a3 implikasi kepelbagaian sosio budaya
DESCRIPTION
a3TRANSCRIPT
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
MURID
PENGENALAN
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti P&P
berlangsung dalam bilik darjah.
Terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid dengan yang lain. Maka guru berperanan penting untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan dengan kaedah yang betul dan tepat.
IMPLIKASI DARI ASPEK MURID
Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan harus bersosial dalam kelompok mereka.
Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka.
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid.
Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah-Pendekatan penyayang dari guru
Budaya bilik darjah yang dinamis.
Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan- bersosial
Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial sama ada golongan atasan atau golongan
bawahan.
Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus
dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka
Maka, semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.
Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid .
Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid
Unsur-unsur dialek mengikut kaum harus
dielakkan.
Murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi
dengan bahasa yang betul.
Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang
sesuai.
Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa
perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasa murid bertambah.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid
mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina
Mereka diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi yang berlainan jantina.
Segala aktiviti dalam pembelajaran perlulah melibatkan rakan yang berlainan jantina dan
bersesuaian dengan tugasan yang diberikan oleh guru
Pengurusan hal ehwal murid-Pendekatan penyayang-
Bercakap bahasa yang lembut dan bersopan,
menegur dan membetul kesilapan
secara berhemah.
Kemahiran komunikasi-
cara. bertutur, penggunaan
bahasa badan, penulisan,
penggunaan alat-alat
tertentu spt; komputer,
telefon dan sebagainya.
-Pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran
dapat dilakukan dengan lebih
mudah
Menerima motivasi yang disampaikan
secara berhemah dan
berhikmah-nilai-nilai murni dapat ditanam
dalam diri murid.
Tindakan guru yang
menunjukkan teladan sebagai seorang
professional.
Budaya bilik darjah yang dinamis
Mementingkan aspek nilai-nilai murni
Hubungan yang mesra sesama murid dan murid
dengan guru.
Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru, rakan
sebaya dan tahap disiplin terkawal- mengembangkan
potensi diri ke arah pembentukan modal insan
yang berkualiti
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH
SJKC
SJKT
SMKT
SMKA
SMKHarian
Sek Model khas
SBP
SK
PeringkatRendah
PeringkatMENENGAH
SPK
SMPK
IMPLIKASI DARI ASPEK SEKOLAH
• Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
• Pembinaan sekolah mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat
• Pembinaan sekolah aliran agama • Ruang pendidik menerapkan kepercayaan dan
nilai dalam masyarakat• Sekolah Wawasan• Sekolah yang interaksi pelbagai jantina
RIMUP
LatarBelakang
•RIMUP mula diperkenalkan pada tahun1986 diperingkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja.•Usaha KPM untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
DasarKPM
•Hubungan rapat terjalin antara murid.•Wujud persefahaman dan perpaduan.•Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.
Kaedah
•Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara sedar dan terancang.•Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat.
Pelaksanaan
•Sekolah Rendah•Kelompok A : (SK, SJKC,SJKT), B: (SK, SJKC), C : (SK, SJKT), D : (SJKC, SJKT) •Sekolah Menengah• Kelompok A : (sekurang-kurannya 2 SMK), B : (sekurang-kurangnya 2 SMK termasuk SMJK/SMT/SMA/SBP
PEMBINAAN SEKOLAH MENGIKUT TAHAP KELAS SOSIO MASYARAKAT
Penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya.
Murid luar bandar juga menerima kemudahan yang dinikmati oleh murid di bandar.
Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain.
PEMBINAAN SEKOLAH ALIRAN AGAMA
Diserapkan untuk pembentukan sahsiah murid.
Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama
kepada murid-murid.
RUANG PENDIDIK- KEPERCAYAAN + NILAI DALAM MASYARAKAT
Murid diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka.
Pihak sekolah perlu menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.
Murid harus mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Sekolah perlu memberi sokongan moral kepada pihak yang berkewajipan mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid.
SEKOLAH WAWASAN
Pelaksanaan
•Berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung/ satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
•2/3 buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, kantin, pusat sumber dan sebagainya.
Matlamat
•Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.•Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.•Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
Ciri-ciri Pelaksanaan
•Pentadbiran dan pengurusan kewangan •- Sekolah wawasan mempunyai 2/3 buah sekolah rendah yang berlainan aliran yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa penghantar masing-masing.
•Kurikulum dan bahasa penghantar•-Mata pelajaran yang diajar di sekolah mengikut kursus-kursus pengajian bagi jenis aliran sekolah.•Kokurikulum•-Warga sekolah wawasan digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.
SEKOLAH- PELBAGAI JANTINA
• Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiviti
pembelajaran.
• Pergaulan berlainan akan mewujudkan interaksi yang berkesan dalam
membentuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
• Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengelolakan aktiviti yang memerlukan penglibatan daripada pelbagai jantina.
• Nilai dan budaya masyarakat tidak diabaikan.
KURIKULUM TERSIRAT
Perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt; Schubert, 1986)
KONSEP KURIKULUM
KONSEP KURIKULUM
Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainnya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan Kurikulum tersirat.
(Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994)
PERINGKAT KURIKULUM
Pelaksanaan:
•Penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri.
Penilaian :
•Pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.
IDEA KURIKULUM TERSIRAT
Pada peringkat awal, diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.
Ausbrooks (2000) : “is composed of the implicit messages in th school’s sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’.
Cahfel (1997) : Terdapat 2 bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah.1. Overt (terbuka) yang memberi fokus kepada
kursus pengajian yang eksplisit.2. Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit
(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).
KURIKULUM TERSIRAT
Definisi Kurikulum Tersirat : Norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja. Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus.1. Adams (2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai
kurikulum tersirat.2. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang
hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and intentional practices”.
3. Margolis merumuskan bahawa, terdapat perbezaan aplikasi kurikulum tersirat di peringkat sekolah dengan di peringkat institusi pengajian tinggi.
KURIKULUM TERSIRAT
Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum, antara usaha yang dilakukan adalah melalui peranan
kurikulum tersirat ini :-
Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia
dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan
mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.
CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT
Ciri-ciri Kurikulu
m Tersirat
1. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid.
2. Boleh menjadi objektif
pembelajaran.
3. Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk
bersama oleh pelaksana kurikulum
itu sendiri (murid-guru-pengajar).
4. Kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang
pelaksana kurikulum.
5. Kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau
objektif satu-satu kurikulum tetapi
tidak tertulis dalam kandungan kurikulum
berkenaan.
6. Jenis atau pengkategoriannya
adalah berbeza-beza mengikut jenis
institusi, tahap pembelajaran dan
juga matlamat kurikulum itu sendiri
KURIKULUM TERSIRAT
Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa pengubahsuaian.
Dalam peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga kategoridiperkenalkan seperti berikut :-
Budaya belajar untuk belajar (memanfaatkan waktu belajar,disiplin dalam belajar, kegigihan dalam
belajar dan konsisten dalam menerapkan cara belajar yang efektif.) Budaya belajar untuk pengajar.
Belajar untuk pembudayaan / pembinaan tingkah laku terpuji.
KURIKULUM TERSIRATMurid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza diantara murid diperingkat
rendah dan tinggi. Murid seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran sendiri
yang dipanggil kurikulum tersirat dan ini termasuklah :-a) a) Mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis/disertasi,
kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun mengikut standard
antarabangsa dengan meurujuk antaranya APA style (bidang pendidikan, Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of Style (aliran Sastera, Sains
Kemanusiaan, Agama).
b) Mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan maya atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku
mengikut kaedah Mobile Learning/pembelajaran mobile dengan sebaiknya.
KAJIAN CARPENTER (1985)1. Hasil kajian Carpenter (1985) mendapati bahawa kumpulan guru pelatih
yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.
2. Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion, murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaan dengan budaya belajar sepanjang hayat.
3. Apa yang pelajar alami, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama pensyarah itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik dikertas-kertas yang mereka catat.
4. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu mengajar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti.
KESIMPULAN
• Memberi peluang kepada kita untuk mempelajari kepelbagaian budaya.
• Guru telah disaran bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid.
• Menghuraikan bagaimana peranan guru boleh memperkembangkan bakat murid tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum.
• Guru juga diingatkan kepada hasilan pembelajaran. Kejayaan bukan dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambilkira aspek kurikulum yang tersirat.
• Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid supaya mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.
SEKIAN & TERIMA KASIH