allran kirl dalam nasi0nallsme melayu 1945-57 abu talib ahmad

Upload: saminathan-munisamy

Post on 14-Apr-2018

387 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    1/28

    ALlRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU,1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Abu Talib Ahmad*PengenalanSempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara pada 2007 banyak tumpuan diberikepada sekumpulan pemimpin yang disebut sebagai "founding fathers" sehingga pemimpinlain, yang tidak kurang pentingnya, terus terpinggir daripada naratif sejarah kebangsaan.Tumpuan yang tidak seimbang ini turut menarik perhatian pelbagai pihak yang melihatsejarah perjuangan kemerdekaan dari sudut yang lebih panjang yang melibatkan pelbagaiindividu dan ideologi yang kerap bertentangan. 1

    Perkembangan kedua yang tidak kurang signifikannya ialah usaha bekas-bekaspemimpin Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menuntut pengiktirafan,melalui penerbitan memoir, sebagai pejuang dalam perjuangan kemerdekaan sejak1945. Desakan seperti ini turut disuarakan oleh bekas-bekas komunis di Sarawak yangmahukan pengiktirafan sebagai wira kerana melancarkan "perjuangan anti-kolonial" selepaspembentukan Malaysia pada September 1963.2

    Bekas pejuang Melayu PKM ini tidak bersendirian. Mereka turut mendapatsokongan para akademik dan bukan akademik. 3 Malah ada ahli akademik melihatperjuangan kemerdekaan Malaysia menemui kesudahannya pada 1989 apabila termeterainyaperjanjian damai di Hatyai an tara PKM dengan kerajaan Malaysia ekaligus mengangkatmartabat golongan komunis sebagai nasionalis.4 Kurang diberi penjelasan ialah penentangansecara kekerasan PKM selepas 1957 terhadap kerajaan Tanah Melayu yang sudah merdekasedangkan parti-parti kiri lain mengambil bahagian cergas dalam perkembangan

    * Penulis ialah Profesor di Bahagian Sejarah. dan Dekan Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Lihat contohnya, ucaputama Profesor MadyaAbdul Rahman Haji Ismail berjudul "Lima Puluh Tahun KemerdekaanNegara: Menilai semula Perjuangan bangsa" dalam Seminar Kebangsaan Lima Puluh Tahun Kemerdekaan Ne,;aradan Makna Kebebasan: Satu Tafsiran Semula Sejarah Bangsa pada 23 Ogos 2007 di Dewan Budaya, Universiti SainsMalaysia, Pulau Pinang.

    2 Danny Wong Tze Ken, "Writ ing the history of the Chinese in Malaysia: Ncw direction and bridging the gaps betweentwo linguistic spheres" dalam Cheah Boon Kheng (peny.), New Perspectives and Research on Malaysian Historr(Essays on Malaysian H i s t o r i o g r a p h ) ~ , Kuala Lumpur: MBRAS, 2007, him. 259-263

    3 Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi: Penerbit UKM: 2006;Mohamed Salleh Lamry, Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan,Petaling Jaya; SIRD: 2007; dan James Wong Wing On, From Pacific War to Merdeka: Reminiscences o/AbdullahCD, Rashid Maidin, Suriani Abdullah dan Abu Samah, Petaling Jaya: 2005

    4 Collin Abraham, "The Finest Hour'" The Malaysian-MCP Peace Accord in Perspective. Petaling Jaya: SIRD,2006.

    24

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    2/28

    ALlRAN KIRl DALAM NASI0NALlSME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    politik tanah air termasuk di peringkat negeri seperti Kelantan, Terengganu, Melaka, Perakdan Pulau Pinang mahupun tempatan menjadikan tempoh 1957-69 itu sebagai "zamangemilang" kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia.5

    Esei ini menumpu kepada pengaruh aliran kiri dalam nasionalisme Melayuantara 1945-57, aliran kiri dan zaman lepun dan sumbangan golongan kiri Melayu dalamperjuangan kemerdekaan. Perbincangan turut merangkumi individu yang kurang dikenaliumum dalam perkembangan nasionalisme selepas perang seperti laafar Hussin, AbdulMajid Salleh dan Mohd Salleh Daud yang juga merupakan pemimpin Parti KebangsaanMelayu Malaya (PKMM). Seperti ahli-ahli PKMM yang lain, mereka ini yang agak besarbilangannya terus terpinggir dalam naratif sejarah kebangsaan.

    Sumber utama yang digunakan ialah memoir yang banyak diterbitkan sejak akhirakhir ini khususnya dari kalangan pemimpin politik, industri dan masyarakat dari pelbagaikaum serta pegangan ideologi. Walaupun terdapat kelemahan, memoir semakin mendapatperhatian para pengkaji sejarah tanah air kerana keupayaannya menonjolkan sudut pelakusejarah yang kerap bercanggah dengan naratif sejarah rasmi/kebangsaan.6

    Aliran Kiri dalam Nasionalisme MelayuAliran kiri merupakan satu aliran yang penting dalam nasionalisme Melayu dan turutmendapat perhatian sarjana daripada pelbagai disiplin termasuk sains politik (FirdausAbdullah), sosiologi (Rustam Sani dan Mohamed Salleh Lamry) serta sejarah (AbdulRahman Haji Ismail, Mahmud Embong dan Nik Annuar Nik Mahmud). Pada 1970-anterdapat perdebatan tentang sumbangan pihak dan aliran kiri yang berada di luar UMNOmahupun di luar kumpulan komunis walaupun sumbangan mereka ini kemudiannyadiiktiraf.7 Namun hal ini lebih merujuk kepada pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam,Burhanuddin AI-Helmy dan Ishak Haji Muhammad yang kini diiktirafsebagai nasionalisdalam naratif sejarah kebangsaan mahupun pam iran muzium berhubung nasionalismeselepas perang. Lebih ramai lagi pemimpin PKMM terus terpinggir kecuali mereka yangmemasuki UMNO. Lebih rumit lagi ialah menilai kedudukan bekas-bekas anggota PKMseperti Rashid Maidin dan Abdullah CD yang kini mendapat perhatian pelbagai pihak yangkurang selesa dengan sejarah rasmi.

    Lihat contohnya. Tan Chec Koon. From Village Bop to Mr Opposition: An Autohiographl. Petaling Jaya: PelandukPaperbacks: 1991 bab 18-19; dan William Shaw, Tun Razak: Riwayat Hidup dan Zamannya Petahng Jaya. Longmans:1977 bhg. 2.

    6 Lihat contohnya Abdul Rahman Haji Ismail, "Meniti Lautan Gelora - Sebuah Memoir Pohtik: Sumbangan Said Zaharikepada Pengetahuan tentang Sejarah Politik Malaysia" dalam iurnaillmu Kemanu.l'iaan jil. 12 Oktober 2005 him.21-48

    7 Lihat pandangan Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam ucapannya sempena penganugerahan ijazah kehormat doktorfalsafah pertama Universiti Sains Malaysia pada Julai 1973.

    25

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    3/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Isu ini dirumitkan oleh tafsiran konsep kiri itu sendiri. Dato' Onn laafar danrakan-rakannya mengakui mereka sebagai golongan kanan ketika berkecimpung dalamUMNO antara 1946-51. Namun dalam UMNO juga masih terdapat kelompok kiri yangdikaitkan dengan individu tertentu. Istilah ini juga pemah dikaitkan dengan kumpulanradikal (dan anti-feudal) dalam UMNO seperti yang wujud pada awal I 980-an dan 1990-an ketika UMNO menghadapi isu kekebalan raja-raja Melayu. Tun Abdul Razak Hussein,seorang yang berketurunan bangsawan, pemah dianggap sebagai kiri ekoran keanggotaannyadalam Parti Buruh British ketika menuntut di London lewat 1940-an. Bahkan dasar-dasarpembangunan beliau turut menampakkan pengaruh sosialisme, selain penglibatan sosialiskomited seperti lames Puthucheary dalam pembentukan tertentu dasar pembangunannegara terrnasuk dasar ekonomi baru (DEB), yang berrnatlamat antaranya, penguranganjurang kemiskinan antara kaum sementara yang lain seperti Abdullah Majid berperanansebagai penasihat. 8 Pun begitu beliau bertindak tegas terhadap komunis yang melancarkanperjuangan bersenjata sepanjang menjadi menteri pertahanan Persekutuan Tanah Melayuselepas 1957. Isu kiri ini turut menggemparkan negara pada lewat 1970-an apabila AbdullahMajid dan wartawan terkenal Abdul Samad Ismail ditangkap atas tuduhan sebagai komunisekoran perebutan kuasa yang sengit dalam UMNO ketika itu.9

    Dalam pensejarahan nasionaIisme Melayu konsep kiri khasnya untuk lewat 1940-an dan 1950-an merujuk kepada kelompok yang bertentangan dengan parti utama Melayuiaitu UMNO. Esei ini berpegang kepada takrif ini. Pada 1940-an kelompok utama yangbertentangan serta bersaing sengit dengan UMNO ialah PKMM. PKMM ketika itu tidakbersifat dogmatik sementara bentuk nasionaIismenya tidak terbatas setakat ideologi yangsempit sehingga dalam parti Melayu ini terdapat nasionalis, sosialis, komunis, Islam, PanIslam, demokrat, konforrnis, non-konforrnis dan sebagainya: yang penting mereka semuamempunyai ''jiwa merdeka" 10

    lusteru itu kumpulan kiri boleh dipecah kepada beberapa kategori seperti "extremeleft" seperti anggota PKM, kiri yang komited seperti Ahmad Boestamam dan Ishak HajiMuhammad yang juga pemah menerajui Parti Rakyat Malaya, kiri Islam seperti yangdipelopori oleh BurhanuddinAI-Helmy yang pemah memimpin PKMM dan kemudiannyaPAS dan guru agama tersohor dari Gunung Semanggol Ustaz Abu Bakar AI-Bakir yangmengetuai kumpulan Hizbul Muslimin. Satu lagi kumpulan disebut kiri fana (transientleft) yang merujuk kepada anggota PKMM, API dan AWAS yang telah memasuki UMNOselepas 1948 apabila parti radikal Melayu ini ditekan British. 11

    8 Lihat William Shaw, Tun Abdul Razak' Riwayat Hidup dan Zamannya, Petaling Jaya: Longmans, 1977; YayasanTun Razak (susunan), Tun Razak: Potret dalam Kenangan terjemahan Shajaratuddur Sh Abd. Halim, Kuala Lumpur,Lembaga PemegangAmanah Tun Razak & Utusan Publications, 2006; Ooi Kee Beng, The Reluctant Politician: TunDr Ismail and His Times (Singapura, ISEAS: 2005); dan James Puthucheary, No Cowardly Past: Writings, Poemsand Commentaries edited by Dominic Puthucheary & Jomo K S, Kuala Lumpur, INSAN: 1998 him. 30-37

    9 Temubual dengan Tun Datuk Partinggi Abdul Rahman Yaakub, bekas menteri cabinet, ketua menteri Sarawak danYang Dipertua Negeri Sarawak, II Disember 2007 (di USM & Hotel Equatorial).

    10 Mohd Salleh Daud, Memoir bukan Seorang Konformis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka: 1998, hlm.70II Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, bab pengenalan

    26

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    4/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Terdapat beberapa nama terkenal dari kumpulan kiri fana seperti Abdul GhaffarBaba yang pemah menjadi anggota PKMM antara 1945-48 (termasuk ketika di MPSIantara 1946-48) dan kemudiannya memasuki UMNO pad a 1951,12 Abdul Samad Idrisyang pemah menjadi anggota API di Negeri Sembilan, Ibrahim Fikri yang pemah menjadianggotaKMM dan PKMM dan Aishah Ghani, yang pemahmenganggotai PKMM. Merekakemudiannya menjadi pemimpin kanan dalam UMNO - Ghaffar sebagai timbalan presiden, 3Abdul Samad Idris di peringkat Negeri Sembilan (dan peringkat pusat), Ibrahim Fikri diperingkat Terengganu (dan pusat) dan Aishah sebagai ketua sayap wanitanya. Nama-namayang kurang dikenali termasuk Hamid Mahmud, Mustafa Yunos dan Rosdin Yaakob.Rosdin pemah berkhidmat dengan Utusan Melayu di Kuala Lumpur dan pemah ditahandi bawah Undang-Undang Darurat 1948. Ketiga-tiga tokoh pemah menjadi wakil rakyatselepas Merdeka.

    Kemunculan Aliran Kiri MelayuTerdapat persetujuan bahawa kelompok kiri Melayu bermula sekitar 1930-an denganpenubuhan KMM pada 1938 dengan keahlian tidak melebihi 150 orang yang berselerak diTanah Melayu khususnya di sekitar Kuala Lumpur. Ahli KMM terdiri daripada lepasanMPSl, sekolah teknik Kuala Lumpur, sekolah pertanian Serdang dan beberapa orangindividu lain seperti Ishak Haji Muhammad, seorang bekas pentadbir Melayu yang pemahmendapat latihan di Maktab Melayu Kuala Kangsar serta jumalis seperti Pak Samad(Abdul Samad Ahmad). 14 KMM juga bergerak di temp at lain seperti Kota Bharu, KualaTerengganu dan Taiping tetapi tidak banyak yang diketahui tentangnya. Bagi anggotaKMM, kemunculannya dianggap sebagai satu revolusi senyap tanpa keganasan ataupunkekerasan tetapi bertujuan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Seperti yang dirakam olehMohd Salleh Daud, kumpulan ini memberi perhatian kepada kemunduran orang Melayu,eksploitasi British, orang asing yang sudah menjadi kaya raya dan perlunya orang Melayubersatu untuk mencapai kemerdekaan. 15

    Sebelum itu PKM telah ditubuhkan pada awal 1930-an dengan sebahagian besaranggotanya dari kalangan orang Cina. Ada pengkaji mendakwa kerajaan kolonial bergiatcergas menyekat keanggotaan orang Melayu dalam PKM, satu usaha yang dianggapberjaya. 1h Kajian-kajian yang ada tidak dapat memberi gambaran terperinci berhubungkeanggotaan orang Melayu dalam pertubuhan komunis ini sehingga Rashid Maidin

    12 Alias Mohamed (pcny.), Gha/ar Baha: Kupasan oleh Pra/esor dall Cendekiawan Melayu. Kuala Lumpur: GatewayPublishmg House, 1993 him. 9-20

    13 Llhat Aishah Ghani, !vlemoir Searang Pel liang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1992.14 A Samad Ahmad, Seiambak Kenangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1981.15 Mohd. Salleh Daud, Memoir Bukal1 Seorang KOl1jimnis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka: 1998 him 1-216 Collin Abraham, "The Finest /lollr ". The Mala)'sia-MCP Peace Accord ill Perspective, him 122

    27

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    5/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    menjadi anggota sejurus sebelum pendudukan Jepun.17 Hanya selepas 1945 lebih ramaiorang Melayu yang diketahui memasuki PKM khususnya dari kalangan anggota MelayuMPAJA dan selepas 1948, dari kalangan bekas anggota API dan PKMM. Kepada bekasbekas komunis Melayu hubungan dengan KMM masih penting kerana pertalian ini dapatmemberi keabsahan kepada perjuangan mereka selepas 1945.

    Aliran Kiri Melayu dan Pendudukan Jepun

    Zaman pendudukan Jepun turut melahirkan ramai tokoh kiri Melayu. Ini berlaku melaluibeberapa cara termasuk keahlian dalam PKM dan seterusnya MPAJA walaupun bilanganmereka yang terlibat tidaklah besar. Kumpulan kiri Melayu yang lebih besar dilahirkanoleh sistem pentadbiran, pendidikan dan ketenteraan Jepun. Aspek ini kerap diabaikanoleh ramai pengkaji dalam dan luar negara. Hasil daripada propaganda anti-barat yangintensif golongan pemuda selepas 1945 tidak lagi bersedia menerima kedatangan semulapenjajah British. Golongan ini juga menonjol dengan slogan "merdeka dengan darah" yangdiperjuang PKMM, API dan AWAS.

    Kumpulan Kiri Melayu dalam Pergerakan Anti-JepunTidak ramai orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan anti-Jepun tajaan Parti KomunisMalaya (PKM) yang juga dikenali dengan MPAJA (Malayan Peoples Anti-Japanese Army).Mungkin bilangan yang terbesar terdapat di Perak tengah yang melibatkan individu sepertiAbdullah CD dan Seman serta Kamarulzaman Teh di Temerloh. MPAJA telah ditubuhkanpada lewat 1941 sementara kumpulan anti-Jepun yang lain agak lewat penubuhannya. 18Sebilangan besar anggota MPAJA terdiri daripada orang Cina selain Orang Asli yang mahirdalam selok belok hutan belantara dan survival di hutan, segelintir orang Melayu dan orangIndia. Kajian Cheah menunjukkan keengganan MPAJA menerima orang Melayu sebagaiahli, malah sangsi dengan mereka. MPAJA menjadikan PKM sebagai pertubuhan sosiopolitik yang terkuat selepas Ogos 1945 dan mampu pula mencabar British. Ini dilakukannyapada 1948 setelah rancangan PKM digagalkan pelbagai tindakan British dan PKM ditolakoleh sebilangan besar orang Melayu.

    17 Menusut Abdullah CD, Rashid merupakan orang Melayu pertama di Perak dan mungkin juga di Tanah Melayu yangmenjadi anggota PKM pada 1941. Abdullah CD dan rakannya Seman dari Lambor hanya menjadi anggota padaMei 1945 dan ketika itu sudahpun terdapat beberapa orang Melayu dari Perak yang menjadi anggota PKM termasukTahirudddin, Osman dan Mokhtaruddin.

    18 Lihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict during and ajier the JapaneseOccupation, 1941-45, (Singapore: Singapore University Press, 1983.

    28

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    6/28

    ALlRAN KJRJ DALAM NASJONALlSME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATlAN

    MPAJA telah ditubuhkan selepas Disember 1941 setelah PKM bersetuju menyediakansukarelawan yang akan dilatih tentera British di Singapura (pasukan Dalforce) dalamkegiatan sabotaj dan perang gerila. Mereka ini kemudiannya ditinggalkan di Tanah Melayuuntuk menjadi as as kepada gerakan anti-Jepun yang akan digunakan mengikut budibicarapihak tentera British.

    Sehingga kekalahan British di Singapura pada 15 Februari 1942 tujuh kumpulansukarelawan Cina berjumlah 165 orang telah berjaya diberikan latihan. Ke semua merekadaripada PKM dan mereka kemudiannya dihantar ke Selangor, Negeri Sembilan, utara danselatan Johor, Perak, Pahang dan Kedah untuk dijadikan asas rejimen-rejimen MPAJA.

    Professor Akashi Yoji, ahli akademik tersohor dari Jepun dan paling banyak membuatpenyelidikan tentang zaman Jepun di Tanah Melayu, telah mengkaji, dari sumber-sumberJepun, kegiatan rejimen kelima MPAJA yang berpengkalan di Bidor, Perak. Beliaumendapati rejimen ini berjaya menyerang hendap kedudukan tentera Jepun sehinggamengkucar-kacirkan mereka. 19

    Para pengkaji menganggarkan kekuatan MPAJA berjumlah sekitar 3-4,000 orang pada1945 sementara sumber-sumber MPAJA pula menganggarkan anggotanya sekitar 10,000orang termasuk anggota unit rahsia yang bakal digunakan menentang British seperti yangberlaku pada 1948. Menurut Cheah Boon Kheng, anggota unit rahsia ini terdiri daripada ahliPKM yang penting. Pada peringkat awal (18 bulan pertama) MPAJA mengalami pelbagaimasalah termasuk kekurangan bekalan makanan, pemimpin yang berwibawa, kekuranganlatihan serta pengalaman perang gerila dan pengkhianatan. Selepas pertengahan 1944kedudukannya dari segi organisasi, bantuan makanan, komunikasi dan latihan ketenteraanbertambah baik sehingga keanggotaannya meningkat empat kali ganda. Sejurus selepasini bantuan British melalui pasukan 136 mula disalurkan kepada MPAJA yang turutmenyumbang kepada perkembangan pesatnya selain meletakkan MPAJA di bawah kawalantentera British.

    Dengan menerima panduan British, senjata, latihan dan wang melalui persetujuanBlantan pada Disember 1943, PKM mengenepikan buat sementara rancangannya untukmenubuhkan sebuah republik Tanah Melayu. PKM juga menolak sebarang kerjasamadengan kelompok Melayu yang anti-Jepun, seperti kumpulan giyu gun yang dipimpinIbrahim Yaakub, untuk menentang semula kemasukan British selepas Ogos 1945. Sepertiyang disebut Cheah, MPAJA dan PKM amat yakin dapat berkuasa tanpa sebarang bantuankumpulan lain. lni merupakan satu kesilapan besar menyebabkannya kehilangan sokonganorang Melayu yang amat diperlukan.

    19 Akashi Yoji, "The anti-Japanese movement in Perak during the Japanese occupation, 1941-45" in Malaya andSingapore during the Japanese Occupation suntingan Paul Kratoska, Singapore, Journal ofSoutheast Asian StudiesSpecial Publication no. 3, 1995 him. 83-118

    29

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    7/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Lebih penting lagi ialah sikap MPAJAlPKM yang memusuhi orang Melayu ekorandaripada tindakan kejamnya ketika berkuasa di beberapa tempat sejurus selepas Jepunmenyerah kalah pada 16 Ogos dan sebelum kemasukan semula British pad a pertengahanSeptember 1945 dengan menghukum para pensubahat dari kalangan pelbagai bangsa yangakhimya bertukar kepada pergaduhan kaum seperti yang berlaku di Johor, Negeri Sembilan,Pahang dan Perak. Di Manong, Kuala Kangsar, tindakan-tindakan ini menggemparkanpara penyokong MPAJA di kalangan orang Melayu yang turut menjadi mangsa.20 Bekasbekas anggota PKM ada menyebut peristiwa ini dilakukan oleh unit-unit bawahan yangsukar dikawal seperti di Sungai Siput ataupun yang terkini, manipulasi tentera Jepun yangmenghasut orang Melayu. Pastinya ini tidak dapat menerangkan kekejaman yang dilakukankepada pemimpin-pemimpin kampung seperti penghulu dan ketua kampung yang diseksadengan kejam oleh MPAJA kerap kalijuga dihadapan ahli keluarga mahupun orang kampungdi Pahang dan Negeri Sembilan. Ishak Haji Muhammad turut berhadapan dengan gelagatgerombolan MPAJA yang angkuh di Temerloh sekitar Ogos-September 1945 apabila 20orang daripada mereka yang lengkap bersenjata cuba menunjukkan cauvinisme Cina denganmenangkap orang Melayu dan India atas kesalahan yang kecil yang kemudiannya disumbatdi balai polis Temerloh.21 Peristiwa seperti ini sukar dilupakan walaupun keghairahanterhadap kemerdekaan pada 1950-an sedikit sebanyak mengurangkan kesannya di kalangansemua bangsa.

    Pandangan semasa terhadap MPAJA mahupun peminggirannya dalam naratifkebangsaan berkait rapat dengan penglibatannya dalam darurat 1948-60 setelah strategiPKM mendapat kuasa melalui mogok buruh dan pilihanraya digagalkan oleh Britishselain proses dekolonisasi yang perlahan. Darurat telah ditamatkan pada 1960 tetapiperjuangan bersenjata PKM hanya ditamatkan pada Disember 1989 apabila perjanjiandamai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan PKMY

    Peri pentingnya MPAJA dari sudut perjuangan anti-Jepun tidak dinafikan. Begitujugaperanan bekas-bekas anggota MPAJA dalam pergolakan politik tanah air selepas 1945. Punbegitu kelompok ini terus terpinggir. Malah dalam naratif sejarah kebangsaan mahupunpamiran museum mereka dianggap sebagai "villains" ekoran penglibatan mereka dalamdarurat. Memori tentang zaman darurat tidak kurang buruknya dan lebih penting lagi, masihsegar berbanding memori 1945-46. Pastinya memori seperti ini sukar dipadamkan apatahlagi terdapat pelbagai rekod tentang zaman ini termasuk di Arkib Negara Malaysia di KualaLumpur dan cawangannya yang boleh dirujukY

    20 Hamdan Md Ali, "Sejarah hubungan ctnik di Bekor, 1941-46 (Satu kajian kes pcrselisihan kaum pad a 6 Mac 1946."(Latihan ilmiah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Univcrsiti Sains Malaysia, 1995.

    21 Ishak Haji Muhammad, Memoir Pak Sako: Pulera Gunllng Tahan, bab 3322 Anthony Short, In Pursuil olMountain Rals: The Communist Insurrection in Ma/am, (Singapore: Cultured Lotus.

    2000.23 Ho Hui Ling, Darurat, 1948-1960: Keadaan Sosia/ Ji Tanah Me/m'u, Kuala Lumpur: Penerbit Universlti Malaya,

    2004.

    30

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    8/28

    ALIRAN K[R[ DALAM NAS[ONALISME MELAYU [945-57: SATU PEMERHATIAN

    Tidak kurang pentingnya ialah tindakan Jepun lewat 1943 dan 1944 yang menubuhkanpelbagai pasukan tentera dan separa tentera seperti giyu gun, giyu tai dan heiho yangdianggotai belia Melayu yang kemudiannya digunakan untuk menentang MPAJA. Halini turut menimbulkan ketegangan kaum pada 1945-46. Namun begitu kita tidak bolehmengenepikan dasar-dasar British yang lebih awal pada 1920-an dan 1930-an yangmenggalakkan kemasukan tanpa sekatan imigran Cina dan India sehingga menimbulkankebimbangan golongan intelek Melayu yang risau bangsa mereka kini menjadi golonganminoriti. Kebimbangan ini jelas muncul dalam akhbar-akhbar Melayu 1930-an ataupunkajian berkenaan tokoh-tokoh kewartawanan Melayu seperti Abdul Rahim Kajai dan IshakHaji Muhammad.24

    Organisasi Ketenteraan Jepun dan Pemuda Melayu Anti-BaratPelbagai pertubuhan termasuk organisasi ketenteraan yang ditaja Jepun turut melahirkanramai pemuda Melayu yang anti-Barat lalu mereka ini dilabel sebagai kiri oleh kerajaankolonial mahupun lawan politik mereka walaupun mereka bukan berideologi komunis.Mereka juga pemah dianggap sebagai pensubahat yang perlu dikenakan hukuman keranatidak setia kepada kerajaan kolonial semasa pendudukan Jepun. Label-label ini terus kekaldalam pensejarahan Malaysia danjarang dilihat semula oleh para pengkaji.25Para pengkaji seperti Professor Harry Benda mengulas tentang mobilisasi pemuda diIndonesia dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara sebagai aspek signifikan zaman Jepun.26Sebahagian besar belia ini tidak diberikan sebarang latihan ketenteraan tetapi diasak denganpropaganda Jepun yang anti-barat selain diterap dengan seisyin - semangat perwira Jepun(berani, setia dan berdisiplin) - dan kekuatan spiritual. Akibatnya mereka menjadi lebihkritikal terhadap barat dan juga terhadap Jepun. Setakat ini hanya golongan pemuda diIndonesia yang telah dikaji kerana peranan mereka dalam revolusi so sial dan perjuangankemerdekaan27 sementara di Tanah Melayu, golongan pemuda, yang juga dikenali sebagaigenerasi 1945-48, terus hilang akibat tindakan British menangkap dan memenjarakanmereka untuk tempoh sehingga 9 tahun. 28

    Terdapat dua jenis pasukan sukarela iaitu giyugun dan giyutai. Giyugun ditubuhkanuntuk tujuan pertahanan pantai dan menjaga keamanan - ungkapan yang merujuk kepada

    24 Abdul Lati f Bakar, Abdul Rahim Ka/ai: Wartawan dan Sasterawan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,1984; dan Abdul Latif Bakar, Ishak Haji Muhammad. Penulis dan Ahli PoUtik sehingga 1948. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya, 1977.

    25 Lihat contohnya, Abu Talib Ahmad, Islam. Malay-Muslims and the Rising Sun' 1941-45. Kuala Lumpur: MBRAS,2003.26 John Bastin & Harry Benda, A History ofSoutheast Asia. Englewood Cliffs, Prentice Hall: 1968 hIm. 135.27 Benedict R O'G Anderson, Java in Time of Revolution: Occupation and Resistance. 1944-46. Cornell: Cornell

    University Press, 1972.28 Ahmad Boestamam, Tujuh Tahun Malam Memanjang. (Kuala Lumpur: Mahakarya: 1976; Abdul Majid Salleh,

    Memoir Abdul Majid Salleh. Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, Bangi: Penerbit UKM, 2004; dan Jaafar Hussin,Kebenaran. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

    31

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    9/28

    MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

    operasi terhadap MPAJA sementara giyutai, yang berfungsi seperti pasukan polis, untukmenjaga ketenteraman awam. Pasukan giyutai telah ditubuhkan di serata Tanah Melayutanpa diberikan sebarang latihan ketenteraan berpusat. Pun begitu latihan yang berkala inimasih diuruskan oleh unit-unit tentera Jepun yang bergerak untuk tujuan ini dari satu tempatke satu tempat. Menjelang awal 1944 terdapat seramai 5,000 ahli giyutai yang digunakanmenentang MPAJA dan pertahanan pantai.

    Unit-unit ini tidak pula dibolot oleh orang Melayu: pasukan giyutai Taipingmempunyai 5 orang pegawai Melayu dan 7 orang pegawai Cina (kemudiannya berkurangkepada 3) yang pastinya membantu dalam membenteras kekuatan MPAJA. Belia-beliaMelayu yang memasuki giyutai terrnasuk bekas Askar Melayu dan sukarelawan tenteraBritish yang pernah bermati-matian menentang Jepun di Singapura pada awal 1942.Mereka berbuat demikian kerana pelbagai sebab terrnasuk desakan ekonomi, tarikankehidupan tentera atau paksaan Jepun dan pentadbir Melayu seperti pegawai daerah. 29Ahmad Boestamam memasuki giyutai kerana inginkan pengalaman latihan ketenteraanJepun. Beliau dilatih di Ipoh dan diberikan pangkat leftenan muda. Ramai lagi anggota APIpernah menjadi anggota giyutai ataupun giyugun. Malah API dengan pasukan kawadnyayang berpakaian seragam putih (seluar putih, kemeja putih lengan panjang, berkocek duatertutup dan songkok putih) sambi I menyanyikan lagu "Darah Rakyat" dengan penuhsemangat ketika perbarisan berjaya mengisi kekosongan pemuda-pemuda Melayu yangpernah mendapat latihan ketenteraan Jepun ataupun didakyah propaganda Jepun yang antibarat. Antara mereka termasuk setiausaha API Perak yang berkhidmat dengan giyutai diTaiping dan Othman Daim, komander API untuk seluruh utara. Othman pernah berkhidmatdengan giyugun sebagai leftenan dan menjadi ADC kepada Ibrahim Yaakob.

    Dari sudut yang lain penubuhan pasukan-pasukan tentera tajaan Jepun ini berkaitrap at dengan persaingan antara golongan kiri dan kanan dalam kalangan nasionalis Melayuyang telahpun kelihatan sebelum 1941 dan menjadi semakin ketara di zaman Jepun. Ciyuguntelah ditubuhkan pada 1944 untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu. Padaawalnya pasukan ini berpengkalan di Johor Bahru dengan bilangan anggotanya sekitar2000 orang yang dipecah kepada tiga batalion. Angka kecil ini tidak sepadan dengan usahaJepun serta media tempatan yang gigih berusaha mendapatkan rekrut di kalangan beliaMelayu khususnya bekas anggota KMM tetapi masih besar berbanding bilangan askarMelayu sebelum perang. Para pengkaji seperti Profesor Joyce Lebra berpendapat bilanganyang kecil ini disebabkan persaingan pelbagai sektor mendapatkan tenaga buruh tempatansementara Mustapha Hussein, mendakwa belia Melayu sudah hilang kepercayaan kepadaJepun serta rancangan mereka untuk Tanah Melayu selepas KMM diharamkan pad a Jun1942.30

    29 Ismail Babu, Kisah Seorang Perajurit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990 him, 112-1430 Insun Sony Mustapha, Memoir Muslapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme AIe/m'u sehe/um U,\f.VO , Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999 him, 343-348,

    32

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    10/28

    ALlRAN KIRI DALAM NASIONALlSME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Penubuhan giyugun memberi nafas baru kepada kelompok Melayu kiri tetapiakhirnya mengasingkan Ibrahim Yaakob daripada belia anti-barat yang selama inimenyokongnya tetapi kini bersendirian mencari haluan masing-masing. Ibrahim mungkinsedar tentang hal ini melalui Abdul Samad Ismail yang terus setia kepadanyaY

    Para pegawai giyugun dipilih oleh Jepun selepas berunding dengan Ibrahim Yaakobyang merancang untuk menggunakan tentera ini bagi faedah nasionalisme tempatan. Punbegitu bukan semua bekas anggota KMM memasukki tentera ini walaupun majalah FajarAsia yang diterajui Ishak Haji Muhammad dan Abdul Samad Ismail menjalankan kempenbesar-besaran untuk mendapatkan anggota. Bagi yang pemah menjadi anggota, pengalamanmereka berbagai seperti yang dialami Mustapha Hussein. Major Mustapha telah dilatih diSingapura tetapi kemudiannya dipecat atas tuduhan menulis ' 14 perkara' yang antaranyamahukan giyugun diberi kuasa ke atas semua pasukan sukarela tempatan, pegawai Jepunperlu menghormati adat resam tempatan, dan pegawai giyugun tidak perlu memberi tabekkepada pegawai Jepun yang lebih rendah daripada mereka. J2

    Sokongan negeri-negeri Melayu terhadap giyugun didapati pelbagai. Kelantan danTerengganu menyediakan bilangan rekrut yang paling sedikit untuk kelas pegawai. Sepertidi tempat lain di Asia Tenggara, Jepun terus sangsi dengan giyugun yang dipindahkan dariJohor Bahru ke Ipoh dan kemudiannya ke Changi di Singapura. Anggotanya juga turutdikurangkan sebanyak 50% sehingga giyugun hanya tinggal dua kompeni yang dianggota200 orang setiap kompeni. Giyugun masih kekal dibawah Ibrahim tetapi kini ianya sudahmenjadi satu pasukan artileri. Akhimya giyugun lebih banyak digunakan untuk membenterasMPAJA yang turut memburukkan hubungan kaum pada 1945.

    Pada Ogos 1945 pucuk pimpinan giyugun melarikan diri ke Indonesia untukmengelakkan tangkapan British sementara anggota lain bertindak dengan cara sendirimenghadapi kemelut sosio-politik selepas kekalahan Jepun. Ramai lari ke Indonesia untukberjuang menentang Belanda dan ada yang terkorban seperti Major Manap di Tanjung Batukepulauan Karimun. Perlu dijelaskan bukan semua belia Melayu yang terlibat denganperjuangan kemerdekaan Indonesia itu berasal dari giyugun. Ada yang berasal daripadabahagian propaganda Jepun malah ada juga dari kalangan bekas kempeitai seperti AbdulGhani Datuk Abu Samah dari Temerloh. J elasnya mereka ini semuanya anti-barat. Kemudianada juga bekas giyugun/giyutai yang terlibat dalam sengketa kaum bagi mempertahankanorang Melayu yang diancam MPAJA seperti di Batu Pahat. Segelintir lagi memasukiRegimen ke-I 0 PKM yang berpusat di Pahang barat dan kemudiannya berundur ke selatanSiam pada awal 1950-an. Tidak kurang pula yang memasuki UMNO. Kemudian terdapatjuga bekas giyutai mahupun giyugun yang masuk semula tentera British selepas 1945walaupun hal ini tidak dipaparkan dalam biografi ringkas pegawai tentera selepas Merdekaseperti yang terdapat dalam W h o ~ ' Who in Malaya lewat 1950-an dan awal 1960-an.

    31 Abdul Samad Ismail, Memoir Abdul Samad Ismail di SingaplIra, Bangi: Penerbit UKM, 1993 bab 23,32 InslIn Sony Mustapha, Memoir MlIslllpha flussein, him, 347,

    33

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    11/28

    MALAYSIA DARI SEGI SE1ARAH

    Kumpulan Melayu Anti-Jepun dan Anti-KomunisKemudian terdapat pula pemuda Melayu yang menjadi anggota pasukan tentera anti-Jepunyang juga anti-komunis. Mereka ini mengaku setia kepada Britain dan sanggup berkorbanuntuk mempertahankan empayamya di Tanah Melayu. Mereka ini terlibat dalam pergerakananti-Jepun selain bersikap anti-komunis seperti di Perak, Pahang dan Kedah. 33 Bilanganmereka dianggarkan sekitar 500 orang. Unit-unit ini ditubuhkan dengan bantuan Pasukan136 yang digugurkan ke Tanah Melayu pada penghujung 1944 dan berjaya meraih sokonganmereka yang sedang berkhidmat dengan tentera Jepun seperti Ismail Babu.

    Ismail Babu pemah menjadi anggota Askar Melayu dan berjuang menentang Jepun diSingapura pad a awal 1942. Beliau kemudiannya memasuki giyu tai yang berpengkalan diTaiping. Pada pertengahan 1945 Ismail memasuki Pasukan 136 yang ketika itu beroperasidi Kuala Nerang, Kedah dengan tugasnya melatih orang-orang tempatan termasuk orangMelayu dari Pattani. Unit-unit pro-British ini menggunakan slogan "mempertahankanibu pertiwi" untuk mendapat sokongan orang Melayu walaupun Britain masih belummemutuskan masa depan Tanah Melayu. Jelasnya terdapat kekeliruan berhubung kesetiaankerana ibu pertiwi yang dicanang ini merujuk kepada Britain sementara mempertahankanTanah Melayu pula bermakna mempertahankan empayar British. Selepas Ogos 1945 ramaidi antara anggota pasukan ini memasuki semula tentera British dan seterusnya tenteraPersekutuan Tanah Melayu yang merdeka seperti Ismail Babu dan Leftenan Tunku OsmanTunku Mohd Jewa, seorang bangsawan dari Kedah (cucu Sultan Abdul Hamid). TunkuOsman bersara pada 1969 sebagai panglima angkatan tentera Malaysia.

    Peranan unit-unit anti-Jepun ini mungkin tidak begitu besar berbanding MPAJAtetapi ketika Jepun menyerah kalah mereka turut memberi perlindungan kepada orangMelayu yang ketika itu digugat oleh MPAJA yang sudah mula keluar dari hutan untukmerayakan "kemenangan mereka". Ini berlaku di Kuala Nerang di Kedah, Gerik di HuluPerak serta Jerantut dan Temerloh di Pahang. Namun episod ini hanya menimbulkandendam yang tidak kian padam di antara kedua pihak yang akhimya meletup dalamsengketa perkauman yang dahsyat seperti di Batu Talam, Raub. Dalam rusuhan BatuTalam, memang terdapat elemen perseteruan antara Melayu-Cina yang dikaitkan dengankewujudan MPAJA dan Wataniah yang sudah bermula sejak zaman Jepun lagi.

    Kemudian terdapat pula bekas-bekas gerila Melayu yang pro-British ini terusmenyokong British antara 1945-57. Mereka ini lebih mengenali kelompok radikal Melayuyang juga berasal dari tempat yang sarna yang melarikan diri daripada tangkapan polisselepas Undang-undang Darurat diisytiharkan pada Jun 1948. Oi antara mereka termasukseorang bekas anggota Pasukan 136 dari Temerloh yang dikenali dengan nama "Haji Aliasparachute" yang berjaya mengenalpasti Jaafar Hussin, pelarian politik Temerloh yang ketikaditangkap pada September 1949 berkhidmat dengan Utusan Melayu di Singapura.34 Orang

    33 Wan Hashim Wan Teh, Perang Dunia Kedua: Peranan Gerila Melayu Force 136. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka, 1993; Zakaria Salleh, Biografi Seorang Jeneral: Tan Sri Hamid Bidin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka, 1995; dan Ismail Babu, Kisah Seorang Perajurit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, J990.

    34 laafar Hussin, Kebenaran, hIm. 93.

    34

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    12/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    seperti Haji Alias mungkin dilihat sebagai "wira" dalam perjuangan anti-Jepunnya:35 bagi"orang perjuangan" atau generasi 1945-48, beliau dianggap sebagai "tali barut Inggeris".Kembali kepada hubungan ras yang semakin buruk selepas 1945 kebimbangan orangMelayu itu sebenamya sudah bermula sejak I 930-an akibat dasar British yang menggalakkankemasukan imigran Cina dan India walaupun, berbanding Burma, kemelesetan ekonomi1926-35 tidak menampakkan gejala-gejala perkauman yang buruk. Pun begitu para intelekMelayu yang amat prihatin dengan gejala ini mula menyuarakan kebimbangan melaluimedia semasa.36 Kebimbangan seperti ini menjadi kenyataan antara 1942-45 akibat dasardasar Jepun yang gaga mengambil kira sensitiviti kaum walaupun kerap dicanangkan dasarJepun itu lebih pro-Melayu.

    Sistem Pendidikan Jepun dan Kemunculan Golongan Me1ayu KiriJepun turut mengkerah ribuan belia tempatan ke dalam pasukan separa tentera di seluruhAsia Tenggara. Para belia ini didedah kepada latihan tentera yang terhad, diterap denganseisyin sena rasa kebencian yang mendalam terhadap barat. Umum lebih mengetahui tentangbelia Indonesia kerana penglibatan mereka dalam perjuangan kemerdekaan menentangBelanda dan sekutunya. Bilangan mereka di Indonesia, menurut satu anggaran, ialah sekitar1.66 juta orang yang berselerak di beberapa buah organisasi termasuk yang dikaitkan dengankumpulan mahupun individu tertentu seperti Sukamo. 37

    Di Tanah Melayu bilangan pemuda yang dilatih Jepun tidak dapat dipastikan dengantepat tetapi pastinya tidak seramai Indonesia. Namun sistem persekolahan serta latihanJepun tumt melahirkan ratusan pemuda Melayu yang anti-Barat, dan berbanding ibu bapamereka, tidak bersedia menerima kedatangan semula British ke Tanah Melayu selepas 1945.Aspek ini jarang diberi perhatian oleh para pengkaji walaupun generasi ini amat pentingkepada perkembangan politik 1945-48. 3H Sebagai satu kumpulan mereka telah dihapuskanoleh tindakan British dan penyokongnya melalui pelbagai cara termasuk penangkapanberamai-ramai di bawah undang-undang darurat 1948.

    Kelompok belia ini masih dibawah 23 tahun pada 1945 dan persepsi merekaterhadap barat tumt dicorak oleh sistem pendidikan Jepun atau pengalaman bekerja denganpentadbiran mahupun tentera Jepun. Dalam sistem Jepun disiplin diberi penekanan penting.

    35 Norrizan Seman, "Perjuangan gerila Melayu melalui du a tokoh," Tugasan untuk HST 422 Pendudukan Jepun di AsiaTenggara, Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1988.

    36 Lihat contohnya, Abdul Latif Abu Bakar, Ishak Haji Muhammad' Penulis dan Ahli Politik sehingga 1948. PetalingJaya: Penerbil Universiti Malaya, 1977 bab 5; Abdul LatifAbu Bakar, Abdu/ Rahim Kajai: Wartawan dan Sasterawan,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 bab 4; dan K Nadaraja, "Kemelesetan ekonomi dunia 1929-33:Kesan sosio-ekonomi di negeri-negeri Melayu Bersekutu," lesis Ph.D, Pusal Pengajian IImu Kemanusiaan, UniversitiSains Malaysia, 2002.

    37 Nugroho Nototusanto, The PETA Armv during the Japanese Occupation in indonesia, Tokyo: Waseda UniversityPress 1979.

    38 Satu kekecualian ialah T N Ilarper, The End ofEmpire and the Making oIMa/am, New York: Cambridge UniversityPress 1999, yang banyak sekali dirujuk oleh Collin Abraham.

    35

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    13/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Begitu juga dengan honnat - honnat kepada guru, honnat kepada orang tua dan honnatkepada orang Jepun. Seperti yang dirakam oleh bekas murid yang pemah melalui sistemJepun, setiap pergerakan dan perkataan bertujuan untuk meningkatkan seisyin di dalammahupun di luar kelas. Bekas murid ini mengingati seisyin sebagai mematuhi tatacarayang betul, kesetiaan yang tidak berbelahbagi, dan tidak berputus asa ketika berhadapandengan cabaran. Mereka yang enggan menjalankan tugas atau lari daripada tugas (dilihattidak mempunyai cukup seisyin) dikenakan hukuman berat tennasuk penjara seperti yangdialami Jaafar Hussin di Kuala Lipis.

    Menurut ramai lulusan sistem ini seisyin amat berguna dalam kemajuan karier merekaselepas 1945. Di antara kes-kes terkenal tennasuk Tun Hamdan Sheikh Tahir bekas YangdiPertua Negeri Pulau Pinang, bekas Naib Canselor USM dan bekas Pengarah Pendidikan.Tun Hamdan secara terbuka memperakukan kekuatan seisyin dalam menghayati maknakeberanian, berdikari, azam untuk hidup dan appresiasi nilai-nilai kemanusiaan. 39 Muridmurid ini sentiasa diperingatkan untuk melakukan sesuatu dengan betul. Dalam bilik darjahmereka perlu berdiri untuk menjawab soalan, apabila memohon izin untuk keluar bilik,apabila memberitahu guru mereka sudah kembali semula ke bilik darjah atau untuk keluarbagi melakukan senaman mahupun berkebun.

    Nyanyian merupakan satu ciri penting sistem pendidikan Jepun. Melalui nyanyianmurid-murid diajar untuk meniru Jepun secara membabi buta, dan untuk membencibarat serta orang barat. Kemudian terdapat pula nyanyian yang menyanjung Jepun, cubamewajarkan kehadiran mereka di sini dan menghentam penjajahan barat. Pada penghujungzaman Jepun nyanyian digunakan untuk meningkatkan perasaan cintakan tanah air dikalangan orang-orang Melayu-Muslim. Berikut ialah sebuah nyanyian yang diajar kepadamurid-murid ketika itu.40

    Awaslah Inggeris - AmerikaMusuh seluruh duniaDia mahu membodohkan kitaDengan bersukaan hatinyaHancurkan, hancurkan, musuh kitaltulah Inggeris dan Amerika

    Di Tanah Melayu golongan pemuda turut memainkan peranan penting di antara1945-48 mahupun selepasnya. Mereka ini kerap dikenali sebagai generasi 1945-48 yangditumpaskan oleh tindakan British, yang dibantu oleh musuh-musuh politik mereka (yangjuga amat setia kepada Britain) semasa awal darurat. Reaksi ini berkait rapat dengan sikap

    39 D J M Tate, Tun Hamdan Sheikh Tahir: His Li fe and Times as seenby Himselfand Others. Kuala Lumpur: PersatuanSejarah Malaysia, 2001 hIm. 67.

    40 Safie Ibrahim, "Zaman Jepun di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka: antara kegembiraan, kedukaan dan Pengajaran,"(Tugasan untuk kursus HST 422 Pendudukan Jepun di Asia Tenggara, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, UniversitiSains Malaysia, 1994.

    36

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    14/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    mereka yang anti-British, enggan bekerjasama dengan penjajah Guga disebut non-co) disamping laungan merdeka yang menjadi "trademark" mereka. Ramai di antara mereka iniditangkap serta dipenjarakan sehingga 9 tahun.

    Sehingga kini tiada angka rasmi berhubung jumlah mereka yang ditahan mahupunditangkap: salah seorang daripada mereka menganggarkan bilangannya mencecah hampir87,000, satu angka yang agak besar dan sukar diterima, termasuk pemuda Cina dan Indiayang sebahagian besamya dihantar pulang ke negara asal. Penahanan yang lama ini memberipelbagai kesan dari segi peribadi mahupun karier politik mereka, sarna ada untuk bersaraat au pun terus berkecimpung dalam politik pembangkang seperti Ahmad Boestamamdan Jaafar Hussin. 41 Kecuali yang memasuki UMNO sebilangan besar mereka ini terusdipinggirkan dalam sejarah kebangsaan walaupun akhir-akhir ini terdapat segelintir yangcuba memperbaiki keadaan ini melalui penerbitan memoir seperti yang disentuh di bahagianakhir esei ini. Mereka memasuki UMNO setelah UMNO, bermula dengan pergerakanpemudanya, mengubah slogan parti dari "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pad a 1952semasa perhimpunan agong ke-7 di Butterworth.42

    Sumbangan Komunis Melayu dalam Nasionalisme 1942-57Memoir bekas-bekas pemimpin Melayu dalam PKM yang diterbitkan baru-baru ini secarakeseluruhannya menuntut pengiktirafan bagi golongan kiri-komunis sebagai pejuangkemerdekaan. Ini merupakan satu perkembangan penting ketika Malaysia menyambutulangtahun kemerdekaan ke-50. Di antara bekas komunis ini termasuk Abu Samah MohamadKasim, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan Shamsiah Fakeh.43 Memoir merekakini boleh didapati dengan mudah sepertijuga memoir pemimpin mereka Chin Peng44 yangtelah diterjemah ke bahasa Cina.

    41 Ahmad Boestamam, Merintis Jalan ke Punchak. Kuala Lumpur: Pustaka Kejora: 1972; Ahmad Boestamam, TujuhTahun Malam Memanjang. Kuala Lumpur: Mahakarya, 1976; Jaafar Hussin, Kebenaran. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka: 1989; dan Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh dalamPKMMdan Kesatuan Buruh.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004.

    42 Mokhtar Talib, "Sheikh Gharieb bin Sheikh Raouf' dalam Tokoh Ternama Johor suntingan Abu Bakar Hamid & MdIsmail Zamzam, Johor Bham: Yayasan Warisan Johor, 2004 him. 133-135

    43 Shamsiah Fakeh, Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-1 0, Bangi: Penerbit UKM, 2004; Ibrahim Chik.Memoir Ibrahim Chik' Dari API ke Rejimen ke-IO. Bangi: Penerbit UKM: 2004; Rashid Maidin, Memoir RashidMaidin: Daripada perjuangan bersenjata kepada perdamaian, Petaling Jaya: SIRO: 2005; Abdullah CO, MemoirAbdullah CD (Bahagian Pertama)' Zaman Pergerakan sehingga 1948, (Petaling Jaya: SIRD, 2005; dan Abdullah CD,Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua). Peneraju dan Pemimpin Rejimen ke-JO, Petaling Jaya: SIRD, 2007. Duabuku pertama diterbitkan oleh Penerbit UKM yang memang terkenal dengan siri biografi yang sangat menarik tetapiusahanya menerbitkan memoirs bekas-bekas komunis Melayu yang lain dihentikan ekoran kecaman dan kritikanpelbagai pihak. Tiga memoirs yang terakhir pula buat pertama kalinya diterbitkan di Hong Kong pada lewat 1990-andan kemudianya diterbitkan di Petaling Jaya.

    44 Chin Peng, My Side ofHistory as told to Ian Ward & Norma Miraflor, Singapore: Media Masters, 2003.

    37

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    15/28

    MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

    Selain menonjolkan liku-liku perjuangan serta pahit getirnya keseluruhan memoirbekas-bekas komunis Melayu menekankan kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957itu terhasil daripada dua jenis perjuangan yang berbeza iaitu perjuangan tidak bersenjata(UMNO, MIC dan MCA atau Perikatan) dan perjuangan bersenjata (PKM dan lain-lain).Rashid Maidin, seorang pemimpin kanan PKM, mendakwa apa yang dilakukan oleh PKMselepas 1945 melalui kerjasama dengan PKMM ialah untuk menyedarkan penduduk TanahMelayu ke arah kemerdekaan politik: namun PKMM dan PKM dianggap sebagai pelampau.Menurut Rashid PKM sudah menjangka reaksi British terhadap kelompok kiri sehingga inimembawa kepada latihan ketenteraan di Lubok Kawah, Temerloh dan sejurus selepas itupenubuhan PETA dan Rejimen ke-l 0 yang dianggotai oleh belia-belia Melayu anti-Britishyang berideologi komunis dan bukan-komunis. 45 Pembaca diberitahu penubuhan PETAyang diketuai seorang komunis Wahi Anuar untuk menggantikan API yang telah diharamkantidak mendapat sokongan Ahmad Boestamam.

    Tema yang sarna dapat dilihat dalam memoir Abdullah CD.46 Lebih khusus bekaspemimpin PKM ini menyebut kesinambungan dalam perjuangan anti-penjajah denganapa yang berlaku lebih awal khususnya di Pasir Salak pad a I 870-an yang diteruskanoleh orang Melayu Petak selatan yang berkecimpung dalam PKM selepas 1945. Memoirini juga membangkitkan kesinambungan dengan perjuangan KMM dan kemudiannyaPKMM yang melibatkan Melayu bukan-komunis dan Melayu komunis seperti AbdullahCD, Rashid Maidin dan Musa Ahmad. Abdullah CD tidak mengkritik para pemimpinKMM yang berkerjasama dengan Jepun sementara beliau dan rakan-rakan PKM yanglain menentang Jepun kerana kedua-dua langkah ini bertujuan mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu.

    Abdullah CD turut mengulas usaha mewujudkan perpaduan Cina-Melayu sertalangkah-langkah untuk menyatukan bangsa yang telah dilakukan oleh PKM. Menurut beliaukekusutan dalam hubungan ras selepas 1945 berpunca semata-mata daripada tindak-tandukpenjajah Inggeris dan sebelum itu, Jepun dipersalahkan. Buku ini berakhir dengan sorotan4 orang tokoh nasionalis Melayu - Burhanuddin AI-Helmy, Mustaffa Hussein, AhmadBoestamam dan Ishak Haji Muhammad yang merupakan rakan seperjuangan beliau dalamPKMM yang "mempunyai satu cita-cita dan menjadi kebanggaan bangsa dan pertiwi." Keempat tokoh ini kini diiktiraf sebagai nasionalis ulung Malaysia: tersiratnya Abdullah CDjuga menuntut pengiktirafan yang serupa diberi kepadanya.

    Tidak kurang menarik ialah kajian-kajian, dengan ada di antaranya berasaskanmemoir golongan kiri ini, yang cuba memperjuangkan golongan kiri-komunis ke dalamarus perdana sejarah kebangsaan. Ringkasnya sejarah Malaysia masih menjadi pertikaianpelbagai pihak terutamanya dari kalangan yang "tewas" dalam persaingan politik domestikantara 1945-57 atapun selepas 1957.

    45 Rashid Maidin, Menloir Rashid Maidin: Dari perjual1gan Berselljala kcpada perdumuial1. Petaling Jaya: SIRD,2005.

    46 Abdullah CD, Memoir Abdullah CD: Zamal1 pergerakal1 sehingga J948. Petaling Jaya: SIRD, 2005.

    38

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    16/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Perbincangan berikut tertumpu kepada kajian yang dihasilkan oleh dua orangsarjana sains so sial Mohamad Salleh Lamry dan Collin Abraham. Kedua-duanyamenuntut pengiktirafan kepada golongan komunis Melayu (dan PKM). Dalam banyakkajian berhubung kelompok kiri Melayu, keabsahan golongan ini cuba dikaitkan denganKMM serta pewarisnya PKMM melalui Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya(PKMRM) yang ditubuhkan pada 1981 oleh Abdullah CD.47

    Apakah ideologi komunis dan pengikut ideologi ini menyumbang kepada perjuangankemerdekaan? Dalam hal ini dipetik Mohamad Salleh Lamry:

    "Bagi orang-orang seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan SurianiAbdullah, mereka menganggap perjuangan senjata yang merekalancarkan pada asasnya adalah untuk mencapai kemerdekaan,dan kemerdekaan yang tercapai pada 31 Ogos 1957 ialah hasilperjuangan semua pihak, termasuk golongan yang berjuang secarabersenjata seperti mereka. Mereka penuh yakin, bahawa tanpaadanya perjuangan bersenjata yang mereka lancarkan itu, pihakBritish tidak akan memberi kemerdekaan pada tarikh tersebut."48

    Justeru itu, tegas Mohamed Salleh lagi, kelompok ini tidak wajar dilabel sebagaipengganas ataupun pengganas komunis. Sebaliknya panggilan tentera rakyat itu lebih tepatwalaupun bilangan mereka tidak sampai 1000 orang.

    Tidak dinafikan ideologi komunis berperanan dalam pergerakan anti-Jepun dansewajamya pengiktirafan diberi dalam naratifkebangsaan walaupun bilangan orang Melayuyang terlibat dalam MPAJA tidak begitu besar, barangkalijauh lebih kecil daripada OrangAsli. Namun penilaian ke atas MPAJA tidak boleh lari daripada tindakannya terhadappara pensubahat antara Ogos - September 1945 (kerap di sebut Zaman Bintang Tiga) yangakhimya mencetuskan perseteruan kaum yang lebih dahsyat daripada apa yang berlakupada Mei 1969.

    Kesukaran juga pasti timbol kerana kumpulan yang sarna kemudiannya menentangkerajaan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957. Lebih merumitkan lagi ialah kesediaanPKM dan komunis Melayu untuk mengiktiraftarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan,sarna seperti tarikh 20 Jun yang diraikan sebagai hari memperingati perang pembebasannasional anti-British yang bersamaan dengan tarikh bermulanya darurat di Perak.

    Jelasnya perjuangan MPAJA itu perlu dinilai dari pelbagai sudut - dari sudut merekayang terlibat yang boleh dilihat melalui memoir serta masalah yang terdapat di Tanah Melayusemasa dan selepas darurat. Dalam pada itu bekas-bekas MPAJAyang bergerak di sempadanNegeri Sembi Ian - Pahang cuba menggambarkan pergerakan mereka mendapat sokonganpelbagai kaum khususnya orang-orang Melayu luar bandar di kawasan tersebut.49Bahkan

    47 Abdul lah CD, Memoir Abdullah CD: Zaman pergerakan sehingga 1948, bab 4-5.48 Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Melayu Kiri dalam Perjuangan Kemerdekaan, him. 191,49 Shan Shu Rong, The Guerilla War in the South, Bangkok: 1999.

    39

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    17/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    yang terbaru ialah cubaan untuk menggambarkan komunis Melayu ini masih setia sebagaipenganut agama Islam dengan "menunaikan beberapa ibadat agama walaupun hanya di parasyang minimum" sementara Ibrahim Chik disebut sebagai lebih serius dengan tuntutanagama dengan membina masjid dan mengimamkan solat. lusteru itu mereka dilabel sebagai"komunis, Islam dan nasionalis".50

    Menariknya memoir laafar Hussin memberikan gambaran yang berbeda tentangkomunis Melayu seperti Rashid Maidin yang memperlekeh orang perjuangan yang seriustentang IslamY Rashid, sepertijuga rakan komunis Melayu yang lain, mendapat pendidikanagama semasa kecilnya (termasuk khatam Quran) sementara di penghujung usianyamenunaikan haji di Makkah atas tajaan kerajaan Malaysia selain mengajar mengaji dimasjid sehingga ke akhir hayatnya.52 N amun apa yang berlaku di tengah perjalanan hidupnyatidak dijelaskan. Perubahan seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa yang juga dial amioleh ramai intelek dan bukan-intelek di kalangan orang Melayu-Muslim.

    Tidak kurang menariknya ialah tulisan Collin Abraham yang menjelaskan kewujudangabongan kelompok anti-penjajah Melayu dan bukan Melayu (termasuk PKM) selepas1945. Mereka ini meneruskan perjuangan kemerdekaan yang bermula sejak kedatanganPortugis pada hujung abad ke-15 dan kemudiannya British pada pertengahan kedua abadke-19 dengan perjuangan ini menemui kesudahannya melalui perjanjian Hatyai pada 1989.Jelas juga kemerdekaan itu tidak "datang menggolek" tetapi terhasil daripada perjuangansengit pelbagai kaum serta "pahit getir mereka dan perjuangan kemerdekaan yang dikongsibersama".53 Bagi beliau perjanjian Hatyai 1989 itu dianggap sebagai "the first treaty thatgave full independence and peace to Malaysia since the Portuguese invasion of Melaka in1511"; "the treaty also encapsulates or recognised the contributions of the different racesin the struggle for independence."54 Beliau menyimpulkan perjanjian itu layak disebutsebagai "Malaysia's Finest Hour". Mungkin disini terletaknya titik kontroversi bukutulisan Abraham ini.

    Di beberapa tempat dalam teks Abraham cuba membedakan an tara pergerakananti-penjajahan dengan nasionalisme: sebelum kemunculan PKM, Tanah Melayu tidakmenampakkan kemunculan nasionalisme! Baginya Darurat (1948-60) merupakan titikpemisah antara perjuangan yang tidak terancang kepada perjuangan yang lebih tersusunsehingga membawa kepada Merdeka 1957. Jelasnya Abraham memberikan peranan yanglebih besar kepada PKM dan perjuangan bersenjata yang dipeloporinya berbanding dengangambaran PKM sebagai "orangjahat" dalam sejarah rasmi. 55 Berteraskan kajian Harper,beliau mendakwa perisytiharan Darurat pada lun 1948 bertujuan mengekang pergerakanPKMM, pergerakan buruh yang semakin militan dan pergerakan PKM yang menurutnya

    50 Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Melal'u Kiri dalam Perjuanr.an Kemerdekaan, him. 193-194.51 Jaafar Hussin, Kehenaran, mm. 123-12452 Rashid Maidin, Memoir Rashid Maidin: Dari perJullngan bersenjata kepada perdamail1n. PClaling Jaya: SIRD,

    2005.53 Collin Abraham, "The Finest Hour ": The Malavsian-MCP Peace Accord. Pelaling Jaya: SIRD, 2006 him. xxix54 Collin Abraham, "The Finest Hour" The Malaysian-MCP Peace Accord, him. 184, 187.55 Collin Abraham, "The Finest Hour ": The Malaysian-MCP Peace Accord, bab 6.

    40

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    18/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATlAN

    berpotensi menjadi pembekal senjata kepada golongan Melayu kiri. Ringkasnya Damrat itubertujuan memastikan kesinambungan penjajahan British di Tanah Melayu yang bergolakselepas pendudukan lepun.

    Abraham cuba menjelaskan kenapa golongan Melayu kiri tidak berkesan atau gagalmendapat sambutan meluas, kerjasama antara kelas pemerintah dengan penjajah British demimenjaga kepentingan masing-masing selain memberi tempat kepada bumh-bumh India diestet yang menumtnya ikut serta dalam perjuangan kemerdekaan melalui satu siri mogokyang dipelopori PKM melalui Malayan Democratic Union (MDU) seperti yang berlaku diKedah. Kupasan sejarah politik Malaysia altematif seperti ini bukanlah satu perkara bammalah kerap dibincang dalam kursus-kursus sejarah di universiti tempatan yang mungkintidak disedari Collin Abraham yang begitu terpukau dengan kaj ian-kaj ian yang dibuat olehDonna 1Amoroso dan Tim Harper. Abraham juga tersilap apabila mengatakan ShamsiahFakeh pemah memasuki UMNO (barangkali beliau maksudkan Khatijah Sidek): Shamsiahhanya menjadi anggota PKMM (cawangan wanita Kuala Lumpur) dan kemudiannyamengetuai AWAS sebelum memasuki Rejimen ke-l 0 di Temerloh. 56 Abraham mengenepikansarna sekali persaingan dan ketegangan yang terdapat di kalangan kelompok kiri Melayuitu walaupun PKMM dan MPAlA, mempunyai tujuan sarna dan kerap pula beroperasidaripada bangunan yang sarna seperti di Taiping dan lohor Bham.

    Buku ini tumt memuatkan kata aluan oleh tokoh-tokoh yang berbeda termasuk ahliUMNO seperti Tun Mahathir Mohamad dan Zaid Ibrahim, seorang akademik tersohor danseorang pengkaji yang banyak menyelidik tentang bekas-bekas PKM yang kini menetapdi selatan Thai. Umumnya kata-kata aluan ini memberi ulasan yang positifterhadap bukuini yang memberi tafsiran dari kaca mata mereka yang tewas. Zaid Ibrahim, bekas ahliparlimen UMNO dari Kota Bharu mengulas dengan ghairah tetapi agak diplomatik tentang"the ideas that the Malays and the Chinese (other than the Alliance troika) fought againstthe British is hardly ever discussed or even known .. The writer has undertaken considerableresearch on a very delicate subject which will certainly attract attention especially on someof his assertions and point ofview."S7

    Tun Mahathir pula mensifatkan buku ini "berani dan luarbiasa" tetapi menolakdakwaan PKM yang berjuang menentang kerajaan Perikatan (dan kemudiannya BarisanNasional) selepas 1957 sebagai perjuangan kemerdekaan. Pun begitu Mahathirmencadangkan kajian dilakukan ke atas zaman Darurat yang lebih banyak ditulis olehpengkaji luar khususnya British termasuk ke atas PKM serta penglibatan orang Melayudengan PKM walaupun didiskriminasi dengan teruk. Collin Abraham mendakwa inidilakukan bagi mengakses senjata yang dipunyai PKM yang mungkin ada kebenarannya.

    Cadangan Mahathir agak luar biasa kerana semasa menjadi perdana menteri beliauberusaha mengawal bagaimana buku teks sejarah ditulis sekaligus pengajaran sejarahMalaysia di sekolah. Kepada Mahathir ketika itu, sejarah itu termasuk untuk tempoh 1945-

    56 Shamsiah Fakeh, 'v/elt/oil' Shamsiah Fakeh. Dari AW4S ke Relimen ke-lO, Bangi: Penerbit UKM, 2004.57 Collin Ahraham, "The Finest !Jour", him, Xvi,

    41

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    19/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    57, hams dijadikan alat pemerintah tanpa menghiraukan sejarah altematifyang memberiperhatian kepada kelompok pinggiran yang boleh menggugat naratif rasmi. Kesan langkahini menjadikan pengajaran sejarah di sekolah amat membosankan kerana penggunaankonsep yang terlalu banyak atas alasan mewujudkan sikap patriotik di kalangan muridmurid sekolah.

    James Wong Wing On pula mengalu-alukan usaha Collin Abraham meninjau semulaperanan golongan Melayu kiri, Chin Peng dan PKM dalam sejarah politik tanah air.Jelas juga golongan Melayu kiri yang dimaksudkannya ialah bekas-bekas anggota PKMyang telah menerbitkan memoir mereka tanpa memberi perhatian kepada golongan kiriyang lebih besar tetapi bersikap anti-komunis. Memang ramai yang masih ingat kepadakekejaman PKM: ramai juga yang ingat keengganan PKM untuk bekerjasama dengangiyu-gun pimpinan Ibrahim Yaakob untuk menentang kemasukan semula British keranaterlalu yakin dapat berkuasa tanpa bantuan bukan-komunis. Memoir Chin Peng dan RashidMaidin, cuba menyalahkan semua ini kepada Lai Tek, setiausaha agong parti yang dianggappengkhianat tetapi tidak lagi dapat mempertahankan dirinya walhal unit-unit MPAJA yanglain turnt menampakkan keengganan untuk menjalin sebarang kerjasama dengan giyugunpada penghujung zaman Jepun.

    Namun kesukaran pasti timbo 1kerana kumpulan yang sarna kemudiannya menentangkerajaan Tanah Melayu yang sudah merdeka pada 31 Ogos 1957. Amat sukar untukmenerima dakwaan PKM dan komunis Melayu bahawa mereka berjuang menentangpenjajahan selepas tarikh ini apabila keputusan untuk kemerdekaan Tanah Melayu telahdiputuskan pada 1955-56. Bahkan bekas sosialis seperti Mohd Salleh Daud masih melihatperjuangan bersenjata PKM selepas 1957 sebagai tindakan gerila dan tidak menyebutmereka sebagai tentera pembebasan rakyat. Mohd Salleh mempunyai ramai kenalan komunisdan sosialis di Tanah Melayu, Indonesia dan India. Ini membawa kita kepada pandangangolongan sosialis Melayu yang melihat mereka sebagai berbeda dengan komunis tetapimasih boleh bekerjasama atas tujuan menentang penjajahan British. Dr Burhanuddin tidakbegitu risau dengan hal ini. Bagi beliau rakyat boleh membuat pilihan melalui pilihanrayasamaada untuk memihak kepada komunis atau sosialis. Apa juga orang perjuangan sepertiJaafar Hussin tidak melupakan sumbangan anggota Rejimen 10 PKM yang terdiri daripadapelbagai kelompok kiri Melayu bukan-komunis termasuk kawannya Manap Jepun yangterkenal dengan panas baran dan sikap anti-penjajah yang bergerak di Pahang barat. 58

    Jaafar Hussin, Abdul Majid Salleh dan Mohd Salleh Daud:Generasi MeJayu Kiri yang dilupakanBahagian terakhir ini akan memberi tumpuan kepada individu-individu kelompok kiri yangkini diabaikan oleh naratif sejarah kebangsaan. Jumlah sebenar mereka tidak diketahuitetapi mereka ini asalnya anggota PKMM, API ataupun AWAS yang mengalami nasib yang58 Jaafar Hussin. Kebenaran, bab 18.

    42

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    20/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    berbeza-beza selepas 1948. Ramai yang hi lang tidak diketahui nasib mereka. Suara merekatidak kedengaran kecuali melalui temubual yang dilakukan oleh individu yang berminatyang sering juga diterbitkan oleh akhbar perdana. Terdapat di antara mereka yang telahmenerbitkan memoir seperti Jaafar Hussin, Mohd Salleh Daud dan Abdul Majid Salleh.Ketiga-tiga memoir ini cuba menghuraikan peranan PKMM, parti politik pertama yangmelaungkan "merdeka" walaupun dimomok lawan mahupun pentadbir British ketikaitu.

    Selain menuntut pengiktirafan mereka juga cuba memperbetulkan sejarah perjuangankemerdekaan tanah air yang hanya ditulis dari sudut kelompok yang menang dalampercaturan politik domestik. Berikut dipetik pandangan Jaafar Hussin berhubung perkaraI l l ! .

    Sudah 40 tahun berlalu tercetusnya revolusi pada 1945 dansudah 3 I tahun negara Merdeka. Malangnya segal a pengorbanangenerasi silam ini masih belum mendapat nilai yang sewajamya.Malah mereka yang berkenaan pada hari ini bersikap angkuhserta mencemuh dengan berbagai-bagai alasan dan sanggup pulamelabelkan perjuangan silam itu sarna seperti yang dilabelkan olehInggeris pada zaman penjajahan dahulu. 59

    Tidak dinafikan PKMM tumt memberi impak kepada UMNO temtamanya apabilaramai bekas ahlinya mula memasuki parti ini selepas 1950 dan kemudiannya memberi nafasbam kepada perjuangan parti. Malah Mohd Salleh Daud, tokoh PKMM yang paling rapatdengan pemimpin UMNO pada I 970-an dan I 980-an, mendakwa apa yang diperjuang olehPKMM dan UMNO temyata tidak banyak berbeda.60

    Jaafar Hussin (1923 - ?)Jaafar Hussin boleh dianggap sebagai seorang pejuang 1945-48 yang telah dilupakanwalaupun kisahnya menjadi inspirasi cerpen Keris Mas "Pemimpin kecil dari Semantan".Beliau pemah memimpin PKMM cawangan Temerloh selain menjadi bendahari API Pahangantara 1946-48.61 Jaafar dilahirkan di Temerloh pada 1923 dan mendapat pendidikan sekolahMelayu, belajar bahasa Inggeris di Kuala Lumpur sehingga meletus perang pada Disember1941 dan kemudiannya di zaman Jepun belajar bahasa Jepun di Singapura sehingga berjayamenjadi jumbahasa dengan tentera Jepun. Beliau kemudiannya berkhidmat di Kuala Lipis

    59 Jaafar llussin, Kehenaran, him, 3.6() Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Seoran" KanjiJrmis, him. 57-74,61 Perbincangan bcrikut adalah berasas kepada Jaafar Hussin, Kebenaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

    1989,

    43

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    21/28

    MALAYSIA DAR] SEGI SEJARAH

    sebelum dipindahkan ke Singapura. Selepas perang beliau menjadi ketua PKMM Temerlohdan bendahari API Pahang tetapi kemudiannya ditahan di bawah Undang-undang Daruratantara 1949-54.

    Di samping terlibat dalam bidang persuratkhabaran beliau juga telah mengasaskanParti Rakyat Malaya pada 1955 bersama Ahmad Boestamam selain bertanggungjawabmengembangkan sayap parti ke Pahang. Namun usaha beliau bertanding dalam pilihan rayaumum 1959 gagal. Beliau bersara dari polit ik selepas kegagalan kali kedua memenangikerusi parlimen pada 1964.

    laafar turut terlibat dalam bidang perniagaan melalui syarikat yang mengimportbarangan hardware dari China. Beliau juga bergiat cergas dalam Dewan PerniagaanlPerusahaan Melayu Malaysia, Cawangan Pahang sebagai Setiausaha Kerja (1969) dankemudiannya Pengerusi (1974). laafar turut bergiat dalam bidang persuratan dan antara1964-69 menjadi pengerusi Dewan Persuratan Melayu Pahang, sebuah pertubuhan yangtelah wujud sebelum 1957.

    Apakah signifikannya memoir laafar Hussin yang berjudul Kebenaran? lsipentingnya ialah pemaparan perjuangan PKMM yang tidak diberikan pengiktirafansewajarnya oleh kerajaan, sejak Merdeka diterajui UMNO yang juga merupakan pesaingutama PKMM antara 1945-48. Sebaliknya pengiktirafan hanya diberi kepada para penentangMalayan Union dari kalangan ahli UMNO sahaja yang menurutnya "belum setimpaldengan pengorbanan yang telah ditunjukkan". Lebih khusus beliau mahukan pengiktirafankepada anggota PKMM, API dan AWAS yang terang-terang anti-komunis dan turut terlibatdalam "perjuangan mewujudkan sebuah negara yang merdeka".62 Nasib mereka ini bolehdibandingkan dengan Subhas Chandra Bose dan INA, yang menjadi inspirasi golongankiri Melayu semasa pendudukan lepun, dalam pensejarahan perjuangan kemerdekaanIndia suatu ketika dahulu. Namun perjuangan Bose dan INA kini mendapat pengiktirafansebagai "barisan kedua perjuangan kemerdekaan India".63

    Kebenaran membicarakan kisah hidup seorang pejuang yang dikenakan tahananpolitik bermula dari lokap polis Robinson Road di Singapura, kemudian di lokap polis KualaLipis dan seterusnya berpindah randah dari beberapa kern tahanan bermula dengan KernTanjung Beruas, Melaka, Kern Tahanan Majidee di 10hor Bharu dan Kern Tahanan AshbyRoad di Ipoh. Rakan-rakan tahanannya merangkumi "Whos Who" kelompok kiri Melayutermasuk Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Wahi Anuar, pemimpin PETA danjuga orang penting Regimen 10 yang tertangkap di lerantut, Mahmud Baginda yang jugaketua PKMM Pahang, ketua PKMM Terengganu, Rashid Maidin yang berjaya melarikandiri ketika di tahan di Tanjung Beruas64 dan Rosdin Yaakob. Ramai juga di kalangan paratahanan ini terdiri daripada ustaz dan guru sekolah.

    62 Jaafar Hussin, Kebenaran, prakata.63 K K Ghosh, The Indian National Army: Second Front of he Indian Independence Movement, (Meerut, Meenakshi

    Prakashan: ] 969.64 Rashid Maidin, Memoir Rashid Maidin: Dari perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian" bab ]3.

    44

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    22/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    PKMM Temerloh lebih diminati oleh orang-orang yang berketurunan dari Indonesiaselain popular di kalangan guru-guru agama di Pulau Tawar, 1erantut dan Temerloh.Cawangan ini kerap mengadakan pementasan sandiwara yang melibatkan pelajar-pelajarwanita dari sekolah agama sekitar Temerloh bagi menyampaikan mesej perjuangan ke arahkemerdekaan. Dalam pementasan ini seorang pemuda bernama Taib Mohamad Salleh kerapmenjadi hero. Taib kemudiannya dilantik sebagai ketua perbarisan API Temerloh dan semasadarurat mula diisytiharkan telah melarikan diri ke Singapura. Beliau lebih dikenali dengannama S Roomai Noor, seorang pelakon filem dari Studio 1alan Ampas; secara sengaja atausebaliknya sejarah perjuangan politiknya dalam API terus tidak diketahui umum. laafarturut melarikan diri ke Singapura, menukar namanya kepada Mustaffa Abdul Ghani dandengan bantuan Keris Mas, yang juga pelarian politik, diterima bekerja dengan UtusanMelayu sehingga ditangkap pada September 1949.

    Teks memoir ini cuba membezakan kedua-dua kelompok kiri yang mempunyaipersamaan hanya dari segi sikap anti-penjajah. 1aafar cuba mempertahankan perjuangangolongan kiri Melayu sepertinya yang juga anti-komunis. Beliau mengetahui rakan-rakanPKMM yang berpegang kepada ideologi komunis seperti Ibrahim Chik dan Rashid Maidin.Malah kerap juga timbol keadaan panas antara kumpulan komunis-bukan komunis di kerntahanan sehingga berakhir dengan kekasaran fisikal.

    Dari segi kehidupan tahanan ramai penghuni kern yang mengalami gangguan mentalsehingga ada yang membunuh diri terutamanya dari kalangan tahanan Cina. Tidak kurangmenyayat hati ialah permohonan cerai yang dibuat oleh isteri yang ditinggalkan. Selepasdibebaskan mereka terus tersisih daripada kaum keluarga dan sahabat handai. Keadaantahanan ini tidak begitu diambil perhatian kecuali dari kalangan pemimpin MCA, beberapaorang pemimpin UMNO dan baginda Sultan Pahang Tuanku Abu Bakar yang telah melawatsemua kern tahanan untuk melihat kehidupan penghuninya dari dekat. 1aafar cuba melakukanbeberapa perkara yang berfaedah termasuk belajar seni pertukangan selain mengajar bahasaInggeris/Melayu dan ilmu akaun kepada rakan-rakan yang lain. Yang lain pula belajarmenjahit. Namun perbahasan politik di kalangan mereka berjalan seperti biasa - sentiasahangat. Beliaujuga mula serius dengan agama melalui beberapa orang ustaz dari kalangantahanan dan mengakui buat pertama kalinya menyempumakan solat 5 waktu ketika dalamtahanan. Malah beliau mula insaf dengan kesalahan agama yang telah dilakukan.

    Terdapat dua perkara menarik yang disebut dalam memoir ini. Pertama ialah pertemuanantara Sir Gerald Templer dan Ishak Haji Muhammad. Ishak tidak menyebut pertemuanini tetapi ada mengulas panjang lebar pertemuannya dengan menteri dalam negeri ketikaitu Dato' Onn 1aafar. Langkah ini mendapat tentangan hebat rakan-rakan tahanan diIpoh tetapi laafar Hussin mempertahankannya.65 Pertemuan ini kemudiannya membawakepada penubuhan Kern Pemulihan di Morib bagi memudahkan pembebasan tahanan. Diantara yang dibebaskan termasuk Ishak sendiri yang kemudiannya diterima bekerja di

    65 Ishak Haji Muhammad, Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,1996 him. 218-220.

    45

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    23/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    labatan Penerangan Persekutuan Tanah Melayu. Inijauh berbeda dengan pendirianAhmadBoestamam yang menolak pujukan C H Fenner (seorang pegawai polis kolonial yangbertugas sebagai OCPD Tanjung Malim yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua PolisNegara selepas Merdeka) pada 1948 untuk menjadi agen British dengan ganjaran yangamat lumayan termasuk wang ringgit, kereta dan rumah kediaman di Kuala Lumpur.66 Satulagi ialah peranan Mohd Suffian Hashim, bakal ketua hakim negara yang ketika itu bertugassebagai timbalan pendakwa raya di lohor Bharu,67 dalam pembebasannya ketika di tahan dilohor Bharu setelah dijamin oleh Tunku Abdul Rahman yang juga presiden UMNO.

    Abdul Majid Salleh (1923-?)Seorang lagi tokoh yang terabai ialah Abdul Majid Salleh. Selain aktif dalam PKMM beliauturut memimpin kesatuan sekerja di lohor dan kemudianya terlibat dengan PRM khususnyacawangan Perak dan PAS. Beliau boleh digolongkan ke dalam kelompok kiri Islam sepertiBurhanuddin AI-Helmy dan Abu Bakar AI-Baqir.

    Abdul Majid Salleh telahpun menerbitkan dua memoimya tetapi esei ini hanyadapat merujuk kepada memoimya yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia pada 2004 yang diasaskan kepada memoimya yang diterbitkan pada awal1990-an.68 Memoir terbitan UKM ini memang menarik dan berkisar kepada tempoh lewat1940-an hingga I 960-an khususnya berkaitan penglibatan orang Melayu dalam pergerakanburuh di semenanjung dan Singapura. Di bahagian dua memoir ini terdapat bait-bait puisiyang disusun mengikut tajuk seperti "Parti Kebangsaan Melayu Malaya", "Zaman WangPokok Pi sang", "Bermulanya Detik Perjuangan", "Undang-undang Darurat diisytiharkan","Khemah Tahanan" dan "Negara Merdeka".

    Abdul Majid masih ingat rakan-rakan pemimpin buruh seperti Osman Bakar darikalangan pekerja lombong di Perak, Mohamad Yasin di Negeri Sembilan, Yusof Putih diMelaka dan Nik Mat di Kelantan. Semua mereka merupakan anggota PKMM. Dalammemoimya Abdullah CD yang turut bergiat cergas dalam pergerakan buruh Melayu sebagaiwakil PKM selepas 1945 hanya sekali sahaja menyebut nama Abdul Majid Salleh iaitusebagai ahlijawatankuasa Kesatuan Buruh Melayu Malaya. Sebaliknya beliau lebih banyakmengingati aktivis-aktivis buruh Melayu yang lain yang juga merupakan ahli PKM bahagianMelayu seperti lasman, Majid, Ibrahim (Ani), Kadir Mure'ih dan Mat Indra di lohor.69

    Sebagai orang pejuangan "rekod" Abdul Majid tidak kurang hebatnya berbandingAhmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad yang lebih dikenali umum. Abdul Majidpemah ditahan di bawah Undang-undang Darurat selama 7 tahun bermula di penjara lohor

    66 Ahmad Boestamam, Meril1lis lalan ke PUl1chak, Kuala Lumpur: Pustaka Kejora, 1972 him. 172-178.67 J Victor Morais, Lord President Sulfian: His Life al1d Times (Kuala Lumpur, Law Publishers: 19HO)68 Abdul Majid Salleh, Memoir Ahdul Majid Salleh: Dalam PKM,\1 dan Kesatual1 Buruh, Bangi: Penernil Universiti

    Kebangsaan Malaysia, 2004.69 Abdullah CD, Memoir Abdullah CD. Zaman perRerakal1 sehil1RR{l 1948, bah 15-16,20.

    46

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    24/28

    ALIRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Bahru, penjara Outram Road dan Changi di Singapura, lokap polis di Kampar, Segamatdan lohor Bahru serta kern tahanan politik Majidee, Pulau Sekijang di Singapura, TanjungBeruas dan Ashby Road. Sebelum itu pada 1947 beliau pemah ditangkap atas tuduhanmengugut dan dibicarakan di bawah Undang-undang lenayah 506 di mahkamah Segamattetapi dibebaskan tanpa syarat.

    Namun Abdul Majid Salleh juga kerap salah tafsir khususnya berhubung hubungantokoh kiri seperti Lim Chin Siong dan Abdul Samad Ismail dengan Lee Kuan Yew yangmenjadi renggang sekitar penubuhan Malaysia. Tanpa diketahuinya persaingan LimChin Siong-Lee Kuan Yew memang sengit khususnya berhubung penubuhan Malaysiadan pemerhatian Said Zahari lebih dekat kepada keadaan sebenar.70 Abdul Majid jugasilap apabila menyebut Hussein Onn pemah berkhidmat dengan Indian National Army(INA?) walhal INA itu dikaitkan dengan Subhas Chandra Bose sementara Indian Armyyang beliau maksudkan merujuk kepada British Indian Army. Sukar juga untuk menerimapandangan Abdul Majid tentang buku Revalusi Mental karya Senu Abdul Rahman yangdikritik oleh Syed Hussein Al-Attas dalam The Myth afthe Lazy Natives walaupun karyaSyed Hussein ini dipandang sepi oleh ahli politik perdana kerana pengarangnya merupakanpengasas parti Gerakan.

    Abdul Majid tidak memberikan tarikh tepat beliau dilahirkan tetapi daripada tekssekitar 1923 di Perak. Ibu bapanya berasal dari Kerinchi dan Minangkabau. Rakanseperjuangan yang disebut dalam teks mahupun yang berkecimpung dalam PKMM ataukesatuan buruh terdiri daripada generasi kedua atau ketiga orang Indonesia khususnyadari Sumatra.

    Teras utama memoir Abdul Majid Salleh, seperti juga memoir laafar Hussin, ialahTanah Melayu mencapai kemerdekaan melalui perjuangan yang berdarah yang dianjurkanoleh rakan-rakannya dalam PKMM dan bukan dengan belas kesihan penjajah Inggerissebagaimana yang dimonok oleh pihak tertentu.7! Pandangan ini jauh berbeda denganapa yang kerap disebut oleh tafsiran rasmi.

    Abdul Majid terlibat dengan giatnya dalam PKMM yang dibahagi kepada beberapalujnah (section): lujnah Pemuda diketuai olehAhmad Boestamam, Wanita diketuaiAishahGhani, Buruh pula diketuai Abdullah CD, Tani diketuai MusaAhmad dan Agama diketuaiAbu Bakar AI-Baqir dari Gunung Semanggol. Parti politik Melayu yang pertama ditubuhkanselepas perang ini terkenal dengan salam perjuangannya iaitu pekikan "Merdeka" yangdilaungkan sambil menggenggam tangan dengan 5 jari yang kuat diangkat ke dada disambutdengan pekikan "tetap" sekuat suara dengan nada yang garang sambil mengangkat tang anmenggenggam jari hingga ke dada.

    Limajari dalam "salam perjuangan" ini bermaksud merdeka politik, merdeka ekonomi,merdeka agama, merdeka sosial dan merdeka budaya. NamunAbdul Majid kecewa dengansikap orang-orang Melayu yang sinis terhadap kemerdekaan mahupun rakan sebangsayang memperjuangkan kemerdekaan sebelum 1950.70 Said Zahari, Meniti Lautan Gelora: Sebuah Memoir Politik,Kuala Lumpur: Utusan Melayu Publications, 200 I; dan Lee

    Kuan Yew, The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew, Singapore: Times Edition, 1998, khususnya bab 30.71 Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, him. 15-17

    47

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    25/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Sejak 1946 Abdul Majid berkecimpung dalam pergerakan buruh di lohor dan memoirini lebih banyak membincangkan aspek perburuhan Melayu khususnya dari kalangan etniklawa di estet getah dan kelapa sawit. Pun begitu perjuangan buruh ini masih tidak terpisahdengan perjuangan kemerdekaan. Menurutnya, perhimpunan Hari Buruh pada I Mei, sarnaada yang diadakan di padang mahupun di panggung wayang, turut menyemai semangatmahu merdeka. Kesatuan sekerja pula bukan setakat berjuang untuk naik gaji tetapi turutdigalakkan meminta gaji lebih; hanya apabila berani berbuat demikian golongan buruh akanberani melaungkan merdeka.72 Menarik juga ialah pemerihalan gelagat majikan Inggerisyang tidak memberansangkan terhadap kebajikan buruh dalam pelbagai sektor.

    Satu hal yang menarik ialah pemerhatian beliau tentang buruh-buruh Melayu yangmendiami estet. Menurutnya golongan ini merangkumi 30% buruh di lohor dan umumnyaterdiri daripada suku lawa. Kehidupan mereka amat daif selain mempunyai kefahamanyang cetek terhadap agama dan terlibat dalam gejala judi sehingga sanggup menggadaikanisteri.

    Seperti juga memoir laafar Hussin dan Mohd Salleh Daud, Abdul Majid turutmembincangkan perjuangan PKMM untuk menuntut kemerdekaan daripada Britishdan perbezaan perjuangan parti ini dengan UMNO yang didukong oleh golonganbangsawan Melayu, pentadbir kolonial, guru dan juga ulamak yang menyokong Inggeris.Perseteruan PKMM-UMNO ini amat sengit sehingga memporakperandakan keluargadengan meranggangkan hubungan an tara ayah-anak dan suami-isteri. Banyak perkarayang disebutnya memang menarik yang sebelum ini hanya disebut sepintas lalu sepertiperanan Dato' Onn membenteras kelompok kiri Melayu. Abdul Majid lebih khusus: PKMMmenurutnya menghadapi tentangan dua penjuru, daripada British dan juga orang Melayuyang menyokong mereka khususnya UMNO dan Dato' Onn. Lebih malang kali UMNOdan penyokongnya turut melabelkan PKMM sebagai Parti Komunis Melayu Malaya danAPI sebagai Angkatan Pembunuh Inggeris.7J Pendedahan ini pastinya amat bergunakepada pengkaji untuk menilai semula peranan golongan kiri Melayu dalam perjuangankemerdekaan tanah air.

    Abdul Majid amat sinikal terhadap orang Melayu yang bersubahat dengan Britishselepas 1945. PKMM, menurutnya, hanya dapat ditewaskan melalui Undang-undangDarurat, kekerasan pemerintah dan peranan pensubahat/talibarut British. Kebanyakan yangditangkap ialah pemuda Melayu sementara yang menangkap juga terdiri daripada orangMelayu atau dalam ungkapannya "Orang Melayu yang berjuang menuntut Kemerdekaanditangkap oleh orang Melayu yang berjuang menyebelahi Inggeris menentang pejuangKemerdekaan."74 Beliau juga keciwa dengan sikap para pemuda/pemudi Melayu I 940-anyang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kapitalis asing dan tempatan denganmenganggotai pasukan polis khas (Special Constable) semasa darurat kerana menurutnya,pengorbanan yang diberi tidak sepadan dengan gaji yang dibayar.

    72 Abdul Majid Salieh. Memoir Ahdul Majid Salfeh.hlm. 47-5373 Abdul Majid Salieh, Memoir Abdul .'vfajid Salfeh, him. 72-86.74 Ibid., him. 88.

    48

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    26/28

    ALiRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    Mohd Salleh Daud (1923-?)Mohd Sal\eh Daud cuba menjelaskan kesinambungan antara apa yang diperjuang olehPKMM yang kemudiannya diwarisi UMNO yang turut diresapi bekas-bekas anggotaPKMM selepas 1948. Karier Mohd Salleh boleh dibahagi kepada tiga tahap iaitu sebelum1954 (penglibatan dalam politik), 1954-71 (penglibatan dalam dunia korporat) dan selepas1971 hingga 1987 (penglibatan dalam kerajaan).75 Berbeda dengan dua tokoh sebelum inikarier Mohd Salleh tamat dengan perkhidmatan dengan kerajaan yang diterajui UMNO.Pada asasnya memoir ini cuba memberi justifikasi perubahan besar ini atau tindakannyasebagai seorang bukan konformis.

    Mohd Salleh dilahirkan di Kampar pada 1923 dan mendapat pendidikan Melayudan Inggeris. Pendidikan formalnya tamat ketika Jepun menyerang Kota Bharu pada 7Disem ber 1941: ketika itu be liau sedang menduduki peperiksaan Senior Cambridge diSekolah Anderson Ipoh. Melalui usaha Dr Burhanuddin AI-Helmy Mohd Salleh pemahbercadang untuk menyambung pengajian di Universiti Aligargh, India pada 1946 tetapiusaha ini gagal.

    Mohd Salleh mula berkhidmat dengan akhbar zaman Jepun dan selepas 1945dengan Suara Rakyat yang merupakan lidah rasmi PKMM. Rakan-rakan wartawannya termasuk Ahmad Boestamam dan Dahari Ali. Antara 1947-51 beliau terlibat dalamdunia kewartawanan di Singapura: mula-mula dengan Utusan Melayu, kemudian MalayaTribune dan seterusnya akhbar The Straits Times. Ketika di Utusan Melayu antara rakanrakannya termasuk Keris Mas, Othman Wok, Abdul Samad Ismail dan Abdul Aziz Ishak.Beliau turut menganggotai GERAM yang diterajui Abdul Aziz Ishak dan A Samad Ismail.Pertubuhan ini, walau bagaimanapun, gagal mendapat kelulusan kerajaan kolonial danakhimya berkubur apabila Aziz Ishak berpindah ke Kuala Lumpur sebagai wakil UtusanMelayu. Antara 1951-52 beliau bertugas sebagai editor Maju, sebuah majalah yang diterbitkan oleh RIDA yang diketuai Dato' Onn Jaafar. RIDA (digantikan dengan MARA lewat1950-an) ditubuhkan untuk meningkatkan tarafsosio-ekonomi orang Melayu di luar bandartetapi terperangkap dalam konflik politik IMP di bawah Dato' Onn dan UMNO pimpinanTunku Abdul Rahman.Pada 1954 Mohd Salleh memasuki dunia korporat dengan berkhidmat di bahagianperhubungan awam Lever Brothers. Beliau merupakan antara 3 orang eksekutif Melayuyang berkhidmat dengan firma Inggeris ini. Antara 1969-71 beliau dipinjamkan kepadakerajaan tetapi menyambung semula tugas dengan Lever Brothers antara 1971-73.

    Khidmatnya dengan kerajaan bermula pada 1969 apabila dilantik sebagaisetiausaha akhbar Tun Abdul Razak dalam kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteridan pengarah Mageran (Majlis Gerakan Negara). Dengan kehendak Tun Razakjuga beliaudilantik sebagai ketua pengarang Bemama di antara 1973-78. Selepas tam at khidmatnyadengan Bemama beliau dilantik sebagai setiausaha akhbar Tunku Razaleigh Hamzah,pada mulanya sebagai menteri Kewangan dan kemudiannya sebagai menteri Pedagangandan Perindustrian.75 Mohd. Salleh Daud, Memoir Bukan Seorang Konformis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.

    49

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    27/28

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Beliau juga terlibat dengan badan-badan lain termasuk Malay Forum, sebuahorganisasi 'think tank' yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak selain menjadi ahlijawatankuasa pengelola Dewan Bahasa & Pustaka antara 1980 hingga 1982.

    Mohd Salleh mengakui dirinya sebagai seorang sosialis dan juga seorangpasifis. Lebih signifikan beliaujuga seorang anti-komunis walaupun mempunyai kenalankomunis samaada di Tanah Melayu, Indonesia mahupun India. Semasa di sekolah lagibeliau tertarik dengan perjuangan KMM yang dilihatnya sebagai sesuatu yang baru danradikal kerana "memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari belengu British." Namunketika menuntut di ACS Kampar, sebuah sekolah kelolaan mubaligh Kristian lewat 1930-an, beliau mengambil pendirian dalam persoalan hidup untuk bersikap bukan konformis,tidak mahu terikat dengan mana-mana ideologi atau teori kerana "fikiran manusia, suasanamasyarakat, suasana dunia, suasana hidup sentiasa berubah. Tidak ada yang statik. Setiappersoalan adalah relatif. Tidak ada kebenaran yang mutlak, melainkan Allah S.W.t."76Individu-individu seperti ini pastinya tidak mampu menembusi naratif sejarah kebangsaantetapi tiada siapa yang dapat menafikan kepentingan mereka dalam pergolakan politik tanahair khususnya untuk I 940-an dan 1950-an.

    KesimpulanSejarah Malaysia untuk tempoh 1945-57 merupakan sejarah "mereka yang menangdalam percaturan politik domestik" sementara mereka yang kalah termasuk golongan kiriMelayu terus dipinggirkan. Adalah tidak tepat untuk mengatakan golongan kiri sematamata dilahirkan oleh perjuangan KMM mahupun PKM kerana bilangan dari kalangan initidak besar. Lebih ramai lagi, malah sebilangan besar Melayu kiri tidak mempunyai kaitanlangsung dengan KMM mahupun PKM. Sebaliknya mereka ini dilahirkan oleh sistempendidikan, ketenteraan dan pentadbiran lepun yang menjadikan mereka anti-barat; melaluiPKMM mereka menentang kemasukan semula British dan menolak kerjasama denganregim penjajah selepas 1945. Bagi ramai golongan kiri, berjuang dengan senjata selepas1948 termasuk melalui organisasi yang ditaja PKM merupakan pilihan terbaik berbandingditahan di kem tahanan untuk tempoh yang lama.

    lelas juga perjuangan kemerdekaan negara menampakkan satu kesinambungandengan pihak yang terkemudian turut mewarisi apa yang diperjuangkan oleh kumpulanyang lebih awal. Oleh yang demikian wajarlah perjuangan yang lebih awal itu diberipengiktirafan. Ada golongan Melayu kiri mendakwa Tun Abdul Razak pernahberbuat demikian secara peribadi dalam pertemuan beliau dengan Ahmad Salleh(KaptenAbas) yang pemah terlibat dalam Regimen Ke-I 0 pada Oktober 1955 di Temerloh.Pertemuan ini mendapat liputan akhbar yang meluas.77 Menurut laafar Hussin Abdul Razak

    76 Mohd. Salleh Daud, Memoir Bukan Seorang Konformis, him. 15.77 Jaafar Hussin, Kebenaran, him. 168.

    50

  • 7/29/2019 Allran Kirl Dalam Nasi0nallsme Melayu 1945-57 Abu Talib Ahmad

    28/28

    ALiRAN KIRI DALAM NASIONALISME MELAYU 1945-57: SATU PEMERHATIAN

    mengakui perjuangan orang Melayu Temerloh ini boleh digunakan untuk menekan Britishmempercepatkan kemerdekaan. Pastinya pandangan seperti ini tidak dipegang olehpemimpin Melayu lain. Malah ada di antaranya terns melaungkan manfaat kerjasamadengan British, berbanding kerjasama dengan Jepun, yang menghasilkan kemerdekaanpada 1957 78

    Gejala memberi label kepada lawan politik bukanlah satu perkara barn ataupunluar biasa dalam sejarah politik Malaysia. Namun apa yang berlaku pada I 940-an dan 1950-an ketika Perang Dingin memuncak memang luar biasa. Jika Amerika Syarikat terkenaldengan McCarthismenya apabila komunis dan penyokong mereka diburn habis-habisantermasuk dari kalangan intelektual Tanah Melayu turnt mengalami fen omena yang sernpa.Tuduhan seseorang itu komunis atau penyokong komunis sudah pasti membunuh karierpolitik orang yang dituduh. Lebih dahsyat lagi tuduhan itu kekal tanpa sebarang kajiansemula walaupun kini terdapat pelbagai sumber yang boleh diakses.

    Perbincangan esei ini dibuat berasaskan kepada memoir tokoh-tokoh temama danyang kurang temama yang kini telah banyak diterbitkan. Walaupun masih memerlukansokongan dokumen rasmi pemerhatian awal ini memadai untuk memberi satu dimensi barnkepada sejarah negara yang selama ini kurang diketahui umum. Sementara itu pengkajiseperti A. J. Stockwell dan Timothy N. Harper dari Britain79 serta beberapa orang ahli sejarahdari Universiti Kebangsaan Malaysia telah mula meneliti dokumen-dokumen rasmi Britishyang disimpan di Arkib Negara Britain di Kew, London untuk tempoh 1945-57 yang kinidibuka kepada umum. Ahli-ahli Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia turut tidakketinggalan dan ini dilakukan melalui satu geran penyelikan yang dibiaya USM.80

    78 Lihat Sony Insun Mustapha, Memoir Mustapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme Melayu sebelum UMNO.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1997 him. 627 Lampiran 17 Surat daripada Datuk Wira Diraja CaptainMohamed Ali bin Mohamed bertarikh 19 Disember 1986.

    79 Contohnya boleh dirujuk kepada British Documents on the End of Empire Series berikut: Part 1 The Malayan UnionExperiments 1942-48; Part 2 The Communist Insurrection 1948-53; dan Part 3 The Alliance Route to Independence1953-57. Lihat juga TN Harper, The End ofEmpire and the Making ofMalaya. New York: Cambridge UniversityPress, 1999.

    80 Projek penyelidikan ini berjudul "Re-examining the 1946-57 Period in Malaysian History" yang dibiayai geran FRGSUniversiti Sains Malaysia berjumlah RM 60,000.00 untuk tempoh Oktober 2007 -Oktober 2010.