ahmad faizal bin ayop - faculty of education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan...
TRANSCRIPT
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN,MASA,KEMUDAHAN DAN ALATAN, DAN
KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DALAM MATAPELAJARAN
KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI
PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH KLUANG
AHMAD FAIZAL BIN AYOP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN,MASA,KEMUDAHAN DAN ALATAN, DAN
KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DALAM MATAPELAJARAN
KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI
PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH KLUANG
AHMAD FAIZAL BIN AYOP
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahgian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : AHMAD FAIZAL BIN AYOP
Tarikh : 25.4.2008
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh
Buat isteriku tersayang Idazailiza Binti Yahaya…Segala pengorbanan dan kesabaranmu akan sentiasa ku hargai…
Semangatmu mendorong semangatku…Membuatkan aku tabah…Demi menggapai impian…
Buat anak-anak papa : Danish dan Darwish..Kalian berdua tidak pernah luput dari ingatan…
Apabila rindu menyapa…Semakin kuat azam dan cita-cita…
Walaupun dari kejauhan…Doaku tetap bersama kalian…
Untuk emakku yang tercinta Hjh. Salmah dan ayahku yang ku kasihi Hj. Ayop…Doa anakmu tidak pernah putus…
Mengharap kesejahteraan buatmu…Dari Tuhan Yang Esa…
Semoga Allah memberikan ganjaran syurga buat kalian…Buat rakan-rakan seperjuangan…Dan semuanya SPH 2005-2008…Kesusahan kita harungi bersama…Buat pensyarah-pensyarah JPTK…
Jasa kalian kekal diingatan…Semoga kita semua…
Memperolehi rahmat dan kesejahteraan…Setiap usaha kita lakukan…
Minta dihalalkan untuk segalanya…Berjumpa kita di Syurga…
Insya Allah…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke Hadhrat Ilahi yang telah memberikan saya kekuatan untuk
menghasilkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah diamanahkan kepada saya. Saya
sebagai hambaNya hanya mengharapkan agar limpahan rahmatNya yang berterusan
akan mengiringi saya sehingga ke akhir hayat saya.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Abdul Rahim b. Hamdan selaku pensyarah
pembimbing saya yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar dalam proses
penghasilan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
turut memberikan kerjasama yang baik terutamanya semasa proses menyediakan bahan-
bahan rujukan. Di atas segala jasa baik kalian, semoga Allah SWT akan membalasnya
dengan balasan yang terbaik.
Penghargaan istimewa buat keluarga khasnya isteri dan anak-anakku di atas
pengorbanan dan kesabaran yang tidak terhingga.
Yang benar,
Ahmad Faizal bin Ayop
PKPG Kemahiran Hidup (KH) 2005/2008
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membuat tinjauan terhadap perspektif guru-guru kemahiran teknikal
di daerah Kluang mengenai kesesuaian matapelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah. Objektif kajian ialah untuk mengetahui kesesuaian sukatan, masa,
alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Rekabentuk kajian yang dijalankan
adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan
statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal
selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu
kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Responden
terdiri daripada 40 orang guru-guru yang mengajar subjek kemahiran teknikal di daerah
Kluang yang terlibat secara langsung dengan pengajaran matapelajaran kemahiran
teknikal.. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.742. Semua data-data yang diperolehi
dianalisis menggunakan program SPSS versi 14.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus,
min dan nilai ujian -t. Hasil kajian mendapati guru-guru kemahiran teknikal mempunyai
pandangan yang positif terhadap sukatan,alatan dan kemudahan serta kaedah pengajaran
kemahiran teknikal menengah rendah. Walau bagaimanapun aspek masa masih perlu
diperbaiki dalam proses mengajar matapelajaran kemahiran teknikal.dengan dapatan
purata min 3.65. Berdasarkan ujian –t, tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi
kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian, dan kaedah
tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal
peringkat menengah rendah. Namun ia tidak menghalang guru-guru dari terus mengajar
matapelajaran ini demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu
melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is investigate the Technical Skills (Kemahiran
Teknikal) teacher’s perspective in Kluang on Technical Skills subject in lower
secondary school level. The objective of the study is to know the suitability of content,
allotment of time, equipment and facility, and teaching methods. The design of the study
is descriptive, carried out by using descriptive statistical comparison mean. The
instrument of the study is a set of questionnaires which is used to cater for the data of
four aspects of the study that are chapter suitability, time, equipment and facility, and
teaching method. The respondents of the study are 40 teachers in Kluang who are
directly involved in teaching the Technical Skills subject. The Alpha value for these
questionnaires is 0.742. All the data collected is analyzed by using SPSS version 14.0 to
get its frequency, percent, mean and t-test value. According to the findings, with an
average mean of 3.65, the time aspect still needs to be improved in the process of
teaching Technical Skills. Based on the t-test, there are no differences in term of the
suitability of content, allotment of time, equipment and facility, and teaching methods
between technical skill teachers of either gender. However, this does not stop teachers
from continuing to teaching this subject to achieve the objectives of the National
Philosophy of Education to produce students who are well skilled in all fields.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5
1.6
Persoalan Kajian
Hipotesis
9
10
1.7 Rasional Kajian 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 13
1.9.1 Kesesuaian 13
viii
1.9.2 Kemahiran Hidup 13
1.9.3 Perspektif 14
1.9.4 Guru kemahiran hidup 14
1.9.5 Kemahiran teknikal 14
1.9.6 Isi kandungan 15
1.9.7 Kaedah Pengajaran 15
1.9.8 Alatan dan kelengkapan 16
1.9.9
1.9.10
Masa
Peringkat menengah rendah
16
16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kemahiran hidup bersepadu (KHB) 19
2.3 Matlamat KHB 19
2.4 Isi kandungan 21
2.5
2.6
2.7
Peruntukan masa
Alatan dan kemudahan
Kaedah Pengajaran
23
25
27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Sampel Kajian 36
3.4
3.5
Prosedur Kajian
Instrumen Kajian
37
38
3.4.1 Bahagian A 39
3.4.2 Bahagian B 39
3.6 Kajian Rintis 41
ix
3.7 Analisis Data 43
3.8 Penutup 45
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 47
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48
4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 48
4.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
49
4.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Kelulusan
Ikhtisas
49
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jawatan 50
4.2.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar
51
4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B 51
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 51
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 55
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 58
4.3.4
4.3.5
Persoalan Kajian Keempat
Persoalan Kajian Kelima
62
65
4.4
4.5
4.3.5.1 Kesesuaian Isi Kandungan
4.3.5.2 Kesesuaian Masa
4.3.5.3 Kesesuaian Kemudahan Dan Alatan
4.3.5.4 Kesesuaian Kaedah Tunjuk Cara
(Demonstrasi)
Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian
Penutup
65
66
67
68
69
70
x
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan Dan Perbincangan Kajian 72
5.2.1 Sukatan matapelajaran 72
5.2.2 Masa 75
5.2.3 Alatan dan kemudahan 77
5.2.4 Kaedah Pengajaran Amali 78
5.3 Cadangan 82
5.3.1 Guru-guru kemahiran teknikal 82
5.3.2 Sekolah 83
5.3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 85
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.5 Penutup 88
BIBLIOGRAFI 89
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
1.1 Komponen Yang Terdapat Di Dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu
5
1.2 Peratusan Masa Yang Diperuntukkan Dalam Setahun 5
3.1
3.2
Jadual Bilangan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah Di
Daerah Kluang
Jadual Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian
37
40
3.3
3.4
Skala Likert
Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubah Suai
41
42
3.5
3.6
3.7
3.8
Nilai Indeks Kebolehpercayaan
Pengkelasan Pemeringkatan
Klasifikasi Statistik Mengikut Persoalan Kajian
Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
43
44
44
45
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina
48
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Bangsa
48
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Umur
49
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Kelulusan Ikhtisas 49
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jawatan 50
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar
50
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang 51
xii
Menjawab Item Bagi Kesesuaian Matapelajaran Kemahiran
Teknikal.
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Masa Yang Diperuntukan
55
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Alat Dan Kemudahan Bagi Proses PNP
58
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang
Menjawab Item Bagi Kesesuaian Kaedah Pengajaran Amali
Analisis Perbezaan Kesesuaian Isi Kandungan Bagi Mata
Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah
Berdasarkan Jantina.
Analisis Perbezaan Kesesuaian Masa Yang Diperuntukan
Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat
Menengah Rendah Berdasarkan Jantina.
Analisis Perbezaan Kesesuaian Kemudahan Dan Alatan Bagi
Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah
Rendah Berdasarkan Jantina
Analisis Perbezaan Kesesuaian Kaedah Tunjuk Cara
(Demonstrasi) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal
Peringkat Menengah Rendah Berdasarkan Jantina.
Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian
Persoalan Kajian
62
65
66
67
68
69
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kuriklum Bersepadu Sekolah Menengah
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
PNP - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Package For Social Science
xiv
SENARAI SIMBOL
f - Frekuensi / Kekerapan
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 94
B Surat Pengesahan ERPD
Surat Kebenaran JPN
Surat Pengesahan Pelajar
101
102
103
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun
1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan kurikulum melalui perlaksanaan
Dasar Pelajaran kebangsaan dan Dasar Pentadbiran Negara pada tahun 1979 dan
kurikulum ini merupakan satu keseimbangan daripada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR).
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran baru yang digubal mengikut
kehendak perakuan-perakuan yang disarankan di dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1989). Perakuanperakuanitu adalah seperti berikut:
`Adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah
hendaklah berupa perkembangan dari kurikulum sekolah rendah, iaitu
perkukuhan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum
yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pravokasional', dan
`Pendedahan murid-murid kepada bidang teknik dan vokasional di peringkat
menengah rendah amatlah terpisah sehingga ia merupakan suatu usaha ke
arah pengkhususan. Oleh yang demikian adalah diperakukan supaya
2
kurikulum mata pelajaran-mata pelajaran elektif di peringkat ini diubah
pada strukturnya. Sukatan pelajaran yang ada hendaklah digubal semula
dengan tujuan supaya pendedahan murid-murid kepada pelajaran teknik dan
vokasional tidak hanya terhad pada bidang satu mata pelajaran elektif
sahaja tetapi juga ilmu pengetahuan yang penting dari bidang-bidang elektif
yang lain'.
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1989 m.s 88-90)
Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 bagi menghadapi cabaran-
cabarannya, Kementrerian Pelajaran Malaysian dan agensi-agensinya telah mengatur
beberapa strategi untuk mengubah sikap masyarakat terhadap Pendidikan teknik
khususnya Pendidikan Vokasional kerana sebelum ini masyarakat memandang
rendah terhadapnya. Justeru itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
diperkenalkan dalam program KBSM. Melalui matapelajaran ini, objektif tersebut
dapat dicapai dengan mendedahkan pelajar-pelajar menengah rendah kerpada
Pendidikan Teknik dan Vokasional, disamping menekankan terhadap nilai-nilai
yang tinggi seperti keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri,
etika kerja yang baik, disiplin serta semangat untuk bersaing (Kermenterian
Pelajaran Malaysia 1991)
Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian
rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu
melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,
emosi dan intelek serta berketrampilan.
Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum
yang bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan
Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989
yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).
3
1.1.1 Kemahiran Teknikal
Kemahiran boleh dirujuk sebagai kebolehan melakukan sesuatu dengan
melibatkan penggunaan pancaindera dan anggota badan. Dalam pada itu,
penggunaan pancaindera dan anggota badan dapat mempertingkatkan lagi
momentum untuk menghasilkan sesuatu kemahiran yang meliputi kecekapan,
kepandaian dan bijaksana (Taneja, 1989).
Setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari perlu disertai dengan tahap
kemahiran yang tinggi supaya hasil yang diperolehi akan berkualiti. Pengetahuan
yang disulami dengan kemahiran dan kecekapan kerja praktis akan menjadikan
pengetahuan yang dipelajari lebih bermakna dan menyeronokkan. Apatah lagi
terhadap guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Hampir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sama ada di dalam
kelas ataupun makmal untuk setiap tajuk mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu memerlukan mereka berkemahiran melakukan kerja-kerja praktis. Guru
yang mempunyai kebolehan melakukan kerja-kerja praktis biasanya lebih
bermotivasi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan
guru yang kurang menguasai kemahiran praktis (Mok, 2000).
Pendapat ini selaras dengan kehendak Pusat Perkembangan Kurikulum
(2002), iaitu kemahiran yang tinggi di dalam bidang ketukangan, penggunaan alatan
tangan serta kebolehan menyelenggara mesin dapat membantu guru menyampaikan
ilmu pengetahuan di dalam tajuk kemahiran teknikal dengan lebih berkesan. Guru
yang demikian akan lebih berupaya menguraikan kekaburan idea pelajar-pelajar
dengan membimbing mereka menyelesaikan masalah mereka melalui cara atau
kaedah yang paling sesuai.
Menurut kajian Jelawati (2003), tahap kemahiran teknikal yang diperlukan
oleh guru-guru untuk mengajar tajuk Reka Cipta berada pada tahap sederhana. Tahap
kemahiran guru yang sederhana boleh menjadi punca sesi pengajaran dan
pembelajaran kurang menarik dan kurang berkesan. Keadaan ini boleh
mengakibatkan pelajar-pelajar akan menghadapi masalah kekurangan bimbingan
4
terutamanya dari aspek kemahiran teknikal yang sepatutnya dibekalkan oleh guru
dalam proses pembelajaran. Memang tidak dinafikan pelajar-pelajar digalakkan
belajar menjana idea secara kolektif sesama rakan dan menyelesaikan segala
permasalahan mereka sendiri. Namun perlu diambil perhatian bahawa peranan guru
sebagai pembimbing dan tenaga pakar di dalam kelas amat diperlukan supaya idea
yang dijana oleh pelajar-pelajar bersesuaian dengan konsep produk yang hendak
mereka hasilkan. Oleh itu kemahiran teknikal guru perlu mantap agar para pelajar
mendapat bimbingan dan panduan yang efektif daripada guru dalam menyelesaikan
masalah mereka.
Oleh kerana guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan guru-guru
yang dianggap sebagai ‘general purpose’, mereka perlu bersedia untuk meningkatkan
kemahiran di dalam semua bidang dan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu. Dengan adanya kemahiran yang mereka miliki itu akan meningkatkan
lagi daya kreativiti dan keupayaan mereka dalam menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya tajuk Reka Cipta. Guru yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi akan dapat memberi keyakinan kepada dirinya dan
pelajar-pelajarnya untuk turut serta di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidu semakan terbaru (2002),
matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang
berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hinga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk
meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga
kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan
Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Jadual 1 menunjukkan pecahan
huraian terbaru KHB.
5
Jadual 1.1: Komponen Yang Terdapat Di Dalam Kemahiran Hidup BersepaduMatapelajaran
Teras Rekabentuk Teknologi
Pilihan 1 Kemahiran Teknikal
Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga
Pilihan 3 Pertanian
Pilihan 4 Perdagangan Dan Keusahawanan
Jadual 1.2: Peratusan Masa Yang Diperuntukkan Dalam Setahun
Komponen Minggu peratus
teras 20 59
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
Pilihan 4
14
41
jumlah 100
Pecahan komponen dan agihan waktu dalam jadual 2 di atas adalah sama
untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Merujuk di dalam jadual, 59 peratus
diperuntukkan untuk bahagian teras dimana pelajar wajib mengikutinya dan bakinya
iaitu 41 peratus diperuntukkan bagi bahagian pilihan 1,2,3 dan 4. Pelajar boleh
memilih satu sahaja daripada pilihan tersebut.
6
1.2 Latarbelakang Masalah
Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-
vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran
asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara
produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa
berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat
sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4
November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua
kompoinen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun
1991, sukatan sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup
Bersepadu. Rombakan terkini sukatan matapelajaran kemahiran Hidup adalah dalam
tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Dapatan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang
keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7
September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta
kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan
sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan
bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.
Bertitik tolak daripada sukatan matapelajaran KHB yang dirombak pada
tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti
kesesuaian sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan isi kandungan,
masa, kemudahan dan peralatan yang mencukupi atau tidak atau kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) yang digunakan oleh guru itu sendiri dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
7
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau kesesuaian Sukatan Pelajaran
kemahiran teknikal menengah rendah menurut persepsi guru-guru yang mengajar
matapelajaran kemahiran teknikal Sekolah-sekolah Menengah di daerah Kluang, Johor.
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah
dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat
matapelajaran Kemahiran hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini
melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik
darjah.
Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk
mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi
semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya
bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi isi kandungan, masa,
kemudahan dan peralatan yang mencukupi atau tidak atau kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) yang digunakan oleh guru itu sendiri dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sejauhmana kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal untuk pelajaran
peringkat menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang
terperinci dibuat bagi menilai kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Teknikal dari
segi isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup.
8
1.4 Objektif Kajian
Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi
mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup. Objektif khususnya ialah:
1. Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan matapelajaran Kemahiran Teknikal
bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.
2. Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran
subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.
3. Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi diperolehi bagi proses
pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah.
4. Mengenalpasti kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah.
5. Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,
kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah.
9
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan
kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
1. Adakah sukatan matapelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran
dan pembelajaran peringkat menengah rendah?
2. Adakah masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran subjek
Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?
3. Adakah alatan atau kemudahan mencukupi atau mudah diperolehi bagi proses
pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah ?
4. Adakah sesuai kaedah amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
5. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru
mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
6. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
7. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
8. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
10
1.6 Hipotesis
Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :
1.6.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru
mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah.
1.6.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara
jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah.
1.6.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?
Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara
jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah.
1.6.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah.
11
1.7 Rasional kajian
Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang
kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mengikut persepsi guru-
guru Kemahiran Teknikal di peringkat menengah rendah. Begitu juga semoga kajian
ini dapat memberi panduan kepada beberapa pihak iaitu:
1. Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi
panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri
khususnya dalam mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar
matapelajaran Kemahiran Teknikal.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka sukatan matapelajaran
Kemahiran Hidup yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh
guru-guru.
3. Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk
membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru matapelajaran
Kemahiran Teknikal.
4. Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi
penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru
Kemahiran Hidup Bersepadu.
12
1.8 Skop Kajian
Walapun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, pengkaji menjalankan
kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel kajian dan
bilangan sampel kajian.
1.8.1 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di 12 buah sekolah menengah di Daerah Kluang, Johor.
Segala keputusan dan rumusan hanyalah benar bagi tempat yang berkenaan (Rujuk
lampiran)
1.8.2 Sampel Kajian
Sampel kajian dipilih adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar subjek
Kemahiran Teknikal di sekolah-sekolah menengah daerah Kluang, Johor.
1.8.3 Bilangan Sampel Kajian
Bilangan sampel kajian terhad kepada 40 orang guru sahaja iaitu mengikut
sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Kluang, Johor.
13
1.9 Definisi Istilah
Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelasklan bagi
menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-
perkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah
seperti berikut:
1.9.1 Kesesuaian
Mengikut Kamus Dewan Edisi ke Tiga menyatakan, kesesuaian bermaksud
perihal (keadaan dan sebagainya) sesuai, keselarasan, kesamaan. Kesesuaian dalam
konteks kajian ini bermaksud kemahiran, projek amali yang disyorkan dan alatan
serta mesin yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran kemahiran teknikal.
1.9.2 Kemahiran Hidup
Kemahiran hidup ialah merupakan salah satu matapelajaran yang digubal
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran Hidup ialah kemahiran-
kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka
bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalan dunia teknologi dan
perdagangan dan keusahwanan.
14
1.9.3 Perspektif
Menurut Kamus Dewan (1989), perspektif adalah gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) dan
tanggapan. Dalam konteks kajian ini persepsi ialah pandangan dan tanggapan guru-
guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah
di daerah Kluang.
1.9.4 Guru Kemahiran Hidup
Individu yang dilantik oleh Pesuruhjaya Perkhidmatan Pendidikan atau
Jabatan Pendidikan Negeri sama ada terlatih atau tidak yang mengajar di sekolah-
sekolah, menurut kamus dewan bahasa (1994) menyatakan guru adalah pendidik,
pengajar dan pengasuh. Guru Kemahiran Hidup dalam kajian ini ialah guru yang
mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah kebangsaan bantuan
kerajaan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
1.9.5 Kemahiran Teknikal
Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup
Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis
dalam bidang teknologi. Ia boleh dinyatakan sebagai kemahiran psikomotor yang
perlu dikembangkan terhadap pelajar agar mereka boleh mengetahui kemahiran
praktik yang asas. ”kemahiran praktik yang asas adalah seperti menggunakan bahan
kayu untuk membina sesuatu, membuka, memasang, menyenggara dan membaik
15
pulih perkakas dan mesin ringkas yang digunakan dalam mesin ringkas” ( Lee Shok
Mee,1988 )
1.9.6 Isi Kandungan
Merupakan dokumen yang memperincikan tentang topik-topik yang perlu
dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar subjek kemahiran hidup. Sukatan dan
huraian ini boleh didapati di sekolah. Ia digunakan oleh guru sebagai garis panduan
dalam pengajaran sepanjang tahun.
1.9.7 Kaedah Pengajaran
Terdapat banyak kaedah dan teknik pengajran yang disarankan oleh pakar-
pakar pendidikan. Menurut Mok (1992), terdapat tiga unsur utama yang terlibat
didalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru, pelajar dan bahan (alat bantu
mengajar). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Reka Cipta, Rosehan
(1996) memberikan beberapa teknik pengajaran yang boleh digunakan iaitu teknik
membina projek, teknik sumbangsaran, teknik perbincangan, teknik demonstrasi,
teknik penyelesaian masalah, teknik soal jawab dan teknik syarahan.
16
1.9.8 Alatan dan Kelengkapan
Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan
kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti
alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lain-
lain.
Kelengkapan adalah barang-barang tidak habis guna seperti perabot, mesin
dan buku-buku (Lawton, 1993). Maka dalam kontek kajian ini kelengkapan
Kemahiran Hidup adalah bilik yang dilengkapi oleh perabot seperti kerusi dan meja
pelajar yang sesuai,mesin-mesin, buku teks dan komputer.
1.9.9 Masa
Menurut Maddox (1970), perancangan dan jadual waktu adalah amat penting
pada pelajar kerana di luar kelas mereka mempunyai masa yang terluang dan bebas
melakukan apa sahaja. Oleh itu dengan adanya jadual waktu mereka dapat
melaksanakan sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancangkan dan ini sudah tentu
tidak akan membazirkan banyak masa.
1.9.10 Peringkat Menengah Rendah
Menurut Jawatankuasa Kabinet (1980), pendidikan di peringkat menengah
rendah diberi dalam jangka masa tiga tahun kecuali bagi pelajar-pelajar yang berasal
dari sekolah rendah jenis kebangsaaan Cina atau Tamil yang perlu mengikuti kelas
17
peralihan sebelum memasuki tingkatan satu (Mok, 1996). Di dalam konteks kajian
ini peringkat menengah rendah ialah pelajar-pelajar yang berada di dalam tingkatan
satu hingga tiga.