3.manual pentaksiran pafa sek rendah
TRANSCRIPT
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
1.0 PENGENALAN
Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. PAFA dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan guru-guru Pendidikan Islam menjadi pelaksana utama secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna pihak sekolah perlu memainkan peranan bagi menjayakan proses penilaian terutamanya dalam menyediakan tempat-tempat amali dan kemudahan-kemudahannya. Pentaksirannya pula dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam termasuk memproses dan menyimpan data-data yang diperoleh dengan lengkap dan kemas kini.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PAFA, mekanisme penyelarasan, pemantauan dan pengesanan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah bermatlamat untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa. Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.
Penghayatan fardu 'ain perlu dipupuk pada peringkat sekolah rendah, diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dalam kehidupan seharian.
2.0 PERNYATAAN DASAR2.1 Sekolah wajib melaksanakan PAFA.
1
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
2.2 PAFA dijalankan mengikut jadual kerja dan garis panduan yang ditetapkan oleh LPM.
2.3 PAFA mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4 Setiap murid mestilah mempunyai maklumat pencapaian PAFA setelah
tamat tempoh pelaksanaan.2.5 Jawatankuasa Induk PAFA peringkat negeri, bahagian/daerah/gabungan dan
sekolah perlu ditubuhkan. 2.6 Terdapat empat kumpulan personel dalam pelaksanaan PAFA :
2.6.1 Kumpulan Pentaksir 2.6.2 Kumpulan Pemantau 2.6.3 Kumpulan Penyelaras 2.6.4 Kumpulan Pengesanan
2.7 Mengurus dokumen skor, evidens dan penyataan keputusan adalah Tanggungjawab pihak sekolah. Keputusan hendaklah dihantar ke LPM
mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan. 2.8 Semua rekod pentaksiran perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan
selepas keputusan peperiksaan UPSR dikeluarkan. 2.9 Semua evidens pentaksiran perlu diserahkan kepada murid pada akhir
tahun pentaksiran. 2.10 Murid kes khas yang ingin mendapat pengecualian PAFA hendaklah
mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
3.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Pendidikan Islam semasa proses pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD/PPG melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan penyataan keputusan.
4.0 KONSEP PENTAKSIRAN PAFAPentaksiran PAFA dilaksanakan berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan.
2
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Buku Panduan PAFA .
Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan dalam peraturan penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep pentaksiran PAFA .
Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan setiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan merujuk kepada sejauhmana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan kecukupcakupan tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam spesifikasi kurikulum.Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif
3
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Skor yang dilapor menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5.0 PERANCANGAN PENTAKSIRANUntuk memastikan perjalanan dan pelaksanaan PAFA berjalan lancar dan berterusan, satu program yang berkesan dan sistematik dirancang untuk dilaksanakan seperti berikut:
5.2.1 PerancanganPerancangan yang teliti dilaksanakan antara LPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), PPG, PPD dan sekolah.
5.2.2 PenataranPenataran ialah pendedahan tentang konsep, kerangka dan dasar program PAFA kepada pihak pelaksana PAFA seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid. Penataran dilaksanakan di peringkat pusat, negeri, kawasan, bahagian, daerah dan sekolah.
5.2.3 Pelaksanaan pentaksiranPelaksanaan PAFA ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PAFA mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam dokumen pentaksiran, format pentaksiran atau Buku Panduan Pelaksanaan PAFA .
5.2.4 PenyelarasanPenyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PAFA dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
5.2.5 PemantauanPemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PAFA dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
5.2.6 PengesananPengesanan ialah proses menilai program PAFA dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program tersebut.
4
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
5.2.7 LaporanPenyelaras, Pemantau dan JPN akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PAFA untuk penambahbaikan.
6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRANPelaksanaan PAFA merupakan suatu proses yang dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam untuk mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan murid terhadap konstruk atau perkara yang telah dikenalpasti berdasarkan kerangka yang tertera dalam format pentaksiran dan standard yang telah ditetapkan.
6.1 Petugas PentaksiranPetugas Pentaksiran adalah personel yang dilantik oleh LPM/JPN untuk mengurus dan mengendalikan pentaksiran. Petugas Pentaksiran terdiri daripada;6.1.1 Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Dilantik oleh LPM dari kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam .Sebelum pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai
mata pelajaran di LPM.2. Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Ketua
Pentaksir Negeri (KPN).3. Merancang jadual/aktiviti pemantauan dan penyelarasan.4. Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat
kebangsaan.Semasa Pentaksiran:1. Berjumpa Guru Besar/Pengetua sekolah memaklumkan
kehadiran semasa lawatan ke sekolah.2. Melihat jadual perancangan pentaksiran PAFA murid sekolah3. Menyelaras skor.Selepas Pentaksiran:1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua KPN.2. Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM.
6.1.2 Ketua Pentaksir Negeri5
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Dilantik oleh JPN dari kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam .Sebelum Pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan.2. Menyelaras tugas Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan
Pentaksir Kawasan (Pkw).3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri.4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke
semasa.Semasa Pentaksiran:1. Berjumpa Guru Besar/Pengetua sekolah memaklumkan
kehadiran semasa lawatan ke sekolah.2. Memantau Pelaksanaan PAFA .3. Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri.Selepas Pentaksiran:1. Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPKw dan
menghantar kepada KPK.
6.1.3 Ketua Pentaksir Kawasan Dilantik oleh JPN dari kalangan Guru Besar/ Pengetua/Guru Cemerlang Pendidikan Islam /Guru Opsyen Pendidikan Islam yang berpengalaman dan telah disahkan dalam jawatan.Sebelum Pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri.2. Memberi taklimat kepada PKw dan PS.Semasa Pentaksiran:1. Berjumpa Guru Besar/Pengetua sekolah memaklumkan
kehadiran semasa lawatan ke sekolah.2. Menyelaras pentaksiran oleh PKw.3. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid melalui
proses pentaksiran yang lengkap.4. Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah.Selepas Pentaksiran:1. Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya
kepada PN.
6
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
6.1.4 Pentaksir Kawasan Dilantik oleh JPN dari kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam /Guru Opsyen Pendidikan Islam yang berpengalaman dan telah disahkan dalam jawatan.Sebelum Pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri.2. Memberi taklimat kepada PS.Semasa Pentaksiran:1. Berjumpa Guru Besar/Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran
semasa lawatan ke sekolah.2. Menyelaras pentaksiran oleh PS.3. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid melalui proses
pentaksiran yang lengkap.4. Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah.Selepas Pentaksiran:5. Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya
kepada KPKw.
6.1.5 Ketua Pentaksir SekolahDilantik oleh Guru Besar/Pengetua dari kalangan Pentaksir Sekolah.Sebelum Pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan
sekolah.2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada
murid.Semasa Pentaksiran:1. Membimbing dan membantu meningkatkan prestasi murid.2. Mentaksir murid.3. Mengisi Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelmpok . 4. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/kawasan dalam
urusan penyelarasan.Selepas Pentaksiran:1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh PN/PKw.2. Menyerahkan skor kepada SUP.
7
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
3. Menyerahkan rekod dan evidens kepada SUP untuk disimpan selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
4. Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru.
5. Menyediakan penyataan keputusan PAFA bagi setiap murid.6. Menyelesaikan kes-kes khas.
6.1.6 Pentaksir SekolahDilantik oleh Guru Besar/Pengetua dari kalangan guru Pendidikan Islam dan telah menerima penataran PAFA .Sebelum Pentaksiran:1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan
sekolah.2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada
murid.Semasa Pentaksiran:1. Membimbing dan membantu meningkatkan prestasi murid.2. Mentaksir murid.3. Mengisi Mengisi Borang Pencapaian Individu dan Borang
Berkelmpok. 4. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/kawasan dalam
urusan penyelarasan.
Selepas Pentaksiran:1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh PN/PKw.2. Menyerahkan skor kepada SUP.3. Menyerahkan rekod dan evidens kepada SUP untuk disimpan
selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.4. Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah
dihantar ke sekolah baru.5. Menyediakan penyataan keputusan PEKA Sains bagi setiap murid.6. Menyelesaikan kes-kes khas.
6.2 Pelaporan8
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Pelaporan PAFA dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:a) Peringkat sekolah
Pelaporan skor Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelmpok Penyataan Keputusan.
b) Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Slip Penyataan keputusan.
Pelaporan Pencapaian PAFA murid yang dicatatkan dalam slip keputusan dan penyataan keputusan adalah seperti berikut:
Kod Pencapaian Tahap Pencapaian
LULUS 1. Boleh menjawab soalan-soalan lisan.2. Dapat memahami dan mengamalkan
sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
GAGAL Tidak dapat menguasai dan memenuhi Tahap pencapaian yang minimun yang dikira sah dari segi syarak.
6.3 Jadual Kerja Pengurusan dan Pengumpulan Skor PBS
Bil Perkara Tarikh Tindakan
1. Pelaksanaan PAFA :Tahun 1 - 5Tahun 6
Feb - NovFeb – 31 Jul
Sekolah
Untuk Tahun Enam Sahaja
2. Kemasukan markah ke dalam aplikasi.
1 – 5 Ogos Sekolah
3. Serahan disket dan cetakan 7 – 8 Ogos Sekolah
9
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
markah kepada PPD / PPG
4. Serahan disket dan cetakan markah ke JPN
9 – 10 Ogos PPD / PPG
5. Serahan disket dan salinan cetakan markah ke LPM
22 – 24 Ogos JPN
7.0 PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PAFA
7.1. Peringkat Kebangsaan7.1.1 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pengendalian PAFA .
Pengerusi : Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan Rendah
Naib Pengerusi : Ketua Unit UPSR Setiausaha : Pegawai UPSR
Ahli Jawatankuasa : Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Ketua Sektor Penilaian & PeperiksaanWakil Pegawai Pentaksir Kebangsaan
Wakil Jemaah Nazir Sekolah Pentaksir Negeri.
7.1.2 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Kebangsaan.
Sebelum Pentaksiran Mengedarkan surat pekeliling ke JPN Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual
Pengurusan Menyediakan bahan taklimat penataran dan melaksanakan
penataran Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD/PPG
10
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Memberi taklimat kepada Penyelia Peperiksaan Negeri (UPSR) Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah Melantik Pentaksir Kebangsaan.
Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PAFA di peringkat kebangsaan.
Selepas Pentaksiran Menerima skor murid daripada JPN Menyediakan laporan pemantauan PEKA Sains
7.1.3 Proses Kerja Pelaksanaan PAFA Peringkat Kebangsaan
Bil Proses Tanggungjawab Tindakan Tempoh Pelaksanaan
1 Menyediakan dokumen dan bahan taklimat penataran
Pengarah Peperiksaan
Ketua Unit UPSR
Disember tahun
sebelum
2 Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada JPN Pengarah
PeperiksaanJawatankuasa
Pentaksir Kebangsaan
Januari
11
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
3 Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan. Pengarah
PeperiksaanJawatankuasa
Pentaksir Kebangsaan
Januari
4 Mengedarkan pekeliling ke JPN Pengarah
PeperiksaanKetua Sekor
SPPMRRJanuari
5 Menyampaikan maklumat berkenaan pelaksanaan PAFA di peringkat Jawatankuasa Negeri
Pengarah Peperiksaan
Jawatankuasa Pentaksir
KebangsaanJanuari
6 Melaksanakan penataran dan menyerahkan bahan PAFA
Pengarah Peperiksaan
Pegawai mata pelajaran
Pendidikan Islam SPUA LPM
Februari
7 Memantau pelaksanaan di peringkat JPN Pengarah
Peperiksaan Pegawai UPSR Mei-Julai
8 Menyediakan laporan pemantauan PAFA
Pengarah Peperiksaan
Jawatankuasa Pentaksir
KebangsaanOgos-Sept
7.2 Peringkat Negeri
7.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Negeri
Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Naib Pengerusi : Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Setiausaha : Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan
Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri (wakil) Penyelia Penilaian dan Peperiksaan Penyelia Pendidikan Islam
12
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Pegawai Peperiksaan PPB/PPD/PPG Pentaksir Negeri
7.2.2 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Negeri
Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling LPM Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PAFA peringkat negeri Menerima dokumen pengurusan PAFA daripada LPM Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PAFA peringkat daerah Mengedar surat pekeliling dan dokumen pengurusan PAFA ke
sekolah Menghadiri taklimat penyelarasan peringkat negeri Melantik Pentaksir Negeri dan Pentaksir Kawasan Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan melaksanakan penataran PAFA
kepada PPB/PPD/PPG Melantik Pemantau Mengadakan taklimat penataran di peringkat negeri Mengadakan taklimat mesyuarat penyelarasan di peringkat
negeri Menyelaras taklimat di peringkat kawasan Mengadakan penataran PAFA kepada Guru Besar/Pengetua
dan Pentaksir Kawasan Menerima senarai Jawatankuasa PAFA sekolah Mengadakan mesyuarat pemantauan.
Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PAFA di peringkat daerah Memastikan penyelarasan peringkat kawasan dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika perlu).
Selepas Pentaksiran13
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Memastikan Borang Skor Kelompok (BSK) di hantar ke JPN. Mengumpul Borang Laporan Pemantauan (BLP) Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan sekolah mengeluarkan penyataan keputusan
kepada murid. Memastikan setiap sekolah memasukkan skor murid tahun 6
dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM dihantar ke JPN
7.2.3 Proses Kerja Pelaksanaan PAFA Peringkat Negeri
Bil
ProsesTanggungjaw
abTindakan
Tempoh Pelaksana
an1 Menerima pekeliling
daripada LPM Pengarah Pelajaran
Negeri
Ketua Sektor Pengurusan
Pendidikan Islam dan Moral
Jan
2 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PAFA peringkat negeri
Pengarah Pelajaran
Negeri
Ketua Sektor Pengurusan
Pendidikan Islam dan Moral
Jan
3 Menghadiri mesyuarat JK Negeri
Pengarah Pelajaran
JK Negeri Jan- Feb
14
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Negeri4 Menyampaikan maklumat
berkenaan pelaksanaan PAFA di peringkat negeri.
Pengarah Pelajaran
NegeriPentaksir Negeri Feb
5 Menyediakan dokumen dan bahan taklimat penataran
Pengarah Pelajaran
Negeri
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
(KSPP)
Jan-Feb
6 Menyediakan surat arahan hadir taklimat
Pengarah Pelajaran
NegeriKSPP Jan- Feb
7 Melaksanakan penataran dan menyerahkan bahan PAFA
Pengarah Pelajaran
NegeriKSPP Mac
8 Memantau pelaksanaan di peringkat daerah
Pengarah Pelajaran
Negeri
AJK Pengurusan PAFA Negeri
Mac-Jul
9 Memastikan setiap sekolah menghantar skor murid dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM ke JPN.
Pengarah Pelajaran
NegeriKSPP Ogos
7.3 Peringkat Gabungan/Bahagian/Daerah
7.3.1 Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Daerah
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan /Bahagian /DaerahSetiausaha : Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan /Bahagian
/ Daerah (Akademik) Ahli Jawatankuasa : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pendidikan
Islam)
15
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Penyelia Peperiksaan Daerah /Bahagian/ GabunganPentaksir KawasanWakil MGB
7.3.2 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Daerah/Bahagian/Gabungan.
Sebelum Pentaksiran Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN Menubuhkan jawatankuasa PEKA Sains peringkat
daerah/bahagian/ gabungan. Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran
kepada sekolah.Semasa Pentaksiran Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan.Selepas Pentaksiran Mengumpul BSK dan Laporan Pemantauan Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan skor dalam aplikasi
yang ditetapkan oleh LPM Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut
prosedur penskoran dan penghantaran mengikut jadual yang ditetapkan
Memastikan sekolah mengeluarkan penyataan keputusan pentaksiran kepada murid
7.3.3 Proses Kerja Pelaksanaan PAFA Peringkat Daerah
Bil Proses Tanggung jawab
Tindakan Tempoh Pelaksanaan
16
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
1 Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN
PPD /PPB/ PPG
Pen. PPD / PPG Jan
2 Menubuhkan jawatankuasa PAFA PPD /PPB/ PPG
Pen. PPD / PPG Jan
3 Menyediakan surat arahan hadir taklimat penataran kepada sekolah
PPD /PPB/ PPG
Pen. PPD / PPG Jan
4 Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah
PPD /PPB/ PPG
Pegawai Mata Pelajaran Jan
5 Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah
PPD /PPB/ PPG
AJK Pemantau Feb-Jul
6 Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran penghantaran dan jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)
PPD /PPB/ PPG
Pegawai Peperiksaan Ogos
7 Menerima, menyemak disket dan cetakan skor
PPD /PPB/ PPG
Pegawai Peperiksaan Ogos
8 Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan
PPD /PPB/ PPG
Pegawai Peperiksaan Ogos
7.4 Peringkat Sekolah7.4.1 Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Sekolah
Pengerusi : Guru Besar/PengetuaNaib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Setiausaha : Ketua Panitia Pendidikan Islam Ahli Jawatankuasa : Ketua Pentaksir Sekolah
Pentaksir Sekolah
7.4.2 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PAFA Peringkat Sekolah
Sebelum Pentaksiran17
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Menerima surat pekeliling PAFA daripada JPN Menerima dokumen PAFA daripada JPN Menubuhkan Jawatankuasa PAFA Melantik pentaksir PAFA Menghantar senarai Jawatankuasa PAFA dan pentaksir kepada
PPD/PPB/PPG dan JPN. Memperbanyakkan dokumen PAFA untuk kegunaan pentaksir Menyediakan jadual pelaksanaan PAFA dan menghantar
salinan kepada Pentaksir Kawasan, PPD/PPB/PPG dan JPN. Pihak sekolah mestilah melantik guru mata pelajaran sebagai
Ketua Pentaksir dan Pentaksir untuk melaksanakan PAFA. Pentaksir berperanan menjalankan PAFA serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelompok. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke JPN berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan penyataan keputusan di peringkat sekolah.
KPS memberikan taklimat pelaksanaan PAFA kepada PS. Memberi taklimat pelaksanaan PAFA kepada murid. Memastikan setiap murid ada rekod PAFA.
Semasa Pentaksiran Memastikan pentaksiran dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Menyelaraskan skor di peringkat sekolah Membuat pemantauan Memastikan pentaksir merekod skor dalam Borang
Pencapaian Individu.
Memastikan pentaksir menyimpan evidens pentaksiran dalam fail
individu Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang
ditaksir dan menandatangani SP bagi setiap taksiran Memastikan pentaksir memindahkan skor dari BPI ke BBK.
18
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Selepas Pentaksiran Menyemak dan mengesahkan BPI dan BBK Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor murid dalam
aplikasi yang ditetapkan oleh LPM Mengesahkan salinan cetakan BSK Mengeluarkan penyataan keputusan PAFA kepada murid tahun
4 dan 5.
7.4.3 Proses Kerja Pengurusan PAFA Peringkat Sekolah
Bil Proses Tanggungjawab TindakanTempoh pelaksanaan
1 Menerima pekeliling dan menghadiri taklimat penataran daripada PPD / PPB/PPG
Guru Besar/Pengetua
GPK Pentadbiran Jan
2 Menubuhkan jawatankuasa pelaksana
Guru Besar/Pengetua
GPK Pentadbiran Jan
3 Melaksanakan taklimat penataran
Guru Besar/Pengetua
Ketua Pentaksir Sekolah
Jan
4 Melaksanakan Guru Pentaksir Feb-Julai
19
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
pentaksiran Besar/Pengetua
5 Menyelaras pentaksiran Guru Besar/Pengetua
Penyelaras Dalaman Mac-Julai
6 Memantau pentaksiran Guru Besar/Pengetua
Pemantau Dalaman Mac-Julai
7 Mengumpul dan memasukkan skor ke dalam aplikasi.
Guru Besar/Pengetua
Setiausaha Peperiksaan/
PentaksirOgos
8 Menghantar skor mengikut prosedur penskoran dan penghantaran yang ditetapkan.
Guru Besar/Pengetua
Setiausaha Peperiksaan Ogos
8.0 PENYELARASAN
8.1 KonsepPenyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PAFA dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
8.2 Objektif8.2.1 Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan
amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.8.2.2 Memastikan skor yang diberi oleh pentaksir mengikut kriteria yang
ditetapkan8.2.3 Memastikan ketekalan skor.
8.3 Prosedur
20
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
8.3.1 Melantik Penyelaras.8.3.2 Memberi taklimat penyelarasan kepada penyelaras.8.3.3 Melaksanakan penyelarasan.8.3.4 Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian murid.8.3.5 Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir.8.3.6 Memberikan skor baru jika ada perubahan.8.3.7 Mengesahkan skor yang telah diselaraskan.
8.4 PetugasPenyelaras adalah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melaksanakan penyelarasan PAFA .
Penyelaras terdiri daripada:8.4.1 Penyelaras Luaran
i) Pegawai LPMii) Pentaksir Kebangsaaniii) Pentaksir Negeriiv) Pentaksir Kawasan
8.4.2 Penyelaras Dalaman i) Guru Cemerlang Pendidikan Islam. ii) Ketua Panitia Pendidikan Islam. iii) Ketua Pentaksir Sekolah
8.5 Instrumen PenyelarasanInstrumen Penyelarasan menggunakan Borang Penyelarasan Skor (BPS)
9.0 PEMANTAUAN9.1 Konsep
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PAFA dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
9.2 Objektif9.2.1 Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan
amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.21
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
9.2.2 Memastikan penyelewengan tidak berlaku dalam pelaksanaan PAFA .9.2.3 Mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan
pentaksiran.9.2.4 Memaklumkan masalah yang dihadapi untuk tindakan pihak
berkaitan.
9.3 Prosedur9.3.1 Pemantau akan diberi taklimat penataran berkaitan PAFA .9.3.2 Memantau pelaksanaan PAFA di sekolah sekurang-kurangnya sekali
setahun.9.3.3 Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan
ditetapkan oleh JPN/PPB/PPD/PPG.9.3.4 Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).9.3.5 Pemantau menyediakan laporan kepada JPN/PPB/PPD/PPG.
9.4 Petugas9.4.1 Pemantau
Pemantau ialah pegawai yang diberi kuasa untuk melihat dan memastikan PAFA dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM.
9.4.2 Pemantau terdiri daripada:9.4.2.1 Pemantau Luaran
a) Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysiab) Pegawai Jabatan Pelajaran Negeric) Pegawai PPD/PPG/PPBd) Jemaah Nazir Sekolahe) Pegawai daripada Bahagian-Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysiaf) Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM
9.4.2.2 Pemantau Dalaman a) Guru Besar/Pengetua
22
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
b) Guru Penolong Kanan c) Guru Cemerlang Pendidikan Islam d) Ketua Panitia Pendidikan Islam e) Ketua Pentaksir Sekolah f) Guru yang dilantik oleh Guru Besar/Pengetua.
9.5 Tanggungjawab Pemantau Luaran
Sebelum Pemantauan Menerima surat pelantikan pemantauan daripada JPN Menerima taklimat tugas pemantauan Merancang jadual pemantauan Menghubungi pihak sekolah Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan.
Semasa Pemantauan Berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk mendapat maklumat awal
tentang PAFA di sekolah berkenaan Bertemu dengan pentaksir sekolah Menyemak dokumen/evidens yang berkaitan Membincangkan dapatan pemantauan dengan pihak sekolah.Selepas Pemantauan Menyediakan laporan dapatan pemantauan Menghantar laporan dapatan pemantauan dan instrumen
pemantauan yang lengkap ke JPN Menghantar satu salinan laporan dapatan pemantauan ke sekolah
9.6 Instrumen PemantauanInstrumen Pemantauan menggunakan Borang Pemantauan PBS UPSR (PD PBS/UPSR 2007)
10.0 PENGESANAN10.1 Konsep
23
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Pengesanan ialah proses menilai program PAFA dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program tersebut.
10.2 ObjektifMenilai keberkesanan program PAFA.
10.3 Petugas10.3.1Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran:
Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi berikut; Lembaga Peperiksaan Malaysia Bahagian-Bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.3.2Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh: pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat
ijazah sarjana/ijazah kedoktoran penyelidik swasta.
10.4 Prosedur10.4.1Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian gunaan
(applied research) berdasarkan sampel.10.4.2Setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan:
Mengenalpasti tujuan kajian Menentukan dan membina instrumen kajian yang bersesuaian.
Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut: Instrumen soal selidik Temubual Senarai semak Pemerhatian
Menentukan persampelan Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber ditentukan
seperti:24
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
Guru Besar/Pengetua Pentaksir Penyelaras Pemantau Murid Jabatan Pelajaran Negeri Penggubal Ibubapa
Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah berikut: Lokasi sekolah Keberkesanan panduan/dokumen pentaksiran sekolah Penggunaan panduan/dokumen Kefahaman pelaksanaan Konsep perkara yang ditaksir Maklumat dan kekangan Guru Murid
Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan Menyediakan laporan Mengemukakan cadangan.
10.5 Pelaksanaan PengesananPengesanan PAFA mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan PAFA.
11.0 PROSEDUR KESELAMATANSkor yang diberi berdasarkan evidens murid menunjukkan murid telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pentaksiran PAFA. Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
11.1. Proses Pengurusan Skor
11.1.1. JPN menerima aplikasi kemasukan skor PAFA daripada LPM dan mengedarkan ke sekolah melalui PPB/PPD/PPG.
25
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
11.1.2. Guru Besar/ Pengetua bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPB/PPD/PPG akur dengan prosedur penghantaran dan jadual penghantaran yang ditetapkan.
11.1.3. PPB/PPD/PPG memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan.
11.1.4. JPN memastikan skor diterima dari PPB/PPD/PPG dan dihantar ke LPM akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan.
11.1.5. Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab memastikan skor murid disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan.
11.2. Pengurusan Evidens11.2.1. Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab memastikan evidens
murid disimpan seperti ketetapan yang terdapat dalam dokumen pentaksiran PAFA.
11.2.2. Evidens PAFA murid yang berpindah hendaklah diserahkan ke sekolah baru melalui murid tersebut.
11.2.3. Evidens PAFA hendaklah diserahkan kepada murid pada akhir tahun pentaksiran atau dilupuskan jika tidak dituntut.
12. PENGURUSAN DAN PROSEDUR KES KHAS12.1. Calon Pindah
12.1.1. Sekolah asal murid bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor murid yang terkini dihantar ke sekolah baru.
12.1.2. Sekolah baru bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor murid diterima daripada sekolah asal.
12.1.3. Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor murid ke dalam aplikasi yang ditetapkan bersama-sama skor murid lain.
12.2. Calon Cicir UPSR12.2.1. Murid hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PAFA.
26
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PAFA UPSR
12.2.2. Skor murid hanya akan diambil kira dalam tempoh murid melaksanakan PAFA.
12.3. Pengecualian PAFACalon yang ingin mendapat pengecualian PAFA hendaklah mengemukakan permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri. JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM.
27