abstrak - faculty of education · 2013. 11. 19. · technology and education (civil engineering)...

17
ABSTRAK Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0). Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ABSTRAK

    Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar

    tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek

    yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta

    penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah

    kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden

    kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan

    menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian

    rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi

    Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana

    Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi

    bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan

    perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0).

    Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar

    juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri

    dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian

    tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka

    mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula

    berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

  • ii

    ABSTRACT

    This research is conducted to determine entrepreneurship profile among forth year

    Bachelor of Technology and Education (Electrical Engineering). An aspect surveyed is

    entrepreneurship characteristic, entrepreneurship skills as well as students involvement

    in entrepreneurship related activities. This research is in descriptive form which involved

    30 respondents to represent all population. Questionnaire using Likert scale is use as

    research instrument. Pilot study was carried out for seven students from Bachelor of

    Technology and Education (Civil Engineering) and eight students from Bachelor of

    Technology and Education (Mechanical Engineering). Value of Alpha Cronbach for part

    B is high (0.911) and for part C which is 0.936. Research was analyzed using SPSS

    (SPSS for WindowsVersion 12.0). The outcome of the research (1) show that the student

    have characteristics of enterpreneurship (2) furthermore student also have

    enterprebeuship and (3) they participate in enterpreneuship activities. All the research

    question shows that students have the profile as an entrepreneur. They have the

    characteristic and skills in entrepreneurship and have involved in entrepreneurship.

  • iii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA

    MUKA SURAT

    PENGAKUAN ii

    HALAMAN DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 6

    1.5 Persoalan Kajian 6

    1.6 Kepentingan Kajian 7

    1.7 Batasan Kajian 7

  • iv

    1.8 Definisi Istilah 8

    1.8.1 Profil 8

    1.8.2 Ciri 9

    1.8.3 Kemahiran 9

    1.8.4 Penglibatan 9

    1.8.5 Keusahawanan 10

    1.9 Penutup

    10

    BAB II SOROTAN PENULISAN

    2.0 Pengenalan 11

    2.1 Konsep dan Teori

    2.1.1 Definasi Konsep

    2.1.1.1 Definasi Usahawan

    2.1.1.2 Definasi Keusahawanan

    13

    13

    15

    2.2 Mitos Mengenai Keusahawanan 20

    2.3 Evolusi Keusahawanan 22

    2.4 Kefahaman Tentang Ciri Usahawan 25

    2.5 Kefahaman Tentang Kemahiran Yang Diperlukan

    Oleh Usahawan

    30

    2.6 Kefahaman Penglibatan Pelajar Dalam Bidang

    Keusahawanan

    32

    BAB III METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 35

    3.2 Rekabentuk Kajian 36

    3.3 Tempat Kajian 36

  • v

    3.4 Populasi Kajian 37

    3.5 Instrumen Kajian 37

    3.6 Kajian Rintis 40

    3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 41

    3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 41

    3.7 Prosedur Kajian 42

    3.8 Analisis Data 43

    3.9 Kesimpulan 46

    BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 47

    4.1 Analisis Data Bahagian A – Latar Belakang

    Responden

    48

    4.1.1 Jantina

    4.1.2 Umur

    4.1.3 Kaum

    4.1.4 Kedudukan CPA

    48

    49

    49

    50

    4.2 Analisis Data Bahagian B : Ciri-Ciri Seorang

    Usahawan

    51

    4.3 Keputusan Analisis Data Bahagian C:

    Kemahiaran Dalam Bidang Keusahawanan

    53

    4.4 Keputusan Analisis Data Bahagian D :

    Penglibatan Dalam Kegiatan Berasaskan

    Keusahawanan

    55

    4.5 Penutup 58

  • vi

    BAB V PERBINCANGAN ,RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.0 Pengenalan 59

    5.1 Perbincangan 60

    5.1.1 Ciri-Ciri Seorang Usahawan 60

    5.1.2 Kemahiran Dalam Bidang

    Keusahawanan

    62

    5.1.3 Pembabitan Diri Dengan Sebarang

    Aktiviti Berasaskan Keusahawanan

    63

    5.2 Rumusan 66

    5.3 Cadangan 67

    5.3.1 Cadangan Dapatan Kajian 67

    5.3.1.1 Pelajar 68

    5.3.1.2 Pihak Pentadbiran Hak Ehwal

    Pelajar (HEP)

    69

    5.3.1.3 Fakulti Pendidikan 69

    5.3.1.4 Cadangan Kajian Akan Datang 70

    5.4 Kesimpulan 71

    5.5 Penutup 72

    BIBLIOGRAFI 74

    LAMPIRAN 78

  • vii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK

    MUKA SURAT

    2.1 Definasi Keusahawanan Dan Usahawan Mengikut

    Tahun

    19

    3.1 Taburan Kandungan Soal Selidik 38

    3.2 Cara Pemarkatan Aspek Ciri 38

    3.3 Cara Pemarkatan Aspek Kemahiran 39

    3.4 Cara Pemarkatan Aspek Penglibatan Dalam

    Aktiviti Keusahawanan.

    40

    3.5 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian B) 44

    3.6 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian C) 44

    3.7 Markat Skala Likert 3 mata (Bahagian B dan C) 45

    3.8 Markat Bahagian D 45

    3.9 Taburan Persoalan Kajian, Nombor Item dan

    Bentuk Statistik.

    46

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

    4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49

    4.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 50

    4.4 Taburan Responden Mengikut Kedudukan CPA 50

    4.5 Taburan Responden Mengikut Ciri-Ciri Seorang

    Usahawan

    52

    4.6 Taburan Responden Mengikut Kemahiran Dalam

    Bidang Keusahawanan

    54

  • viii

    4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam

    Kegiatan Keusahawanan

    57

  • ix

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK

    MUKA SURAT

    2.1 Model Penyelesaian Masalah 31

  • x

    SENARAI SINGKATAN

    AM - Amat Mahir

    AS - Amat Setuju

    ATM - Amat Tidak Mahir

    ATS - Amat Tidak Setuju

    DEB - Dasar Ekonomi Baru

    HEP - Hal Ehwal Pelajar

    IPTA - Iinstitusi Pengajian Tinggi Awam

    PUM - Persatuan Usahawan Muda

    M - Mahir

    MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

    P - Pernah

    PUM - Persatuan Usahawan Muda

    S - Setuju

    SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

    Elektrik)

    SM - Sederhana Mahir

    SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

    TM - Tidak Mahir

    TP - Tidak Pernah

    TS - Tidak Setuju

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • xi

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK

    MUKA SURAT

    A Borang Soal Selidik 78

    B Kajian Rintis (Nilai Alpha) 85

    C Analisis SPSS 86

  • BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan

    masyarakat yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling

    dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan

    melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Semangat ini telah

    menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkayakinan untuk

    merebut peluang berkenaan. Oleh itu usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang

    baru bagi meningkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada

    masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000).

    Usahawan seringkali dikaitkan dengan individu yang menubuhkan perniagaan

    baru. Ada juga yang menganggap apa saja aktiviti kretiviti yang dilaksanakan oleh

    seseorang dikenali sebagai usahawan. Disamping itu ada pula pandangan yang

    menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak, bijak mencari

  • peluang baru sentiasa membawa perubahan dan modal, sumber dan usaha dalam

    keadaan yang baru dan lebih inivatif. Usahawan dikatakan tidak mempunyai banyak

    masa rehat, sentiasa berkemampuan menghadapi sebarang kemungkinan (Zaidatol,

    1997).

    Perkataan usahawan di Malaysia mula menjadi sebutan ramai pada 1970 iaitu

    setelah pengubahan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun begitu

    peraturan dan sifat keusahawanan yang dijalankan jauh berbeza berbanding dengan

    aktiviti yang dijalankan pada zaman awal ia diperkenalkan. Para usahawan di zaman

    awal hanya mengejar gaya penciptaan kekayaan (modes of wealth creation) dan

    pembangunan perindustrian. Pada zaman Rom purba terdapat tiga cara yang diterima

    untuk memperolehi “kekayaan” dan “kuasa”. Cara-cara ini ialah:

    i. Pemilikan tanah

    ii. Amalan peminjaman wang secara ribab

    iii. Pembayaran politik iaitu rasuah kepada pegawai

    Pada zaman awal, kebanyakan usahawan adalah terdiri daripada saudagar yang

    juga merupakan pengembara. Marco Polo merupakan seorang pengembara yang telah

    memperkenalkan istilah “go - between”. Pada zaman ini, pemodal mengaut keuntungan

    yang melampau daripada sistem riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga yang

    menjalankan perniagaan dengan cara menandatangani kontrak dengan pemilik wang

    bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000).

    Pada zaman pertengahan pula, konsep keusahawanan boleh dirungkai sebagai

    individu yang menguruskan projek pengeluaran yang besar tetapi invidu yang tidak

    menanggung apa-apa risiko dalam projek pengeluaran yang besar (Ab. Aziz, 2000).

  • Pada pertengahan abad ke-20, usahawan telah dianggap sebagai egen yang

    membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk, proses

    atau sistem. Usahawan pada masa itu merupakan invidu yang akan memualakan sesuatu

    yang baru dan diperkenalkannya kepada masyarakat (Ab. Aziz, 2000).

    Keusahawanan pada abad ke-21 sudah semestinya lebih mencabar di mana

    teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit damasalah dan

    tuntutan pekerja lebih kompleks. Para pekerja akan lebih mendesak sekiranya tuntutan

    mereka tidak dipenuhi oleh pihak usahawan.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Ini menyebabkan

    ia memerlukan bilangan usahawan yang ramai dan berkualiti. Melalui keusahawanan

    dapat meningkatkan taraf kehidupan sesebuah masyarakat dan pada masa yang sama

    dapat meningkatkan pembangunan negara.

    Setiap tahun ramai siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi

    awam atau swasta. Tentulah bilangan yang begitu ramai akan mencari pekerjaan dan

    sudah tentu bukan semua akan mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan

    bilangan yang mencari tidak sama banyak. Kepada mereka yang bertegas ingin makan

    gaji walau susah mana sekalipun, mungkin terpaksa menggangur untuk beberapa tahun.

  • Keinginan kuat untuk memakan gaji ini berpunca daripada cara anak-anak

    dididik. Mereka disuruh belajar sampai masuk universiti dan lulus dengan pngkat

    terbaik, kemudian cari kerja dengan gaji lumayan. Mentaliti masyarakat kini jarang-

    jarang sekali menggalakkan anak menjadi majikan kerana tahap mengambil risiko pada

    diri masyarakat kini adalah sangat rendah (Salleh,2003)

    Kesukaran untuk mendapatkan sebarang pekerjaan merupakan faktor utama

    masalah pengangguran di Malaysia. Semakin hari semakin ramai graduan dihasilkan dan

    peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin tipis. Pada 2006 malaysia mempunyai

    tenaga kerja sebanyak 10,727,000 iaitu 40.3 peratus daripada jumlah penduduk negara

    yang berjumlah 26.64 juta. Jumlah yang bekerja ialah 10,408,000 dan selebihnya adalah

    penganggur sebanyak 319,000 orang. Penangguran berada pada kadar 3.0 peratus

    daripada tenaga kerja, iaitu menurun sebanyak 0.5 peratus dearipada 3.5 peratus pada

    2005 (Utusan Malaysia, 4 Julai 2007). Walaupun ia menurun, akan tetapi jumlahnya

    masih lagi tinggi dan membinbangkan. Sebahagian daripada jumlah pengangguran itu

    adalah daripada golongan graduan.

    Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan Malaysia telah menerapkan

    beberapa program keusahawanan daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat

    institusi pengajian tinggi (IPT). Ini bagi menyediakan para graduan dengan ilmu-ilmu

    keusahawanan sebelum mereka keluar kelak dan bergelar seorang graduan. Menurut kata

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mulai pengambilan sesi 2007/2008

    semua pelajar baru yang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan

    mengambil mata pelajaran keusahawanan. Mata pelajaran ini hanya asas supaya minda

    mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada dan tidak lagi

    terlalu bergantung kepada kerajaan untu mencari kerja (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007).

  • Merujuk pada penyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Kementeriaan

    Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Hassan Shukri Ab Yazid, pelajar IPT perlu menukar

    corak pemikiran yang sebelum ini tertumpu kepada mendapatkan pekerjaan makan gaji

    kepada sesuatu berasaskan perniagaan (Harian Metro, 13 Julai 2007). Ini menunjukkan

    masalah pengangguran dikalangan graduan boleh dikurangkan dengan cara

    menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Negara memerlukan lebih ramai

    usahawan bagi meningkatkan kemajuan negara dan kerana itu budaya keusahawanan

    perlu diterapkan dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi.

    1.3 Penyataan Masalah

    Masalah pengangguran dikalangan graduan telah menjadikan kemajuan dan

    pembangunan negara terbantut. Ini kerana golongan graduan adalah golongan yang

    terpelajar dan mampu melakukan sesuatu perubahan yang positif. Oleh yang demikian

    pendedahan awal kepada keusahawanan perlu diberikan kepada para graduan supaya

    mereka dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan

    mengikut profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Tujuan kajian ini

    adalah untuk melihat sejauh mana ciri keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan

    dan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan semasa menuntut di universiti.

  • 1.4 Objektif Kajian

    Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah :

    i. Mengenalpasti ciri pelajar dalam bidang keusahawanan

    ii. Mengenalpasti kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan

    iii. Menegenalpasti penglibatan pelajar dalam kegiatan berasaskan keusahawanan.

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas beberapa

    persoalan seperti yang berikut:

    i. Apakah pelajar mempunyai ciri-ciri seorang usahawan?

    ii. Apakah pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan?

    iii. Apakah pelajar membabitkan diri dengan sebarang aktiviti yang berasaskan

    keusahawanan?

    PRA CAPAIAN_1PRA CAPAIAN_2