ajaran qodiani

23
SAIDATUL ASMA’ BINTI MOHAMAD ALI 13BIO3047 NUR SYAHIRAH BINTI HIBIR 13BI03059 SITI FATIMAH BINTI ISNIN 13BIO3046 AJARAN AHMADIYAH QADIANI

Upload: mohamad-azmi

Post on 10-Apr-2017

389 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ajaran qodiani

SAIDATUL ASMA’ BINTI MOHAMAD ALI 13BIO3047NUR SYAHIRAH BINTI HIBIR 13BI03059SITI FATIMAH BINTI ISNIN 13BIO3046

AJARAN AHMADIYAH QADIANI

Page 2: Ajaran qodiani

Maklum

at

peng

asas

ajaran

qadia

ni

Page 3: Ajaran qodiani
Page 4: Ajaran qodiani

• Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada 1889

• Perkataan AHMADIYAH adalah perkataan yang disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran sesat.

• QADIANI pula adalah yang diambil daripada nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza Ahmad yang terletak di daerah Gardaspur, India.

• Ajaran ini telah tersebar hampir keseluruh dunia sejak awal abad ke 20 oleh mubaligh atau pengikut ajaran ini atas nama agama islam walaupun ianya tidak pernah di iktiraf oleh agama islam sendiri.

• Bertapak di Malaysia tahun 1930 ( lebih kurang 80 tahun ). Sekarang berpusat di kg Nakhoda, Batu Caves. Merupakan Jemaat Ahmadiyah.

Page 5: Ajaran qodiani

Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi.

Pendidikan awal : pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. umur 10 tahun : belajar bahasa Arab. umur 17 tahun : belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapa pun cuma belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class).

Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang.

Page 6: Ajaran qodiani

Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang anak. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang.

Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu.Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir.

Page 7: Ajaran qodiani

CIRI-CIRI HAZRAT MIRZA

GHULAM AHMADIAH

Suka berada di

masjid

Suka membaca buku tafsir

Beliau menulis

buku Barahin

Ahmadiyah

Menentang agama kristian

Kuat agama

Suka mengasingka

n diri

Page 8: Ajaran qodiani

Kesalah & Pengakuan

Mirza Ghulam Ahmad

sebagai :

nabi

Adanya wahyu setelah

turunya Al-Quran

Mempunyai

mukjizat

Menafikan jihad

Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di

Srinagar

Isa al-Masih dan Imam

Mahdi

Ibadah Haji di lakukan di

Qadiani

Page 9: Ajaran qodiani

FATWA

KEBANGSA

A

N DAN

NEGER

I

Page 10: Ajaran qodiani

Liga Muslim Sedunia, di dalam seminar tahunannya di Mekah pada 14hb – 18hb Rabiulawal 1394 H ( bersamaan April 1974 ), di mana 140delegasi dari negara-negara Islam serta organisasi-organisasi seratadunia telah mengambil bahagian dan mengeluarkan resolusi berikut:

Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan subversif yangmenentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan Islam. Bersembunyi disebalik topeng Islam demi mencapai tujuan tertentu serta merancanguntuk menghancurkan Islam daripada asasnya lagi.

Berdasarkan keputusan Raja-raja dan Musyawwarah yang ke 101 diadakan pada

18 Jun 1975 menyetujui pendapat Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal mengenai puak Qadiani keluar dari Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang

Islam, termasuk pengkebumian di tanah perkuburan Islam.

Rujukan : MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA 1981

Page 11: Ajaran qodiani

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989, FatwaTentang Ajaran Ahmadiah / Qadiani. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31 (1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’, memperaku dan menerima pakai keputusan Jawatankuasa Undang-Undang 1975 seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama-ulama Islam serata dunia.2. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 / 12 / 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan D.Y.M.M Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di Negeri Selangor ini. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar dari agama Islam). Maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadah.

 

FATWA SELANGOR

Page 12: Ajaran qodiani

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil 3/2006 telah bersidang pada 13-14 Disember 2006 Miladiah / 22-23 Zulkaedah 1427 Hijriah, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara 'AJARAN QADIANI dan telah memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:

Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat dan boleh membawa kepada murtad. Mana-mana orang Islam yang terlibat dengannya boleh mejadi murtad. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut – Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.

FATWA SABAH

FATWA NEGERI SEMBILAN

Page 13: Ajaran qodiani

Maklumat

responden

Page 14: Ajaran qodiani

• Responden 1Nama : ustaz salladdinUmur : 35 tahunPendidikan : lepasan UIA dan menyambung pelajaran di IndiaMula terlibat 1997

• Responden 2 Nama : HajiranUmur : 52 tahunKerjaya : techno-crat (pengurusan project)Mula terlibat tahun 1993

• Responden 3Nama : Puan Jamariah Pendidikan : lulusan CanadaJawatan : setiausaha Lajnah Khidmat Wanita

Page 15: Ajaran qodiani

Soalan Yang Diajukan :

1. Adakah Hazrat Mirza Ghulam Ahmd nabi atau imam mahdi ?2. Bagaimanakah boleh ada nabi lain setelah nabi Muhammad ?3. Adakah terhapus syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad

setelah kerasulan Hazrat Mirza ?4. Apakah konsep yang digunakan oleh Hazrat Mirza

sehinggakan digelar Al-Mahdi.5. Dimanakah dajjal ?6. Apakah pandangan mereka tentang mubalah7. Jawapan tentang kenyataan MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL

EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA berkaitan dengan qadiani8. Jawapan tentang kenyataan Hazrat Mirza adalah imam untuk

kristian dan hindu.9. Kenapa wujud tanah perkuburan khas untuk pengikut Qadiani10.Adakah tempat solat jumaat dikhususkan untuk pengikut

qadiani11.Pandangan tentang konsep jihad ?12.Tuduhan kepada Hazrat Mirza berkaitan tentang agen British13.Pandangan tentang pengharaman yang telah difatwakan14.Konsep Khalifah yang diamalkan dalam qadiani15.Syarat keahlian qadiani.

Page 16: Ajaran qodiani

1. Adakah Hazrat Mirza Ghulam Ahmd nabi atau imam mahdi ? Menurut responden Hazrat Mirza Ghulam Ahmad seorang nabi.

2. Bagaimanakah boleh ada nabi lain setelah nabi Muhammad ?Mereka menggunakan konsep nabi yang membawa syariat dan nabi yang tidak membawa syariat. Menurut responden nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang membawa syariat manakala Mirza Ghulam Ahmad merupakan nabi yang tidak membawa syariat hanya sekadar menyambung syariat.

3. Adakah terhapus syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad setelah kerasulan Hazrat Mirza ?Tidak terhampus syariat kerana Hazrat Mirza Ghulam Ahmad menyambung syariat yang di bawa oleh nabi Muhammad.

5. Dimanakah dajjal ?Menurut responden dajjal itu adalah orang Barat. Bukan seperti yang bermata satu, bertubuh besar, di ikat di satu tempat seperti yang biasa kita dengar.

6. Apakah pandangan mereka tentang mubalahPandangan responden bahawa kematian Hazrat Ghulam Ahmad lebih awalMenurut mereka mubahalah ini tidak terjadi .

Page 17: Ajaran qodiani

7. Jawapan tentang kenyataan MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA berkaitan dengan qadiani7.a Pandangan tentang pengharaman yang telah difatwakanMenurut mereka fatwa mengatakan mereka sesat . Tetapi apabila di ajak bermuzakarah berkenaan isu-isu yang menyebabkan mereka dituduh sesat pihak fatwa Malaysia tidak mahu. Mereka tidak boleh buat apa-apa kerana apabila diajak berbincang fatwa kebangsaan tidak mahu.

8. Jawapan tentang kenyataan Hazrat Mirza adalah imam untuk kristian dan hindu.Harzat Mirza bukanlah imam bagi kristian dan hindu tetapi imam yang akan membawa kaum-kaum ini ke arah kebenaran kerana mereka mengatakan Harzat Mirza adalah imam Mahdi yang turun di akhir zaman ( iaitu pada abad ini ) untuk membawa dan menyatukan semua manusia ke arah kebenaran.

9. Kenapa wujud tanah perkuburan khas untuk pengikut Qadiani?Kerana fatwa telah mengharamkan ajaran Qadiani ini dari sebab inilah mereka tidak diterima kalau mereka hendak mengkuburkan mayat ahli mereka di tanah perkuburan Islam di Malaysia.

10. Adakah tempat solat jumaat dikhususkan untuk pengikut qadiani?Balasan yang sama kerand ajaran mereka telah diharamkan , mereka tidak dibenarkan solat Jumaat di masjid biasa kalau orang tahu mereka ini pengikut Qadiani.

Page 18: Ajaran qodiani

11. Pandangan tentang konsep jihad ?Mereka tidak menolak jihad sebagaimana yang di tuduh. Mereka hanya tidak bersetuju dengan jihad yang mengunakan senjata kerana menurut mereka jihad menggunakan senjata tidak sesuai pada abad ini. Menurut mereka pada abad ini jihad menggunakan pena lebih sesuai.

12. Tuduhan kepada Hazrat Mirza berkaitan tentang agen BritishHarzat Mirza bukanlah agen British tetapi pada masa itu umat Islam di India tidak dapat mengamalkan ajaran Islam secara terbuka kerana akan di tindas oleh agama hindu. Oleh itu Harzat Mirza mengadakan perjanjian dengan pihak British ( tidak dinyatakan apakah perjanjiannya ) daripada inisiati inilah umat Islam di India pada masa itu dapat menjalankan ajaran Islam secara bebas.

13. Konsep Khalifah yang diamalkan dalam qadianiSama seperti khalifah pada zaman dahulu. Sekarang mereka sudah mempunyai 5 orang khalifah. Khalifah di ganti selepas meningalnya seorang khalifah . Khalifah sekarang berada di London kerana pusat ajaran qadiani ini di sana.

14. Syarat keahlian qadiani. mereka perlu baiah kepada guru mereka.

Page 19: Ajaran qodiani
Page 20: Ajaran qodiani
Page 21: Ajaran qodiani
Page 22: Ajaran qodiani
Page 23: Ajaran qodiani

TERIMA KASIH