adobe

79
Tutorial ini hak milik sepenuhnya, IMRAN ABDUL JABAR Imran Abdul Jabar 45-3-1, Menara Orkid, Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Upload: mohamed-firdaus-yusoff

Post on 31-Oct-2014

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

adobe photoshop

TRANSCRIPT

Page 1: adobe

Tutorial ini hak milik sepenuhnya, IMRAN ABDUL JABAR

Imran Abdul Jabar

45-3-1, Menara Orkid, Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul,

51000 Kuala Lumpur.

Page 2: adobe

Serlahkan Kedutan Itu oleh Imran pada Jul 24, 2010

Kadangkala, ada yang suka mengambil gambar warga tua sebagai subjek fotografi mereka. Ada cara di dalam Photoshop yang kita boleh gunakan untuk menimbulkan impak kedutan muka warga tua.

Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan Filter High Pass dan Sharpen.

LANGKAH 1: Buka fail otai.jpg di dalam Photoshop

Page 3: adobe

LANGKAH 2: Duplicate (Ctrl+J) layer Background dan anda akan dapat layer baru: Background Copy. Setkan layer blend untuk Background Copy kepada Hard Light atau Soft Light.

LANGKAH 3: Sekarang, pilih layer Background. Klik pada menu Filter > Other > High Pass (Radius: 5px).

LANGKAH 4: Pilih layer Background Copy. Sekarang kita akan Select All (Ctrl+A). Kemudian, klik pada menu Edit > Copy Merged (Ctrl+Shift+C). Pastekan (Ctrl+V). Klik pada menu Filter > Sharpen > Sharpen More.

Page 4: adobe

HASIL:

TAMBAHAN: VIGNETTE Buat satu lagi layer baru di atas Layer 1. Namakan: Vignette.

Gunakan alat Gradient (G). Setkan warna foreground: Hitam (Tekan D).

Pilih Radial Gradient dan aktifkan pilihan Reverse. Klik pada pilihan gradient: Foreground to Transparent untuk dapatkan window Gradient Editor seperti di bawah ini. Tarik Slider Putih dan letakkan di Location: 50%.

Page 5: adobe

Letakkan Radial Gradient ke atas layer Vignette. Disebabkan kita menggunakan Radial Gradient, mulakan dengan mengklik daripada tengah gambar dan tarik ke sisi gambar.

HASIL VIGNETTE

Selamat Mencuba!

Page 6: adobe

Refleksi Air oleh Imran pada Jun 21, 2010

Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan refleksi air yang real dengan agak mudah. Mudah tapi menarik. Anda akan belajar sesuatu yang baru di dalam teknik ini.

FOTO ASAL:

HASIL:

Page 7: adobe
Page 8: adobe

LANGKAH 1:

Pilih satu foto yang sesuai untuk diapplykan teknik refleksi air ini. Foto sebuah pemandangan mungkin paling sesuai.

Foto pilihan saya (seperti yang di atas > “foto asal”) mempunyai saiz 1024 x 512 pixel.

Cara nak cek saiz imej > buka foto dalam photoshop > klik menu Image > Image Size.

Page 9: adobe

LANGKAH 2:

Buat satu fail baru. File > New (Ctrl + N). Berdasarkan saiz imej foto pilihan, gandakan ketinggian canvas. Height foto saya

ialah 512 pixel. Maka, saiz canvas saya adalah Width: 1024 pixel dan Height 1024 pixel.

LANGKAH 3:

Pergi kepada fail foto pilihan. Select All (Ctrl + A) dan Copy (Ctrl + C).

Page 10: adobe

Pastekan (Ctrl + V) ke dalam canvas yang baru dibuat tadi. Foto anda akan diletakkan di dalam Layer 1.

Dengan menggunakan Move Tool, alihkan foto anda di bahagian atas canvas.

LANGKAH 4:

Sekarang, duplicate Layer 1. Tekan Ctrl + J dan anda akan melihat Layer 1 copy. Dengan menggunakan Move Tool, alihkan layer ini ke bahagian bawah canvas.

LANGKAH 5:

Kita akan flipkan imej di bahagian bawah untuk menampakkan kesan reflection. Lakukan Transform. Tekan Ctrl + T. Kemudian, klik kanan dan pilih Flip Vertical

daripada menu yang muncul.

Page 11: adobe

Tekan Enter.

Ok. Setakat ini kita dah dapat buat imej foto asal bersama dengan refleksinya. Tetapi masih belum real lagi. Seterusnya, saya akan tunjukkan cara untuk mendapatkan riak-riak air di Layer 1 copy dengan menggunakan Filter > Glass.

Sebelum menggunakan filter tersebut, anda perlu menyediakan tekstur riak air. Jom!

LANGKAH 6: Buat satu fail baru. Tekan Ctrl + N. Setkan saiz width dua kali ganda daripada fail foto pilihan. Jadi, saya setkan kepada

1024 x 2 = 2048. Untuk height, saya kekalkan pada 512 pixel (sama dengan height foto pilihan).

LANGKAH 7:

Seterusnya, masukkan noise dengan menggunakan Filter > Noise > Add Noise. Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas. Amount: 75%, Distribution: Uniform, Monochromatic.

LANGKAH 8:

Page 12: adobe

Kemudian, applykan Motion Blur. Klik Filter > Blur > Motion Blur. Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas. Angle: 0, Distance: 60 pixels.

LANGKAH 9:

Setkan default warna. Tekan huruf D dan anda akan lihat warna hitam dan putih di toolbar.

Seterusnya, applykan Bas Relief. Klik Filter > Sketch > Bas Relief. Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas. Detail: 10, Smoothness: 3, Light: Bottom.

LANGKAH 10:

Page 13: adobe

Ok. Setakat ini kita dah dapat tekstur riak-riak air yang kita inginkan. Sekarang, kita akan dapatkan perspektifnya pula. Duplicate layer background. Tekan Ctrl + J. Kemudian, tekan Ctrl + T. Klik kanan dan pilih Perspective daripada menu yang

muncul. Gerakkan bahagian atas kotak transform untuk mengecilkan bahagian atas. Lihat imej

di atas.

LANGKAH 11:

Cropkan bahagian yang terlebih selepas proses transform Perspective tadi. Gunakan Crop Tool (C) yang dipilih daripada toolbar. Buat kotak seperti di atas dan tekan Enter untuk melakukan Crop. Savekan fail ini dan saya namakannya riak_air.psd. Lepas save, boleh close fail riak_air.psd tadi.

Page 14: adobe

LANGKAH 12:

Pergi semula kepada fail yang sebelum ini. Select Layer 1 copy. Klik kanan pada layer tersebut dan Convert to Smart Object.

LANGKAH 13:

Sekarang, klik menu Filter > Distort > Glass. Setkan seperti yang di atas atau mengikut kesesuaian imej anda. Saya setkan Distortion: 6, Smoothness: 2, Texture: riak_air.psd (fail tekstur yang

dibuat tadi), Scaling: 0. Klik OK.

Page 15: adobe

LANGKAH 14:

Ok. Rehat sekejap dan lihat hasil setakat ini. Lihat imej di atas. Perhatikan riak-riak air yang terhasil. Perhatikan juga thumbnail Smart Filter pada Layer 1 copy. Smart Object yang dibuat

pada Langkah 12 tadi akan menyebabkan terhasilnya Smart Filter. Gunanya? Anda boleh edit semula setting filter yang diapply tadi. Hanya perlu double-click pada perkataan”Glass” dan boleh tukar nilai setting.

LANGKAH 15:

Setakat ini, riak-riak air pada imej adalah terlalu sekata dan tiada depth. Maksudnya, kepekatan efek tersebut adalah sama. Realitinya, kalau kita tengok riak air yang jauh daripada diri kita, ianya seolah-olah macam pudar sedikit.

Page 16: adobe

Jadi, kita akan betulkan kesan ini pada Smart Filter Glass tadi. Setkan warna foreground pada 50% gray (dapatkan dari dalam panel Swatches)

dan warna background pada putih. Pilih Gradient Tool di dalam Toolbar. Setkan pilihan gradient Foreground to

Background. Klik pada thumbnail Smart Filter. Kemudian, applykan Gradient pada canvas. Lihat imej di atas. Itu sahaja. Siap!

Selamat mencuba!

Page 17: adobe

Efek Mozaik oleh Imran pada Jun 17, 2010

Mungkin anda pernah melihat hasil grafik yang mempunyai efek mozaik (efek ala kotak-kotak). Ok, kali ini saya akan tunjukkan satu cara yang simple tapi menarik menggunakan Filter > Pixelate > Mosaic.

Kita akan cuba hasilkan efek seperti yang ditunjukkan di atas ini.

Page 18: adobe

LANGKAH 1:

Buka satu fail baru – 600 x 400 pixel.

Kemudian, buka pula fail ‘maha05.jpg‘ (dapatkan daripada fail zip di akhir tutorial ini). *Atau mana-mana imej kesukaan anda.

Gunakan Move Tool (V), untuk dragkan imej maha05 ke dalam fail baru.

LANGKAH 2:

Applykan Gaussian Blur kepada layer imej maha05 tadi. Klik Filter > Blur > Gaussian Blur (setkan radius: 20 pixel)

Page 19: adobe

LANGKAH 3:

Kemudian, applykan pula efek mozaik. Klik Filter > Pixelate > Mosaic (setkan cell size: 25 square).

LANGKAH 4:

Page 20: adobe

Untuk dapatkan kesan kotak-kotak yang jelas, timbul dan sharp seperti di atas, kita akan gunakan filter Sharpen. Klik menu Filter > Sharpen > Sharpen. Untuk contoh ini, saya applykan sharpen sebanyak empat kali. Tekan Ctrl+F untuk ulang filter.

LANGKAH 5:

Buka semula fail ‘maha05.jpg’ dan drag sekali lagi ke dalam fail yang sedang kita kerjakan.

Tukarkan blend mode layer imej bunga orkid ini daripada Normal kepada Hard Light. Tukar blend mode: di dalam palet Layer.

LANGKAH 6:

Page 21: adobe

Dengan blend mode Hard Light biasanya imej kita akan kelihatan sedikit gelap. Kita boleh cerahkan sedikit dengan menggunakan Curve.

Klik pada ikon “New Adjustment Layer” di bahagian bawah palet layer. Pilih Curve.

Kemudian, klik dan drag garisan melengkung (ke sebelah kiri dan ke atas, seperti anak panah di atas).

HASIL:

Page 22: adobe

Variasi efek boleh dibuat dengan menggantikan blend mode kepada pilihan lain selain daripada Hard Light.

Selamat mencuba!

Page 23: adobe

Zoom Blur oleh Imran pada May 30, 2010

Teknik menggunakan Zoom Blur ke atas imej untuk mendapatkan kesan dramatik. Kaedah ini menggunakan layer mask (lebih baik daripada cara eraser).

HASIL:

FOTO ASAL:

Page 24: adobe

LANGKAH 1:

Buka foto pilihan anda di dalam Photoshop. Duplicate layer Background, tekan Ctrl + J.

Page 25: adobe

LANGKAH 2:

Applykan filter Radial Blur ke atas layer yang baru diduplicate tadi. Klik menu Filter > Blur > Radial Blur. Pilih Blur Method: Zoom dan setkan nilai

Amount yang sesuai. Untuk contoh ini saya setkan pada 80. Sekiranya, kesan Zoom Blur terlalu kasar anda boleh menggunakan Filter > Noise >

Despeckle untuk mengurangkan kesan ini. Applykan beberapa kali sehingga berpuas hati.

LANGKAH 3:

Kemudian, klik pada ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer. Tujuan menambah layer mask adalah untuk ‘menghilangkan’ bahagian layer 1 supaya

subjek menjadi lebih fokus (jelas).

Page 26: adobe

LANGKAH 4:

Sekarang, setkan warna hitam sebagai Foreground Color. Tekan huruf ‘D’ dan kemudiannya huruf ‘X’.

Dengan menggunakan Brush Tool, sapukan warna hitam ke atas layer mask di bahagian tengah imej iaitu pada bahagian yang anda ingin dapatkan fokusnya kembali. Sapukan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Siap!

HASIL:

Page 27: adobe

Efek Warna Air (Watercolor) oleh Imran pada May 29, 2010

Tercari-cari teknik menukar foto kepada efek catan warna air yang realistik? Hanya dengan menggunakan Filter > Watercolor sahaja belum mencukupi. Mari cuba teknik ini.

Page 28: adobe

SEBELUM & SELEPAS

LANGKAH 1:

Buka fail orkid.jpg yang disertakan di dalam fail zip (sila download zip di bahagian bawah laman ini). Atau, guna imej anda sendiri.

Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Namakan layer baru itu sebagai ‘Smart Blur‘ sebab kita akan applykan filter Smart

Blur kepada layer ini.

Page 29: adobe

Klik menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan Radius: 10.0 dan Threshold: 30.0 Klik OK.

LANGKAH 2:

Duplicate layer ‘Smart Blur’ (tekan Ctrl + J). Namakan layer baru sebagai ‘Glowing Edges‘ sebab kita akan applykan filter >

Glowing Edges. Klik menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge

Brightness: 12, Smoothness: 15. Klik OK.

LANGKAH 3:

Page 30: adobe

Invertkan warna layer ‘Glowing Edges’. Tekan Ctrl + I. Kemudian, desaturatekan warna, tekan Ctrl + Shift + U. Tukarkan layer blend mode untuk layer ‘Glowing Edges’ daripada Normal kepada

Multiply. Setkan opacity: 80%.

LANGKAH 4:

Select layer ‘Smart Blur’, dan duplicate layer ini (tekan Ctrl + J). Namakan layer baru ini sebagai ‘Brush Painting‘. Terbalikkan warna di layer ini, tekan Ctrl + I untuk Adjustment > Invert. Kemudian, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Color Dodge.

LANGKAH 5:

Page 31: adobe

Pilih Brush Tool di dalam Toolbar. Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian

atas Photoshop). Setkan warna foreground kepada hitam (#000000). Perlahan-lahan, beruskan garisan-garisan stroke di layer ‘Brush Painting’. Buat secara

rawak (random). Anda akan dapat hasil seperti imej di atas.

LANGKAH 6:

Select layer asal iaitu layer Background. Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Ia akan diberi nama sebagai

‘Background copy‘. Susun layer ini supaya ianya berada di atas kesemua layer (tekan Ctrl + Shift + ]) Applykan filter Watercolor kepada layer ini. Klik menu Filter > Artistic >

Watercolor. Setkan Brush Detail: 12, Shadow Intensity: 0, Texture: 3. Klik OK. Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Luminosity. Setkan opacity layer kepada 25%.

LANGKAH 7:

Page 32: adobe

Sebagai langkah terakhir, kita akan applykan New Adjustment Layer > Level. Klik pada ikon di bahagian bawah panel layer.

Laraskan slider Level sehingga anda berpuas hati dengan kontra warna yang dibuat. Saya setkan slider pada 71, 1.40, 229 untuk imej saya.

HASIL:

VARIASI (CONTOH LAIN):

Page 33: adobe

Selamat mencuba!

Page 34: adobe

Lens Blur oleh Imran pada Feb 1, 2010

Kali ini kita akan melihat fungsi filter lens blur dan cara penggunaannya untuk menghasilkan efek blur kepada imej.

FOTO ASAL:

Page 35: adobe

HASIL:

Lihat perbezaan di antara dua imej di atas.

LANGKAH 1:

Buka satu foto atau boleh gunakan foto contoh di atas. Duplicate layer background, tekan Ctrl + J.

Page 36: adobe

Kemudian, dengan menggunakan kaedah selection yang anda selesa buat selection pada sekeliling subjek foto tersebut.

Kaedah selection yang boleh digunakan: o Polygonal Lasso / Magnetic Lasso Tool o Quick Selection Tool o Quick Mas

Selepas selection dibuat, applykan sedikit feather kepada selection tersebut. Klik menu Select > Modify > Feather. Letakkan radius: 1px.

LANGKAH 2:

Sebelum applykan filter Lens Blur, hidekan layer background. Select semula layer 1, dan klik Filter > Blur > Lens Blur. Setkan:

o Depth Map >Source: Transparency (Adjust Blur Focal Distance mengikut kesesuaian)

o Radius: 15 o Blade Curvature: 10

Nota: Lihat perbezaan pada pilihan Depth Map : None/Transparency/Mask.

LANGKAH 3:

Page 37: adobe

Kemudian, klik pada ikon ‘add layer mask‘ di bahagian bawah panel layer. Kita akan masukkan gradient hitam-putih ke dalam mask tersebut. Hitam di bahagian

bawah. Tekan huruf ‘D’ untuk setkan warna default pada palet warna. Dan, tekan huruf ‘X’

untuk setkan warna hitam sebagai warna foreground.

Pilih gradient tool (G), klik dan drag dari bahagian bawah foto ke bahagian atas. Cuma drag setakat 1/3 daripada foto tersebut.

Hasilnya seperti di atas. Kalau tak menjadi, tekan Ctrl + Z (undo) dan ulang gradient sehingga berkenan di mata.

Selamat mencuba!

Page 38: adobe

ROL: Ray of Lights oleh Imran pada Jan 4, 2010

Ramai yang bertanya bagaimana saya membuat efek ‘fake lighting’ di dalam manipulasi imej yang saya buat. Fake lighting itu juga dikenali ramai sebagai ‘ray of lights’.

CONTOH HASIL:

Page 39: adobe

SECARA DASARNYA: Secara dasarnya, untuk menghasilkan efek pencahayaan ini, kita akan menggunakan brush tool, samada secara lukis sendiri atau guna customized brush (download dari internet). Biasanya, saya akan applykan brush pada satu-satu nilai opacity untuk mendapatkan bentuk pencahayaan yang diingini. Kemudian, eraser tool akan digunakan untuk ‘melembutkan’ keseluruhan cahaya tersebut – supaya ‘kena’ dengan imej asal.

TUTORIAL SEBELUM INI: Tutorial yang bertajuk ‘Sinaran Cahaya‘ (http://sifoo.com/v7/2008/09/23/sinaran-cahaya/) boleh digunakan juga bagi mendapatkan hasil efek fake lighting.

DOWNLOAD CUSTOM BRUSH: Ada cara yang lebih mudah untuk menghasilkan efek fake lighting ini iaitu dengan cara mendapatkan custom brush.

Buka laman deviantart.com (www.deviantart.com). Klik pada Category > Resource & Stock Images. Pada ruangan search, taipkan “ray of lights brush“. Anda akan jumpa “Light Beams + Rays Brushes“. Klik pada link tersebut.

Page 40: adobe

Kemudian, klik pada link ‘Download‘ di dalam page Light Beams + Rays Brushes tersebut.

Atau, klik di sini > http://www.deviantart.com/download/72493128/Light_Beams___Rays_Brushes_by_redheadstock.zip

Selepas selesai download, unzipkan fail tersebut. Anda akan nampak satu fail ABR.

Buka Photoshop > Panel Brushes (F5) > Load Brush > Browse fail ABR tadi.

Page 41: adobe

Imej di atas menunjukkan brush yang telah diload masuk ke dalam panel. Pilih dan applykan ke atas imej anda.

Jika, anda ingin menukar sudut lighting, klik pada Brush Tip Shape > tukarkan angle mengikut kesesuaian imej anda.

Selamat mencuba!

Page 42: adobe

Titik Fokus Pada Foto oleh Imran pada Jan 16, 2010

Tutorial mudah untuk meniru kesan focus blur fotografi dengan menggunakan Photoshop. Mengaburkan bahagian tepi gambar akan menjadikan subjek pada gambar tersebut lebih terfokus atau tertumpu.

HASIL:

FOTO ASAL:

Page 43: adobe

Perhatikan perbezaan antara imej “Hasil” dengan imej “Foto Asal”. Lihat di mana efek blur diapplykan.

LANGKAH 1: Buka satu foto (foto asal). Duplicate layer background. Tekan Ctrl + J.

LANGKAH 2:

Page 44: adobe

Blurkan layer yang diduplicate tadi dengan menggunakan Filter > Blur > Lens Blur (untuk Ps versi rendah boleh gunakan Gaussian Blur).

Kemudian, klik pada ikon ‘Add Layer Mask‘ di bahagian bawah panel Layer.

LANGKAH 3:

Sekarang kita akan isikan layer mask tadi dengan gradient hitam-putih. Pilih gradient tool (tekan G) > Radial Blur. Klik pada paparan warna gradient di atas option bar untuk membuka window

Gradient Editor. Pilih Black to White.

Dengan menggunakan gradient tool, klik (pada titik yang difokuskan di dalam imej) dan drag ke arah luar imej.

Secara dasarnya, kita akan mengisi warna hitam-putih di dalam layer mask.

Page 45: adobe

*Konsep mask: warna hitam akan menghasilkan ‘lubang’ pada layer tersebut.

Selamat mencuba!

Page 46: adobe

Sinaran Cahaya oleh Imran pada Sep 23, 2008

Tambahkan sinaran cahaya (ray of light) di dalam foto anda dengan menggunakan Photoshop. Caranya agak ringkas dan mudah.

Untuk tutorial ini saya akan menggunakan foto hasil nukilan Muid Latif: http://www.flickr.com/photos/ml/

LANGKAH 1:

Buka foto (muid.jpg). Kemudian, salin layer background (duplicate – Ctrl+J).

LANGKAH 2:

Page 47: adobe

Buat sedikit Level Adjustment kepada layer yang baru tadi. Tekan Ctrl+L. Tarik slider ke sebelah kanan. Imej akan jadi gelap sedikit, tapi pastikan ada kawasan yang masih kekal terang (punca cahaya).

LANGKAH 3:

Sekarang, klik pada menu Filter > Blur > Radial Blur (Amount: 100, Method: Zoom, Quality: Best). Setkan Blur Center untuk menentukan titik punca sinaran cahaya (boleh klik dan drag).

Page 48: adobe

*Sekiranya, hasil radial blur tadi agak kasar, kita boleh haluskan dengan menggunakan Filter > Noise > Despeckle (Ulang sehingga sesuai dengan citarasa anda – Ctrl+F)

LANGKAH 4: Kemudian, tukarkan blend mode layer yang kedua tadi kepada Screen.

Kita akan buat sekali lagi Level Adjustment (Ctrl+L). Kali ini, tarik slider ke sebelah kiri pula.

Saya turunkan sedikit nilai Opacity: 80%.

HASIL:

Page 49: adobe

CONTOH LAIN:

Page 50: adobe
Page 51: adobe

Efek Foto Lama (dengan Tekstur) oleh Imran pada Nov 4, 2009

Ingin hasilkan efek foto lama dengan tekstur kotor dan berlapuk? Tutorial photoshop ini akan menunjukkan cara menghasilkan efek tersebut dengan menggabungkan tekstur dan layer blending. Sangat mudah!

HASIL:

Ini adalah hasil efek foto lama yang kita akan hasilkan di dalam tutorial kali ini. Perhatikan kesan-kesan tekstur di bahagian tepi imej.

LANGKAH 1:

Page 52: adobe

Buka satu gambar (atau dapatkan imej di dalam fail zip – foto_ori.jpg) Buka juga fail paper_texture.jpg daripada fail zip yang disertakan dalam tutorial ini. Fail paper_texture.jpg: Select All > Copy. Fail gambar: Paste. Tips: Cara untuk dapatkan imej tekstur kertas: Google Image > “Old Photo

Texture”.

LANGKAH 2:

Page 53: adobe

Transformkan Paper Texture: Rotate dan Scale supaya ianya mengikut saiz gambar. Kemudian, desaturatekan warna paper texture tersebut. Tekan Ctrl + Shift + U (atau

klik menu Image > Adjustments > Desaturate).

LANGKAH 3:

Page 54: adobe

Sekarang kita akan adjust warna hitam dan putih paper dengan menggunakan Level. Tekan Ctrl + L.

Laraskan slider seperti di atas. Atau, sehingga nampak perbezaan di antara hitam dan putih (contrast).

LANGKAH 4:

Invertkan paper texture. Tekan Ctrl + I. Setkan layer blend daripada Normal kepada Screen.

Page 55: adobe

LANGKAH 4 (PILIHAN):

Jika anda inginkan efek tepi gambar berwarna hitam. Tak perlu invert paper texture. Setkan layer blend daripada Normal kepada Darken.

LANGKAH 5:

Untuk mendapatkan warna pudar seperti foto lama, kita applykan adjustment layer > Hue/Saturation (Colorize). Klik pada ikon ‘new adjustment layer’ di bahagian bawah panel layer dan pilih hue/saturation.

Siap!

HASIL:

Page 56: adobe

KREATIF:

Page 57: adobe

Selamat mencuba!

Page 58: adobe

Gambar Ala Filem Indie oleh Saddam Hussein pada Nov 24, 2009

Ok, tutorial Photoshop kali ni kita akan cuba hasilkan gambar seperti filem Indie. Sangat mudah!

Program: Adobe Photoshop CS3

Tahap: Permulaan (beginner)

Masa: 10 – 15 minit

HASIL

IMEJ ASAL

Page 59: adobe

LANGKAH 1:

Buatkan kotak hitam untuk menutup bawah dan atas gambar

Page 60: adobe

LANGKAH 2:

Klik Image > Adjustments > Levels

LANGKAH 3:

Page 61: adobe

Ubah level hitam : 25 Anda juga boleh ubah mengikut citarasa anda

LANGKAH 4:

Page 62: adobe

Klik Image > Adjustments > Color Balance

LANGKAH 5:

Page 63: adobe

Untuk dapatkan hasil seperti gambar dibawah, anda hanya perlu ikut contoh diatas anda boleh mengubah mengikut citarasa anda

HASIL:

Page 64: adobe

SELAMAT MENCUBA!

Page 65: adobe

Foto Ala Tona Warna Movie oleh Imran pada Nov 30, 2009

Bagaimana nak tukarkan tona warna foto anda menjadi seperti warna movie (wayang gambar)? Kita akan gunakan adjustment saturation, exposure dan color balance untuk mencapai hasil ini.

FOTO ASAL:

HASIL:

Page 66: adobe

Inilah hasil yang kita akan cuba capai di dalam tutorial kali ini. Lihat perbezaan di antara foto asal dengan hasil. Ayuh kita bikin efek ini!

LANGKAH 1:

Buka satu imej yang sesuai. Kemudian, applykan adjustment layer > hue/saturation. Klik pada ikon add new

adjustment layer di bahagian bawah panel layer. Kurangkan saturation kepada lebih kurang -70.

LANGKAH 2:

Page 67: adobe

Kemudian, sekali lagi tekan ikon add new adjustment layer di bahagian bawah panel layer > pilih exposure.

Setkan seperti setting di atas. Atau, adjust mengikut kesesuaian foto anda. Kita nak foto ini jadi sedikit gelap tapi jangan terlalu gelap sampai hilang detail foto.

Cuba jaya.

LANGKAH 3:

Copy dan mergekan semua layer > tekan Ctrl + Shift + Alt + E. Sekarang, applykan filter > blur > lens blur. Jika, tiada lens blur boleh guna gaussian blur.

LANGKAH 4:

Page 68: adobe

Pada layer yang telah diblurkan tadi, klik ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.

Setkan warna foreground kepada hitam, tekan D dan tekan X. Kemudian, pilih Brush tool (tekan B). Pilih brush jenis Soft Round saiz 300. Laraskan saiz brush 300-500 pixel dan opacity brush 100%. Letakkan brush pada titik fokus foto anda dan klik. Ini akan menyebabkan bahagian

yang diklik ‘terpadam’ (dimaskingkan).

LANGKAH 5:

Buat satu layer baru. Tekan huruf D (untuk pastikan warna foreground adalah hitam). Tukar opacity layer

kepada 70% Isikan layer baru tadi dengan warna hitam, tekan Alt + Del (atau Backspace).

Page 69: adobe

Klik ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer. Setkan warna foreground kepada hitam, tekan D. Kemudian, pilih Brush tool (tekan B). Pilih brush jenis Soft Round saiz 300. Laraskan saiz brush 300-500 pixel dan opacity brush 100%. Letakkan brush di tengah-tengah foto anda dan klik. Ini akan menyebabkan bahagian

yang diklik ‘terpadam’ (dimaskingkan). Ini akan menghasilkan efek vignette. Boleh juga kalau nak guna filter > distort >

lens correction > vignette.

LANGKAH 6:

Copy dan mergekan semua layer > tekan Ctrl + Shift + Alt + E. Applykan pula filter Noise.

LANGKAH 7:

Page 70: adobe

Kemudian, tekan ikon add new adjustment layer di bahagian bawah panel layer > pilih color balance.

Untuk efek kebiru-biruan, ikut setting cyan, magenta dan yellow seperti di atas.

LANGKAH 8 / HASIL:

Buat kotak hitam di bahagian atas dan bawah foto untuk mendapatkan stail cinemascope.

Boleh gunakan Rectangular Tool.

Selamat mencuba!

Page 71: adobe

Photoshop CS5: Hdr Toning oleh Imran pada May 19, 2010

Hdr Toning adalah satu feature terbaru di dalam Photoshop CS5. Feature ini membolehkan anda menghasilkan efek hdr daripada satu imej sahaja.

Kegilaan efek Hdr semakin menjadi-jadi di kalangan fotografer digital. Ramai yang tercari-cari cara menghasilkan imej Hdr, terutamanya cara menghasilkan Hdr daripada satu imej sahaja.

Teknik asal penghasil Hdr sebenarnya memerlukan penggabungan beberapa imej dengan setting exposure yang berbeza. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan baik di dalam perisian Photomatix. Versi lama Photoshop mempunyai fungsi Merge to Hdr tetapi ianya tidak sebaik Photomatix.

Untuk menghasilkan imej Hdr, anda perlu faham dulu maksud sebenarnya Hdr dan apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah imej itu boleh dipanggil sebagai imej Hdr. Sila google

Photoshop CS5 menyediakan fungsi baru iaitu Hdr Toning (Klik menu Image > Adjustments > Hdr Toning). Setelah mencuba fungsi ini, saya mendapati ianya sangat bagus untuk menghasikan imej Hdr dengan menggunakan hanya satu imej.

Jika di versi lama, saya perlu menggunakan fungsi Shadow/Highlight, Curve dan High Pass untuk mendapatkan hasil yang sama. Hdr Toning telah menggabungkan semua ini di dalam satu menu. Great stuff!

Lihat foto asal dan foto hasil di bawah ini.

FOTO ASAL:

Page 72: adobe

FOTO HASIL:

HDR TONING:

Page 73: adobe

Ini adalah setting yang saya gunakan untuk mendapatkan imej Hdr di atas.

Sangat mudah!

CONTOH HDR LAIN:

Page 74: adobe

Penulis: Imran Abdul Jabar

Page 75: adobe

Hitam-Putih Bertona oleh Imran pada May 22, 2010

Teknik ini akan menunjukkan kaedah menghasilkan foto hitam-putih bertona (toned black & white). Pada dasarnya, teknik ini menggabungkan hitam-putih dengan split toning.

FOTO HASIL:

Page 76: adobe

FOTO ASAL:

Lihat perbandingan foto hasil dan juga foto asal. Jom kita buat!

LANGKAH 1:

Buka sebuah foto di dalam Photoshop.

Page 77: adobe

Applykan adjustment layer > Black & White. Laraskan nilai-nilai di dalam adjustment Black & White sehingga anda mendapat tone hitam-putih yang terbaik.

LANGKAH 2:

Kemudian, tambahkan adjustment layer > Curve. Buat bentuk curve ke atas untuk menaikkan highlights foto.

LANGKAH 3:

Ulang langkah 3 untuk menambah satu lagi adjustment layer > Curve. Kali ini buat pula bentuk curve ke bawah untuk menaikkan shadows imej.

LANGKAH 4:

Page 78: adobe

Untuk kedua-dua layer Curve tadi, default thumbnail mask adalah berwarna putih. Tukarkan kepada hitam.

Klik pada thumbnail mask dan tekan Ctrl + I untuk Invert. Lakukan proses ini untuk kedua-dua layer Curve.

LANGKAH 5:

Sekarang anda perlu “betulkan” thumbnail mask dengan menggunakan Brush Tool. Pertama sekali, setkan warna foreground kepada Putih. Tekan huruf “D“. Lihat contoh yang saya buat di imej atas untuk kedua-dua layer Curve.

LANGKAH 6:

Page 79: adobe

Akhir sekali untuk mendapatkan tona warna (split toning), kita akan gunakan Color Balance.

Tambahkan adjustment layer > Color Balance dan setkan blend mode layer ini kepada Color.

Untuk Midtones, setkan Cyan/Red: +60 dan Yellow/Blue: -48 (Lebih kurang). Untuk Shadows, setkan Cyan/Red: -30 dan Yellow/Blue: +30 (Lebih kurang). Siap!

Selamat mencuba!