitu di antara bulan Mac dan April. Bulan ini sungguh istimewa kerana bintang Uthiram dan Pournami muncul bersama.

Maha Shivarathiri- Perayaan ini disambut pada malam ke-14 pada bulan Magha iaitu di antara bulan Februari dan Mac di mana ia melambang Dewa Siva yang memusnahkan alam semestar.

Thaipusam- Sebuah hari yang khas untuk menghormati Dewa Hindu yang dikenali sebagai Dewa Murugan atau Subramaniam. - Semasa hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan berkumpul untuk membuat aktiviti menghapuskan dosa dan bernazar. Hanya segelintir sahaja penganut agama Hindu yang melakukan nazar tetapi bagi mereka yang bernazar dan sekiranya hajat mereka itu dimakbulkan, mereka akan membuat kenduri. - Semasa ke kuil, mereka akan menjunjung susu (dianggap putih suci) yang diisi di dalam belanga dan di atas kepala.

- Kaum lelaki pula akan membuat aktiviti mencukur rambut. - Selepas itu, mereka akan mewarnakan kepala dengan warna oren. - Penganut agama Hindu yang memasang niat untuk menghapuskan dosa mereka akan membawa kavadi di atas bahu. Kavadi ialah rod besi/kayu yang mempunyai patung Dewa Murugan di atas rod tersebut. Orang hindu akan membawa kavadi tersebut sampai ke kuil.

- Penganut agama Hindu mencucuk badan mereka bagi menghapuskan dosa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah berjalan di atas paku, mencucuk badan dengan buluh runcing, dan selepas itu memerah limau nipis di tempat cucukan.

Lokasi kuil Hari Thaipusam :- Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India. - Ipoh, Perak, Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. - Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching. - Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown. - Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

Adat Resam

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

KelahiranSewaktu Mengandung Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan Wanita hamil dipakaikan sebentuk gelang tangan baru ,Suulkaappu Suul bermaksud `kandungan ibu Kaappu bermaksud 'perlindungan'

Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buahbuahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Upacara memandikan wanita hamil diadakan, mutugu niir (kulittal).

Wanita hamil dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan Upacara dimulakan dengan a)menyapu serbuk cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil b)kumkum diletak di dahi c)gelang tangan dipakaikan.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan Wanita yang hamil akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil akan diminta membuka salah satu bungkusan Selesai upacara ,wanita hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

Menyapu kunyit pada tangan dan pipi

Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali

Suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri

Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis mantera Tuhan akan dibisikkan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong Tetapi sekarang mantera Tuhan akan dibisik sebaik sahaja melihat bayi Ia adalah untuk membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.

Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Madu dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi untuk bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.

Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Memberi Nama Apabila bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama diadakan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga. Namanya akan disebut sebanyak tiga kali pada telinga bayi tersebut dan diumumkan pada orang ramai. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi.

ADAT PERKAHWINANMerisik faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama perlu diambil kira. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan

Kaji kecocokan pengantin Dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian Terdapat 10 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji Lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan Jika kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

Bertunang dan sembahyang

Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan ku'gumem

Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja.

Pada awalnya, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudaramara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.

Sebelum Majlis PerkahwinanKad Jemputan Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).

Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya.

Penyediaan Thaali merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Perkahwinan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buahbuahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Pengantin Bersanding

Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Kolem dan Khumbem

Paal (Menyapu Susu Lelaki)

Alipu (Mengarak Lampu)

Minji (sarung Cincin Wanita)

Paal (Menyapu Susu Wanita)

Paal Abisygem (Cuci Kaki Ibu Bapa)

Upacara Akad Nikah

Paal Abisygem (Cuci Kaki Ibu Bapa)

Memohon Doa Restu

Malei Mathel (Bertukar Bunga Malei)

Ayeer Mantherem (Juru Nikah)

Perkakasan Upacara Perkahwinan

Otthianem (Aksesori)

Phavitirem - Theperpul (Memakai Cincin Daun)

Perkakasan Upacara Perkahwinan

Poree (Membakar Ramuan)

Samenthi Phutu

Vaalem Varuthel (Membuat Tiga Pusingan)

Thali (Rantai Daripada Benang)

Tallapha (Perhiasan Kepala)

KematianSemasa Kematian Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi.

Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci dinyanyikan serta dimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.

Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

Kollic Catti periuk tanah liat yang mengandungi api Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Pengebumian Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. Pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati

Pantang Larang

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah. Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Hal ini disebabkan akan membawa sial dan tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah. Pantang larang merisik. Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Jangan bersiul waktu malam dikhuatiri ular masuk. Bising dan menganggu. Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu. .Dikhuatiri termakan benda lain atau bersepah. Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh. Dikhuatiri tercucuk mata atau tangan. Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir. Dikhuatiri mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.

Pantang larang kematian Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.

Kebudayaan

Tarian Pakaian Permainan tradisional

Tarian India Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seorang manusia. Asalnya tarian India ini dari pertengahan zaman batu di mana manusia masih tinggal di dalam gua. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil-kuil.

Jenis-jenis tarian IndiaGIDDHA BHARATA NATYAM KHATAK

GIDDHA Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. Ia diibaratkan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha Dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka.

BHARATA NATYAM Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana.

KHATAK Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita(penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Ia mengndungi Thata cerita pembukaan, Amad yang menghubungkan dengan Alarippu dalam Bharata Natyam, Sangeet yang menyerupai Jatiswaram dalam Bharata Natyam, Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan akhirnya Tarana yang menghubungkan dengan Thilland dalam Bharata Natyam.

Pakaian Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan berrmulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu--Ceylonese- Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenal dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batubatu permata.

Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang

Sari , busana tradisional India yang paling disukai.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Makanan KARI Kari sememangnya salah satu makanan tradisi masyarakat India yang terkenal di Malaysia, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Thailand, dan negara-negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bahan asas hidangan berempah yang digemari oleh kebanyakkan masyarakat ini boleh terdiri daripada ayam, ikan, daging, sotong, udang ataupun sayur-sayuran.

Nasi Daun Pisang Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadom. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan.

Nasi Beriyani Nasi briyani mula pupolar di India dan Pakistan setelah pelancong dan pedagang Parsi mula memperkenalkan cara masakannya di sana suatu ketika dahulu. Makanan berasaskan nasi yang dimasak bersama pelbagai jenis rempah, beras, ayam, daging atau sayur-sayuran ini juga popular di Malaysia, Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh dan Sri Lanka.

Vadai Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.

Putu Mayam Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka dan Singapura sebagai snek yang biasanya di makan ketika sarapan pagi. Putu mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.

Roti Nan @ Roti Tempayan Roti nan atau ada juga yang memangilnya roti tempayan adalah sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dibakar dengan cara menampalkannya di dalam tempayan. Tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor oleh penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini akan disapu dengan mentega atau minyak sapi dan enak dimakan bersama kuah dal, kari atau ayam tandori.

Ayam Tandoori Ayam tandoori yang enak dimakan bersama roti nan adalah masakan orang Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan, tetapi kini ia adalah masakan yang terkenal di antarabangsa. Ayam tandoori yang menggunakan pelbagai rempah terdiri daripada halia, bawang putih, jintan putih, garam masala dan cili merah adalah masakan yang pedas. Kadangkala ada juga kaum Punjabi yang mencampurkan sedikit kunyit ke atas ayam supaya ayam tersebut akan berwarna kuning kemerahan setelah masak.

Sekian