air selangor rancang pelaburan selangor 3 … · konvesyen 107 organisasi buruh antarabangsa (ilo)...

23
PERCUMA 10 -16 Januari 2019, 4 - 10 Jamadil Akhir 1440 AIR SELANGOR RANCANG CAPEX RM30 BILION muka 3 3 TAHUN PULIH KEDUDUKAN FISKAL muka 7 PELABURAN SELANGOR CECAH RM8.25 BILION muka 5 SEJUTA UNIT RUMAH MAMPU MILIK DALAM 10 TAHUN muka 9 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Cadangan meng- gunakan bas elektrik dalam perkhidmatan bas percuma Bas Smart Selangor mendapat per- timbangan Kerajaan Negeri ke- rana sejajar dengan visi menja- dikan negeri itu sebagai ‘Smart State’, menjelang 2025. Dato’ Menteri Besar, Amiru- din Shari berkata, penggunaan bas elektrik memberi pelbagai kelebihan seperti mengguna- kan teknologi mesra alam sekitar, menjimatkan, berdaya saing dan dilengkapi teknologi terkini yang diperlukan. “Sebagai sebuah negeri maju dan terkehadapan, sememang- nya kita ke arah penggunaan bas elektrik sepenuhnya membabit- kan teknologi lebih mesra alam, berdaya saing, memudahkan rakyat terutama cita-cita untuk menjadi sebuah negeri ‘Smart State’, menjelang 2025. “Apa yang dipersembah- kan tadi menepati ciri yang kita inginkan. Bukan teknologi yang Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan menilai cadangan dibentangkan Asiana Kencana sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia perlu selaras dengan Pelan Induk Pengangku- tan Negeri Selangor. “Apa yang penting, kita dapat membudaya dan menggalak- kan orang ramai menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Apa yang dipersembahkan tadi menepati ciri yang kita inginkan. Bukan teknologi yang baik dan canggih sahaja jadi ukuran tetapi kewujudannya mampu memanfaat- kan rakyat AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar baik dan canggih sahaja jadi ukuran tetapi kewujudannya mampu memanfaatkan rakyat,” katanya selepas menerima takli- mat daripada syarikat pembekal, Asiana Kencana, berkenaan bas elektrik keluaran mereka, di Bi- lik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor, di Ba- ngunan Sultan Salahuddin Ab- dul Aziz Shah, di sini, pada 8 Ja- nuari lalu. Selain itu, kita dapat memperke- mas serta mengukuhkan per- khidmatan yang diberikan Bas Smart Selangor,” katanya Beliau berkata, pada masa ini sebanyak 27 Bas Smart Selangor beroperasi membabitkan lebih 39 laluan, di seluruh Selangor. Terdahulu, Amirudin sem- pat mencuba bas elektrik yang dicadangkan Asiana Kencana yang menggunakan teknologi mesra alam sekitar dan menjimat- kan selain ciri canggih lain yang terdapat adalah sistem pengeca- man wajah, jantina, pengesanan lokasi serta kumpulan umur yang memudahkan pemilik bas mem- bina pangkalan data bagi tujuan kajian. Selain untuk tujuan kajian, pangkalan data yang diperolehi juga boleh digunakan untuk tu- juan keselamatan seperti me- ngenal pasti penjenayah serta dilengkapi kemudahan khas un- tuk Orang Kelainan Upaya (OKU). Bas elektrik Smart Selangor JAYAKAN VISI SMART STATE 2025 Amirudin sedang mendengar penerangan spesifikasi enjin bas elektrik Smart Selangor EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: truongnhi

Post on 21-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 10 -16 Januari 2019, 4 - 10 Jamadil Akhir 1440

AIR SELANGOR RANCANG CAPEX RM30 BILION muka 3

3 TAHUN PULIH KEDUDUKAN FISKAL muka 7

PELABURAN SELANGOR CECAH RM8.25 BILIONmuka 5

SEJUTA UNIT RUMAH MAMPU MILIK DALAM 10 TAHUNmuka 9

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Cadangan meng-gunakan bas elektrik dalam perkhidmatan bas percuma Bas Smart Selangor mendapat per-timbangan Kerajaan Negeri ke-rana sejajar dengan visi menja-dikan negeri itu sebagai ‘Smart State’, menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, penggunaan bas elektrik memberi pelbagai kelebihan seperti mengguna- kan teknologi mesra alam sekitar, menjimatkan, berdaya saing dan dilengkapi teknologi terkini yang diperlukan.

“Sebagai sebuah negeri maju dan terkehadapan, sememang-nya kita ke arah penggunaan bas elektrik sepenuhnya membabit-kan teknologi lebih mesra alam, berdaya saing, memudahkan rakyat terutama cita-cita untuk menjadi sebuah negeri ‘Smart State’, menjelang 2025.

“Apa yang dipersembah-kan tadi menepati ciri yang kita inginkan. Bukan teknologi yang

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan menilai cadangan dibentangkan Asiana Kencana sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia perlu selaras dengan Pelan Induk Pengangku-tan Negeri Selangor.

“Apa yang penting, kita dapat membudaya dan menggalak-kan orang ramai menggunakan perkhidmatan kenderaan awam.

Apa yang dipersembahkan tadi menepati ciri yang kita inginkan. Bukan teknologi yang baik dan canggih sahaja jadi ukuran tetapi kewujudannya mampu memanfaat-kan rakyatAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

baik dan canggih sahaja jadi ukuran tetapi kewujudannya mampu memanfaatkan rakyat,” katanya selepas menerima takli-mat daripada syarikat pembekal, Asiana Kencana, berkenaan bas

elektrik keluaran mereka, di Bi-lik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor, di Ba- ngunan Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah, di sini, pada 8 Ja-nuari lalu.

Selain itu, kita dapat memperke-mas serta mengukuhkan per-khidmatan yang diberikan Bas Smart Selangor,” katanya

Beliau berkata, pada masa ini sebanyak 27 Bas Smart Selangor beroperasi membabitkan lebih 39 laluan, di seluruh Selangor.

Terdahulu, Amirudin sem-pat mencuba bas elektrik yang dicadangkan Asiana Kencana yang menggunakan teknologi mesra alam sekitar dan menjimat-kan selain ciri canggih lain yang terdapat adalah sistem pengeca-man wajah, jantina, pengesanan lokasi serta kumpulan umur yang memudahkan pemilik bas mem-bina pangkalan data bagi tujuan kajian.

Selain untuk tujuan kajian, pangkalan data yang diperolehi juga boleh digunakan untuk tu-juan keselamatan seperti me-ngenal pasti penjenayah serta dilengkapi kemudahan khas un-tuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Baselektrik

SmartSelangorJAYAKAN VISI

SMART STATE 2025

Amirudin sedang mendengar penerangan spesifikasi enjin bas elektrik Smart Selangor

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

2Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Pelan pembangunan Orang Asal

Usaha memajukan masyarakat pribumi

CAMERON HIGHLANDS - Kera-jaan akan mengkaji keperluan mewujudkan Pelan Pembangu-nan Masyarakat Orang Asal yang komprehensif sebagai antara usaha memajukan masyarakat pribumi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar se-lain Jabatan Perpaduan dan In-tegrasi Nasional untuk perbinca-ngan lanjut.

Katanya, perkara itu selaras Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) Mengenai Orang Asli yang menggalakkan setiap kerajaan membabitkan Orang Asal dalam projek pem-bangunan selain menyediakan panduan perlindungan.

“Kerajaan Persekutuan yang baharu sangat prihatin dan ingin menyertakan Orang Asal dalam arus pembangunan baik di pe-

ringkat negeri atau Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Masyarakat Orang Asal Daerah Cameron Highlands, di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, di sini, hari ini.

Katanya, adalah penting un-tuk semua pihak bersama me-mahami perbezaan cara hidup masyarakat pribumi itu dan pada masa sama mencari titik persa-maaan bagi mengeratkan lagi kerjasama serta silaturahim me-majukan Orang Asal dengan le-bih efektif.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan Kerajaan Pahang supaya mewartakan tanah rizab Orang Asal sebagai usaha me-mastikan mereka tidak kehila-ngan tempat tinggal dan sum-ber pendapatan kesan daripada pembangunan.

“Pembangunan, penerokaan, pencerobohan dan pengambilan

tanah adat menimbulkan konflik dan menyebabkan Orang Asal kehilangan tempat tinggal, ka-wasan pencarian hasil serta sum-ber hutan bagi menyara kehidu-pan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, isu ta-nah adat adalah cabaran kepa-da kerajaan untuk membangun dan memajukan taraf sosioeko-nomi Orang Asal kerana kehidu-pan masyarakat terbabit sangat berkait rapat dengan tanah serta ekologi persekitaran mereka.

Beliau juga mahu masyarakat Orang Asal supaya bersama men-jaga kelestarian alam sekitar iaitu satu daripada tarikan pelancong seterusnya menjana sumber pendapatan.

“Kita mahu pulih dan lestari-kan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan kerana orang luar nak tengok tempat ini.

“Inilah yang kita nak jaga su-paya tarikan ini tidak hilang un-tuk jana ekonomi Orang Asal,” katanya.

Dr Wan Azizah ketika Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Masyarakat Orang Asal Daerah Cameron Highlands

Tun M terima kunjungan hormat Jeremy HuntPUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunju-ngan hormat Setiausaha Ne-gara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel United Kingdom (UK), Jeremy Hunt, di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada 3 Januari lalu.

Ketibaan Hunt, yang dii-ringi delegasi dari Pejabat Luar dan Komanwel UK di-sambut Perdana Menteri di pejabatnya pada jam 3 pe-tang dengan pertemuan ber-langsung, hampir sejam.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell.

Difahamkan antara isu dibincangkan dalam perte-muan itu adalah penguku-han hubungan dua hala an-tara Malaysia dan UK serta

bertukar pendapat dalam isu serantau juga antarabangsa membabitkan kepentingan bersama.

Hunt melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia yang berakhir, pada 5 Januari lalu.

Terdahulu, Hunt mengun-jungi Saifuddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, di kemen-terian masing-masing, di Put-rajaya.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan berkata, lawatan itu dijangka terus mempereratkan ikatan persa-habatan dan mencerminkan hubungan terjalin sejak seki-an lama dengan UK, di sam-ping mempertingkatkan ker-jasama dalam bidang baharu antara kedua-dua negara.

Manogaran calon PRK Cameron HighlandsKUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Ma-nogaran diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PAKA-TAN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Came-ron Highlands, pada 26 Januari ini.

Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, me- ngumumkan perkara itu ketika sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Presiden Pakatan Harapan,

di Yayasan Al-Bukhary, pada 4 Januari lalu.

“Kita sudah tentukan sapa bertanding. Calon kita adalah calon lama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan kekal bertanding.

“Kita yakin akan menang PRK ini walau siapa pun yang ber-tanding dan percaya akan dapat atasi masalah,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan

PRU14 bagi kerusi Parlimen Ca-meron Highlands yang disandang Datuk C Sivarraajh dari MIC ter-batal kerana melanggar Akta Ke-salahan Pilihan Raya 1954.

Ekoran itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.

Pada masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya pada 28 Disember lalu mengesahkan Naib Presiden MIC, Sivarraajh, tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan yang bakal diadakan, pada 26 Januari ini.

Foto

: Ber

nam

a

Foto

: Ber

nam

a

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, menyi-fatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali melak-sanakan tugas dengan baik selepas Pakatan Ha-rapan (PAKATAN) mene-rajui Putrajaya.

Dalam wawancaranya bersa-ma Sin Chew Daily, Dr Mahathir berkata, Mohamed Azmin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berjaya merangka Belan-jawan Negara 2019 dengan baik walaupun PAKATAN mewarisi ke-wangan bermasalah ditinggal-kan Barisan Nasional.

“Melihat keadaan semasa ke-tika ini, saya melihat kedua-dua mereka melakukannya dengan baik.

“Kami menjangkakan Belan-jawan itu akan mempunyai de-fisit yang sangat besar tetapi ia tidak sebesar yang disangka.

“PAKATAN melakukan segala-galanya untuk mengurangkan hutang kerajaan sejak mengam-

Azmin, Guan Eng laksana tugas dengan baik

bil alih pentadbiran kerajaan,” ka-tanya.

Terdahulu, Dr Mahathir meme-cahkan tradisi dengan melantik Guan Eng sebagai Menteri Ke-wangan berbangsa Cina, selepas lebih 40 tahun.

Bagi mengimbangi hal kewa-ngan dan ekonomi, Dr Mahathir turut melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Eko-nomi.

“Jika kita membiarkan Guan Eng bertanggungjawab terhadap segala hal (kewangan dan urusan ekonomi), orang Melayu tidak akan gembira. Tetapi, jika kita membiarkan Mohamed Azmin menjaga segala-galanya, Guan Eng tidak akan gembira,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Utama3SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Optimis beri perkhidmatan efisien

Air Selangor rancang CAPEX RM�� bilionOLEH ZAREEF MUZAMMIL

PUTRAJAYA - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Sela- ngor) merancang perbelanjaaan modal (CAPEX) sebanyak RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bermula tahun ini bagi mening-katkan sistem perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari berkata, program pelaburan CAPEX itu termasuk mengatasi isu air tidak terhitung (Non Revenue Water).

“Ia berlandaskan kepada pelan strategik operasi yang su-dah dirangka sebaiknya bagi memenuhi keperluan semasa akan datang.

“Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan terus komited memberikan perkhidmatan pembekalan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mam-pan demi memelihara kepenti-ngan kepada pengguna,” ka- tanya.

Beliau berkata demikian pada

Majlis Menandatangani Perjan-jian Tambahan Ketiga Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekala Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Grand Ballroom 2, Hotel Marriott, di sini, pada 4 Januari lalu.

Turut hadir, Menteri Air, Ta-nah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Menteri-nya, Tengku Zulpuri Raja Puji; Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Se-tiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Dato’ Dr Tan Yew Chong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron dan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad, Dato’ Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.

Amirudin berkata, melalui per-janjian itu hasrat memastikan pe-ngurusan industri perkhidmatan air yang holistik di bawah satu o-perator dimiliki sepenuhnya Ke-rajaan Negeri tercapai, sekali gus dapat memelihara kepentingan negeri dan rakyat secara umum.

“Selepas penstrukturan ini dimuktamadkan sepenuhnya ter-masuk pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air secara ho-

listik.“Kejayaan penstrukturan ber-

erti semua konsesi air akan di-tamatkan dan pelbagai lapisan keuntungan akan berakhir, mala-han Air Selangor juga dapat me-ngurangkan kos air terawat kepa-da kadar lebih munasabah.

“Pengurangan kos operasi ini turut memberi kesan positif ter-hadap kecekapan operasi Air Se-langor, sekali gus dapat menum-pukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keber-kesanan dan kecekapan perkhid-matan,” katanya.

Sidang DNS bermula �� MacSHAH ALAM - Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor (DNS) dijadual bermu-la, pada 18 hingga 29 Mac ini.

Speaker DNS, Ng Suee Lim berkata, pembukaan sidang itu dijangka disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, antara yang turut di-jadualkan ialah pelantikan tim-

balan speaker baharu selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, dilantik sebagai EXCO Pemba-ngunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

“Berhubung cadangan kenai-kan elaun ADN pula, kita sedang mempertimbangkannya dan saya akan menghantar surat ke-pada Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri.“Begitu juga dengan status

ADN yang bertambah daripada 52 kepada 54 orang kali ini,” ka-tanya.

Bagi membolehkan rakyat Se-langor mengikuti persidangan kali ini, Kerajaan Negeri turut menayangkan secara langsung melalui Selangor TV Live di la-man sesawang selangortv.my atau YouTube.

Operator tunggal bekalan air Lembah KlangPUTRAJAYA - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal beroperasi sebagai opera-tor tunggal perkhidmatan beka-lan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula 1 April ini.

Ia ekoran penstrukturan semu-la industri perkhidmatan bekalan air melalui perjanjian tambahan ketiga kepada perjanjian utama penstrukturan semula industri berkenaan yang ditandatangani, di Grand Ballroom, Hotel Marriott di sini, pada 4 Januari lalu.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, melalui perjanjian itu, Penguru-

san Aset Air Berhad (PAAB) ber-setuju menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1.9 bilion bagi membantu Air Se-langor mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Pembiayaan PAAB dengan kadar faedah kompetitif dan jangka bayar balik yang panjang mampu mengurangkan tekanan ke atas tarif air ke atas pengguna.

“Air Selangor juga berjaya melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian Utama ditan-datangani pada 2014 untuk mengambil alih keempat-empat

syarikat konsesi iaitu Puncak Nia-ga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Syari-kat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan SPLASH.

“Pengambilalihan PNSB, ABASS dan SYABAS juga sudah selesai dilaksanakan sebelum ini dengan nilai pengambilalihan berjumlah RM1.68 bilion,” ka-tanya.

Terdahulu, majlis menan-datangani perjanjian itu disaksi-kan Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari; Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Raja Puji; Setiausaha Ke-

menterian Air, Tanah dan Sum-ber Asli, Dato’ Dr Tan Yew Chong dan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad, Dato’ Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani

Hadir sama, Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Ke-wangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron.

Dr Xavier berkata, kejayaan pengambilalihan itu membo-lehkan Air Selangor beroperasi sebagai operator tunggal per- khidmatan bekalan air di Sela-ngor, Kuala Lumpur dan Putra-jaya.

Katanya, ia dikawal selia me-lalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655).

“Prestasi syarikat dalam melaksanakan perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan beka-lan air akan dikawal selia melalui petunjuk prestasi utama serta syarat perlesenan lain ditetap-kan SPAN.

“Kepentingan semua pihak berkepentingan khususnya pengguna akan sentiasa terjaga serta terjamin, dari semasa ke semasa,” katanya.

Amirudin dan Dr Xavier ketika menyaksikan satu lagi sejarah dalam industri air SelangorEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

4Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Rumah Selangorku

Pembeli teruja terima kunci Simfoni

OLEH NORHAYATI UMOR

SEMENYIH - Hanya RM100,000! Itulah harga yang ditawarkan pemaju hartanah terkenal, Eco World Development Group Ber-had (Eco World) menerusi rumah mampu milik, Rumah Selangorku.

Menerusi ‘Simfoni’, pangsa-puri 11 tingkat itu dibina dalam kawasan rumah mewah Eco Ma-jestic kini siap sepenuhnya, pada September tahun lalu.

Mempunyai tiga blok, seba-nyak 870 unit ditawarkan dengan keluasan 750 kaki persegi dan disediakan tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersyukur apabila projek berkenaan siap sepenuh-

nya bagi memenuhi keperluan penduduk Selangor khususnya golongan kurang berkemam-puan.

“Dengan harga, keluasan kaki persegi, penyediaan dua tempat letak kenderaan, surau, dewan dan kemudahan riadah sebenar-nya sangat membebankan kera-jaan.

“Namun, ketika saya men-jadi Dato’ Menteri Besar, saya menekankan bahawa pemaju perlu menyediakan semua keper-luan ini kepada rakyat Selangor demi keselesaan pembeli,” kata- nya dalam Majlis Penyerahan Kunci Simfoni Rumah Sela-ngorKu, di Eco Majestic, pada 6 Januari lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berharap pembeli dapat

menjaga unit kediaman itu de-ngan baik, sekali gus memastikan semangat kejiranan dan kehar-monian dapat dipertahankan.

Sementara itu, pengaturcara komputer, Husni Abu Mansor, 36, menyifatkan ia sebagai rezeki apabila berjaya memiliki rumah itu.

Beliau berasa sedikit terbeban apabila terpaksa menyewa kedia-man untuk keluarganya ketika kos sara hidup yang meningkat.

“Saya mengetahui akan ta-waran rumah ini pada 2015 apa-bila disiarkan SelangorKini.

“Percubaan pertama berjaya dan saya di antara yang bertuah berjaya memilikinya. Terima ka-sih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dengan nasib rakyat,” ka-tanya.

T Selvemaler, 55, pula menyi-fatkan ia sebagai mimpi kerana diberi peluang memiliki rumah terbabit.

“Saya bertuah dan gembira dengan apa dilakukan Kerajaan Negeri kerana memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah khususnya golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Selain itu, Carlyn Yup, 33, pula tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharunya yang dianggap ‘tuah’ kepada keluarganya.

“Saya mempunyai enam anak dan sudah tentu teruja dengan rumah pertama kami dan akan berpindah hari ini juga.

“Kawasan di sini sangat cantik, banyak kemudahan sesuai dan memberi keselesaan kepada sesi keluarga,” katanya.

Guna teknologi ‘disruptive’, sedia rumah mampu milikSEMENYIH - Pemaju perumahan di Malaysia disaran segera menggu-na pakai teknologi ‘disruptive’ bagi melakukan transformasi kepada sektor perumahan sebagai jawa-pan kepada penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menurut Laporan Bank Dunia, Kerajaan Indonesia kini meneroka penggunaan teknologi berkaitan antaranya ‘artificial intel-ligence’, analisis ‘big data’, teknolo-gi ‘blokchain’, dron, ‘e-wallet’ bagi merubah rangkaian nilai peruma-han secara radikal.

Katanya, ia bakal merubah sek-tor perumahan mampu milik dan menambah baik kehidupan jutaan manusia.

“Kerajaan sentiasa berusaha bersama pemaju perumahan, ins-titusi kewangan, persatuan peng-guna, pemegang taruh dan pihak berkaitan untuk merapatkan lagi jurang perumahan mampu milik di negara ini.

“Kita perlu belajar dari negeri jiran yang menghadapi masalah membekalkan rumah mampu milik. Indonesia kini menjalani pertumbuhan populasi pesat se-banyak 4.1 peratus setahun ber-banding dua peratus setahun, di Malaysia.

“Dianggarkan negara itu me-merlukan antara 820,000 hingga sejuta unit rumah setiap tahun

bagi memenuhi permintaan pen-duduk yang semakin bertambah, menjelang 2030,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kunci Simfoni Rumah SelangorKu di Eco Majestic, pada 6 Januari lalu.

Mohamed Azmin berkata, anali-sis Bank Negara yang mengguna-kan kaedah ‘median multiple’, in-deks ketidakmampuan memilik rumah menunjukkan peningkatan daripada 4.1 peratus pada 2002 ke-pada 5.0 peratus (2016).

Katanya, harga juga meningkat kepada 78.9 peratus pada tempoh sama berbanding peningkatan pendapatan isi rumah hanya 11.7 peratus.

“Justeru, kerajaan menerusi Ke-menterian Perumahan dan Kera-jaan Tempatan merancang mem-bina sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun un-tuk membantu orang ramai khu-susnya golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Az-min memuji pembinaan Rumah SelangorKu dan menyifatkan ke-jayaan model rumah mampu milik itu tidak boleh dinafikan apabila kos serta tempoh masa siap seperti dijanjikan.

Katanya, ia adalah penanda kejayaan satu dasar perumahan mampu milik yang efektif, sekali gus wajar diterima pakai di negeri lain, bahkan negara.

Jangan terpedaya tawaran angpau palsuSHAH ALAM - Orang ramai di-nasihatkan tidak terpengaruh dengan tawaran angpau palsu RM100 sempena Tahun Baharu Cina yang tular, di media sosial.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program kebajikan membabitkan rakyat hanya berpandukan ucapan Belan-jawan Selangor 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, sahaja.

“Saya berharap supaya isu ini tidak berlarutan lagi kerana ia akan memberi harapan pal-su kepada orang ramai.

“Jika anda ingin mengeta-hui maklumat terkini berke-naan Inisiatif Peduli Rakyat terutama kebajikan, maka bo-leh merujuk SelangorKini atau TVSelangor untuk mendapat-kan maklumat sahih,” katanya ketika dihubungi Selangor-Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan mesej palsu berhubung pem-berian angpau RM100 kepada sebuah keluarga, di Selangor.

Pada masa sama, permoho-nan untuk mendapatkan ang-pau itu kononnya perlu diisi, bermula 1 Januari lalu.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Utama5SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Pencapaian membanggakan

Pelaburan Selangor cecah RM�.�� bilionOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Pelaburan Sela-ngor terus mencatatkan kebang-gaan apabila berjaya mencecah RM8.25 bilion, sehingga Septem-ber lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu sudah melepasi sasaran RM7 bilion, seka-li gus jauh lebih tinggi daripada jumlah pelaburan pada 2017 iaitu RM5.59 bilion.

“Selangor terus kekal cemer-lang sebagai destinasi pelaburan paling popular di Malaysia de-ngan 143 projek sudah diluluskan.

“Kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Negeri dalam melak-sanakan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan cekap menjadi pemangkin kepada pelaburan do-mestik serta antarabangsa,” tulis-nya menerusi Twitter, pada 2 Janua- ri lalu.

Imej baik di rantau ASEAN SHAH ALAM - Imej baik yang ditonjol-kan Selangor sebagai destinasi pela-buran utama di rantau ASEAN menjadi faktor utama kenaikan jumlah pela-buran sehingga mencecah RM8.25 bi-lion, sehingga September 2018.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Seder-hana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, promosi berterusan yang dijalankan Kerajaan Negeri turut menarik lebih ra-mai pelabur ke negeri berkenaan

Katanya, faktor kemudahan infra-struktur bertaraf antarabangsa sehing-ga mendahului negeri lain juga mem-bolehkan Selangor mencatat kejayaan berterusan.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa mem-beri perkhidmatan yang baik kepada pelabur apabila mereka berada, di sini. Pada masa sama, kita sentiasa cuba me-nyelesaikan masalah berbangkit jika diutarakan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika me-ngulas kejayaan Selangor mencatatkan

jumlah pelaburan tertinggi, pada tahun lalu.

Jumlah itu melepasi sasaran RM7 bilion dan jauh lebih tinggi berban-ding jumlah pelaburan, pada 2017 iaitu RM5.59 bilion.

Chang Khim berkata, pengumuman itu dibuat Lembaga Pembangunan Pela-buran Malaysia (MIDA) melalui perang-kaan terkini.

Katanya, jumlah itu dilihat begitu memberangsangkan ekoran kenaikan sebanyak RM2.66 bilion dicatatkan, dalam tempoh setahun.

“Sudah tentu ia berita gembira buat Kerajaan Selangor pada tahun ba-haru ini. Sudah semestinya kita mahu mengekalkan kejayaan sebegini.

“Namun, Kerajaan Negeri masih be-lum meletakkan jumlah sasaran pela-buran pada 2019 ekoran ia bukan angka semata-mata, sebaliknya perlu dibin-cangkan dan mengkaji beberapa faktor termasuk situasi ekonomi, pada tahun lalu,” katanya.

Henti ‘cakap-cakap’ politik,tumpu pulih ekonomiSEMENYIH - Timbalan Presiden KEADI-LAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mahu semua pihak menghentikan ‘cakap-cakap’ politik yang merugikan sebaliknya me-numpukan pembelaan rakyat negara ini.

Beliau berkata, selepas Pakatan Ha-rapan (PAKATAN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan memben-tuk Kerajaan Persekutuan, tumpuan kini adalah memulihkan ekonomi bukannya berbalah dalam isu politik.

“Tanggungjawab kita ialah memberi aspirasi kepada rakyat bukan lagi ber-cakap pasal hutang negara dan apa di-lakukan kerajaan terdahulu.

“Rakyat sudah bosan dengan cakap-cakap politik, menyalahkan antara satu sama lain dan bercakap pasal hutang,” ka-tanya kepada media selepas Majlis Penye-rahan Kunci Perumahan ‘Simfoni’ Rumah Selangorku @ EcoMajestic, pada 6 Januari lalu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, PAKATAN kini

Tanggungjawab kita ialah memberi aspirasi kepada rakyat bukan lagi bercakap pasal hutang negara dan apa dilakukan kerajaan terdahulu.MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

sedang merancang untuk memastikan pembangunan ekonomi negara terus di-rancakkan.

“Kita tidak mahu satu dua isu men-jejaskan pembangunan. Kita juga tidak mahu bincang hal hutang sahaja dan se-dang fikirkan bagaimana nak kembang-kan ekonomi negara.

“Kita juga tak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan sehingga kita sendiri terabai dengan urus tadbir,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

6Utama

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Berjaya sifar aduan

KDEBWM Ampang Jaya terima respons positifOLEH NORHAYATI UMOR

AMPANG - Pengambilalihan kuti-pan sisa pepejal di Ampang Jaya oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sejak dua tahun lalu menerima respons positif dan kerjasama pelbagai pihak.

Ketua Operasi KDEBWM cawa-ngan Ampang Jaya, Mohamad Jafaq Mohamad Ali berkata, se-banyak 225 aduan diterima pada bulan pertama pengambilalihan berjaya diturunkan kepada sifar.

Katanya, 24 zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ) tu-rut berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan KDEBWM termasuk aktiviti perkhidmatan dijalankan mengikut jadual serta aduan dise- lesaikan, dalam tempoh 24 jam.

“KDEBWM mengambil alih kutipan sisa domestik dan pem-bersihan awam di Ampang Jaya, sejak 2017. Sepanjang tempoh itu, banyak pihak memberikan

respon sangat positif.“Kutipan juga berjaya dilak-

sanakan dengan lancar walaupun di perumahan berstrata dengan KDEBWM berjaya melaksanakan-nya dengan baik,” katanya.

Mohamad Jafaq berkata, pi-haknya turut menerima 11 sijil penghargaan daripada JKP zon, persatuan penduduk dan Badan Pengurusan Bersama komer-sial yang berpuas hati de-ngan perkhidmatan dijalankan.

Terdahulu, prestasi KDEBWM menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di MPAJ berada pada tahap terbaik.

Yang Dipertua MPAJ, Dato’ Abdul Hamid Hussain berkata, maklum balas positif direkodkan berdasarkan penurunan aduan komuniti membabitkan pengu-rusan sisa pepejal di kawasan Pi-hak Berkuasa Tempatan itu.

Malah, KDEBWM juga berjaya membuktikan komitmen dan ke-cemerlangan tinggi dalam melak-

sanakan sistem pengurusan sisa pepejal berteraskan ‘Smart Waste Solution’ sebagai solusi berkesan di negeri itu, sepanjang tempoh dua tahun.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awam dan Pemba-ngunan Kampung Baharu, Ng Sze Han berkata, model perniagaan berteraskan penyelesaian pintar

yang menekankan ‘Internet of Things’ (IoT) turut membolehkan syarikat itu menerima pengikti-rafan daripada firma perunding dan penyelidikan antarabangsa.

Laksana ��� gotong royong bendung denggiAMPANG - KDEB Waste Ma-nagement (KDEBWM) Ampang Jaya komited membantu ma-syarakat di kawasan berkenaan khususnya membendung wa-bak denggi menerusi program gotong royong, sejak tahun lalu.

Ketua Operasi KDEBWM Cawangan Ampang Jaya, Mo-hamad Jafaq Mohamad Ali ber-kata, sebanyak 250 program go-tong royong diadakan di setiap kawasan yang dipersetujui Maj-lis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Katanya, program berkenaan sebagai usaha mewujudkan ko-muniti sihat dan selamat serta bebas daripada wabak penya-kit.

“Program ini dijalankan se-cara aktiviti amal di seluruh Am-pang Jaya berjaya dilakukan se-banyak 250 tanpa gagal, tahun lalu.

“Selain itu, KDEBWM Am-pang Jaya juga tetap memberi perhatian khusus membantu membersihkan kawasan me- ngalami bencana alam anta-ranya di Kampung Melayu Am-pang, Taman Muda, Taman Bukit Teratai, Lembah Maju dan kawasan lain.

“Bantuan pembersihan di-

lakukan segera bagi memudah-kan lalu lintas serta aktiviti pen-duduk seharian,” katanya.

Mohamad Jafaq berkata, KDEBWM Ampang Jaya juga tu-rut memberi kerjasama kepada MPAJ dalam menyelesaikan isu sampah haram membelenggu penduduk setempat dari masa ke masa dengan menggunakan kemudahan jentera dan kaki-tangannya.

“Bukan itu sahaja, kami me-ngenali dan melayani pen-duduk setempat. Untuk skop tidak membabitkan KDEBWM

juga dimaklumkan dengan cara berhemah yang turut menarik minat penduduk untuk mem-beri kerjasama baik,” katanya.

Beliau berkata, KDEBWM juga secara konsisten memban-tu penduduk dengan memberi sumbangan tong sampah di ka-wasan sekolah, masjid, surau, dewan orang ramai, pasar dan perumahan kos rendah.

“Ia bagi memudahkan KDEB-WM mengutip sampah dengan lebih mudah berbanding di ka-wasan tidak menyediakan tong sampah,” katanya.

Hentikan sahaja import sisa plastik SHAH ALAM - Langkah Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu memas-tikan pihak industri mematuhi prosedur baharu ditetapkan sebelum mengeluarkan lesen import (AP) sisa plastik, dialu-alukan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awam dan Pemba-ngunan Kampung Baharu, Ng Sze Han, bagaimanapun mencadang- kan supaya KPKT turut memper-timbangkan untuk menghenti-kan terus mengeluarkan AP sisa plastik.

“Saya rasa lebih bagus henti-kan sahaja import AP sisa plastik khasnya membabitkan perin-dustrian di Selangor kerana se-benarnya bahan itu mencukupi untuk kegunaan industri dalam negara tetapi perlu ambil bebe-rapa langkah seperti amalan program kitar semula.

“Selain itu, industri sisa plastik ini tidak memberi keuntungan berbaloi kepada negeri,” katanya.

Sze Han berkata, perkara itu ekoran amalan mengimport sisa plastik bakal memberi kesan bu-ruk kepada alam sekitar negara.

Katanya, kerajaan perlu mem-buat kajian mendalam untuk mengelakkan pengimportan

sisa plastik diteruskan pada masa hadapan.

Pada 5 Januari lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tem-patan, Zuraida Kamaruddin ber-kata, KPKT masih belum melu-luskan sebarang pemberian AP bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibeku-kan, pada Julai tahun lalu.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan setiap prose-dur

Saya rasa lebih bagus hentikan sahaja import AP sisa plastik khasnya membabitkan perindustrian di Selangor kerana sebenarnya bahan itu mencukupi untuk kegunaan industri dalam negara tetapi perlu ambil beberapa langkah seperti amalan program kitar semulaNG SZE HANEXCO Kerajaan Tempatan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Ekonomi7SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Penunjuk ekonomi menggalakkan

� tahun pulih kedudukan fiskal KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal-nya dan muncul sebagai eko-nomi pesat membangun yang mempunyai harapan paling cerah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun baharu, kerajaan Pakatan Harapan (PA-KATAN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, mencipta bebe-rapa kejayaan nyata.

“Malaysia membebaskan dirinya daripada menjadi sim-bol kleptokrasi global dengan melaksanakan akauntabiliti penuh ke atas skandal 1Ma-laysia Development Berhad (1MDB), berusaha memperoleh semula wang yang dicuri dan mendakwa mereka yang ber-

tanggungjawab,” katanya.Kenyataan itu dikeluarkan

dalam mesej Tahun Baharu DAP 2019 atas kapasitinya se-bagai Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Beliau berkata, 2019 men-jadi tahun lebih baik untuk Ma-laysia jika rakyat kekal bersama untuk masa depan lebih cerah.

Katanya, jika semua pihak bersama mengukuh ekonomi, negara akan terus makmur dan sekali lagi dihormati di pering-kat global.

“Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran dinikmati semua adalah penawar terbaik kepa-da politik beracun polarisasi, mengeksploitasi perkauman dan ekstremisme agama yang mengancam politik Malaysia,” katanya.

Penunjuk ekonomi yang menggalakkan termasuk per-tumbuhan semula eksport pada Oktober 2018 ke paras tertinggi dalam sejarah dalam sebulan sebanyak RM96.4 bi-lion selain lebihan dagangan sebanyak RM16.3 bilion adalah rekod negara.

Pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor perkilangan mening-kat dari Mei hingga Septem-ber 2018 sebanyak RM 27.7 bi- lion atau 379 peratus, daripada RM7.3 bilion pada 2017 kepada RM35 bilion pada 2018.

Guan Eng berkata, Bloom-berg meletakkan Malaysia di tangga pertama dalam kala-ngan 20 ekonomi terkemuka dunia, dan walaupun perlu membetulkan kedudukan ke-

wangan kerajaan terdahulu, ketiga-tiga agensi penarafan kredit antarabangsa mengekal-kan penarafan Malaysia.

Katanya, kekurangan dana akibat pemansuhan GST dan masalah kewangan akibat skandal 1MDB dan hutang RM1 trilionnya tidak menghalang kerajaan PAKATAN meneruskan program bantuan kebajikan kepada mereka memerlukan.

Buat pertama kalinya, harga petrol dan kenaikan tol lebuh raya tidak dinaikkan dan pen-jawat awam mendapat bayaran khas pada tahun yang sama bu-kan pada tahun berikutnya.

Kumpulan B40 juga menikma-ti perlindungan insurans kesiha-tan percuma dalam bentuk pem-bayaran sekali sebanyak RM8,000 untuk jangka masa yang be-

lum ditetapkan dan pendapa-tan penghospitalan selama 14 hari sebanyak RM50 sehari atau RM700 setahun.

“GST digantikan dengan SST, dan RM19.4 bilion dalam pem-bayaran balik GST yang belum dibayar.

“Akhirnya akan dipulangkan kepada pembayar cukai pada 2019 selepas kelewatan dua ta-hun disebabkan kerajaan terda-hulu tidak berbuat demikian,” ka-tanya.

Beliau berkata kerajaan PAKA-TAN juga berjaya melaksanakan penjimatan tambahan RM1.6 bilion pada akhir tahun yang dikongsi bersama penjawat awam, penoreh getah dan peke-bun kecil, peneroka FELDA dan ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

Pengilang Malaysia yakin prospek pertumbuhanKUALA LUMPUR - Pengilang Malaysia terus menyatakan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan, pada akhir 2018.

Penyedia perkhidmatan mak-lumat kewangan IHS Markit ber-kata, kira-kira 17 peratus firma menjangkakan pengeluaran

akan lebih tinggi daripada tahap semasa, berbanding hanya em-pat peratus yang mengunjurkan jumlah lebih rendah.

“Pemacu keyakinan adalah berasaskan unjuran permintaan positif, pelancaran produk baha-ru dan projek terancang.

“Keyakinan secara menyelu-ruhnya meningkat ke paras ter-tinggi dalam tempoh empat bu-lan,” katanya.

Sementara itu, Indeks inflasi utama Pengurus Pembelian (PMI) Pengilang Nikkei Malaysia mero-sot kepada 46.8 pada Disember

daripada 48.2 dalam bulan sebe-lumnya konsisten dengan keme-rosotan ketara dalam kedudukan ekonomi pembuatan.

“Kemerosotan jualan mencerminkan penurunan se-cara umum merentas pasaran. Pengilang Malaysia juga kurang

menerima projek baharu dari pasaran luar, pada Disember,” kata IHS Markit.

Ia berkata, tempahan dari-pada pelanggan di Eropah dan Asia-Pasifik dilaporkan turun bulan ini walaupun penurunan permintaan asing hanya sedikit.

KPS umum dua pelantikan baharuSHAH ALAM - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) melantik Ah-mad Fariz Hassan sebagai Pengarah Urusan (MD), tambahan jawatan se-masa beliau selaku Ketua Pegawai Ekse-kutif (CEO) Kumpu-lan, berkuat kuasa 1 Ja-nuari lalu.

Ahmad Fariz mempunyai penga-laman kerja 20 tahun dalam sektor perban-kan, pelaburan, peng-guna dan pembangunan hartanah.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Ekuiti Nasional Berhad dan Khazanah Na-sional Berhad.

Pada masa sama, KPS turut mengu-mumkan pelantikan Koay Li Onn sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, juga berkuat kuasa, pada tarikh sama.

Koay ketika ini adalah MD Bangsawan Group yang menyediakan nasihat korpo-rat, kewangan dan strategik, di seluruh Singapura serta Malaysia.

Pengerusi KPS, Raja Shahreen Raja Othman dalam kenyataan berkata, Ah-mad Fariz menjadi teraju utama dalam menyusun konsep dan merealisasikan Pelan Transformasi Perniagaan Kum- pulan.

“Pelbagai pengambilalihan perniagaan baharu dan pegangan majoriti di syari-

kat dengan pertumbuhan berpusat meletakkan kumpulan ini di

landasan pengembangan yang mampan.

“Dengan tang-gungjawab sepe-nuhnya terhadap kepimpinan dan p e m b a n g u n a n perniagaan KPS, beliau kini akan bertugas untuk me-

mainkan peranan lebih banyak dalam

memenuhi ranca- ngan perniagaan kumpu-

lan yang bercita-cita tinggi menuju masa hadapan,” katanya.

Pelbagai pengambilalihan perniagaan baharu dan pegangan majoriti di syarikat dengan pertumbuhan berpusat meletakkan kumpulan ini di landasan pengembangan yang mampanRAJA SHAHREENPengerusi KPS

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

8Nasional

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Ma-laysia (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melancar-kan Program Restoran Tanpa Asap Rokok (RESTART), bagi mempromosikan tempat makan sebagai kawasan larangan mero-kok.

Program anjuran bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia itu disem-purnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Upacara perasmian dilakukan dengan memotong reben ‘banting’ ‘Kini Masa Un-tuk #RestartNOW’ sebagai simbolik pelan-caran, di Foyer Restoran Nasi Kandar Da-russalam dan Restoran Al Nazmaju.

Kedua-dua menteri itu kemudiannya bersama memasang papan tanda ‘Dila-rang Merokok’, di Medan Selera Presint 9, sambil bertemu pelanggan yang sedang menjamu selera.

Dalam sidang medianya, Dr Dzulkef-

CAMERON HIGHLANDS - Kemen-terian Kesihatan akan mengeluar- kan saman RM500 terhadap pe-langgan melakukan kesalahan per-tama dengan merokok di kawasan larangan, di premis makanan.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, saman itu dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran se-cara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

“Bagi kesalahan kali pertama, perokok dikenakan saman oleh pegawai penguat kuasa peja-bat kesihatan daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar sa-man, dalam tempoh dua minggu.

“Jika ia tidak dijelaskan dalam tempoh ditetapkan atau perokok didapati mengulangi kesalahan sama, maka mereka akan dike-nakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua ta-hun,” katanya.

Pada 6 November tahun lalu, Dr Lee berkata, pihaknya meng-gunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bu-lan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuat-kuasakan, sejak 1 Januari lalu.

Sementara itu, Dr Lee berkata, pihaknya kesal dengan insiden seorang pelayan restoran ditam-

Langkah positif tingkat kesihatan

RESTART budaya amalan tanpa rokok

li berharap masyarakat akan menerima pelaksanaan terbabit sebagai langkah positif bagi meningkatkan kesihatan.

“Pelaksanaan larangan ini selaras komitmen Malaysia kepada Artikel 8 WHO ‘Framework Convention on Tobacco Control’ (FCTC) dalam melindungi orang awam, terutama bukan perokok daripada terde-

dah kepada bahaya asap produk tem-bakau dan rokok.

“Ia juga dapat membudayakan amalan tidak merokok terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja untuk memenuhi hasrat kerajaan mencapai sebuah negara bebas daripada sebarang amalan mero-kok,” katanya.

Saman RM��� langgar arahan pertama

par seorang pelanggan hanya disebabkan menegur sekum-pulan lelaki merokok di dalam sebuah restoran, di Shah Alam, pada 1 Januari lalu.

Beliau menyifatkan, tindakan pe-langgan berkenaan yang menam-par pelayan restoran berusia 25 ta-hun itu sebagai tidak bertamadun hanya kerana ditegur supaya tidak merokok, di kawasan larangan.

“Kami serahkan (kes itu) kepa-da pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut ter-hadap individu terbabit kerana perkara seperti itu tidak seharus-nya berlaku,” katanya.

Tayar celup punca lebih ��,��� kes kemalangan

GEORGETOWN - Lebih 10,000 kes kemalangan di negara ini didapati berpunca daripada penggunaan tayar celup, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata, statistik dike-luarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah satu ang-ka mengejutkan apabila jumlah kemalangan dicatatkan setiap tahun berpunca daripada peng-gunaan tayar celup itu.

Katanya, selain itu kenderaan terlebih muatan seperti lori tu-rut menyumbang kepada pun-ca kemalangan, di negara ini.

“Saya sangat terkejut de-ngan perkara ini. Jika kita ba-hagikan setahun bermakna sehari 30 kemalangan direkod-kan disebabkan tayar celup.

Dr Dzulkefli berkata, KKM akan meni-lai semua pandangan diberi rakyat ber-hubung pelaksanaan terbabit termasuk cadangan mewujudkan ruang khas bagi perokok tanpa menjejaskan bukan pero-kok, di kawasan awam.

Katanya, masih terlalu awal untuk me-nilai keberkesanan kempen terbabit, na-mun beliau yakin akan menerima reaksi positif sebagai sokongan kepada langkah kementerian.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Zuraida berkata, KPKT turut meng-alu-alukan pelaksanaan RESTART sebagai tanda kesediaan ke arah negara maju, menjelang 2020.

Katanya, langkah itu termasuk mem-beri bantuan daripada segi pelaksanaan undang-undang.

Beberapa persatuan lain seperti Malay-sia Council for Tobacco Control (MCTC), Public Health Malaysia (PHM), Malaysia Mythbuster Malaysia (M3), MedTweetMy, Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (MIMPA), Pertubuhan Ikram Ma-laysia (IKRAM), Malaysia Green Lung Asso-ciation dan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMAPHS) turut me-nyokong program terbabit.

Bagi kenderaan terlebih mua-tan, statistiknya juga begitu tinggi.

“Kita akan ambil serius perka-ra ini melalui penguatkuasaan dalam memastikan tiada ken-deraan terlebih muatan di jalan raya. Kedua, tayar celup tidak selamat,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pejabat Wilayah Utara LLM.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pengang-kutan dan Jabatan Pengangku-tan Jalan untuk memastikan penguatkuasaan dapat dilak-sanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan, di negara ini.

Bagi kesalahan kali pertama, perokok dikenakan saman oleh pegawai penguat kuasa pejabat kesihatan daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar saman dalam tempoh dua minggu.DR LEE BOON CHYETimbalan Menteri Kesihatan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Nasional9SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

GEORGETOWN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin ber-kata, KPKT menyelaras semua projek pe-rumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan membina 100,000 unit rumah setahun, bermula tahun ini.

“Ia merangkumi rumah mampu milik untuk semua terutama bagi golongan ber-pendapatan 40 peratus terendah (B40) su-paya mereka memiliki rumah sesuai untuk didiami dan boleh dianggap sebagai tem-pat sekeluarga berteduh.

“Lokasi dan jumlah unit rumah di setiap negeri ditentukan dalam masa terdekat selepas kami mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Pulau Pinang 2019, pada 5 Januari lalu.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Presiden Persatuan

KUALA LUMPUR - Lembaga Ke-majuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga makanan laut terutama ikan tidak akan me-ngalami peningkatan walaupun keadaan cua-ca tidak menentu, pada masa kini.

Pengerusinya, Muham-mad Faiz Fadzil berkata, pi-haknya membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan ikan mencukupi.

“Kami membuat persediaan awal bagi memastikan stok mencukupi dan LKIM menerusi pelbagai pihak di bawah agensi menyimpan serta menambah stok ikan se-lain ada bekalan ikan sejuk segar dengan harga murah.

“Kami tidak ada kuasa untuk mene-tapkan harga ikan di pasaran. Jadi, kami perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan tidak ada kenaikan harga mendadak tetapi di pe-ringkat LKIM

“Apa yang kami mampu lakukan ialah memastikan bekalan ikan mencukupi dan

Rumah mampu milik

Sejuta unit dalam �� tahun

Pemaju Hartanah dan Perumahan Malay-sia (REHDA), Datuk Soam Heng Choon.

Zuraida berkata, KPKT juga dalam perbincangan dengan beberapa institusi kewangan untuk menawarkan beberapa inisiatif bagi memudahkan B40 memiliki rumah antaranya skim sewa dan beli serta skim bank.

“Pembeli terutama golongan ber-pendapatan rendah ini mampu bayar bu-lanan tetapi agak susah bayar deposit ke-rana memerlukan wang yang banyak. Jadi, kami sedang mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Kami juga sudah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan pelabur peruma-han yang bersetuju untuk tampil mem-bantu menyediakan skim pembiayaan bagi membolehkan pemohon mendapat kelonggaran pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Zuraida menafikan jum-lah 100,000 unit rumah yang akan dibina setiap tahun itu akan menambah kepada jumlah lambakan rumah tidak terjual yang kini sebahagian besarnya kategori mampu milik.

Katanya, unit kediaman tidak terjual se-belum ini akan cuba dijual menerusi ekspo pemilikan kediaman diadakan, bermula bulan ini.

“KPKT, REHDA dan pemaju sudah be-runding untuk mengadakan ekspo pemi-likan kediaman seperti pernah dianjurkan sebelum ini bagi menjual rumah itu kepa-da orang ramai,” katanya.

LKIM jamin harga ikan stabilharga ikan stabil terutama pada

musim tengkujuh,” katanya.Beliau berkata, kerajaan

juga mengambil langkah menghadkan pengesk-portan ke luar negara bagi memastikan beka-lan dalam negara men-cukupi.

“Sepanjang Januari dan Februari ini, kerajaan had-

kan pengeksportan beberapa jenis ikan ke luar negara seperti

kembong dan bawal untuk memastikan ikan dalam negara mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Ha-mid Bahari berkata, beliau menjangkakan harga makanan laut terutama ikan akan mengalami kenaikan harga.

“Ya, kami jangkakan harga ikan akan naik terutama bekalan ikan segar ekoran keadaan cuaca buruk kebelakangan ini, angin kencang, dan ribut yang menyu-karkan nelayan untuk ke laut tetapi harga ikan akan turun apabila cuaca kembali seperti biasa.

“Namun, harga barang makanan lain ti-dak akan terjejas, katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

10Global

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

DAMSYIK - Serangan udara ten-tera Amerika Syarikat (AS) didak-wa semakin meningkatkan di bahagian timur Syria di sebalik pengumuman Presiden, Donald Trump untuk menarik pasukan tenteranya, dari negara itu.

Berdasarkan laporan dari hasil siasatan Al Jazeera, terdapat kira-kira 50,000 hingga 60,000 orang terperangkap di timur Syria dan kawasan berkenaan dikuasai oleh Daesh.

Ia ekoran mereka terpaksa berdepan serangan udara AS yang dilaporkan berlaku, setiap

SHAH ALAM - Kementeri-an Tenaga, Sains, Teknolo-gi, Alam Sekitar dan Pe-rubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) me-negaskan berita berkaitan asteroid bakal menghen-tam bumi pada 1 Februari ini adalah tidak benar.

ANGKASA dalam ke-nyataan berkata, asteroid yang dimaksudkan itu di-beri gelaran ‘2002NT7’ di-jumpai Pentadbiran Aero-nautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), pada 2002.

“NASA sudah membuat pe-ngiraan berdasarkan teori as-tronomi bahawa asteroid ter-babit akan menghentam bumi pada 1 Februari ini dengan keba-rangkalian kurang daripada satu peratus.”

“Bagaimanapun, dengan pe-mantauan dan pengiraan semu-la, kebarangkalian asteroid itu menghentam bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil ber-laku,” katanya.

Sehubungan itu, orang ra-mai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini dan diingatkan supaya ti-

PERTH - AirlineRatings.com satu-satunya laman sesawang penara-fan keselamatan dan produk di dunia mengumumkan Qantas sebagai syarikat penerbangan mereka yang paling selamat un-tuk 2019.

AirlineRatings.com juga me-ngumumkan 20 syarikat pener-bangan utama dan 10 syarikat penerbangan tambang murah mereka paling selamat daripada 405 syarikat penerbangan yang dipantaunya.

Syarikat penerbangan yang terkenal dan mengikut di dalam susunan abjad daripada 20 pe-nerbangan itu adalah Air New Zealand, Alaska Airlines, All Nip-pon Airways, American Airlines, Austrian Airlines, British Airways, Cathay Pacific Airways, Emirates, EVA Air, Finnair, Hawaiian Air-lines, KLM, Lufthansa, Qantas, Qa-tar Airways, Scandinavian Airline System, Singapore Airlines, Swiss, United Airlines dan kumpulan syarikat penerbangan Virgin (At-lantik dan Australia).

Syarikat penerbangan itu be-rada pada kedudukan terdepan

hari. Seorang aktivis berkata, pen-

duduk tempatan kehilangan tem-pat untuk berlindung setiap kali AS menggugurkan bom, di kam-pung mereka.

“Keadaan berlaku menyebab-kan hidup mereka dimusnahkan oleh tentera kerajaan, AS dan

Di sebalik pengumuman tarik tentera

AS didakwa tingkat serangan Syria

ANGKASA nafi asteroid hentam bumi

dak terpengaruh dengan beri- ta yang tular serta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

Terdahulu, timbul pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap dakwaan NASA bahawa batuan angkasa itu dijangka menghen-tam bumi pada 2019 dengan ke-lajuan 60,000 kilometer, sejam.

Bagaimanapun, ramalan ber-hubung asteroid 2002 NT7 itu ke-mudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA dan mereka akan membuat perkiraan semula serta mengesahkan bahawa ia bukan suatu ancaman kepada bumi.

NASA berkata, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi se-barang pelanggaran iaitu dijang-ka, pada 13 Januari ini.

di dalam industri berkenaan dan berada di barisan hadapan dari-pada segi keselamatan, inovasi, reka bentuk serta pelancaran pe-sawat baharu, kata Ketua Penga-rang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas.

“Sebagai contoh, Qantas da- ri Australia diiktiraf Persatuan Piawaian Pengiklanan Britain da- lam satu kes ujian pada tahun 2008 sebagai syarikat penerba-ngan paling berpengalaman, di dunia.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa bahawa Qantas sudah men-jadi syarikat penerbangan utama di hampir semua kemajuan ke-selamatan operasi dalam tempoh 60 tahun lalu dan tidak mempu-nyai sebarang insiden kematian, di dalam era kapal terbang jet.

“Akan tetapi Qantas tidak ber-sendirian. Syarikat penerbangan

Daesh,” katanya.Baru-baru ini, Trump membuat

pengumuman mengejutkan apa-bila mahu menarik keluar pasu-kan tenteranya dari Syria dan Af-ghanistan.

Bagaimanapun, tiada ulasan daripada Trump apabila langkah itu dilaksanakan.

Terdapat kira-kira 50,000 hingga 60,000 orang terperangkap di timur Syria di mana kawasan berkenaan dikuasai oleh DaeshAL JAZEERA

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden, Donald Trump, se-dang mempertimbangkan se- orang bekas senator De-mokrat, Jim Webb, sebagai setiausaha pertahanan baru, lapor The New York Times, pada 3 Januari lalu.

Akhbar yang memetik sum-ber yang enggan didedahkan itu berkata, Naib Presiden Mike Pence dan pemangku ketua kakitangan Rumah Putih, Mick Mulvey sudah bersemuka de-ngan Webb yang juga bekas se-tiausaha angkatan tentera laut di bawah pentadbiran Presiden Ronald Reagan.

Sumber itu berkata, seorang pegawai kanan Jabatan Perta-hanan mengesahkan bahawa Webb kini sedang diperkatakan di Rumah Putih, memetik Berita Harian Online.

Webb, 72, adalah seorang veteran perang Vietnam, penu-lis 10 buku, wartawan dan pem-buat filem, lapor REUTERS.

Terdahulu, Jim Mattis me-

Trump pertimbang Jim Webb ganti Mattis

yang sudah lama wujud seperti Hawaiian dan Finnair juga mem-punyai rekod sempurna, di dalam era kapal terbang jet,” katanya.

Sebagai respons kepada ke-pentingan awam, editor Airline-Ratings.com juga mengenalpasti 10 syarikat penerbangan tam-bang murah mereka yang utama.

Syarikat terbabit mengikut ab-jad adalah Flybe, Frontier, HK Ex-press, Jetblue, Jetstar Australia/Asia, Thomas Cook, Volaris, Vue-ling, Westjet dan Wizz.

Dalam membuat pemilihan mereka, AirlineRatings.com me-ngambil kira pelbagai faktor kri-tikal termasuk audit daripada badan pentadbiran dan persatu-an peneraju penerbangan; audit kerajaan; rekod kemalangan ser-ta insiden serius syarikat pener-bangan, hayat armada juga keun-tungan.

letak jawatan pada 1 Januari lalu iaitu sehari sebelum Trump mengatakan bahawa beliau memecat bekas setiausaha per-tahanannya itu.

Mattis meletak jawatan selepas Trump membuat kepu-tusan mengejut dengan me-ngundurkan semua tentera AS di Syria dan sebahagian dari-pada 14,000 anggota yang kini berkhidmat, di Afghanistan.

Bekas eksekutif syarikat Boe-ing Co, Patrick Shanahan, yang juga timbalan Mattis, memang-ku tugas itu, ketika ini.

Qantas syarikat penerbangan paling selamat ����

Kred

it Fo

to: S

amaa

TV

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

ANGKASA nafi asteroid hentam bumi

engan termeterainya majlis menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Kepada Per-janjian Utama Penstrukturan

Industri Perkhidmatan Air, maka terca-pailah hasrat untuk pengurusan industri perkhidmatan air yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor bagi merealisa-sikan mutu dan kualiti perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing serta mampan demi memelihara kepentingan negeri juga rakyat secara umum. sebelum ini, pengambilalihan syarikat konsesi air lain termasuk, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SY-ABAS) juga Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) sudah dilaksanakan, sejak peng-hujung 2015.

Selepas penstrukturan ini dimuktamad- kan sepenuhnya termasuk dengan pe-ngambilalihan SPLASH, maka Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air secara holistik serta akan dapat me-numpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan juga ke-cekapan perkhidmatan.

Untuk makluman, kos pengambilalihan SPLASH adalah ditanggung sepenuhnya oleh Air Selangor dengan jumlah pem-

Perjanjian Tambahan Ketiga Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air

ERA BARU PENGURUSAN AIR SELANGOR

biayaan RM1.9 bilion melalui dana yang disalurkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan baki RM650 juta akan dibayar secara ansuran selama sembilan tahun.

Bagi pembiayaan yang diperolehi dari-pada PAAB, kaedah pembayaran semula ke atas pembiayaan terbabit akan dibuat melalui bayaran sewa pajakan tempoh jangka panjang selama 45 tahun oleh Air Selangor kepada PAAB.

Selain itu, bon dan pinjaman yang ter-hutang oleh syarikat konsesi yang berjum-lah lebih RM8 bilion juga akan diambilalih PAAB dan disusun semula ke dalam sewa pajakan jangka panjang. Malahan, pinja-man berkaitan air yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Perse-kutuan yang berjumlah kira-kira RM1.1 bilion juga akan disusun semula ke dalam sewa pajakan jangka panjang. Sudah ten-tu ini akan memberi impak yang positif di dalam menambahbaik kedudukan kewa-ngan Kerajaan Negeri.

Kejayaan penstrukturan juga bererti

bahawa semua konsesi air akan ditamat-kan dan pelbagai lapisan keuntungan akan berakhir. Air Selangor akan dapat me- ngurangkan kos air terawat kepada kadar yang lebih munasabah dan pengurangan kos operasi ini akan memberi kesan positif terhadap kecekapan operasi Air Selangor.

Dengan muktamadnya penstrukturan

ini, Air Selangor juga sudah merancang perbelanjaan bagi kerja-kerja modal (CA-PEX) sebanyak RM30 billion untuk tempoh 30 tahun bermula pada tahun 2019 bagi meningkatkan sistem perkhidmatan air kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program bagi pelaburan CA-PEX ini adalah berlandaskan pelan strate-gik operasi (operational strategic plans) yang sudah dirangka bagi memenuhi keperluan semasa akan datang.

Perancangan bagi memuktamadkan penstrukturan perkhidmatan air di Sela-ngor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bukan sesuatu yang mudah dan sudah bermula, sejak tahun 2007.

Dengan itu, pihak Kerajaan Negeri me-lalui Pengurusan Air Selangor akan terus memberikan komitmen bagi memberi-kan perkhidmatan pembekalan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mampan demi memelihara kepentingan kepada pengguna.

Alhamdullillah dengan usaha, kerjasa-ma dan komitmen semua pihak terutama pihak Kementerian Air, Tenaga dan Sum-ber Asli, Kerajaan Selangor, Pengurusan Air Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad dan semua yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, maka hasrat kita untuk memuktamadkan penstrukturan perkhid-matan air di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya dapat dicapai. Mewakili Kerajaan Selangor, saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua yang terbabit.

Ucapan ketika Majlis Menandatangani Per-janjian Tambahan Ketiga Kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Hotel Ma-riott Putrajaya, pada 4 Januari 2019

Pihak Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air

Selangor akan terus memberikan komitmen bagi memberikan perkhidmatan

pembekalan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mampan demi memelihara kepentingan

kepada pengguna.

D EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Album Klik!13SelangorKini 10 - 16 Januari 201912 SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Pengunjung Zoo Negara berpeluang memberimakanan kepada haiwan ketika berkunjung ke sana REMY ARIFFIN

Keunikan Gunting Karat Barbershop berkonsepkan ‘hipster’ mendapat sambutan yang menggalakkan pelanggan golongan muda HAFIZ OTHMAN

Jururawat melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung ketika Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma, di Tanjong Sepat REMY ARIFFIN

Rizal menunjukan hasil kerja di kilang industri kecil pembuatan kasut pengantin, di Taman Medan HAFIZ OTHMAN

Gelagat penjawat awam bergambar mesra dari bangunan Majlis Perbandaran Sepang ASRI SAPFIE

Kathigesan Arijenan, 24,bersama pembantunya sedang melakukan proses megupas kelapa untuk pasaran industri kecil, di Sabak BernamFIKRI YUSOF

Nasir Razai, 40, membetulkan pelekat larangan merokok berdekatan premis makanan beliau, di Putrajaya ASRI SAPFIE

Pembantu perubatan, Josslyn Yeoh, menunjukkan kaedah penjagaan pesakit strok, di Sunway Medical Centre FIKRI YUSOF

JUWAIRIYA ZULKIFLI

turun padang menyampaikan

sumbangan mesin rumput kepada

penduduk, di Pasir Tuntong

EAN YONG HIAN WAH

turun padang bagi mencari penyelesaian untuk mengatasi banjir

kilat berdekatan Stesen KTM

Serdang

HASNUL

BAHARUDDIN turun padang melihat

kebakaran Klinik Desa Batu 1 untuk tindakan susulan

IMRAM TAMRIN melakukan ziarah penduduk sekitar Kampung Sungai

Haji Dorani

ADHIF SYAN ABDULLAH

turun padang ke Kempen Keselamatan

Jalan Raya PLUS Memperkasakan Belia Litar Speedway Plus

Circuit

SYAMSUL FIRDAUS

turun padang merasmikan

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring

Pangsapuri Petaling Perdana

ADN TAMAN MEDAN

ADN BUKIT MELAWATI

ADN SERI KEMBANGAN

ADN SUNGAI PANJANG

ADN DENGKIL

ADN MORIB

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

14ADN

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BAGAN LALANG - Konvoi ‘1st Malaysian Vintage and Classic Military Bike Day’ yang berlang-sung di Pantai Bagan Lalang, di sini, baru-baru ini, berjaya meng-himpunkan 67 motosikal yang digunakan ketika era penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Selain motosikal berkenaan, dua kenderaan pacuan empat roda model Jeep Landrover turut dihimpunkan dalam acara julung kali diadakan itu.

Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah berka-ta, acara itu menjadi satu titik to-lak baharu bagi mengimbau ke-nangan dan sejarah negara, pada zaman Perang Dunia Kedua.

Katanya, antara jenama mo-tosikal yang dihimpunkan adalah BSA, Ariel, Triumph, Norton, Roy-al Enfield, Vespa dan Lambretta serta tiga basikal jenama Philips, MKV juga Mercury 1949.

“Peserta konvoi berkum-pul seawal jam 9.30 pagi bagi melakukan aktiviti jelajah desa dan jelajah amal ke beberapa kampung. Saya mengetuai jela-jah desa ke kampung pertama iaitu Kampung Bukit Bangkong serta menunggang motosikal BSA berwarna merah.

“Sepanjang perjalanan dari Pantai Bagan Lalang menuju ke Kampung Bukit Bangkong, peser-ta diiringi anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi memudahkan perjalanan dan ke-selamatan pengguna jalan raya.

“Peserta turut dibawa menye-

Konvoi motosikal klasik

Imbau nostalgia Perang Dunia Kedualusuri dan menikmati suasana pagi kampung dengan kelajuan sekitar 50 hingga 60 kilometer sa-haja bagi menghilangkan penat selepas menempuh perjalanan begitu mencabar,” katanya.

Borhan yang juga penaung program itu berkata, kebanyakan penduduk kampung teruja de-ngan kehadiran konvoi selain mengambil peluang beramah mesra dan mengabadikan gam-bar sebagai kenangan.

“Peserta turut mengadakan je-lajah amal ke rumah salah seorang ahli motosikal klasik di Kampung Kundang dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi me-ngurangkan bebanan ditanggung serta mempermudahkan urusan perubatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berka-ta, program seumpama itu bakal dijadikan sebagai acara tahunan dan memilih Pantai Batu Laut un-tuk destinasi seterusnya.

Katanya, acara itu dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke ka-wasan pelancongan yang ter-dapat, di Selangor.

“Aktiviti bermotosikal ini bu-

kan sekadar aktiviti sosial, mala-han ia aktiviti sangat baik untuk dijadikan acara tahunan kerana pengisiannya terdapat pelbagai aktiviti sihat dan seperti jelajah

desa dengan menyelusuri Kam-pung Bukit Bangkong serta dapat melakukan jelajah amal.

“Ia juga mempunyai nilai tersendiri kerana kita bukan

hanya bersosial tetapi menerap-kan satu elemen murni dengan melakukan ziarah amal kepada mereka yang memerlukan,” ka-tanya.

Borhan (baju merah) bergambar kenangan dengan sebahagian peserta konvoi, di Dataran Pantai Bagan Lalang

PETALING JAYA - Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Seri Setia memilih Januari sebagai bulan kesihatan bagi menggalakkan amalan hidup sihat dalam kala-ngan rakyat.

Ahli Dewan Negerinya, Halimey Abu Bakar berkata, pro-gram itu bersesuaian dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia menguatkuasakan la-rangan merokok di semua premis makanan, pada 1 Januari lalu.

“Saya akan menganjurkan beberapa program kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN

Januari bulan kesihatan

Seri Setia membabitkan sesi pemeriksaan kesihatan dan der-ma darah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat DUN Seri Setia, pada 1 Januari lalu.

Beliau juga komited melak-sanakan lebih banyak program di DUN Seri Setia bersesuaian de- ngan perayaan atau majlis keraian, pada bulan terbabit.

“Untuk bulan akan datang, kita akan laksanakan pelbagai program mengikut kesesuaian perayaan pada bulan terbabit contoh seperti Februari akan ada sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

KLANG - Akibat sesuka hati membuang sampah di belakang premis, Ahli Dewan Negeri Su- ngai Kandis, Mohd Zawawi Ah-mad Mughni, mahu bertemu pemilik premis di Pekan Seri An-dalas, dalam masa terdekat.

Katanya, beliau kecewa de-ngan sikap pemilik premis se-hingga menyebabkan kawasan lorong belakang premis itu kotor dengan longgokan ratusan botol kosong dan sampah sarap lain yang tidak diurus sempurna.

“Lebih teruk apabila ada penagih dadah yang mengam-bil kesempatan dengan menja-dikannya sebagai ‘port’ mereka.

“Hasil tinjauan juga mendapati ada gelandangan yang menjadikan kawasan be-lakang premis sebagai tempat tinggal. Keadaan ini sebenarnya menyebabkan orang awam di kawasan sekitar berasa tidak se-lamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Program Gotong Royong di Pekan Seri Andalas bersama Majlis Per-bandaran Klang (MPK) dan pen-duduk setempat.

Mohd Zawawi berkata, be-

Belakang premis jadi lokasi buang sampah

liau merancang menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi me-ngatasi masalah berbangkit, di lokasi sama.

Katanya, imej Pekan Seri An-dalas perlu dibaikpulih menjadi kawasan yang lebih bersih dan selamat.

“Kawasan terbabit memang agak besar dan terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan.

"Namun, saya berharap su-paya pemilik premis memberi kerjasama dan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Saya akan menganjurkan beberapa program kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Setia membabitkan sesi pemeriksaan kesihatan dan derma darah

HALIMEY ABU BAKARADN Seri Setia

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

15SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

OLEH REGINA IBRAHIM

TEPAT 11.30 pagi semuanya selesai.Mahkamah mengarahkan Karim

membayar pampasan anak-anak se-hingga usia mereka meningkat 18 ta-

hun. Sebarang kompaun ditanggung oleh Karim. Mereka boleh memilih untuk ting-gal bersama sesiapa yang mereka suka. Si-jil penceraian akan disiapkan seminggu lagi. Rumah yang sedia ada milik Rozie, dia yang selesaikan segala pembayarannya sejak awal perkahwinan.

Kes memakan hampir suku hidup dewasa Rozie. Sebelum keputusan mahkamah, dia su-dah membuat keputusan peribadi. Bayangkan lebih sepuluh tahun menanti segala penyelesa-ian. Banyak hal remeh terpaksa difikirkan, ber-legar muncul tidak kira masa. Penat menjawab pertanyaan orang. Naik turun, tukar tarikh dan Karim yang sibuk mengalahkan menteri di Kua-la Lumpur.

Abdul Karim Majid, yang pernah berjanji se-hidup semati hari ini sah menjadi bekas suami.

Alhamdulillah Rozie masih segar sihat. Per-nah kurus kering seketika tapi bingkas bangun merubah hidup dan pemikiran. Menelaah buku motivasi serta dekat pada Tuhan. Biasalah, Pen-cipta tetap mahu menduga, qada dan qadar kalau didakap, damailah sedikit jiwa, namun re-sah perempuan tetap menerpa.

Melintasi tangga batu mahkamah tradisional di Pekan Bukit Pintal, ingatan berputar kembali. Bagaimana segala yang indah boleh tamat, le-nyap begitu sahaja? Di pekan ini mereka ber-dua merancang pertemuan, perkahwinan dan

merancang macam-macam sewaktu du-nia sempit. Tertanya-tanya juga, rasa be-las mungkin melayang agaknya?

Rozie masuk sahaja tahun ketiga berpisah terpaksa menilai diri, belajar melepaskan segala amarah. Hakikat ba-hawa manusia berubah dan tidak mam-pu bertoleransi diterima dengan dada

yang lapang. Tidak mudah me- ngadaptasi, perbelanjaan rumah tangga dan anak-anak yang ke-cil. Gaji cukup-cukup makan anak beranak. Bayangkan kalau terpaksa menumpang keluarga? Menyewa? Tidakkah bertambah beban emosi?

Orang berubah hati, kenapa, mengapa, bagaimana? Tidak mahu difikirkan lagi. Awalnya luka sangat menusuk, lama-lama Ro-zie tidak kuasa lagi. Makin mencu-ba dibawa berbincang makin ter-jai kata-kata jejaka yang pernah membelainya. Tidak pulang seta-hun, Rozie tidak gabra berusaha seperti wanita lain, untuk apa? Orang sedap-sedap bersama is-teri muda, kita macam orang gila menagih di jendela. Entah-entah orang sudah lupa?

Perbualan tentang Karim dia tidak mahu. Segala dilalui ang-gap sahaja bagai mimpi tidak sedap panjang, tamat dengan kisah tidak gembira. Pelik se-benarnya. Usia bukan semakin muda, 32 tahun sewaktu dicerai-kan. Karim teman persekolahan yang sebaya. Melangkah mem-failkan cerai, pihak syariah se-perti biasa berpersepsi tersen-diri, diarahkan hadir kaunseling berbaris nasihat. Tidak jalan, Karim tidak memberi sebarang respons. Hidup punya hidup terlupa bahawa secara undang-undang Karim masih suaminya. Rozie menggalas tugas tanpa rungutan, mahu merungut pada siapa? Siapa kita mahu marah-marah pada dunia?

Masuk tahun sembilan dia

bertekad mahu menyelesaikan segala-nya, tidak boleh lengai. Kembali mene-mui peguam syariah, membawa ugutan, SILALAH PIHAK MAHKAMAH TANGGUNG DOSA-DOSA saya kalau tidak diuruskan cepat, saya manusia bernafsu, menipu bahawa sudah punya kekasih, kalau terbabas bagaimana?

Hakikatnya dia tidak mahu sebarang lelaki dalam hidupnya lagi, serik! Hal cin-ta dan kerinduan sudah mati. Perasaan itu sebenarnya diminta pada Tuhan se-tiap menadah tangan. Siapa yang mahu kalau tahu dia bukan janda? Dia hanya isteri yang hidupnya ditergendalakan.

Di tangga mahkamah ditanya lagi bagaimana segala ini berlangsung begi-tu lama sekali? Mahkamah menyenarai-kan perkara yang harus Karim tanggungi bila rasmi penceraian. Berdetik di hati, dia tidak mahu membantah, dia tahu Karim tidak akan mampu membayar sesenpun, semua dokumen permainan syarat sahaja. Hampir sepuluh tahun dia mampu hilang, tidak mungkin tiba tiba menjadi bertanggung jawab.

Aneh, tiada rasa marah atau geram pada Rozie, sewaktu pembicaraan pun wajah Karim dilihat sambil lewa saha-ja. Mungkin itu arahan badannya yang matang. Tersenyum sumbing Rozie jadi-nya, lelaki yang pernah menyetubuhinya

sudah berbeza, terlihat tua. Beban apa yang sedang ditanggung? Tidak teri-ngin langsung dia mahu tahu. Kehadi-ran pun mungkin takut setelah tiga kali menerima amaran sapina.

Ya Tuhan, itukah lelaki yang pernah menyayanginya separuh mati, cembu-ru remaja serta prihatin dahulu? Kena-palah kisah mereka tamat begini? Apa ini semua hanya fatamorgana? Pelik!

Di tangga mahkamah beban di bahu serasa diangkat lenyap.

Kehidupan sederhana mahu dite-ruskan. Anak-anak tidak pernah ber-tanya banyak tentang ayah mereka, dengan mudah dianggap bahawa ini adalah tugasan peribadi, dilayan-nya seperti kerjaya ketika menemui pembekal dan bermesyuarat dengan teman teman sekerja, sama seperti menamatkan sebarang projek. Cuma

projek kali ini sangat memakan masa, membebankan perasaan. Projek yang ti-dak disertai sebarang harapan.

“Itu bekas suami saya... Ya, kami sedang menguruskan harta untuk dibahagikan , nafkah anak-anak I, dia diarahkan tang-gung..., legalah I lepas ni…,” itu semua harapan merepek! Kalau benarlah Karim bertanggungjawab Rozie tidak harus menanggung segala kesukaran selama hampir sepuluh tahun. Sangka baik, sangka jahat beraduk, maklumlah ma-nusia fana.

Hari ini di tangga mahkamah, Rozie berdiri tegap. Memaafkan segalanya. Dia tidak kalah, tidak juga menang. Bersela-wat, mengucap dua kalimah syahadah dua tiga kali, meminta dipermudahkan jalan sebagai perempuan. Merintih pe-dih berdendam hanya akan menambah-kan kedutan dan menjemput uban. Ang-gap laluan sahaja.

Di tangga mahkamah tekadnya jatuh pada hidup yang lebih cemerlang, ce-merlang cara-cara dialah! Memohon di-kurniakan segala kelancaran. Akhirnya ringan melangkah ringan menuju pagar mahkamah yang terang benderang, te-ngah hari yang bercahaya bahagia.

Lama sungguh tidak dinikmati pe-rasaan yang begini.

Wabak di Kota

Pada kaca jendela sebuah rumah desaseorang budak menghembus nafasnya;kaca jendela lalu mengabur –dia melukis dua titik matadan selengkung senyum.

Dua gerombolan beruk berkelahidalam kotak tivi di ruang tamuayah memegang alat kawalan jauhseperti memegang pisangmenyuakan ke beruk-berukternyata, beruk di kotalebih menggemari kuasa.

Kata ayahkota adalah kediamanpara primat berpenyakitdi sana, mereka tidak lagimemahami belantara tetapi batu-batamasing-masing keras bersuara tetapi tulibanyak menjamah sampah melebihi buahbanyak makanan, tak pernah kenyangbanyak bekalan, tak pernah senang.

Kata ibulambat-launmusim akan menghembus wabak ituke pinggir desa, ke kediaman kitakita akan dijangkiti tanpa disedari:tiba-tiba punya keinginan-keinginan anehyang tak pernah diperlukankau anakku, akan meradang di jalananmeminta sesuatu yang tidak kaufahamimengangkat sepanduk amarahdan memecahkan cermin-cermin kehidupan.

Shafiq Said

Aneh, tiada rasa marah atau geram pada Rozie, sewaktu pembicaraan pun wajah Karim dilihat sambil lewa sahaja. Mungkin itu arahan badan-nya yang matang. Tersenyum sumbing Rozie jadinya, lelaki yang pernah menyetubuhinya sudah berbeza, terlihat tua. Beban apa yang sedang di-tanggung? Tidak teringin langsung dia mahu tahu. Kehadiran pun mungkin takut setelah tiga kali menerima amaran sapina.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

17SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Penguatkuasaan larangan merokok di premis ma-kanan bermula 1 Januari 2019 membawa dimensi

baharu dalam membudayakan masyarakat ke arah gaya kehidu-pan sihat serta menjadikan ka-wasan persekitaran lebih segar buat semua.

Walaupun mengundang pel-bagai kritikan, usaha Kementeri-an Kesihatan Malaysa (KKM) itu perlu dilihat daripada sudut posi-tif khususnya buat perokok tegar dalam memastikan keselesaan bukan perokok terutama kanak-kanak.

Keputusan penguatkuasaan itu selaras dengan Artikel 8 Kon-vensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau, Pertubuhan Kesiha-tan Sedunia (FCTC WHO), iaitu melindungi bukan perokok dari-pada bahaya asap rokok dan Per-aturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Premis Kerajaan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan ka- wasan larangan merokok ber-dasarkan pewartaan Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tem-bakau 2004 dan langkah itu disusuli di bangunan Parlimen apabila KKM sendiri menyita ruang legar yang sebelum ini menjadi kawasan merokok pada 15 Oktober 2018 sehingga me-ngundang pelbagai reaksi balas khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen sendiri.

Larangan merokok di tempat makan pastinya diiringi tindakan tegas yang akan dikenakan ter-hadap perokok dan juga pemi-lik restoran jika tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Per-aturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan akan memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pin-daan) 2017 walaupun tiada kom-paun dikeluarkan, bagi tempoh enam bulan pertama ini.

“Dalam tempoh enam bulan ini, mereka yang masih merokok

Antara pendidikan hak bermasyarakat

di tempat larangan iaitu tempat makan akan diberikan amaran secara bertulis.

“Sebagai permulaan kepada pindaan pewartaan ini, semua negeri sudah melaksanakan pe-nguatkuasaan pendidikan se-perti melaksanakan aktiviti pe-makluman berhubung tempat larangan merokok melalui eda-ran risalah, makluman secara in-dividu serta di media massa dan media sosial.

“Aktiviti penguatkuasaan pen- didikan juga merangkumi pe-ringatan kepada pemilik pre-mis berhubung tanggungjawab mereka untuk meletakkan tanda larangan merokok dan memas-tikan tiada orang merokok se-bagaimana Peraturan 12, Per-aturan-Peraturan Kawalan Hasil

Tembakau 2004,” katanya.

Seloka netizen dan penampar

Larangan merokok tiga meter daripada meja turut mendapat reaksi jenaka daripada perokok yang selama ini bebas berbuat demikian di tempat makan se-perti restoran dan medan selera.

Beberapa video tular dengan gelagat perokok mengukur ja-rak tiga meter dari meja makan menggunakan pita pengukur dan tidak kurang juga yang men-gambil keputusan mengangkat meja makan jauh daripada kha-layak.

Walaupun diharapkan tempat makan bebas sepenuhnya dari-pada asap tembakau, sekurang-kurangnya tindakan mereka menghormati pelanggan bukan perokok untuk duduk dan menik-mati makanan secara santai.

Disebalik jenaka itu, timbul satu kisah mengejutkan apabila seorang pekerja restoran ditam-par kerana menegur sekumpulan perokok kerana menghisap rokok di sebuah premis makanan, di Shah Alam.

Kecaman netizen menghujani laman sosial yang menyifatkan mereka tidak menghormati un-dang-undang, di samping ber-tindak keterlaluan walaupun be-rada di pihak yang salah kerana arahan larangan merokok sudah dikeluarkan KKM.

Namun, disebalik kejadian itu

wujud satu lagi kisah tidak didu-ga berhubung pemilikan restoran yang selama ini dianggap milik muslim tetapi berselindung di se-balik paparan ayat Qursi.

Mungkin tindakan perokok itu disifatkan tidak wajar teta-pi ia memberikan hikmah ke-pada perkara lebih besar dalam merungkai kegusaran pelang-gan khususnya umat Islam ber-hubung pemilik restoran yang sinonim dengan gelaran ‘kedai mamak’.

RESTART ke arah negara maju

Larangan merokok ini juga di-lihat sebagai satu usaha merea-lisasikan Malaysia ke arah negara maju, pada masa akan datang.

Program Restoran Tanpa Asap Rokok (RESTART) bagi mempro-mosikan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok sela-ras dengan pelaksanaan bermula 1 Januari lalu wajar disambut se-luruh rakyat Malaysia.

Inisiatif KKM itu turut diso-kong Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diketuai menterinya, Zuraida Ka-maraduddin, yang menyatakan kesediaan untuk membantu dari-pada segi penguatkuasaan de- ngan pembabitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“PBT juga disaran supaya dapat menggiatkan kerjasama dengan penguat kuasa KKM bagi memastikan peraturan larangan

ini dapat dikuatkuasakan dengan cekap dan efisien.

“Pemeriksaan terhadap premis restoran yang dijalankan oleh PBT dari semasa ke semasa per-lu juga memantau pelaksanaan peraturan larangan ini yang per-lu dipatuhi oleh pengusaha dan pengunjung restoran.

“Tindakan ini juga mencermin-kan usaha kerajaan dalam mem-bentuk Malaysia sebagai negara maju berasaskan pembangunan komuniti dan generasi mampan.

“Semoga dengan usaha mur-ni ini dapat membentuk budaya yang lebih sihat untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Malah, beberapa persatuan lain seperti Malaysia Council for Tobacco Control (MCTC), Public Health Malaysia (PHM), Malaysia Mythbuster Malaysia (M3), Med-TweetMy, Persatuan Integrasi Pro-fesional Perubatan Malaysia (MIM-PA), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Malaysia Green Lung As-sociation dan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMAPHS) turut senada menyo-kong program ini.

Harus diingat, kerajaan juga perlu mempertimbangkan ca-dangan menyediakan tempat khusus untuk perokok seperti diamalkan negara maju Singapu-ra dan Jepun bagi mengelakkan berlakunya masalah kebersihan hingga mendatangkan presepsi buruk, dalam kalangan pelan-cong.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

18PBT

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Tem-patan (PBT) di seluruh negara disa-ran memainkan peranan bagi pen-guatkuasaan kawasan bebas rokok di restoran seperti yang dijalankan Ke-menterian Kesihatan Malaysia (KKM), bermula 1 Januari lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarud-din berkata, kerjasama PBT bersama penguat kuasa KKM itu bagi memas-tikan peraturan terbabit dapat dikuat kuasakan lebih cekap dan efisien.

“PBT boleh memantau sama ada pengusaha dan pengunjung restoran patuh atau tidak peraturan larangan merokok ketika menjalankan peme-riksaan premis makanan.

“Tindakan ini juga mencerminkan usaha kerajaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan pembangunan komu-niti dan generasi mampan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, KPKT turut me-

Kuat kuasa larangan merokok

PBT disaran bantu

Zuraida dibantu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memasang pelekat ‘Di-larang Merokok’, di Medan Selera Presint 9, Putrajaya

BANTING - Dua premis men-jual makanan di Kuala Langat diarah tutup serta-merta akibat mengabaikan aspek kebersihan selepas serbuan dijalankan pe-nguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), pada 31 Disem-ber lalu.

Operasi penutup bagi tahun 2018 itu membabitkan 16 ang-gota terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengu-rusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perbenda-haraan dan Unit Korporat serta Perhubungan Awam MDKL.

Pengarah Penguat Kuasa MDKL, Nordila Yasir berkata, ara-han penutupan itu turut dike-luarkan kerana pemilik premis berkenaan didapati melanggar pelbagai peraturan ditetapkan.

Katanya, premis terbabit disita di bawah Undang-Undang Kecil 62, Undang-Undang Kecil Per-lesenan Establisymen Makanan (MDKL) 2007 selain diberi tem-poh 14 hari melakukan kerja pembersihan serta penambah-baikan seperti diarahkan.

“Antara kesalahan dilakukan seperti tidak memakai apron dan penutup kepala di bawah Sek-syen 8 (5) Undang-Undang Ke-cil Pengendali makanan (MDKL) 2007, tidak menyediakan perang-kap makanan hingga menyebab-kan sisa makanan dan minyak terus masuk ke dalam longkang di bawah Seksyen 19 (1) (d) Un-

Padah abai kebersihan, dua premis diarah tutup

dang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

“Premis ini juga tidak menye-lenggara premis dalam keadaan baik dan bersih pada setiap masa di bawah Seksyen 15 Un-dang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007 iaitu tin-dakan pembersihan perlu dilaku-kan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, terdapat juga penia-ga yang melakukan pelbagai ke-salahan lain sepanjang pemerik-saan dibuat.

“Antaranya, mempamerkan iklan tanpa lesen di bawah Un-

dang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan, tiada lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perin-dustrian dan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemu-ngutan, Pembuangan dan Pelu-pusan Sampah Sarap,” katanya.

Sehubungan itu, Nordila me-nyeru semua peniaga khususnya di daerah itu supaya sentiasa me-matuhi peraturan dan menjaga mutu perkhidmatan masing-ma-sing.

Nordila memeriksa ruang simpanan barang disalah sebuah premis makanan dalam satu operasi diketuainya

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menu-tup Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 selama tiga ming-gu, ber-mula 7 Januari lalu.

MBPJ dalam kenyataannya ber-kata, penutupan itu bagi membo-lehkan kerja penyambungan jejan-tas motosikal lama dan baharu di jalan berkenaan dilakukan.

Katanya, ekoran itu laluan je-jantas motosikal terbabit akan ditutup sehingga 28 Januari ini bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan.

“Oleh itu, pengguna motosikal

dikehendaki menggunakan lalu-an alternatif di Jalan Templer-Le-buhraya Baru Pantai (NPE) sepan-jang tempoh pelaksanaan kerja berkaitan bagi menggelakkan se-barang kesulitan,” katanya.

Pengguna lalu lintas yang mempunyai sebarang perta-nyaan dan maklum balas bo-leh terus berhubung Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau Pengurus Projek Wealthtool Enterprise, Muham-mad Azwan Alwee di talian 012-7743776

Laluan motosikal Jalan Railway ditutup tiga minggu

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menye-diakan pejabat bergerak 'Shah Alam On Wheel' (SAOW) bagi memudahkan orang ra-mai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Ketua Baha-gian Korporat dan Perhubu-ngan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, SAOW akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kom-paun tempat letak kereta, kaun-

ter aduan, jualan kupon parkir dan kemudahan lain.

"Perkhidmatan ini akan bero-perasi di perkarangan tempat

letak kereta pasar raya besar Giant, Seksyen

18, di sini, pada 12 Januari ini.

"Waktu peng-operasian peja-bat bergerak ini bermula dari jam

11 pagi hingga jam 5 petang," ka-

tanya dalam kenyata-an.

Shahrin berharap, melalui perkhidmatan itu ia akan dapat memantapkan lagi sistem per-khidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Shah Alam On Wheel di Giant Seksyen ��

PBT boleh memantau sama ada pengusa-ha dan pengunjung restoran patuh atau tidak peraturan larangan merokok ketika menjalankan pemeriksaan premis makanan

ZURAIDA KAMARUDDINMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

nyambut baik inisiatif dan usaha berterusan KKM bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan ber-sih.

“Semoga dengan usaha murni ini dapat membentuk budaya lebih sihat untuk seluruh rakyat Malaysia,” ka- tanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

19SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Konvoi MPSepang menjelajah sembilan negeri mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG - Sebanyak sembilan negeri akan dijelajah Majlis Per-bandaran Sepang (MPSepang) bagi mempromosikan Tahun Me-lawat Sepang 2020 (TMS2020), bermula 7 Januari lalu.

Yang Dipertua (YDP) MPSepang, Mohd Fauzi Yatim berkata, rangka kerja promosi melalui acara konvoi motosikal itu membabitkan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Ke-lantan, Terengganu, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

"Konvoi MPSepang akan membawa identiti daerah ini ter-masuk memperkenalkan produk pelancongan seperti keindahan flora fauna serta produk Industri Kecil dan Sederhana.

"Selain menjadi pintu masuk

utama negara, Sepang mahu pelancong dalam juga luar ne-gara tahu bahawa di sini terdapat pelbagai destinasi menarik yang boleh diperolehi mereka," ka- tanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelepasan Konvoi Jelajah Malaysia sempena TMS 2020 di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Sepang, di sini, pada 7 Januari lalu.

Turut hadir, Timbalan YDP MPSepang, Muhammad Hafiz Shaari; Timbalan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Awalud-din Zakaria dan Ahli Majlis MPSepang.

Seramai 50 peserta yang ter-babit turut menjelajah ke 10 lo-kasi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara termasuk Majlis Daerah Pekan, Majlis Perbanda-

ran Pulau Pinang dan Majlis Ban-daraya Kota Bharu.

Pada majlis sama, MPSepang turut mengumumkan 'tagline' ‘Sepang Gerbang Negara’ sem-pena TMS 2020.

Mohd Fauzi berkata, TMS 2020 turut menyasarkan lima juta pelancong iaitu 80 peratus pelan-cong tempatan dan 20 peratus pelancong antarabangsa dengan hasil pendapatan RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan TMS 2020 juga sebahagian usaha me-nyokong hasrat Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan lagi eko- pelancongan setiap daerah yang terdapat, di Selangor.

"Kita sudah merangka pro-mosi ini sejak 2018 dan matla-matnya satu sahaja iaitu mem-bawa Sepang ke peringkat antarabangsa," katanya.

Promosi Tahun Melawat Sepang 2020

Jelajah sembilan negeri

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengingatkan orang ramai supaya menjelas-kan bayaran cukai taksiran bagi penggal 1/2019, sebelum 28 Feb-ruari ini.

MPS menerusi kenyataan ber-kata, bayaran diterima selepas tarikh ditetapkan itu akan dike-nakan caj lewat sebanyak RM20.

“Waran tahanan RM100 pula dikeluarkan kepada mereka yang gagal membayar cukai terbabit, pada 1 April ini.

“Bagi memudahkan orang ra-mai, MPS akan membuka kaunt-er bergerak setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum se-hingga 28 Februari ini mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ra-mai yang mempunyai seba-rang pertanyaan boleh meng-hubungi Bahagian Hasil di talian 03-61265961/03-61265963/03-61265964 atau layari laman se-sawang MPS: www.mps.gov.my untuk maklumat lanjut.

Bayar cukai taksiran sebelum �� Februari

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran bakal menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan, di Dewan Sri Siantan, pada 26 Janua-ri ini.

Siri pertama pelaksanaannya bertujuan memastikan pemilik premis dan peniaga pasar malam mengutamakan aspek kebersihan semasa mengendalikan makanan.

MDKS melalui kenyataan ber-kata, kursus itu penting selaras pemeriksaan dan penggredan premis di Pihak Berkuasa Tempa-tan terbabit yang menekankan setiap pengendali makanan diwa-jibkan menghadiri kursus berke-naan.

“Ia secara tidak langsung mem-

bentuk pengendali makanan berdedikasi dengan meman-tapkan kebersihan persekitaran premis makanan selain membu-dayakan etika dan cara kerja baik serta kecekapan tadbir urus.

“Selain itu, ia turut memberi peluang kepada peniaga dan orang awam untuk merujuk semula berkaitan tatacara betul ketika mengendali makanan,” ka-tanya.

Yuran pendaftaran dikenakan bagi setiap penyertaan adalah RM50 dan peserta menerima sijil sebaik tamat kursus berkenaan.

Orang ramai yang berminat atau mempunyai sebarang per-tanyaan lanjut berhubung pro-gram itu boleh menghubungi urusetia di talian 03-32812235.

MDKS anjur Kursus Pengendalian Makanan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menu-tup sebahagian jalan mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi bagi melancarkan penganjuran pro-gram Shah Alam Hari Tanpa Ken-deraan 2019, pada 13 Januari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Ban-daraya (Dataran Kemerdekaan),

Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Da-mai.

"Program ini akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

"MBSA memohon semua pengguna jalan raya memberi-kan kerjasama dan mengguna-

kan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui.

"Sehubungan itu, MBSA me-nyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang di-nyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa seperti yang diberikan," katanya dalam kenyataa tutup sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019.

Tutup enam jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

20Pendidikan

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kemasukan pela-jar tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu di sekolah menengah seluruh Selangor me-ningkat dengan mendadak ber-banding tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pendidi-kan Selangor, Mohd Salleh Mohd

Sesi persekolahan lancar

Kemasukan pelajar baharu mendadak

SHAH ALAM - Jabatan Pendi-dikan Selangor bukan sahaja fokus terhadap kecemerlangan akademik tetapi turut memen-tingkan kecemerlangan sukan, dalam kalangan pelajar.

Pengarahnya, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, perkara itu terbukti apabila Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) berja-ya mempertahankan kejuaraan di peringkat kebangsaan, sejak 2001 hingga 2017.

“Baru-baru ini, kita juga men-jadi juara keseluruhan dalam pertandingan Majlis Sukan dan Kebajikan Perkhidmatan Pen-didikan Malaysia dengan kon-tinjen terdiri daripada guru dan

kakita-ngan pelaksana Selangor meraih keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada acara Larian Ceria Pendidikan, di Taman Negara Botani Shah Alam di sini, pada 5 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, penca-paian terbabit dianggap sesuatu amat membanggakan Jabatan Pendidikan Selangor.

Berhubung acara larian itu, beliau berkata, kutipan dana me-laluinya akan diagihkan kepada golongan pelajar memerlukan.

“Selepas ditolak kos pengan-juran, maka bakinya disumbang-kan kepada sekolah atau pelajar memerlukan,” katanya.

Kassim berkata, bilangan pela-jar mendaftar darjah satu tahun ini meningkat kepada kira-kira 96,000 orang.

“Di Selangor, bilangan pela-jar tahun satu sahaja menunjuk-kan peningkatan ketara daripada kira-kira 91,000 orang tahun lalu kepada sekitar 96,000 tahun ini.

“Begitu juga peningkatan

menggalakkan bagi pelajar tingkatan satu daripada lebih kurang 70,000 kepada 73,000 pe-lajar dan ini pertambahan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada acara Larian Ceria Pendidikan Selangor 2018, di Taman Botani Negara, pada 5 Januari lalu.

Turut hadir, Dato’ Menteri Be-

MSSS pertahankejuaraan tujuh tahun

PETALING JAYA - Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerin-tis) menyumbangkan 500 beg sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan di 16 sekolah terpilih sekitar Petaling Utama dan Petaling Perdana, pada 4 Januari lalu.

Pengasasnya, Dato’ Law-rence Low berkata, sumba-ngan kali pertama untuk tahun ini adalah hasil kolaborasi ber-

sama Pasaraya Besar Mydin.“Ramai di antara kita tidak

terfikir sebenarnya ada dalam kalangan kanak-kanak tidak mampu untuk mempunyai beg sekolah sendiri.

“Oleh itu, MyPerintis komi-ted melaksanakan inisiatif ini yang akan mendorong pela-jar untuk lebih bersemangat memulakan sesi persekolahan apabila menerima sumba-

sar, Amirudin Shari.Mohd Salleh melahirkan rasa

gembira ekoran sesi minggu per-tama persekolahan berjalan lan-car dengan tiada sebarang isu serius berbangkit.

“Saya amat bersyukur kerana sepanjang minggu pertama sesi persekolahan tahun ini di Selangor berjalan lancar walaupun terdapat

beberapa aduan tetapi ia perkara biasa dan bila disiasat perkara itu sebenarnya tidak berasas.

“Saya amat berbesar hati de-ngan komitmen, kerjasama dan inisiatif semua warga pendidik Se-langor dan kakitangan lain yang bertungkus lumus memastikan sesi persekolahan berjalan lancar,” katanya.

Peserta antarabangsa meriahkan Larian Ceria Pendidikan

Amirudin ditemani Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim melepaskan peserta larian, di Taman Botani Negara Shah Alam, pada 5 Januari lalu

SHAH ALAM - Acara Larian Ceria Pen-didikan mendapat sambutan di luar

jangkaan apabila turut d iser ta i peserta negara

MyPerintis bantu golongan kurang mampu

ngan,” katanya kepada media selepas Majlis Pemberian Beg Sekolah, di Sekolah Kebangsaan Taman Megah, di sini.

Sumbangan itu disempur-nakan beliau bersama Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Uta-ma, Azmi Misron dan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Per-dana, Ghafar Bakar.

Beliau berkata, MyPerintis komited menjalankan pelbagai program berbentuk sumbangan bertujuan meringankan beban golongan sasaran.

“MyPerintis juga akan men-jalankan program intervensi sepanjang tahun ini dengan memberi beg dan kasut sekolah kepada kanak-kanak memerlu-kan.

“Kami optimis dua sektor awam dan swasta akan me-nyokong sepenuhnya inisiatif ini demi kebaikan golongan kurang berkemampuan,” katanya.

berkata, program seumpama itu mampu menjadi landasan terbaik bagi mengga-lakkan amalan gaya hidup sihat, dalam ka-langan warga pendidik.

“Program yang sangat baik selain mam-pu melahirkan warga pendidik yang me-ngamalkan gaya hidup sihat. Ia memberi peluang kepada mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat,” katanya.

Amirudin berharap supaya pengan-juran program itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, beliau melepaskan peserta program larian terbabit serta tidak me-lepaskan peluang menyertainya sambil di-iringi Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim dan beberapa pegawai kanan jabatan berkenaan.

jiran seperti Singapura dan beberapa ne-gara lain.

Acara anjuran Kelab Sukan dan Kebaji- kan Jabatan Pendidikan Selangor itu di-sertai kira-kira 1,800 peserta terdiri daripa-da warga pendidik, pelajar dan masyara-

kat awam. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

21SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS) menafikan mesej bantuan persekolahan yang tular melalui ap-likasi Whatsapp disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

LZS dalam kenyataan berkata, ban-tuan persekolahan kepada asnaf fakir miskin yang berdaftar sudah disalurkan kepada penerima, pada akhir Disember lalu.

Sehubungan itu, LZS memohon semua pihak supaya tidak terus menyebarkan maklumat tidak tepat seperti ditularkan.

Sebarang kenyataan rasmi LZS dike-luarkan melalui laman sesawang: www.zakatselangor.com.my atau Facebook rasminya, Lembaga Zakat Selangor.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh diperoleh dengan meng-hubungi talian LZS di 1-300-88-4343.

Mesej tular bantuan persekolahan palsu

10 - 16 JANUARI 20194 - 10 JAMADILAWAL 1440H

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pemeriksaan ber-sepadu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah premis makanan di Seksyen 25, di sini, mendapati premis terbabit melakukan beberapa kesalahan termasuk mengelirukan orang ra-mai dengan menggantung ayat al-Quran.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, pemeriksaan membabit-kan Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Bahagian Pengurusan Pe-nguatkuasaan JAIS dan Kemen- terian Perdagangan Dalam Ne-geri dan Hal Ehwal Pengguna di premis yang tidak memiliki

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu mewajib-kan semua pengusaha premis maka-nan halal mendapatkan sijil pengesa-han halal bagi kemudahan pelanggan Islam.

Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Perse-kutuan & Selangor (PERMAS), Ayob Abd Majid berkata, syarat itu perlu bagi semua premis termasuk restoran, warung dan kendera saji sama ada yang sedang beroperasi atau ingin memulakan perniagaan.

Katanya, langkah itu dapat mem-bantu pelanggan Muslim yang adaka-la keliru dengan status halal sesebuah restoran menjual makanan kepada pelanggan beragama Islam.

“Setakat ini, kita dapati tiada lagi garis panduan daripada JAKIM yang mewajibkan pengusaha restoran un-tuk ada sijil halal kerana selagi pe-ngusaha ada sijil daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka mereka boleh

terus membuka restoran.“Restoran besar seperti

hotel dan francais, mer-eka perlu ada sijil halal JAKIM untuk mula bero-perasi. Justeru, PERMAS mencadangkan supaya mewajibkan juga perka-ra ini kepada pengusaha restoran yang menjual maka-nan halal supaya pelanggan lebih ya-kin,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan pemeriksaan bersepadu Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS) yang dijalankan terhadap sebuah restoran di Shah Alam yang mendapati pemilik bersama restoran itu beragama Hindu.

Pemeriksaan lanjut JAIS mendapati restoran yang disangka restoran ‘ma-mak’ itu memiliki hampir semua peker-ja termasuk tukang masak beragama Hindu selain hanya dua sahaja beraga-ma Islam serta kesalahan menjual da-ging kambing yang tiada sijil halal.

Gantung azimat

Kelirukan pelanggan guna ayat al-Quran

Sijil Pengesahan Halal Malay-sia (SPHM) itu mendapati premis terbabit tu-rut menggantung bungkusan kain berwarna kuning yang dipercayai tangkal atau azi-mat.

“ P e m e r i k s a -an ini dijalankan ekoran aduan awam yang tular di laman sosial Whatsapp dan Facebook kerana mengelirukan masyarakat ber-agama Islam dengan menggan-tung ayat al-Quran di dalam pre-mis dan tulisan jawi, pada papan tanda perniagaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa di dalam sijil pendaftaran syarikat Suruhanjaya Syarikat Ma-laysia, maka premis itu adalah pemilikan perkongsian antara dua individu dengan seorang ber-agama Islam dan seorang lagi bukan,” katanya pada satu kenyataan media, di sini, pada 7 Januari lalu.

Salwana berkata, JAIS juga mendapati hanya dua pekerja premis terbabit beragama Islam.

Katanya, premis itu turut mem-peroleh bekalan bahan mentah seperti daging kambing daripada pembekal yang tidak memiliki SPHM yang sah.

Premis itu turut menjual maka-

nan daripada pembekal luar yang menggunakan logo

halal ‘generic’ yang ti-dak diiktiraf pada

p e m b u n g k u s produk.

Selain itu, ta-hap kebersihan premis juga sa-

ngat tidak memuas-kan seperti meletak-

kan bahan mentah di atas lantai dan tidak meng-

gunakan perangkap minyak (gris trap) seperti yang diisyaratkan Pi-hak Berkuasa Tempatan.

“Tindakan sudah diambil oleh Bahagian Pengurusan Penguat-kuasaan JAIS di bawah peruntu-kan Seksyen 10(a) Enakmen Jena-yah Syariah Selangor 1995 kerana menghina agama Islam atau me-nyebabkan agama Islam dipan-dang hina dan pemilik diarah hadir memberi keterangan, di ibu peja-bat JAIS.

“Pemilik juga diarah untuk ti-dak menggantung ayat al-Quran di dalam premis dan tidak men-jual makanan yang mengguna-kan logo halal yang tidak diikti-raf,” katanya.

Kegagalan mematuhi arahan itu akan menyebabkan pemi-lik boleh dikenakan tindakan di bawah Pe-rintah Perihal Daga-ngan (takrif halal) Akta Perihal Dagangan 2011.

Perlu sijil halal sebelum operasiJusteru, Ayob menggesa orang ramai supaya lebih

berhati-hati sebelum memasuki restoran dan terus melaporkan ke-pada pihak berwajib jika mendapati terdapat

keraguan berkenaan sta-tus halal restoran itu.“Memang pihak berkuasa

seperti JAIS sering membuat opera-si sebegini terhadap restoran tetapi orang ramai perlu turut lebih berha-ti-hati apabila memasuki sesebuah restoran. Jangan main ikut orang sa-haja tanpa memastikan status halal-nya.

“Orang ramai di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang ingin membuat aduan boleh terus meng-hubungi JAIS atau jika ingin menga-du kepada PERMAS boleh dibuat di laman Facebook bagi tindakan susu-lan,” katanya.

10 Khamis 5:52 6:02 7:20 1:23 4:46 7:21 8:3511 Jumaat 5:52 6:02 7:21 1:24 4:46 7:21 8:3512 Sabtu 5:53 6:03 7:21 1:24 4:47 7:22 8:3513 Ahad 5:53 6:03 7:21 1:25 4:47 7:22 8:3614 Isnin 5:54 6:04 7:22 1:25 4:47 7:22 8:3615 Selasa 5:54 6:04 7:22 1:25 4:48 7:23 8:3616 Rabu 5:55 6:05 7:22 1:26 4:48 7:23 8:37

10 Khamis 5:55 6:05 7:22 1:26 4:48 7:22 8:3611 Jumaat 5:55 6:05 7:23 1:26 4:49 7:23 8:3712 Sabtu 5:56 6:06 7:23 1:27 4:49 7:23 8:3713 Ahad 5:56 6:06 7:23 1:27 4:50 7:24 8:3714 Isnin 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:24 8:3815 Selasa 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:24 8:3816 Rabu 5:58 6:08 7:24 1:28 4:51 7:25 8:38

10 Khamis 5:52 6:02 7:21 1:24 4:47 7:22 8:3611 Jumaat 5:52 6:02 7:21 1:24 4:47 7:22 8:3612 Sabtu 5:53 6:03 7:22 1:25 4:47 7:22 8:3613 Ahad 5:53 6:03 7:22 1:25 4:48 7:23 8:3714 Isnin 5:54 6:04 7:23 1:25 4:48 7:23 8:3715 Selasa 5:54 6:04 7:23 1:26 4:48 7:24 8:3716 Rabu 5:55 6:05 7:23 1:26 4:49 7:24 8:38

Gam

bar s

umbe

r int

erne

t

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

KUALA LUMPUR - Nurini Kassim mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNA-MA) sejak penubuhannya 51 ta-hun lalu apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu agensi berita negara itu.

Beliau yang mempunyai latar belakang pengurusan dan sektor korporat bakal mengemudi agen-si berita itu bagi tempoh dua ta-hun menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh per- khidmatan, pada 3 Oktober lalu.

Pelantikan Nurini yang berkuat kuasa 1 Januari lalu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multi-media, Gobind Singh Deo.

Mengulas pe-lantikan itu, Gobind menyifatkan, Nurini adalah pilihan te-pat dalam mengu-kuhkan kedudukan BERNAMA sebagai agensi berita di negara ini khusus-nya dalam menye-diakan model per-niagaan agensi itu bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

“Saya alu-alukan pelantikan beliau. Beliau adalah seorang yang berkebolehan dan pili-han tepat untuk kita sama-sama membina dan mengukuhkan lagi

BERNAMA,” katanya memetik BERNAMA.

Pengerusi BER-NAMA, Datuk Seri Azman Ujang pula percaya dengan pengalaman luas Nurini dalam pel-bagai bidang mem-bolehkan beliau memberi idea untuk membawa agensi itu ke satu tahap lebih

baik. “Walaupun saya tahu cabaran

yang besar buat beliau kerana ‘landskap’ media sendiri sekarang ini mengalami satu keadaan yang agak mencabar dengan perkem-

bangan media baharu,” katanya. Sementara itu, mengulas ber-

hubung pelantikannya, Nurini menyatakan, beliau bersyukur kerana diberi peluang memimpin BERNAMA.

“Saya berbesar hati kerana di-beri peluang untuk menerajui BERNAMA dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Men-teri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan pasukan, di BERNAMA,” katanya.

Nurini, 55, berkelulusan MBA dari University of Hull, United Kingdom adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sejak Oktober 2015.

GOMBAK - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menghulurkan sumbangan keluarga Orang Asal yang mengalami kerosakan rumah ekoran ribut, baru-baru ini.

Sumbangan dan ziarah yang diketuai Pe-ngurus Operasinya, Md Arifin Jaafar itu me-nyaksikan yayasan terbabit menyerahkan bantuan kecemasan wang tunai dan keper-luan asas.

Katanya, sumbangan itu tanda komitmen YIDE membantu pihak memerlukan teru-tama rakyat Selangor dengan menyantuni mangsa ditimpa musibah.

“Kejadian ribut yang mengakibatkan se-

batang pokok tumbang lalu menimpa dua rumah Orang Asal pada jam 11 malam turut mencederakan penghuni rumah berkenaan.

“Mangsa sedang dirawat di Hospital Orang Asli Gombak dan menerima rawatan 20 jahi-tan,” katanya kepada SelangorKini.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Penye-laras Orang Asli Selangor, Nadhirah Hasiman dan Pegawai JAKOA Daerah Gombak dan Pe-taling, Rogayah Mamat.

Pada masa sama, YIDE turut menyeru orang ramai supaya menyumbang bagi meringan-kan beban mangsa dengan menghubungi Pegawai kebajikan YIDE di talian 017-7569476.

Nurini Kassim wanita pertama terajui BERNAMA

YIDE bantu mangsa ribut

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang komi- ted mahu melaksanakan program pemberdayaan wanita bertujuan menggalakkan golongan terba-bit menjana pendapatan, sekali gus mempunyai ilmu dalam bi-dang berkaitan.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, agenda itu untuk memberdaya wanita supa-ya mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus berupaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Kita sudah merangka pel-bagai program bersiri sepanjang

tahun ini yang bersesuaian anta-ranya kelas pembuatan kek, kelas menjahit dan kelas pastri.

“Setiap hari adalah masa un-tuk mencari ilmu dan menjana pendapatan. Oleh itu, menjadi salah satu keutamaan saya untuk melahirkan wanita Permatang yang cukup berdaya dalam pel-bagai aspek,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini.

Beliau berkata, kebanyakan wanita khususnya di DUN Per-matang mempunyai idea dan berpotensi untuk pergi lebih jauh yang perlu dibimbing supaya mereka menjadi lebih berani ser-ta punya hala tuju jitu.

“Pada akhir program, kita akan memastikan semua peser-ta mempunyai produk berkualiti dan mampu meluaskan pernia-gaan ke peringkat lebih jauh se-perti pasaran antarabangsa.

“Selain itu, fokus diberi bukan sahaja terhadap kualiti produk, namun yang utama adalah kita mampu membawa wanita Per-matang ke peringkat lebih tinggi tanpa meninggalkan sisi rendah diri wanita desa,” katanya.

Terdahulu, Rozana sempat me-luangkan masa bersama 40 wani-ta sekitar DUN Permatang dalam Program Jom Belajar Baking ber-sama Chef Pandak (Mediterranean

Pizza & Fruity Pastry Cake), di De-wan Biru Muda, Taman Nilam, Tan-jung Karang, pada 6 Januari lalu.

Program bersiri itu adalah pen-terjemahan daripada Pemberian kepada Pemberdayaan (From Gift to Empowerment) yang menjadi titik utama dalam pembenta-ngan Belanjawan Selangor 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Rozana bercadang mengada-kan Program Jom Belajar Baking pada Ahad setiap bulan (minggu pertama dan ketiga) di Dewan Biru Muda, Pusat Khidmat DUN Permatang, Taman Nilam, Sungai Terap, Tanjung Karang.

SHAH ALAM - Suri Rumah Rahmah (SRR) menggesa ma-syarakat sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah stres yang membelenggu suri rumah, masa kini.

Pengerusinya, Nurul Huda Ahmad Nawawi berkata, hal itu kerana masih ramai yang ber- anggapan bahawa suri rumah tidak menghadapi stres me-mandangkan golongan ter-babit hanya duduk di rumah dan tidak bekerja.

Katanya, tanggapan dan persepsi itu sama sekali tidak benar, sebaliknya suri rumah adalah golongan yang turut ti-dak terlepas daripada tekanan hidup.

“SRR membuat tinjauan dan soal selidik berkaitan de-ngan isu suri rumah ini di awal penubuhannya serta ia di-jalankan dalam kalangan ahli kami yang berumur 45 tahun ke bawah.

“Antara hasil dapatannya adalah 67 peratus suri rumah merasakan bahawa cabaran paling besar dalam kehidupan suri rumah adalah pembangu-nan diri (termasuk emosi) serta imej dalam masyarakat.

“Ini adalah dua isu utama yang cuba SRR juarai dan beri-kan solusi,” katanya dalam ke-nyataan.

Beliau berkata, SRR akan terus komited mengangkat isu berkaitan suri rumah demi kelangsungan institusi ke-luarga dalam menuju Malaysia negara rahmah.

“Melihat kepada isu pem-bangunan emosi suri rumah yang kritikal, maka kami me-nganjurkan seminar ‘Suri dan Emosi’ sebanyak dua kali pada tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan dari-pada suri rumah sekitar.

“Seminar berlangsung di Bangi dan Melaka itu bertu-juan membantu golongan suri rumah memahami, sekali gus membantu mereka menangani stres yang berlaku,” katanya.

Katanya, SRR juga meman-dang serius liputan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 dengan tajuk ‘Stress Dalam Kalangan Suri Rumah’ yang bersiaran, pada 2 Januari lalu.

“Liputan yang baik ini adalah satu usaha murni daripada pi-hak media dan sewajarnya dipuji dalam memberi keseda-ran kepada masyarakat berkai-tan isu suri rumah,” katanya.

Peka masalah stres suri rumah

DUN Permatang rangka aktiviti bersiri

Komited berdaya wanita

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

23SelangorKini 10 - 16 Januari 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerjasama dan sokongan sektor korporat ter-hadap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dilihat semakin memberangsangkan apabila menerima penajaan rasmi terba-haru daripada Vizione Holdings Berhad (Kumpulan Vizione).

Jalinan strategik bersama syarikat kejuruteraan pembi-naan bersepadu itu, sekali gus mampu menggerakkan skuad The Red Giants dalam mengha-rungi saingan Liga Malaysia (Li-ga-M), musim ini.

FAS menerusi kenyataan ber-kata, ia bakal menyaksikan so-kongan kepada badan itu dari-pada segi penajaan kewangan, penambahbaikan pembangunan infrastruktur untuk kemudahan latihan dan peningkatan, di Sta-dium Shah Alam.

“Penajaan ini juga akan melihat logo Vizione muncul di belakang jersi pasukan pemain Selangor dan pelbagai aplikasi penje- namaan lain melalui landasan ko-munikasi digital pasukan.

“Pembangunan FAS dengan so-kongan rakan penaja juga merang-kumi operasi membabitkan skuad utama Liga Super, skuad Piala Pre-siden, Piala Belia, pasukan wanita dan pasukan futsal,” katanya.

Pada 14 Disember lalu, FAS yang diterajui Duli Yang Tera-mat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut meme-terai Memorandum Persefaha-man (MoU) bersama Univer-siti Teknologi Mara (UiTM) bagi membentuk jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran un-tuk memperkasa potensi pemain

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Sela-ngor (FAS) terus menerima sunti-kan positif untuk menghadapi Liga Malaysia 2019 dengan mengikat perjanjian ber-sama penaja ter-baharu, ATF Sport Taping (ATF).

Setiausaha Agungnya , Dr Jo-han Kamal Hamidon berkata, FAS teruja dan menghargai ker-jasama ATF yang membuktikan pihak korporat dan teknikal ingin bersama dalam usaha mengem-balikan kegemilangan bola sepak Selangor.

“Kita yakin ATF akan mem-bekalkan produk berkualiti ke-pada pasukan dan peminat Red Giants.

“Peminat boleh mendapat-kan pita sukan eksklusif Red Gi-ants daripada ATF, dalam masa terdekat,” katanya dalam ke-nyataan.

Melalui penajaan itu, ATF akan membekalkan pita sukan kepada pemain Selangor selain

KUALA LUMPUR - Selepas lebih enam bulan ‘menggantung raket’, jaguh bad-minton negara, Datuk Lee Chong Wei, kembali menjalani latihan pemulihan di gimnasium Akademi Badminton Malay-sia (ABM) di Bukit Kiara, pada 4 Januari lalu.

Ia adalah penampilan kali pertama-nya bersama kem Persatuan Badmin-ton Malaysia (BAM) sejak beliau berehat daripada menjalani rawatan kanser hi-dung, pada Julai tahun lalu.

Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu bagaimanapun enggan memberi reaksi kepada media ketika tiba di BAM ditemani dua jurulatih, Hendrawan dan bekas jurulatihnya, Datuk Tey Seu Bock.

Kali terakhir penampilannya adalah

Demi masa depan

FAS terimapenajaan Vizione

serta pasukan Selangor.Kemajuan sains sukan akan

diterapkan sebagai elemen pen-ting dalam skuad bola sepak Se-langor bagi membantu mening-katkan prestasi dan membentuk kekuatan pasukan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Vizione, Dato’ Ng Aun Hooi dilaporkan berkata, usahasa-ma itu diharap dapat membantu pasukan Selangor untuk melakar lebih banyak kejayaan seterusnya mengangkat kembali kegemila-ngan skuad bola sepak berkenaan.

“Kami sangat teruja dapat menjalin kerjasama dengan Se-langor FA, sebuah pasukan yang kaya dengan kejayaan dan seja-rah bola sepak di negara ini dan berharap untuk kejayaan masa depan pasukan ini di bawah

kepimpinan Tengku Amir Shah, pasukan pengurusannya serta barisan pemain,” katanya.

Setiausaha Agung FAS, Dr Jo-han Kamal Hamidon pula mela-hirkan rasa terima kasih selain menyambut baik komitmen syarikat itu untuk menjadi rakan penaja demi masa depan bola sepak Selangor.

“FAS mengalu-alukan Vizione Holdings Berhad kepada kelu-arga Red Giants dan sangat ber-syukur di atas sokongan serta keyakinan Vizione untuk menjadi rakan penaja kami demi masa de-pan bola sepak Selangor.

“Kami berharap melalui ker-jasama ini, maka lebih banyak syarikat akan tampil sebagai rakan penaja kepada FA Sela-ngor,” katanya.

Chong Wei kembali jalani latihan

ATF taja Red Giants, bekal pita sukan

jenama itu akan diperlihatkan di landasan komunikasi digital FAS, di dalam Stadium Shah Alam dan kawasan latihan pasukan.

Pengasas ATF, Azmir Zed ber-kata, pembabitan mereka dalam arena bola sepak bermula tahun lalu, hasil kerjasama dengan pa-sukan bola sepak lain.

“Dengan kerjasama termeterai dengan FAS, sudah pasti pemi-nat bola sepak negara akan lebih mengenali ATF.

“Kita bersyukur atas kesudian FAS untuk bekerjasama dan ber-harap hubungan ini akan me-manfaatkan semua pihak berkai-tan,” katanya.

ATF adalah hasil titik peluh Azmir selaku pemain ragbi ne-gara untuk memberi akses ke-pada pita sukan berkualiti terbaik pada harga berpatutan.

Sebagai atlet antarabangsa, beliau sedar akan keperluan pita sukan jenama tempatan bagi memenuhi keperluan industri su-kan, di Malaysia.

Hasil penyelidikan teliti, be-liau mengasaskan ATF pada 2016 yang kini pita sukan ATF dijual dan diedar dalam jumlah besar, di Malaysia dan luar negara.

ATF berharap untuk mengem-bangkan lagi perniagaan dan je-nama mereka pada tahun ini ser-ta yakin kerjasama dengan FAS mampu membantu bagi menca-pai matlamat berkenaan.

pada Kejohanan Terbuka Indonesia yang menyaksikan beliau tewas pada pusingan separuh akhir kepada Kento Momota dari Jepun, pada Julai tahun lalu.

Kemudian pemain berusia 36 tahun itu

menjadi tumpuan media apabila beliau menarik diri dalam dua kejohanan besar tahun lalu iaitu Kejohanan Dunia di Nan-jing, China dan Sukan Asia Indonesia kera-na menghidap kanser hidung tahap satu.

Beliau kini disahkan sembuh sepenuh-nya daripada penyakit itu selepas men-jalani rawatan hampir empat bulan, di Taiwan.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek berkata, beliau gembira melihat anak didiknya itu kembali bersemangat dan ceria menjalani pemulihan.

Katanya, BAM memberi kebebasan kepada Chong Wei membuat keputusan berhubung latihan dan kejohanan yang akan disertainya, pada tahun ini.

“Saya tidak mahu mengganggu penampilan beliau. Saya rasa belum ma-sanya lagi untuk berbincang secara lan-jut berhubung persiapannya.

“Apa yang saya lihat tadi, dia datang untuk melakukan pemanasan badan, di gimnasium sahaja,” katanya.

Kita yakin ATF akan membekalkan produk berkualiti kepada pasukan dan peminat Red Giants.Peminat boleh mendapatkan pita sukan eksklusif Red Giants daripada ATF, dalam masa terdekat

DR JOHAN KAMAL HAMIDONSetiausaha Agung FASEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: AIR SELANGOR RANCANG PELABURAN SELANGOR 3 … · Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) ... janjian itu hasrat memastikan pe- ... tor tunggal perkhidmatan beka-

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH SHEEDA FATHIL

PUNCAK ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) komi-ted mahu melahirkan pengadil berkualiti, sekali gus mampu me-langkah jauh sehingga ke pering-kat antarabangsa dan mengadili Piala Dunia.

Setiausaha Agungnya, Dr Jo-han Kamal Hamidon berkata, se-hubungan itu pelbagai program dan seminar dijalankan FAS demi pembangunan serta peningka-tan kualiti pengadilan bola sepak, di negeri itu.

“Seminar ini adalah agenda tahunan FAS bagi memastikan pembangunan pengadil teruta-ma di Selangor berterusan.

“Hanya dengan melahirkan pengadil berkualiti ke pering-kat Persatuan Bola Sepak Malay-sia (FAM), maka Selangor dapat melahirkan calon pengadil Perse-kutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang berpeluang ke pe-ringkat Piala Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Seminar Pe-ngadil dan Penilai Pengadil FAS 2019, di Kompleks Akademi Bo-lasepak Merah Kuning, pada 6 Januari lalu.

Majlis perasmian seminar ter-babit disempurnakan Pengerusi Pengadil FAS, R Sekar Chandran.

Bertaraf antarabangsa

FAS komited lahirpengadil berkualiti

Setakat ini, Selangor berjaya melahirkan beberapa pengadil bertaraf antarabangsa seperti Razlan Jofri Ali selaku pengadil FIFA, Mohd Muazzi Zainal Abidin (penolong pengadil FIFA), Helday Idang (Pengadil futsal FIFA) dan Wan Mohd Tarmizi Mohd Ibrahim (pengadil bola sepak FIFA) selain

20 pengadil kebangsaan FAM.Difahamkan, Mohd Muazzi

kini sedang bertugas selaku Pe-nolong Pengadil FIFA, di Piala Asia Doha 2019.

Ia adalah noktah kejayaan ke-luarga pengadil Selangor yang sentiasa melahirkan pengadil berkualiti ke peringkat kebang-saan dan antarabangsa.

Mengulas lanjut, Dr Johan ber-kata, seminar terbabit memberi penekanan kepada kefahaman undang-undang bola sepak dan cara aplikasinya di padang se-lain memastikan hanya pengadil cergas sahaja didaftarkan un-tuk mengendalikan Liga FAS, ta- hun ini.

“Pengadil dan penilai pengadil turut didedahkan dengan teknik pengadilan terkini diguna pakai FIFA dan Persatuan Bolasepak Asia (AFC),” katanya sambil me-nambah seramai 130 pengadil bakal mengendalikan Liga FAS, tahun ini.

Katanya, FAS optimis semua pengadil di Selangor dapat mem-beri persembahan berkualiti dan membanggakan ketika mengen-dalikan liga.

Rangka promosi bidang pengadilan kepada wanita

PUNCAK ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ber-cadang mahu melahirkan pe-

ngadil wanita, menjelang tahun depan.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pi-

haknya sedang me-rangka beberapa

garis panduan b e r t u j u a n m e m p r o -mosikan bi-dang penga-

dilan kepada golongan wanita.“Jika kita lihat di negara

luar, golongan wanita aktif membabitkan diri selaku pe-ngadil dalam sukan bola sepak, namun di Malaysia agak kurang.

“Oleh itu, FAS komited meng-galakkan lebih ramai wanita berkecimpung dalam kerjaya se-laku pengadil,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Seminar Pengadil dan Penilai Pengadil FAS 2019, di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kun-ing, pada 6 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Dr Johan berkata, terdapat banyak liga dalam FAS daripada peringkat akar umbi sehingga veteran.

“Latihan kecergasan akan diadakan kepada calon pe- ngadil wanita, manakala pelak-sanaan untuk meletakkan me-reka dalam mana-mana liga di-lakukan secara berperingkat.

“Mungkin untuk permulaan, kita letakkan mereka dalam perlawanan bola sepak kanak-kanak seperti bawah 12 tahun dan seterusnya,” katanya.

Hanya dengan melahirkan pengadil berkualiti ke peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor dapat melahirkan calon pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang berpeluang ke peringkat Piala DuniaDR JOHAN KAMAL HAMIDONSetiausaha Agung FAS

Wanita luar negara aktif

membabitkan diri selaku pengadil,

namun di Malaysia agak kurang

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI