ajaran buddhisme dalam isu pembinaan sahsiah diri final copy
TRANSCRIPT
2010[Type the company name]
WONG YUK HOONG BM10110094 012-2279559 [ ]
KONG YEE SEAN BM10110032 017-6023111 [ ]
LOO U-PHUN BM10110040 017-6375516 [ ]
TOW ZHEN JIANG BM10110090 017-8845192 [ ]
LEE MEM TIM BM10110036 016-5017506 [ ]
NAMA PENSYARAH: PN. ROS AIZA MOHD MOKHTAR
SEKSYEN: DKP 7
HARI KULIAH: HARI RABU
[]
1
SENARAI KANDUNGANPENDAHULUAN 2
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
KARMA 5-7
EMPAT KEBENARAN MULIA 8-13
JALAN LAPAN LAPIS MULIA-JALAN TENGAH 14-21
PETUA-PETUA BAGI KEHARMONIAN SOSIAL 22-26
SUMBANGAN BUDDHA KEPADA UMAT MANUSIA DALAM PEMBENTUKAN
SAHSIAH DIRI 27-31
RUJUKAN 32
LAPORAN TUGASAN 33-37
Penghargaan
Dalam usaha untuk menyiapkan tugas ini, kerjasama dan bantuan
daripada banyak pihak amat dihargai.
2
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu, Puan Ros Aiza Mohd Mokhtar yang telah menyediakan
tajuk- tajuk yang amat mencabar kepada kami. Sepanjang tempoh
menyiapkan tugas ini, setiap ahli kumpulan telah banyak mempelajari
sejarah tentang agama buddhisme dan ajaran buddhisme dalam isu
pembinaan sahsiah diri. Panduan yang diberi oleh pensyarah juga banyak
memberi maklumat. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah
kami kerana tempoh yang secukupnya diberikan kepada kami untuk
mengutip maklumat dan membuat kajian.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli- ahli
kumpulan yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugas ini. Setiap ahli
kumpulan telah menyempurnakan bahagian mereka dengan usaha dan hati
yang ikhlas. Atas kerjasama daripada semua ahli, tugas ini disiapkan dengan
jayanya.
Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada pihak perpustakaan
atas kelengkapan yang disediakan kepada kami seperti buku-buku yang
berkaitan dengan kajian kami dan juga kemudahan komputer serta internet
yang membolehkan kami mencari maklumat.
3
Pengenalan
Ajaran Buddhisme yang diasaskan oleh Sinddharta Gautama Buddha
turut mengajar beberapa nilai mulia untuk diamalkan penganutnya.
Walaupun ajaran Buddhisme lebih berpusat kepada diri manusia, ajaran sila
(moral) Buddha menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu
perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat
akan meninggalkan kesan buruk pada individu itu, setiap konsekuensi dari
tindakan yang perlu tindakan actual dan pautan karma sebenarnya antara
tindakan dan konsekuensinya.1
Skop kajian lapangan tugasan ini meliputi:
Karma
Empat Kebenaran Mulia
Lapan Jalan Lapis Mulia
Petua-Petua Bagi Kerharmonian Social
Sumbangan Buddha Kepada Umat Manusia dalam Pembangunan Sahsiah Diri
4
Karma
Karma/Kamma adalah konsep yang penting, susah difahami dan
mudah mengelirukan. Erti yang pertama ialah karma membawa
makna kekuatan kelakuan dan erti yang kedua ialah karma vipaka atau sebab
akibat.
Mengikut Ajaran Buddha, mano/mind/minda/citta adalah kunci yang
pertama, sebab mano akan membuat pemikiran setelah dimotivasikan,
kemudian membuat keputusan. Keputusan itu diperlihatkan dari sama ada
kelakuan melalui perkataan atau badan kita. Karma boleh dikatakan
kombinasi mano dan badan atau percakapan. Kekuatan kelakuan ini tidak
semestinya terhad kepada kelakuan yang lampau, ia termasuk juga kelakuan
sekarang dan yang akan datang.
“ Sesuai dengan benih yang di tabur
Begitulah buah yang akan dipetiknya.
Pembuat kebaikan akan mendapat kebahagiaan
Pembuat kejahatan akan menerima penderitaan.
Taburlah olehmu biji-biji benih dan engkau
Pulalah yang akan merasakan buah daripadanya “1( Samyuta Nikaya, I, 293 )
Menurut ajaran Buddha, undang-undang karma, menyatakan: `bagi
setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang
berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa
nikmat atau sebaliknya bergantung kepada sebab musabab peristiwa
pertama.4 Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu,
kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat
kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah
disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan
menerima padah. Maksudnya, mereka percaya bahawa perbuatan yang baik
akan dibalas baik, dan sebaliknya.
1
5
Fenomena yang secara langsung berkaitan dengan pengalaman susah
dan kesenangan yang tunduk pada undang-undang dan kerana itu saling
ketergantungan dan oleh kerana itu bergantung pada penyebab dan
keadaan. Jika ada penyebab, kesan berlaku dan diri mereka sendiri pada
gilirannya menyebabkan menjadi dan menghasilkan buah mereka. Jadi ada
semacam rantai reaksi-itu seperti bermain snooker, di mana bola hits hits lain
dan yang lain dan seterusnya. Undang-undang ini saling pergantungan
sangat kuat. Hal-hal yang tidak pernah kita harapkan kadang-kadang muncul,
seperti menyebabkan kecil memicu perubahan besar dan transformasi. Ini
adalah undang-undang kamma.5
Karma boleh dibahagikan kepada dua katogeri:
a) Karma tetap dan tidak tetap
Karma tetap di sini bererti karma yang susah boleh ubah misalnya
membunuh ibubapa. Karma tidak tetap adalah karma yang boleh ubah.
Jangan kira karma tetap atau tidak, yang menentukannya adalah kita.
Misalnya: karma tetap ---> vipaka tetap.
Jika diberi masa yang cukup untuk mempraktikkan sila, samadhi dan
prajna/panny, karma tetap itu akan menjadi tidak tetap. Ini seperti banyak
garam dicurahkan ke sungai yang besar, tidak terasa masinnya.
Jika masa tidak mencukupi, mesti akan dapat balasannya; seperti
banyak garam dimasukkan ke dalam cawan.
b) Karma kongsi atau tidak kongsi
Karma kongsi bermakna vipaka juga kongsi. Vipaka yang
mempengaruhi sendiri disebut vipaka tidak kongsi, misalnya ada yang cantik,
cerdik dll. Vipaka kongsi adalah vipaka yang mempengaruhi orang lain.
Misalnya gemba bumi, banjir dll. Dalam karma kongsi ada pula karma tidak
kongsi, misalnya banjir berlaku di suatu tempat, ada yang sempat lari dan
ada yang tidak. Dalam karma tidak kongsi ada pula karma kongsi, misalnya
walaupun tidak sekaum, tetapi kita akan mati juga. Kelakuan yang baik atau
jahat akan mempengaruhi kedua-dua pihak, diri sendiri dan orang lain.
Karma berpunca daripada 3 sebab: hawa nafsu (ketamakan),
kebencian dan kejahilan. Kita terpaksa menggunakan sila, samadhi dan
panna untuk mengatasi ketiga-tiga sebab itu. Karma tidak dapat dilihat sama
6
seperti ‘buah mangga tidak tersimpan di dalam dahannya’. Karma akan
muncul atau manifes hanya pada masa yang betul dan suasana yang sesuai.
Perbuatan-perbuatan kita akan mendatangkan tiga jenis vipaka yang
dipengaruhi oleh masa, iaitu Drsta-dharma-vedaniya-karma yang memberi
balasan sekarang, Upapadaya-vedaniya-karma yang member balasan pada
kehidupan yang akan datang dan Apara-paryaya-vedaniya-karma yang
memberi balasan pada dua atau lebih kehidupan akan datang. Contohnya, di
tanah buah-buahan, ada yang berhasil dalam tahun ini, ada yang berhasil
dalam masa 3 tahun.
Salah satu hukuman terhadap orang yang berdosa ialah mereka akan
dilahirkan semula sebagai haiwan pada kehidupan yang akan datang.
Penganut-penganut selalu mengingatkan diri sendiri dengan memikir
keadaan haiwan-haiwan yang susah dan selepas itu, mereka akan membuat
yang baik.6
Jenis-jenis vipaka yang didatangkan dipengaruhi oleh 2 faktor:
kekuatan karma berlainan dan kekuatan syarat-syarat menolong (nidana)
berlainan.
Pengajaran daripada pemahaman terhadap Karma
Konsep Karma menekankan pembalasan atas perbuatan kita. Oleh
itu,ia meningatkan kita supaya lebih bertanggungjawab ke atas kelakuan kita
sendiri.
Amalan kemurahan hati adalah sebuah kaedah untuk mendapatkan
pahala. Saat matahari terbit pada semua pagi ketika tidak ada menawarkan
makanan khas di biara, ahli aliran meninggalkan biara mereka untuk
memberikan awam peluang untuk menyumbangkan makanan. Setiap orang
awam yang dengan demikian membantu dalam penyelenggaraan biara
memperoleh baik jumlah merit. Namun, untuk memastikan bahawa ia akan
beroleh manfaat maksimum, ia harus berhati-hati untuk berperilaku dengan
cara teladan selama persembahan makanan. Mereka mempercayai bahawa
perkara-perkara yang baik akan berlaku pada mereka dengan amalan ini.7
Seterusnya, konsep ini menjelaskan bahawa kita mempunyai peluang
yang sama, bukan istimewa. Ini bermaksud sesiapa yang berkelakuan baik
akan dibalas dengan perkara yang baik tanpa mengira umur, status dan lain-
lain. Selain itu, Karma memberikan harapan dalam kehidupan kita. Ini
7
disebabkan walaupun kita telah membuat kesalahan, tetapi kita rajin
membuat baik, yang baik dapat menutupi yang jahat. Akan tetapi, balasan-
balasan tetap ada. Konsep ini juga menjelaskan sesuatu yang berlaku mesti
ada sebab-sebabnya. Misalnya, kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh
kelalaian.
Karma menggalakkan nilai berdikari dan keyakinan serta kekuatan diri.
Dhammacakkappavattana Sutta (Empat Kebenaran
Mulia)
Empat Kebenaran Mulia merupakan salah satu ajaran agama Buddha
yang paling asas, dengan ungkapan tersebut muncul banyak kali dalam teks
Hukum Pali, teks agama Buddha yang paling kuno. Ia merupakan kebenaran-
kebenaran yang dicapai oleh Gautama Buddha semasa beliau mengalami
makrifat. Sekiranya kita tidak mendalami atau memahami empat kebenaran
mulia ini,kita tidak akan memahami unsur dan amalan Buddha yang benar
selama-lamanya.8
Sang Buddha mengajarkan Empat Kebenaran Mulia: penderitaan
muncul,ada sebabnya, boleh berhenti, dan penamatan datang dengan
mengembangkan kesedaran.9
Ini adalah pengalaman pencerahan yang, bersama-sama dengan
pemikiran yang seimbang, membolehkan seseorang untuk memahami
bahawa diri yang berasingan adalah sebuah rekaan, dan penderitaan akan
dipadamkan ketika tidak ada melekat lagi kepada rekaan ini.10
Keempat-empat kebenaran itu ialah:
Kebenaran mengenai Dukkha.
Kebenaran mengenai sebab-musabab Dukkha.
Kebenaran mengenai penghapusan (tamatnya) Dukkha.
Kebenaran mengenai cara menghapuskan Dukkha.
8
1. Kebenaran Mengenai Dukkha
Samyutta Nikaya pernah mengatakan, “ Kelahiran adalah penderitaan;
menjadi tua adalah penderitaan; penyakit adalah penderitaan; kematian
adalah penderitaan; kesedihan, ratap tangis, rasa sakit, kesengsaraan
(ketidaksenangan) dan keputusasaan adalah penderitaan; tidak memperoleh
apa yang diinginkan adalah penderitaan. Dengan kata lain Lima kelompok
kehidupan (Pancakhandha) yang dipengaruhi kemelekatan adalah
penderitaan (dukkha). ”11
Kelahiran ialah dukkha, penuaan ialah dukkha, sakit ialah dukkha,
kematian ialah dukkah; penyatuan dengan perkara-perkara yang tidak
menyenangkan ialah dukkha; pemisahan dengan perkara-perkara yang
menyenangkan ialah dukkha; tidak dapat memperoleh apa yang dikehendaki
ialah dukkha; mendapat apa yang tidak dikehendaki ialah dukkha;
pendeknya, lima agregat yang tertakluk kepada perpautan ialah dukkha
Terdapat empat dukkha lagi iaitu:
Penderitaan kerana pemisahan dengan orang yang dikasihi atau
benda-benda yang digemari.
Penderitaan kerana penemuan dengan seseorang atau sesuatu
benda yang tidak diingini.
Penderitaan kerana penyangkalan hasrat seseorang.
Penderitaan kerana penguatan kelakuan manusia seperti
kebencian, perasaan cemburu
Lazimnya keseronokan deria dianggap sebagai satu-satunya
keseronokan yang paling tinggi dan dikejari orang biasa. Akan tetapi,
keseronokan ini adalah sementara dan tidak kekal. Kebanyakan
dukkha(penderitaan) berasal daripada perasaan takut akan
perpisahan.komplex dari segi psikologi ,ego dan sebagainya, membentuk
kemindaan seharian yang berkembang pada permulaan,dan ia menjadi cara
reaksi kita dan bentuk pertahanan diri12.Jika seseorang tidak dapat melihat
perolakan hidup yang penuh dengan keseronokan yang sementara, tidak
kekal ini, ia mudah terbawa dan penderitaan berlaku sepanjang
kehidupannya. Jika dia tidak dapat melihat ketidakstabilan keseronokan
9
mundane, ia akan mudah hampa, putus asa, menjadi jahil, hilang daya
membuat keputusan yang tepat dan mungkin juga menjadi tidak stabil.
Mengikut Buddha ketidakpautan atau viragata adalah kegembiraan
yang lebih besar. Seseorang yang telah menerima latihan mental
menyebabkan dia dapat terus menjadi tenteram, tenang di bawah perolakan
hidup (masalah dan tekanan), melihat sesuatu (masalah) dengan perspektif
yang betul dan benar. Dia masih dapat senyum apabila berlaku masalah dan
fikiran tetap stabil.
2. Kebenaran Mengenai Sebab-musabab Dukkha (Samudaya)
Buddha bukan sahaja berkhutbah mengenai dukkha (penderitaan),
bahkan menunjukkan kepada kita punca timbulnya dukkha (penderitaan). Ini
menyenangkan kita mengubati ‘penyakit’ ini.
Dalam ajaran Budhha, tiada pencipta yang mengawal segala-gala
matlamat hidup manusia dan maka dukkha bukan ditimbulkan oleh agen
luar, ‘kuasa supernatural’ sebaliknya penyelesaian didapati dari dalaman
manusia sendiri.
Dalam maksud Buddha terdapat tiga jenis nafsu:-
i. Nafsu untuk keseronokan deria (kamma-tanha) .13
ii. Nafsu untuk kewujudan berterusan (bhava-tanha). 14
iii. Nafsu untuk ketidakwujudan, penghapusan diri (vibhava-tanha).
Pandangan bahawa agregat sesuatu makluk itu akan hapus apabila
mati. 15
Nafsu adalah punca dan penderitaan (dukkha) merupakan akibatnya.
Dapat kita lihat di sini perkaitan benih dan buah atau hasil, tindak dan
tindakbalas serta punca dan akibat sebagai satu hukum semula jadi.16
Pernah Buddha berkata, "Bhikkhu, tiada belenggu lain seperti
belenggu nafsu ini yang menyebabkan ‘being’ merayau-rayau dalam
pusingan kewujudan ini." Adalah penting di sini nafsu ini bukanlah Punca
Pertama. Segala kemunculan bukan cuma disebabkan oleh satu punca dan
juga bukan tak ada punca. Segala-gala kemunculan adalah disebabkan
punca-punca yang saling berkaitan dan semua punca ini tiada permulaan
ataupun penghabisan.
Disebabkan adanya nafsu untuk kewujudan maka berlakunya proses
10
kewujudan, keunzuran timbul, timbulnya kematian, kesengsaraan,
penderitaan dan kehampaan. Bukan sahaja nafsu ini menyebabkan tamak
haloba dan perpautan manusia terhadap keseronokan deria, kekayaan, harta
benda yang menyebabkan kemunculan keinginan untuk mengalahkan orang
lain dan melanda negeri-negeri lain. Bahkan perpautan kita pada idea-idea,
pandangan dan kepercayaan biasanya juga membawa kepada penghancuran
seluruh bangsa, negara dan mungkin seluruh dunia. Melalui lima tapak iaitu
mata, telinga, hidung, lidah dan badan, manusia mengenal objek-objek di
dunia luar. Melalui fikiran pula, kita melayan idea-idea. Melalui bentuk, bunyi,
bau, rasa, penyentuhan badan dan idea yang menyeronokkan nafsu timbul
dan manusia tertarik dan mengejari kelima-lima jenis objek kederiaan dan
idea. Melalui nafsu ini, tamak haloba kepada harta benda, kedudukan,
kepuasan nafsu menyebabkan kita berpaut kepada perkara yang tidak kekal,
yang sentiasa berubah-ubah. Dukkha timbul apabila apa yang kita ingini itu
berubah.
11
3. Kebenaran Mengenai Penghapusan Dukkha (Nibbana)
Ia adalah penghilangan beransur-ansur dan pemberhentian sama
sekali keinginan tersebut, penyerahan dan peninggalannya, kebebasan
daripadanya, serta ketakbergantungan kepadanya.Penghapusan penderitaan
telah disifatkan sebagai kebahagiaan yang ‘unconditioned’, mutlak dan
unggul - Nibbana. Ataupun perkataan ini boleh diertikan sebagai bebas
sepenuh daripada bernafsu.
Dengan menghapuskan nafsu, seseorang itu juga tiada lagi terikat
dengan kewujudan semula dan maka segala dukkha (tua, sakit, kematian dan
lain-lain) tidak akan berikutan. Maka di sini Nibbana boleh diterangkan
(secara kasar) sebagai penghapusan penderitaan.
Secara lazimnya, kita rujukkan sesuatu dengan perhubungan relatif
positif dan negatif, akan tetapi Nibbana adalah melebihi kedua-dua positif
dan negatif ini. Ia tidak merujuk kepada sebarang benda yang bersyarat
(conditioned).
Apabila seseorang menghapuskan sepenuhnya tamak
haloba,kebencian dan kejahilan ia adalah bebas daripada kewujudan semula
dalam samsara ini.Di dalam hatinya,tiada lagi kecendurungan atau niat
jahat.Ia tidak berpaut kepada sebarangan di dunia ini dan maka tidak
diganggu oleh dunia ini,bahkan ia tidaak diganggui sebarang perubahan yang
berlaku di dunia.Fikiran Arahant ini tidak dapat digerakkan lagi oleh
pergaulan dan hubungan dengan dunia.Ia hidup tanpa kesedihan ,tanpa
pencemaran dan kukuh.’Keadaan’ Nibbana yang sebegini dapat sebegini
dapat dikecapi dalam kehidupan itu juga.Arahant juga dengan
pengalamannya tidak dapat membuat orang lain mengatahui
Nibbana.Nibbana adalah mutlak kerana ia melebihi punca dan akibat dan
tidak relative kepada sebarang rujukan.Maka dalam bahasa yang lazim kita
katakana lelaki,perempuan,saya dan lain menyadari Nibbana.Tetapi secara
mutlaknya tiada kewujudan individu.Cuma proses pembentukan dan proses
penghapusan,segala apa sifat timbulnya,segala apa sifat penghapusan.Jalan
ini memang susah,tetapi dengan berhati-hati,penuh kesedaran,kita akan
dapat mencapai destini kita suatu hari.
12
1. Kebenaran Mengenai Cara Menghapuskan Dukkha (Magga)
Kebenaran Mulia Yang Keempat ini merupakan jalan ke arah
penghapusan Dukkha. Sekiranya kita dapat memahaminya dengan penuh
keyakinan dan gigih, maka penghapusan penderitaan akan menjadi satu
kenyataan. Pernah Buddha berpesan, "Biarlah doktrin dan disiplin (dhamma-
vinaya) yang saya berikan kepada anda menjadi guru anda setelah
pemergian saya."
Amat jelas sekali cara kehidupan Buddha, sistem agama Buddha terdiri
daripada doktrin dan disiplin. Disiplin membawa maksud kesempurnaan
moral (moral excellence), menjinakkan lidah dan tindakan melalui badan. Ini
lebih dikenali sebagai sila atau latihan moral. Doktrin pula berkaitan dengan
latihan mental, menjinakkan fikiran. Ini berkaitan dengan meditasi atau
perkembangan penumpuan mental, samadhi dan kebijaksanaan panna.
Ketiga-tiga ini, ‘virtue’, penumpuan dan kebijaksanaan apabila diamalkan
sepenuhnya, ia dapat membawa manusia lari dari tahap mental yang rendah
ke tahap yang tinggi, memimpin seseorang itu dari gelap ke terang, dari
‘passion’ ke ‘dispassion’, dari ketidaktenteramanan ke ketenteraman. Ketiga-
tiga ini menjadi sebagai satu keseluruhan kepada Jalan Lapan Lapis Mulia ini.
Merujuk kepada Jalan ini, dalam Khutbah Yang Pertama Buddha
menamakan ia sebagai Jalan Tengah kerana jalan ini mengelakkan daripada
dua extreme: iaitu perpautan dengan keseronokan deria dan penyeksaan diri
sendiri seperti yang dilakukan oleh pertapa tertentu.
Semasa berada dalam istana dengan segala kemewahan dan
keseronokan, pengalaman Bodhisatta jelas menunjukkan keseronokan deria
ini tidak membawa manusia ke arah kegembiraan yang sebenar dan
‘deliverance’. Amalan ascetic yang keterlaluan selama enam tahun tidak
memberi sebarang balasan kepada Bodhisatta. Dengan mengelakkan dua
extreme ini, Boddhisatta mengikut satu jalan moral dan latihan mental iaitu
Jalan Tengah yang meliputi tiga kumpulan utama.
1. Kebijaksannan
Pandangan yang betul(samma-ditthi)
13
Fikiran yang betul(samma-samkappa)
2. Morality
Pertururan yang betul(samma-vaca)
Perbuatan yang betul(samma-kammata)
Pekerjaaan yang betul(samma-ajiva)
3. Disiplin mental
Usaha yang betul(samma-vayama)
Kesedaran yang betul(samma-sati)
Tumpuan yang betul(samma-samadhi)
14
Jalan Mulia Lapan Lapis – Jalan Tengah
Jalan Mulia Lapan Lapis merupakan Kebenaran Mulia Keempat yang
membimbing kita menuju ke Nibbana. Jalan ini adalah satu cara hidup yang
terdiri daripada lapan faktor. Dengan mengikuti jalan ini, ia akan
membolehkan kita menemui penamatan penderitaan. Oleh kerana ajaran
Buddha ialah satu ajaran yang logik dan konsisten yang merangkumi setiap
aspek kehidupan, Jalan Mulia ini juga berguna sebagai tatasusila yang terbaik
bagi membimbing ke arah kehidupan yang bahagia. Amalannya membawa
kebaikan kepada seseorang. Jalan ini bukan satu Jalan yang dipraktikkan oleh
mereka yang memanggil dirinya sebagai Buddhis sahaja, malahan ia
diamalkan oleh setiap orang yang memahaminya tidak kira kepercayaan
agama mereka.
Jalan Lapan Lapis Mulia adalah kaedah keluar dan bebas daripada
dukkha. Ia melibatkan aktiviti dan perasan bagi membentuk kebijaksanaan
dalam berfikir dan berdisiplin dalam tingkah laku dan amalan hidup yang
seimbang15. Jalan ini membimbing ke arah kehidupan beragama tanpa
secara ekstrem.
Satu aspek yang menonjol dalam ajaran Buddha ialah penerimaan Jalan
Mulia Lapan Lapis sebagai satu cara kehidupan yang mulia. Nama lain bagi
Jalan Mulia Lapan Lapis ini ialah Jalan Tengah. Buddha menasihatkan
pengikutnya mengikuti Jalan ini untuk mengelakkan keseronokan deria dan
penyeksaan diri yang keterlaluan. Jalan Tengah ini ialah satu cara kehidupan
yang suci dan menolak penerimaan dekri yang diturunkan oleh orang lain,
kecuali diri sendiri. Seseorang mempraktikkan Jalan Tengah bukan kerana
takut pada mana-mana kuasa sakti, tetapi kerana nilai intrinsik perbuatan
tersebut. Seseorang memilih latihan disiplin diri ini untuk mencapai satu
matlamat mutlak, iaitu penyucian-diri.
Jalan Tengah ini ialah satu panduan kemajuan dan perkembangan
dalaman yang terancang. Dengan mengikuti Jalan ini, seseorang boleh
memperoleh kemajuan dan celikminda yang sebenar, bukan melalui pemujaan
15
dan sembahyang. Menurut Buddha, sesiapa yang hidup selaras dengan
Dhamma akan dibimbing dan dilindungi oleh Hukum yang sama tersebut.
Apabila seseorang hidup selaras dengan Dhamma, dia juga akan hidup
berharmoni dengan hukum universal.
Setiap Buddhis digalakkan untuk menjalani kehidupannya berpandukan
Jalan Lapan Lapis Mulia seperti yang diajar oleh Buddha. Sesiapa yang
menyesuaikan cara kehidupannya mengikut cara kehidupan yang mulia ini
akan bebas daripada penderitaan dan bencana pada kehidupan masa kini dan
yang berikutnya. Dia juga berkeupayaan mengembangkan mindanya dengan
mengelakkan kejahatan dan mempraktikkan tatasusila.
Jalan Lapan Lapis ini boleh diibaratkan dengan satu peta jalan. Seperti
mana seorang pengembara memerlukan satu peta untuk memandu ke
destinasi tujuannya, begitu juga kita semua memerlukan Jalan Lapan Lapis
yang memimpin kita mencapai Nibbana, matlamat terakhir kehidupan
manusia. Untuk mencapai matlamat terakhir ini, terdapat tiga aspek dalam
Jalan Lapan Lapis ini yang perlu diperkembangkan oleh penganut agama
Buddha. Dia perlu mengembangkan Sila (moral), Samadhi (pengembangan
mental) dan Panna (kearifan). Walaupun ketiga-tiga aspek ini mesti
dikembangkan secara serentak, penekanan terhadap satu aspek tertentu
adalah berbeza mengikut tahap pembangunan kerohanian seseorang itu.
Seorang penganut mestilah terlebih dahulu memperkembangkan moralnya,
iaitu di mana perbuatannya harus membawa kebaikan kepada makhluk lain.
Ini dilakukan secara ikhlas dengan menjauhi daripada membunuh, menfitnah,
mencuri, memabukkan diri atau bernafsu syahwat. Apabila seseorang
memperkembangkan moraliti, mindanya akan menjadi lebih senang dikawal,
membolehkan dia memperkembangkan kuasa penumpuan. Akhirnya dengan
perkembangan penumpuan, kearifan akan timbul.
Perkembangan Secara Beransur - ansur
Dengan kearifanNya yang tidak terhad, Buddha mengetahui bahawa
bukan semua manusia mempunyai tahap kebolehan yang sama untuk
mencapai kematangan kerohanian dengan serta-merta. Oleh itu, beliau
menghuraikan Jalan Lapan Lapis Mulia ini untuk pembangunan kerohanian
seseorang secara beransur-ansur dengan cara yang praktikal. Beliau
16
mengetahui bahawa bukan semua orang boleh menjadi sempurna dalam satu
hayat. Beliau menyatakan tingkah laku beretika (Sila), disiplin mental
(Samadhi) dan bijaksana (Panna), mesti dan boleh diperkembangkan dalam
tempoh beberapa kehidupan dengan usaha tekun16. Jalan ini akhirnya menuju
ke pencapaian ketenangan mutlak di mana ketidakpuasan langsung tidak
wujud.
Jalan Lapan Lapis Mulia ini ialah :
Sila -Pertuturan yang Betul
-Perbuatan yang Betul
-Pekerjaan yang Betul
Moraliti
Samadhi -Usaha yang Betul
-Kesedaran yang Betul
-Tumpuan yang Betul
Disiplin Mental
Panna -Pandangan yang Betul
-Fikiran yang Betul
Kebijaksanaan
1. PANDANGAN YANG BETUL (samma-ditthi)
Apakah itu Pandangan Benar? Ia dijelaskan sebagai mempunyai
pengetahuan tentang Empat Kebenaran Mulia. Dalam erti kata lain,
memahami sesuatu benda seperti yang sebenarnya. Pandangan Benar juga
bermaksud seorang itu memahami sifat Kamma yang baik dan sifat Kamma
yang tidak baik, dan bagaimana ia dilakukan secara fizikal (tubuh), pertuturan
(mulut) dan pemikiran (minda). Dengan memahami Kamma, seorang akan
belajar untuk mengelakkan kejahatan dan berbuat baik, lantas mewujudkan
keadaan yang menguntungkan dalam kehidupannya. Apabila seseorang
17
mempunyai Pandangan Benar, dia juga memahami tiga ciri kehidupan (iaitu
semua benda yang berpaut adalah tidak abadi, tertakluk kepada penderitaan,
dan tidak mempunyai ciri keakuan) dan memahami Hukum Sebab Musabab
Yang Saling Bergantungan (Paticca Samupada). Seseorang yang mempunyai
Pandangan Benar adalah bebas daripada kejahilan, dan dengan sifat
pencerahannya dia menyingkirkan punca kejahatan dan mencapai swabebas.
Cita-cita mulia seorang Buddhis praktikal ialah untuk meningkatkan kearifan
dan memperoleh Pandangan Benar terhadap diri sendiri, terhadap kehidupan
dan terhadap segala fenomena.
Apabila seseorang mempunyai Pandangan Benar, dia juga
mengembangkan Pemikiran Benar. Faktor ini juga dikenali sebagai "Keazaman
Benar", "Cita-cita Benar" dan "Idea Benar". Ia merujuk kepada keadaan mental
yang menyingkirkan fikiran atau pendapat yang salah, dan mengembangkan
faktor-faktor bermoral bagi menuju ke Nibbana. Faktor ini mempunyai dua
tujuan iaitu menyingkirkan fikiran yang jahat dan memperkembangkan
fikiran-fikiran suci. Fikiran Benar adalah penting kerana fikiran seseorang itu
yang akan menyucikan atau menodainya.
2. Fikiran yang Betul (samma-samkappa)
Terdapat 3 aspek pada Pemikiran Benar. Pertama, seseorang itu harus
memelihara satu sikap mengelakkan diri daripada keseronokan duniawi, bukan
berpaut terhadapnya dengan angkuh. Dia harus rendah diri dan menjaga
kebajikan orang lain. Kedua, dia patut memelihara semangat atau perasaan
cinta-kasih, muhibah dan kemurahan hati dalam mindanya. Ini adalah
berlawanan dengan perasaan kebencian, permusuhan dan perseteruan.
Ketiga, dia patut bertindak dengan fikiran belas kasihan kepada semua
makhluk, ini adalah berlawanan dengan sifat kezaliman dan tidak bertimbang
rasa terhadap orang lain. Semasa seseorang berkembang maju dalam
perjalanan kerohaniannya, pemikirannya akan bertambah menjadi lebih baik
hati, aman, rendah diri, dan dipenuhi dengan kasih sayang dan belas kasihan.
3. Pertuturan yang Betul (samma-vaca)
Pertuturan Benar merangkumi penghormatan terhadap kebenaran dan
kebajikan orang lain. Ini bererti mengelakkan daripada berbohong,
18
memfitnah atau memburukkan nama seseorang, mengelakkan kata kasar
dan mengelakkan diri daripada berbual kosong. Kita sememangnya
memandang rendah keupayaan pertuturan kita, dan cuma menggunakan
kawalan yang sedikit ke atas fakulti pertuturan kita. Akan tetapi, kita semua
pernah dilukai oleh pertuturan orang lain, dan pada ketika lain pernah diberi
motivasi oleh kata-kata orang lain. Adalah diperkatakan bahawa percakapan
kasar adalah lebih melukai daripada senjata. Sebaliknya percakapan yang
manis berupaya mengubahkan hati serta minda (fikiran) penjenayah yang
paling jahat.
Oleh itu, untuk membina satu masyarakat yang harmoni, kita
seharusnya mengawal, memupuk dan menggunakan pertuturan yang positif.
Kita harus bercakap menggunakan kata-kata yang benar, membawa
keharmonian, berunsur baik dan bermakna. Buddha pernah menyebut bahawa
pertuturan yang menyenangkan adalah manis seperti madu, pertuturan benar
adalah cantik adalah ibarat sekuntum bunga, manakala pertuturan salah
adalah tidak luhur ibarat 'najis'.
4. Perbuatan yang Betul (samma-KammaNta)
Perbuatan Benar merangkumi penghormatan kepada nyawa,
penghormatan harta benda dan penghormatan terhadap hubungan peribadi
seseorang. Ini bersamaan dengan tiga peraturan pertama dalam Panca Sila
yang perlu diamalkan oleh setiap Buddhis, iaitu menjauhi daripada
membunuh, mencuri dan berzina. Nyawa adalah sangat berharga bagi semua.
Semua makhluk akan menggeletar apabila dihukum, takut akan kematian dan
semua makhluk amat menghargai nyawa masing-masing. Oleh itu, kita
seharusnya menjauhkan diri daripada meragut nyawa makhluk lain kerana kita
sendiri tidak mampu berikan nyawa kita, dan kita tidak patut mencederakan
makhluk hidup lain. Penghormatan harta benda bermaksud kita harus elakkan
daripada mengambil apa jua benda yang diperoleh dengan cara mencuri,
menipu atau paksaan. Penghormatan terhadap hubungan peribadi seseorang
bermaksud bahawa kita harus elak daripada berzina dan mengelakkan
hubungan seks yang tidak sah. Ini adalah penting bagi memelihara kasih
sayang dan kepercayaan mereka yang kita sayangi, serta menjadikan
masyarakat kita satu tempat yang lebih baik untuk diduduki.
19
5. Pekerjaan yang Betul (samma-ajiva)
Pekerjaan Benar adalah satu faktor di bawah kelakuan moral yang
berkaitan dengan cara kita menyara hidup kita dalam masyarakat. Ini adalah
lanjutan daripada dua faktor lain iaitu Pertuturan Benar dan Perbuatan Benar
yang merujuk kepada penghormatan terhadap kebenaran, nyawa, harta benda
dan perhubungan peribadi seseorang. Pekerjaan Benar bermakna bahawa kita
patut menyara kehidupan kita tanpa melanggar semua prinsip kelakuan
moral. Umat Buddhis tidak digalakkan menceburkan diri mereka dalam 5 jenis
pekerjaan berikut: perniagaan manusia, perniagaan senjata, perniagaan
daging, perniagaan minuman yang memabukkan serta dadah, dan perniagaan
racun. Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa mereka terpaksa
melakukan pekerjaan tersebut untuk menyara kehidupan mereka, maka
adalah tidak salah untuk mereka berbuat demikian. Akan tetapi alasan ini
adalah tidak berasas sama sekali. Jika kenyataan tersebut sah, maka pencuri,
pembunuh, penjahat, penyeludup dan penipu juga boleh mendakwa bahawa
mereka juga melakukan perbuatan berdosa itu semata-mata untuk menyara
kehidupan mereka, dan oleh itu tiada salahnya dengan cara sara hidup
mereka.
Sesetengah orang percaya bahawa memancing dan memburu binatang
untuk keseronokan dan menyembelih binatang untuk makanan tidak
bertentangan dengan peraturan Buddhis. Hal ini merupakan satu lagi salah
faham yang wujud akibat kekurangan pengetahuan Dhamma. Semua
perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak baik dan membawa
penderitaan kepada makhluk yang lain. Akan tetapi, dalam semua perbuatan
ini, orang yang paling terluka ialah mereka yang melakukan semua perbuatan
yang tidak luhur ini. Menyara hidup seseorang melalui cara yang salah adalah
bercanggah dengan ajaran Buddha. Buddha pernah berkata, "Walaupun
seseorang hidup seratus tahun dengan tidak bermoral dan tanpa pengawalan
diri, adalah lebih baik sekiranya dia hidup satu hari dengan suci dan
bermeditasi”. (Dhammapada, 103). Justeru itu, adalah lebih baik meninggal
dunia sebagai seorang yang beradab dan bermaruah daripada hidup sebagai
seorang yang jahat.
6. Usaha yang Betul (samma-vayama)
20
Usaha Benar bermaksud kita memelihara satu sikap positif dan
mempunyai minat terhadap perkara yang kita buat, sama ada terhadap
pekerjaan kita, terhadap pelajaran kita atau terhadap amalan Dhamma kita.
Dengan minat yang kekal dan keazaman serta keriangan, kita boleh berjaya
dalam perkara yang kita sedang laksanakan. Terdapat 4 aspek dalam Usaha
Benar, dua daripadanya merujuk kepada kejahatan dan dua yang lain merujuk
kepada kebaikan. Pertama ialah usaha untuk mengelak kejahatan yang telah
wujud dan kedua pula ialah usaha untuk menghindari kejahatan daripada
timbul. Ketiga ialah usaha untuk membangkitkan kebaikan yang masih belum
wujud dan keempat pula ialah usaha untuk memelihara kebaikan yang telah
wujud. Dengan menggunakan Usaha Benar dalam kehidupan, kita boleh
mengurangkan dan akhirnya menyingkirkan keadaan mental yang tidak luhur
di samping menambah serta memperkukuhkan pemikiran suci dalam minda
kita dengan sendirinya.
7. Kesedaran yang Betul (samma-sati)
Kesedaran Benar adalah berhubung rapat dengan Usaha Benar. Amalan
kesedaran adalah penting dalam Buddhisme. Buddha pernah berkata bahawa
kesedaran adalah satu cara untuk penamatan penderitaan. Kesedaran boleh
dibangkitkan dengan selalu mengawasi 4 aspek yang khas. Caranya ialah
kesedaran dengan memberi perhatian kepada badan (kedudukan badan,
pernafasan dan seterusnya), perasaan (sama ada gembira, sedih atau
neutral), minda (sama ada minda adalah tamak atau tidak, marah, pemikiran
berkecamuk, diselubungi kejahilan atau tidak), dan objek-objek minda (sama
ada terdapat gangguan mental terhadap penumpuan, Empat Kebenaran Mulia
dan seterusnya). Kesedaran juga sangat penting dalam kehidupan harian kita
di mana kita bertindak dengan penuh kesedaran terhadap tindakan, perasaan,
fikiran serta persekitaran kita. Minda harus sentiasa tenang dan menumpu
perhatian, tidak terganggu serta tidak kabur.
Kesedaran Benar ialah menumpukan perhatian kita terhadap tubuh,
perasaan, minda, objek mental atau menjadi sensitif kepada orang lain. Dalam
erti kata lain, menumpu perhatian kita terhadap tempat yang kita pilih.
8. Tumpuan yang Betul (sama-samadhi)
21
Penumpuan Benar pula adalah pemeliharaan serta pengekalan
perhatian tersebut terhadap objek tanpa gangguan minda. Penumpuan ialah
amalan mengekalkan penumpuan tajam minda terhadap satu objek tunggal
tidak kira fizikal atau mental. Tumpuan dapat dibuat jika terdapat sasaran.
Tanpa sasaran, yumpuan tidak dapat dibuat17. Minda jerap sepenuhnya ke atas
objek itu tanpa gangguan, penyimpangan, kegelisahan atau rasa mengantuk.
Melalui latihan di bawah bimbingan seorang guru yang berpengalaman,
Penumpuan Benar mendatangkan dua kebaikan. Pertama, ia membimbing ke
arah keadaan mental dan fizikal yang sihat, selesa, bahagia, aman dan
tenang. Kedua, ia menjadikan minda berupaya melihat sesuatu benda dalam
konteks sebenarnya dan menyediakan minda untuk mencapai kearifan. Milton
Wright mengatakan, “ kekuat kemampuannyaan seseorang manusia
ditentukan oleh kemampuannya untuk memberi tumpuan.”18
KESIMPULAN
Jalan Lapan Lapis Mulia merupakan kebenaran keempat yang penting
yang telah diajar oleh Buddha. Sebagai seorang doktor rohani yang
berkebolehan, Buddha telah mengenal pasti satu penyakit yang menjangkiti
semua bentuk kehidupan, iaitu Dukkha atau ketidakpuasan. Beliau
kemudiannya menjumpai bahawa punca ketidakpuasan adalah disebabkan
oleh tamak haloba dan nafsu. Beliau telah menemui satu penawar untuk
penyakit tersebut, iaitu Nibbana, keadaan di mana semua ketidakpuasan
terhapus. Penawarnya ialah Jalan Lapan Lapis Mulia. Apabila seseorang doktor
yang berkebolehan merawat seorang pesakit yang menghidapi satu penyakit
yang tenat, preskripsinya bukan sahaja merangkumi rawatan fizikal bahkan
juga untuk psikologi pesakit. Jalan Lapan Lapis Mulia adalah jalan yang
22
membimbing ke arah penghapusan penderitaan merupakan rawatan
bersepadu yang bertujuan mengubati penyakit Samsara melalui pemupukan
moral pertuturan dan perbuatan, perkembangan minda serta perubahan tahap
kesedaran dan kualiti fikiran seseorang dengan cekap.19 Jalan ini menunjukkan
cara untuk mencapai kematangan jiwa dan menjadi bebas daripada
penderitaan dengan sepenuhnya.
PETUA-PETUA BAGI KEHARMONIAN SOSIAL "Bagaimana saya boleh mengamalkan ajaran Buddha dalam
kehidupan sehari-harian?"
Buddha mengajar Sutta ini kepada Sigala, anak seorang jutawan.
Ajaran ini disampaikan apabila Buddha melihat Sigala menyembah
menghadap ke enam arah. Sigala memberitahu kepada Buddha bahawa
sebelum bapanya meninggal dunia, dia telah berjanji untuk berbuat demikian
secara ikhlas setiap hari. Sigala melakukannya tanpa tahu ertinya. Sutta
Sigalovada ini memberi satu gambaran yang jelas mengenai kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat. la menjelaskan tanggungjawab setiap
23
anggota terhadap keluarganya dan masyarakat. Buddha kemudiannya
memberi penerangan kepada Sigala dengan mengatakan bahawa:
-Arah timur melambangkan ibu bapa
-Arah selatan melambangkan guru
-Arah barat melambangkan suami isteri
-Arah utara melambangkan kawan
-Arah bawah (nadir) melambangkan majikan-pekerja
-Arah atas (zenith) melambangkan guru agama
Enam arah ini mewakili enam jenis perhubungan dan tanggungjawab
seseorang dalam keluarga dan masyarakat.
1. KELUARGA BUDDHIS
Kita selalu mendengar kata-kata ini: Keluarga sihat, keluarga
sejahtera. Jikalau ada kasih sayang dan perasaan saling menghormati antara
satu sama lain, keluarga itu sihat dan dipenuhi dengan kegembiraan serta
keharmonian.
1.1 IBU BAPA-ANAK
Buddha mengatakan bahawa seseorang anak itu sukar hendak
membalas segala kasih sayang serta jasa yang telah diberi oleh ibu bapanya,
walaupun dia dapat membawa bapanya di atas bahu kanannya dan
membawa ibunya di atas bahu kirinya sepanjang hidup mereka. Cara
seseorang anak dapat menunjukkan perasaan berterima kasih dan
penghormatannya terhadap ibu bapa ialah:
1. Menghormati ibu bapanya dan membantu mereka dalam segala hal.
2. Melayan mereka dengan baik dan dengan penuh kasih sayang
terutamanya apabila
mereka jatuh sakit dan tua.
3. Menjaga harta-benda keluarga.
4. Mewarisi tradisi keluarga.
5. Menjaga dan mengekalkan nama baik atau maruah keluarga.
6. Memberi penyembahan atas nama mereka dan memindahkan pahala
kepada mereka setelah mereka meninggal dunia.
Sebaliknya, apakah tugas ibu bapa terhadap anak-anaknya? Sejak
dilahirkan, kanak-kanak sentiasa bersama dengan ibu bapa mereka. Jadi, ibu
24
bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anaknya. Ibu bapa
haruslah:
1. Mengelakkan anak-anaknya daripada membuat kejahatan.
2. Menunjukkan teladan yang baik.
3. Memberi mereka pendidikan yang sempurna.
4. Menjodohkan dan mengahwinkan anaknya.
5. Memperturunkan harta-benda dan warisan pada masa yang sesuai.
Jika ibu bapa dan anak dapat menjalankan tanggungjawab masing-
masing, semua ahli keluarga akan hidup dengan mesra dan harmoni.
1.2 SUAMI ISTERI
Suami dan isteri membentuk nukleus atau pusat sesebuah keluarga.
Kesejahteraan keluarga sangat bergantung kepada toleransi, sikap bantu-
membantu dan timbang rasa kedua-dua pihak. Buddha mengatakan bahawa
suami dan isteri mempunyai taraf yang sama. Pembezaannya hanya dari segi
tugas-tugas mereka. Sebagai seorang suami, tugas-tugasnya termasuk:
1. Ikhlas dan jujur.
2. Menghormati isterinya.
3. Bersopan-santun terhadap isterinya.
4. Memberi kuasa kepada isterinya dalam menguruskan hal-hal rumah
tangga.
5. Menghadiahkan barang-barang perhiasan kepada isteri.
Pada masa yang sama, seseorang isteri harus melayan suaminya dengan:
1. Menguruskan keluarga dengan kemas dan teratur.
2. Memberi layanan baik kepada suami dan ahli-ahli keluarganya.
3. Jujur dan ikhlas.
4. Menjaga harta benda keluarga.
5. Sentiasa bersifat baik dan berbudi.
2. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN
Manusia hidup bermasyarakat. Oleh itu, semua ahli masyarakat,
seperti dalam unit keluarga haruslah memahami dan menjalankan tugas
masing-masing. Dengan cara ini barulah masyarakat itu dapat maju dalam
keadaan sejahtera dan harmoni.
25
2.1 GURU-PELAJAR
Dalam sistem pendidikan hari ini, murid-murid menghabiskan
sebahagian besar masa mereka di sekolah. Jadi, perhubungan guru dan
pelajar adalah penting. Guru mengajar ilmu pengetahuan, nilai-nilai moral
dan kemahiran-kemahiran kepada anak murid, supaya mereka menjadi
warganegara yang baik dan bertanggungjawab.
Tugas seseorang guru ialah:
1. Melatih murid-murid supaya mereka mahir dalam bidang-bidang yang
sesuai bagi mereka.
2. Menunjukkan teladan baik.
3. Menggunakan kaedah mengajar yang berkesan.
4. Memperkenalkan murid-murid kepada rakannya.
5. Menjaga keselamatan dan kebajikan murid-murid.
Seseorang murid pula haruslah menghormati dan berterima kasih terhadap
gurunya dengan:
1. Bangun apabila melihat gurunya.
2. Mengikut arahannya.
3. Membantu gurunya dan melayaninya dengan baik.
4. Belajar dengan bersungguh-sungguh.
5. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
2.2 MAJIKAN-PEKERJA
Selepas meninggalkan bangku sekolah, kemungkinan besar seseorang
itu akan menceburi diri dalam dunia pekerjaan. Majikan dan pekerja harus
mempunyai hubungan yang baik. Kalau majikan dan pekerja tidak
mengetahui tugas mereka dan tidak menjalankan tugas masing-masing,
konflik dan pertelingkahan mungkin berlaku. Seseorang majikan
mempunyai tanggungjawab berikut:
1. Mengagih dan memberi tugas mengikut kebolehan pekerja.
2. Mengupah pekerja dengan gaji yang berpatutan.
3. Menyediakan perkhidmatan perubatan untuk pekerjanya.
4. Menikmati bersama-sama faedah yang berlebihan.
5. Membenarkan mereka bercuti dan berehat pada masa yang sesuai.
26
Sebagai seorang pekerja, tugasnya ialah:
1. Menepati masa bekerja dan bekerja dengan rajin.
2. Memastikan pekerjaannya diselesaikan.
3. Jujur dan ikhlas.
4. Membuat kerja dengan teratur dan sempurna.
5. Menyebarkan nama baik majikan.
2.3ANTARA KAWAN
Seseorang itu haruslah dapat membezakan antara orang yang boleh
dijadikan kawan dan orang yang tidak boleh dijadikan kawan. Kawan yang
baik adalah mereka yang menunjukkan kepercayaan, rasa simpati dan
mengambil berat tentang kawannya pada setiap masa dalam semua
keadaan. Seseorang itu dapat menjalinkan perhubungan baik dengan
kawannya melalui:
1. Saling bantu-membantu.
2. Jujur dan ikhlas.
3. Bersedia untuk memberi.
4. Bersopan-santun.
Apakah tanggungjawab kita terhadap kawan kita? Kita harus membalas budi
kawan kita
dengan:
1. Membantu dan melindunginya apabila dia cuai.
2. Membantu dan menjaga hartanya.
3. Membantunya semasa bahaya.
4. Tidak meninggalkannya apabila dia menghadapi kesusahan.
5. Menghormati ahli keluarganya.
2.4 GURU AGAMA-PENGANUT
Agama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. la
menolong kita dan menunjukkan jalan yang benar ke arah kesejahteraan.
Sebagai seorang penganut, seseorang itu haruslah menghormati guru
agamanya dengan:
1. Bersikap dan berkelakuan baik dari segi perbuatan, pertuturan dan
pemikiran.
2. Menyambutinya dengan tangan terbuka.
3. Membekalkannya dengan keperluan-keperluan asas.
27
Seorang guru agama pula haruslah menunjukkan kasih sayang terhadap
penganutnya
dengan:
1. Membetulkan kelakuan kurang sopan.
2. Menggalakkan mereka berbuat baik.
3. Mengajarkan ajaran yang belum diketahui oleh mereka.
4. Berperasaan kasih sayang.
5. Menunjukkan jalan ke arah kesejahteraan.
Walaupun Buddha telah mengajarkan Sutta Sigalovada ini pada 2,500
tahun yang lalu, ia tetap sesuai diamalkan pada hari ini. Menyembah ke
enam arah ini mungkin menimbulkan satu tanggapan yang salah. Enam arah
tersebut hanya merupakan tanda-tanda peringatan mengenai
tanggungjawab kita. Yang penting ialah kita patut menjalankan tugas
masing-masing dan bukanlah ke arah manakah kita menyembah.
Dunia hari ini telah menjadi huru-hara. Ramai orang telah
mengabaikan atau tidak tahu apakah tugas-tugas dan tanggungjawab
mereka. Mereka telah bersikap lebih individualistik, iaitu mengutamakan
kepentingan diri sendiri. Sutta Sigalovada yang dikemukakan oleh Buddha
memberitahu kita tentang tanggungjawab kita masing-masing. Sekiranya
semua orang dapat memenuhi tugas-tugasnya yang tersebut di atas, maka
semua orang akan bahagia dan hidup dengan aman-damai.
28
SUMBANGAN BUDDHA KEPADA UMAT MANUSIA DALAM
PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI
Antara semua pengasas-pengasas agama dalam dunia ini tiada
seorang pun kecuali Buddha mendakwa dirinya sebagai seorang manusia.
Walaupun seorang manusia, beliau ialah seorang insan yang luar biasa.
Beliau telah menyempurnakan dalam kelahiran tak terpermanai kesemua
sepuluh Dasa Paramita atau 10 Kesalihan Boddhisatta.
Dasa Paramita terdiri daripada : -
Dana - kedermawan (wakaf)
Sila - kesusilaan
Nekkhamma - peninggalan kehidupan duniawi
Panna - kearifan
Viriya - kegigihan
Khanti - kesabaran
Sacca - kebenaran
Adhitthana - tekad
Metta - kasih sayang suci
Upekkha - ketenangan hati
KEBEBASAN BERFIKIR
Ramai orang suka mengatakan bahawa "kami ialah ahli fikir bebas
(free-thinker) dan kami tidak mempunyai agama". Tetapi jika seseorang itu
ialah ahli fikir bebas maka sudah pasti dia mestilah seorang Buddhis kerana
Buddha menggalakkan kebebasan berfikir. Kebebasan berfikir bagi diri
sendiri yang dibenarkan oleh Buddha tidak dapat dijumpai dalam sejarah
agama lain, iaitu Kebebasan kepada keinsafannya sendiri tentang Kebenaran.
Pelepasannya tidak bergantung kepada kurniaan Tuhan atau sebarang kuasa
luaran sebagai suatu ganjaran kepada kelakuannya yang baik dan
ketaatannya. Bhagava tidak pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya,
“Berdoa dan percaya”. Beliau biasanya bersabda, “Datang dan mengerti,
datang dan menyelidik. Jangan percaya apa jua semata-mata kerana
keimanan (blind faith).
Dalam Buddhisme keimanan membuta tuli ini (blind faith) dikritik.
Buddhisme menggalakkan penerimaan sesuatu selepas terdapat keyakinan
berdasarkan pengetahuan dan pemahaman. Walaupun seorang Buddhis
29
bernaung di bawah Buddha sebagai gurunya, ia tidak menyerah diri atau
mengorbankan kebebasan untuk berfikir bagi diri sendiri. Tanpa
mengorbankan kebebasannya sendiri, dia meningkatkan kerohanian
sehingga menjadi seorang Buddha. Sesiapa yang ingin mencapai Nibbana
pelepasan, hanya perlu bergantung kepada diri sendiri tanpa dipengaruhi
oleh dogma dan keimanan membuta tuli.
Jika anda membaca atau merujuk kepada Kalama Sutta, anda boleh
memahami sejauh mana kebebasan berfikir yang telah diberikan oleh
Buddha kepada pengikut-pengikutnya.
Buddha bersabda :
"Jangan percaya kepada sesuatu semata-mata kerana anda sendiri pernah
mendengarnya".
"Jangan percaya kepada tradisi-tradisi hanya kerana mereka telah diamalkan
turun-temurun".
"Jangan percaya kepada sesuatu yang berdasarkan khabar angin".
"Jangan percaya kepada sesuatu semata-mata kerana ia didapati tertulis di
dalam kitab suci anda".
"Jangan percaya kepada sesuatu semata-mata berdasarkan autoriti guru-
guru anda dan orang-orang yang lebih tua".
"Tetapi selepas peninjauan dan analisis, apabila anda mendapati bahawa
sesuatu perkara itu menyetujui dengan alasan yang munasabah, membantu
dalam mencapai sesuatu yang baik serta menguntungkan semua pihak,
barulah anda menerimanya dan hidup berdasarkannya".20
Perkembangan rohaniah hanya wujud jika kebebasan berfikir
dibenarkan. Perkembangan mental tidak boleh berlaku jika keimanan
membuta tuli (blind faith) lebih
berleluasa. Kebebasan berfikir membawa kepada perkembangan mental manakala terlalu berpegang kepada dogma-dogma membawa kita menuju kepada kebuntuan dan kemunduran.
30
TARAF WANITA
Buddha meningkatkan taraf wanita dan menyedarkan golongan wanita
tentang kepentingan mereka terhadap masyarakat. Sebelum kelahiran
Buddha, wanita tidak diberi kedudukan yang berpatutan dalam masyarakat.
Mereka tidak dilayan dengan baik. Semasa abad keenam S.M. kaum wanita
dikawal oleh pembatasan Brahmin yang ketat dan tempat mereka dihadkan
kepada bilik dapur sahaja.
Buat kali pertamanya dalam sejarah dunia, Buddha mengasaskan
Sangha Bhikkhuni dalam tahun ke-5 Pencerahan Kebuddhaan beliau. Dengan
tertubuhnya Sangha Bhikkhuni, kaum wanita berupaya melepaskan diri
daripada belenggu yang berkaitan dengan masyarakat India dahulu kala dan
menikmati kebebasan sempurna. Oder ini ialah suatu kurniaan yang besar
kepada mereka. Kaum wanita setelah memasuki Sangha Bhikkuni -
permaisuri, puteri, janda, hamba wanita mahupun perempuan jalang
semuanya adalah sama darjat tanpa mengira kasta atau pangkat mereka.
Mereka mendapat ketenangan jiwa serta ketenteraman yang sempurna
selepas memasuki Oder tersebut.
Pada suatu ketika, Raja Kosala berasa tidak puas hati sebab buat
pertama kalinya, isteri beliau Permaisuri Mallika melahirkan seorang anak
perempuan. Raja itu menganggap bahawa adalah bernasib buruk untuk
mendapat seorang anak perempuan. Buddha telah menolak dakwaan
tersebut dengan mengatakan, "0! Sang Raja, seorang anak perempuan
mungkin kelak nanti terbukti lebih mulia daripada seorang anak lelaki." Ini
menunjukkan bahawa Buddha memberikan suatu kedudukan yang tinggi
kepada wanita pada 25 abad yang lalu dan golongan wanita terhutang budi
kepada Buddha.
BELAS KASIHAN TERHADAP PESAKIT
Pada suatu hari, semasa Buddha sedang berjalan di dalam Vihara, beliau ternampak seorang Bhikkhu yang sakit tenat. Bhikkhu itu dibiarkan begitu sahaja sebab ia telah dihinggapi suatu penyakit kulit yang mengerikan. Buddha membantu merawat Bhikkhu yang sakit Itu dengan tanganNya sendiri. Kemudian dalam suatu perhimpunan agama, Buddha menjelaskan kepentingan menghulur bantuan kepada mereka yang menderita. Beliau bersabda, "Sesiapa yang melayani pesakit juga melayani
31
saya." Berdasarkan prinsip ini, Maharaja Asoka buat pertama kalinya dalam sejarah tamadun manusia menubuhkan hospital-hospital bukan sahaja untuk manusia tetapi juga untuk haiwan-haiwan. Beberapa sutta penting yang diajar oleh Buddha adalah berkaitan dengan rawatan kepada pesakit-pesakit.
32
AHISMA-Tanpa kekerasan atau kekejaman
Buddha menasihatkan siswa-siswaNya mengamalkan kasih sayang suci
bukan sahaja terhadap manusia tanpa mengira kasta, kepercayaan atau
warna kulit tetapi juga kepada haiwan. Tiada seorang pun yang berhak
memusnahkan nyawa makhluk hidup lain sebab nyawa adalah sesuatu yang
sangat berharga kepada semua. Semasa kehidupan Buddha, pengorbanan
binatang adalah satu amalan biasa di India. Semasa pengorbanan, banyak
binatang seperti kambing, lembu dan lain-lain dibunuh dan dipersembahkan
kepada dewa-dewa dan dewi-dewi yang berlainan. Kadang-kala manusia pun
dibunuh dan dipersembahkan. Mereka yang menjalankan pengorbanan-
pengorbanan tersebut mempercayai bahawa dewa-dewa dan roh-roh yang
berlainan itu akan berasa gembira dengan persembahan-persembahan
tersebut. Selepas itu, mereka percaya mereka akan dikurniakan lebih banyak
kebahagiaan serta kekayaan dan akan dilahirkan semula dalam syurga
selepas mati. Buat kali pertamanya Buddhalah yang menentang
pengorbanan binatang dan menasihati siswa-siswaNya untuk menentang
pengorbanan binatang dan untuk mengamalkan kasih sayang suci terhadap
semua makhluk hidup.
Semangat bertoleransi
Semangat bertoleransi adalah satu daripada kebudayaan dan tamadun
Buddhis yang paling dihargai. Tidak terdapat satu contoh pun penganiayaan,
Perang Jihad atau pertumpahan darah untuk menukar agama orang lain ke
dalam Buddhisme sejak 2,500 tahun dahulu. Memaksa orang lain untuk
memeluk agama tidak terdapat dalam Buddhisme.
Banyak sutta tentang keburukan yang bakal diterima hasil daripada
membunuh dan akibat karmanya telah diberikan oleh Buddha. "SEMUA
makhluk gentar pada saat kematian, semua makhluk takut kepada hukuman,
ingatilah bahawa anda adalah seperti mereka dan jangan membunuh dan
melakukan penyembelihan. Jika tiada apa jua pun, walaupun hujah yang
munasabah dapat menggerakkan hati nurani seseorang, biarlah perasaan
bahawa semua makhluk hidup benar-benar sayang pada nyawa mereka
menimbulkan perasaan belas kasihan dalam dirinya. Oleh itu, dengan
perasaan belas kasihan ini, diharapkan dia dapat mempraktikkan Ahimsa.”
Begitulah Buddha bersabda. Pencerahan yang dibawa oleh ajaranNya
33
menerangi jalan untuk manusia melepaskan diri daripada belenggu samsara
(kitaran hidup dan mati yang semula jadi) dan akhirnya mencapai Nibbana.
MENGAJAR KITA BERDIKARI
Buddhisme mengajar kita bahawa seseorang hanya boleh memperoleh
pelepasannya menerusi usahanya sendiri tanpa bergantung kepada
pertolongan suatu kuasa luar yang ghaib. Buddha tidak meletakkan Tuhan
yang maha kuasa dan ghaib pada tahap yang lebih tinggi daripada manusia,
sebaliknya beliau telah meningkatkan nilai serta status manusia. Buddha
mengajar siswa-siswaNya bahawa mereka tidak perlu mencari sumber-
sumber luar untuk mendapat bantuan bagi mencapai matlamat mereka.
Bergantung kepada orang lain untuk memperoleh pelepasan adalah negatif
tetapi bergantung pada diri sendiri adalah positif. Bergantung kepada orang
lain bermakna menyerah diri tanpa sebarang usaha. Buddha menunjukkan
dengan jelasnya bahawa kita sendiri yang harus berusaha. Buddha bersabda,
"Kamu harus berusaha sendiri, sebab Tathagata hanya mengajar caranya."
Ini bermakna Buddha menunjukkan jalan kepada pelepasan atau Nibbana
dan terpulang kepada kita untuk mengikut jalan itu untuk menyelamatkan
diri kita. Itulah sebabnya Buddha selalu menasihati pengikut-pengikutnya,
"Individulah sebenarnya penyelamat dirinya sendiri. Tidak ada penyelamat
lain selain daripada diri sendiri. Dengan pengawalan diri yang cukup,
penyelamat kita yang sukar dicari itu pun telah diperoleh." Kita adalah
penentu nasib kita sendiri, pembina neraka atau pencipta syurga kita sendiri.
Kita adalah waris karma, jasa dan cela kita sendiri, sebab tiada orang lain
boleh bertanggungjawab ke atas nasib kita.
Kebebasan berfikir dan toleransi yang ditunjukkan oleh Buddha telah
menakjubkan penyelidik sejarah agama-agama di dunia. Semasa kehidupan
Buddha, di Nalanda terdapat seorang tuan yang terkemuka dan kaya
bernama Upali. Beliau telah dihantar oleh gurunya Mahavira untuk bertemu
dengan Buddha dan berdebat dengan Bhagava tentang beberapa aspek
tertentu dalam teori karma. Pendapat Buddha mengenai hal ini adalah
berlainan dengan pendapat Mahavira. Pada akhir perbincangan itu, Upali
telah yakin bahawa pendapat Buddha adalah betul dan pendapat gurunya
adalah salah. Jadi, dia meminta Buddha menerimanya sebagai seorang siswa
Beliau. Tetapi Buddha meminta Upali untuk menimbangkannya semula dan
jangan tergesa-gesa sebab "menimbang dengan teliti adalah penting untuk
34
seorang yang ternama seperti anda." Apabila Upali mengulangi hasratnya
sekali lagi, Buddha memintanya terus menghormati dan menyokong guru-
guru agamanya yang lama seperti biasa, walaupun dia kini menjadi siswa
Buddha.
Jadi, toleransi adalah sesuatu yang sihat. Biar semua insan mendengar
dan sanggup mendengar kepada ajaran yang diberi oleh orang lain."
RUJUKAN:
1- Nagarjuna’s Mulamadhyamakakarika ,1995, The Fundamental Wisdom
of The Middle Way, m/s 234
2- Wikipedia – Karma Buddha
3- Nagarjuna’s Mulamadhyamakakarika ,1995, The Fundamental Wisdom
of The Middle Way, m/s 294
4- KARMA DAN NASIB, Liu Ie Yung , Hong Kong 1984.
5- Path to Bliss, H.H. the Dalai Lama, Tenzin Gyatso, p. 127
6- The Union Of Bliss & Emptiness, The Dalai Lama, p. 144
7- MONKS and MAGIC – An Analysis of Religious Ceremonies in Central
Thailand, B.J. Terwiel, p. 190
8- Nagarjuna’smulamadhyamakakarika,the fundamental wisdom of the
middle way,1995, muka surat 294
9- P.Steinthal(ed.),Udana,London:Oxford University Press,1948,m/s 1-2.
10-Polly Young-Eisendrath and Shoji Muramoto,Awakening and Insight-
Zen Buddhism and Psychotherapy,2002,m/s 72-73
11-the four noble truth,writer:ven.ajahn sumedho,muke surat:28
12-Polly Young-Eisendrath and Shoji Muramoto,Awakening and Insight-
Zen Buddhism and Psychotherapy,2002,m/s 72-73
13-the four noble truth,writer:ven.ajahn sumedho,muke surat:29
14-the four noble truth,writer:ven.ajahn sumedho,muke surat:27
15-the four noble truth,writer:ven.ajahn sumedho,muke surat:30-31
16-“Sains Pemikiran dan Etika” oleh Mardzelah binti Makhsin, pg 156
(2007).
17-“Sopan: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi” oleh M.Z.Azmie,
pg 1. (2004).
35
18-” Khusyuk: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi” oleh
M.Z.Azmie, pg 78. (2004).
19-“Khusyuk: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi” oleh
M.Z.Azmie, pg 77. (2004).
20-” Khusyuk: daripada Perspektif Pengurusan Organisasi” oleh
M.Z.Azmie, pg 90. (2004).
Laporan TugasanLaporan Minit Mesyuarat 1
Tarikh: 21-8-2010
Masa: 9pm-10pm
Ahli yang Hadis: Wong Yuk Hoong, Loo U-Phun, Lee Men Tim, Kong Yee Sean, Tow
Zhen Jiang
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan dan semua ahli kumpulan telah menghadiri ke mesyuarat ini untuk membincang tentang tugasan TITAS ini.Pada mulanya, ketua kumpulan kami iaitu Wong Yuk Hoong telah membahagikan tugas kepada kami. Saya telah diarahkan supaya mencari maklumat tentang karma dalam buddhisme. Kami telah membincang tentang definisi and kehendak soalan kami dengan secara ringkas supaya dapat menyenangkan kami dalam proses pengumpulan data.Kira-kira pada pukul 10 malam, mesyuarat pertama kami pun tamat.
Disediakan Oleh : Disemak oleh
------------------------- ----------------------Loo U-Phun Lee Mem Tim
Laporan Minit Mesyuarat 2
Tarikh: 30-08-2010
Masa: 10am-11pm
Ahli yang Hadir: Wong Yuk Hoong, Loo U-Phun, Lee Mem Tim, Kong Yee Sean, Tow
Zhen Jiang.
Dalam mesyuarat ini, kami telah menyerahkan maklumat yang telah kami carikan kepada kepada ketua kumpulan kami. Kami telah menganalisis semua data dan maklumat
36
yang dicari berdasarkan kehendak soalan dan tajuk kami. Selepas itu, kami telah diarahkan supaya meringkaskan maklumat-maklumat yang telah dicari dan tuliskan dalam bentuk perengan.
Disediakan oleh, Disemakkan oleh,
_______________________ _______________________
Loo U-Phun Lee Mem Tim
Laporan Minit Mesyuarat 3
Tarikh: 3-9-2010
Masa: 8pm-9pm
Ahli yang Hadir: Wong Yuk Hoong, Loo U-Phun, Lee Mem Tim, Kong Yee Sean, Tow
Zhen Jiang.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga kali diadakan .Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kumpulan dalam proses melaksanakan tugas sebelum hari cuti Hari Raya bermula.
Disediakan Oleh, Disemak oleh
------------------------- -----------------------
Loo U-Phun Lee Mem Tim
Laporan Minit Mesyuarat 4
Tarikh: 19-09-2010
Masa: 9am-10am
Ahli yang Hadir: Wong Yuk Hoong, Loo U-Phun, Lee Mem Tim, Kong Yee Sean, Tow
Zhen Jiang.
Selepas dua minggu cuti Hari Raya, semua ahli pun kembali ke UMS dengan hasil produk kami. Ketua kami telah menggabungkan kesemua tugas kami dan mencetaknya.
37
Disediakan oleh, Disemakkan oleh,
_______________________ _______________________
Loo U-Phun Lee Mem Tim
38
39
40