53367010 tokoh tokoh tamadun jepun powerpoint

23
TOKOH-TOKOH TAMADUN JEPUN

Upload: ct-armiza

Post on 09-Aug-2015

154 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

TOKOH-TOKOH TAMADUN JEPUN

Page 2: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

TOKUGAWA LEYASU

Page 3: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Tokugawa Ieyasu (lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – dan meninggal di Shizuoka, 1 Juni 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepang.

• Pendiri Keshogunan Tokugawa yang memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji pada tahun 1868.

Page 4: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman Sengoku. Ia memerintah dari tahun 1600 (secara rasminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605.

Page 5: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

Zaman Kesyogunan Tokugawa(1603-1867)

• Pembahagian kelas, 4 kumpulan:

1. Samurai (pahlawan)2. Nomin (kaum tani)3. Shonin (petukang)4. Chonin (saudagar)

• Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17.

Page 6: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun.

• Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.

• Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun.

Page 7: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung keperluan pendidikan anak - anak kaum tani.

• Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo

Page 8: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867.

• Masyarakat Tokugawa mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri.

Page 9: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Perdagangan yang berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa banyak kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga Tokugawa.

Page 10: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

Kejatuhan Shogun Tokugawa

• Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya.

• Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun dari keluarga Tokugawa.

Page 11: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang benar-benar berkuasa di Jepun.

• Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan pentadbiran.

Page 12: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa

• Peranan saudagar dan perubahan corak sosial• Menentang dasar isolasi• Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme• Tekanan ekonomi • Tentangan suku kaum dari Barat • Kedatangan Barat

Page 13: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

MAHARAJA MEIJI

Page 14: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Maharaja Meiji (3 November 1852 — 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.

• Nama diri baginda ialah Mutsuhito .

• Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat.

Page 15: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat.

• Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.

Page 16: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

• Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.

Page 17: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia.

• Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun iaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun

Page 18: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• ia juga dikenali sebagai pemulihan Meiji di mana bermulanya pemodenan –pemodenan baru yang dilakukan setelah Jepun mengamalkan dasar tutup pintunya selama hampir 200 tahun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa .

• Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk dan lama itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai golongan masyarakat feudal terutamanya samurai dan petani .

Page 19: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Di samping itu , yang diamalkan oleh Tokugawa yang memencilkan Jepun dari dunia luar itu juga menimbulkan keghairahan dan keinginan yang amat dalam sanubari kuasa barat.

• Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakan oleh kuasa barat terhadap Jepun .

Page 20: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Kedatangan Komander Matthew Perry dengan ‘black ships’ di Uraga pada 1853 yang ingin memasuki ke Jepun dan keputusan yang terpaksa dibuat oleh Shogun untuk membenarkan kemasukan dunia luar ke Jepun setelah 2 dekad Jepun mengamalkan dasar isolasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat .

• Perjanjian yang ditandatangani dengan pihak Amerika itu membenarkan Amerika membuka pelabuhan di Shimoda dan Hakodate.

Page 21: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa ini telah dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin samurai dari kawasan-kawasan penguasaan feudal suku kaum Satsuma, Choshu , Tosa , hizen . Antara mereka termasuklah Okubo, Saigo, Matsukata, masayoshi dan Kuroda dari Satsuma . Kido , Ito, Yamagata, Irone , Aritomo dan Katsura dari Choshu . Okuma dari Hizen , Itagaki Taisuke dari Toza.

• Maka bermula pada 23 Oktober 1868, dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun telah bermula dengan pemerintahan Meiji.

Page 22: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi Namun bermulanya zaman pemulihan Meiji ini, kepimpinan kerajaan baru telah didominasi oleh samurai muda dari suku kaum Satsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji.

Page 23: 53367010 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun Powerpoint

• Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa imperialis barat yang merupakan ancaman utama kepada kedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepun sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Maka lahirlah tujuan utama kerajaan mereka iaitu ‘ Eukoku Kyohei ’ ( sebuah negara yang kaya dan dengan kuasa ketenteraan yang kuat )