6. manual pengelolaan pertandingan negeri (mss sarawak)

4
MANUAL PENGURUSAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MSS SARAWAK A. Tugas Pengelola 1. Memulakan tugas penganjuran berdasarkan keputusan Mesyuarat MSS Sarawak. 2. Mengenal pasti dan membuat tempahan awal gelanggang dan tempat penginapan pengadil dan kontinjen (untuk sukan- sukan berkenaan sahaja) termasuk sebut harga. (Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Terkini) 3. Menghasilkan kertas konsep pengelolaan termasuk Dokumen Kontrak AJK. 4. Menghantar jemputan penyertaan kepada semua MSS Daerah dan mendapatkan pengesahan penyertaan. (Sesalinan kepada Unit Sukan) 5. Mendapatkan senarai nama pegawai dan peserta kontinjen dari MSS Daerah. 6. Menguruskan permohonan pakej penginapan untuk kontinjen (untuk sukan-sukan berkenaan sahaja) dan pengadil pertandingan dan seterusnya kelulusan pakej tersebut. (Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Terkini) 7. Memohon peruntukan kewangan atau subsidi untuk pengelolaan diturunkan . 8. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan. 9. Menjemput Ketua Unit Sukan dan PTPS MSS Sarawak permainan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat dan pertandingan. 10. Memohon kelulusan Pengarah tentang VIP yang dijemput ke majlis-majlis rasmi pertandingan, apabila berkaitan.

Upload: andrew-chin

Post on 15-Apr-2017

69 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6. manual pengelolaan pertandingan negeri (mss sarawak)

MANUAL PENGURUSAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MSS SARAWAK

A. Tugas Pengelola

1. Memulakan tugas penganjuran berdasarkan keputusan Mesyuarat MSS

Sarawak.

2. Mengenal pasti dan membuat tempahan awal gelanggang dan tempat

penginapan pengadil dan kontinjen (untuk sukan-sukan berkenaan

sahaja) termasuk sebut harga. (Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan

Terkini)

3. Menghasilkan kertas konsep pengelolaan termasuk Dokumen Kontrak

AJK.

4. Menghantar jemputan penyertaan kepada semua MSS Daerah dan

mendapatkan pengesahan penyertaan. (Sesalinan kepada Unit Sukan)

5. Mendapatkan senarai nama pegawai dan peserta kontinjen dari MSS

Daerah.

6. Menguruskan permohonan pakej penginapan untuk kontinjen (untuk

sukan-sukan berkenaan sahaja) dan pengadil pertandingan dan

seterusnya kelulusan pakej tersebut. (Sila rujuk Pekeliling

Perbendaharaan Terkini)

7. Memohon peruntukan kewangan atau subsidi untuk pengelolaan

diturunkan .

8. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan.

9. Menjemput Ketua Unit Sukan dan PTPS MSS Sarawak permainan

berkenaan untuk menghadiri mesyuarat dan pertandingan.

10. Memohon kelulusan Pengarah tentang VIP yang dijemput ke majlis-majlis

rasmi pertandingan, apabila berkaitan.

11. Menyediakan perutusan untuk buku program, draf teks ucapan dan kata

alu-aluan VIP untuk dimajukan ke Unit Sukan, JPNS.

12. Mengadakan Mesyuarat JK Kecil dan disusuli dengan mesyuarat JK

Pengelola.

13. Menyediakan Urus Setia Induk di tempat penginapan dan Urus Setia

Pertandingan di venue pertandingan.

Page 2: 6. manual pengelolaan pertandingan negeri (mss sarawak)

14. Mengurus penghantaran dan menyemak bekalan hadiah/medal

pemenang yang dihantar oleh pembekal/penaja.

15. Mempengerusikan panel pemilihan untuk Kontinjen MSS Sarawak.

16. Menguruskan segala acara/aktiviti dari mula ketibaan kontinjen sehingga

kontinjen berlepas pulang selepas tamat pertandingan.

17. Mengedar bahan-bahan / maklumat pertandingan kepada kontinjen pada

atau sebelum Majlis Penutupan Rasmi.

18. Menyediakan keputusan rasmi;

18.1 keputusan rasmi.

18.2 rakaman CD atau dokumentasi lain seperti gambar-gambar

mengenai aktiviti sepanjang tempoh pertandingan.

18.3 lain-lain perkara yang berkaitan.

19. Menghantar laporan pengelolaan pertandingan kepada YDP MSS

Sarawak dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas tamat

pertandingan.

20. Menghantar laporan kewangan pertandingan kepada YDP MSS Sarawak

dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tamat pertandingan.

21. Mengadakan mesyuarat review untuk mengkaji kelemahan-kelemahan

yang timbul semasa pengelolaan pertandingan.

22. Menjemput wakil Unit Sukan untuk hadir dalam mesyuarat review.

B. Tugas Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atau Urus Setia MSS Sarawak

1. Perlantikan pengelolaan.

2. Menguruskan penurunan peruntukan kewangan atau subsidi untuk

pengelolaan.

3. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengelolaan dan memberi input bagi

memantapkan lagi pengelolaan.

4. Menjemput PTPS MSS Sarawak sukan berkenaan untuk hadir bersama

dalam mesyuarat-mesyuarat pengelolaan.

5. Memperingati Jawatankuasa Pengelola mengenai sumbangan oleh Rakan

Penaja agar tidak berlaku konflik MoU tajaan bersama MSSM.

6. Hadir dalam semua majlis / mesyuarat rasmi.

3

Page 3: 6. manual pengelolaan pertandingan negeri (mss sarawak)

7. Memperingatkan Bahagian pengelola mengenai ketepatan waktu dalam

menghantar laporan pengelolaan dan laporan kewangan.

8. Membimbing dan memantau pertandingan.

9. Mengumpul laporan pengelolaan untuk tujuan laporan Mesyuarat Agung

MSS Sarawak.

10. Memaklumkan Pengarah berkaitan maklumat dan kronologi pertandingan.

11. Kepastian hadiah/medal telah dihantar ke Bahagian pengelola oleh

pembekal/penaja mencukupi. (Sekiranya berkaitan)

12. Ahli dalam panel pemilih untuk Kontinjen MSS Sarawak.

13. Menyemak dan mengemaskini draf Teks Ucapan dan Perutusan

Pengarah apabila berkaitan.

3