37749239-peraturan-ragbi-sentuh

11
PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH? Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain dan beberapa orang rakan. Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan tidak merbahaya. Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’, tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle. Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas serangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana permainan ini memang tidak merbahaya. BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH? Fleksibiliti: Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yang minimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkan di padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Upload: nasrun-mohamad

Post on 20-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sukan ragbi

TRANSCRIPT

Page 1: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia

digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari

permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain

dan beberapa orang rakan.

Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan

tidak merbahaya.

Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda

dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’,

tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.

Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas

larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi

sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas

serangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana

permainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti: Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain

berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki

dan wanita dalam satu kumpulan.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yang

minimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkan

di padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Page 2: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia bole

dimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajari

dan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untuk

mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai

'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan ‘touchdown’.

Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapan

dan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selain

itu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasan

padang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.

Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerang

memperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukan

menyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang atau

pasukan mana yang akan memulakan permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasan

padang.

Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.

Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak

Page 3: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter

ke belakang untuk meneruskan permainan.

“DUMMY HALF” boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketika

membawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepada

pasukan yang bertahan dan dimulakan dengan “Rollball” .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapi

sebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

Rollball

Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.

Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline)

pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan ke

belakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidak

lebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlu

melangkah melebihi bola tersebut.

Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepada

pasukan bertahan.

'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak

menggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan

pihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.

Page 4: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan

pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. ‘Goal Post’ tidak diperlukan

untuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemain

di atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8

hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiap

pemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepas

garisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.

Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihak

lawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidak

boleh skor.

Penalti:

Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.

Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola

dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.

Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semula

dengan “tab” di tengah padang oleh pasukan non-scoring.

Page 5: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran(Passing):

“Forward Pass” berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bola

tersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalam

situasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:

“Touch and Pass” terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuat

hantaran. Jika berulang kali melakukankannya, penalti akan diberikan.

Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakan

kuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.

Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama ada

pakaian mereka atau bola.

Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembali

ke tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa.

Offside:

Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi dari

pemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegang

bola.

Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball)

atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)

Page 6: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter

(ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepas

melakukan skor).

Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM

Umum:

'Overstepping' atau ‘off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalan

melebihi titik/tanda di mana mereka disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikan

kepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.

Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainan

akan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball.

Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihak

pembawa bola.

Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan

apabila pasukan bertahan tidak mundur 10meter dan jika pasukan bertahan

menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukan

bertahan.

Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,

melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang

sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat ‘sin-binned’ selama 5 minit

tanpa penggantian.

Page 7: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

Pengadil menjadi hakim tunggal(Foul play of any nature) yang akan mengeluarkan

pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.

BAHAGIAN 5 - PRINSIP UMUM PERMAINAN

1. Maju:

Ketika Menyerang:

Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukan

bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampiri

garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukan

menyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya

menghampiri garisan skor pihak bertahan.

Dalam pertahanan:

Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang

pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang dari

menghampiri dan menguasai kawasan skor.

2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa:

Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyai

pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yang

rapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuat

hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisi

dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.

3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:

Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada

menang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda

menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain.

Page 8: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah dengan

menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.

Pengadil

Seperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikan

bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain supaya semua

pemain berpuas hati.

Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial dengan

menyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk di fahami(sila lihat Peraturan

Ringkas di bawah). Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padang

dengan tegas tapi mesra. Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasan

anda adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkan

rujukan dan pendapat.

Peraturan Ringkas

1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of

International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.

2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.

3. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” dari tengah padang.

4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelah

gol masing-masing.

5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan “tab”

di tengah-tengah padang.

Page 9: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

6. Orang yang mengambil peranan sebagai “dummy half” boleh melebihi garisan

skor(try-line),tetapi tidak boleh membuat skor.

7. Jika “dummy half” disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilang

giliran. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball” .

8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2

kakinya.

9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.

> Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.

> 3-langkah atau. 3-saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk

ragbi sentuh.

10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak

lawan. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”.

11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan

bertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera.

12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangan

kepada pihak lawan.

13. Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan

sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.

14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass),

dijatuhkan(dropped), mengetuk/jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch).”Rollball”

kepada pasukan yang bertahan.

Page 10: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

15. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harus

mundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang segera.

PENALTI/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki anda,

angkat bola dan meneruskan permainan.

16. Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan kesalahan

offside. Maka Penalti/Hukuman diberikan.

17. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat. Penalti/Hukuman akan diberikan.

18. Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter. Penalti/Hukuman

diberikan.

19. Forward Pass: Berlaku ketika bola melepasi di depan pemain yang

membawa/memegang bola. Penalti/Hukuman diberikan.

20. Touch and Pass: Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus membuat

hantaran tanpa berhenti. Penalti/Hukuman boleh diberikan.

21. Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan

meninggalkan tanda di mana mereka disentuh. Penalti/Hukuman boleh diberikan.

22. Voluntary Rollball atau tidak disentuh(no touch): Apabila pemain tersebut tidak

disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka. Penalti/Hukuman akan

diberikan.

23. Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter.

Penalti/Hukuman akan diberikan.

Page 11: 37749239-PERATURAN-RAGBI-SENTUH

24. Gembala atau obstruksi (Shepherd or obstruction): Menghalang pihak lawan

daripada menyentuh pemain yang memegang bola. Penalti akan diberikan.

25. Deviation: Ketika pemain bertahan membuat pertukaran arahnya sebelum berundur

10meter ke belakang. Penalti/Hukuman akan diberikan.

26. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,

melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang

sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit

tanpa penggantian.

27. Foul play of any nature (pengadil menjadi hakim tunggal) akan mengeluarkan

pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.

28. Sepakan boleh dilakukan, tetapi sepakan tersebut perlulah ditangkap semula oleh

pemain yang menyepak bola tersebut. Jika bola jatuh ke tanah sebelum berjaya

ditangkap, pasukan bertahan akan memulakan permainan dimana bola tersebut

disepak dengan rollball atau dengan tab di tempat bola tersebut jatuh.

29. Jika keputusan permainan adalah seri. Masa tambahan akan diberikan, ketika itu

setiap 2minit seorang pemain akan dikeluarkan sehingga tinggal 3 orang pemain sahaja

di atas padang di mana permainan akan diteruskan dengan 3 lawan 3.