document

54
SME 3023 TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Upload: irmarosli

Post on 27-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isu pendidikan

TRANSCRIPT

Slide 1

SME 3023

TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Nama No. MatrikShahrain binti RahmanD20111048004Norshalina binti MustaffaD20111048009Nurul Atiyah binti RipinD20111048011

TAJUK :

JURANG PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

Jurang Pencapaian Pelajar

Bagaimana jurang pencapaian pelajar ini diukur?

Menurut majalah Education Week:

The achievement gap in education refers to the disparity in academic performance between groups of students. The achievement gap shows up in grades, standardized-test scores, course selection, dropout rates, and college-completion rates, among other success measures

Jurang Pencapaian Akademik

Lokaliti

Budaya

Sosial

lokaliti

Bandar dan Luar Bandar

... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein

(Perutusan Tahun Baru, 2006)

Jurang Pencapaian Matematik UPSR (Gred ABC) Mengikut Lokasi

7

5.7

6.3

SULIT

SULIT

7

Salah satu matlamat negara adalah untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum. Pendidikan merupakan alat terpenting untuk memupuk perpaduan ini. Ke arah mencapai perpaduan ini, KPM telah merancang pelbagai program pendidikan.

SULIT

SULIT

Trend Pencapaian Gred A, B dan C dalam Matematik UPSR Mengikut Lokasi 2001-2008

Diperoleh dariapda Portal Rasmi KPM

8

Penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar.

Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman.

Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awam dan sebagainya.

Jurang bandar dan luar bandar

Luar BandarBandarAkses yang terhad kepada maklumat: Bahan rujukan terhad di perpustakaan sekolah Perpustakaan awam yang tidak berfungsi Kekurangan kemudahan ICTAkses yang baik kepada maklumat: Rujukan yang banyak, rujukan dirumah Kemudahan ICT lengkap dan mencukupiKekurangan kemudahan infrastruktur kesukaran dalam menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, kawasan luar bandar dan pedalamanKemudahan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap Tidak mengalami kesukaran dalam menempatkan guru berpengalaman

Penyelesaian:

Notebook 1Malaysia.

(1,429,557 unit telah diagihkan)

Usaha berterusan memperbaiki prasarana dan infrastruktur asas terutamanya di kawasan pedalaman.

Wifi percuma di kampung.

(Kampung tanpa wayar 1 Malaysia, 5687 telah disiapkan)

pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan Sarawak

Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus pembangunan negara.

akses kepada air bersih, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, kemudahan bilik air, bilik darjah, meja, kerusi yang mencukupi untuk murid dan ruang kerja selesa untuk pendidik

Isu-isu perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial

ISU JANTINA

ISU KONSEP KENDIRI

ISU HUBUNGAN KEKELUARGAAN

ISU STATUS EKONOMI

ISU-ISU

14

Pelan Hala Tuju Transformasi Kerajaan, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia

Keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan bekemampuan.

Hasrat kerajaan untuk mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan.

Kajian mengenai perbezaan pencapaian pelajar dipengaruhi oleh faktor sosial

Boocock (1972) dalam buku Sociology of learning menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga.

Hess & Shipman (1965) mendapati dalam masyarakat terdapat amalan budaya yang berbeza dalam kalangan institusi sosial seperti keluarga dalam masyarakat dan sosialisasi keluarga mempengaruhi proses pendidikan anak-anak mereka.

Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi (Kamus Dewan, 2005).

Definisi pencapaian dan matematik

Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.

Isu jantina

Pengaruh jantina antara lelaki dan perempuan dalam pencapaian peperiksaan

Petikan rajah dari PPPM 2013-2025

Perbincangan

Jurang gender adalah signifikan dan meningkat.

Murid perempuan tekal mengatasi murid lelaki.

Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR dan meningkat sepanjang laluan akademik murid.

Jurang peratus GPS perempuan dan lelaki didapati semakin meningkat dari tahun 2006 sehingga 2011 bagi peperiksaan UPSR.

Peperiksaan PMR juga menunjukkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga 2011 dan hanya menurun pada tahun 2007.

Manakala peperiksaan SPM pula menunjukkan peningkatan dan penurunan sepanjang tahun 2006 hingga 2011.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),

Menurut sumber dalam temu bual dengan ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar mendapati bahawa sesetengah murid lelaki menghadapi kesukaran menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan mungkin akan mendapat manfaat daripada akses yang lebih kepada latihan vokasional atau kerja kursus berbentuk aplikasi.

Kajian berkaitan pengaruh jantina terhadap pencapaian

Kajian luar negara oleh Tinklin (2003)

Lebih banyak pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang meninggalkan sekolah dengan mendapat keputusan lebih daripada empat higher grade passes' pada tahun 1994.

Kajian ini juga menunjukkan pelajar perempuan telah dapat mencapai pencapaian akademik cemerlang tanpa dipengaruhi oleh jenis latar belakang keluarga.

Lebih ramai pelajar perempuan yang bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian.

Isu status sosioekonomi

Marzano (2003) mengatakan status sosioekonomi keluarga telah dianggap sebagai salah satu peramal yang terbaik untuk pencapaian akademik oleh pengkaji pendidikan, pendidik dan masyarakat umum sejak beberapa dekad yang lalu.

Contoh faktor sosioekonomi :

pendidikan ibu bapa

tingkat pendapatan ibu dan bapa

peralatan dan kemudahan.

Petikan rajah dari PPPM 2013-2025

Kajian-kajian lepas

Kajian-kajian lepas, indikator yang paling biasa digunakan untuk mengukur status sosioekonomi termasuk pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa serta pekerjaan ibu bapa (Gonzalez, 2001).

Kajian oleh Heng (2000)

Meninjau sejauh manakah faktor status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar-pelajar dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Keputusan kajian mendapati ibu dan bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai anak-anak yang mendapat pencapaian akademik yang tinggi juga. Ibu dan bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah pula, anak-anak mendapat pencapaian akademik yang rendah juga.

Sampel-sampel yang berasal dari keluarga yang berpendapatan tinggi, menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi, manakala sampel-sampel dari keluarga yang berpendapatan rendah menunjukkan tahap pencapaian akademik yang rendah.

Tian (2006) telah menjalankan satu kajian untuk melihat kesan faktor latar belakang keluarga ke atas pencapaian Matematik. Status sosioekonomi bapa memberi kesan yang lebih kuat ke atas pencapaian Matematik berbanding dengan status sosioekonomi ibu pada peringkat sekolah menengah.

Yang (2003) yang menyatakan bahawa status sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik.

Dari segi pendidikan ibu bapa, keputusan kajian mendapati kelayakan akademik ibu bapa pelajar mempunyai hubungan dengan keputusan TIMSS.

Isu hubungan kekeluargaan

Sejauh mana hubungan kekeluargaan mempengaruhi pencapaian pelajar

Hubungan keluarga yang positif seperti penglibatan ibu bapa dalam akademik.

Kajian-kajian lepas

Dapatan kajian Yap (2000) memperolehi adalah selaras dengan hasil Heng (2000) kerana didapati sampel-sampel yang mempunyai ibu bapa yang lebih melibatkan diri dalam pembelajaran mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai ibu bapa kurang melibatkan diri.

Faktor penglibatan ibu bapa adalah lebih signifikan daripada faktor status sosioekonomi dalam menentukan pencapaian akademik dalam kajian ini.

Kajian Fluty (1997)

Hubungan antara gaya keibubapaan penjaga tunggal dan pencapaian Matematik remaja juga memperoleh hasil kajian yang sama dengan Tian (2006).

Melibatkan 3000 remaja dari keluarga berpenjaga tunggal.

Keputusan kajian mendapati remaja yang tinggal bersama dengan bapa mendapat pencapaian Matematik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tinggal bersama dengan ibu.

Isu konsep ken