web viewbermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ......
TRANSCRIPT
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 1 Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen
pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Kemahiran Induksi
Kemahiran Penerangan
Kemahiran Penyoalan
Kemahiran Variasi Rangsangan
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
Fikirkan:
Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P
serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.
1
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Komponen Pengajaran
Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:
Kemahiran Induksi
Kemahiran Penerangan
Kemahiran Penyoalan
Kemahiran Variasi Rangsangan
1.1 Kemahiran Induksi
Konsep
• Cara guru memulakan pelajaran
• Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan
berfikir
2
Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?
Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.
Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Prinsip-prinsip Induksi
• Bermakna kepada murid
• Berkaitan isi dan objektif pelajaran
• Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada
Kemahiran Induksi (Permulaan)
1. Menarik perhatian murid
• Dengan suara, gerak geri dan kontak mata
• Dengan ABM
• Dengan corak interaksi guru-murid
2. Mewujudkan motivasi
• Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan
unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.
3. Menstruktur
• Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara
menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan
4. Membuat perkaitan
• Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau
peristiwa semasa yang diminati murid
3
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1.2 Kemahiran Penerangan
Definisi
Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai
oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah
dapat difahami oleh murid dengan berkesan.
Objektif:
1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain
2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.
3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan
sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan
Bentuk-bentuk Penerangan
• Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.
• Huraian: Menerangkan sesuatu proses.
• Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.
Panduan
1. Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik
2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid
3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran
4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas
dengan penerangan yang diberikan
4
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Komponen Penerangan
1. Komponen Struktur
• Penggunaan tanda saran
• Penggunaan contoh-contoh
• Penyimpulan atau rumusan
2. Komponen Penyampaian
kejelasan
pelbagai penekanan
memberi petunjuk
membuat perkaitan dan keutamaan
mengelakkan kekaburan
turutan
maklum balas
Prinsip Kemahiran Penerangan
• Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.
• Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.
• Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara
kemas, sistematik dan teratur.
• Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-
bahan visual yang lain.
• Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.
• Penutup – kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara
yang diterangkan.
1.3 Kemahiran Penyoalan
5
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pengenalan
• Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja
• Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.
• Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.
Prinsip-prinsip:
• Ditujukan kepada semua murid
• Murid diberi masa berfikir
• Sesuai dengan kebolehan murid
• Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi
• Penyampaian soalan jelas
• Melayan tindak balas murid dengan baik
Objektif penyoalan;
• Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P
• Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
• Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
• Menggalakkan murid menyoal
• Membantu murid melahirkan idea
Komponen Kemahiran Penyoalan
• Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.
• Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab
soalan.
• Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid
berfikir
6
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
• Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi
jawapan
• Melayan murid dengan adil
• Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.
• Soalan yang jelas dan ringkas
Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)
PENILAIAN
SINTESIS
ANALISIS
APLIKASI
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN
PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.
SINTESIS
7
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu
rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.
ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.
APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada
sesuatu situasi yang baru.
KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan
pemahaman.
PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.
Teknik Penyoalan
Mencungkil pemikiran murid
Jelas, tepat, dan padat
Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka
Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas
8
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Jenis-jenis penyoalan
1. Soalan Bertumpu (Tertutup)
• Bentuk convergent atau tertutup
• Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman
• Lebih bersifat objektif
• Jawapan atau respon terhad
• Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat
atau pengetahuan yang disampaikan
2. Soalan Bercapah (Terbuka)
• Bentuk divergen atau terbuka
• Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
• Lebih bersifat subjektif
• Jawapan atau respon luas atau terbuka
• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan
pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau
pengetahuan yang diperoleh.
1.4 Kemahiran Variasi Rangsangan
Konsep:
Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan
pengajaran mereka diminati dan berkesan.
9
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Komponen Kemahiran
Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara
Kepelbagaian
Saluran Deria Kepelbagaian Interaksi
KOMPONEN KEMAHIRAN
Kepelbagaian Media dan Kepelbagaian Kaedah
Bahan Bantu Belajar dan Teknik Mengajar
Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan
1. Perubahan tingkah laku guru
• Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif
• Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat
• Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.
2. Perubahan Pertuturan (Suara)
• Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.
• Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan
menyebabkan murid berasa bosan.
10
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3. Kepelbagaian Saluran Deria
• Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan
daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan
sebagainya.
4. Kepelbagaian Interaksi
• Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan
sebagainya.
• Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita,
berlakon dan sebagainya.
• Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan
5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar
• Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.
• Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan
6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar
• Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan
pengetahuan kepada murid.
• Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran,
dan semakin seronok murid belajar.
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.
Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap
kemahiran yang dipelajari.
11
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 2 Komponen Pengajaran : Penggunaan Papan Tulis Pengelolaan Bilik Darjah Penutupan dan Membuat Kesimpulan
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga
kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran
penggunaan papan tulis,
pengelolaan bilik darjah, dan
penutupan dan membuat kesimpulan.
Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
2.1 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :
Papan Hitam
Papan Putih
Papan Gulung
Papan Planner
Papan Magnetik
12
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah kebersihan
keteraturan
kejelasan
ketepatan
keberkesanan
Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
Memastikan kebersihan papan tulis pada awal dan selepas pengajaran dan
pembelajaran
Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk
pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya
Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.
Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu
luas
Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau
penerangan yang berkaitan
Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan
tulis
Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi
sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.
2.2 Pengelolaan Bilik Darjah
Konsep Bilik Darjah
Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya
Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
13
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-
murid, dan keseronokan berkerjasama. Jenis-Jenis Bilik Darjah
Biasa (Tradisi)
Bercantum
KBSR/KBSM
Mata Pelajaran Khas
Multimedia
Bestari
Terbuka
Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)
Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.
Pelbagai aktiviti dijalankan serentak
Jadual anjal mudah diubah
Banyak ABM/BBM digunakan
Murid berpeluang membuat keputusan
Murid bebas bergerak/ bekerjasama
Murid bebas mengkaji mengikut minat
Penyerapan dan penggabungjalinan
Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan
14
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik.,
keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap
positif
Pemberian markah / gred minimum
Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.
Peranan Guru dalam Bilik Darjah
Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran
Pengajar / pakar mata pelajaran
Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat
Menentukan peraturan
Melaksanakan aturan biasa
Penghubung antara sekolah dengan masyarakat
Contoh dan teladan kepada murid
Pengadil tingkah laku
Pendisiplin / penyelia
Pengganti ibu bapa
Kerani
Kaunselor
Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah
Guru memainkan peranan sebagai pengurus
Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual
bertugas
Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Guru sebagai Perancang
15
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya
Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran
Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran
Ciri-ciri Kemahiran Merancang
Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :
Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan
sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid
Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada
kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.
Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM)
Utamakan pendekatan berpusatkan murid
Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan
pembelajaran yang lengkap
Guru sebagai Pengelola
Elemen Kemahiran Mengelola
Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran
Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran
mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
Dua Fungsi Utama Pengajaran
Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif
16
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang /
menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar.
Pengajaran Motivasi Pembelajaran
Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti
pembelajaran secara kelas.
Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur,
selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.
Pengurusan Rutin Bilik Darjah
Tugas guru meliputi 3 bidang utama
1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod
Rekod Pendaftaran Murid
Buku Jadual Kedatangan
Buku Kemajuan Murid
Kad Himpunan 001 dan 002
Rekod Kutipan Yuran
2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah
Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak
dilakukan pada setiap hari persekolahan
Menanda jadual kedatangan
Menyemak keadaan fizikal bilik darjah
17
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Menyusun kerusi meja
Mengutip yuran
Pelaksanaan Tugas-tugas Lain
Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid
Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek
Susu Sekolah
3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah
Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut
bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah
Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.
Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :
menyapu lantai dan beranda
membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja
mengemas ruang dan sudut pembelajaran
susun bahan bacaan di sudut bacaan
menghias dan menjaga alat yang dipamerkan
menjaga penggunaan kipas dan lampu
mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.
18
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah
Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap
kekemasan dan kebersihan bilik darjah
Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik
darjah
Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid
Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai
dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan
dengan susunan kerusi meja yang teratur
Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut:
mengawal peraturan-peraturan bilik darjah
mengawal aktiviti kumpulan
mengawal murid bermasalah
Guru sebagai Pengarah
Elemen Kemahiran Mengarah
Mengarah murid-murid menjawab soalan guru
Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira
Mengarah membentuk kumpulan
Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah
Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran
Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya
Guru sebagai Pengawal
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana
sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang
kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran
19
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut
pelajaran tanpa sebarang gangguan
Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian
Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta
penggunaan bahan-bahan pengajaran
Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :
1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik
mengajar
2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran.
3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
Dapatan penilaian akan membolehkan guru :
Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya
Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya
Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.
Ciri-Ciri Kemahiran Menilai
20
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti
yang berikut:
Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian
Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan
kesalahan yang berlaku dengan serta-merta
Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran
serta membaiki pengajaran guru
Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai
Perlakuan mengajar dari segi perancangan
Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan
Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian
Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah
Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya
dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.
Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara
individu atau kumpulan
Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan,
membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
daripada keluarga mereka
Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah
dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat
21
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni
yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid
Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid
yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi
Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti
persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.
Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar /
Pengetua.
Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil
pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang
aktiviti pemulihan.
Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan
dalam buku kemajuan
Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan
mutu pengajaran
Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara
pihak sekolah dengan ibu bapa
Kesimpulan
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen
pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.
Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua
kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif
22
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2.3 Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan
Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran
Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas
atau pembelajaran tertentu
Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan
untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang
dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.
Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan
Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran
Meninjau pemahaman pembelajaran
Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran
Memenuhi fungsi penutupan
Jenis Penutupan
Kesimpulan Kognitif
Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan
mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan
kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting
dalam pelajaran.
Kesimpulan Sosial
Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan
dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal
menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas
satu siri pembelajaran yang agak teratur.
23
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Objektif Kemahiran Penutupan
Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar
Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji
Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif
pengajaran dan pembelajaran murid
Dapat merancang aktiviti susulan
Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu,
unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan
Prinsip / Panduan
Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi
umur, kebolehan, minat, dan kecenderungan mereka
Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran
Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,
pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari
Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari
Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran
Penutupan haruslah dapat mencadangkan aktiviti susulan
Komponen Kemahiran Penutup
Kesimpulan Kognitif
Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar
Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah
disampaikan
Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran
24
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan
Kesimpulan Sosial
Mewujudkan rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan
memberi pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan
sebagainya
Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan,
biasanya sebagai kerja rumah.
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa
Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk
pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.
Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.
25
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 3 Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat
empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Teori Tatabahasa Tradisional
Teori Struktural
Teori Transformasi Generatif
Teori Fungsionalis
Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian
berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,
bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang
pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang
rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula
merupakan pegangan Teori Fungsionalis.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam
bilik darjah.
26
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kerangka Konsep
Fikirkan:
Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.
Teori Huraian Bahasa
27
Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?
Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat.
Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis InteraksionalisStrategi,
Pendekatan,
Kaedah, dan
TeknikPengajara
n dan Pembelaja
ran Bahasa Melayu
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :
Teori Tatabahasa Tradisional.
Teori Struktural
Teori Tranformasi Generatif
Teori Fungsionalis
3.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)
Teori yang paling tua
Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah
Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za’ba dan
Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)
Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran
Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum
Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik
Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap
3.2 Teori Struktural (Bloomfield)
Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat
Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan
Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan
fakta-fakta yang boleh diperhatikan
Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat
3.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)
Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa
Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta.
Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif
28
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3.4 Teori Fungsionalis (Halliday)
Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
berkomunikasi dan mementingkan semantik.
Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.
Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi
interpersonal, dan fungsi tekstual.
Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
sistem bahasa.
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.
Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan
perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif
Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham
tentang teori ini.
29