34537

Upload: noridah-bohari

Post on 06-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

34537

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBPE 4103

PEMBELAJARAN MOTOR

SEMESTER SEPTEMBER 2015

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Pembelajaran motor adalah satu proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran motor di samping meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu pergerakan. Ia melibatkan gabungan latihan dan pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal. Pada masa yang sama pembelajaran motor juga adalah perlakuan yang dapat diperhatikan hasil dari gerak balas otot terhadap badan.Terdapat pelbagai kaedah atau model yang digunakan untuk melaksanakan proses pembelajaran kemahiran dengan lebih efisyen dan efektif. Antaranya ialah model Fitts dan Posner, Teori Gentile dan Teori Adam. Setiap teori mempunyai prosedur dan kelebihan tersendiri untuk memastikan proses pembelajaran mencapai objektif yang disasarkan. Penilaian pembelajaran pula perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk membolehkan pemantauan dibuat ke atas tahap pencapaian setiap atlet atau pelajar.Untuk menyempurnakan tugasan ini, anda dikehendaki :(a) Membuat pemerhatian ke atas LIMA orang atlet sekolah yang mewakili sukan yang berbeza dan lengkapkan biodata mereka secara terperinci.

(10 markah)(b) Seterusnya, anda perlu menyediakan dan melaksanakan bateri ujian kemahiran-kemahiran sukan ke atas setiap atlet tersebut berpandukan spesifikasi ujian kemahiran yang diperolehi dari sumber yang sah dan data atau skor yang diperolehi perlu dianalisis secara deskriptif untuk menjelaskan pencapaian mereka.

(20 markah) (c) Rumuskan pemerhatian anda secara kritikal dengan mengaitkan status prestasi mereka dengan teori atau model pembelajaran yang relevan.

(10 markah) [Jumlah: 40 markah]Rubrik Tugasan KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pemerhatian dan biodata lengkap(5 orang atau lebih)2.5Tiada biodata peserta dihasilkan.

Menghasilkan biodata dan pemerhatian 1 hingga 2 peserta yang lengkap.

Maklumat tidak menarik dan terhad. Menghasilkan biodata dan pemerhatian 3 peserta yang agak lengkap.

Maklumat yang agak menarik dan agak terperinci.

Menghasilkan biodata dan pemerhatian 4 peserta yang lengkap.

Maklumat yang menarik dan terperinci.

Menghasilkan biodata dan pemerhatian kesemua peserta yang sangat lengkap.

Maklumat yang sangat menarik dan sangat terperinci.

10

Pentadbiran

ujian kemahiran dan analisis data5Tiada pentadbiran ujian kemahiran dan analisis data.

Pentadbiran bateri ujian kemahiran sukan tidak terancang dan dilaksanakan dengan tidak sistematik. Prosedur ujian dijelaskan dengan sangat ringkas dan diperolehi daripada sumber yang tidak sah. Analisis data yang tidak sistematik dan kabur.

Pentadbiran bateri ujian kemahiran sukan yang agak terancang dan dilaksanakan dengan agak sistematik. Prosedur ujian dijelaskan agak terperinci dan diperolehi daripada beberapa sumber yang sah. Analisis data yang agak sistematik dan agak jelas.

Pentadbiran bateri ujian kemahiran sukan yang terancang dan dilaksanakan dengan sistematik. Prosedur ujian dijelaskan secara terperinci dan diperolehi daripada banyak sumber yang sah. Analisis data yang sistematik dan jelas.

Pentadbiran bateri ujian kemahiran sukan yang sangat terancang dan dilaksanakan sangat sistematik. Prosedur ujian dijelaskan dengan sangat terperinci dan diperolehi daripada semua sumber yang sah. Analisis data yang sangat sistematik dan sangat jelas. Pentadbiran ujian dan kemahiran analisis yang boleh dicontohi.20

Rumusan prestasi dan teori berkaitan2.5Tiada rumusan prestasi disertakan. Rumusan tahap prestasi peserta sangat lemah dan tidak kritikal. Mengemukakan cadangan yang tidak sesuai dan tidak tepat. Rumusan tahap prestasi peserta agak komprehensif dan kurang kritikal. Mengemukakan cadangan yang agak sesuai.

Rumusan tahap prestasi peserta komprehensif dan kritikal. Mengemukakan cadangan yang sesuai dan tepat.

Rumusan tahap prestasi peserta sangat komprehensif dan sangat kritikal. Mengemukakan cadangan yang sangat sesuai dan sangat tepat.10

JUMLAH MARKAH40

23