a yw j,p warkafi 9vfanuslqip 9vfe[ayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2998/1/... · isbn...

4
J'.. Yw J,p t., Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayu Bi1.1/95 MAC 1995 Majlis peJancaran buku PNM Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran buku berjudul S)K1ir Siti Zubaidah PerangChina : Perspektif Sejarah oleh Drs. Abdul Rahman aI-Ahmadi dan S;air-S}r1ir Melayu Riau oleh Prof. Abu Hassan Sham yang dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara. Majlis telah diadakan pada 26 lanuari 1995 di Bilik Serhaguna, Aras 1, bangunan Perpustakaan Negara Malaysia. Buku pertama S;air Siti Zubaidah Perang China : Perspektij Sejarah ialah hasil penyelidikan pengarang di bawah projek Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia. Buku S;air-S;air Me/ayu Riau pula merupakan tesis PhD. pengarang yang diterima di bawah projek Hadiah Penulis lemputan. Oalam ucapannya, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid telah menarik perhatian bahawa Syair Melayu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Syair bukan sahaja berperanan sebagai puisi yang menghiburkan, malahan menyampaikan amanat atau mesej yang secara yang menghiburkan pendenllar dan pembaca. Oleh itu beliau menekankan agar tradisi penulisan dan pembacaan syair patut dihidupkan semula. Oi samping itu, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji turut menyeru supaya tradisi lis an didokumentasi dan diterbitkan segera 1 ISSN 0128-6897 dalam usaha memelihara warisan minda bangsa dan negara. Manuskrip yang diperoleh sepanjang tahun 1994 oleh Perpustakaan NegaraMalaysia Pada tahun 1994, sebanyak 154 naskhah manuskrip telah diperoleh oleh Perptistakaan Negara Malaysia. 80% daripada jumlah manuskrip tersebut adalah mengenai agama dan kesusasteraan Islam. Oi samping nu terdapat juga manuskrip berkenaan dengan kesusasteraanMelayu, sejarah, perubatan, kepercayaan dan lain-lain. Antara karya yang dianggap penting ialah seperti berikut: a. Kitab Naqhol Raudat al-ulann (MSS 1985) Manuskrip ini diperoleh dari London yang ditulis pada akhir abad ke-18 M. Setakat yang diketahui sebelum ini satu naskhah sahaja terdapat di dunia, iaitu di Leidert. Kandungan manuskrip ini terbahagi kepada beberapa bab yang merangkum amalan-amalan dan fadilatnya di sisi Allah S.W.t. iaitu termasuklah fadilat sembahyang, Perang Sabilillah, tawakkal, salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan sebagainya. .A Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: A Yw J,p Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2998/1/... · ISBN 967-931-042-6 S;air Siti Zubaidah Perang China merupakan sebuah karya yang penting

J'.. Yw J,p ~ t., 4~ Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayu

Bi1.1/95 MAC 1995

Majlis peJancaran buku PNM

Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran buku berjudul S)K1ir Siti Zubaidah PerangChina : Perspektif Sejarah oleh Drs. Abdul Rahman aI-Ahmadi dan S;air-S}r1ir Melayu Riau oleh Prof. Abu Hassan Sham yang dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara. Majlis telah diadakan pada 26 lanuari 1995 di Bilik Serhaguna, Aras 1, bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

Buku pertama S;air Siti Zubaidah Perang China : Perspektij Sejarah ialah hasil penyelidikan pengarang di bawah projek Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia. Buku S;air-S;air Me/ayu Riau pula merupakan tesis PhD. pengarang yang diterima di bawah projek Hadiah Penulis lemputan.

Oalam ucapannya, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid telah menarik perhatian bahawa Syair Melayu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Syair bukan sahaja berperanan sebagai puisi yang menghiburkan, malahan menyampaikan amanat atau mesej yang ~~~ius secara yang menghiburkan pendenllar dan pembaca. Oleh itu beliau menekankan agar tradisi penulisan dan pembacaan syair patut dihidupkan semula.

Oi samping itu, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji turut menyeru supaya tradisi lis an didokumentasi dan diterbitkan segera

1

ISSN 0128-6897

dalam usaha memelihara warisan minda bangsa dan negara.

Manuskrip yang diperoleh sepanjang tahun 1994 oleh

Perpustakaan NegaraMalaysia

Pada tahun 1994, sebanyak 154 naskhah manuskrip telah diperoleh oleh Perptistakaan Negara Malaysia. 80% daripada jumlah manuskrip tersebut adalah mengenai agama dan kesusasteraan Islam. Oi samping nu terdapat juga manuskrip berkenaan dengan kesusasteraanMelayu, sejarah, perubatan, kepercayaan dan lain-lain.

Antara karya yang dianggap penting ialah seperti berikut:

a. Kitab Naqhol Raudat al-ulann (MSS 1985)

Manuskrip ini diperoleh dari London yang ditulis pada akhir abad ke-18 M. Setakat yang diketahui sebelum ini satu naskhah sahaja terdapat di dunia, iaitu di Leidert.

Kandungan manuskrip ini terbahagi kepada beberapa bab yang merangkum amalan-amalan dan fadilatnya di sisi Allah S.W.t. iaitu termasuklah fadilat sembahyang, Perang Sabilillah, tawakkal, salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan sebagainya.

.A Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: A Yw J,p Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2998/1/... · ISBN 967-931-042-6 S;air Siti Zubaidah Perang China merupakan sebuah karya yang penting

b. Sharb al-Ariffin (MSS 1983)

Manuskrip Inl merupakan karya pengarang yang terkenal iaitu Sheikh Nuruddin al-Raniri. Ia telah disalin pada 27 Muharram 1924 H/1809 M dan merupakan naskhah seumpamanya yang pertama lengkap didalam koleksi PNM.

Manuskrip ini membicarakan ilmu tasawuf yang berhubung kait dengan iman dan keimanan serta kemestian manusia sebagai hamba yang soleh mengesakan Allah s.w.t.

c. Sjair lvbulud Nabi Muhamnrxi s.a.lf~ (MSS 2013)

Judul ini merupakan naskhah pertama dalam bentuk syair yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Syair Inl mengisahkan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., asal usul Baginda dan asal. kejadian Nabi Adam a.s. Sebelum ini, terdapat sebuah nianuskrip kitab Maulid . yang ditulis· dalam bahasa Arab dengan terjemahan makna dalam bahasa Melayu.

d. Kilab al-Aluhllll111rJh (MSS 200S)

Manuskrip ini disalin oleh Ahmad bin Lebai pada kira-kira tabun IS68 M. yang berkeadaan baik dan lengkap. Sebelum ini PNM telah mempunyai satu naskhah seumpamanya tetapi tidak lengkap.

Kitab ini dikhaskan untuk kaum wanita yang mengandungi nasihat dan ajaran terutamanya untuk p~ra isteri supaya menjauhi diri daripada perbuatan yang tidak baik dan balasan yang akan diterima sekiranya melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah s.w.t.

2

Terbitan Terbaru Pusat Manuskrip Melayu, PNM

a. Abdul Rahman ai-Ahmadi. Syair Sit; Zuhaidal1. Peral1g China: Perspektif Sejarah : Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 1994. 602 him. ISBN 967-931-042-6

S;air Siti Zubaidah Perang China merupakan sebuah karya yang penting dalam khazanah manuskrip Melayu. Pengisahan ceritanya disampaikan melalui keindahan syair tentang . keberanian dan ketabahan seorang wanita zaman silam, Siti Zubaidah dalam memerangi ketidakadilan dan menegakkan kebenaran. Di samping itu, fakta dan

- peristiwa sejarah digali oleh pengarang supaya pembaca lebih memahaminya. Manuskrip utama yang digunakan untuk kajian ini ialah naskhah'MSS IS, koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.

Karya ini terbahagi kepada dua bahagian. . Bahagian . pertama terdiri daripada kajian ilmiah daripada sudut sejarah dan bahagian kedua memuatkan transliterasi teks Syair Siti Zubaidah Perang China. Harga = RM 30.00

b. Abu Hassan Sham. Syair-Syair Me/ayu RiOlL- Kuala Ltlmpur : Perpustakaan Negara M'lIaysia. 1995. 372 him. ISBN 967-931-043-4

S;air-S)air Jvklayu Riau menyingkap perkembangan syair-syair di Kepulauan Riau khususnya Pulau Penyengat. Kandungannya menyorot kegiatan awal penulisan dan kepengarangan syair Melayu Riau; sumbangan pemerintah dalam kegiatan

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: A Yw J,p Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2998/1/... · ISBN 967-931-042-6 S;air Siti Zubaidah Perang China merupakan sebuah karya yang penting

II

a.

kesusasteraan di Riau; perkembangan pend id ikan dan tarikat, dan karya 1m merupakan satu kajian yang mendalam terhadap syair-syair agama di Riau khususnya Kitab al-Nikah . . Kupasan yangmendalam tentang isi kitab ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memaharni tafsiran masyarakat ¥el~yu pada abad lalu terutama dalam hal-ehwal nikah kahwin termasuk soal rukun nikah, kufu, mas kahwin, walimah, kismah dan nusyus, talak, idah dan karya ini turut menyorot bakat kepengarangan Raja Ali Haji.

Kedua-dua buku tersebut boleh diperoleh· dari Perpustakaan Negara Malaysia. Harga = RM 25.00

Terbitan Dalam Negara II

Usa ·MeIaYIl : Rtya Clullan Raja Ahdld Hanid. KunIa Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu, 1994; [203 h1n1.) ISBN 983-9851 ~06-3

Pada 7 November 1994, bertempat di. Hotel Hilton, satu majlis pelancaran buku terbitan Yayasan Penataran IImu telah diadakan. Majlis tersebut telah diserikan oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrah.im. Salah sebuah buku yang dilancarkan pada hari tersebut yang berkaitan dengan manuskrip Melayu. ialah Msa Me/ayu: Raja Chulan Raja Abdul Hmnid. Buku tersebut diterbitkan dalam hentuk ' faksimili daripada manuskrip koleksi Perpust.akaan Negara Malaysia yang nombor panggilannya MSS 6. Pengenalan untuk buk.lJ ini ditulis oleh Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari labatan Sejarah. Universiti Malaya. Harga = RM 200.00

3

b. Zak.'u;a Ali. Islanic Art ill Soll/heast Asia: 830 AD-1570 AD. Kuala Lumpu.· : Univel"siti Kebangs~-.n M'lIaysia, 1994. 449 him.

Buku ini membicarakan penemuan khazanah yang berharga di Alam Melayu, termasuk Campa yang ada kaitannya dengan Islam . seperti batu bersurat, batu nesan~ kapal, masjid, · senjata, wang dan sebagainya. Buk~ ini memuatkan gambar dan i1ustrasi.

Prof. Madya Zakaria· .Ali kini bertugas di Pusat. Seni. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

c. M-.hayudin Hj.· Yabya. Na .. fMullt Jawi Sejarah dan Tekr, Jilitl 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 369 him.

II

Buku ini nlerupakan hasil daripada projek pengesanan dan penyelidikan. manuskrip Melayu di Indonesia yang diusahakan oeh penulis -dengan pengkhususan kepada ma~uskrip

Melayu. pi Acheh. Buku ini i1miah sifatnya dan mengandungi 3 bab utama iaitu:

Bab 1: Islam, Perkembangan dan Tokoh Ulama. di Nusantara.

Bab 2: Transliterasi Naskhah. Bab): Data Naskhah.

Dr. Mahyudin Hj. Yahya ialah pensyar.ah di Jabalan Sejarah. Universiti Kebangsaan Ylalaysia.

Tesis

II

Tesis PhD. yang berjudul Kepengarangan lvfe/aYli di Pinggir Abad Yang Ke-J9 : Raja Ais;ah Sulain1C111 oleh Ding Chon M ing tdah dikemukakan . umuk memperoldl

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: A Yw J,p Warkafi 9vfanuslQip 9vfe[ayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2998/1/... · ISBN 967-931-042-6 S;air Siti Zubaidah Perang China merupakan sebuah karya yang penting

ijazah Doktor Falsafah (PhD.) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.

Tesis ini mengkaji imej Raja Aisyah Sulaiman sebagai seorang pengarang wanita Riau pada abad ke-19 M. dengan menerapkan teori kepengarangan Michel Foucault. Manuskrip utama yang digunakan untuk kajian ialah Hika;at S)0111SU/ Antlar, daripada koleksi Museum Negeri Trengg~u.

Dr. Ding Choo Ming kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Latihan Dmiah Sarjana Muda

Perpustakaan Negara Malaysia turut menerima tiga buah tesis latihan ilmiah bagi iJazah sarjana Muda Pengajian Islam, di labatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua manuskrip yang menjadi bahan kajian . terdapat di dalam koleksi Bibliotheque Nationale, Paris tetapi Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai salinan mikrotilemnya.

Tesis pertama iaJah Hikayat lvtzharaja Ali (Mkm 1238) oleh Cik Zaini bt Yusof. Hikayat 101 merupakan hasil karya kesusasteraan Melayu Islam yang mengisahkan · peristiwa suka duka yang dialami oleh keluarga Maharaja Ali semasa pengembaraan setelah tersingkir daripada takhta kerajaannya dan bersatu kembali dalam suasana kejayaan pada akhir cerita.

Tesis kedua ialah Hikayal Shah Fbnlan dan Saif-al Qco11ar (Mkm 5689-Mal~Pol. 266) okh Cik Norjihan binti Hassan.

4

Karya hasil kesusasteraan Melayu Islam ini mengisahkan pengembaraan dua orang bersaudara iaitu Shah Firman dan Saif-al Qamar yang sekian lama terpisah dan akhirnya bertemu kembali dengan kedua­dua ayah bonda mereka.

Tesis ketiga ialah kajian terhadap manuskrip Kisah Peperangal2 Ali Dengcm Raja Fadml (Mkm 5640: Mal. Pol 63) oleh Cik Zanariah bt Yusof. Manuskrip ini mengisahkan kepahlawanan dan ketokohan khalifah Saidina Ali a.s. bersama-sama dengan sahabat-sahabat nabis.a.w. yang lain. Kajian ini turut menyentuh perkembangan pengaruh Syiah.

Penaung: Mari:lm Abdul Kadir KelU:l Pengarab Perpustak3an Negara Malaysia

Sidang Redaksi: Shahar Banun Jaafar. PNM Haji \Van Ali Wan MaIrult. PNM Haji Ibrahim Ismail. UM Rogayah Mohd. Yassin. UKM Raja Masittah Raja Ariffm. DBP Salimah Abdul Rahman, PNM

Urusetia: Perpust:lkaan Negara Malaysia Pusal Manuskrip Melayu 232. Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel: 2943488/2943100

2924079 (Talian terus)

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1995 – Perpustakaan Negara Malaysia