8. kata adjektif 2
DESCRIPTION
latihan kata adjektifTRANSCRIPT
KATA ADJEKTIF 2Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1. Kaki Pak Senindigigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2. Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
3. Buah rambutan sungguh ______________ rasanya dan tidak jemu dimakan.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4. Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana ia sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
5. Air sungai itu__________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6. Pengawas lelaki itu seringmembawa buku__________ di dalampoket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7. Cuaca malam ini __________ sekali kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A dingin
B damai
C panas
D nyaman
8. Udara di Calet Air Panas,Pengkalan Hulu itu sungguh __________ dan menyegarkan.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah9. __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B MeriahC Kelam
D Sayup
10. Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
11. Marsya berasa______________semasa meraikan harijadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
12. Samad menjolok buah mangga itu menggunakan sebatang galah yang________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
13. Asam jawa selaludigunakan oleh emak untukmenghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
14. Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
15. Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
16. Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan
17. Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang goldi sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
18. Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram19. Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
20. Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
21. Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah untuk membuat batas di kebunnya petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melelas
22. Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
A geli-gelemanB haru-biruC kelam-kabutD gundah-gulana
23. Itik itumempunyaibulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis
24. Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
A terkilan
B runsing
C murungD sengsara
25. Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah.A. pelik
B gawatC runsing
D rencam
26. Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu.A busuktengikB hanyirwangiC hapakharum
D hancingmersik27. Cik Lohsangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.A ghairah
B asyik
C tekun
D leka
28. Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu.A becak
B lembik
C lembapD bengkok
29. Tiang-tiang elektrik di tebing itu________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong
30. Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris
31. Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira
32. Buah duku langsat yang _____________itu sangat manissekali rasanya, kata Ghani.A ranumB busukC mudaD mengkal
33. Budak itu lemaskerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas B cepat C deras
D kencang34. Kerjanya yang __________ dapat menjadikan gubahannya begitucantik.
A teliti
B lemahC sopan
D lembut
35. Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru
B antikC retak
D runtuh
36. Suasana di KampungTeluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
37. Kakak tidaksuka akan daging kambing kerana baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
38. Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai ke rumahnya.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat
39. Nur Hayatiberasa __________ untuk berpisah dengankawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah
40. Kemalangan jalan rayaitu berpunca daripada __________ pemandu-pemandu sendiri.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan
41. Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A masuk
B muat
C muak
D mual
42. Dia berazam untuk______________badannya seperti duatahun lalu.
A menjadikan
B mengecilkan
C mengecutkan
D menguruskan
43. Kucing hitam itumencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A baru
B lama
C segar
D layu
44. Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu
A tumpul
B tajam
C tebal
D nipis
45. Walaupun umur adik baru empat tahun tetapidia____________bercakap.
A laju
B petah
C bising
D pandai
46. Wajah Azril____________apabiladisindir olehrakan-rakannya.
A masam
B masin
C manis
D manja
47. Hujan yang___________telah mengakibatkan tanahdi lereng bukititu runtuh.
A kuat
B derasC hebat
D renyai
48. Kereta ituterbabas kerana dipandu terlalu______________.
A laju
B tajam
C cepat
D lambat
49. Pemerintah negara itusangat_______________kerana telahmenindas rakyatnya.
A baik
B keras
C kejam
D waras
50. EncikHaziq memandu van_____________nya itudengan berhati-hati.
A kecil
B baharu
C usang
D elok
51. Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dibubuh gula oleh kakak.
A pahit
B masin
C manis
D masam
52. Lalu-lintas di situkembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi.
A tegang
B gelap
C pulih
D pilu
53. Anak Encik Nazriyang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.
A geliga
B cekap
C petah
D fasih
54. Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A kelat
B pahit
C manis
D masam
55 .Zurina berasa takut apabila tinggal didalam bilik yang ________ itu.
A senyap
B sunyi
C diam
D riuh
56. Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .
A lebar
B buncit
C sendat
D runcing
57. Pokok kelapa yang __________ itu telahtumbang dipukul ribut petang semalam.
A luas
B tinggi
C rimbun
D panjang
58. Pada hari minggu, Albert Limmenonton televisyen hingga __________ malam.
A hariB larut
C gelap
D nampak
59. Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
A laju
B rata
C licin
D lekuk
60. Kamus dwibahasa edisi baharu yang sangat __________ itu berharga RM 60.00.
A nipis
B tebal
C berkilat
D berwarna
61. Abang melarang kami bermain berhampiran tasikyang __________ itu.
A jauh
B cetekC dalam
D dangkal
62. Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya
B papa
C cerdik
D peramah
63. Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.
A kuat
B tajam
C lemau
D garing
64. Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport.
A nipis
B tebal
C kesat
D keras
65. Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku, kata Cikgu SitiNoridah.
A bijak
B malas
C cerdik
D pandai
66. Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.
A asyik
B tekunC sering
D kurang
67. Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.
A hangit
B tengik
C busuk
D basi
68. Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______kerana ayahnya mengalami masalahpendengaran.
A kuat
B kasar
C tinggi
D kesat
69. Akar seruntun dan akar bakawali memang terkenal denganrasanya yang __________.
A pahit
B masin
C masam
D manis
70. Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal
B nipisC berkilat
D berwarna71. Keadaan Pantai Desaru yang agak ______ itumembahayakan anak-anak yang bermain di situ.
A pantai
B curam
C dalam
D rendah
72. Nasi yangdimasak oleh nenek terlalu___________.
A mentah
B lembik.
C hangit
D tengik
73. Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.
A aneh
B boros
C buruk
D bosan
74. Puan Maisarah menyediakan makanan yang____________ untuk keluarganya.
A elok
B lazat
C hebat
D basi
75. Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah
76. Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sendal
77. Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit
78. Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang
79. Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani
80. Hazwaniberasa ________ kerana permohonannya untukmelanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak.A kesian
B hampa
C hancur
D resah81. Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah ________
A kuat
B kaya
C lebat
D rendang
82. Ibu menyapu daun-daun yang _____ itu.
A gugur
B jatuh
C hancur
D musnah
83. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati melalui jalan lereng bukit yang ________ itu.
A dalam
B curam
C pendek
D rendah
84. Sarah terlalu ______ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A malu
B bising
C gembira
D kecewa
85. Buku-buku di atas meja itu ______ kerana tidak dikemas.A berguguran
B bertaburan
C berselerak
D berlonggok
86. Kuda adalah antara haiwan yang ______ berlari.
A cepat
B hebat
C hampir
D pantas
87. Warna _____ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
A biru
B merah
C putih
D kuning
88. Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat _____.
A kasar
B jelas
C kabur
D merdu
89. Ruang tamu rumah kami menjadi lebih _____setelah ayah membeli perabot dan perhiasan baru.
A segar
B ceria
C segak
D meriah
90. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _____.A busukB hapakC hamis
D tengik
91. Puan Kamariah berasa ______ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
A risau
B rimas
C bingung
D kecewa
92 Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya _____.
A kaku
B keras
C kebas
D kejang
93. Suasana rumah Mak Siah yang ________ itu menyebabkan kami berasa seram.
A pudar
B kusamC muram
D suram
94. Hubungan antara Luisa dan Vanessa menjadi _______ selepas pergaduhan itu.
A beku
B sejuk
C sunyiD dingin
95. Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan ________ oleh pekerja-pekerja yang mahir.
A teliti
B tepatC hemat
D saksama
96. Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh _______dan tepat.
A sarat
B teguh
C mampat
D bernas
97 Penduduk Kampung Lembah bergotong-royong untuk memperdalam sungai yang ______ itu bagi
mengatasi masalah banjir yang berlaku di kampung mereka.
A cetek
B keringC rendah
D senteng
98. Pelancong dari negara Jepun itu _______ berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
A laju
B pelat
C fasih
D pandai
99. Tayar kereta Amirul ______ kerana tercucuk paku semasa melalui jalan itu.
A tiris
B pecah
C kemikD kempis
100. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang ______ itu.
A luas
B landaiC besar
D lapang
DISEDIAKAN OLEH PN.V.KRISHNA VENI