aktiviti program - pkns.gov.my › images › pdf › majalah-biz... · dari 35 peratus kepada...

52
1

Upload: others

Post on 24-Jun-2020

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Jan - Mac 2019

2

Keusahawanan kini menjadi pilihan ramai anak-anak muda kerana yakin bahawa keusahawanan mampu memberi kesenangan dan kejayaan serta kepuasan di dalam

kehidupan mereka. Keyakinan ini semakin menebal apabila dipaparkan bahawa 10 orang terkaya di negara kita yang bernilai berbilion ringgit tiap seorang terdiri daripada usahawan berjaya. Senario ini menguatkan lagi semangat mereka untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kini, di era digital yang dipacu oleh kreativiti dan inovasi, amat memudahkan lagi proses memajukan keusahawanan. Hasilnya, kita dapat saksikan lebih banyak syarikat pemula ditubuhkan.

Sebenarnya keusahawanan yang dibangunkan melalui Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), menyumbang lebih dari 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Penasihat:PUAN HJH SITI ZUBAIDAH BINTI ABD. JABAR PPT

TUAN HAJI SUHAIMI BIN KASDON

Editor:TUAN HAJI SHAMSUL BAHRIN BIN HAJI MD. SHUKUR A.M.N, P.J.K

Penolong Editor:PUAN NUR IZZATY BINTI ANUARPUAN SITI FADHLIAH BINTI AB. HADI

Pengarang:PUAN UMI MADIA BT MOHD NASOHAHPUAN NUR ROHIMAH BINTI HAMZAHPUAN NUR SABRINA BINTI BUANGENCIK AZIM BIN AZHARPUAN NOOR AINA BINTI BASIRUNCIK FATEEHA BINTI RAMLI PUAN NOR ASMAWAR BINTI HAMZAHPUAN AINON BINTI KASSIM

Jurufoto:ENCIK RIDZUAN BIN JAMIL@SHAFIIENCIK AMMAR BIN ISHAKPUAN NUR ATIQAH BINTI HAMZAHPUAN SITI ZULAIHA BINTI YUSOFPUAN NUR IZZATI NADIA BINTI MOHAMAD AWI

ed

ito

rD

ari

Mej

a

www.pknsbizpoint.comBPU PKNS

ENCIK MUHAMMAD YUSOFF IMRAN BIN AZMANCIK NUR SYAFIQAH BINTI AZHAR

Penerbit: BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERBADANAN KEMAJUANNEGERI SELANGOR (BPU PKNS)Tingkat 4, PKNS BizPoint,Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,40000 Shah Alam.

Tel: +603 5511 1720

Pengurusan & Perundingan:KD Land S1-2-1, Aras 2, Blok S1,Vista Alam, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.Tel: +6013 981 6797/+6010 385 6797

Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan kembali tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit.

dan angka ini akan terus meningkat selari dengan kemajuan keusahawanan sepertimana berlaku di negara-negara maju seperti Jepun.

Dalam usaha membangun dan memperkasakan keusahawanan yang akhirnya kelak menyumbang kepada kemajuan PKS dan Negara, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menyediakan platform dalam bentuk latihan keusahawanan yang berstruktur lagi tersusun dari peringkat pelajar sekolah rendah hinggalah kepada graduan lulusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Langkah kreatif yang bermula dengan Program Perintis Usahawan (PPU) bagi murid sekolah rendah disusuli dengan Program Tunas Niaga (PROTUNe), Program Siswazah di peringkat universiti seterusnya disusuli dengan Program Graduate Realising Opportunity Way Forward (GROW) untuk lepasan Institusi Pengajian Tinggi serta banyak lagi program-program pembudayaan dan peningkatan kemahiran keusahawanan dilaksanakan oleh PKNS.

Segala usaha ini memerlukan pelaburan kewangan dan komitmen yang tinggi, namun ianya merupakan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS yang amat efektif dalam membentuk masa hadapan keusahawanan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

redaksiSidang

KEUSAHAWANAN BERDAYA MAJU

TUAN HAJI SHAMSUL BAHRIN BIN HAJI MD. SHUKUR A.M.N, P.J.K

3

2019JAN-MACAKTIVITI PROGRAM

5u12 Januari 2019Seminar Solusi Menuju Baitullah 2019

PROTUNe15 Januari 2019Taklimat Pengetua PROTUNe 2019

17 Januari 2019Taklimat Guru Pembimbing PROTUNe 2019

28 - 31 Januari 2019Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor

PROTUNe

SKB & VIP

11 - 14 Februari 201918 - 21 Februari 201925 - 28 Februari 2019

Kursus Pengurusan Syarikat Kepada Ahli Pengurusan Syarikat PROTUNe Selangor

27 Februari 2019Kursus Pengurusan Fasiliti

PROTUNe12 - 14 Mac 2019Kursus Motivasi Guru Pembimbing PROTUNe Selangor

SKB & VIP26 Mac 2019Teknik Penyediaan Anggaran Sebut Harga Dari Perspektif PKNS

BIZCLUB1 Mac 2019Rakaman Hadith Open Mic

PPU19 - 21 Mac 2019Kem Program Perintis Usahawan 2019

9 Mac 2019Taklimat PKNS x Shopee23 Mac 2019Hari Terbuka Usahawan PKNS

Takwim AktivitiBPU

Jan - Mac 2019

4

BE

RIT

A A

KTI

VIT

IP

RO

TUN

eB

ER

ITA

AK

TIV

ITI

PP

U

BIS

NE

SLU

AR

NE

GA

RA

PR

OJE

K P

KN

SP

RO

JEK

PK

NS

IKLA

N J

AR

ING

AN

BP

UP

ER

NIA

GA

AN

P

ILIH

AN

IKLA

N S

KB

& V

IP

TIP

PE

RN

IAG

AA

N

PR

OJE

K P

KN

S

US

AH

AW

AN

5U

BE

RIT

A A

KTI

VIT

I B

PU

BE

RIT

A A

KTI

VIT

I B

IZC

LUB

Kursus Pengurusan Syarikat PROTUNe 2019

Taklimat Pengetua & Guru Pembimbing PROTUNe 2019

Grand Opening Seminar Solusi Menuju Baitullah 2019

Kunjungan BPU PKNS Ke Johor Corporation

Hadith Open Mic Tingkat Daya Maju Usahawan

Hari Terbuka Usahawan PKNS BizPoint

PKNS X Shopee Jom Bisnes Raya Di Shopee

Peluang Pasaran Halal Jepun

Anak Muda, Berniagalah Tanpa Modal

Fahami Pelanggan AndaAwasi Aliran Tunai Anda!Pemangkin Kejayaan Usahawan Muda

Mendigitalkan Bisnes Anda Sejajar Menelusuri Era Revolusi Perindustrian 4.0

Sekitar Kursus Pengurusan Syarikat PROTUNe Negeri Selangor 2019

Training Of Trainers (TOT) PROTUNe Negeri Selangor

0806

26

31

16

2018

43

32

363840

34

1012

Projek PKNS - Anggun KiranaAlam Nusantara51

US

AH

AW

AN

SK

B &

VIP

Ayob Shariff - Jujur Dan Amanah, Resepi Membina Kejayaan44

BE

RIT

A A

KTI

VIT

I S

KB

& V

IPSeminar Pengurusan FasilitiPenyediaan Sebut Harga Dan Anggaran

2224

US

AH

AW

AN

GR

OW

Di Sebalik Kejayaan Si Pencetus Crazee Fruits28

Dillenia - Harmony Life In Nature

VR2 Cyberjaya - Suatu Kesempurnaan Pangsapuri Servis Moden

Jom Merealisasikan Impian Bisnes Anda Dengan Mudah

Azhar Sharif - Ilmu, Amal Dan Tekad Pacu Kemajuan Perniagaan

Anda Pengeluar Barang Binaan? Sertai Program Usahawan Kami

Kem Program Perintis Usahawan (PPU) 2019

11

05

47

46

48

14

KANDUNGAN652019

BIL

5

ProjekPKNS

Jan - Mac 2019

6

2019

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

(PKNS) telah menganjurkan Taklimat Pengetua dan Guru Pembimbing PROTUNe pada 15 dan 17 Januari 2019 di Bilik Seminar 1, PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam dengan melibatkan sebanyak 50 buah sekolah menengah dalam negeri Selangor. Objektif taklimat yang dianjurkan ini adalah untuk memberi penerangan, peranan, serta tanggungjawab terhadap perancangan Program Tunas Niaga (PROTUNe) negeri Selangor yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Taklimat yang diadakan amat penting untuk guru-guru pembimbing yang dilantik supaya

mampu memberi bimbingan yang lebih berstruktur dengan menerap dan mempraktikkan budaya serta ilmu keusahawanan dalam kalangan pelajar mengikut modul yang disediakan oleh BPU PKNS.

Menerusi ucaptama yang disampaikan oleh Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur memberi penekanan terhadap kepentingan menjiwai keusahawanan dalam diri para pelajar untuk bergelar usahawan muda. Dalam sesi yang sama, guru-guru pembimbing diberi taklimat tentang latar belakang serta matlamat utama PROTUNe iaitu untuk melahirkan usahawan-usahawan muda serta menetapkan

Pembimbing PROTUNeTaklimat Pengetua & Guru

Suasana ketika Taklimat Pengetua PROTUNe 2019 mula berlangsung

Berita AktivitiPROTUNe

Objektif taklimat yang dianjurkan ini adalah untuk memberi penerangan, peranan, serta tanggungjawab terhadap perancangan Program Tunas Niaga (PROTUNe) negeri Selangor yang akan dilaksanakan sepanjang tahun

Para guru pembimbing menikmati juadah yang disediakan

Suasana sekitar Taklimat Guru Pembimbing PROTUNe 2019

7

kriteria pemilihan syarikat terbaik. Pendedahan-pendedahan yang diberikan kepada kesemua guru pembimbing amat penting bagi membantu setiap syarikat yang bertanding bergerak lebih proaktif bagi meningkatkan kualiti syarikat masing-masing.

Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur berkata, beberapa penambahbaikan untuk program PROTUNe kali ini termasuklah mengenai laporan tahunan syarikat yang harus dilampirkan bersama sebagai rujukan bagi menentukan syarikat terbaik. Ini kerana, keuntungan bukanlah faktor utama kepada kemenangan sesebuah syarikat yang bertanding sebaliknya ketepatan maklumat dalam laporan syarikat yang menjadi penentu.

Suasana guru-guru pembimbing yang hadir semasa taklimat mula berlangsung

Matlamat utama PROTUNe iaitu untuk melahirkan usahawan-usahawan muda serta menetapkan kriteria pemilihan syarikat terbaik

Para guru pembimbing bersuai kenal dan melebarkan jaringan

Ketua Juri PROTUNe Encik Yaakob Bin Amir turut memberi pendedahan mengenai kriteria-kriteria yang perlu ditonjolkan oleh setiap syarikat bagi memenangi anugerah yang dipertandingkan, termasuklah kepentingan inovasi dalam menghasilkan sesebuah produk dan kemampuan mengemaskini laporan kewangan syarikat masing-masing.

Program Guru Pembimbing PROTUNe 2019 berakhir pada jam 1.05 petang dengan setiap guru pembimbing memperkenalkan diri masing-masing bagi tujuan suai kenal di antara pihak Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS dan guru-guru pembimbing yang hadir.

Berita AktivitiPROTUNe

Penolong Pengurus BPU PKNS, Puan Nur Izzati Anuar menyampaikan taklimat berkenaan Program BPU PKNS

Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

Jan - Mac 2019

8

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

(PKNS), sekali lagi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Syarikat kepada Ahli Pengurusan Syarikat (PROTUNe) 2019 bermula dari 29 Januari hingga 28 Februari 2019, di Hotel De Palma Shah Alam.

Kursus ini memberi latihan kepada 50 buah sekolah menengah di negeri Selangor yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sekolah-sekolah ini pula dibahagikan kepada empat kumpulan, di mana setiap kumpulan mengandungi sebanyak 12 hingga 13 buah sekolah yang dilatih di bidang keusahawanan selama

empat hari tiga malam. Setiap sekolah pula diwakili oleh lima orang pelajar selaku Ahli Pengurusan Syarikat berserta seorang guru pembimbing, di mana mereka perlu menubuh dan mendaftarkan syarikat dengan ahli pengurusannya terdiri daripada seorang:

Syarikat PROTUNe 2019Kursus Pengurusan

Kursus ini memberi latihan kepada 50 buah sekolah menengah di negeri Selangor yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

KonvensyenPROTUNe 2018

Syarikat yang didaftarkan, perlu mempunyai modal berbayar antara RM30.00 hingga RM1,250.00 yang dipegang oleh 25 pemegang saham termasuklah lima orang Ahli Pengurusan Syarikat.

Antara objektif program PROTUNe adalah:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Pengurus Kewangan

Pengurus Pentadbiran

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Pemasaran

Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah01Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan

02Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman 03Menimbulkan minat keusahawanan sebagai kerjaya yang utama04Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju05

Berita AktivitiPROTUNe

9

Para peserta memberi tumpuan penuh terhadap taklimat yang disampaikan

Para peserta menyampaikan ucapan ketika sesi ice breakingPara peserta bersuai kenal antara satu sama lain dalam sesi ice breaking

Antara para peserta yang hadir semasa sesi program diadakan

Pegawai BPU PKNS, Puan Noor Aina Basirun bersama para peserta ketika sesi ice breaking berlangsung

Berita AktivitiPROTUNe

Selama berada dalam Kursus Pengurusan Syarikat ini, pelajar-pelajar didedahkan dengan ilmu:

Pengurusan pemasaran

Penyediaan rancangan perniagaan

Tugas dan tanggungjawab ahli pengurusan syarikat

Pengurusan kewangan syarikat

Penubuhan dan pendaftaran syarikat

Pada hari ketiga sesi, setiap syarikat yang mewakili sekolah masing-masing telah membuat pembentangan di hadapan juri berkaitan rancangan perniagaan masing-masing.

Terdahulu di dalam ucapan aluannya, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur, menyatakan komitmen PKNS dalam usaha membangunkan program PROTUNe yang dimulakan

sejak lebih 20 tahun dahulu dan membangun hinggalah sekarang. Menurut beliau lagi, PKNS telah memperuntukkan bajet yang tinggi bagi membangunkan program keusahawanan termasuklah program PROTUNe. Beliau mengharapkan pelajar-pelajar PROTUNe memberi tumpuan kepada apa yang diajar di kursus ini, seterusnya dapat mengamalkan ilmu keusahawanan yang dipelajari dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama.

Komitmen PKNS dalam usaha membangunkan program PROTUNe yang dimulakan sejak lebih 20 tahun dahulu dan membangun hinggalah sekarang

Jan - Mac 2019

10

SEKITAR KURSUS PENGURUSAN SYARIKAT PROTUNe Negeri Selangor 2019

Berita AktivitiPROTUNe

11

ProjekPKNS

Jan - Mac 2019

12

Sejajar bagi merealisasikan pemupukan nilai keusahawanan dalam

sekolah terhadap para murid dan guru, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) Guru Pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) negeri Selangor bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam dari 12 hingga 14 Mac 2019.

Program yang berlangsung

selama empat hari tiga malam ini menumpukan pendedahan dan bimbingan kepada para guru untuk menjadi pembimbing yang berwibawa bagi membimbing syarikat PROTUNe yang diwakili sekolah masing-masing. Justeru, bimbingan dan ilmu yang diberikan dapat dipraktikkan oleh para guru untuk membimbing para pelajar PROTUNe.

TRAINING OF TRAINERS (TOT)PROTUNe Negeri Selangor

Pengenalan kepada produk kreatif, inovasi dan perkhidmatan

Motivasi sebagai guru pembimbing

Penulisan laporan anugerah

Pembentangan produk kreatif dan inovasi

The Power of Microsoft Publisher

Tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dan ahli pengurusan syarikat

Pengurusan rekod

Penciptaan produk kreatif dan inovasi

Pengurusan kewangan dan simulasi laporan kewangan

01

03

07

05

09

02

06

04

08

Antara intipati kursus yang dianjurkan adalah:

Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur bersama pegawai dan anggota BPU PKNS serta guru-guru pembimbing PROTUNe 2019

Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam ini menumpukan pendedahan dan bimbingan kepada para guru untuk menjadi pembimbing yang berwibawa bagi membimbing syarikat PROTUNe yang diwakili sekolah masing-masing

Berita AktivitiPROTUNe

13

PROTUNe Negeri Selangor

Melalui perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan ini, para guru akan lebih mudah mencakupi teori dan amali dalam bidang keusahawanan seterusnya dapat membimbing para pelajar PROTUNe secara efektif.

Tenaga pengajar dan juga motivator keusahawanan, Puan Lily Sabrina berkata, kursus ini penting untuk memberikan pendedahan tentang ilmu keusahawanan kepada para guru meskipun mereka berada dalam kerjaya pendidikan di sekolah dan kurang arif tentang keusahawanan. Hal ini kerana, para guru perlu mengetahui dengan

lebih jelas skop tugasan bimbingan mereka untuk membimbing para pelajar dalam menguruskan perniagaan melalui syarikat PROTUNe masing-masing.

Menerusi ucapan penutup di hari terakhir kursus, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan

PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru yang hadir dan mengharapkan para guru dapat menerapkan nilai keusahawanan kepada para pelajar seterusnya menggalakkan guru-guru juga turut menceburi bidang keusahawanan.

“Jika kita menjadi usahawan, kita telah melaksanakan Sunnah Nabi. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

“Guru-guru dan murid tidak dapat dipisahkan. Justeru, bak kata Pengetua SMK Munshi, guru yang hebat melahirkan pelajar yang hebat,” ujar Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md.Shukur.

Kursus ini merupakan program bimbingan tahunan dan memberikan impak positif buat guru-guru dalam membimbing para pelajar yang mewakili syarikat PROTUNe. Para guru pembimbing juga kelihatan bersemangat ketika kursus dijalankan. Semoga para guru dapat membimbing para pelajar dengan baik dan berkesan dalam perniagaan yang dijalankan oleh syarikat PROTUNe masing-masing.

Tenaga pengajar program menyampaikan perkongsian mengenai ilmu keusahawanan

Antara produk kreatif dan inovatif yang disediakan oleh para guru

Guru-guru dibentuk dalam satu kumpulan untuk menghasilkan produk kreatif dan inovatif

Guru-guru menyampaikan pembentangan kumpulan

Jika kita menjadi usahawan, kita telah melaksanakan Sunnah Nabi. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan

Berita AktivitiPROTUNe

Jan - Mac 2019

14

Nilai keusahawanan perlu diterapkan daripada akar umbi agar dapat melahirkan modal

insan dengan nilai keusahawanan dan kepimpinan yang tinggi. Justeru, Program Perintis Usahawan (PPU) Peringkat Negeri Selangor antara inisiatif terpuji oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk melatih usahawan cilik dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.

Bahagian Pembangunan

Usahawan (BPU) PKNS dengan kerjasama The Hikers Climbing Adventure Team telah menjalankan Kem Program Perintis Usahawan (PPU) Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019 yang merupakan aktiviti wajib mengikut takwim tahunan.

Kem Program PPU ini disertai

wakil-wakil pelajar daripada lapan buah sekolah rendah di sekitar Selangor yang dipimpin oleh guru pembimbing. Kem program yang berlangsung selama tiga hari ini sarat dengan objektif dan nilai keusahawanan yang diketengahkan

KEM PROGRAMPERINTIS USAHAWAN

(PPU) 2019kepada para pelajar. Antara aktiviti kem program yang membentuk jati diri usahawan cilik adalah:

Berita AktivitiPPU

Taklimat latar belakang Program PPU

Analisa terperinci perniagaan yang ingin dijalankan

Pendedahan konsep keusahawanan

Penjagaan kesihatan diri, keselamatan dan alam sekitar

Kemahiran dan keusahawanan

01

05

0302

04

Komunikasi interpersonal

Pemantapan kerja berpasukan melalui segmen kreativiti kumpulan

Usahawan Muda Challenge 2019

Pembinaan keyakinan diri dan nilai-nilai positif

Usahawan Muda Challenge Survival Amazing Race

06

10

0807

09

Analisa pemasaran

Perkongsian kejayaan, motivasi dan psikologi

1112

Kem program yang berlangsung selama tiga hari ini sarat dengan objektif dan nilai keusahawanan yang diketengahkan kepada para pelajar

Para peserta melakukan pembentangan produk mengikut kumpulan

Suasana Kem Program Perintis Usahawan (PPU) 2019 di Extreme Park, Shah Alam, Selangor

15

Para peserta melakukan pembentangan produk mengikut kumpulan

Sememangnya, objektif program setiap aktiviti telah tercapai sekaligus dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang pelbagai ilmu dan nilai keusahawanan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kem program PPU ini berlangsung.

Dalam ucapan ketika hari pertama kem program berlangsung, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur berkata, kita sebagai umat Islam perlu mengikut sunnah dan contoh daripada Rasulullah S.A.W yang menjalankan perniagaan.

“Apa cita-cita adik-adik? Apa-apa pun, kita perlu contohi dan ikuti Rasulullah S.A.W yang berniaga,”

ujar Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur kepada para pelajar untuk mendedahkan kepentingan keusahawanan dalam Islam.

Para pelajar yang menyertai kem program ini dilihat amat seronok dan bersemangat menjalankan

Berita AktivitiPPU

aktiviti yang dianjurkan. Sejujurnya, para usahawan cilik ini dilihat mampu menjalankan aktiviti perniagaan di sekolah dengan baik seterusnya menjadi pelapis kebanggaan negara dalam keusahawanan dan kepimpinan dengan ilmu dan pengalaman yang diberikan.

Sejujurnya, para usahawan cilik ini dilihat mampu menjalankan aktiviti perniagaan di sekolah dengan baik seterusnya menjadi pelapis kebanggaan negara dalam keusahawanan dan kepimpinan dengan ilmu dan pengalaman yang diberikan

Suasana ceria para peserta Kem Program PPU ketika di Extreme Park, Shah Alam

Para peserta bermain permainan menguji minda dan fizikal Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur (Dua dari kiri) bersama penganjur (Kiri) dan pegawai BPU PKNS

Jan - Mac 2019

16

Tingkat Daya Maju

USAHAWAN Program Hadith Open Mic

menjadi landasan kepada masyarakat khususnya

usahawan Bumiputera Islam berkongsi pandangan dan idea untuk berjaya dalam perniagaan.

.Program agama berkonsep

sesi ‘Open Mic’ anjuran bersama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kengkawan Project, diadakan di PKNS BizPoint pada 1 Mac 2019 dengan di hadiri oleh lebih 100 orang peserta kebanyakannya terdiri dari kalangan usahawan muda yang ingin mengikuti perkongsian pengalaman susah senang yang diharungi oleh usahawan berjaya.

.Pendakwah bebas, Mohd

Fakhrurazzi Mohd Hanapi atau PU Razi berkata, ia membuka ruang antara orang ramai dan usahawan Bumiputera Islam mengeratkan silaturahim serta menimba nasihat, pengalaman, pandangan, motivasi dan panduan juga ilmu perniagaan..

“Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Kita yang seharusnya tekad berusaha dan bermoral dalam merancang, mengawal dan mengurus serta menjalankan apa jua perniagaan.

.“Orang yang berniaga

memang boleh mengejar kekayaan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan cara betul serta ada juga pahit manisnya namun selepas mengharungi kesusahan dan cabaran, baharu kita dapat merasai betapa indahnya kejayaan dikecapi,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan alu aluan nya, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS,Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur mengharapkan program ini dapat memberi inspirasi kepada usahawan yang hadir khususnya golongan usahawan muda atau start up. Hadir sama di program tersebut ialah Pengurus Besar Perhubungan Korporat PKNS Puan Hajah Roziah binti Ahmad, Pengurus Besar

Orang yang berniaga memang boleh mengejar kekayaan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan cara betul serta ada juga pahit manisnya namun selepas mengharungi kesusahan dan cabaran, baharu kita dapat merasai betapa indahnya kejayaan dikecapi

Berita AktivitiBizClub

17

Bahagian Sumber Maknusia PKNS, Tuan Haji Zaharudin Bin Mohamad Sanif serta pegawai pegawai kanan dan anggota PKNS lain.

.Hadith Open Mic adalah

siri pertama bagi sesi 2019 membawakan perkongsian topik “Berniaga: Susah atau Senang” bagi memberi inspirasi dan menyuntik semangat keusahawanan dalam masyarakat masa kini. Beberapa

orang usahawan telah berkongsi pengalaman susah senang mereka berada di dalam dunia perniagaan, termasuk lah Puan Norliza Ahmad Shairuzi dari syarikat AL Kauthar Resources Sdn.Bhd. Beliau berkongsi pengalaman bagaimana beliau dari seorang guru, tanpa modal dan pengalaman berniaga, memulakan perniagaan membuat dan menjual telekong dan kini maju berkembang serta mempunyai cawangan diseluruh negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu. Syarikat beliau juga turut bernaung di bawah program keusahawanan 5U PKNS.

.Program Hadith Open Mic ini,

sangat santai tetapi mempunyai impak yang amat berkesan terhadap usahawan yang hadir. Diharapkan program seperti ini, dapat diperbanyakkan supaya dapat memberi pendedahan lanjut berkenaan aspek dan kaedah perniagaan Islam dan hukum berniaga.

Pu Radzi menyampaikan ucapan berbentuk nasihat

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Kauthar, Puan Norliza berkongsi ilmu perniagaan

Puan Amira Abdullah berkongsi pengalaman sepanjang beliau berniaga

Antara para hadirin yang dijemput untuk menyampaikan persembahan

Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md.Shukur (Paling hadapan, kiri) bersama tetamu terhormat dan para hadirin

Penyanyi tempatan menghiburkan para hadirin dengan persembahan nasyid

Berita AktivitiBizClub

Jan - Mac 2019

18

Suasana jual beli era kini semakin berkembang pesat secara atas talian melalui penggunaan

telefon pintar dan komputer. Kini, masyarakat kelihatan lebih mudah untuk membeli dan menjual apa jua barangan menerusi platform aplikasi digital berunsur market place.

Market place atas talian terkemuka seperti aplikasi Shopee telah melibatkan jutaan pengguna di seluruh dunia dan produk para usahawan juga akan mudah dipasarkan secara meluas melangkaui sempadan negara. Justeru, para usahawan perlu mengambil peluang terbaik untuk memasarkan perniagaan secara e-dagang di Shopee agar melebarkan pasaran sekaligus dapat meningkatkan jualan.

Justeru, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dengan usahasama Shopee telah menganjurkan program Jom Bisnes Raya Di Shopee pada 9 March 2019 bertempat di bilik Seminar 2, Tingkat 3, PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada

Selangor Information Technology & Ecommerce Council (SITEC).

Objektif sebenar program yang dianjurkan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para usahawan mengenai pasaran e-dagang dan menyediakan wadah pemasaran kepada para usahawan untuk memasarkan produk secara atas talian dalam aplikasi digital Shopee.

Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur berkata, program usahasama PKNS, Shopee dan SITEC ini merupakan suatu pembaharuan dalam menggalakkan perniagaan secara atas talian sejajar era digital dan berharap para usahawan dapat menggunakan platform yang disediakan oleh BPU PKNS ini dengan sebaiknya.Antara pegawai BPU PKNS yang menjayakan Program PKNS X Shopee

Para usahawan perlu mengambil peluang terbaik untuk memasarkan perniagaan secara e-dagang di Shopee agar melebarkan pasaran sekaligus dapat meningkatkan jualan

PKNS X SHOPEE JOM BISNES RAYA DI SHOPEE

Berita AktivitiBizClub

Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan bagi merasmikan program “Jom Bisnes Raya di Shopee” Pihak Bahagian Pembangunan Perniagaan Shopee memberi taklimat berkaitan aplikasi Shopee

19

Berita AktivitiBizClub

“Ini adalah kali pertama kita mewujudkan hab perniagaan bersama Shopee dan SITEC bertujuan mewujudkan market place bagi setiap usahawan untuk memasarkan produk mereka ke peringkat lebih jauh.

“Niat kami sememangnya ingin membantu para usahawan. Kami telah menyediakan kemudahan dan gunakanlah platform terbaik ini. Selamat menjadi usahawan berjaya,” ujar Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur.

Pada permulaan program, pihak koordinator projek daripada SITEC menyampaikan penerangan mengenai pasaran dunia perniagaan e-dagang masa kini dan turut memaklumkan kemudahan studio fotografi dan videografi yang disediakan oleh pihak mereka untuk para usahawan menghasilkan kualiti gambar produk yang menarik sebelum dipasarkan di dalam aplikasi Shopee.

Sepanjang program, bahagian pembangunan perniagaan Shopee memberikan taklimat mengenai latar belakang dan statistik produk

pembelian tertinggi dalam aplikasi Shopee sebagai peneraju market place secara atas talian serta memaklumkan cara-cara untuk para usahawan memasarkan produk dengan berkesan di Shopee.

Mengikut data semasa daripada Shopee, produk berunsur pakaian ialah produk yang paling mendapat jualan dan permintaan tertinggi. Produk berunsur makanan juga telah meningkat naik daripada segi jualan dan permintaan dalam pasaran aplikasi Shopee pada masa kini.

Program yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang ini dihadiri oleh 40 orang usahawan yang akan mendapat manfaat untuk memasarkan produk menerusi platform yang disediakan oleh BPU PKNS dalam aplikasi jual beli atas talian terkemuka Shopee. Rata-rata peserta amat bersemangat untuk memasarkan produk mereka menerusi platform Shopee dengan kemudahan terbaik yang diberikan oleh BPU PKNS.

Pihak Bahagian Pembangunan Perniagaan Shopee memberi taklimat berkaitan aplikasi Shopee

Pihak koordinator projek SITEC berkongsi ilmu berkaitan pasaran e-dagang masa kiniPegawai BPU PKNS memberi penerangan kepada peserta

Sekitar suasana program “Jom Bisnes Raya di Shopee” yang dihadiri para usahawan tempatan

Jan - Mac 2019

20

Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

(BPU PKNS) sentiasa komited dalam merealisasikan aspirasi para usahawan. Umum mengetahui bahawa BPU PKNS yang beroperasi di bangunan PKNS BizPoint menawarkan 13 program keusahawanan dan menyediakan platform untuk memudahkan usahawan tempatan bagi menjalankan urusan perniagaan.

Sejajar dengan cogan kata

memacu kejayaan usahawan, BPU PKNS telah menganjurkan Hari Terbuka Usahawan PKNS BizPoint pada 23 Mac 2019 bertempat di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang.

Melalui program ini, para

usahawan yang hadir dapat mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif yang lahir daripada

HARI TERBUKAUSAHAWAN PKNS BIZPOINT

Taklimat Program GROW 2019

Informasi Program Keusahawanan BPU PKNS

Bisnes Coaching

Pendaftaran Ahli PKNS BizClub

01

03

02

04

Berita AktivitiBizClub

BPU PKNS seterusnya dapat menggunakan platform yang disediakan di PKNS BizPoint sebagai wadah utama dalam meningkatkan tahap perniagaan. Program Hari Terbuka Usahawan BizPoint ini turut menampilkan siri perkongsian ilmu perniagaan percuma yang disampaikan oleh tenaga pengajar daripada Program Graduate Realizing Opportunities Way Forward (GROW) 2019.

Antara pengisian utama

dalam program Hari Terbuka Usahawan PKNS BizPoint adalah:

Para usahawan yang hadir dapat mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif yang lahir daripada BPU PKNS seterusnya dapat menggunakan platform yang disediakan di PKNS BizPoint sebagai wadah utama dalam meningkatkan tahap perniagaan

Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

Suasana sekitar taklimat berkenaan Program GROW 2019

21

HARI TERBUKA

Ruang acara PKNS BizPoint

Dewan dan bilik seminar

Co-working space PKNS BizPoint

Virtual Office

Berita AktivitiBizClub

Menerusi ucapan aluan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur memaklumkan berkenaan latar belakang PKNS BizPoint dalam menjana usahawan dan memberikan kemudahan terhadap para usahawan untuk menjalankan perniagaan.

“Untuk makluman, kami di sini tidak sama seperti agensi lain yang memberikan bantuan berunsur dana. Kami di sini menjana usahawan,” ujar beliau.

Ketua pengajar program GROW 2019, Puan Lily Sabrina Md. Saberi mengalu-alukan kehadiran usahawan muda yang hadir semasa program diadakan dan memberikan taklimat berkenaan program GROW yang akan berlangsung pada awal April 2019.

Antara sesi perkongsian ilmu perniagaan yang disampaikan oleh barisan tenaga pengajar program GROW 2019 ialah seperti ilmu inovasi bisnes, pengurusan kewangan, pemasaran berkesan dan bisnes gaya korporat.

Nyata, Program Hari Terbuka Usahawan PKNS BizPoint yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para usahawan muda dalam pelbagai bidang. Hari Terbuka Usahawan PKNS BizPoint ini telah memberikan pendedahan kepada usahawan mengenai program dan

platform keusahawanan di PKNS BizPoint seterusnya menggalakkan usahawan menjadi ahli PKNS BizClub untuk menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan.

Berikut ialah kemudahan yang disediakan di PKNS BizPoint yang terbuka kepada seluruh masyarakat:

Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur bersama pegawai dan anggota BPU PKNS yang menjayakan program

Antara para hadirin dan usahawan yang hadir memeriahkan program

Pelajar PROTUNe turut hadir bagi mempromosikan jualan

Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur (Tengah) memberi penerangan berkaitan inisiatif yang disediakan di PKNS BizPoint

Pegawai BPU PKNS menyediakan booth pameran berkenaan kemudahan yang ditawarkan di PKNS BizPoint

Untuk makluman, kami di sini tidak sama seperti agensi lain yang memberikan bantuan berunsur dana. Kami di sini menjana usahawan

Rata-rata hadirin yang hadir memuji dan menyokong penuh inisiatif dan platform yang disediakan oleh BPU PKNS melalui PKNS BizPoint ini sebagai hub keusahawanan dan kemasyarakatan seterusnya dapat memacu kemajuan dalam keusahawanan sekaligus memberikan manfaat terhadap seluruh masyarakat.

Jan - Mac 2019

22

Pengurusan Fasiliti atau Facilities Management merupakan bidang bisnes yang

mempunyai nilai pasaran berjumlah lebih dari RM24 billion setahun dan terus berkembang. Inilah peluang perniagaan yang dibincangkan di kursus Introduction to Facilities Mangement (FM) anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 Februari 2019 di PKNS BizPoint Shah Alam dengan dihadiri oleh 36 peserta yang mewakili syarikat kontraktor berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) dari kelas G1 hingga G7.

SEMINAR

Kursus sehari ini diselaraskan oleh Encik Amar Farid Omar yang merupakan seorang tenaga pengajar yang berdaftar dengan CIDB dan juga sebagai jurutera elektrik. Menurut Encik Amar, FM boleh juga didefinasikan sebagai satu kerjaya yang merangkumi beberapa disiplin untuk memastikan keberkesanan pengurusan yang merangkumi modal insan, proses, tempat dan teknologi. Beliau turut menyatakan harapan pengguna kini kian meningkat, ianya satu evolusi dan FM merupakan pemangkin bagi memenuhi serta menepati harapan tersebut.

PENGURUSANFASILITI

Tenaga pengajar CIDB, Encik Amar Farid Omar menyampaikan seminar

Seminar Pengurusan Fasiliti

Suasana ketika para peserta mendaftar seminar

Berita AktivitiSKB & VIP

FM boleh juga didefinasikan sebagai ‘satu kerjaya yang merangkumi beberapa disiplin untuk memastikan keberkesanan pengurusan yang merangkumi modal insan, proses, tempat dan teknologi

23

Antara para hadirin yang hadir mendengar seminar pengurusan fasiliti

Menurut Encik Amar lagi, pasaran FM adalah amat besar contohnya sesebuah hospital, fungsi utama hospital ialah menyediakan khidmat kesihatan sebagai core business. Justeru, tanggungjawab FM adalah memberi sokongan agar core business tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Contoh lain pula, shopping mall memberi kepuasan pelanggan kepada perniagaan. Kejayaan perniagaan dan kepuasan pelanggan berkait rapat dengan urusan FM yang juga merangkumi aspek penyelenggaraan mesin dan peralatan, serta pengurusan perkhidmatan pelanggan. Pemilik bangunan atau fasiliti hanya memerlukan out source urusan FM kerana kontrak FM berteraskan Performance Base Contract. Jadinya, terpulanglah kepada kontraktor FM untuk menyediakan ‘business model’ sendiri bagi memenangi sesuatu kontrak FM.

Amalan business model sedia ada ialah Private Financing Initiative (PFI) untuk jangkamasa panjang sehingga 20 tahun.

Pasaran Pengurusan Fasiliti atau FM terbuka luas selari dengan pembangunan negara, begitulah rumusan kursus FM yang berakhir pada sebelah petang dengan penyampaian sijil kehadiran kepada peserta.

Pasaran FM amatlah besar sekali contohnya sesebuah hospital, fungsi utama ialah menyediakan khidmat kesihatan sebagai core business. Justeru, tanggungjawab FM adalah memberi sokongan agar core business tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamatnya

Encik Amar berkongsi ilmu pengurusan fasiliti kepada para peserta

Peserta menerima sijil penyertaan seminar

Para peserta memberikan tumpuan terhadap seminar yang disampaikan

Carta pengurusan fasiliti

Berita AktivitiSKB & VIP

Jan - Mac 2019

24

Setiap perniagaan mengharapkan keuntungan yang boleh memberi

kesejahteraan kepada anggotanya, pemegang saham syarikat, seterusnya kepada masyarakat umum. Bagi usahawan yang menceburi bidang kontrak pula, mereka memerlukan kemahiran dan ketelitian mengira serta menganalisa kos supaya apa sahaja sebut harga yang disertai memberi pulangan lumayan.

Perkiraan kos dari segi bahan binaan, kos buruh serta kos kewangan sangat memerlukan kemahiran. Inilah yang dibincang dan diajar di Kursus Penyediaan dan Anggaran Sebut Harga menurut Perspektif PKNS yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 26 Mac 2019 yang lalu di PKNS BizPoint, Shah Alam.

Kursus sehari ini disertai oleh 40 orang kontraktor termasuklah kontraktor di bawah Program

PENYEDIAAN SEBUT HARGA

DAN ANGGARAN

Berita AktivitiSKB/VIP

Bagi usahawan yang menceburi bidang kontrak pula, mereka memerlukan kemahiran dan ketelitian mengira serta menganalisa kos supaya apa saja sebut harga yang di sertai memberi pulangan lumayan

Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

Leftenan Kolonel Che Abdullah Abd. Wahab memberi bimbingan dan latihan

Sr. Adnan Harun menyampaikan taklimat kriteria pemilihan tawaran kerja SKB

25

Subkontraktor Bumiputera (SKB) PKNS. Peserta diberi latihan dan dibimbing secara praktikal tentang cara mengira kos untuk sebutharga oleh Lt. Kol (B) Che Abdullah Abd Wahab yang pernah menjadi ketua Juruukur Bahan di Kementerian Pertahanan Malaysia, serta berdaftar sebagai tenaga pengajar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia.

Sesi kedua kursus diadakan pada sebelah petang dikendali oleh Ketua Jurukur Bahan PKNS Sr. Adnan Harun yang berkongsi ilmu dan pengalaman pengurusan kontrak untuk SKB PKNS.

“Kontraktor perlu mempunyai sasaran strategi dalam penyediaan sebut harga iaitu biarpun margin keuntungan amat kecil, asalkan

Berita AktivitiSKB/VIP

memperolehi banyak projek,” ujar Sr. Adnan.

Di samping itu, beliau berpendapat bahawa kontraktor perlu memperkukuhkan networking dan tidak hanya berseorangan agar dapat bantu-membantu untuk memahami pengurusan kontrak. Beliau juga turut memaklumkan anak syarikat PKNS iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) akan memberi khidmat pemfaktoran bagi membantu kewangan SKB.

Dalam ucapan penutup kursus, Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur telah meminta kepada para kontraktor yang hadir supaya meningkatkan semangat juang bagi mencapai kejayaan kerana kontraktor akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, InshaAllah akan membawa kejayaan.

Sr. Adnan Harun menyampaikan taklimat kriteria pemilihan tawaran kerja SKB

Kehadiran para peserta mendaftar seminar Sijil penghargaan diberikan kepada para peserta

Suasana sekitar seminar Penyediaan Sebut Harga dan Anggaran berlangsung

Sijil penghargaan diberikan kepada para peserta

Jan - Mac 2019

26

SEMINAR SOLUSIGRAND OPENING

MENUJU BAITULLAH 2019

Seluruh umat Islam mempunyai tanggungjawab, harapan dan cita-cita untuk melaksanakan

rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji dan umrah. Sudah pasti ramai yang berimpian untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah ini lebih-lebih lagi ketika usia yang muda namun tidak membuat sebarang tindakan untuk menggapai impian beribadah di tanah suci serta beranggapan mempunyai pelbagai kekangan bagi merealisasikannya.

Sehubungan itu, Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menganjurkan Seminar Grand Opening Solusi Menuju Baitullah (SMB) bagi merealisasikan impian umat Islam untuk mengerjakan haji dan umrah.

Seminar sehari berimpak tinggi ini berlangsung di Laman PKNS, Shah Alam, Selangor pada 12 Januari 2019. Seminar Solusi Menuju Baitullah ini merupakan seminar yang dirangka khas

Sudah pasti ramai yang berimpian untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah ini lebih-lebih lagi ketika usia yang muda namun tidak membuat sebarang tindakan untuk menggapai impian beribadah di tanah suci serta beranggapan mempunyai pelbagai kekangan bagi merealisasikannya

Tuan Haji Abdullah Abdul Rahman Shah merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) yang menyampaikan seminar Solusi Menuju Baitullah

Tuan Haji Abdullah Abdul Rahman Shah bersemangat menyampaikan tip berkenaan haji dan umrah

Peserta berpuas hati dengan seminar yang disampaikan

Usahawan5U

27

bagi menyedarkan umat Islam akan kewajipan dan keutamaan menunaikan haji dan umrah serta menawarkan solusi dan menyediakan platform mudah untuk merealisasikan impian ibadah umrah yang pertama seawal tiga bulan dan menunaikan haji seawal tiga tahun.

Visi dan misi AMTC menerusi seminar ini ialah:

Para peserta seminar didedahkan pelbagai solusi untuk merealisasikan hasrat menunaikan ibadah haji dan umrah. Segala perkongsian dalam seminar juga adalah berdasarkan kajian terkini dan terbukti berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

AMTC sentiasa komited untuk

merealisasikan impian seluruh umat Islam bagi menunaikan umrah setiap tahun dan menunaikan haji dalam usia yang muda.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AMTC iaitu Tuan Haji Abdullah Abdul Rahman Shah berkata, betapa pentingnya seruan untuk menyedarkan umat Islam untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah ini serta bagaimana dengan kuasa tindakan, impian menuju ke Baitullah akan terlaksana.

“Penting untuk seruan ke arah mengerjakan ibadah haji dan umrah ini. Betapa ramai yang mempunyai impian untuk mengerjakan ibadah

haji dan umrah namun tidak ramai yang membuat tindakan untuk memastikan impian tersebut tercapai.

“Inilah platform yang disediakan kepada umat islam iaitu bagaimana mereka mampu ke tanah suci bukan hanya sekali dan InshaAllah setiap tahun dengan kuasa tindakan yang

Membantu umat Islam yang belum pernah ke tanah suci seawal 3 bulan

Peluang menceburi industri haji dan umrah serta menjadi usahawan professional yang bertauliah

Platform umrah percuma setiap tahun atau setiap bulan

1

3

2

kita kongsikan,” kata Tuan Haji Abdullah.

Kursus yang dihadiri 270 orang peserta ini berakhir pada jam 5:30 petang. Kesemua peserta kelihatan bersemangat bagi merealisasikan impian beribadah di tanah suci dan menjadi mutawwif professional yang beriman di dunia dan akhirat.

Betapa ramai yang mempunyai impian untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah namun tidak ramai yang membuat tindakan untuk memastikan impian tersebut tercapai

Para peserta berdiri dan berikrar untuk memotivasikan diri demi merealisasikan impian menuju ke Baitullah

Suasana para peserta yang berpuas hati sepanjang seminar berlangsung

Sebahagian kakitangan AMTC yang menjayakan seminar

Petugas seminar (kiri) dan peserta-peserta berkongsi pengalaman mengenai hal ehwal haji dan umrah

Antara para peserta yang hadir mengikuti seminar

Usahawan5U

Jan - Mac 2019

28

Graduate Realizing Opportunities Way Forward

Sapaan mesra pasangan muda suami isteri ini tatkala bersua begitu mendamaikan. Mereka

kelihatan santai dan selesa sekali melayani pelanggan yang datang berkunjung untuk menikmati smoothie avocado, mangga dan kurma cetusan idea mereka sendiri di Eastern Cafe, No.3, Jalan Jelok 6, Kajang, Selangor ini.

Mereka yang dimaksudkan ialah Muammar Apipi dan Nuryasmin Moktar, masing-masing baru berusia 33 tahun, namun memiliki visi dan misi besar tatkala membuat keputusan memanfaatkan khasiat buah-buahan dengan menjadikannya sebagai sumber rezeki mereka sehingga sekarang.

Suami isteri ini enggan menoleh ke belakang lagi apabila mahu membabitkan diri secara serius dengan perniagaan membekalkan buah-buahan segar ke serata pelosok Lembah Klang sejak lima tahun yang lalu.

BERMULA DARI BAWAH

Sungguhpun begitu, segala hasil yang diperolehi Muammar dan Yasmin kini bukan diraih sekelip mata. Mereka juga pernah melalui perit-jerih dan pahit-maung sebelum menjadi ahli perniagaan yang berjaya ketika ini.

Sewaktu diminta menggamit kembali kenangan mula-mula mereka terbabit dalam dunia perniagaan, Muammar seraya bertukar nada, petanda beliau serius menyelusuri liku-liku kehidupan masa lampau.

Semuanya bermula semasa mereka tercari-cari jenis perniagaan yang bernilai tinggi agar faedahnya boleh dikongsikan bersama dengan lebih ramai orang selain daripada bemotifkan keuntungan semata-mata.

“Satu sahaja visi kami iaitu berazam mahu menjadi jenama nombor satu minuman jus avokado yang segar, berkhasiat serta mudah dinikmati di mana-mana jua kerana kami percaya ramai

ingin mengamalkan diet seimbang ke arah gaya hidup sihat. Kami berasa bertanggungjawab untuk membantu memenuhi permintaan dan keperluan nutrisi rakyat Malaysia. Dalam masa sama dapat menyumbang ke arah bandar yang sihat rakyatnya.

“Untuk pengetahuan, My Chenta Legacy Enterprise (MCLE) (002391436-P) dengan status pemilikan perkongsian ini ditubuhkan pada Disember 2014. Melalui MCLE, kami membangunkan jenama Crazee Fruits, khas untuk memasarkan produk berasaskan buah-buahan segar dan berkualiti.

“Istimewanya, produk kami terdiri daripada buah-buahan segar, buah potong dan juga jus

Crazee Fruits menawarkan minuman jus avocado yang segar dan berkhasiat

UsahawanGROW

KEJAYAAN SI PENCETUS Di Sebalik

CRAZEE FRUITS

29

buah asli tanpa pengawet & gula yang tinggi. Buah pilihan pula tidak terhad kepada jenis tempatan sahaja, bahkan merangkumi buah-buahan tropikal serta yang diimport. Pelbagai cara yang kami gunakan untuk mempromosikan produk termasuklah mendirikan kiosk, membekalkan buah-buahan ke gerai jualan, kafe, sekolah, malah melangkaui sehingga ke pejabat di sekitar Cyberjaya, Shah Alam dan Kargo KLIA,” tambah Pengurus Operasi dan Strategi Perniagaan ini lagi.

MAKLUM BALAS POSITIF PELANGGAN

Masih segar dalam ingatan Yasmin, betapa mereka berdua bersungguh-sungguh mahu merealisasikan impian dengan menyertai kelas Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan dan Milionaire Marketing Mastery oleh Dr Azizan Osman sekitar 2013.

Pada tahun 2015, mereka menyertai program Usahawan Siswazah PKNS Graduates Realising Opportunities Way Forward (GROW) yang antara lain bertujuan membantu golongan siswazah yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, program ini juga menolong peserta

dalam mengendalikan perniagaan daripada peringkat awal sehingga berjaya. Segala informasi dan pengalaman berguna dikongsikan bersama agar usahawan mampu berdaya saing dan bertahan lama dalam bisnes.

Menurut Yasmin, perniagaan tidak mampu berkembang pesat begitu sahaja. Lumrah dalam dunia perniagaan, pasti ada jatuh bangunnya. Sehinggalah pada 2016, beliau terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian pinggang yang agak teruk. Ketika itu dia masih boleh bersolat namun dalam keadaan duduk dan tidak boleh berdiri lama apatah lagi untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama.

Keadaan bisnes pula amat menyedihkan dan nyawa-nyawa ikan. Masih boleh bertahan tetapi cuma kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Emosi mereka sedikit terganggu namun Alhamdulillah, semuanya kembali pulih dua tahun kemudian.

“Saya yakin dengan cara kami iaitu meletakkan kualiti dengan harga berpatutan sebagai keutamaan dalam apa-apa jua yang dilakukan, barulah ada kesinambungan. Ini sekaligus mampu meraih kepercayaan pelanggan untuk terus

membeli produk kami dari semasa ke semasa. Penerimaan pula sangat positif terutama sekali daripada pelanggan berstatus ibu dan wanita mengandung. Teruja juga apabila ramai yang berkongsi maklum balas positif saban hari.

“Dalam banyak-banyak produk, paling saya sukai ialah smoothie Avokurma iaitu avocado yang dicampur dengan buah kurma sebab untuk mendapatkan resipi yang betul-betul tepat dan lazat sebelum dipasarkan memang mengambil masa yang lama, namun penat lelahnya berbaloi apabila mendapat pujian daripada para pelanggan.

“Uniknya, bahan-bahan yang kami gunakan sangat premium. Jus berkhasiat ini diformulasikan daripada empat bahan utama seperti buah avocado segar, susu rendah lemak, madu dan air bertapis dengan dua perisa asli dan coklat. Malah saya sendiri mengamalkannya ketika bulan Ramadan. Tubuh lebih bertenaga sehingga waktu berbuka meskipun menyusukan dua anak lelaki serentak.

“Tidak ramai sebenarnya sukakan avokado; buah berbentuk bujur, berkulit hitam kehijauan berkilat, ditambah pula dengan biji yang agak besar di tengah-tengahnya. Namun, isinya yang berlemak membuatkan buah ini punya kelompok peminatnya tersendiri.

“Kandungan potassium yang tinggi dalam buah avokado jika diamalkan secara kerap, mampu membantu merendahkan tahap tekanan darah. Manakala, kandungan folatnya pula dipercayai baik untuk kesihatan jantung. Lemak avokado dikatakan mampu mengurangkan berat badan dengan cara membantu badan berasa lebih kenyang lebih lama,” jelas Yasmin yang mempunyai pengalaman dalam bidang katering serta pengurusan makanan.

TERUS FOKUS DAN KONSISTEN

Bagi Muammar dan Yasmin, mereka tidak sesekali berasa malu memiliki sebuah perniagaan yang kecil modalnya. Mereka sendiri menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membuat modal pusingan dan berasa beruntung kerana tidak perlu membabitkan sebarang pinjaman berskala besar.

UsahawanGROW

Jan - Mac 2019

30

Syarikat juga tidak perlu menanggung bebanan hutang. Sekiranya bermula terlalu gah atau besar, dibimbangi tersungkur di tengah jalan. Sebaliknya, pengalaman yang penuh berliku dan mencabar menjadikan seseorang itu semakin mahir dengan selok-belok sebagai seorang ahli perniagaan.

Mereka menetapkan matlamat, terus fokus dan sentiasa konsisten dalam apa-apa jua yang dilakukan. Tidak lupa untuk sentiasa ikhlas berkongsi manfaat supaya kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli mendapat keberkatan dalam rezeki yang diterima. Selalu bersikap jujur dalam memberi nilai serta perlu telus dalam membuat sebarang keputusan tanpa sebarang unsur riba mahupun rasuah juga menjadi pegangan utuh mereka berdua.

INGIN JADI IDOLA

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui masih bertatih dalam dunia bisnes, tetapi pada masa sama mereka tidak mahu melihat anak Melayu hidup susah serta melarat. Mereka tekad menjadi idola kepada mereka yang ingin mengubah nasib diri daripada terus-terusan meratapi kepayahan.

Mereka merancang untuk menyediakan kemudahan pasar raya untuk komuniti yang berkonsepkan koperasi kelak. Paling utama, mampu menyediakan peluang pekerjaan dan membantu membekalkan keperluan nutrisi buat golongan B40 tanpa mengenakan bayaran tinggi kepada golongan ini adalah sasaran dan rencana utama mereka pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu mereka

sedar bahawa tanggungjawab serta semangat membara perlu seiring dengan segala usaha yang dilakukan sekarang ini. Mereka menganggap wang hasil keuntungan perniagaan sebagai duit syarikat dan bukannya masuk ke poket sendiri kerana daripada situlah berputik modal untuk terus mengembangkan bisnes.

Selain itu, mereka juga yakin bahawa setiap perkara di dunia ini pasti ada sisi positif dan negatif. Adalah menjadi asam garam kehidupan, tentunya ada halangan dan cubaan dalam mencari kejayaan.

“Kami mahu menjadi ahli perniagaan berjaya yang sentiasa berfikiran di luar kotak dan mahu memberi inspirasi kepada semua. Selalu sematkan dalam hati, sehebat manapun kita suatu hari nanti, usah angkuh dan mendabik dada. Biarlah kita meninggalkan dunia ini dengan impak besar dan menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi negara,” akhiri Muammar dan Yasmin yang kini sudah boleh tersenyum bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi tanpa henti berkat semangat keusahawanan mereka yang begitu kental dan jitu sekali.

Dapatkan Healthy Avocado Smoothie di:

Kiosk Crazeefruits, Eastern Cafe, No. 3, jalan jelok 6, Bandar kajang, 43000 kajang.

Hubungi kami untuk maklumat Stokis Avocado Smoothie bulan Ramadan ini!

Pengedar seluruh Malaysia diperlukan.

Terbuka untuk 20 terawal!

Daftar Stokis 018 9711 325

Facebook : Crazeefruits

Instagram : Crazeefruits

NURYASMIN BINTI MOKTARMUAMMAR BIN APIPI

INFO

RIN

GK

AS

INFO

RIN

GK

AS

UmurUmur

JawatanJawatan

No TelefonNo Telefon

FacebookFacebook

InstagramInstagram

Latar Belakang Pendidikan

Latar Belakang Pendidikan

33 Tahun33 Tahun

Pengurus Pentadbiran dan Pemasaran Crazee Fruits

Pengurus Operasi dan Strategi Perniagaan My Chenta Legacy Enterprise (MCLE)

018-9711325 012-3252086

NURYASMIN MOKTARMUAMMAR APIPI

@yasminmoktar@muammarapipi

Diploma Pengurusan Hotel dan Katering dari Politeknik Johor Bharu serta Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media (Periklanan), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

UsahawanGROW

31

Seramai 10 orang pegawai dan anggota Bahagian Pembangunan Usahawan

(BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengadakan lawatan ke Johor Corporation (JCorp) pada 25 Mac 2019 bertujuan untuk berkongsi ilmu dalam memajukan keusahawanan.Delegasi ini diketuai oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur.

KUNJUNGAN BPU PKNS KE JOHOR CORPORATION

Berita AktivitiBPU

Pihak BPU PKNS memulakan sesi lawatan ke Menara JLand sebelum menghadiri sesi taklimat bersama pihak JCorp. Antara perkara yang dibincangkan menerusi lawatan ini ialah berkenaan taklimat korporat, penggunaan KASH Card dalam kalangan pelajar PROTUNe, Program Celik Kewangan iaitu ProDu-It dan Kelas Rancangan Usahawan.

Pihak BPU PKNS berkunjung ke Ibu Pejabat JCorp Pihak BPU PKNS bersama anggota JCorp di Menara JLand

Pihak BPU PKNS meninjau pameran hartanah JLand ( Anak Syarikat Johor Corporation) di Menara JLand

Sekitar suasana sesi taklimat korporat oleh pihak JCorp

Pihak BPU PKNS disambut mesra oleh pihak JCorp Pihak BPU PKNS diraikan di majlis jamuan makan tengah hari

Pihak BPU PKNS menyampaikan cenderamata kepada pihak JLand

Sesi taklimat korporat telah disampaikan oleh Naib Presiden Penjenamaan dan Komunikasi Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KASH, Puan Norsiah Juriani Johari. Pihak BPU PKNS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada JCorp dengan menyampaikan cenderamata kepada wakil pihak JCorp di akhir sesi lawatan.

Jan - Mac 2019

32

Mutakhir ini, masih ramai anak muda yang belum mendapat kerja. Hal ini kerana, peluang

pekerjaan begitu terhad. Oleh kerana mereka masih belum lagi mendapat kerja, maka mereka menghabiskan hari-hari mereka di rumah sahaja. Itu pun jika mereka tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti melepak di kedai-kedai makan misalnya.

Kos sara hidup yang tinggi terutama di bandar-bandar besar memang memerlukan belanja yang banyak. Anak muda yang masih belum mendapat kerja amat memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Mereka sudah tidak boleh bergantung kepada ibu bapa mereka lagi memandangkan mereka sudah pun dewasa.

Seandainya mereka masih belum mendapat kerja, mereka boleh sahaja berniaga secara kecil-kecilan untuk mendapatkan wang. Berniaga juga ialah suatu bentuk pekerjaan. Terdapat banyak perniagaan yang boleh mereka ceburi yang boleh menjana keuntungan yang lumayan.

Pada masa kini, terdapat suatu bentuk perniagaan tanpa perlu

mengeluarkan sebarang modal yang boleh diceburi oleh anak muda. Meskipun perniagaan jenis ini tidak mengeluarkan sebarang modal, namun perniagaan jenis ini masih mampu untuk menjana wang yang banyak. Cuma mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu untuk memastikan perniagaan tanpa modal yang mereka ceburi ini boleh berjaya.

Antara perniagaan tanpa modal yang boleh diceburi oleh anak muda adalah:

TipPERNIAGAAN

Dropship

Percetakan (printing)

Pereka laman sesawang (web design)

Ejen penapis air Cuckoo

Affiliate

Menulis e Buku (eBook)

Pereka grafik

Memandu Grab car

Sebenarnya terdapat banyak lagi perniagaan tanpa modal boleh diceburi oleh anak muda yang masih belum mendapat kerja. Cuma mereka perlu pandai mencari di internet atau bertanya kepada orang-orang yang telah lama terlibat dalam perniagaan tanpa modal ini.

Memang diakui bahawa menceburi perniagaan tanpa modal ini mudah. Namun begitu, untuk menjana keuntungan daripada perniagaan jenis ini bukanlah sesuatu yang mudah seandainya mereka yang menceburi perniagaan

ANAK MUDA,BERNIAGALAHTANPA MODAL

33

Untuk menjana keuntungan daripada perniagaan jenis ini bukanlah sesuatu yang mudah seandainya mereka yang menceburi perniagaan jenis ini tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu

TipPERNIAGAAN

Kesukaran memasarkan produk

Kesukaran menguruskan kewangan

Kesukaran melayan karenah pelanggan yang bermacam ragam

Kesukaran meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan

Masalah penghantaran barang

jenis ini tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu. Tidak ramai anak muda yang menceburi perniagaan jenis ini kekal bertahan dalam tempoh masa yang lama.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anak muda yang ingin menceburi perniagaan tanpa modal ialah :

Walau bagaimanapun, semua cabaran yang disenaraikan di atas boleh diatasi jika anak muda mempunyai kemahiran tertentu dalam perniagaan tanpa modal ini. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah :

Kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan

Kemahiran pengurusan

Kemahiran dalam perakaunan dan kewangan

Kemahiran pemasaran

Seandainya kemahiran-kemahiran di atas tidak dikuasai, maka sukarlah anak muda yang menceburi perniagaan tanpa modal ini kekal untuk bertahan. Oleh itu, sama ada suka atau pun tidak, kemahiran-kemahiran di atas perlulah dikuasai oleh mereka.

Memang diakui bahawa mencari pekerjaan pada masa sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. Jalan alternatif yang boleh digunakan oleh anak muda untuk mendapatkan wang ialah dengan berniaga. Perniagaan tanpa modal merupakan salah satu jenis perniagaan yang boleh diceburi oleh mereka.

Jan - Mac 2019

34

Suasana perniagaan dan jual beli pada masa kini kian berubah. Tidak sama seperti

zaman datuk dan nenek moyang kita dahulu. Semakin canggih teknologi mengikut peredaran zaman, semakin banyak kemudahan dan aplikasi canggih tercipta yang mempengaruhi aktiviti jual beli barangan dan perkhidmatan dalam masyarakat. Masyarakat pada hari ini sememangnya terdedah kepada dunia digital dan aplikasi canggih dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.

Kegiatan jual beli pada hari ini kelihatan lebih meluas melangkaui sempadan negara. Semua aktiviti jual beli boleh dilakukan secara atas talian tidak kira di mana jua kita berada. Itulah kecanggihan teknologi digital yang dirasai kita ketika ini. Jika kita sebagai pengusaha perniagaan dan usahawan, hal ehwal pengurusan perniagaan juga kelihatan lebih mudah dan sistematik jika kita menerapkan teknologi terkini.

Ramai individu di dunia memiliki telefon pintar. Betul? Jadi, ini ialah satu peluang terbaik sebagai usahawan untuk menerapkan elemen digital dalam perniagaan yang dijalankan agar tidak terkebelakang dalam arus pemodenan. Selain itu, ianya dapat

meningkatkan tahap kemajuan dan jualan dalam perniagaan anda.Sebenarnya, pendigitalan adalah satu kemestian. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan dalam perniagaan yang dijalankan. Orang lain sudah menaiki kereta, kita baru ingin menaiki basikal.

Seiring dengan kemajuan

teknologi digital, kita juga perlu berubah untuk memajukan perniagaan yang dijalankan dengan menambah baik dan memajukan bisnes dengan elemen pendigitalan. Jika kita tidak melakukannya, kelak kita menghadapi kerugian. Lihatlah suasana pasaraya dan pusat beli belah pada hari ini, kemungkinan besar terjejas jika tidak mempunyai elemen jualan atas talian dan tidak menggunakan teknologi canggih.

Justeru, bagaimana mendigitalkan bisnes? Terdapat pelbagai cara untuk mendigitalkan bisnes anda. Di sini, disertakan beberapa tip, aplikasi dan teknologi digital yang boleh diterapkan dalam perniagaan:

PLATFORM MEDIA SOSIAL :

Bina kedai atas talian anda dengan menggunakan platform percuma seperti di laman media sosial Facebook, Instagram dan

MENDIGITALKAN BISNES ANDA

WhatsApp. Anda dapat melakukan aktiviti jual beli dan dapat berinteraksi bersama pelanggan di Malaysia atau di luar negara melalui platform media sosial ini.

APLIKASI GOOGLE MY BUSINESS :

Daftarkan tapak perniagaan, kedai atau pejabat anda di laman Google My Business secara percuma. Anda juga boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store. Google My Business membantu para pengguna mencari kedai atau pejabat anda di laman carian Google. Di situ, akan tertera secara khusus maklumat alamat, masa operasi dan gambar kedai atau pejabat anda. Secara tidak langsung, perniagaan anda senang diketahui di laman carian Google dan akan memudahkan pelanggan untuk pergi ke kedai atau pejabat anda.

LAMAN E-DAGANG :

Gunakan laman e-dagang seperti aplikasi Shopee atau Alibaba untuk memasarkan perniagaan anda dengan lebih meluas segmentasinya. Para pengunjung laman web e-dagang meliputi seluruh pengguna di dunia. Jumlah pelanggan lebih ramai dan dapat meningkatkan jualan barangan.

TipPERNIAGAAN

Sejajar menelusuri Era Revolusi

Perindustrian 4.0

35

LAMAN WEB :

Bina laman web perniagaan anda yang mesra pelanggan. Gunakan nama domain yang mudah diingati oleh pengguna. Para pengguna boleh mengakses perniagaan anda di internet dengan lebih mudah dengan kewujudan laman web perniagaan anda.

SEO GOOGLE :

SEO merujuk kepada Search Engine Optimization iaitu proses yang memudahkan laman web atau laman sesawang anda mudah dicari dan terletak di halaman utama pada paparan Google. Hal ini akan memperlihatkan laman web anda sentiasa kelihatan teratas di halaman utama carian dan memudahkan serta meningkatkan jumlah pengguna untuk melawat laman perniagaan anda. Gunakan keyword yang unik, ringkas dan mudah difahami untuk pengguna melawat laman anda. Terdapat juga alat yang membantu dalam proses SEO seperti ‘Quick Sprout Analyzer’ dan ‘Yoast SEO plugin’ yang membantu memudahkan carian pengguna dan menaikkan ranking carian laman web perniagaan anda di laman Google.

APLIKASI MUDAH ALIH :

Anda digalakkan mencipta aplikasi untuk perniagaan anda yang boleh dimuat turun dengan menggunakan telefon pintar di Google Play Store atau Apple App Store. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar mereka untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan ditawarkan. Contohnya, syarikat barangan pelbagai guna seperti DIY juga membuat aplikasi mudah alih untuk jualan atas talian kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana jua pengguna berada. Anda boleh mencuba menghasilkan aplikasi mudah alih anda dengan menggunakan aplikasi pembuat app seperti aplikasi ShoutEm, Appery,

Mobile Roadie, The App Builder, Appy Pie, MIT App Inventor, App Makr dan Marvelous App.

PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN DAN PENGIMBAS QR CODE :

Wujudkan pembayaran secara atas talian seperti aplikasi CIMB Clicks dan Maybank2u untuk memudahkan proses pembayaran kepada pelanggan ataupun kepada pekerja anda. Anda boleh menggunakan aplikasi pengimbas QR Code pada telefon pintar untuk pembayaran tanpa wang di tangan atau cashless seterusnya dapat memudahkan proses jualan anda sekiranya pelanggan tidak membawa wang. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod yang tertera pada akaun bank dalam telefon pintar sahaja untuk melakukan pembelian. Antara aplikasi cashless yang boleh diguna pakai di kedai anda ialah seperti Maybank QR code scanner, Boost dan WeChat Pay.

PENGURUSAN AKAUN DALAM KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR :

Kemaskini pengurusan akaun perniagaan anda dengan menggunakan Microsoft Excel dan aplikasi mudah alih percuma seperti ‘Wave App’ yang membantu memudahkan proses akaun bisnes anda. Sebagai contoh, aplikasi Wave App ini membantu merekod perbelanjaan dan pendapatan perniagaan dengan mudah. Selain itu, aplikasi seperti ini dapat menghasilkan rekod perakaunan profesional, mencipta invois, resit dan carta dengan mudah.

RUMUSAN Berkenaan dengan suasana

teknologi dan digital, sememangnya telah mengubah suasana jual beli dahulu dan ketika ini. Untuk pengetahuan anda, di Shanghai, China terdapat sebuah pasaraya

TipPERNIAGAAN

digital yang dikenali sebagai ‘Hema Supermarket’ iaitu sebuah pasaraya besar rangkaian syarikat e-commerce terkenal iaitu Alibaba Group. Di pasaraya Hema, konsep utama ialah menggunakan teknologi dan data untuk menggabungkan urusan jual beli secara atas talian dan luar talian. Ia menawarkan kepada pengguna pengalaman membeli belah yang lebih cekap dan fleksibel. Pengalaman pengguna untuk berbelanja di Hema bermula dengan memuat turun aplikasi mudah alih yang menghubungkan pengguna kepada link akaun Taoboa dan AliPay untuk pembayaran. Ia merupakan integrasi pengalaman jual beli atas talian dan luar talian berteraskan teknologi digital.Pemesanan secara mengimbas produk makanan laut di pasaraya juga boleh dilakukan dan pengguna boleh memilih untuk pesanan penghantaran ke rumah atau sudah siap untuk dimasak dan dimakan di restoran yang disediakan.

Setiap barangan di pasaraya Hema memiliki kod bar yang boleh diimbas pada QR scanner dalam telefon bimbit dan akan terpapar maklumat terperinci produk tersebut. Penggunaakan mengimbas kod dan melengkapkan pembelian secara elektronik menerusi AliPay seterusnya akan ke Checkout Register di Pasaraya Hema sebelum beredar keluar.

Zaman teknologi berubah, justeru kita harus berubah untuk manfaat yang lebih besar. Sikap tidak mengambil berat berkenaan teknologi digital hari ini akan menenggelamkan tahap perniagaan yang dibina. Justeru, pengusaha perniagaan dan para usahawan harus mengikuti perkembangan terkini. Bila berbicara tentang digital, wujudkan perniagaan anda menerusi digital. Selamat mendigitalkan bisnes anda. Semoga dapat memberikan kemudahan kepada anda, pelanggan dan dapat memajukan tahap perniagaan.

Jan - Mac 2019

36

Pelanggan ialah kumpulan individu yang penting dalam sesebuah aktiviti perniagaan.

Tanpa pelanggan, pastilah sukar sesebuah perniagaan itu maju, mendapat keuntungan dan bertahan lama dalam pasaran. Oleh sebab itulah, setiap usahawan perlu berusaha untuk menarik seramai mungkin pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Walau bagaimanapun, untuk menarik pelanggan supaya membeli produk atau perkhidmatan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cara dan strategi berkesan perlu digunakan oleh seseorang usahawan supaya ada pelanggan yang sudi untuk membeli produk atau perkhidmatan mereka. Jika tidak, pastilah perniagaan yang diusahakan oleh seseorang usahawan itu tidak akan bertahan lama.

Bagi memastikan pelanggan datang untuk membeli produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan, usahawan perlulah memahami pelanggan mereka terlebih dahulu. Seandainya usahawan tidak memahami pelanggan mereka, pastilah tidak ramai pelanggan mahu membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Secara umumnya, terdapat dua jenis pelanggan di dunia ini iaitu:

PELANGGAN DALAMAN (INTERNAL)

Pelanggan dalaman (internal) ialah pelanggan yang tidak menggunakan suatu barang atau pun perkhidmatan secara langsung. Pelanggan jenis ini membeli barang atau perkhidmatan untuk dijual kembali kepada orang lain. Pelanggan jenis ini bertindak

FAHAMI

ANDAPELANGGAN

TipPERNIAGAAN

sebagai pengeluar sesuatu barang atau menjadi agen penjualan yang bekerjasama dengan syarikat yang menyediakan barang ataupun perkhidmatan.

PELANGGAN LUARAN (EXTERNAL)

Pelanggan luaran (external) ialah pelanggan yang secara langsung menggunakan barang atau perkhidmatan yang mereka beli. Pelanggan jenis ini sering juga disebut sebagai pengguna akhir. Pelanggan jenis ini juga ialah jenis pelanggan yang sering dicari oleh para usahawan.

Memang tidak dinafikan menguruskan pelanggan bukanlah suatu kerja yang mudah. Terdapat pelbagai sikap, ragam dan karenah pelanggan yang mesti ditangani dengan baik oleh semua usahawan. Jika usahawan gagal menangani

1

2

37

Pelanggan yang sentiasa mahukan harga murah / diskaun

Pelanggan yang suka menguji usahawan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Pelanggan jenis tidak sabar

Pelanggan yang kononnya tahu tentang semua perkara

Pelanggan yang suka bertanya tentang harga dan soalan tetapi tidak membeli

Pelanggan kurang sopan

Pelanggan ragu-ragu mahu membeli

1

3

5

7

2

4

6

Usahawan tidak boleh sesekali mengeluh dengan keadaan ini kerana pelanggan ialah orang yang akan memberi keuntungan kepada mereka

TipPERNIAGAAN

pelanggan mereka dengan berkesan, pastilah sukar perniagaan mereka menjadi maju.

Antara karenah pelanggan yang mesti dihadapi oleh usahawan ialah :

Sebenarnya, terdapat banyak lagi karenah atau ragam pelanggan yang mesti usahawan hadapi. Walau bagaimanapun, usahawan tidak boleh sesekali mengeluh dengan keadaan ini kerana pelanggan ialah orang yang akan memberi keuntungan kepada mereka. Usahawan perlu sentiasa meningkatkan kemahiran-kemahiran tertentu dalam diri mereka untuk berhadapan dengan pelanggan mereka yang pelbagai ragam itu.

Antara cara untuk mengurus pelanggan ialah :

Sentiasa berkomunikasi dengan baik ketika menghadapi pelanggan

Bijak mengambil hati pelanggan

Berusaha memenuhi keinginan pelanggan

Berusaha memenuhi keinginan pelanggan

Memberi peluang kepada pelanggan untuk menyuarakan pendapat mereka

Sentiasa melayan pelanggan

Memberi layanan terbaik kepada pelanggan

Memahami kehendak pelanggan

Memberi maklum balas kepada pelanggan

Prihatin

Sopan

Tenang

Ingin membantu

Ramah

Sabar

Setiap usahawan perlu mempunyai sikap-sikap tertentu ketika melayan pelanggan. Antara sikap tersebut ialah :

Kesimpulannya, pelanggan ialah kumpulan individu yang penting dalam sesebuah perniagaan. Setiap usahawan perlu berusaha untuk memenangi hati pelanggan supaya membeli produk atau perkhidmatan mereka. Setiap usahawan juga mestilah mempunyai kemahiran untuk mengurus dan menangani pelanggan yang bermacam ragam dan karenah itu. Tanpa kemahiran tersebut, pastilah sukar untuk usahawan mendapatkan ramai pelanggan dan sudah pastilah perniagaan mereka sukar untuk maju dan berjaya.

Jan - Mac 2019

38

TipPERNIAGAAN

Wang buat wang biasa disebut money make money, cash is king atau

disebut dalam banyak bentuk membawa maksud sama iaitu tunai amatlah penting di dalam banyak urusan, terutamanya bisnes. Terdapat ramai usahawan yang mengejar sasaran jualan yang tinggi dengan mengaplikasikan pelbagai strategi pemasaran termasuk cara konvensional dan digital.

Namun begitu, sekiranya pengurusan aliran tunai tidak diurus dengan sempurna, bisnes yang dijalankan akan mengharungi kesukaran untuk terus beroperasi. Keadaan ini biasa dialami oleh ramai usahawan sehingga ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka.

AWASI ALIRAN TUNAI ANDA!

Kawalan aliran wang tunai seumpama air yang mengalir, jumlah aliran masuk dan keluar perlu seimbang jika tidak, aliran tersebut akan tersekat, terganggu, terputus mungkin menjadi kering. Setiap usahawan perlu prihatin di dalam soal ini kerana aliran tunai adalah nadi penggerak kelangsungan sesebuah bisnes. Bagi memastikan aliran tunai berjalan lancar, usahawan boleh mengambil tindakan berikut:

Kawalan aliran wang tunai seumpama air yang mengalir, jumlah aliran masuk dan keluar perlu seimbang jika tidak aliran tersebut akan tersekat, terganggu, terputus mungkin menjadi kering

01

02

03

Pantau aliran wang masuk dan keluar secara sistematik, berterusan dan istiqamah. Cara ini membolehkan kita mengetahui dan merancang anggaran tunai yang diperlukan untuk bayaran kepada pembekal, utiliti, sewa dan seumpamanya

Dapatkan kemudahan pembiayaan dari institusi kewangan dalam bentuk ‘bridging loan’, factoring juga pinjaman mikro. Kemudahan pinjaman sebegini, boleh menampung keperluan kewangan yang diperlukan.

Urus akaun dan kewangan secara bersistematik dan dikemaskini supaya kita dapat mengetahui kedudukan kewangan syarikat dengan segera dan tepat.

04 Awasi dengan teliti segala kutipan dan bayaran dari pelanggan. Susuli segala tuntutan invois agar bayaran segera diperolehi.

39

TipPERNIAGAAN

Setiap usahawan perlu mahir mengurus aliran tunai dengan teliti dan berkesan bagi mengelak kesulitan yang bakal dihadapi seperti syarikat terpaksa ditutup dan mungkin menjadi muflis

05

06

Perkukuhkan jaringan dengan mereka yang mempunyai kewangan teguh dan mempelawa mereka membeli sebahagian atau keseluruhan jumlah invois anda untuk jangka masa pendek. Tawarkan kadar keuntungan yang menarik dan tinggi umpamanya 10-20 peratus untuk sebulan jika amat perlu. Tindakan ini boleh melepaskan kita daripada belenggu kesesakan wang tunai ketika kita sangat sangat memerlukannya. Cara begini juga disebut crowd funding.

Perkukuh simpanan tunai atau reserve secara berterusan supaya kita boleh merebut peluang perniagaan apabila diperlukan kerana terdapat peluang perniagaan yang menguntungkan terbuka untuk kita tetapi terpaksa ditolak ekoran kurang simpanan tunai.

Boleh dirumuskan kekuatan tunai amat lah penting di dalam mana mana bisnes. Setiap usahawan perlu mahir mengurus aliran tunai dengan teliti dan berkesan bagi mengelak kesulitan yang bakal

dihadapi seperti syarikat terpaksa ditutup dan mungkin menjadi muflis. Yakinlah bisnes kita boleh maju dengan pengurusan aliran tunai yang sistematik dan berkesan.

Jan - Mac 2019

40

TipPERNIAGAAN

PEMANGKIN KEJAYAAN USAHAWAN MUDABidang keusahawanan menjadi

pencetus kepada kemajuan ekonomi negara. Para

usahawan dalam negara memainkan peranan penting dalam setiap bidang perniagaan yang mereka kendalikan. Sudah pasti di sebalik kejayaan seorang usahawan, ada pencetus dan pemangkin kepada sesebuah kejayaan yang digapai.

Terdapat elemen-elemen pemangkin kejayaan usahawan yang memacu kemajuan perniagaan seseorang usahawan itu. Faktor-faktor ini sememangnya membawa kepada kejayaan seseorang usahawan dan bakal usahawan khususnya para usahawan muda dalam mendepani dunia perniagaan masa kini.

Antara pemangkin kejayaan seseorang usahawan muda ialah :

1. ILMU

Ilmu penyuluh kehidupan. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini memerlukan ilmu

pengetahuan yang bermanfaat. Kita tidak akan mengetahui apa-apa melainkan dengan ilmu yang kita tuntut atau kita pelajari. Seperti seorang usahawan, kepentingan menuntut ilmu dalam apa jua bidang khususnya ilmu dalam perniagaan dan pemasaran amat diutamakan agar mampu meningkatkan tahap perniagaan yang dikendalikan. Sebenarnya, naik turun sesebuah perniagaan itu juga terkait dengan ilmu. Hal ini kerana, apabila seseorang usahawan itu mempunyai ilmu dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam aspek perniagaan yang dijalankan, sudah pasti pelbagai cara untuk

melonjakkan perniagaan dapat diaplikasikan dan bukannya hanya menyalahkan keadaan semasa dan orang lain. Kaya ilmu, InshaaAllah akan kaya segalanya.

2. IKON/MENTOR

Ikon atau mentor merujuk kepada individu yang boleh dijadikan contoh teladan dan idola dalam kehidupan seseorang usahawan. Mentor dapat dijadikan rujukan dalam perniagaan yang dikendalikan oleh seseorang usahawan itu. Perniagaan seseorang usahawan itu mudah dibimbing oleh mentor dan boleh dijadikan sebagai

Seperti seorang usahawan, kepentingan menuntut ilmu dalam apa jua bidang khususnya ilmu dalam perniagaan dan pemasaran amat diutamakan agar mampu meningkatkan tahap perniagaan yang dikendalikan

41

TipPERNIAGAAN

pakar rujuk dalam perkara yang melibatkan perniagaan. Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW juga mempunyai mentor yang membimbing beliau iaitu Malaikat Jibril yang diutuskan oleh Allah SWT bagi menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk usaha dakwah. Jika kita mempunyai mentor dalam bidang perniagaan yang dijalankan, kesilapan dalam aktiviti perniagaan dapat dikurangkan seterusnya perniagaan kita dapat dibimbing dengan baik oleh mentor berpengalaman yang bersama-sama membimbing untuk kemajuan dalam perniagaan.

3. USAHA DAN TINDAKAN

Ilmu dan yakin, ditambahkan dengan amal atau tindakan, barulah datangnya hasil yang baik. Begitu juga dengan seseorang usahawan dalam memulakan perniagaan atau mengendalikan perniagaan yang dijalankan. Selepas mendapat pengetahuan yang baik untuk diamalkan, seharusnya usahawan itu harus cepat melakukan tindakan untuk mendapatkan hasil yang baik. Sebagai contoh, ilmu pemasaran yang dipelajari perlu dipraktikkan dan jangan menangguhkan usaha itu kerana kelak akan mendatangkan kerugian. Jika seseorang usahawan itu terus berusaha gigih dan melakukan tindakan yang betul, InshaAllah, kemajuan dalam perniagaan akan terus melonjak. Tindakan amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik

selepas seseorang usahawan itu mendapat idea dan ilmu dalam sesuatu perkara untuk menaikkan tahap perniagaan.

4. SISTEM

Sistem atau cara dalam perniagaan yang dijalankan amat penting. Setiap perniagaan yang dilakukan oleh para usahawan hendaklah mengikut sistem yang betul bagi melonjakkan tahap perniagaan yang dijalankan. Sebagai contoh dalam perusahaan yang dijalankan, sesebuah syarikat itu perlu mempunyai unit tertentu bagi memastikan kelancaran pengurusan perniagaan. Dalam aspek pemasaran pula, cara perniagaan yang dilaksanakan perlu mengikut sistem perniagaan yang mendatangkan kemajuan. Sebagai contoh, perusahaan Restoran McDonald’s maju dan terkenal di seluruh dunia ialah kerana kekuatan sistem perniagaan secara francais yang mempunyai banyak rangkaian cawangan restoran yang memenuhi peta dunia. Cuba bayangkan jika McDonald’s tidak membuka francais, sudah pasti McDonald’s tidak semaju seperti hari ini. Lain bidang perniagaan, lain sistem untuk memantapkan perniagaan. Seseorang usahawan perlu menambah ilmu dan memastikan perniagaan yang dijalankan amat sistematik dari segi pengurusan, pemasaran, kewangan dan lain-lain aspek agar dapat melonjakkan tahap perniagaan.

5. MOTIVASI

Motivasi amat penting khususnya motivasi kendiri seseorang usahawan. Usahawan perlu mempunyai sikap positif yang menyingkirkan segala unsur negatif yang mengundang keburukan. Kini, pelbagai seminar motivasi yang boleh dihadiri oleh usahawan untuk memantapkan jati diri selain daripada mengekalkan sikap positif yang sudah tertanam dalam diri. Cabaran dalam perniagaan dapat ditempuhi dengan baik apabila seseorang usahawan mempunyai motivasi diri yang kuat yang mahu mencapai matlamat dalam kemajuan perniagaan yang dibina. Tanyalah tokoh usahawan berjaya di dunia seperti pengasas Ali Baba Group iaitu Jack Ma, sudah pasti jawapannya ialah segala kejayaan datangnya daripada motivasi kendiri yang positif untuk menggenggam kejayaan dan tidak kenal erti mudah putus asa.

6. KESUNGGUHAN DAN SEMANGAT

Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan bersemangat amat memacu kemajuan perniagaan seseorang usahawan. Apabila obor semangat sudah dibakar dengan api kesungguhan, sudah pasti seseorang usahawan tidak mudah mengalah dalam melakukan sesuatu untuk menaikkan perniagaan yang dijalankan dan sentiasa positif dalam mencapai matlamat yang diimpikan.

Jan - Mac 2019

42

Sikap sebegini amat penting dan sudah pasti usahawan itu akan terus maju ke hadapan kerana unsur kejayaan telah lahir dalam peribadi usahawan itu. InshaAllah, usahawan yang sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu sudah pasti akan berjaya dalam apa jua matlamat yang dihasratkan.

7. PERANCANGAN KEWANGAN

Dalam Aspek perkembangan dan kemajuan perniagaan, kewangan yang baik ialah nadi dalam perniagaan tersebut. Justeru, seseorang usahawan perlu mengatur strategi dan pengurusan yang sistematik untuk memastikan kelancaran kewangan dan aliran wang tunai secara konsisten. Seseorang usahawan itu harus ada disiplin dalam merencanakan pengurusan kewangan dalam sesebuah syarikat dan memastikan keuntungan yang memberangsangkan. Masa kini, banyak aplikasi canggih yang membantu para usahawan untuk mengemaskini kewangan. Para usahawan juga seharusnya menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat dengan usahawan dan mentor yang dikenali untuk memastikan kelancaran dalam aspek penjanaan keuntungan dan pengurusan kewangan yang stabil

8. KREATIF DAN INOVATIF

Kreatif dan inovatif ialah satu elemen yang amat baik dalam diri seseorang usahawan. Sedarkah anda bahawa, banyak perkara dalam era teknologi hari ini tercetus oleh kerana daya kreatif dan inovatif para pengusaha dan usahawan di dunia ini. Siapa sangka, dengan berfikiran di luar kotak dan memastikan manfaat besar kepada masyarakat, syarikat seperti Google, Facebook, You Tube dan Grab telah memberikan manfaat besar kepada masyarakat hasil daya kreativiti pengasas aplikasi dan syarikat ini. Justeru, seseorang usahawan perlu sentiasa menambahkan ilmu

pengetahuan dan berani melakukan sesuatu idea yang bermanfaat seterusnya diterjemahkan supaya menjadi suatu produk dan servis terbaik buat masyarakat.

Inovatif ialah perkara yang menambahbaik sesuatu perkara. Dalam Bahasa Jepun, inovasi digelar sebagai Kaizen. Kaizen ialah sesuatu yang disebut sebagai memudahkan dan mencanggihkan lagi kemudahan sedia ada. Perkara seperti kaizen ini dapat memupuk budaya kreativiti dan inovasi yang baik dalam masyarakat dan usahawan harus sentiasa bersikap kreatif dan inovatif dalam mengendalikan perniagaan.

Dalam pasaran semasa, daya kreativiti dalam dunia pemasaran seperti Strategi Lautan Biru atau disebut sebagai Blue Ocean Strategy (BOS) ialah contoh strategi kreatif yang boleh dipraktikkan oleh para usahawan. Idea strategi lautan biru ini diilhamkan oleh dua orang penulis iaitu W. Chan Kim dan Renee Mauborgne. Secara ringkasnya, strategi lautan biru ini ialah bagaimana mencipta ruang pasaran yang belum dijelajahi

yang boleh membuka peluang pertumbuhan perniagaan yang sangat menguntungkan. Caranya ialah bagaimana untuk bersaing dengan tangkas dalam persaingan perniagaan, bagaimana secara bijak membaca persaingan, menyusun strategi dan kerangka kerja yang sistematik dengan menciptakan lautan biru yang kelihatan unik dalam aspek pasaran semasa.

Sebagai contoh, pasaran dunia penerbangan dianggap lautan merah iaitu terdapat pelbagai syarikat gergasi seperti Qatar Airways, Emirates dan Turkish Airlines dan pelbagai syarikat penerbangan lain seperti Air Asia. Air Asia sebagai contoh, telah berada di lautan biru dengan mencipta keunikan tersendiri berbanding syarikat penerbangan lain iaitu dengan mengenakan tambang paling murah sejajar dengan penggunaan tagline “Everyone Can Fly”. Strategi seperti ini membuatkan Air Asia semakin memudahkan orang ramai untuk menaiki kapal terbang ke mana-mana dengan harga yang rendah dan Air Asia diminati oleh semua pengguna di seluruh dunia.

TipPERNIAGAAN

Dalam Bahasa Jepun, inovasi digelar sebagai Kaizen. Kaizen ialah sesuatu yang disebut sebagai memudahkan dan mencanggihkan lagi kemudahan sedia ada

43

Para usahawan kini berpeluang menerokai pasaran makanan halal global yang dianggar

bernilai RM2.7 trilion. Umum sedia maklum jumlah umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.7 billion orang dan kian bertambah. Sungguh pun begitu, pengeluar produk makanan halal masih di dominasi oleh negara lain bukan Islam. Di negara kita sendiri pun, peratusan pengeluar produk makanan halal dalam kalangan usahawan Bumiputera masih rendah. Senario ini, membuka pasaran baru kepada usahawan kita. Peluang terbaru ialah membekal produk makanan halal ke negara Jepun yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020. Mengikut Japan External Trade (JETRO), di anggarkan seramai 10 juta pengunjung beragama Islam akan hadir di sukan tersebut dan pastinya memerlukan makanan halal yang banyak bagi memenuhi selera citarasa pengunjung beragama Islam dari seluruh dunia. Difahamkan, masalah mendapatkan makanan halal sememangnya wujud semasa penganjuran sukan berskala besar contohnya, Sukan Olimpik yang lepas di Brazil.

Kerajaan Jepun kini sedang bergiat mendapat khidmat halal Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi membantu dalam pengeluaran makanan halal menjelang Sukan Olimpik di Osaka Jepun pada tahun 2020 nanti. Kini Japan External Trade Organisation (JETRO) dan Lembaga Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang berusaha mendapatkan khidmat usahawan Malaysia yang berminat dan layak memenuhi keperluan makanan halal menjelang 2020 akan datang.

Sungguh pun begitu, pasaran Jepun sejajar dengan budayanya

yang mementingkan kualiti. Justeru, mereka amat memerlukan produk halal yang sangat berkualiti. Peluang pasaran Jepun ini, perlu menjadi tarikan dan rebutan kepada usahawan Bumiputera termasuklah usahawan muda. Terdapat organisasi bukan kerajaan tempatan yang boleh membantu usahawan kita, contohnya persatuan yang mengumpul produk makanan halal usahawan kecil untuk dieksport. Usahawan yang berminat boleh menghubungi JETRO di Kuala Lumpur dan di mana mana cawangan MATRADE atau mana mana pihak lain yang boleh membantu.

PELUANGPASARAN

HALALJEPUN

BisnesLUAR NEGARA

Jan - Mac 2019

44

Tiada perkataan tidak dalam kamus hidup seorang usahawan dan kontraktor

berjiwa besar, Ayob Shariff. Beliau sentiasa mengatakan boleh untuk berbuat sesuatu perkara dan berusaha sehingga berjaya. Kini, beliau merupakan pengarah syarikat dan menguruskan syarikat Farimas Enterprise sejak 2007 untuk mengendalikan pelbagai projek pembinaan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan dalam bidang sivil dan eletrikal.

Menjejak pengalaman beliau dalam bidang perniagaan sejak tahun 1990 lagi, beliau rajin menceburkan diri dalam beberapa perniagaan ketika masih bertugas sebagai pegawai teknikal di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum persaraan.

“Memang saya menerapkan nilai sayangkan PKNS. Dulu, saya berkhidmat dengan PKNS, kini tiba masa untuk saya berkhidmat membantu PKNS,” jelas Ayob Shariff yang menghargai usaha PKNS.

AYOB SHARIFF

Bibit-bibit awal Ayob Shariff memulakan perniagaan secara separuh masa ialah ketika beliau menguruskan restoran makanan laut bersama isterinya. Beliau juga pernah menyertai Multi Level Marketing (MLM) dan berniaga sate ketika bekerja di PKNS. Sewaktu di zaman ketika Ayob Shariff menuntut di universiti awam, beliau turut menjual pakaian yang dicetak sendiri kepada para pelajar lain. “Saya mula minat berniaga sebenarnya daripada

kecil lagi sewaktu di bangku sekolah. Saya ketika itu sering membantu dan diberikan upah untuk menguruskan penternakan ayam milik abang saya di kampung. Sejak itu, timbulnya minat saya dalam bidang perniagaan,” ujar Ayob Shariff lagi berkenaan minat untuk berniaga.

Mengenai perkembangan terkini sejak tahun 2017, syarikat beliau dilantik menjadi Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) PKNS,

Usahawan SKB & VIP

JUJUR DAN AMANAH, RESEPI MEMBINA KEJAYAAN

Memang saya menerapkan nilai sayangkan PKNS. Dulu, saya berkhidmat dengan PKNS, kini tiba masa untuk saya berkhidmat membantu PKNS

45

UsahawanSKB & VIP

beliau banyak mengendalikan projek bagi kerja sivil dan elektrikal seperti skop kerja pemasangan pagar keselamatan di Kompleks Sukan PKNS dan membina pencawang letrik Tenaga Nasional Berhad di Kota Puteri. Sejak tahun 2007 lagi, beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai projek bersama pihak pembandaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Kesihatan Petaling bagi kerja menyelenggara klinik-klinik sekitar

Petaling Jaya. Tidak hairanlah ruang dan

peluang beliau dalam melaksanakan projek sentiasa terbuka luas. Beliau sentiasa jujur dan amanah dalam setiap urus niaga yang dikendalikan. Sikap ingin membantu dan memudahkan urusan orang lain juga antara sikap terpuji yang sentiasa tersemat dalam diri beliau.

“Apabila berurusan dengan kontraktor dan syarikat lain, keuntungan perlu diberi secara adil. Jumlah RM 0. 05 sen pun saya akan serahkan dan saya tidak mengambil hak orang lain. Mungkin sebab itu banyak pengusaha syarikat dan pelanggan mahu berurusan dengan saya. Rezeki tak salah alamat,” kata Ayob Shariff.

Beliau sentiasa positif, jujur dan amanah. Cabaran dalam mengendalikan sesuatu perniagaan seperti hendak memastikan kualiti pengurusan projek dan berurus niaga dengan pelbagai pihak sememangnya ada tetapi tidak pernah menggugat matlamat dan keazaman beliau. Beliau menyatakan akan terus sentiasa memastikan kehendak pengguna dapat dipenuhi dengan sebaiknya.

“Saya lebih kepada work smart”. Itu kata beliau mengenai cara pengurusan kerja. Beliau berkata, kita perlu bantu membantu orang lain dan kerjasama dilakukan secara pembahagian dengan keuntungan sama rata. Peluang perniagaan yang beliau perolehi juga membuka

ruang rezeki untuk pengusaha lain bekerjasama dengan beliau. Apabila bekerjasama dengan orang lain, urusan kerja akan menjadi mudah dan keuntungan dapat diberi secara sama rata berdasarkan profit sharing.

Empayar perniagaan yang dibina pada hari ini oleh Ayob Syariff akan diwariskan kepada anaknya yang akan bertanggungjawab menguruskan syarikat Farimas Enterprise dalam urusan sivil dan elektrikal. Ayob Syariff sentiasa positif meneruskan aktiviti seharian dan komited dalam membantu masyarakat. Daripada pancaran wajah dan gaya pemakaian, Ayob Syariff sememangnya seorang yang menjaga penampilan dan tidak lokek berkongsi ilmu. Kata beliau untuk usahawan muda dan kontraktor baharu, apa yang penting ialah jujur dan amanah. Rezeki tak salah alamat dan jika kita sentiasa jujur dan amanah dalam apa yang kita lakukan, urusan seharian kita akan lebih mudah dan mudah mendapat kepercayaan orang ramai.

MOHD AYOB BIN SHARIF

INFO

RIN

GK

AS Umur

Nama Syarikat

No Telefon

Alamat

60 Tahun

Farimas Enterprise

019- 332 2392

No. 24A, Jalan Timun 24/E, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Jan - Mac 2019

46

Bersemangat, berilmu dan sentiasa berkongsi pengalaman. Tiga perkara ini

tidak lekang daripada jasad tubuh seorang usahawan berpengalaman penuh prinsip iaitu Azhar Sharif. Pelbagai jenis perniagaan telah dilakukan oleh beliau yang menjadikan dirinya sentiasa kaya dengan ilmu dan pengalaman. Kini, Azhar Sharif merupakan pengasas dan pengurus dalam perniagaan butik pakaian Dina Nis Collection dan juga mempunyai perniagaan makanan.

Bercerita mengenai

kerjaya, dahulunya beliau bekerja di sebuah syarikat swasta tempatan sebelum membuat keputusan untuk memulakan perniagaan bersama sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang menawarkan produk kecantikan dan kesihatan dek kerana melihat potensi penjanaan pendapatan oleh orang ramai yang menyertai MLM ketika itu. Banyak juga kejayaan dan ilmu pemasaran yang dipelajari oleh Azhar ketika bergiat aktif dan rajin menaja orang lain dalam MLM.

“Banyak kejayaan yang saya capai sewaktu saya menjalankan perniagaan secara MLM sehingga saya menjadi Gold Director. Pendapatan keseluruhan pasukan saya sebanyak 1 Juta Ringgit sebulan dan pendapatan saya ketika itu ialah RM60,000” ujar Azhar menceritakan pengalamannya ketika menguruskan perniagaan MLM.

Namun begitu, syarikat MLM yang disertai beliau tidak bertahan lama dan akhirnya menutup operasi. Berbekalkan ilmu dan semangat, Azhar mengorak langkah untuk membuka perniagaan kedai tomyam dengan identiti tersendiri.

“Kedai tomyam saya amat maju sampai kena tutup” itu ungkapan yang keluar di bibir Azhar Sharif. Pelik? Azhar ada hujahannya.

“Ketika dahulu, pernah saya berniaga kedai Tomyam di kawasan yang kurang kemudahan air dan elektrik. Apabila kedai semakin dikenali dan menerima ramai pelanggan, jualan mencecah

ILMU, AMAL DAN TEKAD PACU KEMAJUAN PERNIAGAAN

AZHAR SHARIF

RM3000 sehari. Kedai makin maju, tetapi saya jadi tidak berdaya. ketika itu banyak kekurangan dan banyak perkara yang diuruskan sendiri sehingga terlalu sibuk. Kesihatan saya juga tidak stabil dan sering kesuntukan masa meskipun jualan semakin meningkat sehinggakan saya menjadi cengkung dan ibu saya turut risau.

Arus cabaran yang melanda dalam titian perniagaan Azhar Sharif sememangnya ada. Sederas mana cabaran, perlu diselusuri dengan semangat dan ilmu. Pengalaman ini dikongsikan Azhar Sharif untuk pedoman hidup semua. Katanya, dalam memajukan perniagaan, Seharusnya masa itu perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin walau sesibuk mana. Terkadang kita alpa akan kesihatan dan keutamaan kebajikan keluarga.

Setelah menutup kedai

Tomyamnya yang maju itu, Azhar terus mara membuka perniagaan yang diuruskannya sehingga hari ini di Kompleks PKNS iatu perniagaan jenis pakaian yang turut beroperasi

PerniagaanPILIHAN

47

secara online dan mempunyai perniagaan gerai burger di kawasan Shah Alam.

Azhar sememangnya seorang

yang memandang sesuatu dengan peluang dan tidak lokek berkongsi ilmu dan strategi perniagaan. Seawal beliau berkongsi pengalaman berniaga, beliau ada memberitahu bahawa apa jua yang kita ingin lakukan dalam perniagaan mestilah perlu ada identiti dan keunikan tersendiri tentang produk atau servis yang kita tawarkan.

“Ada rakan saya yang ingin berniaga, tetapi tidak yakin. Kata rakan saya, kawasan perniagaan pilihannya itu semuanya menawarkan jualan baju dan jubah seperti yang beliau ingin ketengahkan dan bertanya bagaimana ingin berniaga perkara yang sama dan ingin maju jika begitu dan lebih-lebih lagi kedai di kawasan hujung dan ruangan kecil.

“Saya beri cadangan dengan idea yang saya ilhamkan. Saya maklum kepada rakan saya itu supaya beliau jual sahaja produk yang sama iaitu jubah dengan harga yang sama dengan kedai-kedai lain tetapi bezanya, jubah yang ingin dijual itu perlu dihantar kepada tukang jahit untuk membuat poket rahsia. Jual sahaja jubah yang ada poket itu dan ini ialah nilai tambah dan kemudahan kepada pelanggan. Jubah harga yang sama dengan kedai lain tetapi ada keunikan ” jelas Azhar yang tidak lokek mencurahkan idea bernas.

Azhar juga mengatakan,

apabila kita berniaga contohnya berniaga pakaian seperti jubah, jangan risau untuk memberi pengurangan harga dan jualkan kepada para Imam dan pihak-pihak masjid kerana daripada cara itulah akan memperluaskan pemasaran perniagaan daripada mulut ke mulut orang ramai tentang produk jualan tersebut.

Tidak hairanlah Azhar begitu

banyak ilmu dan strategi dalam perniagaan yang diketahuinya. Selain rajin membaca dan berdisiplin, beliau sememangnya telah banyak mengikuti kursus dan seminar keusahawanan sepanjang beliau mula berniaga.

“Sudah lebih 30 seminar keusahawanan yang saya sertai. Saya banyak mendapat ilmu perniagaan daripada Goal Seminar. Ada juga seminar ribuan ringgit yang saya sertai selama tiga hari kerana bagi saya, setiap seminar ada perbezaan dan ilmu baharu telah dapat saya perolehi. Ada orang beritahu saya bahawa semua seminar kadang-kadang mengutarakan perkara yang sama. Bagi saya, setiap sesi seminar yang saya hadir, ada kelainannya dan ada ilmu baharu yang saya perolehi.

“Saya juga mengajak isteri ke seminar agar kami berada dalam landasan pemikiran positif yang sama dalam perniagaan yang dijalankan.” Ujar Azhar.

PerniagaanPILIHAN

Mendengar perkongsian Azhar memang menarik. Beliau amat bersemangat dan tidak lokek ilmu pengetahuan. Kata beliau, hidup ini tentang pilihan. Perkara ini juga ialah antara elemen yang telah didengari beliau daripada seminar yang disertainya. Katanya, semuanya berkait dengan pilihan kita.

“Apa-apa pun pilihan kita. Sebagai contoh, sekiranya kita memilih untuk berniaga, maka kita akan dapat hasil daripada perniagaan itu. Sekiranya kita memilih pekerjaan lain contohnya seperti polis, kita akan dapat hasil daripada pekerjaan polis itu. Jangan merungut disebabkan pilihan kita kerana kita yang telah memilih untuk melakukan apa yang menjadi pilihan kita.” Ujar Azhar.

Azhar Sharif berkongsi tip bahawa, kita perlu ada ciri-ciri yang merujuk kepada siak. Siak? Bukan siak surau tetapi akronim SIAK yang membawa maksud sikap, ilmu, amalan dan kontek.

“Sikap sebagai contoh mengubah minda daripada makan gaji kepada berniaga. Ilmu ialah pengetahuan, amalan ialah tindakan kita, kontek merujuk kepada contact iaitu jaringan dan kenalan sekeliling,” ujar Azhar penuh bermotivasi.

Sejujurnya, Azhar yang kaya

dengan ilmu dan pengalaman serta semangat ini perlu dijadikan contoh. Beliau juga sering cepat menghidu peluang yang terbaik bagi memajukan perniagaannya.

MOHD AZHAR BIN SHARIF

INFO

RIN

GK

AS Umur

Nama Kedai

No Telefon

Alamat

64 Tahun

Butik Dina Nis Collection

014- 671 5495

Lot 01-132, Tingkat 1 Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor

Jan - Mac 2019

48

IKLANJARINGAN BPU

Jan - Mac 2019

48

49

IKLANSKB & VIP

49

Jan - Mac 2019

50

51

PROJEKPKNS

51

Jan - Mac 2019

52