92604728 1 satu tinjauan kesilapan murid dalam ian masalah operasi bahagi

Upload: dillomatrix

Post on 14-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kesilapan

TRANSCRIPT

1 Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi BahagiTINJAUAN LITERATURBeberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya.

Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek bahagi.

Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi.

Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.

Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya.

Kesimpulan yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah (1994) tentang kelemahan murid dalam penyelesaian masalah bahagi. Masalah-masalah yang dihadapi murid adalah menulis ayat matematik yang terbalik pembahagi dan yang dibahagi, tidak dapat membaca dan memahami maksud atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang maksud yang dikemukakan secara lisan dan tidak dapat menulisnya kepada bentuk ayat matematik.

2RUJUKANAtan Long, Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1991Esther J. Swenson, Teaching Mathematics to Children, Macmillan Co.,New York, 1973Frank J. Swetz & Liew Su Tim, Pengajaran Matematik KBSR, Fajar Bakti Sdn. Bhd..Kuala Lumpur, 1988Howard F. Fehr & Jo McKeeby Phillips, Teaching Modern Mathematics in the ElementarySchool, Admission Wesley Publishing Co., 1977Liou Hou Sin, Teori dan Strategi Pengajaran Matematik Rendah, Jurnal: Kementerian Pendidikan Malaysia, Keluaran 69, Disember 1986Mazniah bt. Abu Bakar, Kelemahan Murid-murid dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi, Sekolah Kebangsaan Batang Kali,Hulu Selangor, Guru Pakar Matematik, 1994Soon Sang & Siew Fook Cheong, Pengajaran & pembelajaran Matematik untuk Pengajaran Sekolah Rendah, Heinemann(Malaysia) Sdn. Bhd., 1986Michael L. Mahaffey & Alex F. Perrodin, Teaching Elementary School Mathematics, F.E. Peacock Publishers, Illinois, 1973Ramly b Hanif, Kelemahan Murid dalam Menyelesaikan Masalah Operasi Bahagi Tahun 4 Sekolah Perak Kebangsaan Tuallang Sekah, Gopeng, Kursus Sijil Perguruan Khas, 1992Ruslia bt Nordin, Kelemahan Murid Tahap II Menguasai Fakta Asas Congak Operasi Darab dan Bahagi, Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh, Perak, 1990

PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapatmenyiapkan Kerja Kursus Geografi ini pada tempoh yangtelah ditetapkan oleh pihaksekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakanperjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.Saya Muhammad Hafizuddin b. Mohd Zabidi ingin mengucapkan terima kasihkepada

Tuan HajiJamaluddin bin Yusoff,Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahmandan juga kepada guru Geografi saya

Encik Azlibin Yaacobkerana telah memberikanbanyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih juga kepada ayah saya

Encik Mohd Zabidi bin Nordinyang telahbanyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus Kajian Geografi ini dan jugaemak saya

Puan Ruzita bt Sulaimanyang telah memberikan galakan dan doronganuntuk saya menyiapkan kerja kursus ini lebih awal.Penghargaan ini juga ditujukan kepada

rakan-rakan saya di kelas 3Ayang telahmenolong saya semasa kajian ini dijalankan. Saya juga berterima kasih kepada 20 orang

respondendari Taman Tanjung Mewah yangtelah banyak memberikankerjasama yang baik dan memberikan maklumat untuksaya lengkapkan kajian ini. Tanpa mereka semuaadalah mustahil bagi saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Goegrafi ini pada tempohyang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.Sekian, terima kasih