4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
TRANSCRIPT
NAMA : AHMAD AIMAN BIN MOHAMED
MUHAMMAD AFIQ BIN ABD AZIZ
OPSYEN : SEJARAH
PENSYARAH : ENCIK NORAZAN BIN MAT NOR
DASAR – DASAR LUAR MALAYSIA
PENGERTIAN DASAR LUAR
Dasar luar ialah alat atau instrumen yang diperlukan oleh
sesebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara
lain.
Melalui dasar luar, kita menyatakan pendapat kita terhadap
perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar sempadan
negara kita dalam hubungan antarabangsa.
Tetapi, apa yang penting ialah dasar luar perlu mengutamakan
kepentingan negara dan juga keselamatan, kemakmuran
penduduknya.
PENDEKATAN DALAM MEMBENTUK DASAR
LUAR
• Tidak terikat dengan mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain.
Berkecuali
• mengambil pendirian menyisihkan negara iaitu daripada pergolakan yang berlaku di luar.
Pemencilan @ Pengasingan
• Sikap memihak kepada negara atau kuasabesar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan danideologi yang diamalkan.
Memihak kepada sesuatu negara
FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR
MALAYSIA
FAKTOR SEJARAH
• Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
• Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Menyertai negara Komanwel
FAKTOR EKONOMI
• Sejak zaman penjajahan British, Malaysia telah menjalinkan hubungan ekonomi dengan Amerika dan British dalam mengeksport bijih timah dan getah
• Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.
FAKTOR POLITIK
• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang mana berhak untuk menentukan hala tuju sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat
• Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
FAKTOR GEOGRAFI
• Kedudukan Malaysia strategik iaitu bersempadan dengan kebanyakan negara serantau, malah perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
• Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia
FAKTOR DEMOGRAFI
• Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing.
• Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Selat Melaka menjadi laluan kapal perdagangan dunia
Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, sosial dan keselamatan di peringkat antarabangsa
Mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa
Menjaga dan mempertahan kadaulatanMalaysia
Mempertahankan prinsip menghormati wilayah lain dengan tidak masuk campur
Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain
Tidak campur tangan hal ehwal negara lain
Selesai masalah menerusi rundingan
Hidup secara aman dan harmoni
Pendekatan berbaik-baik dengan negara lain
Memperjuangkan hak untuk setiap negara
Bentuk Hubungan Luar
• Menjalin terus hubungan dengan negara luar
• Singapura, Thailand, China & dll.Bilateral
• Menjaling hubungan dengan negara lain dalam bentukpertubuhan @ kesatuan
• ASEAN, OIC, NAM, PBB, Komanwel & dll
Multilateral
Penekanan Dasar Luar
Dasar Luar
Pro Barat Anti-Komunis
Politik• Menganggotai Komanwel dan PBB.
• Tunku menolak bersikap neutral dan tidak menyertai pakatan negara-negara berkecuali.
• Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara jiran keranatimbul pelbagai konflik selepas merdeka seperti
• Konfrontasi Indonesia(1963-1965)
• Hubungan dengan Filipina terputus(1963-1965)
• Singapura keluar dari Malaysia(1965)
• Menganggotai ASA, MAPHILINDO dan ASEAN bagi menjalin hubunganyang baik dengan negara serantau.
Ekonomi• Menjalankan dasar perdagangan bebas dengan barat kerana Tanah
Melayu bergantung kepada barat(Britain) dalam menjaga kepentinganekonomi negara.
• Malaysia menyertai Blok Sterling iaitu pertubuhan negara-negarayang menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan.
• Kebergantungan ekonomi daripada Barat telah menyebabkan Tanah Melayu tidak popular sebagai destinasi perdagangan. Jadi, Malaysia mula mengamalkan pasaran bebas dan mula membina rangkaianperdagangan dengan negara-negara luar seperti Amerika, JermanBarat dan Jepun.
• Menganggotai Rundingan Piagam Multilateral dalam (ECAFE) iaitusebuah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu BAGI Asia danTimur jauh.
• Menyertai pertubuhan United Nation Conference on Trade and Development(UNCTD) bagi meningkatkan imej negara membangundan menjayakan matlamat ekonomi.
• Terlibat dengan Konferasi Timah didalam proses tawar-menawarharga tertinggi di Perjanjian Timah.
• Berjaya membenarkan pengeluar mengehadkan harga tertinggi timah.
Pertahanan
• Menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) bagi menyekat pengaruh komunis.
Penekanan Dasar Luar• Dasar terbuka dan berkecuali.
• Mementingkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara dalammenjalankan dasarnya.
• Mementingkan kerjasama berbanding konfrontasi kerana berpendapatpersekitaran yang aman dan stabil dapat mewujudkan pembangunandan kemajuan sosiekonomi.
• Mewujudkan perasaan serantau dan kerjasama serantau.
• Mengamal dasar berkecuali dalam hal ehwal negara.
• Mewujudkan hubungan persabahatan dengan seberapa banyak negara termasuk melaluidiplomasi pan Islam, dasar berbaik dengan negara Afro-Asia dan meneruskan hubungandengan negara Barat.
Politik• Penyertaan Malaysia ke dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM)
pada 1971.
• Lebih fokus dan aktif dalam pertubuhan ASEAN dengan menjayakankawasan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas danBerkecuali(ZOPFAN) pada tahun 1971 yang ditandatangani oleh kesemuanegara ASEAN.
• Bergiat aktif dalam hubungan serantau ASEAN, ECAFE, SEAMEO, ASPAC, Rancangan Colombo dan Bank Pembangunan Asia.
• Menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengiraideologi termasuk hubungan dengan negara-negara komunis seperti China, Korea Utara dan Jerman Timur.
• Mengadakan kerjasama ekonomi dengan China • Beli getah dan sawit daripada Malaysia.
• Membuat diplomasi Pan Islam bagi meraih sokongan daripadanegara-negara Islam.
• Menyertai Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) dan mulamenonjolkan sebuah negara Islam.
• Menyatakan sokongan terhadap penyelesaian permasalahan negara-negara di TimurTengah.
• Menjadi tuan rumah Konferansi Kelima Menteri-menteri Luar Islam di Kuala Lumpur pada Jun 1974.
• Menyokong gerakan-gerakan pembebasan asasi dan pejuanganmenegakkan hak asasi manusia.
Ekonomi• Menjalankan dasar nasionalisme ekonomi bagi mengurangkan
dominasi syarikat-syarikat asing ke atas sumber asli negara.• Meluluskan akta pembangunan petroleum pada tahun 1974.
• Menubuhkan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi memperoleh pengawalankepentingan di dalam pelbagai syarikat.
• Merangka petunjuk bagi peroleh aset penyatuan dan pengambilan alihan dalam komoditipelaburan asing pada tahun 1974.
• Pelaburan asing hanya dibenarkan dalam lapangan-lapangan yang bersifat selektif.
• Gaya dasar luar ekonomi bersifat global • Memberi pendekatan dalam penglibatan yang proaktif dalam aktiviti
pertubuhan antarabangsa seperti ITC, GATT, UNCTD, ECOSOC, ADB, EEC, UNIDO dan IBRD.
• Menghadiri persidangan UNCTD III(sokong dasar isu pembangunan)
• Melibatkan diri dalam forum antarabangsa bersama kelompok-kelompok negara DuniaKetiga(memperjuangkan tatanan baru ekonomi dunia)
• Menyertai perundingan Multilateral di Tokyo 1973-1975
• Menyertai perjanjian gula antarabangsa 1973
• Menyertai Perjanjian Getah Antarabangsa 1974
• Tuan rumah seminar Pelaburan di Kuala Lumpur pada tahun 1975
Pertahanan• Mengamalkan konsep neutralisasi dan pengecualian
• Tidak campur tangan dalam urusan domestik negara luar dengan berpegang kepada integritidan kedaulatan politik negara lain.
• Bersahabat dengan semua negara bagi menjaga kepentingan negara di dalam pergolakanantarabangsa.
• Mengelak campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara.
• Perjanjian pertahanan AMDA digantikan dengan Five Power Defence Arrangement(FIDA)
• Mengorbitkan ZOPFAN di Persidangan Kemuncak Negara-negaraBerkecuali, Pertubuhan PBB dan Ketua-ketua negaraKomanwel(Menyarankan seluruh Asia Tenggara mengamalkan prinsipberkecuali)
• ZOPFAN diterima sebagai program keselamatan ASEAN pada tahun 1971
Penekanan Dasar Luar
Dasar Luar
Dasar berkecuali diteruskan
Meletakkan keamanan dirantau asia sebagai
keutamaan.
POLITIK• Ke arah kerjasama serantau-antarabangsa.
• Meneruskan dan mengukuhkan hubungan kerjasama yang dijalinkan Tun Abdul Razak.
• CONTOH: Hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China
• Meneruskan hubungan dengan beberapa pertubuhan :
• ASEAN - mengukuhkan kerjasama serantau melalui kunjungan.
• Komanwel - manfaatkan pertubuhan ini sebagai gelanggang bagi menyuarakan aspirasi negara membangun
mengenai masalah sosioekonomi dan politik.
• PBB - berfungsi sebagai pentas bagi negara menyuarakan aspirasi nasional di peringkat antarabangsa bagi mencari
perdamaian dan pembangunan manusia sejagat.
• NAM - Menyertai mesyuarat yang diadakan.
• OIC - Menerima kunjungan dari negara Islam dan mengadakan kunjungan ke negara Islam.
• Membenarkan kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia atas dasar hak asasi manusia
EKONOMI• Meneruskan dan mengukuhkan objektif dasar luar ekonomi era Tun Abdul Razak.
• Menjayakan pembangunan ekonomi dan menstabilkan sumber pendapatan daripada komoditi utama
• Menjayakan pembangunan ekonomi dan menstabilkan harga komoditi utama danmengamalkan gaya nasionalisme ekonomi dengan mengawal sumber – sumber asli negarayang penting.
• Orientasi negara juga ke arah mendekatkan diri dengan Negara – negara Dunia
ketiga atau Negara Selatan-selatan.
• Malaysia menyokong Pertubuhan Permintaan negara Selatan-selatan bagi mewujudkan NIEO (versi baru bagiNWEO).
• Menyokong program integrasi UNCTAD IV iaitu IPC.
• Program Integrasi Bagi Komoditi(IPC) berperanan memelihara harga komoditi agar memberi keuntungankepada pengguna dan pengeluar dengan mengambil kira kondisi inflasi dunia
• Penumpuan ekonomi dalam kerangka ASEAN:
• Mengadakan Deklarasi Kesepakatan ASEAN (Pertemuan tetap para Menteri Ekonomi
ASEAN) yang berfungsi untuk merumus saranan, pengukuhan kerjasama
ekonomi ASEAN, penilainai ke atas projek-projek ASEAN, pertukaran fikiran
mengenai dasar perencanaan pembangunan nasional.
• Menjadi Komanwel sebagai jambatan untuk menghubungkan negara-
negara membangun dengan negara yang maju dalam aspek ekonomi
• memperjuangkan penstrukturan semula sistem ekonomi antarabangsa.
PERTAHANAN• Berpegang teguh dengan prinsip berkecuali bagi menjamin kemerdekaan dan
menjaga keutuhan wilayah.
• Dua strategi utama dasar luar pertahanan era Tun Hussein Onn :
• Menjayakan konsep ZOPFAN.
• Mempromosikan ketahanan nasional negara & serantau.
• Malaysia terus mengamalkan sikap berhati hati di peringkat antarabangsa.
• Perbelanjaan pertahanan ditambah 56%• Pembelian 80 buah pesawat skyhawk dan pembesaran sehingga 3 kali ganda tentera
menjelang 1990 untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar
LATAR BELAKANG & KEPERIBADIAN
Dilahirkan di Alor Star, Kedah daripada ibu
berketurunan melayu dan bapanya India Muslim.
Pendidikan bermula di sekolah Melayu Seberang
Perak kemudian di sekolah Inggeris di Alor Setar
seterusnya memasuki Universiti Malaya.
Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan pada tahun 1953.
Berpendirian bahawa penjajahan British dan dasar
pecah dan perintahnya merupakan halangan utama
kemajuan ekonomi bangsa Melayu.
Terkenal dengan sikapnya yang suka berterus
terang.
Sama seperti Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir
meneruskan penguasaan Perdana Menteri ke atas dasar luar
Malaysia.
Namun, dasar luar yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir
lebih kepada aspek ekonomi dan politik berbanding aspek yang
dipentingkan oleh perdana menteri terdahulu iaitu pertahanan
dan keamanan.
Terdapat beberapa penambahbaikan dan dasar luar baru yang
diperkenalkan seperti:Dasar Pandang ke
Timur
Dasar Buy British
Last
Melakukan
penambahbaikan
terhadap dasar
terdahulu
Hubungan Negara
Komanwel
Membentangkan tentang isu perdagangan antarabangsa, penjajahan, dan isu apartheid di Afrika Selatan dalam Persidangan Ketua-ketua negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas pada tahun 1985
Pada tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah dalam Persidangan Ketua-ketua negara Komanwel (CHOGM). Isu yang dibincangkan ialah :
Apartheid , kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, dan isu alam sekitar
ASEAN (HUBUNGAN NEGARA SERANTAU)
OIC (HUBUNGAN NEGARA ISLAM)
KOMANWEL (HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL)
HUBUNGAN DENGAN NEGARA-NEGARA LAIN
HUBUNGAN NEGARA
SERANTAU (ASEAN)
• Meneruskan ZOPFAN (Zon Aman Bebas dan Berkecuali)
• Membentuk SEANWFZ (Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara)
HUBUNGAN DENGAN NEGARA ISLAM (OIC)
Menyokong Palestin dalam mendapatkan tanah air mereka
Malaysia bertindak sebagai perantara di dalam menyelesaikan krisis antara Iraq dan Iran
Menentang keras pencerobohan Soviet di Aghanistan
NEGARA-NEGARA BESAR
Kuasa-kuasa besar terlalu kuat bersaing menyebabkan
Malaysia mengambil pendirian tidak memihak
mana-mana negara
Pada zaman Dr. Mahathir inilah dasar beliau sejajar
dengan pendirian berkecuali negara
NEGARA –NEGARA KECIL
Dr.Mahathirmengambil inisiatif
baru untuk mendekatkan
Malaysia dengan negara-negara kecil
Perkara ini dilakukan dalam 2 bentuk :
- Berkunjung ke negara yang tidak dikenali rakyat
- Mengadakan program kerjasama teknikal
Malaysia
Diperkenalkan pada tahun 1981 dan merupakan satu dasar anti-British
iaitu segala perkhidmatan dan barangan daripada Britain akan menjadi
pilihan terakhir sekiranya perkhidmatan dan barangan tersebut boleh
diperoleh daripada negara lain.
Merupakan pelampiasan rasa tidak puas hati dan kecewa Tun Dr.
Mahathir terhadap Britain yang melayani Malaysia dengan stigma sebuah
negara yang pernah mereka jajah walaupun pada hakikatnya Malaysia
sudah bebas merdeka.
Dasar ini juga disebabkan oleh beberapa isu yang ditimbulkan oleh
Britain :Kenaikan yuran pelajar
tempatan di Britain
Britain enggan membenarkan
syarikat (MAS) menambah
penerbangan di Britain
Negara maju bersikap
dingin dalam membantu
negara-negara
membangun
Diumum oleh Tun Dr. Mahathir pada 8
Februari 1982 semasa persidangan 5th
Joint Annual Conference di hotel Hilton
Kuala Lumpur
Dasar ini merupakan refleksi beliau
yang tidak menyenangi Barat dan ingin
mencari nilai baharu sebagai panduan
membangunkan negara
Melalui dasar ini, masyarakat
Malaysia digalakkan supaya
mencontohi masyarakat Jepun dan
Korea Selatan yang berjaya
menjadikan negara mereka maju dan
moden walaupun menghadapi
cabaran pada permulaannya
LATAR BELAKANG & KEPERIBADIAN
Dilahirkan di Kampung Perlis Bayan Lepas PulauPinang.
Bapanya berketurunan Arab manakala ibunyaberketuranan Cina Islam yang berasal dariGuandong China.
Pendidikan bermula di Sekolah KebangsaanPermatang Bertam kemudian di Sekolah TinggiBukit Mertajam dan Penang Methodist Boys School seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera kepujiandalam bidang Pengajian Islam.
Pendidikan agama yang diterapkanmenjadikannya seorang pemimpin yang menitikberatkan aspek agama dalam pentadbiran.
Meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia yang digagaskan
oleh kepimpinan terdahulu tetapi dilakukan beberapa akomodasi
agar sesuai dengan keadaan semasa.
Menggunakan pendekatan yang lebih berdiplomasi dalam
menyatakan pendirian Malaysia di arena antarabangsa.
Jika mantan perdana Menteri sebelum ini Tun Dr.Mahathir terkenal
dengan kelantangannya di peringkat antarabangsa, namun berbeza
dengan Dato’ Seri Abdullah yang lebih tenang, pendekatannya
bertolak ansur, tidak suka mengundang kontroversi namun dalam
masa yang sama mempunyai keazaman yang tinggi dalam
memimpin
Dasar luar beliau boleh dianalisis melalui tiga aspek iaitu :
ASPEK POLITIK
ASPEK EKONOMI
ASPEK PERTAHANAN
Prioriti lebih kepada ASEAN diikuti oleh NAM dan OIC, kerana
Malaysia menggalas tugas sebagai pengerusi kepada ketiga-tiga
pertubuhan tersebut.
ASEAN
Memperteguhkan dan mengukuhkan posisi pertubuhan ASEAN di
arena antarabangsa
Memastikan ASEAN menjalankan kaedah serampang dua mata
dengan melakukan integrasi politik dan ekonomi.Menjalankan perkongsian pintar di antara negara ASEAN dengan
tiga negara Asia Timur {China, Jepun, Korea Selatan} ASEAN
+ 3
OIC
Perpaduan dalam kalangan negara anggota OIC dijadikan agenda
perdana.
Berusaha dan bersuara bagi mencari jalan penyelesaian kepada
isu Palestin
NAM
Dato’ Seri Abdullah menjawat jawatan sebagai Presiden NAM
Meningkatkan tahap kemajuan dan pembangunan dalam
kalangan negara anggota.
Berharap NAM dapat diperkukuhkan agar muncul sebagai
organisasi yang mapan di arena antarabangsa
Meneruskan dasar luar ekonomi yang sedia ada dengan
beberapa inisiatif yang baru. Antaranya :
Mengambil langkah berjimat cermat bagi mengurangkan
hutang kerajaan
Mengelak daripada membuat pelaburan yang besar
melalui beberapa penangguhan beberapa projek besar
dan prestij yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir
Meneruskan dasar luar ekonomi terbuka tetapi ditambah
dengan menggunakan pendekatan yang berhati-hati
STRATEGI DASAR LUAR EKONOMI
Tingkatkan
usaha
bagi
memastikan
pencapaian
ekonomi
negara
berada di
tahap
tinggi
dan
mapan.
Menjana
ekonomi
berasaskan
pengetahuan
Berusaha
memperkukuh
asas
fundamental
ekonomi
negara
dengan
menerokai
lapangan –
lapangan
pertumbuhan
baru.
Memperbai
ki
sistem
informasi
dan
penyampaian
perkhidmatan
awam.
Tingkatkan
integriti dan
membasmi
rasuah di
segenap
lapangan
termasuk
sektor awam,
badan
berkanun
kerajaan,
Syarikat-
syarikat
Berkaitan
Kerajaan
(GLC)
dan juga sektor
swasta.
STRATEGI DASAR LUAR EKONOMI
Peningkata
n taraf
hidup
rakyat
melalui
pembaikan
kemudaha
n spt:
- Perumaha
n
- Kesihatan
- Pendidikan
- Prasarana
Pembasmi
an
kemiskinan
tegar
dalam
tempoh
Rancangan
Malaysia
ke-9.
Jurang
pembangunan
&
pendapatan
harus
dirapatkan.
Memastika
n
sumber
tenaga
manusia
tidak
hanya
dibina
upaya
malah
ditingkatkan
kapasiti.
Program
ekonomi
dan
sosial
yang
direncanakan
perlu
menunjukkan
sikap yang
adil dan
saksama
kepada
semua
warganegara
yg
berbilang
kaum.
Menjadikan ASEAN sebagai organisasi utama dalam aspek dasar luar pertahanan
Hal ini kerana melaluinya, risiko keselamatan di peringkat regional berjaya dikurangkan melalui hubungan bilateral dan dialog terbuka.
Meneruskan ZOPFAN dan SEANFWFZ bagi meningkatkan lagi keamanan negara di Asia Tenggara.
Segala isu terapung dalam kalangan negara anggota ASEAN akan diselesaikan secara diplomatik.
Contoh :Isu tuntutan Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dengan Singapura
Malaysia juga dalam aspek dasar luar pertahanan berpegang teguh kepada
prinsip kedaulatan sesebuah negara.
Contoh : Pendirian Malaysia mengenai tanggungjawab mengawal
perairan di Selat Melaka.
• Malah semasa kepimpinan Dato Seri Abdullah, beliau telah menggariskan
lima prinsip bagi menjamin keselamatan serantau :
1. Beralih daripada orde keselamatan yang bebas moral kepada bermoral.
2. Beralih daripada menjadikan keselamatan negara sebagai objek kepada
keselamatan rakyat sebagai objek utama.
3. Berusaha memupuk kesedaran kepentingan negara
4. Beralih daripada kawalan konflik kepada perlindungan keamanan secara
kerjasama serantau.
5. Beralih daripada menumpukan aspek keselamatan ketenteraan yang
sempit kepada keselamatan secara meluas dan komprehensif.
– Di peringkat global Malaysia berusaha memperkukuhkan peranan PBB agar badan dunia tersebut
kekal berkecuali, bebas, adil dan saksama, diterima, dihormati dan meraih kepercayaan dari semua
negara.
– Mengenai isu keganasan Malaysia berpegang teguh pada prinsip penyelesaian sesuatu
konflik harus ditangani secara adil dan aman.
- Malaysia berusaha mempengaruhi pendirian negara Barat supaya menilai dan mereformasi
dasar mereka.
Contoh : Pendirian negara Barat mengenai isu Palestin dan tindakan Amerika Syarikat dan
sekutunya ke atas Iraq.
- Mengenai isu keganasan menurut Dato’ Seri Abdullah, dasar multilateral dianggap alternatif yang
paling berkesan menangani isu ini
Faridah Jaafar. (2007). Perdana Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UniversitiMalaysia.
Chamil Wariya. (1989). Dasar Luar Era Mahathir. Petaling Jaya: PenerbitFajar Bakti Sdn Bhd.
Aminulhakim Isa & Mohamad Aiyad Ramli. (2012, April 13). Dasar DasarLuar Malaysia. Diakses dari https://www.scribd.com: https://www.scribd.com/presentation/22964697/Dasar-Dasar-Luar-Malaysia
Rasyidatul Najwa. (2015, Februari 21). Era Pemerintahan Perdana Menteri. Diakses dari http://rasyidatulnajwa070495.blogspot.my: http://rasyidatulnajwa070495.blogspot.my/2015/02/era-dasar-luar-malaysia.html
Siti Fironika Abd Rahman. (2013, May 24). Hubungan Antarabangsa. Diakses dari http://www.slideshare.net: http://www.slideshare.net/ctfironika/hubungan-antarabangsa
Noor Azam Abdul Rahman. (2013, September 16). Dasar Luar PerdanaMenteri Malaysia. Diakses dari http://azamrahman.blogspot.my: http://azamrahman.blogspot.my/2013/09/dasar-luar-perdana-menteri-malaysia.html