akta universiti dan kolej universiti (auku), 1971

63
UNDANG-UNDANG CETAKAN SEMULA MALAYSIA DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Akta 30 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 030b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Upload: n-s

Post on 11-Jan-2017

21.347 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

UNDANG-UNDANG

CETAKAN SEMULA

MALAYSIA

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Akta 30

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

030b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 2: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

2

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI1971

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 27 April 1971

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … 29 April 1971

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999

030b.fm Page 2 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 3: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 30

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

SUSUNAN SEKSYEN

1971

BAHAGIAN I

PERMULAANSeksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PELAJARAN TINGGI

3. Tanggungjawab Menteri

4. Kuasa Menteri untuk melantik orang atau badan untuk menyiasat

BAHAGIAN III

UNIVERSITI

5. Larangan tentang penubuhan Universiti

5A. Akta tidak terpakai kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah triti,dsb.

6. Memperbadankan dan menubuhkan suatu Universiti

7. Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajaran tinggiyang merupakan suatu Universiti

8. Perlembagaan Universiti

9. Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaiandi Malaysia

10. Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti

11. Bantuan wang dan akaun

12. Penubuhan Kampus bagi sesuatu Universiti

030b.fm Page 3 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 4: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

Seksyen

13. Pengambilan tanah bagi maksud Universiti

14. Pengecualian daripada duti harta pusaka

15. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarangbersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai manadiperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh NaibCanselor

15A. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarangmemungut wang

15B. Tanggungan jenayah pemegang jawatan, dll., pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar

15C. Anggapan

15D. Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas suatukesalahan jenayah atau yang terhadapnya suatu kesalahan jenayahdibuktikan

16. Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

16A. Tatatertib kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti

16B. Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti

16C. Kaedah-kaedah tatatertib

16D. Surcaj

17. Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedah di bawahskim kumpulan wang simpanan

18. Peruntukan peralihan

BAHAGIAN IV

KOLEJ UNIVERSITI

19. Larangan ke atas penubuhan Kolej Universiti

20. Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti

21. Perlembagaan Kolej Universiti

22. Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagian ini

BAHAGIAN V

AM

23. Kesalahan menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti

030b.fm Page 4 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 5: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 5

Seksyen

24. Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “Kolej Universiti”

24A. Penyampaian

24B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

24C. Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati

24D. Pekhidmat awam

25. Universiti yang sedia ada

26. Pengecualian

27. Pemansuhan

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

030b.fm Page 5 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 6: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

030b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 7: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 30

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan,menyelenggara dan mentadbirkan Universiti dan Kolej Universitidan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.

[ Seluruh Malaysia—30 April 1971]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yangberikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti dan KolejUniversiti 1971.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini—“Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya

Canselor Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain,dengan gelaran apa jua disebut, yang dilantik sebagai Ketuasesuatu Universiti dan “Pro-Canselor” hendaklah ditafsirkansewajarnya;

“Fakulti”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya FakultiUniversiti itu dan termasuklah Sekolah, Pusat, Akademi danInstitut bagi Universiti itu dan berhubung dengan KampusUniversiti termasuklah mana-mana bahagian Fakulti, Sekolah,Pusat, Akademi dan Institut yang ditetapkan bagi Kampus itu;

030b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 8: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

“Institusi Pelajaran Tinggi” ertinya mana-mana Universiti atauKolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“Kampus”, berhubung dengan sesuatu Universiti atau KolejUniversiti, ertinya Kampus Universiti atau Kolej Universiti itu;

“Lembaga”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinyaLembaga Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikutPerlembagaan Universiti itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagipendidikan;

“Naib Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinyaNaib Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dantermasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa juadisebut, yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universitiitu dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah ditafsirkansewajarnya;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar yang mengikutikursus pengajian secara penuh masa atau sambilan di Universiti;

“Pelajaran tinggi” termasuklah pelajaran Universiti dan KolejUniversiti;

“Pelajaran Universiti atau Kolej Universiti” ertinya pelajaranyang diadakan oleh Universiti atau Kolej Universiti;

“Perlembagaan”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinyaPerlembagaan Universiti itu yang secara substansialnya adalahdalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Senat”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Senatbagi Universiti itu;

“Universiti” atau “Kolej Universiti” masing-masing ertinyasuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti atau KolejUniversiti.

BAHAGIAN II

PELAJARAN TINGGI

Tanggungjawab Menteri

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteribertanggungjawab bagi pengarahan am pelajaran tinggi dan

030b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 9: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 9

pentadbiran Akta ini yang hendaklah selaras dengan dasar,strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikantinggi yang dibentuk atau yang ditentukan oleh suatu pihakberkuasa yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undangbertulis bagi maksud itu.

Kuasa Menteri untuk melantik orang atau badan untukmenyiasat

4. Bagi maksud membolehkan Menteri menjalankantanggungjawabnya dengan lebih berkesan terhadap pelajarantinggi dan pentadbiran Akta ini, Menteri boleh, dari semasa kesemasa, melantik mana-mana orang atau badan bagi menyiasatapa-apa kegiatan atau pentadbiran mana-mana institusi pelajarantinggi dan melaporkan kepadanya keputusan penyiasatan itu sertasyor yang berhubungan dengannya.

BAHAGIAN IIIUNIVERSITI

Larangan tentang penubuhan Universiti

5. Tertakluk kepada seksyen 5A, tiada institusi pelajaran tinggibertaraf Universiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukanAkta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yangmengawal selia penubuhannya.

Akta tidak terpakai kepada Universiti yang ditubuhkan dibawah triti, dsb.

5A. (1) Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusipelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkanditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusipelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau KolejUniversiti di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yangdisiarkan di dalam Warta membenarkan penubuhan sesuatuinstitusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua namaatau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa ia akan ditubuhkanmenurut sesuatu triti, perjanjian atau konvensyen antara Malaysia

030b.fm Page 9 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 10: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

dengan mana-mana negara lain atau menurut mana-manaper j an j i an an ta ra Malays i a dengan sesua tu o rgan i sas iantarabangsa.

Memperbadankan dan menubuhkan suatu Universiti

6. (1) Jika, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suaimanfaat demi kepentingan negara supaya suatu Universitiditubuhkan dia boleh dengan perintah—

(a) mengisytiharkan ditubuhkan suatu institusi pelajarantinggi yang mempunyai taraf Universiti yang menjadisuatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan,memajukan dan mengembangkan pelajaran tinggidalam semua cawangan pelajaran mengikut sebagaimanayang dinyatakan dalam perintah itu;

(b) memberikan nama dan gelaran kepada Universiti itu;dan

(c) menetapkan letaknya tapak tempat Universiti itu akandidirikan.

(2) Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)(kemudian dar ipada ini disebut “Perintah Perbadanan”)hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat kedua-dua MajlisParlimen yang akan datang.

Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajarantinggi yang merupakan suatu Universiti

7. (1) Apabila Perintah Perbadanan yang dibuat di bawahseksyen 6 mula berkuat kuasa, suatu institusi pelajaran tinggi yangmempunyai taraf Universiti, dengan nama dan gelaran yangdiberikan kepadanya oleh Perintah itu, hendaklah disifatkansebagai telah ditubuhkan, dan dengan namanya itu Canselor, NaibCanselor dan ahli pada masa itu bagi Lembaga dan Senathendaklah disifatkan menjadi suatu pertubuhan perbadanan yangkekal turun-temurun dan dengan kuasa penuh, menurut dan atasnamanya itu—

(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalamsemua mahkamah;

030b.fm Page 10 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 11: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 11

(b) untuk memiliki dan menggunakan suatu meteraiperbadanan dan mengubah meterai itu mengikutkehendaknya;

(c) untuk membeli apa-apa harta alih atau harta tak alihdan mengambil, menerima dan memegang apa-apaharta yang terletak hak padanya oleh sebab sesuatupembelian itu atau menurut apa-apa pemberian atauderma, pajakan, subsidi, legasi, pemberian berwasiatatau selainnya;

(d) untuk menjual, memajakkan, menukar atau punselainnya melupuskan mana-mana harta itu denganapa-apa cara yang tidak berlawanan dengan apa-apasyarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan;dan

(e) untuk menjalankan, menyempurnakan dan melaksanakansemua kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikanatau ditanggungkan ke atas Universiti itu oleh Akta iniatau Perlembagaan.

(2) Kuasa yang diberikan kepada sesuatu Universiti olehsubseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Lembaga melainkanjika selainnya diperuntukkan oleh Akta ini atau Perlembagaan.

Perlembagaan Universiti

8. (1) Perlembagaan sesuatu Universiti hendaklah mengandungiperuntukan bagi semua perkara yang dinyatakan dalam JadualPertama kepada Akta ini.

(2) Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu Universititidak mengandungi peruntukan yang dinyatakan dalam JadualPertama kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengambillangkah yang perlu bagi mengadakan peruntukan tersebut ataumembuang peruntukan yang berlawanan dalam Perlembagaan itu.

(3) Dengan tidak menyentuh subseksyen (2), Yang di-PertuanAgong boleh, pada bila-bila masa, meminda Perlembagaansesuatu Universiti supaya sesuai dengan peruntukan dalam JadualPertama kepada Akta ini.

030b.fm Page 11 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 12: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(4) Peruntukan Perlembagaan itu hendaklah berkuat kuasadari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong danhendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalamMalaysia.

(5) Apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa pelantikanyang dibuat untuk dan bagi pihak Universiti sebelum tarikhPerlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada danselepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh ataubagi pihak Universiti itu.

Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamatpenyampaian di Malaysia

9. (1) Setiap Universiti hendaklah mengadakan danmenyelenggara suatu pejabat yang terletak dalam Malaysia, danpejabat itu menjadi alamat penyampaian bagi Universiti untuksegala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman,waran atau segala jenis langkah prosiding dan perhubunganbertulis yang lain.

(2) Segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah,saman, waran atau prosiding lain atau perhubungan bertulis lain,jika ditinggalkan di pejabat yang diadakan dan diselenggara dibawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan dalam segalaprosiding dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai telahdisampaikan atau diserahkan dengan sempurnanya pada sesuatuUniversiti atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yangkepadanya ia telah dialamatkan.

Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti

10. Setiap Universiti hendaklah menyimpan di pejabat yangdisebut dalam seksyen 9 suatu salinan setiap Statut, Kaedah,Peraturan atau suratan lain semasa yang dikehendaki disiarkan dibawah Akta ini atau Perlembagaan, dan salinan itu hendaklahsentiasa boleh didapati pada setiap masa yang munasabah untukdiperiksa oleh orang awam dan jika mana-mana buku atau salinansuratan dikehendaki oleh Akta ini atau Perlembagaan supayadiadakan untuk dibeli oleh orang awam, buku atau salinan ituhendaklah sentiasa diadakan untuk dibeli di pejabat itu atau disesuatu tempat lain di Malaysia sebagaimana yang difikirkanpatut oleh Universiti.

030b.fm Page 12 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 13: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 13

Bantuan wang dan akaun

11. (1) Parlimen boleh dari semasa ke semasa memberikanbantuan wang kepada sesuatu Universiti.

(2) Semua wang yang dibayar kepada sesuatu Universiti dibawah subseksyen (1) hendaklah digunakan atau dibelanjakanoleh Universiti itu bagi semua atau mana-mana daripada maksudUniversiti itu mengikut anggaran yang diluluskan di bawahperuntukan Perlembagaan:

Dengan syarat bahawa mana-mana wang yang diperuntukkanitu dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan ulang tahunanUniversiti itu boleh, dengan kelulusan Menteri, digunakan bagiperbelanjaan modal.

(3) Satu salinan akaun Universiti bagi setiap satu tahunkewangan hendaklah disediakan dan dihantar untuk diauditsebelum 30 Julai selepas sahaja tahun kewangan itu; dan akaunitu serta laporan juruaudit hendaklah dihantar kepada Menteri.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinanakaun Universiti itu yang telah diaudit dibentangkan dalamkedua-dua Majlis Parlimen.

Penubuhan Kampus bagi sesuatu Universiti

12. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah yangdisiarkan dalam Warta (kemudian daripada ini disebut “PerintahKampus”)—

(a) menubuhkan suatu Kampus Universiti;

(b) memberikan suatu nama yang sesuai bagi Kampus itu;

(c) menentukan tapak atau tempat Kampus itu yangmenjadi sebagai tambahan kepada Kampus tempatUniversiti itu didirikan;

(d) mengadakan Fakulti bagi Kampus itu;

(e) menentukan jabatan pengajian yang terkandung dalamFakulti itu; dan

030b.fm Page 13 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 14: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(f) menetapkan perkara lain sebagaimana yang perlu atausuai manfaat bagi melaksanakan Perintah Kampus itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa,meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Kampusdengan suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalamWarta.

Pengambilan tanah bagi maksud Universiti

13. (1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanahKerajaan atau tanah rizab atau tanah yang terletak hak padasesuatu Negeri atau pada Persekutuan atau tidak diduduki ataudigunakan oleh Persekutuan atau pihak berkuasa awam bagimaksud Persekutuan dikehendaki bagi maksud Universiti dantidak dapat diperoleh dengan cara persetujuan, harta itu bolehdiperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undangbertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagisesuatu maksud awam, yang pada masa itu berkuat kuasa diNegeri tempat harta itu terletak, dan apa-apa akuan yangdikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis ituyang menyatakan bahawa tanah itu dikehendaki sedemikian ituboleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar dari wangUniversiti, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah iasuatu akuan bahawa tanah itu dikehendaki bagi suatu maksudawam dan dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.

(2) Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana hartatak alih yang diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklahdibayar oleh Universiti.

(3) Semua harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen inihendaklah terletak hak pada Universiti dan suatu catatan yangbermaksud demikian itu hendaklah dibuat dalam daftar yangberkenaan oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan.

Pengecualian daripada duti harta pusaka

14. Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi apa-apa jumlahpemberian wasiat kepada sesuatu Universiti, dan nilai harta yangberpindah apabila mati seseorang hendaklah disifatkan sebagaitidak termasuk jumlah pemberian wasiat itu bagi maksud menetapkankadar duti harta pusaka.

030b.fm Page 14 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 15: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 15

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajardilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, ataudiluluskan oleh Naib Canselor

15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajarUniversiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apacara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik,kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan ataukumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawahmana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti ataudi luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luarMalaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau dibawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskanterlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajarUniversiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikutPerlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan,persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-manapersatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa juapertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidakia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada iadi dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia didalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yangdiperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecualisebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis olehNaib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajarUniversiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang bolehdi tafs i rkan sebagai menyatakan sokongan, s impat i a taubangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuansekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati denganmana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajarUniversiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikutPerlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanpelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatuyang bo leh d i t a f s i rkan sebaga i menya takan sokongan ,simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik ataukesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati

030b.fm Page 15 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 16: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yangharam.

(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhiperuntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisatu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya.

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajardilarang memungut wang

15A. (1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau diluar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut ataucuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atausecara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuanitu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitubukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanyadiperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undangbertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

(2) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhisubseksyen (1) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan ataukedua-duanya.

(3) Menteri boleh, dalam sesuatu kes tertentu, menurut budibicara mutlaknya memberikan pengecualian kepada sesiapa juadaripada kuat kuasa subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apaterma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yangdifikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.

(4) Tanpa menyentuh peruntukan mana-mana undang-undangbertulis yang lain berhubung dengan pewakilan kuasa, Menteriboleh, melalui pemberitahuan dalam Warta , mewakilkanpenjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada NaibCanselor mengenai pemungutan wang dalam Kampus daripadaorang dalam Kampus, tertakluk kepada apa-apa syarat dansekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu.

030b.fm Page 16 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 17: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 17

(5) Peruntukan seksyen ini tambahan kepada dan tidakmengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undangbertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dandi jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualanlencana.

Tanggungan jenayah pemegang jawatan, dll., pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar

15B. (1) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada atau tidak seseorang telahdisabitkan atasnya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupasebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak sesuatupertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yangditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, ataumana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universitiyang lain, tiap-tiap pemegang jawatan bagi pertubuhan, badanatau kumpulan itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan ataumembantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulanitu pada masa berlakunya kesalahan itu hendaklah disifatkansebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukumanyang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu,melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan mahkamahbahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya danbahawa dia telah menjalankan segala usaha yang sewajarnyauntuk mencegah berlakunya kesalahan itu.

(2) Seseorang pemegang jawatan bagi, atau seseorang yangmenguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-manapertubuhan, badan atau kumpulan seperti yang disebut dalamsubseksyen (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupundia mungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukankesalahan itu.

(3) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini terhadapseseorang pemegang jawatan bagi, atau terhadap seseorang yangmenguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-manapertubuhan, badan atau kumpulan seperti yang disebut dalamsubseksyen (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milikseseorang pemegang jawatan bagi, atau orang yang menguruskanatau membantu dalam pengurusan, pertubuhan, badan ataukumpulan itu, atau dalam milik seseorang ahli pertubuhan, badanatau kumpulan itu adalah menjadi keterangan prima faciemengenai kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa

030b.fm Page 17 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 18: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

sesuatu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan olehatau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

Anggapan

15C. Dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini—

(a) tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikanbahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulanorang mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telahditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatunama tertentu;

(b) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli,meterai, panji-panji atau insignia bagi, atau yangberhubungan dengan, atau berupa sebagai yangberhubungan dengan, sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan orang dijumpai dalam milik, simpanan ataudi bawah kawalan seseorang, hendaklah dianggap,sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang ituseorang ahli pertubuhan, badan atau kumpulan itu, danpertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklahdianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagaiwujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai ahli,meterai, panji-panji atau insignia itu dijumpaisedemikian; dan

(c) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli,meterai, panji-panji atau insignia bagi, atau yangberhubungan dengan, sesuatu pertubuhan, badan ataukumpulan orang dijumpai dalam milik, simpanan ataudi bawah kawalan seseorang, hendaklah dianggap,sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itumembantu dalam pengurusan pertubuhan, badan ataukumpulan itu.

Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduhatas suatu kesalahan jenayah atau yang terhadapnya suatukesalahan jenayah dibuktikan

15D. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas suatukesalahan jenayah, dia hendaklah dengan itu serta-mertadigantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan diatidak boleh, dalam masa menunggu keputusan prosiding jenayah

030b.fm Page 18 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 19: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 19

itu, tinggal atau masuk dalam Kampus Universiti itu atau Kampusmana-mana Universiti lain.

(2) Jika mahkamah mendapati sesuatu pertuduhan atas suatukesalahan jenayah dibukt ikan terhadap seorang pela jarUniversiti, pelajar itu dengan itu serta-merta terhenti menjadiseorang pelajar Universiti itu dan dia tidak boleh tinggal ataumasuk dalam Kampus Universiti itu atau Kampus mana- manaUniversiti lain.

(3) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan, atau yangtertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan keatasnya, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yangberhubungan dengan tahanan pelindungan atau keselamatandalam negeri dengan itu serta-merta terhenti menjadi seorangpelajar Universiti itu dan dia tidak boleh tinggal atau masukdalam Kampus Universiti itu atau Kampus mana-mana Universitilain.

(4) Seseorang pelajar Universiti yang digantung daripadamenjadi seorang pelajar Universiti di bawah subseksyen (1) tidakboleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima menjadiseorang pelajar mana-mana Universiti lain dalam Malaysia tanpakelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikankelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dansyarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, menurutbudi bicara mutlaknya.

(5) Seseorang pelajar Universiti yang terhenti menjadiseorang pelajar Universiti di bawah subseksyen (2) atau (3) tidakboleh diterima menjadi seorang pelajar Universiti itu atau mana-mana Universiti lain dalam Malaysia tanpa kelulusan bertulisMenteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteriboleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yangdifikirkannya patut dikenakan, menurut budi bicara mutlaknya.

(6) Seseorang yang tinggal atau masuk dalam Kampus mana-mana Universiti bersalahan dengan subseksyen (1), (2) atau (3)atau yang dapat masuk menjadi pelajar mana-mana Universitibersalahan dengan subseksyen (4) atau (5) bersalah atas suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisatu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya.

(7) Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakaibagi seseorang walaupun keputusan masih ditunggu dalam mana-

030b.fm Page 19 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 20: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lainmengenai apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau apa-apa juaprosiding lain yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana oranglain berkenaan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintahyang mengenakan sekatan itu, mengikut mana-mana yangberkenaan:

Dengan syarat bahawa selepas sahaja diputuskan permohonanpetisyen, rayuan atau prosiding lain Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, memberi perhatian kepada keputusan itu danmemberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada kuat kuasasubseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yangberkenaan, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yangdifikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.

(8) Menteri boleh, pada bila-bila mas a, dalam sesuatu keste r ten tu , menuru t bud i b ica ra mut laknya , member ikanpengecualian kepada seseorang daripada kuat kuasa subseksyen(1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan,sama ada tanpa syarat, atau atas apa-apa terma dan syarat, ataubagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patutmenurut budi bicara mutlaknya.

(9) (Dipotong oleh Akta A946).

Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkanmana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

16. Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajarUniversiti menjalankan urusannya dengan cara yang, padapendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkanmudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, ataukepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajaratau kakitangan Universiti, atau kepada ketenteraman ataukeselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan itu melanggar mana-mana undang-undang bertulis,Naib Canselor boleh menggantung atau membubarkan pertubuhan,badan atau kumpulan itu.

Tatatertib kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti

16A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atastiap-tiap kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti danhendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan

030b.fm Page 20 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 21: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 21

kesemua orang itu mengikut Akta ini dan apa-apa kaedah yangdibuat di bawah seksyen 16C.

(2) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategoriyang berlainan kakitangan, pegawai dan pekerja.

(3) Jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanyadalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertibtiap-tiap kakitangan, pegawai dan pekerja yang diletakkan dibawah bidang kuasanya.

(4) Seseorang kakitangan, pegawai atau pekerja yang menjadiahli sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebihrendah daripada mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerjayang ke atasnya jawatankuasa tatatertib itu mempunyai kuasatatatertib.

(5) Dalam apa-apa hal jika seseorang ahli jawatankuasatatatertib itu sendiri merupakan pengadu dalam apa-apa prosidingtatatertib di hadapan jawatankuasa tatatertib itu, dia tidak bolehhadir dalam prosiding itu dan Lembaga hendaklah melantikmana-mana orang lain untuk mengambil bahagian dalamprosiding itu.

(6) Subseksyen (4) hendaklah terpakai bagi mana-mana oranglain yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa tatatertib dibawah subseksyen (5).

(7) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya,jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untukmengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apahukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua atau lebihhukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedahyang dibuat di bawah seksyen 16C.

(8) Jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai bidang kuasaberkenaan dengan Canselor, Pro-Canselor dan Naib Canselor.

(9) Mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja yang tidakberpuas hati dengan keputusan jawatankuasa tatatertib boleh,dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itukepadanya, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepadaLembaga.

030b.fm Page 21 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 22: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(10) Apabila Lembaga menimbangkan apa-apa rayuan dibawah subseksyen (9), ahli jawatankuasa tatatertib yang terhadapkeputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir atau mengambilbahagian dalam apa-apa cara dalam apa-apa prosiding yangberhubungan dengan rayuan itu.

(11) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan,mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertibatau memberikan apa-apa arahan tentang rayuan itu sebagaimanayang difikirkan patut dan wajar olehnya.

(12) Keputusan Lembaga tentang suatu rayuan muktamad.

Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti

16B. (1) Pihak berkuasa tatatertib Universiti berkenaan dengantiap-tiap pelajar Universiti ialah Naib Canselor.

(2) Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib dibawah subseksyen (1) mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukumantatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-manakaedah tatatertib yang mungkin dibuat oleh Lembaga di bawahseksyen 16C.

(3) Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib dibawah subseksyen (1), boleh mewakilkan mana-mana daripadafungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-manaTimbalan Naib Canselor, mana-mana kakitangan, mana-manapegawai atau mana-mana pekerja Universiti, atau kepada mana-mana lembaga kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti,mengenai mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golonganatau kategori pelajar Universiti, dan Timbalan Naib Canselorkakitangan, pegawai atau pekerja atau lembaga yang kepadanyadiwaki lkan fungs i , kuasa a tau kewaj ipan i tu hendaklahmelaksanakan, menjalankan dan menyempurnakannya di bawaharahan dan kawalan Naib Canselor itu yang mempunyai kuasauntuk mengulang kaji, membatalkan atau mengubah apa-apakeputusan atau kesimpulan Timbalan Naib Canselor kakitangan,pegawai atau pekerja itu dan lembaga itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa pewakilan boleh dibuat dibawah subseksyen ini kepada Canselor atau Pro-Canselor.

030b.fm Page 22 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 23: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 23

(4) Seseorang pelajar yang tidak berpuas hati dengankeputusan Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertibdi bawah subseksyen (1) atau keputusan mana-mana orang ataulembaga yang kepadanya diwakilkan fungsi , kuasa ataukewajipan di bawah subseksyen (3) boleh dalam masa tiga puluhhari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayuterhadap keputusan i tu kepada Menteri yang boleh, j ikadifikirkannya patut, menolak secara terus rayuan itu.

(5) Jika Menteri tidak menolak secara terus sesuatu rayuan dib a w a h s u b s e k s y e n ( 4 ) , d i a h e n d a k l a h m e l a n t i k s u a t ujawatankuasa terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalamatau luar Universiti, untuk menimbangkan rayuan itu danmembuat syornya kepada menteri, dan, apabila syor itu diterima,Menteri boleh memberikan apa-apa keputusan mengenai rayuanitu sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut.

Kaedah-kaedah tatatertib

16C. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apakaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib bagikakitangan, pegawai dan pekerja Universiti dan pelajar Universiti;kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah subseksyen inihendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga dibawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi menahankerja dengan dikurangkan gaji atau saraan lain, atau peruntukanbagi menggantung tanpa gaji atau saraan lain, seseorangkakitangan atau seseorang pegawai atau pekerja Universiti, danbagi menggantung seseorang pelajar Universiti, dalam masamenunggu keputusan prosiding tatatertib.

(3) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatert ib danmengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertibsebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukumanyang diperuntukkan sedemikian boleh termasuk hukumanpembuangan kerja atau penurunan pangkat kakitangan, pegawaiatau pekerja Universiti atau pembuangan pelajar Universiti dariUniversiti.

030b.fm Page 23 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 24: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(4) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah pada menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib,mengadakan peruntukan bagi peluang untuk rayuan dibuat olehorang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu dijalankansebelum sesuatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertibatas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.

(5) Kekhususan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), (3)dan (4) adalah tanpa menyentuh keluasan kuasa Lembaga dibawah subseksyen (1).

Surcaj

16D. (1) Seseorang yang merupakan atau pernah menjadikakitangan, pegawai atau pekerja Universiti boleh disurcaj jikadidapati oleh Lembaga bahawa orang itu—

(a) tidak memungut wang yang terhutang kepadaUniversiti yang pemungutannya ialah atau pernah menjaditanggungjawabnya;

(b) ialah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apapembayaran wang yang tidak sepatutnya daripadaUniversiti atau bagi apa-apa pembayaran wang yangtidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c) ialah atau pernah bertanggungjawab, secara langsungatau secara tidak langsung, atas apa-apa kekuranganpada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem,sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti;

(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan,tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;atau

(e) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalahatau pernah bertanggungjawab atas apa-apa kelewatanmembuat pembayaran daripada Universiti, wangkepada mana-mana orang yang kepadanyapembayaran itu hendaklah dibuat di bawah mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atauperkiraan yang dibuat antara orang itu denganUniversiti.

030b.fm Page 24 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 25: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 25

(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj,menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanyamenunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.

(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalammasa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawahsubseksyen (2), Lembaga boleh—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkanterhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihiamaun yang tidak dipungut, atau pembayaran tidaksepatutnya yang dibuat, atau kekurangan nilai, ataupemusnahan yang disebabkan pada wang, setem,sekuriti, barang simpanan atau harta lain; dan

(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkanterhadap orang itu, sejumlah wang yang difikirkanpatut oleh Lembaga.

(4) Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj ituberkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawahsubseksyen (3).

(5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga bolehpada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaandengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterimaatau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, danLembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yangdisurcaj itu akan penarikbalikan itu.

(6) Jika amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawahsubseksyen (3) tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5), iahendaklah disifatkan sebagai hutang yang hendaklah dibayarkepada Universiti oleh orang yang disurcaj itu dan boleh dibawaguaman dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atasguaman Universiti dan boleh juga jika diarahkan sedemikian olehLembaga didapatkan melalui potongan—

(a) gaji orang yang disurcaj; atau

(b) pencen orang yang disurcaj,

dengan bayaran ansuran bulanan yang sama banyak yang tidakmelebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen,mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

030b.fm Page 25 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 26: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(7) Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Naib Canselor,keahlian Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6) tidaktermasuk Naib Canselor.

(8) Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”termasuklah t iap- t iap kaki tangan, pegawai a tau pekerjaUniversiti yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut,menerima, atau mengakaunkan, atau yang pada hakikatnyamemungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wangUniversiti, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipanmembayar, atau yang pada hakikatnya membayar, apa-apa wangitu, dan tiap-tiap kakitangan, pegawai atau pekerja yangdipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan,atau mengakaunkan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barangsimpanan dan harta Universiti atau yang pada hakikatnyamenerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti,barang simpanan dan harta itu.

Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedahdi bawah skim kumpulan wang simpanan

17. Perlembagaan boleh menubuhkan suatu skim kumpulanwang simpanan bagi pekerjanya dan peruntukan yang berikuthendaklah terpakai bagi sesuatu skim simpanan itu—

(a) tiada apa-apa insurans atas nyawa seseorangpencarum di bawah sesuatu skim simpanan dan jugatiada apa-apa wang atau faedah lain yang diterima dibawah insurans itu atau dengan apa-apa cara lain dibawah sesuatu skim itu boleh diambil untukmenjelaskan apa-apa jua hutang atau tuntutanterhadap pencarum atau hartanya, ataupun digarnis,ditahan, diasingkan atau dilevi bagi maksud demikianitu melainkan jika Universiti, menurut budi bicaranya,telah menyerahhakkan insurans, wang atau faedah lainkepada pencarum itu untuk kegunaan dan faedahmutlaknya atau, jika sekiranya pencarum itu mati,kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;

(b) tertakluk kepada apa-apa amanah atau kuasa budibicara tentang penggunaannya yang diberikan olehmana-mana Akta atau kaedah yang berhubungandengan skim simpanan kepada Universiti atau oranglain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua

030b.fm Page 26 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 27: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 27

wang dan faedah yang terbit daripada mana-manaskim simpanan itu hendaklah disifatkan sebagaiteramanah untuk orang yang berhak kepadanyamengikut wasiat pencarum yang mati atau apabilapencarum itu mati tidak berwasiat;

(c) tiada apa-apa derma atau caruman kepada sesuatukumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatuskim simpanan atau apa-apa bunga atas derma ataucaruman itu boleh diserahhakkan atau ditahan,diasingkan atau dilevi bagi atau tentang apa-apa juahutang atau tuntutan melainkan hutang yang kenadibayar kepada Universiti;

(d) tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga bolehtertakluk kepada hutang pencarum dan juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindahkepada Ketua Pengarah Insolvensi apabila pencarummenjadi bankrap, akan tetapi jika pencarum dihukummenjadi seorang bankrap atau diisytiharkan sebagaitidak berkemampuan menurut hukuman Mahkamah,derma atau caruman atau bunga itu hendaklah,tertakluk kepada peruntukan Akta ini danPerlembagaan dan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan,disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhakkepadanya apabila pencarum mati;

(e) kebankrapan seseorang pencarum tidak menghalangpotongan yang dibuat daripada gaji pencarummengikut mana-mana Akta atau kaedah yangberhubungan dengan skim simpanan tetapi sebaliknyapotongan itu hendaklah terus dibuat walau apa punperuntukan mana-mana undang-undang bertulis, danbahagian gaji yang dipotong itu tidak boleh disifatkansebagai sebahagian daripada hartanya yang diperolehkemudian;

(f) tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta ataukaedah-kaedah yang berhubungan dengan skimsimpanan segala wang yang kena dibayar atau yangdibayar dari mana-mana kumpulan wang yangditubuhkan di bawah skim simpanan apabila matiseseorang pencarum hendaklah disifatkan sebagaiteramanah untuk orang yang berhak kepadanyamengikut wasiat pencarum yang mati itu atau apabilapencarum itu mati tidak berwasiat, atau mengikut

030b.fm Page 27 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 28: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

penamaan dalam borang yang ditetapkan di bawahskim itu, akan tetapi tidak boleh disifatkan sebagaisebahagian daripada harta pusaka pencarum itu atautidak boleh digunakan untuk membayar hutangnya.

Peruntukan peralihan

18. Yang di-Pertuan Agong boleh, mengenai Perlembagaan,mengadakan apa-apa peruntukan peralihan sebagaimana yangdifikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud mencapaitujuan Universiti.

BAHAGIAN IV

KOLEJ UNIVERSITI

Larangan ke atas penubuhan Kolej Universiti

19. Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf KolejUniversiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukan Aktaini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawalselia penubuhannya.

Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti

20. Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suaimanfaat demi kepentingan negara supaya suatu Kolej Universitiditubuhkan dia boleh dengan perintah—

(a) mengisytiharkan supaya ditubuhkan suatu institusipelajaran tinggi yang mempunyai taraf KolejUniversiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadananbagi maksud mengadakan, mengikut Akta ini danPerlembagaan Kolej Universiti itu, pelajaran tinggidalam cawangan pelajaran yang ditentukan;

(b) memberikan nama kepada Kolej Universiti itu; dan

(c) menentukan letaknya tapak tempat Kolej Universitiitu akan didirikan.

030b.fm Page 28 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 29: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 29

Perlembagaan Kolej Universiti

21. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masameminda Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti itu.

(3) Peruntukan Perlembagaan sesuatu Kolej Universitihendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan olehYang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasaundang-undang dalam Malaysia.

(4) Apa-apa perkara yang dilakukan atau pelantikan yangdibuat untuk dan bagi pihak Kolej Universiti sebelum tarikhPerlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada danselepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh ataubagi pihak Kolej Universiti itu.

Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagianini

22. Subseksyen 6(2), seksyen 7, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 15A, 15B,15C, 15D, 16, 16A, 16B, 16C, 16D dan 17 yang terpakai bagisesuatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklahmutatis mutandis terpakai bagi sesuatu Kolej Universiti yangditubuhkan atau disifatkan sebagai telah ditubuhkan di bawahAkta ini tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:

(a) sebutan mengenai “Universiti” hendaklah dibacasebagai sebutan mengenai “Kolej Universiti”;

(aa) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah dibaca sebagaisebutan mengenai badan eksekutif Kolej Universiti;

(b) sebutan mengenai “Canselor”, “Naib Canselor” dan“Timbalan Naib Canselor” hendaklah dibaca sebagaisebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaanbagi Kolej Universiti itu;

(c) sebutan mengenai “Pro-Canselor” hendaklah dipotong;dan

(d) apa-apa ubah suaian lain yang perlu atau suai manfaatbagi melaksanakan seksyen ini.

030b.fm Page 29 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 30: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

BAHAGIAN V

AM

Kesalahan menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti

23. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, membentuk ataumemajukan atau membuat apa-apa perkara atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk ataumemajukan penubuhan atau pembentukan sesuatu Universiti atauKolej Universiti melainkan mengikut peruntukan Akta ini ataumana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal seliapenubuhannya.

(2) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “KolejUniversiti”

24. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, mengurus ataumenyelenggara sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf“Universiti” atau “Kolej Universiti” melainkan jika ia adalahsuatu institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan mengikutperuntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lainyang mengawal selia penubuhannya.

(2) Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi atau sesiapa juaboleh mengeluarkan atau memberikan kepada sesiapa apa-apaijazah atau diploma yang berupa sebagai ijazah atau diplomayang dikeluarkan atau diberikan oleh sesuatu Universiti atauKolej Universiti melainkan jika pengeluaran atau pemberian itumengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undangbertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.

(3) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

030b.fm Page 30 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 31: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 31

Penyampaian

24A. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta inihendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yangterjejas olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan padahari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya terserah mengikutperjalanan biasa pos.

(2) Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan suatu suratberdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikandi bawah Akta ini diberitahu hakikat tentang adanya suratberdaftar yang menantinya di pejabat pos, tetapi orang itu engganatau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklahdisifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh diadimaklumkan sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

24B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Universiti, Lembaga, Senat, mana-manaahli Lembaga atau Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor,kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti berkenaan denganapa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat ataudilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati

24C. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan ataudikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a) Lembaga;

(b) ahli Lembaga;

(c) Naib Canselor;

(d) Timbalan Naib Canselor;

(e) Senat;

(f) ahli Senat;

(g) kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti; dan

030b.fm Page 31 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 32: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(h) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi ataubagi pihak mana-mana badan atau orang di bawahperenggan (a) hingga (g),

bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengansuci hati pada menunaikan kuasa dan kewajipannya di bawah Aktaini dengan semunasabahnya mempercayai bahawa tindakan ituadalah perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapaimelaluinya.

Pekhidmat awam

24D. Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, TimbalanNaib Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja Universitisemasa menunaikan fungsi mereka sebagai ahli, Naib Canselor,Timbalan Naib Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerjasedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awammengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Universiti yang sedia ada

25. (1) Universiti Malaya yang ditubuhkan di bawah AktaUniversiti Malaya 1961 [Akta 44 tahun 1961] hendaklah disifatkansebagai suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

(2) Akta Universiti Malaya 1961, tertakluk kepada peruntukanAkta ini, hendaklah terus berkuat kuasa bagi maksud Universitiitu.

Pengecualian

26. Yang di-Pertuan Agong boleh, mengenai sesuatu Universiti,mengecualikannya daripada, mengubah atau menambah mana-mana peruntukan Jadual Pertama dan Kedua, melalui perintahyang disiarkan dalam Warta.

Pemansuhan

27. Ordinan No. 74 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1971 adalahdengan ini dimansuhkan.

030b.fm Page 32 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 33: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 33

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 8]

PERLEMBAGAAN

Nama

1. Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Universiti..............................................................

Tafsiran

2. (1) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Alumni Universiti” ertinya Alumni Universiti yang ditubuhkan mengikutseksyen 22;

“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana Pihak Berkuasa Universiti yangdisebut dalam seksyen 12, dan termasuk mana-mana Pihak Berkuasa yangditubuhkan menurut Statut;

“Kerusi” ertinya jawatan profesor, bagaimana jua pun digelar;

“Konvokesyen” ertinya Konvokesyen yang diadakan mengikut seksyen 44;

“Hari Penubuhan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Perintah Perbadananyang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6 Akta Universitidan Kolej Universiti 1971;

“Persatuan Siswazah” ertinya Persatuan yang ditubuhkan mengikutseksyen 22;

“Pegawai” ertinya Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Timbalan NaibCanselor, Dekan Fakulti, Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut,Pendaftar, Bursar, Pegawai Perpustakaan, atau pemegang apa-apa jawatan yangdiwujudkan oleh Statut atau selainnya;

“Peraturan-Peraturan”, “Kaedah-Kaedah” dan “Statut” ertinya apa-apaPeraturan, Kaedah dan Statut yang dibuat mengikut Perlembagaan ini;

“Guru” ertinya seseorang yang dilantik menjadi guru oleh Lembagamengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor kanan, profesor,profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, pensyarah,penolong pensyarah, guru bahasa dan matrikulasi, dan tutor;

“Universiti” ertinya Universiti ….................................…............................

(2) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu seksyen ialahsebutan mengenai sesuatu seksyen dalam Perlembagaan ini.

030b.fm Page 33 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 34: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

BAHAGIAN I

UNIVERSITI

Menubuhkan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan

3. Suatu Universiti yang dinamai dan digelar ......................... ditubuhkanmengikut peruntukan Perlembagaan ini, dan mengikut nama dan gelaran ituCanselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Lembaga dan Senat ditubuhkan sebagaisuatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan dengan kuasapenuh di bawah nama itu—

(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah;(b) untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan

dari semasa ke semasa memecahkan, menukar, mengubah danmembaharui meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut;

(c) bagi maksud Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan untuk membeli apa-apa harta samaada harta alih atau harta tak alih dan mengambil, menerima danmemegang apa-apa harta tersebut yang akan terletak hak padanyaoleh sebab pembelian itu, atau menurut apa-apa pertukaran,pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(d) untuk menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukar atauselainnya melupuskan mana-mana harta itu; dan

(e) untuk menjalankan dan melaksanakan mengikut peruntukanPerlembagaan ini dan peruntukan Statut, Kaedah-Kaedah danPeraturan-Peraturan semua kuasa dan kewajipan yang diberikan atauditanggungkan ke atas Universiti oleh peruntukan itu.

Kuasa Universiti

4. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Universiti hendaklahmempunyai kuasa yang berikut:

(a) menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan,membuat peruntukan untuk penyelidikan, dan mengambil apa-apalangkah lain yang didapati perlu atau mustahak untuk memajukandan menyebarkan pengetahuan;

(b) memberikan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik laintermasuk ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik luar yang lainkepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskanoleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lainsebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;

(c) mengiktiraf ijazah dan diploma institusi pengajian tinggi yang lainbagi maksud memasuki kursus pengajian dan peperiksaan Universitidan juga mengurniakan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegangijazah atau diploma itu atau kepada siswazah Universiti mengikutsyarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;

(d) memberikan ijazah kepada guru Universiti yang telah memenuhiapa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;

030b.fm Page 34 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 35: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 35

(e) memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah memberikansumbangan terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atauyang telah berbuat jasa cemerlang kepada awam;

(f) memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapandalam mana-mana cawangan pengetahuan;

(g) mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan lain danjabatan, dan membuat pelantikan bagi yang tersebut;

(h) menubuhkan suatu percetakan Universiti dan menerbitkan buku danbahan lain;

(i) mendirikan, melengkapkan dan menyelenggarakan perpustakaan,makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal dan segalabangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti, sama adadi Persekutuan atau di tempat lain;

(j) mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan,dermasiswa, pingat, hadiah dan gelaran, kepujian, kurniaan lain danjenis bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran pengetahuan;

(k) melaburkan apa-apa wang yang terletak hak padanya sebagai dermakekal dalam harta tanah atau cagaran (sama ada dibenarkan sebagaipelaburan pemegang amanah atau tidak), sama ada wang itu terletakhak bagi maksud am atau maksud khas, atau apa-apa wang lain yangtidak dikehendaki segera bagi perbelanjaan semasa, denganmempunyai kuasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu sertamendepositkan dari semasa ke semasa apa-apa wang yang padamasa itu tidak dilaburkan dalam mana-mana bank yang ditubuhkandi Malaysia sama ada dalam akaun deposit tetap atau akaun semasa;

(ka) memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan,pegawai dan pekerjanya ;

(kb) memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yangpatut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yangdiluluskan oleh Menteri;

(kc) menjalankan penyelidikan yang bersifat komersil bagi pemajuan danpenggunaan efektif hasil penyelidikannya;

(l) membuat kontrak, melantik kakitangan dan menubuhkan amanahsebagaimana yang dikehendaki bagi maksud Universiti;

(m) melantik, menaikkan pangkat dan mengadakan tatatertib bagi pegawai,guru dan kakitangan Universiti;

(n) membuat peraturan-peraturan mengenai syarat perkhidmatan bagikakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji,cuti dan tatatertib;

(o) menubuhkan skim pencen atau skim persaraan atau skim kumpulanwang simpanan bagi faedah pekerjanya, dan membuat perkiraandengan pertubuhan atau orang lain bagi menubuhkan skim itu;

(p) membuat peraturan-peraturan dan peruntukan mengenai tempattinggal bagi pegawai, guru, kakitangan dan pelajar Universiti danmengenai kebajikan dan tatatertib guru, kakitangan dan pelajar;

030b.fm Page 35 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 36: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(q) menuntut dan menerima apa-apa bayaran sebagaimana yangditetapkan oleh Kaedah-Kaedah dari semasa ke semasa; dan

(r) untuk melakukan segala perbuatan dan perkara lain, sama adabersangkutan atau tidak dengan kuasa yang tersebut di atas itu,sebagaimana yang diperlukan untuk memajukan pengajaran,penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib diUniversiti.

(2) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dengan tujuan hendakmengekalkan dan memajukan perhubungan luar negeri Persekutuan, adalahperlu supaya suatu ijazah kehormat dikurniakan kepada seseorang pembesarluar negeri, atas arahan Yang di-Pertuan Agong, Universiti hendaklahmengurniakan ijazah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Kuasa tambahan Universiti

4A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—

(a) jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan denganpenunaian fungsi, perjalanan kuasa dan pelaksanaan aktivitiUniversiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama,pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lainbersama-sama dengan, atau selainnya—

(i) sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan swasta atau sindiketorang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan diMalaysia atau di tempat lain;

(ii) Kerajaan Persekutuan atau Negeri;

(iii) sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

(iv) sesuatu suruhanjaya; atau

(v) seseorang;

(b) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah AktaSyarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diridalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan olehUniversiti;

(c) menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan bertanggungjawabke atas, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skimatau perusahaan yang pada pendapat Lembaga adalah bermanfaat danberfaedah kepada Universiti;

(d) meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh danatas apa-apa terma sebagaimana yang yang diluluskan oleh Lembaga,apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Universiti bagimenjelaskan tanggungannya atau bagi menunaikan mana-manakewajipannya;

(e) mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitanbon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan nilai ataumenggadaikan, menggadaijanjikan, menyandarkan atau selainnya

030b.fm Page 36 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 37: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 37

mengadakan lien ke atas harta alih atau tak alihnya, atas apa-apaterma yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga;

(f) memperoleh dan memegang sebagai pelaburan syer, saham, debentur,saham debentur, bon, tanggungan dan sekuriti yang diterbitkan ataudijamin oleh—

(i) mana-mana syarikat atau pengusahaan swasta atau mana-manasindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan diMalaysia atau di tempat lain;

(ii) Kerajaan Persekutuan atau Negeri;

(iii) sesuatu pemerintah berdaulat;

(iv) sesuatu suruhanjaya; dan

(v) sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;

(g) memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggunganatau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langgananasal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau selainnya;

(h) menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasayang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer,saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yangdisebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual,memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya melupuskansyer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuritiitu; dan

(i) membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh danmelabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkanperlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.

(2) Seksyen 4B hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan dibawah perenggan (1)(c).

Peruntukan yang berhubungan dengan perbadanan

4B. (1) Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh tertubuhnya mana-mana perbadanan di bawah perenggan 4A(1)(c), menetapkan melalui peraturan-peraturan—

(a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;

(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalanoleh Lembaga ke atas perbadanan itu.

(2) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklahmengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itudibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olahperaturan-peraturan itu dibuat di bawah Perlembagaan ini.

030b.fm Page 37 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 38: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, ataumenambah, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan denganmana-mana perbadanan di bawah subseksyen (1).

(4) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding denganMenteri Kewangan, mengarahkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkanolehnya digulung dan dibubarkan.

(5) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subseksyen (4),aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya kepada dandiletakhakkan pada Universiti selepas dijelaskan segala tanggungannya.

(6) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subseksyen (4) hendaklahdijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga melaluiperaturan-peraturan.

(7) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklahdisiarkan dalam Warta.

(8) Tiap-tiap Perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4A(1)(c)—

(a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apanama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu;

(b) hendaklah kekal turun-temurun;

(c) hendaklah mempunyai meterai perbadanan;

(d) boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya;

(e) boleh membuat kontrak;

(f) boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai ataudengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan

(g) boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampinganatau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak takkonsisten dengan Perlembagaan ini,

tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang dinyatakan oleh Lembagadalam setiap hal.

(9) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadananyang mengandungi apa-apa tanda yang ditentukan oleh perbadanan dengankelulusan Lembaga.

(10) Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan,ditukar, diubah atau dibuat baharu oleh perbadanan, sebagaimana yangdifikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.

(11) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawahsubseksyen (9) suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungihuruf “UNIVERSITI...” boleh digunakan sebagai meterai perbadanannya.

(12) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subseksyen (11)hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan olehperbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu.

(13) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagaitelah dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang

030b.fm Page 38 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 39: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 39

diperuntukkan dalam subseksyen (12) hendaklah disifatkan telahdisempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(14) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan olehseseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendakidimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan;dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadananoleh mana-mana pegawai atau pekerja perbadanan yang diberi kuasa secara amatau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(15) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmidan kehakiman.

Perjalanan pengajian, dsb., bersama-sama, dsb., dengan mana-manaUniversiti

4C. Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, menjalankan apa-apa kursuspengajian atau program latihan secara bersesama atau dengan bersama-sama,gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atauinstitusi pelajaran tinggi atau institusi pelajaran atau organisasi lain di dalamatau di luar Malaysia.

Pembezaan kerana ras dan kepercayaan dilarang

5. Tertakluk kepada Perkara 153 Perlembagaan Pesekutuan, keanggotaanUniversiti, sama ada sebagai pegawai, guru atau pelajar, adalah terbuka kepadasemua orang tidak kira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas; dan tiada apa-apaujian mengenai kepercayaan atau penganutan agama boleh dilakukan ataudiadakan untuk mengehakkan seseorang menjadi anggota atau untukmengurniakan kepada seseorang apa-apa ijazah atau diploma Universiti, danjuga tiada apa-apa jua fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat,hadiah atau kepujian atau kurniaan lain boleh dihadkan kepada orang daripadasesuatu ras, agama, bangsa atau kelas yang tertentu jika belanja baginya dibayardaripada wang am Universiti.

Meterai Universiti

6. (1) Meterai perbadanan Universiti adalah meterai yang diluluskan olehCanselor atas syor Lembaga dan dengan cara diluluskan demikian itu jugameterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuatbaharu.

(2) Meterai perbadanan Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan NaibCanselor.

(3) Meterai perbadanan Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa juasurat cara kecuali di hadapan—

(a) Naib Canselor; dan

(b) seorang lagi ahli Lembaga,

yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda menunjukkanmeterai itu dicapkan di hadapan mereka dan tandatangan itu adalah menjadiketerangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurnadan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Universiti yang sah.

030b.fm Page 39 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 40: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(3A) Jika surat cara yang disebut dalam subseksyen (3) ialah skrol suatuijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain, meterai perbadananUniversiti hendaklah dicapkan padanya di hadapan Naib Canselor dan seorangpegawai kanan yang diberi kuasa oleh Naib Canselor.

(4) Meterai Universiti hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

(5) Apa-apa suratan atau surat cara yang (jika disempurnakan olehseseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan) tidak dikehendakidimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang demikian itu olehUniversiti dengan syarat bahawa suratan atau surat cara itu hendaklahdisempurnakan bagi pihak Universiti oleh seorang pegawai atau mana-manaorang yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga.

BAHAGIAN II

PEGAWAI UNIVERSITI

Canselor

7. (1) Seorang Canselor hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklahmempengerusikan mana-mana Konvokesyen apabila menghadirinya danhendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apakewajipan lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Perlembagaan iniatau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan.

(2) Canselor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihatMenteri, selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada tujuh tahun sebagaimanayang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Canselor boleh, dengan mengutus surat yang ditandatanganinyakepada Yang di-Pertuan Agong, meletakkan jawatannya, atau dia boleh dipecatoleh Yang di-Pertuan Agong.

(4) Seseorang layak dilantik semula bagi jawatan Canselor.

Pro-Canselor

8. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, orang yang difikirkannyapatut sebagai Pro-Canselor.

(2) Jika oleh sesuatu sebab Canselor tidak berupaya menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana Statut,Kaedah atau Peraturan, dia boleh membenarkan mana-mana Pro-Canselormenjalankan fungsi itu bagi pihaknya.

(3) Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama tempohyang diperkenankan oleh Canselor.

Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor

9. (1) Seorang Naib Canselor hendaklah dilantik oleh Menteri, selepasberunding dengan Lembaga.

030b.fm Page 40 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 41: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 41

(2) (Dipotong oleh Akta A295).(3) Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan

akademik bagi Universiti.(4) Menjadi kewajipan Naib Canselor menentukan supaya peruntukan

Perlembagaan ini dan peruntukan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan dipatuhi, dan dia mempunyai segala kuasa yang perlu bagi maksudini dan, khususnya, untuk memastikan bahawa tiap-tiap Pihak Berkuasa ataujawatankuasa sentiasa bertindak menurut kuasa atau tugasnya yang ditetapkan.

(5) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Naib Canselorhendaklah menjalankan pengawasan am ke atas semua peraturan mengenaipengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib diUniversiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yangdiberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedahatau Peraturan.

(6) (Dipotong oleh Akta A295).(7) Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor

hendaklah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga danUniversiti hendaklah terikat dengannya.

(8) Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor;Timbalan Naib Canselor atau Timbalan-Timbalan Naib Canselor, mengikutmana-mana berkenaan, hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berundingdengan Naib Canselor, dan mana-mana orang yang layak dan patut bolehdilantik sedemikian sama ada dari dalam atau luar Universiti; had jawatan dansyarat lain perkhidmatan seseorang Timbalan Naib Canselor hendaklahditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, danUniversiti hendaklah terikat dengannya.

(9) Jika bagi sesuatu tempoh yang lama Naib Canselor tidak berupaya olehsebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-manadaripada fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebihdaripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripadamereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankanfungsi itu; dan jika sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua TimbalanNaib Canselor (jika lebih daripada seorang) tidak ada atau hilang upaya,Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yangdifikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.

Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan

10. (1) Seorang Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan hendaklahberkhidmat sebagai pegawai sepenuh masa Universiti dan yang mempunyaikuasa dan kewajipan sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.

(2) Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan hendaklah dilantik olehLembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, tempoh jawatan dansyarat lain pelantikan bagi Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaanhendaklah ditetapkan oleh Lembaga.

030b.fm Page 41 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 42: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

Pegawai lain

11. Universiti boleh melantik pegawai atau pekhidmat lain sebagaimana yangditetapkan oleh Statut.

BAHAGIAN III

PIHAK BERKUASA UNIVERSITI

Pihak Berkuasa

12. (1) Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Fakulti, Sekolah,Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih,Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, dan badan yang lain sebagaimana yangditetapkan oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasadan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh Statut.

(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasayang bukan ex-officio.

Lembaga Pengarah

13. Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada—

(a) Pengerusi;

(b) Naib Canselor;

(c) dua orang yang mewakili Kerajaan;

(d) satu orang yang mewakili masyarakat tempat terletaknya Universitiitu; dan

(e) tidak lebih daripada tiga orang yang dengan pengetahuan ataupengalaman mereka boleh, pada pendapat Menteri, membantuLembaga, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka daripadasektor swasta.

Peruntukan yang berhubungan dengan Lembaga

14. (1) Pelantikan ahli Lembaga, kecuali Naib Canselor, hendaklah dibuatoleh Menteri bagi tempoh tiga tahun dan apabila habis tempoh itu ahli Lembagaitu layak dilantik semula.

(2) Setiausaha Lembaga, yang boleh jadi seorang ahli Lembaga atau bukanahli Lembaga, hendaklah dilantik oleh Pengerusi.

(3) Pengerusi dan tiga ahli lain Lembaga hendaklah membentuk kuorumbagi apa-apa mesyuarat Lembaga.

(4) Ahli Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaunsebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(5) Tertakluk kepada Perlembagaan ini, Lembaga boleh menentukantatacaranya sendiri.

030b.fm Page 42 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 43: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 43

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

15. (1) Menteri boleh melantik mana-mana ahli Lembaga untuk menjalankanfungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi kerana apa-apa sebabtidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongandalam jawatan Pengerusi.

(2) Seseorang ahli yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen(1) hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi, di bawahseksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Kuasa Lembaga

16. (1) Lembaga adalah menjadi badan kerja bagi Universiti, dan bolehmenjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti, kecuali setakatyang kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan ini atau Statut, Kaedah- Kaedahdan Peraturan-Peraturan kepada sesuatu Pihak Berkuasa atau badan lain ataukepada seseorang pegawai Universiti.

(2) Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung denganapa-apa perkara dalam kuasa Senat, melainkan jika Senat terlebih dahulu diberipeluang mencatatkan dan menghantarkan pendapatnya kepada Lembagamengenai perkara itu.

Senat

17. (1) Senat hendaklah terdiri daripada—

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) semua Timbalan Naib Canselor;

(c) semua Dekan Fakulti dan semua Ketua Sekolah, Pusat, Akademi danInstitut Universiti;

(d) tidak lebih daripada dua puluh orang profesor yang hendaklahditentukan oleh Naib Canselor.

(1A) Naib Canselor boleh dari semasa ke semasa mengko-opt mana-manaorang lain untuk menjadi ahli Senat atau untuk menghadiri mesyuarat Senat.

(1B) Dalam masa ketidakhadiran Naib Canselor, seorang Timbalan NaibCanselor hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat.

(2) Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, tertaklukkepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenaipengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah, diploma,sijil dan kepujian akademik yang lain.

(3) Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senatboleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnyakepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.

030b.fm Page 43 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 44: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut

18. (1) Universiti hendaklah dibahagikan kepada beberapa Fakulti, Sekolah,Pusat Akademi dan Institut mengikut namanya masing-masing sebagaimanayang ditetapkan oleh Statut.

(1A) Universiti boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Pengajian,menubuhkan jabatan atau unit atau badan lain berkenaan dengan sesuatuFakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut.

(2) Sesuatu Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklahbertanggungjawab kepada Senat atas penyusunan pengajaran dalam matapelajaran mengenai pengajian dalam bidang kuasa Fakulti, Sekolah, Pusat,Akademi dan Institut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bolehmenjalankan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diberikan kepadanya olehStatut, Kaedah atau Peraturan.

(3) Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan bagi tiap-tiap satuFakulti dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan. Dekan ituhendaklah menjadi pengerusi Fakulti itu dan hendaklah menjalankan apa-apafungsi lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan; dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipanjawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagiTimbalan Dekan atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh NaibCanselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh Dekan itutidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya.

(4) Naib Canselor mempunyai kuasa melantik seseorang sebagai ketuasesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut dan ketua itu hendaklah diberigelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut, Kaedah-Kaedah atauPeraturan; dan jika ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut tidakberupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebablain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnyaoleh Statut, melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan ituselama tempoh ketua itu tidak berupaya menjalankan kewajipannya.

(5) Seseorang Dekan, seseorang Timbalan Dekan atau ketua sesuatuSekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang dilantik di bawah subseksyen (3)atau (4) mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik selamatempoh tidak lebih daripada empat tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), Naib Canselor boleh, jika difikirkannyapatut, membatalkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (3)atau (4) pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan itu.

Jawatankuasa Pengajian

19. Suatu Jawatankuasa Pengajian boleh dilantik oleh Senat bagi salah satumaksud yang berikut :

(a) untuk menguruskan perkara mengenai mana-mana Fakulti, Sekolah,Pusat, Akademi dan Institut; dan

030b.fm Page 44 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 45: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 45

(b) untuk menimbangkan cadangan yang dirujukkan kepadanya olehSenat bagi penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institutyang baru,

dan dalam mana-mana satu hal, Jawatankuasa Pengajian hendaklah membuatlaporan mengenainya kepada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, ataukepada Senat, mengikut kehendak keadaan.

Jawatankuasa Pemilih

20. (1) Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke sesuatu Kerusihendaklah terdiri daripada—

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;(b) dua ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga;(c) Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut yang

baginya Kerusi itu diuntukkan; dan (d) dua ahli Senat yang dilantik oleh Senat.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3)Jawatankuasa Pemilih hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Naib Canselordan mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh Naib Canselor.

(3) Apabila dibuat keputusan untuk mengisi sesuatu jawatan kecualijawatan bagi sesuatu Kerusi, Lembaga boleh, atas syor Naib Canselor, melantikJawatankuasa Pemilih yang berlainan bagi pelantikan yang berlainan danJawatankuasa Pemilih yang dipanggil bermesyuarat bagi maksud itu hendaklahdipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, atau, jika dia tidak ada, olehseorang ahli yang dipilih oleh ahli yang hadir dalam mesyuarat itu.

(4) Jika Timbalan Naib Canselor tidak menjadi ahli JawantankuasaPemilih, bagi maksud mesyuarat yang dipengerusikannya di bawah subseksyen(3) dan bagi maksud keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu, dia hendaklahdisifatkan sebagai seorang ahli Jawatankuasa Pemilih.

(5) Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkanoleh Statut.

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar21. (1) Suatu Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah ditubuhkan yangterdiri daripada Naib Canselor dan orang lain sebagaimana yang dilantik olehLembaga.

(2) Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah mempunyai kuasasebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.

Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti22. (1) Tertakluk kepada kelulusan Lembaga, adalah sah bagi seramai tidakkurang daripada tiga puluh orang siswazah Universiti menubuhkan suatupersatuan yang dinamai Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti.

(2) Persatuan Siswazah atau Alumni Siswazah hendaklah dikelolakan danditadbirkan mengikut perlembagaannya dan kaedah-kaedah yang dibuat

030b.fm Page 45 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 46: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

olehnya tetapi tiada sesuatu perlembagaan tersebut atau kaedah-kaedah yangdibuat itu atau apa-apa pindaannya boleh berkuat kuasa melainkan dansehingga ia telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagaimenjadikan Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti itu suatu PihakBerkuasa bagi Universiti atau sebagai memberikan apa-apa kuasa kepadanyauntuk memilih, sebagai wakilnya kepada Lembaga, orang yang pada masa itubekerja dengan Universiti sebagai kakitangan akademik dan bukan akademik.

Tempoh jawatan bagi ahli Pihak Berkuasa

23. (1) Kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini atau olehmana-mana Statut, tempoh jawatan bagi seseorang yang dipilih atau dilantiksebagai ahli sesuatu Pihak Berkuasa, kecuali ahli ex-officio, ialah tiga tahun:

Dengan syarat bahawa—

(a) jika orang itu dipilih atau dilantik kerana dia memegang sesuatujawatan atau kerana dia seorang ahli bagi sesuatu Pihak Berkuasaatau badan yang lain, dia hendaklah berhenti menjadi ahli PihakBerkuasa itu jika sebelum habis tempoh jawatannya itu dia berhentimemegang jawatan itu atau menjadi ahli Pihak Berkuasa atau badanitu; dan

(b) seseorang yang berhenti apabila habis tempoh jawatannya bolehdipilih atau dilantik semula jika layak.

(2) Jika seseorang menjadi ahli ex-officio sesuatu Pihak Berkuasa,seseorang yang dilantik untuk memangku jawatannya itu hendaklah jugamenjadi ahli ex-officio Pihak Berkuasa itu selagi dia memangku jawatan itu danlayak.

(3) Keputusan sesuatu Pihak Berkuasa adalah sah walaupun adakekosongan antara ahlinya.

Mesyuarat

23A. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sebagaimana yangdan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pengerusi Pihak Berkuasa itu.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa dansemasa ketiadaannya ahli Pihak Berkuasa itu hendaklah melantik salah seorangdaripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(3) Kuorum bagi mesyuarat Pihak Berkuasa, selain Lembaga, hendaklahditentukan oleh Statut.

Lebih suara

24. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada mana-mana Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan, sesuatu soal dalamsesuatu mesyuarat mana-mana Pihak Berkuasa hendaklah diputuskan mengikutkelebihan undi ahli yang hadir.

030b.fm Page 46 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 47: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 47

(2) Pengerusi Pihak Berkuasa dan tiap-tiap ahli hendaklah mempunyai danboleh menggunakan satu undi setiap seorang, tetapi dalam keadaan bilanganundi sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat ituhendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus.

BAHAGIAN IV

STATUT, KAEDAH-KAEDAH DANPERATURAN-PERATURAN

Statut

25. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut boleh dibuat untukmenguruskan mana-mana atau segala perkara yang berikut:

(a) kuasa dan kewajipan pegawai Universiti;

(b) keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Pihak Berkuasa Universiti;

(c) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan guruUniversiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;

(d) menetapkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain yangakan diberikan oleh Universiti;

(e) syarat bagi kemasukan dan tempat tinggal dan kebajikan pelajar;

(f) pengurusan perpustakaan;

(g) segala perkara lain yang boleh dikawal selia dengan Statut di bawahPerlembagaan ini; dan

(h) perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada perkarayang tersebut di atas.

Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Statut

26. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Canselor boleh membuat,membatalkan atau meminda mana-mana Statut.

(2) Cadangan untuk membuat sesuatu Statut baharu, atau membatalkanatau meminda sesuatu Statut, hendaklah disediakan oleh Lembaga.

(3) Sesuatu cadangan untuk sesuatu Statut baharu, atau untuk apa-apapindaan kepada sesuatu Statut, mengenai mana-mana perkara yang berikut,iaitu:

(a) kuasa dan kewajipan Dekan sesuatu Fakulti atau Ketua sesuatuSekolah, Pusat, Akademi dan Institut;

(b) keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Senat, Fakulti, Sekolah,Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, JawatankuasaPemilih, atau Jawatankuasa Kebajikan Pelajar;

030b.fm Page 47 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 48: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(c) menetapkan ijazah, diploma, dan kepujian akademik lain yang akandiberikan oleh Universiti;

(d) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi guru;

(e) syarat mengenai tempat tinggal dan kebajikan pelajar;

(f) pengurusan perpustakaan; dan

(g) segala perkara lain dalam bidang kuasa Senat di bawah Perlembagaanini atau mana-mana Statut,

tidak boleh dikemukakan kepada Canselor sehingga cadangan itu telahdirujukkan kepada Senat dan Senat telah melaporkan pendapatnya mengenaiperkara itu kepada Lembaga.

(4) (Dipotong oleh Akta A946).

Kaedah-Kaedah

27. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Statut, Kaedah- Kaedahboleh dibuat bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) prinsip berkenaan dengan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dankepujian adademik lain;

(b) bilangan dan ruang lingkup peperiksaan;

(c) pelantikan, kuasa, kewajipan, saraan dan syarat perkhidmatan bagipemeriksa dan cara menjalankan peperiksaan;

(d) penerimaan masuk pelajar dalam peperiksaan, kursus ijazah dandiploma Universiti dan ke tempat tinggal di Universiti;

(e) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi orang yang bekerjadengan Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertibmereka;

(f) menubuhkan dan membuat peraturan mengenai skim pencen, skimpersaraan dan skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjaUniversiti atau mana-mana golongan daripada mereka;

(g) syarat mengenai tempat tinggal dan kebajikan pelajar;

(h) bayaran yang akan dikenakan bagi kursus pengajian, bagi tempattinggal, bagi memasuki peperiksaan, bagi ijazah, diploma, sijil dankepujian akademik lain dan apa-apa bayaran lain yang bolehdikenakan oleh Universiti;

(i) pengurusan dewan kuliah, perpustakaan, sumber maklumat, makmal,pusat penyelidikan, bangunan tempat tinggal, dan segala cawangankegiatan Universiti yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalamPerlembagaan ini atau melalui Statut;

(j) keanggotaan, kuasa dan kewajipan mana-mana jawatankuasa ataubadan lain yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalamPerlembagaan ini atau oleh Statut;

030b.fm Page 48 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 49: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 49

(k) segala perkara yang boleh, menurut Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, ditetapkan melalui Kaedah-Kaedah;

(l) segala perkara dalam kuasa Universiti dan yang tidak diperuntukkanselainnya oleh Bahagian ini dalam Perlembagaan ini.

Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Kaedah-Kaedah

28. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Lembaga boleh membuat,meminda atau membatalkan mana-mana Kaedah.

(2) Draf mengenai sesuatu Kaedah berkenaan dengan—

(a) apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan 27(a), (b), (c), (d), (g)dan (i); atau

(b) apa-apa perkara dalam bidang kuasa Senat,

hendaklah dicadangkan oleh Senat; dan Lembaga boleh meluluskan draf ituatau merujukkannya kembali kepada Senat dengan apa-apa pendapat ataucadangan untuk pindaan, dan tiada Kaedah sedemikian boleh dibuat sehinggaSenat telah bersetuju dengannya.

Peraturan-peraturan

29. (1) Lembaga dan Senat boleh masing-masing membuat peraturan-peraturan mengenai tatacaranya sendiri.

(2) Lembaga boleh selepas berunding dengan Senat membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara Jawatankuasa Pemilih.

(3) Senat boleh membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara sesuatuFakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut atau Jawatankuasa Pengajian, ataumana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tertakluk kepada bidang kuasaSenat.

(4) Senat boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan kursuspengajian atau sukatan pelajaran bagi peperiksaan.

(5) Peraturan-peraturan boleh dibuat oleh mana-mana Pihak Berkuasa jikaPihak Berkuasa itu diberi kuasa oleh Perlembagaan ini, Statut atau Kaedah-Kaedah.

Menyiarkan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan

30. (1) Apabila sesuatu Statut atau Kaedah baru dibuat, dipinda ataudibatalkan tiap-tiap Statut, Kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklahdisiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimanayang diarahkan oleh Lembaga.

(2) Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universitisebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa hendaklah disiarkan dalambentuk buku mengikut lat tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga,dan naskhahnya hendaklah diadakan untuk dibeli oleh orang awam denganharga yang berpatutan.

030b.fm Page 49 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 50: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—

(a) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang mengandungi hanya arahankepada pemeriksa atau penyelia peperiksaan; atau

(b) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang, menurut ketetapan Lembaga,tidak akan disiarkan.

Perlembagaan, pertelingkahan antara Statut, dsb.

31. Jika sekiranya—

(a) sesuatu Statut berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini; atau

(b) sesuatu Kaedah berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan iniatau sesuatu Statut; atau

(c) sesuatu Peraturan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan iniatau sesuatu Statut atau Kaedah,

peruntukan Perlembagaan, Statut atau Kaedah-Kaedah, mengikut mana- manayang berkenaan, hendaklah terpakai, dan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturanitu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah terbatal setakat yangberlawanan itu.

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN KEWANGAN

Jawatankuasa Tetap Kewangan

32. Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Tetap Kewangan bagimengatur dan mengawal kewangan Universiti.

Menyediakan anggaran

33. Adalah menjadi kewajipan mana-mana pegawai atau pegawai Universitisebagaimana yang ditetapkan oleh Statut untuk menyediakan, bagipertimbangan Naib Canselor, anggaran pendapatan dan perbelanjaan Universitibagi tiap-tiap satu tahun kewangan.

Tahun kewangan

34. (1) Bagi maksud Bahagian ini tahun kewangan ialah satu tahun kalendar,atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2) Akaun Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang boleh,diimbangkan bagi tahun kewangan yang lalu dan suatu penyata tahunan atauringkasannya hendaklah disediakan.

(3) Penyata tahunan atau ringkasan yang disebut dalam subseksyen (2)hendaklah disediakan mengikut bentuk dan mengandungi maklumatsebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

030b.fm Page 50 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 51: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 51

Anggaran tahunan

35. (1) Lembaga hendaklah, tidak kurang daripada empat bulan sebelumberakhir tahun kewangan, meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan yanglengkap bagi Universiti bagi tahun kewangan yang berikutnya danmengemukakan anggaran itu, bersama dengan ulasan Lembaga mengenainya,kepada Menteri.

(2) Sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat Lembaga bagi maksudmeluluskan anggaran itu, Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklahmenyediakan draf anggaran untuk dikemukakan kepada Lembaga, dan satusalinan anggaran itu hendaklah diserahkan kepada setiap seorang ahli Lembagatidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuaratitu.

(3) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (1), Lembaga boleh, menurutbudi bicaranya, meluluskan, mengubahsuaikan atau menolak kesemua atau mana-mana butiran yang terdapat dalam draf anggaran itu atau merujukkan kembalimana-mana butiran itu kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan untukpertimbangannya atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.

Anggaran tambahan

36. Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam sesuatu tahun,Lembaga boleh dari semasa ke semasa meluluskan anggaran tambahan bagimaksud menunjukkan punca yang darinya sesuatu perbelanjaan tambahan yangdilakukan olehnya boleh dibayar.

Tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan melainkan termasuk dalamAnggaran

37. (1) Lembaga tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidaktermasuk dalam sesuatu anggaran yang diluluskan:

Dengan syarat bahawa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini Lembagaboleh memindahkan segala atau mana-mana bahagian wang yang diuntukkan—

(a) bagi satu butiran perbelanjaan berulang tahunan kepada satu butiranperbelanjaan berulang tahunan yang lain;

(b) bagi satu butiran perbelanjaan modal kepada satu butiranperbelanjaan modal yang lain.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—(a) wang yang didepositkan dengan Universiti oleh mana-mana orang

jika, menurut syarat deposit itu, mana-mana wang itu telah genapmasanya untuk dibayar balik;

(b) wang yang dipungut dan dikreditkan kepada Kumpulan WangUniversiti dengan silap;

(c) wang yang kena dibayar oleh Universiti menurut apa-apapenghakiman atau perintah mahkamah;

(d) wang yang dibelanjakan oleh Universiti bagi membawa ataumembela prosiding di sisi undang-undang; dan

030b.fm Page 51 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 52: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(e) perbelanjaan yang berbangkit daripada apa-apa harta atau wang yangdisebut dalam seksyen 39.

Bentuk Anggaran

38. Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah disediakan mengikutbentuk dan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkanoleh Lembaga, dan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasinganperbelanjaan berulang tahunan dan perbelanjaan modal Universiti.

Kuasa Lembaga untuk menerima hadiah

39. (1) Lembaga boleh bagi pihak Universiti menerima sebagai pemberian,hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legasi atau selainnya, harta atau wangbagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yangditetapkan olehnya.

(2) Daftar hendaklah disenggarakan mengenai segala derma yangdiberikan kepada Universiti termasuk nama penderma kepada Universiti danapa- apa syarat khas mengenai sesuatu derma yang diberikan.

Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secaraberasingan

40. Segala harta atau wang yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentuhendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta atau wang itutelah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.

Bentuk kontrak

41. Apa-apa kontrak yang melibatkan perbelanjaan Universiti hendaklahdibuat secara bertulis dan ditandatangani bagi pihak Universiti oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasasewajarnya oleh Lembaga, sama ada secara khusus dalam apa-apa hal tertentuatau secara am bagi semua kontrak di bawah suatu nilai tertentu atau selainnyasebagaimana yang ditetapkan dalam pemberikuasaan itu.

42. (Dipotong oleh Akta A946).

Audit

43. (1) Akaun Universiti hendaklah diaudit setiap tahun oleh juruaudit yangdilantik oleh Lembaga.

(2) Akaun yang diaudit, serta apa-apa pendapat yang dibuat mengenainyaoleh juruaudit, hendaklah dibentangkan kepada Menteri.

BAHAGIAN VI

PERUNTUKAN AM

Konvokesyen

44. (1) Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah hendaklah diadakan setiaptahun, atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan olehCanselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.

030b.fm Page 52 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 53: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 53

(2) Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagimaksud ini oleh Canselor tidak hadir Naib Canselor hendaklah menjadipengerusi Konvokesyen.

(3) (Dipotong oleh Akta A946).

Pelantikan guru dan pekerja

45. (1) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universitisebagai guru, Pendaftar, Bursar atau Pegawai Perpustakaan, hendaklahdilantik sebagai yang demikian oleh Lembaga mengikut nasihat JawatankuasaPemilih.

(2) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universitikecuali orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepadamana-mana Kaedah atau Statut, dilantik oleh Lembaga.

(3) Tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti hendaklahmemegang jawatan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan olehLembaga dan syarat yang akan ditetapkan sedemikian hendaklah disifatkansebagai termasuk peruntukan—

(a) berhubung dengan kewajipan mengajar, memeriksa, menyelia dankewajipan lain yang seumpamanya, bahawa kerjanya adalah tertaklukkepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semuaStatut, Kaedah dan Peraturan sebagaimana yang dipinda dari semasake semasa; dan

(b) berhubung dengan semua syarat perkhidmatan yang lain, bahawakerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dankepada peruntukan semua Statut, Kaedah dan Peraturan yang berkuatkuasa pada tarikh dia mula bekerja.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang Lembaga membuat apa-apa kontrak khas dengan seseorang yang hendak diambil kerja sedemikian olehUniversiti jika Lembaga berpendapat suai manfaat berbuat demikian.

Profesor Diraja

46. (1) Walau apa pun seksyen 20 dan 45, Yang di-Pertuan Agong boleh,selepas berunding dengan Canselor, dari semasa ke semasa melantik orangyang mempunyai kepujian akademik yang luar biasa sebagai profesorUniversiti:

Dengan syarat bahawa bilangan orang yang dilantik sedemikian tidak boleh pada bila-bila masa lebih daripada tiga orang.

(2) Sesiapa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dikenalisebagai Profesor Diraja dan—

(a) hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Canselor denganpersetujuan Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) tertakluk kepada syarat pelantikannya dan kepada apa-apa arahanoleh Canselor, hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan

030b.fm Page 53 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 54: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

segala kewajipan yang diberikan atau yang ditanggungkan ke atasprofesor oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedah danPeraturan yang dibuat di bawahnya.

Semua pelantikan hendaklah tertakluk kepada Akta Universiti dan KolejUniversiti 1971 dan apa-apa perundangan subsidiari di bawahnya

46A. Walau apa pun seksyen 45 dan 46 atau peruntukan lain Perlembagaan ini,tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti, termasuk profesor yangdilantik di bawah seksyen 46, hendaklah memegang jawatan tertakluk kepadaperuntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan apa-apaperundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, termasuk kaedah yang dibuatdi bawah seksyen 16C Akta itu, dan terma dan syarat pengambilan kerja ataupelantikan mereka hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan yangbermaksud demikian itu.

Menerima masuk pelajar

47. Seseorang pelajar tidak boleh diterima masuk ke Universiti dalam sesuatukursus pengajian untuk sesuatu ijazah melainkan jika dia telah memenuhikehendak yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah:

Dengan syarat bahawa, kecuali dengan persetujuan Menteri, pelajar yangtelah diberi biasiswa Persekutuan atau biasiswa Negeri, pinjaman atau bantuankewangan lain yang seumpamanya dari wang awam untuk kursus ijazahUniversiti, tidak boleh ditolak jika mereka memenuhi kehendak itu.

Majlis Pewakilan Pelajar

48. (1) Pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah padakesemuanya menjadi suatu badan yang dinamai Kesatuan Pelajar-PelajarUniversiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut“Kesatuan”).

(2) Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Pewakilan Pelajar-Pelajar(kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “MPP”) mengikut carayang berikut:

(a) pelajar berdaftar setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Instituthendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh DekanFakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikutmana-mana yang berkenaan, sebilangan pelajar berdaftar yang samabilangannya daripada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institutitu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukanoleh Naib Canselor; dan

(b) pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih denganundi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantikoleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajarberdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh NaibCanselor, untuk menjadi wakil dalam MPP, dan bilangan pelajar ituhendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengahdaripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).

030b.fm Page 54 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 55: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 55

(3) MPP hendaklah memilih dari antara ahlinya seorang Yang Dipertua,seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari danhanya merekalah sahaja yang menjadi pemegang jawatannya, melainkan jikadibenarkan secara bertulis sebaliknya oleh Naib Canselor; pemegang jawatanyang dibenarkan sedemikian oleh Naib Canselor hendaklah dipilih oleh MPPdari antara ahli MPP.

(4) Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama satutahun.

(5) Keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengantidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli hadir dan mengundi.

(6) MPP boleh membentuk dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulumendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor, jawatankuasa adhoc dari antara ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.

(7) Tiada seseorang pelajar yang keputusan prosiding tatatertibterhadapnya masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atas suatukesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus lagi menjadi seorang ahli MPP atauseorang pemegang jawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar,melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

(8) Seseorang pelajar yang belum lagi masuk peperiksaannya yangpertama di Universiti bagi kursus pengajiannya atau yang telah gagal atau yangtidak masuk peperiksaan yang baharu lalu yang diadakan oleh Universiti bagikursus pengajiannya sebelum sahaja sesuatu pemilihan atau pemilihan yangdicadangkan bagi MPP atau oleh MPP atau bagi atau oleh mana-manapertubuhan atau badan pelajar yang lain adalah hilang kelayakan untuk dipilihdalam pemilihan atau pemilihan itu.

(9) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorangsiswazah, yang didaftarkan sebagai seorang pelajar untuk suatu ijazah yanglebih tinggi atau suatu diploma lepas ijazah, daripada menjadi seorang ahlibersekutu Kesatuan.

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalanganpelajar Universiti;

(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyeliakemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahanrekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalanmakanan dan minuman;

(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkarayang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dankerja pelajar Universiti;

(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatuKaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untukmenjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan

030b.fm Page 55 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 56: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan olehLembaga dari semasa ke semasa.

(11) Kesatuan atau MPP tidak boleh menyenggarakan apa-apa kumpulanwang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta dari apa-apa juapunca pun, tetapi apa-apa belanja yang berpatutan yang boleh dilakukan olehMPP dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselorboleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang berpatutan yangdisokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh MPP kepada NaibCanselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.

(12) Bendahari hendaklah menyimpan akaun MPP dengan sepatutnya dantidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan, iaitusuatu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, suatusalinan akaun tersebut yang diaudit oleh seorang yang dilantik oleh Lembagahendaklah dikemukakan oleh MPP kepada Lembaga untuk diluluskan.

(13) MPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasasebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipanSetiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklahdisahkan di suatu mesyuarat yang berikutnya.

(14) Bagi maksud seksyen ini “pelajar berdaftar” ertinya seorang pelajaryang sedang mengikuti suatu kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazahatau suatu diploma, yang bukan suatu diploma lepas ijazah, dan termasuklahseorang pelajar yang memegang suatu diploma dan sedang mengikuti suatukursus pengajian untuk suatu ijazah:

Dengan syarat bahawa seseorang pelajar adalah terhenti menjadi seorangpelajar berdaftar mengikut pengertian subseksyen ini—

(a) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajianitu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau

(b) apabila disiarkan keputusan sesuatu peperiksaan bagi kursuspengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia,kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu ataubagi suatu kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorangpelajar berdaftar di bawah subseksyen ini.

Penubuhan badan pelajar lain

49. (1) Walau apa pun seksyen 48 sah di sisi undang-undang bagi tidak kurangdaripada sepuluh orang pelajar Universiti dengan mendapat kelulusan terlebihdahulu daripada Lembaga dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, menubuhkan suatu badan pelajaryang terdiri daripada pelajar Universiti bagi memajukan sesuatu tujuan ataukepentingan tertentu dalam Universiti.

(2) Subseksyen 48(3), (4), (5), (6), (7), (8), (11), (12) dan (13) hendaklahterpakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawahseksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi MPP.

50. (Dipotong oleh Akta A295).

030b.fm Page 56 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 57: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 57

Perbuatan yang melampaui had kuasa Perlembagaan MPP atau sesuatubadan pelajar

51. (1) Jika Kesatuan atau MPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan dibawah seksyen 49 menjalankan urusannya secara yang, pada pendapatLembaga, boleh merosakkan atau memudaratkan kesentosaan atau nama baikUniversiti atau melakukan perbuatan yang bersalahan dengan PerlembagaanUniversiti atau Perlembagaannya sendiri, atau mana-mana Statut, Kaedah atauPeraturan Universiti, Lembaga boleh menggantung atau membubarkanKesatuan atau MPP atau badan pelajar tersebut, mengikut mana-mana yangberkenaan; dan dengan tidak menyentuh apa-apa tanggungan yang mungkinberbangkit di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuatkuasa, tiap-tiap pemegang jawatan dalam Kesatuan atau MPP atau badanpelajar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dibuang daripadaUniversiti atau dikenakan apa-apa hukuman tatatertib.

(2) Subseksyen (1) adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkankuasa seksyen 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kuasa untuk mewakilkan

52. (1) Jika menurut peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana Statut,Kaedah atau Peraturan, seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa diberikuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan,pegawai atau pihak berkuasa itu boleh dengan surat cara bertulis dan tertaklukkepada seksyen ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkandalam surat cara itu, mewakilkan kuasa atau kewajipan itu supaya dijalankanoleh mana-mana pihak berkuasa atau jawatankuasa atau mana-mana orang yangdinyatakan dalam surat cara itu mengikut nama atau jawatannya.

(2) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu.

(3) Tiada apa-apa pewakilan kuasa atau pewakilan kewajipan di bawahseksyen ini boleh menyentuh hak pegawai atau pihak berkuasa yang membuatpewakilan itu untuk menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untukmembuat atau meluluskan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan.

Pelucutan ijazah, dsb., atas alasan salah aku

53. (1) Jika mana-mana ahli sesuatu Pihak Berkuasa, atau seseorangmahasiswa Universiti, atau seseorang yang telah menerima ijazah, diploma,sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti, disabitkan oleh sesuatumahkamah atas suatu kesalahan jenayah yang buruk sama ada dalam atau luarMalaysia, atau pada pendapat Lembaga melakukan perbuatan skandal, sah bagiCanselor, dengan sokongan tidak kurang daripada dua pertiga daripada semuaahli Lembaga—

(a) membuangnya daripada menjadi ahli Pihak Berkuasa itu; atau(b) melucutkan apa-apa ijazah, diploma atau kepujian akademik lain

yang telah diberikan kepadanya oleh Universiti.

030b.fm Page 57 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 58: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(2) Perbuatan skandal dalam subseksyen (1) termasuklah dengan sengajamemberi mana-mana kakitangan, pegawai, pekerja atau Pihak BerkuasaUniversiti apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukandalam apa-apa butir material untuk mendapatkan ijazah, diploma, sijil ataukepujian akademik lain daripada Universiti itu.

Pertikaian mengenai pemilihan diputuskan oleh Menteri

54. Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang telah dipilih, dilantik,dicalonkan, atau dipilih masuk menjadi ahli dengan sempurnanya atau punberhak menjadi atau terus menjadi ahli bagi mana-mana Pihak Berkuasa ataubadan Universiti lain soal itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri dankeputusannya adalah muktamad.

55. (Dipotong oleh Akta A80).

CATATAN

[Jadual ini telah diubahsuaikan untuk dipakai kepada Universiti yang berikut:

1. Universiti Kebangsaan Malaysia lihat P.U.(A)110/1974 dan 112/1978;

2. Universiti Teknologi Malaysia lihat P.U.(A)230/1976, 231/1976,118/1978 dan 119/1978;

3. Universiti Putra Malaysia lihat P.U.(A)410/1976 dan 116/1978;

4. Universiti Malaya lihat P.U.(A)110/1978;

5. Universiti Sains Malaysia lihat P.U.(A)268/1975 dan 114/1978; dan

6. Universiti Utara Malaysia lihat P.U.(A)348/1986.]

030b.fm Page 58 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 59: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 59

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 12(3) Perlembagaan]

Hilang Kelayakan

1. Orang yang berikut hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untukmenjadi ahli sesuatu Pihak Berkuasa Universiti:

(a) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas,suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukanakhlak;

(ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan denganrasuah;

(iii) kesalahan di bawah Akta ini; atau(iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun;(b) jika dia menjadi bankrap; atau(c) jika dia didapati atau ditetapkan tidak sempurna akal atau selainnya

tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.

Terhenti menjadi ahli

2. Seseorang ahli Pihak Berkuasa hendaklah terhenti menjadi ahli—(a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali

berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Pihak Berkuasa itu; atau(b) jika pelantikannya dibatalkan.

Peletakan jawatan

3. Seseorang ahli Pihak Berkuasa boleh meletakkan jawatan denganmemberikan notis satu bulan secara bertulis kepada pengerusi Pihak Berkuasa.

Pengisian kekosongan

4. Jika mana-mana orang terhenti menjadi ahli Pihak Berkuasa oleh sebabperuntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik untuk mengisi kekosongan itubagi tempoh selebihnya yang baginya ahli itu dilantik.

Elaun

5. Ahli Pihak Berkuasa hendaklah dibayar elaun sebagaimana yangditentukan oleh Menteri.

Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

6. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang untukmenghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Pihak Berkuasa bagi maksudmenasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itutidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

030b.fm Page 59 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 60: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklahdibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Minit

7. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnyadisenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jikaditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segalaprosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa berkenaan dengan prosiding yangmengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telahdipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli pada mesyuarat itulayak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Pendedahan kepentingan

8. (1) Seseorang ahli Pihak Berkuasa yang, secara langsung atau secara tidaklangsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya—

(a) sesuatu kepentingan dalam syarikat atau pengusahaan yangdengannya Pihak Berkuasa itu bercadang hendak membuat sesuatukontrak; atau

(b) sesuatu kepentingan dalam kontrak atau perkara yang sedangdibincangkan oleh Pihak Berkuasa,

hendaklah mendedahkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada PihakBerkuasa.

(2) Sesuatu pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkandalam minit Pihak Berkuasa dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus olehpengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitianatau keputusan Pihak Berkuasa yang berhubungan dengan kontrak atau perkaraitu.

Kesahan perbuatan dan prosiding

9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawahPerlembagaan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) ada kekosongan dalam keahlian, atau ada kecacatan dalampenubuhan, Pihak Berkuasa;

(b) ada pelanggaran perenggan 8 oleh seseorang ahli Pihak Berkuasa;atau

(c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidakmenyentuh merit perkara itu.

030b.fm Page 60 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 61: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

61

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 30

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI1971

SENARAI PINDAAN

Undang-undangyang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasadari

Akta A80 Akta Universiti dan Kolej Universiti(Pindaan) 1971

24-09-1971

Akta A295 Akta Universiti dan Kolej Universiti(Pindaan) 1975

13-05-1975

Akta A550 Akta Universiti dan Kolej Universiti(Pindaan) 1983

20-02-1983

Akta A946 Akta Universiti dan Kolej Universiti(Pindaan) 1996

*01-10-1996

*CATATAN – Perenggan 2, P.U.(B)428/1996—Menteri menggantung kuat kuasakeseluruhan Akta A946 berkenaan dengan semua Universiti dan KolejUniversiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan KolejUniversiti.

– Lihat juga P.U.(B)56/1997, P.U.(B)102/1998 dan P.U.(B)163/1998—Menteri membatalkan penggantungan kuat kuasa keseluruhan AktaA946 berkenaan dengan Universiti-Universiti yang dinyatakan didalamnya.

030b.fm Page 61 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 62: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

62

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 30

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI1971

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2 Akta A946 01-10-1996

3 Akta A946 01-10-1996

5 Akta A550 20-02-1983

Akta A946 01-10-1996

5A Akta A550 20-02-1983

Akta A946 01-10-1996

6 Akta A80 24-09-1971

7 Akta A946 01-10-1996

8 Akta A946 01-10-1996

10 Akta A946 01-10-1996

11 Akta A80 24-09-1971

15 Akta A295 13-05-1975

15A–15C Akta A295 13-05-1975

15D Akta A295 13-05-1975

Akta A946 01-10-1996

16 Akta A295 13-05-1975

030b.fm Page 62 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM

Page 63: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971

Universiti dan Kolej Universiti 63

16A Akta A295 13-05-1975

Akta A946 01-10-1996

16B Akta A295 13-05-1975

Akta A946 01-10-1996

16C Akta A295 13-05-1975

16D Akta A946 01-10-1996

19 Akta A946 01-10-1996

22 Akta A295 13-05-1975

Akta A946 01-10-1996

23 Akta A946 01-10-1996

24 Akta A946 01-10-1996

24A–24D Akta A946 01-10-1996

26 Akta A946 01-10-1996

Jadual Pertama Akta A80 24-09-1971

Akta A295 13-05-1975

Akta A550 20-02-1983

Akta A946 01-10-1996

Jadual Kedua Akta A946 01-10-1996

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

030b.fm Page 63 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM