aktiviti pjk

13
WAJ 3042 LITERASI BAHASA ABATAN PENGA IAN MELAYU IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG. Pensyarah : En. Hj D!"#arna$n %$n Ma&

Upload: lalitha-hasokar

Post on 05-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aktiviti pjk dalam pnp

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

WAJ 3042LITERASI BAHASA

JABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS, PAHANG. Pensyarah : En. Hj Dzulkarnain bin MatMembuat Inovasi satu set permainan untuk mengajar suku kata KV+KV yang menggunakan penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan kesihatanDEFINISI DAN KONSEP

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang bertujuan membangunkan pengetahuan tertentun kemahiran dan kefahan serta menggalakkan kecekapan fizikal.

Fokus pelaksanaanya hanyalah kepada pembangunan kecekapan fizikal dan bukannya aktiviti fizikal murid.

Pendidikan kesihatan pula merupakan satu proses untuk mengembang dan membekal pengalaman pembelajaran terancang dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dalam Literasi Bahasa MelayuSatu proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan membaca melalui aktivi fizikal yang diperkukuh dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat,mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

Kepentingan PJK kepada murid-muridMembantu membangunkan tahap kecergasan melalui aktiviti fizikal.

Membangunkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan dan gimnastik sambil mempelajari literasi Bahasa.

Memberikan kefahaman tentang keselamatan diri dan orang lain, peralatan dan tempat aktiviti sambil mempelajari literasi Bahasa.

Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali diri dan penjagaan kebersihan diri sendiri.

Aktiviti PJK dalam Literasi Bahasa Melayu

Aktiviti Pjk Dalam Literasi Bahasa Melayu

Terdapat banyak aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang boleh dilaksanakan oleh guru. Guru haruslah bijak merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid dalam usaha memastikan keberkesanan pengajarannya. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah :Pancing suku kata Teng-teng perkataanBoling suku kata Pancing Suku Kata

Peralatan memancing dibina dari ranting pokok atau buluh halus yang diikat bersama benang dan sebatang paku. Beberapa replika hidupan laut dibina menggunakan polisterina dan diletakkan dalam kolam mini.Pada badan replika hidupan laut berkenaan tercatat suku kata KV.Murid bersedia di garisan permulaan. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki berlari ke arah kolam mini dan memancing untuk mendapatkan suku kata berkenaan. Tetapkan syarat pertandingan seperti murid-murid dikehendaki memancing dan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua model hidupan laut berkenaan supaya proses membentuk perkataan boleh dilaksanakan. Pemenang ditentukan berdasarkan siapa yang paling pantas memancing dan berjaya membentuk perkataan.3. Boling Suku Kata

Permainan ini menyerupai cara bermain boling serta tertakluk kepada syarat pertandingan yang ditetapkan. Beberapa biji botol yang telah diwarnakan serta mengandungi kad bersuku kata di bahagian dalam botol berkenaan digunakan. Kemudian semua botol diletakkan dalam satu baris.Murid-murid diminta menggolekkan bola supaya mengenai botol berkenaan. Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan botol yang berjaya ditumbangkan dan kejayaan mereka membina seberapa banyak perkataan KV+KV daripada koleksi kad suku kata yang diperoleh dalam botol yang ditumbangkan.2. Permainan Teng-Teng Perkataan

Permainan ini dijalankan berpandukan reka bentuk gelanggang dan syarat peraturan permainan tradisional teng-teng yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak dahulu kala. Guru terlebih dahulu melukis pelan tapak permainan teng-teng di kawasan lapang. Pelbagai bentuk kad yang mengandungi suku kata KV diletakkan secara berselerak di bahagian D, iaitu pada bahagian hujung petak permainan berkenaan. Permainan dijalankan seperti biasa Cuma pemain dikehendaki meraba kad suku kata menggunakan tangan dengan posisi yang terbalik.Gundu diperlukan untuk mendapatkan tapak di samping berperanan sebagai halangan semasa bermain. Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan perkataan yang berjaya dibina.

TERIMA KASIH