7.0 analisis data
DESCRIPTION
dataTRANSCRIPT
7.0 ANALISIS DATA
Dalam kajian ini, saya telah melakukan analisis data berdasarkan kepada kaedah-kaedah
pengumpulan data yang telah ditetapkan pada awal kajian. Oleh itu, penulisan dan persembahan
analisis data saya tulis berdasarkan rentetan kaedah pengumpulan data iaitu ujian Diagnostik,
Ujian Pos, Temu Bual, dan nota lapangan.
7.1 Profil Peserta Kajian
Kajian ini dijalankan kepada sepuluh orang murid tahun 4 dalam sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Kesemua peserta kajian ini berumur 10 tahun dari pelbagai agama dan bangsa.
Maklumat terperinci peserta kajian adalah dirahsiakan. Identiti mereka dikodkan sebagai RK
yang bermaksud Responden Kajian seperti yang boleh dilihat dalam jadual 7.1.1.
Jadual 7.1.1 : Maklumat Umum Responden
Peserta Kajian Jantina Kod
1 Lelaki RK1
2 Perempuan RK2
3 Lelaki RK3
4 Perempuan RK4
5 Perempuan RK5
6 Perempuan RK6
7 Lelaki RK7
8 Perempuan RK8
9 Perempuan RK9
10 Perempuan RK10
Jadual 7.1.2 di atas ini menunjukkan analisis bilangan dan peratus murid mengikut jantina.
Jadual 7.1.2 : Bilangan dan Peratus murid mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus(%)
Lelaki 3 30
Perempuan 7 70
Dalam Jadual 7.1.2 di atas, ditunjukkan bahawa peserta kajian perempuan adalah lebih ramai
berbanding peserta kajian lelaki. Terdapat hanya 3 orang terdiri daripada lelaki manakala 7 orang
merupakan perempuan di mana peratus masing-masing adalah 67% dan 33%.
7.2 Ujian Diagnostik/Ujian Pra
Dalam pelaksanaan kajian ini saya telah membuat ujian pra dan ujian pos untuk mengukur
peningkatan prestasi setiap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Saya juga
menggunakan sistem penggreddan yang selaras dengan kementerian pendidikan Malaysia.
7.2.1. Gred Mengikut Peratusan markah yang diperolehi
Markah(%) Gred
80-100 A
60-79 B
40-59 C
20-39 D
0-19 E
Sumber: saps.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf
Jadual 7.2.1 di atas menunjukkan Gred mengikut peratusan markah yang diperoleh oleh peserta
kajian. Sistem gred ini saya gunakan sepanjang kajian ini dijalankan.
Menggunakan instrumen ujian pra, saya menganalisis data-data yang diperolehi untuk
mendapatkan beberapa maklumat penting tentang sejauh mana kefahaman dan kemahiran murid
menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan sebelum intervensi
dijalankan.
Jadual 7.2.2 : Markah dan Gred Ujian Pra
Peserta kajian markah(markah penuh - 12) Peratus (%) Gred
RK1 1 8 E
RK2 0 0 E
RK3 0 0 E
RK4 6 50 C
RK5 2 16 E
RK6 0 0 E
RK7 0 0 E
RK8 3 25 D
RK9 1 8 E
RK10 3 25 E
Jadual 7.2.3 Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra
Analisis Ujian Pra
Min 13.2
Sisihan Piawai 16.30
Berdasarkan kepada Jadual 7.2.2, didapati bahawa julat markah peserta kajian adalah di antara
0% hingga 50% sahaja. Hanya seorang daripada mereka mendapat 50% iaitu gred C, lulus.
Terdapat 4 orang peserta kajian yang mendapat 0% dan 2 orang mendapat 8%. Ini menjadikan
bilangan peserta kajian yang mendapat gred E ialah 6 orang. Sementara itu, Jadual 7.2.3
menunjukkan analisis min dan sisihan piawai bagi ujian pra. Markah purata bagi ujian pra yang
juga dikelani sebagai markah min adalah 13.2%. sisihan piawai bermaksud ukuran sejauh mana
perbezaan markah yang diperoleh peserta kajian dengan min dapat diperhatikan iaitu sebanyak
16.30%. analisis ini memberitahu saya bahawa murid tidak menguasai kemahiran menukarkan
pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan.
Analisis data secara kualitatif dilakukan ke atas kertas ujian Pra yang telah dijalani oleh para
peserta kajian untuk mengenal pasti pola-pola kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka
apabila menyelesaikan masalah menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada
perpuluhan sebelum kaedah intervensi diperkenalkan. Saya telah menganalisis setiap satu
kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian untuk mengenalpasti pola kesilapan yang wujud.
Saya lebih dahulu merumuskan prestasi para peserta dalam ujian pra seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 7.2.4.
Jadual 7.2.4: Bilangan soalan yang telah dijawab dengan salah oleh responden
SOALAN PESERTA KAJIAN
RK
1
RK
2
RK
3
RK
4
RK
5
RK
6
RK7 RK
8
RK9 RK1
0
1 X X X X X
2 X X X X X X X X
3 X X X X X X X
4 X X X X X X X X
5 X X X X X X X X X
6 X X X X X X X X
7 X X X X X X X X X X
8 X X X X X X X X X
9 X X X X X X X X X X
10 X X X X X X X X X X
11 X X X X X X X X X X
12 X X X X X X X X X X
BILANGAN
SALAH
11 12 12 6 10 12 12 9 11 9
Tanda ‘X’ ialah tanda yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab dengan salah oleh peserta kajian.
Berdasarkan kepada jadual 7.2.4, dapat dilihat bahawa kesemua peserta kajian melakukan
banyak kesilapan iaitu antara 6 hingga 12 soalan dijawab dengan salah. RK2, RK3, RK6 dan
RK7 menjawab kesemua soalan dengan salah. RK1 dan RK9 masing-masing hanya dapat
menjawab 1 soalan iaitu masing-masing soalan 1 dan soalan 2. Sementara itu, RK8 dapat
menjawab 3 soalan iaitu soalan 1, 6 dan 8 sahaja. RK10 juga hanya dapat menjawab soalan 1, 3
dan 4 dengan betul. Peserta kajian yang mendapat markah tertinggi dalam ujian pra ini ialah RK4
dengan menjawab soalan 1 hingga 6 dengan betul di mana soalan-soalan yang berkaitan dengan
pecahan persepuluhan sahaja.
RK1 RK2 RK3 RK4 RK5 RK6 RK7 RK8 RK9 RK100
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
0.7
0.8
0.9
1
pola kesilapan
Rajah 7.2.1: Graf menunjukkan bilangan kesilapan yang dilakukan oleh setip responden
dalam ujian Pra.
Dengan merujuk kepada rajah 7.2.1, kita dapat melihat dengan sangat jelas bahawa peserta
kajian RK2, RK3, RK6 dan RK7 melakukan kesliapan terbanyak manakala peserta kajian RK4
yang melakukan kesilapan paling sedikit.
Setelah menganalisis bilangan kesilapan yang dilakukan oleh para peserta kajian Pra, saya mula
untuk meneliti dan menganalisis pola kesilapan yang dilakukan oleh setiap peserta kajian. Oleh
itu laporan tentang jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh para peserta kajian akan dikodkan
sebagai PK yang bermaksud Pola Kesilapan. Laporan terperinci ada dalam jadual 7.2.5 di bawah
ini.
Jadual 7.2.5 Analisis Pola Kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian
Pola kesilapan Peserta kajian Keterangan
PK1 RK3
RK4
RK6
RK8
RK10
1. Kesilapan jenis pertama yang
dilakukan oleh peserta kajian.
Peserta kajian ini keliru untuk
membezakan nilai pecahan
persepuluh dan perseratus.
PK2 RK3
RK5
RK7
RK9
1. Kesilapan jenis kedua yang
dilakukan oleh peserta kajian.
Peserta kajian menulis dalam
bentuk (pengangka) . (penyebut)
tanpa melakukan sebarang operasi.
2. Peserta kajian tidak ,
PK3mengambil kira nilai
perpuluhan.
PK3 RK1
RK2
RK5
RK7
RK9
RK10
1. Kesilapan jenis ketiga yang
dilakukan oleh murid. Murid
menulis dalam bentuk (penyebut) .
(pengangka) tanpa melakukan
sebarang operasi.
PK4 RK2
RK6
1. Kesilapan jenis keempat yang
dilakukan oleh murid. Murid
menulis dua digit sifar (0)
sebelum titik perpuluhan.
PK5 RK3
RK7
1. Peserta Kajian langsung tidak
menulis apa-apa titik perpuluhan
dalam jawapan mereka.
2. Mereka juga tidak melakukan apa-
apa operasi untuk menukarkan
pecahan kepada perpuluhan.
Berdasarkan jadual 7.2.5, dapat dilihat bahawa peserta kajian paling banyak melakukan
kesilapan yang ketiga iaitu PK3. Apabila mereka cuba untuk menjawab soalan, mereka tidak
dapat mengingat kembali apa yang sudah mereka pernah belajar beberapa waktu dahulu. Oleh
yang demikian mereka menuliskan jawapan dalam bentuk penyebut . pengangka. Seramai 6
orang peserta kajian melakukan kesilapan PK3 iaitu RK1, RK2, RK5, RK7, RK9, RK10.
Sementara itu, seramai 5 orang peserta melakukan kesilapan PK1 iaitu RK3, RK4, RK6, RK8,
RK10. Peserta kajian yang melakukan kesilapan ini keliru dengan nilai pecahan persepuluh dan
perseratus. Mereka tidak tahu membezakan nilai 10 dan 100. Oleh itu, semasa menukarkan
pecahan kepada perpuluhan, peserta kajian menganggap pecahan perseratus sebagai pecahan
persepuluh.
Empat orang peserta kajian pula melakukan kesilapan PK2. Jenis kesilapan ini hampir sama
dengan PK3 tetapi susunannya terbalik menjadi pengangka . penyebut . murid hanya meletakkan
titik perpuluhan di antara pengangka dan penyebut. Seterusnya bagi pola kesilapan PK4 dan PK5
masing-masing mempunyai 2 peserta yang melakukannya. Pola kesilapan ini adalah pola yang
agak kritikal di mana murid masih tidak memahami konsep perpuluhan. Sepatutnya hanya satu
sifar perlu ditulis sebelum titik perpuluhan dan apabila soalan meminta jawapan ditulis dalam
perpuluhan, peserta seharusnya menuliskan titik perpuluhan dengan jelas.
Jadual 7.2.6: Peserta kajian dan pola kesilapan yang dilakukan
Peserta kajian pola kesilapan bilangan pola kesilapan yang dilakukan
RK1 PK3 1
RK2 PK3, PK4 2
RK3 PK1, PK2, PK5 3
RK4 PK1 1
RK5 PK2, PK3 2
RK6 PK1, PK4 2
RK7 PK2, PK3, PK5 3
RK8 PK1 1
RK9 PK2, PK3 2
RK10 PK1, PK3 2
Untuk pengetahuan kita semua, seorang peserta tidak melakukan satu jenis kesilapan sahaja
tetapi melakukan pola kesilapan lebih dari satu. Dengan merujuka kepada jadual 7.2.6, kita dapat
melihat bahawa peserta kajian RK1, RK4 dan RK8 melakukan satu jenis kesilapan sahaja.
Walaupun hanya satu jenis kesilapan, mendapat markah yang sangat rendah kerana PK mereka
aplikasikan dalam setiap soalan. Pada masa yang sama, RK3 dan RK7 melakukan 3 pola
kesilapan. Ini menunjukkan mereka cuba untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah yang
lain. Peserta kajian yang tidak disebut pula masing-masing melakukan 2 jenis kesilapan.
7.3 Ujian Pos
Setelah menganalisis pelbagai pola kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian dalam masalah
menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan, saya meneruskan lagi
dengan melakukan intervensi dan seterusnya ujian Pos. Oleh itu, analisis seterusnya akan
menunjukkan peningkatan kemahiran dan prestasi murid dalam menukarkan pecahan kepada
perpuluhan setelah intervensi dijalankan. Analisis ini sekaligus akan menunjukkan sejauh mana
keberkesanan kaedah intervensi yang diperkenalkan oleh saya untuk membantu meningkatkan
amalan guru dan prestasi murid dalam soalan menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus
kepada perpuluhan.
Jadual 7.3.1: Markah Peserta Kajian Bagi Ujian Pos
Peserta kajian markah(markah penuh - 12) Peratus (%) Gred
RK1 11 92 A
RK2 12 100 A
RK3 12 100 A
RK4 12 100 A
RK5 12 100 A
RK6 12 100 A
RK7 12 100 A
RK8 12 100 A
RK9 12 100 A
RK10 12 100 A
Jadual 7.3.2 Min dan Sisihan Piawai Ujian Pos
Analisis Ujian Pos
Min 99.2
Sisihan Piawai 2.529
Berdasarkan kepada jadual 7.3.1, markah responden berada dalam lingkungan 90% hingga 100%
di mana grednya adalah A. Terdapat 9 orang peserta kajian berjaya mendapat markah penuh iaitu
100% manakala hanya seorang yang tidak berjaya mendapat markah penuh tetapi masih dalam
lingkungan cemerlang iaitu RK1 dengan markah 92%.
Seperti yang dapat disaksikan dalam jadual 7.3.2, analisis ujian pos menunjukkan peningkatan
yang sangat mendadak berbanding ujian pra. Min bagi ujian pos ialah 99.2% sementara sisihan
piawai yang sangat rendah dan baik, 2.529%.
Bagi mengenalpasti adakah terdapatnya peningkatan prestasi responden selepas kaedah
intervensi diperkenalkan, saya telah menggunakan perbandingan markah secara langsung iaitu
perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos. Selain itu saya juga telah membandingkan min
dan sisihan piawai markah peserta kajian bagi Ujian Pra dan Ujian Pos bagi mengenalpasti
peningkatan prestasi selepas mereka mempelajari kaedah ‘Bubble Family’. Oleh itu,
perbandingan dapatan bagi kedua-dua jenis ujian ini dapat memberikan gambaran mengenai
prestasi peserta sebelum dan selepas tervensi dijalankan. Perbandingan keputusan bagi kedua-
dua ujian ini ditunjukkan dalam jadual 7.3.3 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk graf
perbandingan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.3.1.
Jadual 7.3.3: Perbezaan Markah Responden Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Peserta KajianMarkah Ujian (%)
Peratus peningkatan (%)Pra Pos
RK1 8 92 84
RK2 0 100 100
RK3 0 100 100
RK4 50 100 50
RK5 16 100 84
RK6 0 100 100
RK7 0 100 100
RK8 25 100 75
RK9 8 100 92
RK10 25 100 75
Jadual 7.3.3 di atas menunjukkan bahawa setiap peserta kajian telah menunjukkan peratusan
peningkatan yang sangat ketara dan positif. Peratus peningkatan yang tertinggi adalah 100%
yang telah dicapai oleh RK2, RK3, RK6, dan RK7 yang mana sebelum ini peserta kajian ini
mendapat markah terendah iaitu 0% dalam ujian Pra. Peratus peningkatan yang kedua tertinggi
ialah 92% yang dicapai oleh RK9. Peningkatan sebanyak 92% menjadikan markah keseluruhan
RK9 menjadi 100%. Peserta kajian RK1 dan RK5 bersama-sama mendapat meningkatkan
prestasi sebanyak 84% menjadi RK5 mendapat 100%. Walau bagaimanapun RK1 hanya
mendapat 92% setelah peningkatan sebanyak 84%. Seterusnya 2 peserta kajian yang terakhir
iaitu RK8 dan RK10 berkongsi peratus peningkatan iaitu sebanyak 75%. Pada Ujian Pra, kedua-
dua peserta kajian ini mendapat 25 peratus. Oleh itu, peningkatan sebanyak 75% menjadikan
markah ujian Pos mereka kepada 100%. Seperti peserta kajian yang lain, nampaknya
peningkatan pencapaian ataupun perkembangan prestasi kesemua peserta dalam kajian ini
membuktikan keberkesanan kaedah intervensi yang sudah dijalankan sebelum ini.
RK1 RK2 RK3 RK4 RK5 RK6 RK7 RK8 RK9 RK100
20
40
60
80
100
120
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
Rajah 7.3.1: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Rajah 7.3.1 menunjukkan bahawa semua peserta kajian mencatatkan peningkatan yang ketara
selepas kaedah intervensi iaitu ‘Bubble family’ diperkenalkan. Dengan persembahan graf
histogram ini, perbezaan markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos akan dapat dilihat dengan lebih
jelas lagi. 10 peserta kajian daripada 10 peserta kajian mencatatkan peningkatan yang
memberangsangkan. Ini membuktikan keberkesanan kaedah “Bubble Family”.
Jadual 7.3.4: Perbezaan analisis min dan sisihan piawai ujian Pra dan Ujian Pos
Analisis Ujian Pra % Ujian Pos % Perbezaan(peningkatan)%
Min 13.2 99.2 86
Sisihan Piawai 16.301 2.529 - 13.772
Analisis perbezaan nilai min dan sisihan piawai bagi kedua-dua ujian dapat dilihat pada jadual
7.3.4 di atas ini. Aspek yang hndak dikaji iaitu mod, min dan sisihan piawai didapati menglami
peningkatan yang positif. Daripada analisis ini, dapat diketahui bahawa tujuan kajian untuk
menggunakan kaedah “Bubble Family” untuk membantu peserta kajian menukarkan pecahan
persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan telah tercapai. Bagi min peningkatan yang
dicatatkan adalah sebanyak 86% di mana nilai min bagi ujian Pra hanya 13.2% dan meningkat
dengan mendadak pada ujian pos menjadi 99.2%. Seterusnya aspek sisihan piawai. Penting
untuk diketahui bahawa semakin kecil nilai sisihan piawai, maka semakin baik keputusannya
kerana iai menunjukkan bahawa markah ujian yang diperolehi oleh peserta kajian semakin
menghampiri nilai min. Oleh itu, penurunan nilai sisihan piawai sebanyak -13.772 dalam kajian
ini menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan positif. Nilai sisihan piawai sebanyak
16.301% dalam ujian Pra telah menurun pada ujian pos, 2.529%. Penurunan nilai sisihan piawai
ini menambahkan lagi bukti keberkesanan kaedah intervendi yang diperkenalkan oleh saya.
Untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang pningkatan nilai min dan sisihan piawai sila rujuk
graf perbandingan di bawah ini.
min sisihan piawai0
20
40
60
80
100
120
Graf Perbezaan Nilai Min Dan Sisihan Piawai
Ujian Pra % Ujian Pos %
Rajah 7.3.2: Graf Analisis Perbezaan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Ujian Pra Dan Ujian
Pos
7.4 Temu bual
Untuk menjawab beberapa soalan kajian secara kualitatif, saya telah melaksanakan instrumen
temu bual kepada kesemua peserta kajian. Instrument temu bual ini dijalankan pada dua
peringkat iaitu peringkat pra dan peringkat pos. Temu bual peringkat pra bermaksud temu bual
sebelum intervensi kaedah “Bubble Family” diperkenalkan manakala temu bual peringkat pos
bermaksud sesi yg dijalankan selepas intervensi diperkenalkan. Saya telah menjalankan temu
bual secara berstruktur dengan kesemua peserta kajian pada waktu rehat mereka. Dalam laporan
ini saya kemukakan borang temu bual untuk setiap peserta kajian dalam ruangan lampiran.
Setelah meneliti catatan temu bual yang dijalankan ini, saya mencari pola-pola persamaan
yang wujud dalam kalangan peserta kajian terutamanya minat mereka terhadap matematik.
Setiap respon peserta kajian telah saya kodkan untuk memudahkan analisis data. Contoh kod
yang saya gunakan ialah I1P1 yang bermaksud ”Item 1 Pola 1”. Pola persamaan bagi hasil temu
bual setiap peserta kajian untuk soalan pertama “adakah anda meminati mata pelajaran
matematik?” direkodkan dan dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.1 di bawah ini.
Jadual 7.4.1: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 1
Pola Persamaan Kod
Meminati matematik I1P1
Meminati secara ragu-ragu I1P2
Tidak meminati matematik I1P3
Jadual 7.4.2: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pra Bagi Item Soalan 1
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 1
(Adakah anda meminati mata pelajaran
matematik?)
Kata kunci Kod
RK1 Em..Minat cikit-cikit lah. Minat cikit I1P2
RK2 Tidak..sebab susah Tidak I1P3
RK3 Minat juga la..tapi bahagi saya x pandai Minat tapi
(tapi - menunjukkan
keraguan)
I1P2
RK4 Ya.. Ya I1P1
RK5 Minat..kawan-kawan sia pun minat juga. Minat I1P1
RK6 Tidak.. Tidak I1P3
RK7 Kadang-kadang sia minat. Kadang-kadang I1P2
RK8 Minat..buli bertanding sma kawan-kawan. Minat I1P1
RK9 iya..siok tu. Iya I1P1
RK10 Tidak..susah tidak I1P3
Berdasarkan Jadual 7.4.2 di atas ini, kesemua peserta kajian memberikan respon yang selaras
dengan pola yang telah diramalkan berkaitan dengan sejauh mana murid meminati mata
pelajaran matematik yang diajarkan kepada mereka. Pola-pola yang telah diperolehi ini saya
pindahkan kepada jadual kekerapan untuk mengetahui berapa banyak pola itu berulang.
Jadual 7.4.3:Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pra
bagi item soalan 1
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Meminati matematik I1P1 4
Meminati secara ragu-ragu I1P2 3
Tidak meminati matematik I1P3 3
Berdasarkan kepada jadual 7.4.3 di atas, seramai 4 orang responden memberitahu bahawa
mereka meminati mata pelajaran matematik. Dan angka 4 ini merupakan kekerapan yang
tertinggi. Sementara itu seramai 3 orang peserta kajian menunjukkan bahawa mereka meminati
matematik tapi masih ragu-ragu dengan pendirian mereka. 3 orang responden yang selebihnya
menyatakan bahawa mereka tidak meminati mata pelajaran matematik ini.
Seterusnya, pola persamaan bagi hasil temu bual setiap peserta kajian untuk item soalan kedua
“adakah anda suka cara guru mengajar anda matematik?” direkodkan dan dikodkan seperti yang
terdapat dalam jadual 7.4.4 di bawah ini.
Jadual 7.4.4: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 2
Pola Persamaan Kod
Suka cara guru mengajar I2P1
Kadang-kadang sahaja I2P2
Tidak suka I2P3
Jadual 7.4.5: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pra Bagi Item Soalan 2
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 2
(Adakah anda suka cara guru mengajar
anda matematik?)
Kata kunci Kod
RK1 Suka. Em..cigu slalu bagi teka teki yg siok. suka I2P1
RK2 Suka cikit-cikit lah. Suka sikit I2P2
RK3 Tidak sebab cigu slalu saja mau tanya yg
susah-susah.
Tidak I2P3
RK4 Suka..banyak suda bintang cikgu cop di
buku saya.
Suka I2P1
RK5 Suka. Suka I2P1
RK6 Kadang-kadang saja suka. Kadang-kadang I2P2
RK7 Nda brapa..sa minat lagi kalau cigu yang
ajar.
Tidak I2P3
RK8 Em..Suka..cgu slalu bagi soalan yg susah
tapi siok.
Suka I2P1
RK9 Suka sebab slalu dia buat lucu. Suka I2P1
RK10 Suka..walaupun garang tapi dia baik Suka I2P1
Berdasarkan Jadual 7.4.5, kesemua peserta kajian juga memberikan respon yang selaras dengan
pola yang telah diramalkan berkaitan dengan sejauh mana murid meminati mata pelajaran
matematik yang diajarkan kepada mereka. Boleh diandaikan bahawa tidak semua peserta kajian
ternanti-nanti dengan masa matematik. Beberapa orang peserta kajian yang mengatakan “iya”
dan “suka” tidak mngatakannya dengan jujur ataupun sekadar menjaga hati saya sebagai
pengkaji. Pola-pola yang telah diperolehi ini saya pindahkan kepada jadual kekerapan untuk
mengetahui berapa banyak pola itu berulang.
Jadual 7.4.6: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pra
bagi item soalan 2
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Suka cara guru mengajar I2P1 6
Kadang-kadang sahaja I2P2 2
Tidak suka I2P3 2
Berdasarkan kepada jadual 7.4.6 di atas, seramai 6 orang responden memberitahu bahawa
mereka menyukai cara guru mata pelajaran matematik mengajar mereka.. Dan angka 6 ini
merupakan kekerapan yang tertinggi bagi soalan ini. Sementara itu seramai 2 orang peserta
kajian menunjukkan bahawa mereka menyukai cara guru matematik tapi masih ragu-ragu dengan
pendirian mereka. 2 orang responden yang selebihnya menyatakan bahawa mereka tidak
menyukai cara guru mata pelajaran mengajar mereka matematik. Seperti yang dinyatakn sebelum
ini, beberapa orang peserta kajian yang mengatakan “suka” dan “ya” sebenarnya kelihatan ragu-
ragu dengan jawapan mereka.
Seterusnya beralih ke item soalan yang ketiga. Pola persamaan bagi hasil temu bual setiap
peserta kajian untuk item soalan ketiga “Adakah anda meminati topik pecahan dan perpuluhan?”
direkodkan dan dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.7 di bawah ini.
Jadual 7.4.7: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 3
Pola Persamaan Kod
Meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P1
Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P2
Tidak pasti I3P3
Jadual 7.4.8: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pra Bagi Item Soalan 3
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 3
(Adakah anda meminati topik pecahan
dan perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1 Tidak tau..susah bah tu cigu Tidak I3P2
RK2 Tidak.. Tidak I3P2
RK3 Emm..iyaa. Ya I3P1
RK4 Iyaa minat. Minat I3P1
RK5 Minat juga lah tapi susah Minat tapi(tidak pasti) I3P3
RK6 Em..tidak Tidak I3P2
RK7 Minat juga..walaupun bikin keliru
Minat-keliru
(tidak pasti) I3P3
RK8 Hmm..buli kira minat juga la.. Minat juga I3P1
RK9 (Mengangkat bahu)..
(Angkat bahu
bermaksud tidak tahu) I3P3
RK10 Tidak sudah..susah Tidak I3P2
Berdasarkan Jadual 7.4.8, didapati para peserta kajian mempunyai respon yang pelbagai terhadap
item soalan ketiga. Walaupun sebelum ini mereka mengatakan minat dengan subjek matematik,
beberapa topik dalam mata pelajaran matematik tidak mereka minati khususnya topik pecahan
dan perpuluhan kerana membingungkan bagi mereka.
Jadual 7.4.9: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pra
bagi item soalan 3
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P1 3
Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P2 4
Tidak pasti I3P3 3
Berdasarkan kepada jadual 7.4.9 di atas, hanya seramai 3 orang peserta kajian memberitahu
bahawa mereka meminati topik pecahan. Seramai 7 orang lagi menunjukkan respon yang negatif
terhadap topik pecahan dan perpuluhan di mana 4 orang peserta kajian menyatakan bahawa
mereka tidak meminati topik tersebut manakala 3 orang lagi tidak pasti sama ada mereka minat
ataupun tidak.
Beralih ke item soalan yang keempat. Pola persamaan bagi hasil temu bual setiap peserta kajian
untuk item soalan keempat “Adakah anda tahu cara untuk menukarkan pecahan persepuluh dan
perseratus kepada perpuluhan?” direkodkan dan dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual
7.4.10 di bawah ini.
Jadual 7.4.10: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 4
Pola Persamaan Kod
Tahu dengan yakin I4P1
Tahu tapi sudah lupa I4P2
Tidak tahu I4P3
Jadual 7.4.11: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pra Bagi Item Soalan 4
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 4
(Adakah anda tahu cara untuk
menukarkan pecahan persepuluh dan
perseratus kepada perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1
(ambil masa beberapa saat untuk berfikir)..
ingat cikit-cikit la.
Ingat sikit-sikit
(bermaksud lupa) I4P2
RK2
Saya lupa sudah cigu. Bikin bingung Lupa
I4P2
RK3
Pandai cikit-cikit saja. Pandai sikit-sikit
(tidak yakin) I4P2
RK4
Tau..kmi suda kena ajar dulu tapi kadang-
kadang sia keliru.
Tau tapi keliru
(tidak yakin) I4P2
RK5
Tau cikit-cikit saja Tahu sikit-sikit
(bermaksud lupa) I4P2
RK6
Lupa suda oh..dulu kami ada belajar tu. Lupa
I4P2
RK7
tahu..tapi cikit-cikit saja. Tahu sikit-sikit
(bermaksud lupa) I4P2
RK8
Tahu cikit-cikit..bikin bingung bah tu cgu. Tau sikit tapi keliru
(tidak yakin) I4P2
RK9
(berfikir sekejap)..entah. Entah (bermaksud
lupa) I4P2
RK10
Apa? Tahu..tapi sikit saja. Tahu sikit-sikit
(bermaksud lupa) I4P2
Berdasarkan Jadual 7.4.11, kebanyakan peserta kajian menyatakan mereka tahu tapi tidak
menunjukkan keyakinan dalam diri mereka. Mereka masih ragu-ragu dengan kemahiran
menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan. Hal ini menunjukkan
bahawa kemahiran matematik yang mudah ini nampaknya tidak mudah bagi sesetengah murid
terutamanya bagi mereka yang kurang motivasi untuk mempelajari dan mendalami matematik.
Jadual 7.4.12: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pra
bagi item soalan 4
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Tahu dengan yakin I4P1 0
Tahu tapi sudah lupa I4P2 10
Tidak tahu I4P3 0
Berdasarkan kepada jadual 7.4.12 di atas, kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka
tahu tapi sudah lupa caranya. Tambahan lagi, sebelum ini mereka memang sudah keliru dengan
kaedah yang diajarkan oleh guru mereka. Ini menunjukkan bahawa sebelum ini mereka memang
sudah mempelajari topik kemahiran menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada
perpuluhan. Walau bagaimanapun, mereka lupa dan tidak ada keyakinan diri kerana keliru dan
bingung dengan kaedah yang diajarkan sebelum ini.
Seterusnya, beralih ke item soalan yang terakhir iaitu kelima. Pola persamaan bagi hasil temu
bual setiap peserta kajian untuk item soalan kelima “Antara pecahan persepuluh dan perseratus,
manakah yang lebih mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan?” direkodkan dan dikodkan
seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.13 di bawah ini.
Jadual 7.4.13: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 5
Pola Persamaan Kod
Pecahan Persepuluh I5P1
Pecahan perseratus I5P2
Tidak tahu I5P3
Jadual 7.4.14: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pra Bagi Item Soalan 5
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan
(Antara pecahan persepuluh dan
perseratus, manakah yang lebih mudah
untuk ditukarkan kepada perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1 Yang persepuluh la sinang Persepuluh I5P1
RK2 persepuluh. Persepuluh I5P1
RK3 Emm..tia tau.
Tia tau(bermaksud
Tidak tahu) I5P3
RK4 Persepuluh. Persepuluh I5P1
RK5 persepuluh Persepuluh I5P1
RK6 Perseratus. Perseratus I5P2
RK7 persepuluh Persepuluh I5P1
RK8 persepuluh Persepuluh I5P1
RK9 persepuluh Persepuluh I5P1
RK10 Persepuluh. Persepuluh I5P1
Berdasarkan Jadual 7.4.14, Kebanyakan peserta kajian memilih pecahan persepuluh adalah lebih
senang untuk ditukarkan kepada perpuluhan. Ini adalah satu miskonsepsi dan berlaku dalam
kalangan murid. Jika mereka tahu teknik yang sebenar, dijangka jawapan mereka adalah
persepuluh dan perseratus.
Jadual 7.4.15: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pra
bagi item soalan 5
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Pecahan Persepuluh I5P1 8
Pecahan perseratus I5P2 1
Tidak tahu I5P3 1
Berdasarkan kepada jadual 7.4.15 di atas, didapati 8 orang peserta kajian menganggap
menukarkan pecahan persepuluh adalah lebih mudah berbanding menukarkan pecahan perseratus
kepada perpuluhan. Sementara itu, hanya seorang peserta kajian yang memilih pecahan
perseratus dan seorang lagi taidak tahu yang mana satu lebih mudah.
Jadual 7.4.16: Kekerapan Kod bagi hasil temu bual responden peringkat pra mengikut kod pola persamaan untuk setiap item soalan
Item Soalan Kod Pola Persamaan Kekerapan
1I1P1 Meminati matematik dengan sungguh-sungguh 4
I1P2 Meminati matematik secara ragu-ragu 3I1P3 Tidak meminati matematik 3
2
I2P1 Suka cara guru mengajar mata pelajaran matematik 6
I2P2 Kadang-kadang sahaja meminati matematik 2
I2P3Tidak suka cara guru mengajar mata pelajaran
matematik2
3
I3P1 Meminati topik pecahan dan perpuluhan 3
I3P2 Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan 4
I3P3Tidak pasti sama ada meminati topik pecahan dan
perpuluhan ataupun tidak3
4
I4P1Tahu dengan yakin cara menukarkan pecahan
kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
0
I4P2Tahu tapi sudah lupa cara menukarkan pecahan
kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
10
I4P3Tidak tahu cara menukarkan pecahan kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
0
5I5P1 Pecahan Persepuluh lebih mudah 8I5P2 Pecahan perseratus lebih mudah 1I5P3 Tidak tahu yang mana satu lebih mudah 1
Jadual 7.4.16 menunjukkan Kekerapan kod bagi hasil temu bual responden peringkat pra
mengikut kod pola persamaan untuk setiap item soalan. Data yang diperolehi ini dianalisis secara
kualitatif mengikut pola persamaan yang telah ditentukan. Bagi item soalan pertama berkaitan
dengan minat peserta terhadap matematik yang terdiri daripada I1P1, I1P2 dan I1P3 memberikan
kekerapan tertinggi pada I1P1 iaitu sebanyak 4 orang. Hanya 4 orang meminati matematik.
Selebihnya kurang bermotivasi untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Bagi item soalan
kedua pula yang berkaitan dengan minat terhadap cara guru mengajar, kekerapan paling ketara
adalah pada I2P1. Ini menunjukkan mereka meminati cara guru mengajar. Walau bagaimanapun
kebanyakan mereka masih tidak menguasai kemahiran asas matematik.
Seterusnya bagi item soalan yang ketiga, saya menyoal sama ada peserta kajian meminati
topik pecahan dan perpuluhan. Hasil temu bual menunjukkan hanya 3 orang yang meminati topik
tersebut..manakala 7 orang lagi menyatakan kurang meminati ataupun tidak pasti dama ada
minta ataupun tidak. Item soalan keempat adalah berkaitan dengan kemahiran peserta kajian
menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan. Kesemua peserta kajian
mengatakan pernyataan seperti dalam I4P2 di mana mereka tahu tetapi malangnya sudah lupa
kerana kekeliruan dan kebingungan dengan kaedah yang lalu. Yang terakhir, item soalan kelima.
Saya sengaja bertanya kepada peserta kajian yang mana antara pecahan persepuluh atau
perseratus adalah lebih mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan. Nampaknya 8 daripada
peserta kajian memilih pecahan persepuluh kerana jumlah digitnya adalah sedikit berbanding
pecahan perseratus.
Dengan hasil temu bual peringkat pra ini, sa telah mendapati bahawa peserta-peserta kajian
kurang meminati mata pelajaran matematik. Sebahagian dari mereka meminati matematik atas
faktor guru dan bukannya faktor ilmu dalam matematik itu sendiri. Mereka masih ragu-ragu
dengan kebolehan logik mereka dalam mata pelajaran ini.mereka mempunyai minat tetapi perlu
diasah dengan kaedah yang berkesan, menarik dan efektif. Seterusnya, saya menganalisis temu
bual peserta kajian di peringkat pos untuk menilai sama ada penggunaan kaedah “Bubble
Family” dapat meningkatkan minat dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah
matematik. Berdasarkan data-data yang telah saya perolehi dalam temu bual peringkat pos, pola-
pola persamaan yang wujud dalam setiap respon peserta kajian dikaji dan dikodkan mengikut
kod yang telah ditetapkan.
Berdasarkan Jadual 7.4.17 di bawah ini, I1P1 hingga I1P3 merupakan kod bagi setiap pola
persaaan yang terdapat dalam hasil temu bual peringkat pos bagi item soalan 1. Kod-kod ini
menjadi rujukan saya untuk mengenal pasti persamaan-persamaan yang ada untuk mengkaji
minat perseta kajian terhadap matematik selepas intervensi dijalankan.
Jadual 7.4.17: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 1 peringkat Pos.
Pola Persamaan Kod
Meminati matematik I1P1
Meminati secara ragu-ragu I1P2
Tidak meminati matematik I1P3
Jadual 7.4.18: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 1
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 1
(Adakah anda meminati mata pelajaran
matematik?)
Kata kunci Kod
RK1 Emm..iya..minat
Minat I1P1
RK2 Minat sudah..senang bah matematik
Minat, senang I1P1
RK3 Minat..dulu pun cgu tanya juga begini..
Minat I1P1
RK4 Ya saya minat.
Minat I1P1
RK5 Minat bah. Saya suka yang kira-kira.
Minat, suka I1P1
RK6 Sekarang sia minat sudah.
Minat sudah I1P1
RK7 Errr...Minat sudah sekarang.
Minat sudah I1P1
RK8
Minat bah..sia suka betanding sma kawan-
kawan.
Minat, suka
bertanding
I1P1
RK9 Iya..
Iya I1P1
RK10 Minat sikit-sikit.
Minat cikit-cikit
( ragu-ragu)
I1P2
Berdasarkan kepada temu bual soalan 1 peringkat pos, para peserta kajian mengalami perubahan
yang ketara ke arah positif. Kita dapat melihat respon peserta kajian dalam peringkat pos ini
lebih bersemangat dan menunjukkan minat mereka terhadap matematik semakin meningkat.
Perkara ini menunjukkan peningkatan daripada temu bual peringkat pra.
Jadual 7.4.19:Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pos
bagi item soalan 1
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Meminati matematik I1P1 9
Meminati secara ragu-ragu I1P2 1
Tidak meminati matematik I1P3 0
Dengan merujuk kepada jadual 7.4.19 di atas ini, pilihan kod yang pertama, I1P1 mempunyai
kekerapan yang paling tinggi iaitu seramai 9 orang. Keenam-enam orang peserta kajian ini
menunjukkan minat mereka terhadap matematik selepas intervensi dijalankan. Sementasa
seorang lagi responden mengatakan “minat sikit-sikit”. Ini menggambarkan minatnya terhadap
matemtik masih ragu-ragu. Secara keseluruhan, data dalam temu bual ini adalah satu
peningkatan positif yang besar kerana hasil temu bual mencatatkan tidak ada peserta kajian yang
mengatakan tidak minat terhadap matematik.
Seterusnya, pola persamaan bagi hasil temu bual peringkat pos setiap peserta kajian
untuk item soalan kedua “adakah anda suka cara guru mengajar anda matematik?” direkodkan
dan dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.20 di bawah ini.
Jadual 7.4.20: Pola persamaan dan kod Temu bual peringkat pos bagi item soalan 2
Pola Persamaan Kod
Suka cara guru mengajar I2P1
Kadang-kadang sahaja I2P2
Tidak suka I2P3
Jadual 7.4.21: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 2
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 2
(Adakah anda suka cara guru mengajar
anda matematik?)
Kata kunci Kod
RK1
Suka..sa suka bila cigu bercerita Suka I2P1
RK2
Em..Suka..cigu suka bercerita pasal tahi
lalat.
Suka I2P1
RK3
Iya..sebab sia mau tau cgu ajar apa guna
cerita.
Iya I2P1
RK4
Suka bah. Tambah suka bila cgu buat cerita
yang lawak.
Suka, tambah suka I2P1
RK5
Suka. Suka I2P1
RK6
Hmmm..Suka bila ada cerita macam
keluarga buih.
Suka I2P1
RK7
Iya. Iya I2P1
RK8
Iya..cgu buat kuiz, cerita, memang siok Iya I2P1
RK9
Suka.. Suka I2P1
RK10
Kalau cgu yang ajar, saya suka. Suka I2P1
Berdasarkan Jadual 7.4.21, kesemua peserta kajian memberikan respon yang sama sahaja. RK1
sehingga RK10 menunjukkan bahawa mereka menyukai cara guru mengajar. Hal ini demikian
kerana mereka suka dengan cerita-cerita. Apabila difikirkan, cerita adalah mudah diingat. Jadi
apa salahnya menjadikan cerita sebagai salah satu pembelajaran dalam matematik. Oleh yang
demikina, kesemua peserta kajian, dapat memberikan respon yang positif terhadap cara guru
mengajar.
Jadual 7.4.22: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat Pos
bagi item soalan 2
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Suka cara guru mengajar I2P1 10
Kadang-kadang sahaja I2P2 0
Tidak suka I2P3 0
Berdasarkan kepada jadual 7.4.22 di atas, seramai 10 orang peserta kajian memberitahu bahawa
mereka menyukai cara guru mata pelajaran matematik mengajar mereka. Ini adalah perkara yang
sangat baik kerana tidak ada lagi peserta kajian yang mengatakan tidak suka dengan cara guru
mengajar mereka. Apabila mereka menyukai cara guru mengajar, mereka akan dapat belajar
dengan lebih baik lagi.
Seterusnya beralih ke item soalan yang ketiga bagi temu bual peringkat pos. Pola persamaan
bagi hasil temu bual setiap peserta kajian untuk item soalan ketiga “Adakah anda meminati topik
pecahan dan perpuluhan?” direkodkan dan dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.23 di
bawah ini.
Jadual 7.4.23: Pola persamaan dan kod temu bual peringkat pos bagi item soalan 3
Pola Persamaan Kod
Meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P1
Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P2
Tidak pasti I3P3
Jadual 7.4.24: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 3
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 3
(Adakah anda meminati topik pecahan
dan perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1 Minat..siok pula belajar tu.. Minat, siok I3P1
RK2 Iya sia minat. Tidak susah pula tu. Iya, tidak susah I3P1
RK3 Iya..minat. Iya, minat I3P1
RK4 Iya..sa suka tu. Iya, suka I3P1
RK5 Minat. Dulu susah, sekarang senang sudah Minat, senang I3P1
RK6 Minat. Paling sinang la tu. Minat, senang I3P1
RK7 Minat.tidak susah tu.. Minat, tidak susah I3P1
RK8 Emm..minat..juga la. Minat
I3P1
RK9 (mengangguk dan senyum)
(Mengangguk)
(bermaksud setuju) I3P1
RK10
Minat..tapi dulu tidak..sa ingt susa tapi
senang saja pula. Minat, senang I3P1
Berdasarkan Jadual 7.4.24, didapati para peserta kajian mempunyai respon yang sama terhadap
item soalan ketiga. Walaupun sebelum ini mereka mengatakan kurang minat dengan topik ini
kerana merasa susah, dan membingungkan, sekarang mereka telah berubah kerana sudah
melewati sesi intervensi kaedah “Bubble Family”.
Jadual 7.4.25: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat pos
bagi item soalan 3
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P1 10
Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan I3P2 0
Tidak pasti I3P3 0
Berdasarkan kepada jadual 7.4.25 di atas, kesemua peserta kajian seramai 10 orang memberitahu
bahawa mereka meminati topik pecahan dan perpuluhan. Tidak ada seorang pun peserta kajian
yang mengatakan tidak berminat ataupun tidak tahu. Ini merupakan satu peningkatan yang baik
dalam kalangan peserta kajian.
Beralih ke item soalan yang keempat bagi temu bual peringkat pos. Pola persamaan bagi hasil
temu bual setiap peserta kajian untuk item soalan keempat “Adakah anda tahu cara untuk
menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan?” direkodkan dan dikodkan
seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.26 di bawah ini.
Jadual 7.4.26: Pola persamaan dan kod tembu bual peringkat pos bagi item soalan 4
Pola Persamaan Kod
Tahu dengan yakin I4P1
Tahu tapi sudah lupa I4P2
Tidak tahu I4P3
Jadual 7.4.27: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 4
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan 4
(Adakah anda tahu cara untuk
menukarkan pecahan persepuluh dan
perseratus kepada perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1 Tau..senang saja ba..cgu mau soal saya? Tahu, senang I4P1
RK2 Iya! Paling senang la..hehe. Iya, senang I4P1
RK3 Pandai ba..guna bubble family. Pandai, senang I4P1
RK4 Emm..senang. senang I4P1
RK5
Memang sia tau, cgu suda ajar kan cara
yang paling sinang. Tahu, senang I4P1
RK6 Ya sa tahu Tahu I4P1
RK7 Tau bah..senang saja. Tahu, senang I4P1
RK8 Tahu..fikir ja bubble family. Tahu, bubble family I4P1
RK9
(Berfikir sekejap)..yang bubble family kan
cgu? Bubble family I4P1
RK10 Tau!(dengan mengangkat kening) Tahu I4P1
Berdasarkan Jadual 7.4.27, peserta menunjukkan respon yang diharapkan oleh saya iaitu tahu
dengan yakin. Kali ini, setiap peserta kajian menunjukkan peningkatan dengan menjawab dengan
yakin bahawa mereka tahu cara untuk menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada
perpuluhan dengan menggunakan kaedah “Bubble Family”. Kesemua peserta nampaknya selesa
menggunakan kaedah yang telah saya perkenalkan.
Jadual 7.4.28: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat Pos
bagi item soalan 4
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Tahu dengan yakin I4P1 10
Tahu tapi sudah lupa I4P2 0
Tidak tahu I4P3 0
Berdasarkan kepada jadual 7.4.28 di atas, kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka
tahu dengan yakin cara untuk menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada
perpuluhan. Ini menunjukkan mereka faham dan dapat mempelajari matematik melalui cerita.
Seterusnya, beralih ke item soalan kelima bagi temu bual peringkat pos. Pola persamaan bagi
hasil temu bual setiap peserta kajian untuk item soalan kelima “Antara pecahan persepuluh dan
perseratus, manakah yang lebih mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan?” direkodkan dan
dikodkan seperti yang terdapat dalam jadual 7.4.28 di bawah ini.
Jadual 7.4.28: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 5
Pola Persamaan Kod
Pecahan Persepuluh I5P1
Pecahan perseratus I5P2
Kedua-duanya adalah senang I5P3
Jadual 7.4.29: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 5
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan
(Antara pecahan persepuluh dan
perseratus, manakah yang lebih mudah
untuk ditukarkan kepada perpuluhan?)
Kata kunci Kod
RK1
Dua-dua pun senang.. Dua-dua I5P3
RK2
Emm..dua-dua sia rasa senang Dua-dua I5P3
RK3
Macam sama-sama senang. Sama-sama
(bermaksud kedua-
duanya dalam dialek
tempatan)
I5P3
RK4 Semua senang..kalau ada persaturibu pun
sa dapat buat juga.
Semua senang I5P3
RK5
Em..Pecahan persepuluh sinang, perseratus
pun sinang juga..
Kedua-duanya I5P3
RK6
Dua-dua sinang tapi perseratus bikin keliru
cikit la.
Dua-dua I5P3
Emm..Semua senang..tiada yang Semua senang I5P3
RK7 susah..guna bubble family saja
RK8
Persepuluh. Persepuluh I5P1
RK9
Persepuluh Persepuluh I5P1
RK10
Senang saja tu semua. Senang semua I5P3
Berdasarkan Jadual 7.4.29, dapat dilihat bahawa kebanyakan peserta memilih kedua-dua jenis
pecahan ini adalah mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan. Kalau dahulu mereka lebih
cenderung untuk memilih bilangan digit yang sedikit, kali ini ada peserta kajian yang
menawarkan diri untuk menukarkan pecahan perseribu kepada perpuluhan di mana itu adalah di
luar sukatan pelajaran mereka.
Jadual 7.4.30: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat Pos
bagi item soalan 5
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Pecahan Persepuluh I5P1 2
Pecahan perseratus I5P2 0
Kedua-duanya adalah mudah I5P3 8
Dalam jadual 7.4.30 menunjukkan bahawa 8 orang peserta kajian menyatakan kedua-dua jenis
pecahan itu adalah mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan .Walau bagaimanapun terdapat
beberapa orang peserta kajian juga yang masih memilih pecahan persepuluh lebih mudah. Hal ini
demikian kerana mereka masih terikat dengan set fikiran sebelum intervensi dijalankan.
Seterusnya, beralih ke item soalan terakhir iaitu soalan keenam bagi temu bual peringkat pos.
Pola persamaan bagi hasil temu bual setiap peserta kajian untuk item soalan keenam “Apakah
perasaan anda selepas belajar kaedah “bubble Family”??” direkodkan dan dikodkan seperti yang
terdapat dalam jadual 7.4.31 di bawah ini.
Jadual 7.4.31: Pola persamaan dan kod bagi item soalan 5
Pola Persamaan Kod
Positif seperti gembira, terharu, menyukai, beruntung dsb I6P1
Negatif seperti rugi, buang masa, susah, bingung, dsb I6P2
Jadual 7.4.32: Analisis Temu bual Responden Peringkat Pos Bagi Item Soalan 6
Peserta
Kajian
Jawapan Soalan
(Apakah perasaan anda selepas belajar
kaedah “Bubble Family”?)
Kata kunci Kod
RK1
Gembira juga..buli sa kasi cerita sama
kawan2 sa.. Gembira I6P1
RK2
Gembira sbab dapat tahu cara yang
senang.. Gembira I6P1
RK3
Emm..sia rasa suka..ada cerita pasal tahi
lalat sma harta. Suka I6P1
RK4 Gembira sebab macam sinang saja mau
ingat. Gembira I6P1
RK5
Sa suka sebab sinang betul mau kasi tukar
pecahan pg perpuluhan. Suka, senang I6P1
RK6
Gembira sebab siok.
Gembira, siok I6P1
RK7 Sa suka bubble family.. Suka I6P1
RK8 Gembira..lebih sinang mau ingat. Gembira I6P1
RK9 Sia gembira. Gembira I6P1
RK10 Best bah. Ada cerita dalam matematik. Best, cerita I6P1
Berdasarkan Jadual 7.4.32, kita mendapati bahawa para peserta kajian memberikan perasaan
yang positif-positif belaka tentang kaedah yang diajarkan ini. Mereka mengatakan baha mereka
gembira, mereka suka dan mereka juga merasa seronok belajar kaedah “Bubble Family” ini. Ini
merupakan satu petanda yang baik di mana peserta kajian bukan saja menunjukkan minat yang
memberangsangkan tetapi juga mengekspresikan perasaan gembira mereka.
Jadual 7.4.33: Kekerapan bagi Pola persamaan temu bual peringkat Pos
bagi item soalan 6
Pola Persamaan Kod Kekerapan
Positif seperti gembira, terharu,
menyukai, beruntung dsb
I6P1 10
Negatif seperti rugi, buang masa,
susah, bingung, dsb
I6P2 0
Dalam jadual 7.4.33, nampaknya kesemua peserta kajian menunjukkan minat yang
memberangsangkan dengan mengekspresikan perasaan gembira mereka bila belajar kaedah
“Bubble Family”. Tidak ada seorangpun peserta kajian yang merasa menyesal ataupun rugi
mempelajari kaedah tersebut.
Jadual 7.4.34: Kekerapan Kod bagi hasil temu bual responden peringkat Pos mengikut kod pola persamaan untuk setiap item soalan
Item Soalan Kod Pola Persamaan Kekerapan
1 I1P1 Meminati matematik dengan sungguh-
sungguh
9
I1P2 Meminati matematik secara ragu-ragu 1
I1P3 Tidak meminati matematik 0
2 I2P1 Suka cara guru mengajar mata pelajaran
matematik
10
I2P2 Kadang-kadang sahaja meminati matematik 0
I2P3 Tidak suka cara guru mengajar mata
pelajaran matematik
0
3 I3P1 Meminati topik pecahan dan perpuluhan 10
I3P2 Tidak meminati topik pecahan dan
perpuluhan
0
I3P3 Tidak pasti sama ada meminati topik
pecahan dan perpuluhan ataupun tidak
0
4 I4P1 Tahu dengan yakin cara menukarkan
pecahan kepada persepuluh dan perseratus
kepada perpuluhan
10
I4P2 Tahu tapi sudah lupa cara menukarkan
pecahan kepada persepuluh dan perseratus
kepada perpuluhan
0
I4P3 Tidak tahu cara menukarkan pecahan
kepada persepuluh dan perseratus kepada
perpuluhan
0
5 I5P1 Pecahan Persepuluh lebih mudah 2
I5P2 Pecahan perseratus lebih mudah 0
I5P3 Kedua-duanya adalah mudah 8
6 I6P1 Positif seperti gembira, terharu, menyukai,
beruntung dsb
10
I6P2 Negatif seperti rugi, buang masa,susah, 0
bingung, dsb
Dengan merujuk kepada jadual 7.4.34 di atas ini, soalan keenam pada temu bual peringkat pos
tidak ditanya semasa tembu bual peringkat pra dahulu. Saya hanya bertanya soalan ini setelah
mereka mempelajari kaedah intervensi yang saya ingin perkenalkan iaitu “Bubble Family”.
Tujuan saya bertanya soalan tambahan itu adalah untuk mengetahui sama ada kaedah “bubble
Family” mampu menarik minat peserta kajian dalam mata pelajaran matematik khususnya tajuk
pecahan. Soalan yang saya maksudkan ialah berkaitan dengan perasaan peserta kajian setelah
melalui beberapa peringkat intervensi.
Sekali lagi, jika kita meneliti jadual 7.4.34 ini, kita dapat melihat bahawa hampir kesemua
respons pola persamaan yang negatif tidak mempunyai sebarang kekerapan. Ini menunjukkan
responden memberikan respon yang positif dan kukuh serta telah memahami kajian mengenai
“Bubble Family” dengan baik. Bagi soalan yang pertama berkaitan dengan minat terhadap
matematik, 9 orang peserta kajian menyatakan bahawa mereka meminati matematik dan hanya
seorang yang meminati matematik tetapi dengan masih ragu-ragu. Bagi item soalan kedua pula
yang berkaitan dengan minat terhadap cara guru mengajar, kekerapan paling ketara adalah pada
I2P1. Ini menunjukkan kesemua peserta kajian meminati cara guru mengajar.
Seterusnya bagi item soalan yang ketiga, saya menyoal sama ada peserta kajian meminati
topik pecahan dan perpuluhan. Hasil temu bual menunjukkan peningkatan yang baik di mana
kesemua peserta kajian sudah mula meminati topik pecahan dan perpuluhan. Item soalan
keempat adalah berkaitan dengan kemahiran peserta kajian menukarkan pecahan persepuluh dan
perseratus kepada perpuluhan. Jika sebelum ini peserta kajian bingung dengan cara
menyelesaikan masalah ini, kali ini kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka sudah
tahu dengan yakin. Kita teruskan untuk item soalan kelima. Saya sengaja bertanya kepada
peserta kajian yang mana antara pecahan persepuluh atau perseratus adalah lebih mudah untuk
ditukarkan kepada perpuluhan. Nampaknya 8 daripada peserta kajian menyatakan kedua-dua
pecahan tersebut adalah mudah untuk ditukarkan kepada perpuluhan manakala hanya dua orang
yang masih memilih persepuluh.
Bagi peringkat seterusnya, saya akan menganalisis perbandingan kekerapan kod soalan temu
bual peringkat pra dan peringkat pos. Hal ini adalah untuk melihat sama ada kajian ini telah
mengubah persepsi peserta kajian terhadap tajuk pecahan ataupun tidak. Selain itu, ini juga
adalah untuk mengetahui peningkatan minat dan motivasi peserta kajian.
Jadual 7.4.35: Analisis Perbezaan Kod Pola Persamaan Temu bual Peringkat Pra dan Pos
Item Soalan Kod Pola PersamaanKekerapan
pra pos
1I1P1 Meminati matematik dengan sungguh-
sungguh4 9
I1P2 Meminati matematik secara ragu-ragu 3 1I1P3 Tidak meminati matematik 3 0
I2P1 Suka cara guru mengajar mata pelajaran matematik
6 10
I2P2 Kadang-kadang sahaja meminati matematik
2 0
I2P3 Tidak suka cara guru mengajar mata pelajaran matematik
2 0
3
I3P1 Meminati topik pecahan dan perpuluhan 3 10
I3P2 Tidak meminati topik pecahan dan perpuluhan
4 0
I3P3 Tidak pasti sama ada meminati topik pecahan dan perpuluhan ataupun tidak
3 0
4 I4P1Tahu dengan yakin cara menukarkan
pecahan kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
0 10
I4P2Tahu tapi sudah lupa cara menukarkan
pecahan kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
10 0
I4P3Tidak tahu cara menukarkan pecahan
kepada persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan
0 0
Seperti yang kita lihat dalam jadual 7.4.35, kekerapan pola persamaan bagi soalan 1 telah
meningkat dari 4 kepada 9 orang yang meminati mata pelajaran matematik. Ini menunjukkan
bahawa peserta kajian meminati tajuk yang diajarkan kepada mereka. Seterusnya bagi soalan
yang kedua, pada peringkat pra, hanya 6 orang peserta kajian yang menyukai cara guru
mengajar. Apabila tiba peringkat pos, kesemua peserta kajian mengatakan bahawa mereka
meminati cara guru mengajar.
Perkara yang sama juga berlaku pada item soalan ketiga dan keempat. Pada mulanya murid tidak
berapa minat dengan topik pecahan dan kebanyakan mereka mendakwa pecahan itu sukar dan
membingungkan. Setelah menjalani intervensi, peserta kajian mengatakan bahawa mereka sudah
meminati matematik, tajuk perpuluhan dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan penukaran pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan.
I1P1 I1P2 I1P3 I2P1 I2P2 I2P3 I3P1 I3P2 I3P3 I4P1 I4P2 I4P3Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
0
2
4
6
8
10
12
Graf Perbandingan Pola persamaan Temu Bual Peringkat Pra dan Pos
Kekerapan pra Kekerapan pos
Rajah 7.4.1 : Graf Perbandingan Pola persamaan Temu Bual Peringkat Pra dan Pos
Seperti yang ditunjukkan dalam Graf 7.4.1, secara keseluruhannya kesemua peserta kajian
menunjukkan peringkatan positif yang ketara dalam kesemua item soalan yang ditanya.
Demikian juga pencapaian prestasi mereka dalam topik pecahan. Perbezaan ini menggambarkan
kejayaan yang dicapai dalam kajian ini.
7.5 Analisis Data Nota Lapangan
Selain daripada Ujian pra dan pos, serta temu bual, saya juga telah menganalisis nota-
nota lapangan yang telah saya buat sepanjang tempoh kajian dijalankan bagi menyokong
data yang diperoleh melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Analisis-analisis ke atas nota
lapangan ditunjukkan dalam jadual 7.5.1
Jadual 7.5.1: Catatan Nota Lapangan Antara 26 Februari 2015 hingga 7 Mac 2015
Tarikh/masa/tempat Catatan Nota Lapangan
26 Februari 2015
10.30 am hingga 11.30 am
Bangunan kelas tahun 4 Cemerlang
Hari ini saya memberikan ujian pra. Terdapat 12 soalan dan murid dikehendaki untuk menjawab dalam masa 40 minit. Dalam masa ini, ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Di akhir waktu ujian pra, saya memberikan arahan kepada semua murid untuk berhenti menulis. Semasa saya sedang memungut kertas ujian, saya melihat seorang murid perempuan menangis dan tidak mahu kertasnya dipungut. Katanya “susah mau bikin soalan ni cikgu”. “dulu cikgu kami ajar tapi kami lupa sudah.” Apabila mendengar kata murid ini, saya pun bertanya kepada seluruh kelas. Nampaknya mereka semua mempunyai masalah dalam menukarkan pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan.
03 Mac 2015
12.10 pm hingga 1.10 pm
Bangunan Kelas Tahun 4 Cemerlang
Ini adalah fasa pelaksanaan intervensi sesi yang ke-2. Beberapa orang murid sudah mulai mengasau kaedah “Bubble Family”. dua orang murid yang merupakan rakan baik bertanding sesama sendiri untuk menyelesaikan soalan yang diberikan dengan menggunakan bahan bantu belajar “Bubble Family”. Mereka merasa seronok menggunakan Bahan tersebut. Kaedah ini dapat dilihat sangat interaktif apabila digunakan dalam kelas. Bukan sahaja dapat mengajar matematik tetapi juga nilai kekeluargaan, dan EMK Bercerita.
07 Mac 2015Hari ini adalah masa untuk saya membuat pertandingan masa paling cepat untuk menyelesaikan soalan berkaitan penukaran pecahan persepuluh dan perseratus kepada perpuluhan. Semua
12.10 pm hingga 1.10 pm
Bangunan Kelas Tahun 4 Cemerlang
murid di minta untuk melukis bubble Family dalam kertas Jawapan. Kebanyakan murid tidak lagi mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan. Ada juga di kalangan mereka yang hanya melukiis menggunakan minda dan terus mendapat jawapan dengan betul. Murid begitu bersemangat dan berdaya saing dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Mereka meminati kaedah yang diperkenalkan ini. Apabila saya menyoal mereka secara lisan beberapa soalan yang berkaitan dengan kaedah ini, mereka dengan pantas mengangkat tangan dan berkata “saya cikgu”.
Catatan nota lapangan yang telah saya buat seperti yang dilihat dalam jadual 7.5.1 menunjukkan
serba sedikit pemerhatian dan perkembangan peserta kajian pada sebelum, semasa dan selepas
intervensi dijalankan. Aktiviti-aktivi ini termasuklah ujian, kuiz dan bahan interaktif. Secara
keseluruhannya kesemua peserta kajia bersetuju bahawa kaedah “Bubble Family” lebih cepat
untuk mendapat jawapan. Pada 26 Februari, Seoang murid menangis kerana merasa soalan yang
diberikan itu terlalu sukar. Namun setelah beberapa waktu diberikan bimbingan murid ini
mampu tersenyum dan mengubah persepsinya daripada susah kepada senang.
Semasa menjalankan aktiviti di kelas, murid diberikan bimbingan secara scafholding. Hal
ini membuatkan mereka semakin minat, cekap dan suka menggunakan kaedah yang
diperkenalkan ini. Mereka dapat mengambil pengajaran daripada cerita yang disampaikan
disamping belajar ilmu matematik. Apabila murid diminta untuk menggunakan Bubble Family
untuk menyelesaikan masalah ini, merek kelihatan begitu bersemangat sehingga ada yang
bertanding sesama sendiri untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Saya melihat ciri
interaktif kaedah ini di mana murid mampu menggunakan bahan dalam kaedah ini dengan selesa
dan mengongsikannya pula dengan rakan-rakan yang lain.
Apabila saya menyoal para peserta kajian soalan yang berkaitan dengan kaedah ini,
mereka dengan pantas memberikan jawapan yang betul. Hal ini demikian kerana kelihatan
mereka tidak lagi perlu melukis bubble family di dalam kertas tetapi dapat melukisnya di dalam
minda mereka sahaja. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan yang lain laporan ini, murid-
murid menunjukkan minat yang mendalam dan sangat bersemangat apabila bersemuka dengan
soalan-soalan kerana mereka dapat menyelesaikannya menggunakan “Bubble Family”. Ingat
soalan penukaran unit pecahan kepada perpuluhan, ingatlah “bubble Family”.
Justeru itu, catatan nota lapangan ini dapat menunjukkan serba sedikit suasana interaktif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu, di mana semua peserta kajian suka
menggunakan kaedah “Bubble Family”. malahan setiap kali kuiz ataupun mini pertandingan
dijalankan, semua peserta kajian tidak sabar untuk menggunakan kaedah “Bubble Family”.