amalan yang merosakkan iman

29
Agak2 kenapa budak perempuan ni solat kat situ? ……………………………… ……………………………… ……………….

Upload: arijah06

Post on 01-Oct-2015

342 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

akidah dan perkara-perkara yang merosakkannya

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Agak2 kenapa budak perempuan ni solat kat situ?.

IMAN DAN KEHIDUPANTAJUK:AMALAN YANG MEROSAKKAN IMAN

Firman Allah swt

Maksudnya: Iblis berkata : Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat,(maka) Demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali diantara zuriat- zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. ( surah al-Hijr ayat 39-40)

Amalan yang merosakkan imanBahasa : menutupi atau mengingkari.Ulama Usuluddin; tutupAhli Sunnah Wal Jamaah; pendustaan kepada Rasulullah saw dan ajaran yang dibawanya.KufurSyara: tidak mempercayai Allah swt, malaikat,kitab-kitabnya, para rasulnya ,hari akhirat,hukum-hukum Allah swt atau sebarang ketetapan agama secara daruri diketahui oleh orang Islam. ( Abdul Aziz az-Zindani,2004)KufurWahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah imanmu kepada Allah SWT dan Rasulnya,dan kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasulnya ( Muhammad SAW) dan juga kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu,dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah swt,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabNya dan Rasul-rasuNnya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan yang amat jauh. (an-Nisa ayat 136)

Kufur HakikatIktikad PerkataanPerbuatanKufur HakikatMenerusi itiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.Kufur HakikatMenerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Kufur HakikatMenerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agamaIslam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorangmuslim.

Kufur NikmatMengurangkan iman dan menyebabkan pelakunya berdosa hingga kembali kepada Allah swt dengan membanyakkan amal soleh dan kesyukuran.

SyirikSyirik : menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau percaya bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah.Firman Allah dalam surah luqman ayat 13 :

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Syirik Besar (jaliyy)Syirik Besar (jaliyy)ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik Kecil (khafiyy)Syirik khafiialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak (menunjuk2) di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Syirik Kecil (khafiyy)Perkara itu jelas disebut dalamal-Quranmelalui firman Allah yang bermaksud: Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya. (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Syirik Kecil (khafiyy)Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. MakaRasulullahmenjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Syirik Kecil (khafiyy)Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Syirik Kecil (khafiyy)Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Syirik Kecil (khafiyy)Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Syirik Kecil (khafiyy)Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

MunafikNifaq/ munafiq; para ulamabersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengaku dengan lidahnya pada zahir tetapi berdusta di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan iman.Firman Allah swt: al-Baqarah ayat 8-10Maksudnya : Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

MunafikIman yang tidak teguhPerbuatan yang berubah-ubahPerkataannya yang berubah-ubahResah gelisah dan tidak tenang bersama orang mukmin.Mengharapkan balasan yang segera jika berbuat amal bakti.Menumpukan soal keduniaan sahaja,menganggap akhirat sebagai satu cerita dongeng sahaja.

Tanda-Tanda MunafikCara mengatasi amalan yang merosakkan imanMentaati perintah AllahMengikhlaskan diri untuk beribadat kepada Allah.Menjauhi dari melakukan syirik Menjauhi maksiatMenguatkuasakan hukuman mengikut syariat Islam.Membetulkan niat apabila membuat sesuatu amalan.

SEKIAN