ambang spm 2016 tingkatan 4

34
SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 1 AMBANG SPM SEJARAH TINGKATAN RINGKASAN PILIHAN 201 6 4

Upload: isharsmiaa

Post on 07-Jan-2017

2.797 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 1

AMBANG SPM SEJARAH TINGKATAN

RINGKASAN PILIHAN

2016

4

Page 2: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA TAMADUN MESIR

1. Di manakah lokasi tamadun Mesir?

Di tebing Sungai Nil

2. Mengapakah Tamadun Mesir dikatakan anugerah daripada Sungai Nil

Tamadun Mesir terletak di lembah sungai Nil Limpahan air sungai Nil menukar kawasan padang pasir kepada kawasan subur Lanar Sungai Nil membentuk delta yang subur Delta sesuai untuk kegiatan pertanian.

3. Senaraikan ciri - ciri raja Mesir

Dipanggil firaun Berkuasa mutlak Dianggap suci Ketua hakim Ketua pahlawan ketua pendeta Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun

4. Jelaskan amalan keagamaan dan kepercayaan tamadun Mesir

Percaya kepada konsep politeisme Percaya kepada kehidupan selepas mati Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Status mayat ditentukan oleh alat kebesaran yg dikebumikan Makam mayat dipenuhi dengan peralatan Mayat disertakan kelengkapan harian Mayat perlu dijaga dengan teliti

5. Apakah kegunaan tulisan dalam tamadun Mesir?

Mencatat rekod aktiviti pertanian Mencatat rekod pengutipan cukai Untuk tujuan keagamaan Untuk digunakan dalam upacara ritual /kepercayaan

6. Senaraikan sumbangan tamadun Mesir

Pembinaan piramid

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 2

Page 3: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Penciptaan kertas daripada pokok papyrus Sistem tulisan hieroglif Mewujudkan sistem pendidikan Ilmu perubatan Penguasaan ilmu matematik dan astronomi Menghasikan batu bata Mencipta sistem pengairan

7. Terangkan sumbangan tamadun Mesir dalam peradaban dunia

Membina piramid ilham Imhotep Mencipta kertas daripada pokok papyrus Memudahkan penyimpanan rekod Mencipta sistem tulisan Hieroglif Dapat dibaca pada makam dan batu Mencipta sistem pengairan Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian Perkembangan ilmu matematik / astronomi Digunakan untuk mengawal banjir Sungai Nil. Membolehkan mencipta kalendar 365 hari setahun Ilmu perubatan Melahirkan pengamal ilmu perubatan. Mendapat status yang tinggi dalam masyrakat. Mahir memumiakan mayat. Mewujudkan sistem pendidikan Untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Pendidikan sejak umur yang rendah. Diurus oleh rumah ibadat. Bertujuan melahirkan melahirkan jurutulis terlatih. Mata pelajaran diajar ialah ilmu geometri, matematik dan sains.

TAMADUN HWANG HO

1. Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho

Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning) .

2. Senaraikan dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho

Dinasti Hsia Dinasti Shang Dinasti Chou Dinasti Ching Dinasti Chin

3. Senaraikan ciri Bandar Anyang

Salah satu contoh negara kota. Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama. Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh. Di kelilingi oleh perkampungan petani.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 3

Page 4: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

4. Apakah tugas golongan hamba dalam tamadun Hwang Ho

Tentera paksaan. Menjalankan kerja buruh Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan

5.Jelaskan amalan keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho

kepercayaan animisme Kepercayaan politeisme. Penyembahan roh nenek moyang. Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung Upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban Upacara penyembahan diketuai oleh bomoh Jumpaan tulang yang dikenali sebagai tulang oracle Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan Bomoh terlibat dalam upacara penilikan dengan meletakkan tulang di atas unggun api Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian Percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan Percaya kepada dewa Shang-ti Mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien Mempercayai konsep Yin dan Yang Mempercayai konsep Feng Hsui

6. Nyatakan unsur kepercayaan tamadun Hwang Ho yang masih kekal hingga kini

Pemujaan roh nenek moyang. Unsur korban manusia telah digantikan dengan makanan/ duit kertas / barangan perhiasan. Konsep Yin dan Yang. Kongsep Feng Hsui. Amalan menggunakan kalendar dalam aktiviti harian. Pengamalan falsafah Perang Sun Tzu dalam perniagaan.

7. Senaraikan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian

Pembinaan sistem pengairan. Tujuan mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banji.r Kemajuan teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul / sabit. Penggunaan batas untuk tujuan tanaman. Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi.

8. Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia Bidang politik

Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 4

Page 5: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Bidang pertanian Pembinaan sistem pengairan. Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan Banjir. Kemajuan teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul / sabit. Penggunaan batas untuk tujuan tanaman. Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertaniian daripada kayu kepada besi.

Sistem Tulisan Berkembang secara evolusi Digunakan oleh orang China hingga sekarang. Penggunaannya meluas. Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan. Diajar di sekolah-sekolah di China. Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

Sistem kepercayaan Pemujaan roh nenek moyang. Dijalankan semenjak Dinasti Shang. Diteruskan mengikut kesesuaian masa. Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi digantikan dengan unsur lain.

Penciptaan kalendar Dicipta semasa Dinasti Shang. 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun. Untuk menentukan musim menanam dan menuai. Untuk menjalankan aktiviti harian. Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

TAMADUN YUNANI

1 Jelaskan sistem demokrasi yang diamalkan di Athens?

Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis Semua warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan Berkhidmat antara enam bulan hingga setahun Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan Setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 5

Page 6: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Dewan berkuasa melantik Ahli Majlis, Majistret dan Juri Dewan berkuasa penuh terhadap Ahli Majlis, Majistret dan Juri Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang

2 Mengapa negara-negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan

Bentuk muka bumi bergunung-ganang Tidak sesuai untuk pertanian Kekurangan tanah untuk pertanian Peningkatan dalam perdagangan dengan kawasan luar Terutamanya melalui jalan laut Menghadapi masalah kekurangan makanan Terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari Timur Dikelilingi oleh Laut Mediterranean dan Laut Aegean

3 Apakah tujuan pendidikan di Athens?

Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya Dari sudut rohani dan jasmani Melahirkan manusia yang cemerlang Dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal Dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia Mata pelajaran yang ditekankan ialah sukan / muzik / kesusastraan / seni berpidato / membaca /

menghafal / menulis

4 Apakah matlamat pendidikan di Sparta?

Melahirkan warganegara tentera yang sempurna / gagah / setia Mementingkan latihan fizikal Mementingkan kemahiran menggunakan senjata

5 Apakah kesan daripada perkembangan pendidikan pada zaman peningkatan tamadun Yunani

Banyak sekolah falsafah dibina Athens menjadi pusat cendikiawan Yunani Lahirnya sejarawan Contohnya Thucydides dan Herodotus Lahirnya pemikir dalam bidang sains dan teknologi Contohnya Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras

TAMADUN INDIA

6. Apakah faktor tamadun India maju dalam aktiviti perdagangan?

Terdapat pusat perdagangan penting Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 6

Page 7: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Banyaknya barang dagangan Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar Contohnya Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah, Asia Tenggara dan Rom Wujudnya persatuan perdagangan dan perusahaan (sresthin) Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya Penggubalan undang-undang untuk mengawal persatuan Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja Mata wang digunakan sebagai medium jual beli Semasa Zaman Gupta mata wang emas digunakan Perkembangan dalam sektor perusahaan Contohnya pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera, barangan emas, mutiara dan batu permata Kewujudan Jalan Sutera Darat Kewujudan Jalan Laut

7. Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun India?

Bermula pada Zaman Vedik Sangat mementingkan keagamaan Agama Hindu menjadi teras Hanya didominasi oleh kaum lelaki Golongan wanita tidak berpeluang menerima pendidikan Tumpuan pendidikan kepada pembelajaran kitab-kitab Veda Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pengantar Tumpuan pendidikan ialah agama Pendidikan berteraskan agama bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati Segala hukum agama harus dipelajari Supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni Pendidikan tinggi diberi di Kolej Brahman Sebelum ini pendidikan diberi di istana dan di rumah Untuk meningkatkan ilmu sains Tujuan pendidikan di India juga untuk menambah ilmu / mengatasi buta huruf dan untuk

mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

8. Apakah yang perlu dilakukan oleh penganut Hindu yang ingin mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan?

Menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda Mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama Mereka harus mempelajari karya sainstifik Mereka harus mempelajari karya falsafah

9. Huraikan bentuk masyarakat dalam tamadun India.

Berkembang daripada dua kelompok Masyarakat Dravidia dan Indo-Aryan Masyarakat Dravidia terdapat dibahagian selatan India Menggunakan bahasa Telegu, Malayalam, Kannada Masyarakat Indo-Aryan menggunakan bahasa Sanskrit yang kemudiannya melahirkan bahasa

Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri

10 Jelaskan sistem sosial yang diamalkan dalam tamadin India?

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 7

Page 8: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Mengamalkan sistem kasta Mempunyai empat kasta utama Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra Keempat-empatnya mempunyai tanggungjawab yang berbeza Sistem ini diikuti dengan ketat Seorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza Tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza

11 Jelaskan sumbangan tamadun India kepada tamadun dunia hari ini.

Gelaran Maharaja Membentuk birokrasi pentadbiran Tiang Asoka Persatuan sresthin Penggunaan mata wang dalam perdagangan Kolej Brahman Kitab Veda Pengetahuan astronomi dipetik daripada Rig Veda Angka Brahmin dan angka Kharosti Binaan sperti Great Bath, Kompleks Kuil di Gua Ajanta dan di Gua Ellora Epik Mahabharata dan Ramayana Bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha Agama Hindu dan Buddha

TAMADUN CHINA

12 Namakan dua bidang kemajuan ekonomi yang dicapai dalam tamadun China?

Kemajuan dalam pertanian Kemajuan dalam perdagangan dalam negeri Kemajuan dalam perdagangan maritim Kemajuan dalam perusahaan Pembentukan persatuan perniagaan

13. Nyatakan kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian dalam tamadun China.

Memperkenalkan tenggala Untuk membuat batas tanaman Memperkenalkan kolar kuda Untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta

sorong beroda / penyisir tanah Sistem penanaman bergilir diperkenalkan Untuk menjaga kesuburan tanah Membuat teres pada kawasan bukit untuk pertanian Membina sistem pengairan Contohnya membina terusan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal Terusan juga dibina untuk mengawal banjir

14 Apakah faktor perusahaan berkembang pesat dalam tamadun SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 8

Page 9: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

China?

Wujudnya pasaran di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat

Wujudnya pasaran dalam negeri Wujudnya Jalan Sutera Darat Wujudnya Jalan Laut Munculnya persatuan perdagangan Perkembangan sistem perhubungan iaitu jalan raya / jambatan Perkembangan alat pengangkutan seperti kereta kuda / kereta lembu

15 Sebutkan hasil penciptaan teknologi dalam tamadun China?

Membuat kertas Membuat tembikar Membuat layar perahu Membuat kapal

16 Namakan seni bina yang mengkagumkan dalam tamadun China

Tembok Besar China aepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan

Loyang mempunyai tembok yang dibuat daripada batu dan tanah liat / lumpur

Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara

Kawasan di dalam tembok menempatkan kediaman maharaja contohnya Kota Larangan

Kuil terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan

Pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama dan meninggi sehingga 15 tingkat meninggi

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 9

Page 10: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

1. Huraikan cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.

Disebarkan oleh Ksyatria/tentera Dibawa oleh golongan Vaisya/pedagang Disebarkan oleh Brahmin/Pendeta Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan Ikut pemerintah

2. Jelaskan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran

Penggunaan gelaran raja Brahmin menjadi penasihat raja dalam soal agama Raja dianggap bayangan tuhan (Dewaraja) Raja berkuasa mutlak Perintah raja adalah undang-undang Raja dipercayai memiliki kesaktian Raja mewujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan Mendirikan kompleks kota melambangkan konsep alam semesta/ orde kosmos Raja dibantu oleh golongan pembesar

3. Huraikan sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya.

Sistem pentadbiran beraja Di peringkat pusat raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja Hanya putera sulung menjadi penganti raja Di bawah anak raja terdapat senapati Senapati dibantu oleh pegawai lain seperti hakim dan Temenggung

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 10

Page 11: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

4. Jelaskan kepentingan candi / monumen kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

Monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha Berperanan sebagai rumah ibadat Tempat menyimpan abu jenazah raja / keluarga Tempat menyimpan patung dewa utama Lambang keagungan bagi seseorang pemerintah Lambang kehebatan seni bina Melambangkan orde kosmos / konsep alam semesta

5. Nyatakan ciri-ciri binaan candi Angkor Wat

Dibina untuk agama Hindu di Kemboja Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata Melambangkan orde kosmos Berbentuk empat segi Bahagian tengah tempat pemujaan dengan teres bertingkat empat

6. Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Borobudur.

Dibina untuk agama Buddha Terdiri daripada tiga tingkat – melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, Samadhi dan

panna Setiap tingkat mempunyai patung Buddha / Stupa Terdapat lukisan cerita kehidupan Gautama Buddha Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan diri

daripada nafsu

7. Huraikan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara

Meningkatkan pencapaian intelek masyrakat Sebagai bahasa ilmu Menjadi bahasa komunikasi kerajaan awal Merekod maklumat tentang agama / raja/ pemerintahan dan undang-undang Menjelaskan tentang keturunan raja Memperkaya Bahasa Melayu Mengandungi arahan Raja kepada rakyat

8. Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman awal kerajaan di Asia Tenggara.

Bahasa Sanskrit berkembng sebagai bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal Epik Ramayana dan Mahabharata menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan Lahirnya puisi dan prosa Jawa seperti Sutasoma dan Arjunwiwaha Daripada Mahabharata lahirnya Hikayat Pendawa Lima Daripada Ramayana lahirnya Hikayat Seri Rama

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 11

Page 12: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

BAB 4 : ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Zaman Jahiliah1. Apakah maksud dengan zaman Jahiliah?

Perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil Tidak mempunyai ilmu pengetahuan . Tidak mengetahui

2. Nyatakan jangka masa zaman Jahiliah

Bermula selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

3. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar masyarakat Jahiliah?

Mereka tidak menyembah Allah. Tidak mengikut ajaran para rasul. Mereka menyembah berhala. Akhlak mereka rendah. Kehidupan mereka kucar-kacir Melakukan amalan animisme Tidak menerima kebenaran

4. Apakah bukti masyarakat Arab Jahiliah mempunyai akhlak yang

buruk

Menjalankan perniagaan berasaskan riba/ penindasan. Merompak/ merampas barangan daripada kafilah merupakan punca mata pencarian. Menanam bayi perempuan hidup-hidup.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 12

Page 13: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Minum arak berjudi Berzina Tiada peraturan dalam perkahwinan Mempunyai semangat assabiyah Suka berperang

5. Senaraikan golongan masyarakat Arab jahiliah

Golongan Badawi tinggal di gurun dan pedalaman. Golongan Hadari tinggal di persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.

6. Senaraikan ciri masyarakat Arab jahiliah dari aspek sosial

Melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi/minum arak / bezina. Kedudukan wanita dipandang rendah Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekali gus. Menanam bayi perempuan hidup-hidup Menganggap lelaki minum arak hingga mabuk ialah lelaki sempurna

7. Senaraikan ciri masyarakat Arab jahiliah dari aspek ekonomi

Menjalankan aktiviti perniagaan. Melakukan riba. Merompak barangan pihak lain. Golongan kaya menindas golongan miskin. Pedagang lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Menjual berhala.

8. Senaraikan ciri masyarakat Arab jahiliah dari aspek agama

Menyembah berhala. Mempercayai animisme(memuja alam seperti pokok). Menganut agama Hanif (agama Nabi Ibrahim). Menganut agama Samawi (Kristian dan Yahudi). Kepercayaan menilik nasib. Mempercayai roh orang mati menjadi burung.

9. Senaraikan ciri masyarakat Arab jahiliah dari aspek politik

Mengamalkan sistem kabilah. Ketua kabilah digelar Syeikh. Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Muncul semangat assabiah amat tebal. Sering berlaku peperangan atas sebab yang kecil.

10. Nyatakan ciri kehidupan berkabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah

Cara hidup berpuak-puak Ahli kabilah terdiri daripada suku yang sama Setiap kabilah mempunyai peraturan tersendiri Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 13

Page 14: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Ahli kabilah sangat taksub terhadap kabilah masing-masing Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah kabilah mereka Peperangan antara kabilah sering berlaku atas sebab yang kecil

11. Jelaskan syarat-syarat menjadi ketua kabilah

Bakal syeikh mesti disukai oleh ahli kabilah Mendapat persetujuan ramai, Berfikiran matang. Gagah dan berani Pandai berpidato

12. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiyah

Semangat kesukuan yang melampau Saling bermusuhan antara satu sama lain

13. Mengapakah amalan sistem kabilah tidak sesuai diamalkan pada

zaman ini?

Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing Setiap puak terikat kepada peraturan kabilah masing-masing Setiap ahli kabilah sangat taksub terhadap kabilah masing-masing Menimbulkan semangat kesukuan yang menebal Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah Punca sengketa menyebabkan hidup kucar-kacir dan tidak aman Peperangan antara kabilah sering berlaku atas sebab yang kecil Perpaduan tidak akan dicapai Rakyat hidup dalam ketakutan Imej negara akan tercemar

Mana-mana yang munasabah

ISLAM DAN PENYEBARANNYA DI MAKKAH

1. Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah?

Sempena berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah

dari Habsyah

2. Jelaskan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Rasul.

Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah terkenal. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib Ibu baginda ialah Aminah binti Wahab. Lahir pada Tahun Gajah. Diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 14

Page 15: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Ketika enam tahun dipelihara oleh datuk (Abdul Muttalib) Setelah datuk baginda meninggal, dipelihara oleh bapa saudara (Abu Talib) Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda. Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara ke Syam. Kerasulan baginda di ramalkan oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira. Giat berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya . Pernah menguruskan perniagaan Khadijah. Khadijah memberi modal besar kepada baginda kerana sifat amanah dan kebolehan

menjalankan perniagaan. Mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan. Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berusia 25 tahun. Menyelesaikan perbalahan perletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya.

3. Jelaskan penglibatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan

Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan dan berkongsi Pernah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam. Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah Memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur dan memberikan layanan yang

sewajarnya kepada pelanggan

4. Senaraikan sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w (ms105)

Siddiq(bercakap benar), Tabliq (menyampaikan), Amanah (dipercayai) Fatanah (bijaksana).

5. Jelaskan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w

Mempunyai empat sifat terpuji. Benar/ dipercayai/ menyampaikan / bijaksana. Digelar al-Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong. Amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Contohnya mengendalikan perniagaan Siti Khadijah. Mempunyai sifat kepimpinan. Contohnya menyelesaikan peristiwa Hajarul Aswad. Ketua keluarga yang boleh dicontohi. Contohnya membantu isteri memasak, melayan anak. Sikap merendah diri. Contohnya suka bergaul dengan semua orang. Mengamalkan cara hidup yang sederhana. Sabar dan tabah dalam pekerjaan. Sentiasa berserah sepenuh jiwa dan raga kepada Allah s.w.t. Bersifat penyayang kepada kanak-kanak dan orang tua. Suka bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat). Menunjukkan sifat pemaaf Contohnya dengan memaafkan Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota

Makkah.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 15

Page 16: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

6. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w bertahannuth di Gua Hirah?

Memikirkan masalah kaum baginda. Sering memikirkan kehidupan masyarakat yang tidak bermoral. Mencari jalan untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat jahiliah. Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah. Tempat beribadat yang sunyi dan tenang. Menyerah diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga. Tempat Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada baginda.

7. Berdasarkan wahyu pertama mengapakah amalan membaca sangat penting

dalam Islam?

Mendapat ilmu pengetahuan. Kajian dapat dilakukan terhadap sesuatu perkara. Bangsa berimu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.

Mana-mana yang munasabah

8. Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang diturunkan sangat penting Dalam perkembangan Islam?

Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 16

Page 17: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Bab 5 : Kerajaan Islam Madinah

1. Nyatakan golongan penduduk Madinah sebelum berlakunya hijrah?

Nasrani Yahudi ( Bani Quraizah, Bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir ) Suku Arab ( Suku Aus dan Suku Khazraj )

2. Jelaskan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Aqabah Pertama.

Nabi dikunjungi oleh beberapa orang suku Khazraj di Aqabah. Mereka telah memeluk Islam. Mereka menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah. Sekumpulan orang Arab daripada suku Aus dan Khazraj sekali lagi mengunjungi nabi. Terjalin perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah Dikenali perjanjian Aqabah pertama.

3. Apakah isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian Aqabah Pertama Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul. Berjanji akan membantu perjuangan nabi. Berjanji untuk meninggalkan amalan jahiliah

Perjanjian Aqabah Kedua Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW Mereka menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah. Mereka sukarela menyediakan tempat tinggal. Menjanjikan keselamatan orang Islam Makkah Kesediaan mempertahankan Islam oleh orang Arab Madinah.

4.Nyatakan peristiwa penting yang menyebabkan termetrainya Perjanjian Hudaibiyah.

Orang Islam bercadang menziarahi Makkah Makkah tempat asal orang Muhajirin Tempat pertama turunnya wahyu Dipersetujui oleh Nabi Muhammad SAW Berhasrat mengerjakan umrah

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 17

Page 18: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Rombongan orang Iskam disekat di Hudaibiyah. Orang Quraisy merasakan maruah mereka tercabar Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam. Menghantar Uthman bin Affan menerangkan tujuan kedatangan mereka. Tersebar khabar angin Uthman telah dibunuh Orang Islam melakukan baiah al-Ridwan untuk membela kematian Uthman. Orang Quraisy menghantar Suhail bin Amru berunding Termeterai perjanjian Hudaibiyah.

5.Nyatakan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

Gencatan senjata selama 10 tahun. Kabilah Arab lain bebas memihak sama ada kepada Orang Islam Madinah atau Orang Quraisy

Makkah. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu

dipulangkan Orang Quraisy Makkah yang memihak tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. Umat Islam hanya boleh mengerjakan Umrah pada tahun berikutnya (7 hijrah

6. Senaraikan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam.

Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya Memberikan kebebasan kepada orang Islam memasuki Makkah Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w merangka program dakwah Islamiah ke seluruh

Semenanjung Tanah Arab Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai Islam dapat berkembang dengan meluas Islam memperolehi keuntungan jangka panjang Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy iaitu Khalid bin Al-Walid, Amru bin Al-As dan

Uthman bin Talhah Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang unggul dan

dikagumi Orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah Perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah

7. Nyatakan sebab pembukaan semula Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW

Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah Pihak Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah Pihak Arab Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui Strategi jangka panjang penyebaran Islam

8. Senaraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.

Kaabah terpelihara daripada berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab jahiliyah Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab Dakwah Islam telah tersebar secara aman dan sukarela

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 18

Page 19: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1. Nyatakan perubahan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.

Institusi raja digantikan dengan institusi kesultanan. Sultan digelar Zillullah Fil-alam dan Zillulluah Fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka

bumi. Tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sulltan

untuk meningkatkan kedudukan seseorang pemerintah. Institusi kesultanan kekal sebagai institusi berasaskan pewarisan. Sistem Kesultanan meletakkan sultan sebagai ketua tertinggi dalam sistem pemerintahan dan

pentadbiran negara. Sultan mendapat nasihat dan pandangan daripada golongan ulama. Contoh ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz/ Maulana Abu Bakar/ Maulana Sadar Jahan

2. Apakah kepentingan konsep daulat kepada seseorang raja yang memerintah?

Meletakkan kedudukan sultan ke tahap yang paling tinggi. Membolehkan sultan memiliki kewibawaan dan kekuasaan dalam pentadbiran. Membolehkan sultan memerintah secara berkesan. Mewujudkan taat setia rakyat kepada sultan.

3. Apakah peranan adat dalam masyarakat Melayu?

Menjamin keselamatan masyarakat. Menentukan hak pewarisan harta dalam masyarakat. Mengawal pelakuan seseorang individu dalam masyarakat. Menentukan bidang tugas masyarakat. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi. Merapatkan tali persaudaraan

4. Sebutkan ciri-ciri undang-undang Adat Perpatih yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung. Diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning Mementingkan musyawarah dalam pentadbiran Pemilihan ketua dalam Adat Perpatih dilantik dari peringkat bawah. Tidak dibenarkan berkahwin dalam suku yang sama

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 19

Page 20: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu. Anak perempuan diutamakan mewarisi harta pusaka. Hukuman bersifat pemulihan. Perempuan berkahwin menetap di rumah keluarga perempuan.

5. Sebutkan ciri-ciri undang-undang Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan yang memerintah Palembang. Diamalkan di negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning. Mengamalkan pentadbiran secara mutlak. Pemilihan ketua berdasarkan warisan. Dalam adat Temenggung bebas berkahwin dengan pasangannya asalkan tidak melanggar

ketetapan hukum Islam. Mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Anak lelaki diutamakan mewarisi harta pusaka. Hukuman bersifat pembalasan. Perempuan berkahwin menetap di rumah keluarga lelaki

6. Senaraikan isi kandungan Hukum Kanun Melaka.

Menjelaskan tanggungjawab raja. Menjelaskan tanggungjawab pembesar. Pantang larang di kalangan masyarakat.. Undang-undang keluarga Permasalahan ibadat. Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan. Hukuman terhadap kesalahan jenayah

7. Nyatakan kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara.

Menjamin keamanan negara Mengekalkan perpaduan kaum Mengawal tingkahlaku masyarakat Menjamin keharmonian hidup masyarakat Menjadi panduan kerajaan menjalankan pemerintahan

8. Jelaskan ciri-ciri pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam

Merupakan pendidikan awal berdasarkan asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. Menekankan pengajaran nilai-nilai moral. Pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak memperoleh kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan Contoh bidang pertanian/ perikanan, kraf tangan / pertukangan Ibu bapa mengajar mengenai agama / kelakuan / adat resam / sikap bersopan santun / cara

berkawan / menjaga maruah Nilai murni diserapkan melalui cerita lisan Contoh cerita binatang / cerita jenaka Kaedah bercerita paling berkesan /digemari oleh kanak-kanak Contoh cerita teladan / pengajaran diberi penekanan Contoh cerita anjing dengan bayang-bayang / cerita Sang Kancil

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 20

Page 21: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Kanak-kanak mempelajari pantang larang / adat istiadat melalui pergaulan sosial Dinasihatkan agar tunduk sambil menghulurkan tangan ketika lalu di depan orang lebih tua Pendidikan menerusi pantun / peribahasa / teka - teki Pepatah Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri

9. Sebutkan faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan Kerajaan

Melaka

Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan di antara Timur dan Barat. Peranan Selat Melaka. Terlindung daripada angin monsun. Pelbagai kemudahan disediakan menyebabkan pentadbiran dan kegiatan perdagangan berjalan

dengan lancar. Pentadbiran yang cekap dan terbuka iaitu pegawai-pegawai dilantik seperti laksamana dan

syahbandar Sistem sukatan dan timbangan yang sistematik diperkenalkan Sistem tukar barang dan kaedah jual beli dijalankan dalam urusan perdagangan Undang-Undang Laut Melaka digubal untuk melicinkan pentadbiran di pelabuhan

10. Nyatakan ciri-ciri mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu tradisional.

Umumnya negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada timah Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat / beratnya satu kati lapan tahil Dicatat nama sultan memerintah / tarikh Islam pada mata wang tersebut Mata wang Pasai / Hormuz / Cambay digunakan di Melaka Di Johor mata wang timah dikenali sebagai katun Tidak mempunyai tarikh / berbentuk bulat / segi enam Mempunyai tulisan jawi / Arab Mata wang timah Kedah untuk kegunaan tempatan Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan Terdapat mata wang diperbuat daripada emas Digunakan secara meluas di Kedah / Johor Mata wang emas Johor tertua pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah Mata wang emas Johor digelar kupang Tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah Di belakang tertulis gelaran Islam sultan iaitu Khalifatul Muslimin Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang Pedagang Eropah menggunakan wang perak Pedagang India / China / Arab menggunakan mata wang emas

11. Nyatakan tentang aktiviti percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan

Melaka

Pedagang yang berniaga di Melaka wajib membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum memulakan perniagaan

Cukai paling asas ialah cukai tetap(cukai import) yang telah ditetapkan oleh pemerintah Pedagang India / Ceylon / Tanah Arab, / Siam / Pegu dikenakan cukai enam peratus dari

jumlah barang dibawa Pedagang Jepun dan China dikehendaki membayar cukai lima peratus

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 21

Page 22: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Terdapat barangan dikecualikan cukai iaitu beras / makanan Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilaksanakan di bazaar sepanjang sungai Melaka Orang asing menetap di Melaka dikenakan cukai Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan Cukai Raja tiga peratus Orang asing lain dikenakan Cukai Raja enam peratus

12. Nyatakan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Amalan riba tidak dibenarkan. Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta Zakat akan disimpan oleh baitulmal. Golongan ceti dibenarkan memberikan pinjaman wang. Baitulmal menyelenggarakan harta kerajaan Harta digunakan kemakmuran negara. Memberi bantuan kepada masyarakat yan memerlukan

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 22

Page 23: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance?

Renaissance berasal dari perkataan Itali”renisciment” Membawa maksud kelahiran semula Istilah ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan Yunani

dan Rom Kegemilangan tamadun Yunani dan Rom yang tenggelam pada zaman Gelap telah

dikembangkan semula pada zaman Renaissance Renaissance menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah/

humanisme

2. Sebutkan tokoh Renaissance yang muncul di Itali

Leonardo da Vinci Raphael Michelangelo Niccolo Machiavelli Galileo Galilei Giovanni Bocaccio Franesco Petrarch

3. Apakah faktor yang mencetuskan Reanissance di Itali?

Kedudukan Itali yang strategik Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali Bandar pusat perdagangan antarabangsa muncul Itali menjadi pusat pertembungan budaya/bahasa dan agama Itali menjadi pusat perkembangan idea Ramai pedagang kaya di Itali Pedagang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar Pedagang kaya menjadi penaung/patron kepada cendekiawan Cendekiawan membantu menyebarkan idea Renaissance Paus di Rom juga menjadi penaung kepada seniman

4. Nyatakan peranan gereja Rom dalam mencetuskan Renaissance di Eropah?

Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendikiawan Penguasa gereja mencemburui pencapaian bandar Florence Mereka berhasrat menjadikan Rom cantik dan menarik Pihak gereja memberi tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir Pihak gereja mengupah pelukis dan pengukir terkenal untuk mencantikkan gereja/katedral

5. Jelaskan faktor-faktor yang mencetuskan Renaissance.(m.s. 217-218)

Kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme Kemunculan bandar-bandar/pelabuhan di Itali Kedudukan Itali yang strategik/tempat pertembungan idea/tempat perdagangan

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 23

Page 24: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Kemunculan pedagang-pedagang kaya Peranan pedagang/paus/penguasa gereja sebagai penaung seniman dan cendikiawan Persaingan antara bandar-bandar di Itali Peranan gereja mengupah pengukir/ pelukis untuk mencantikan bandar/gereja Perkembangan semangat individualisme dalam kalangan cendikiawan Kemunculan ramai tokoh renaissance seperti Leonardo/Raphel/Michelangelo. Adanya semangat ingin tahu/inkuiri

6. Bagaimanakah perkembangan di Itali membantu mencetuskan Renaissance di Eropah.

Kedudukan Itali yang strategik Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali Bandar pusat perdagangan antarabangsa muncul Itali menjadi pusat pertembungan budaya/bahasa dan agama Itali menjadi pusat perkembangan idea Ramai pedagang kaya di Itali Pedagang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar Pedagang kaya menjadi penaung/patron kepada cendekiawan Cendekiawan membantu menyebarkan idea Renaissance Paus di Rom juga menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan Pedagang kaya/ penguasa gereja / keluarga kaya di bandar-bandar di Itali berlumba-lumba

mendapatkan tokoh cendekiawan

7. Nyatakan kesan-kesan Renaissance ?

Ekonomi : kegiatan ekonomi sara diri kian pupus Sistem perdagangan tempatan/antarabangsa berkembang Kegiatan penjelajahan/penerokaan berkembang Politik: Munculnya monarki baru Kekuatan monarki baru diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan Wujudnya amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat Kekuatan monarki menyebabkan kuasa gereja dan kuasa bangsawan semakin berkurangan Sosial: Munculnya semangat inkuiri yang mengutamakan keobjetifan dan eksperimen Perkembangan ilmu sains seperti biologi/kimia/fizik/perubatan Gaya hidup masyarakat berubah Masyarakat bersedia menzahirkan emosi mereka Masyarakat mengutamakan pendidikan / menekankan pemikiran logik/saintifik Melahirkan manusia yang menggunakan kebolehan dalam pelbagai ilmu untuk memajukan

diri Kemunculan sifat berani meneroka bidang baru untuk mencapai kejayaan

7. Apakah maksud reformation?

Reformation berasal dari perkataan reform Reformation bermaksud melaksanakan perubahan / pembaharuan terhadap sesuatu bagi

menghasilkan sesuatu yang lebih baik Gerakan ini mempunyai kaitan dengan pembaharuan dalam agama Kristian

8. Apakah faktor berlakunya Reformation di Eropah?(m.s. 220-222)

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 24

Page 25: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Ramai yang mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja Khatolik Pihak gereja mementingkan soal pembangunan keduniaan Penguasa gereja mengamalkan gaya hidup golongan bangsawan Cara hidup penguasa gereja tidak selari dengan kitab bible Gaya hidup penguasa gereja tidak mencerminkan kehidupan keagamaan Penguasa gereja mengamalkan rasuah/penyelewengan/kepincangan dalam gereja Penguasa gereja menjual sijil indulgence Kemunculan mesin cetak/Bible dapat dihasilkan dengan murah dan banyak Peranan Martin Luther yang mengembangkan aliran Protestant

10 . Sebutkan idea reformation yang dikemukakan oleh Martin Luther dalam mazhab Protestant

Martin Luther menentang amalan penjualan sijil indulgence Manusia seharusnya hanya bergantung kepada kekuatan rohaninya Beliau mencabar kedudukan gereja katolik Beliau juga mempersoalkan kewibawaan paderi Beliau juga menentang penyelewengan dan kepincangan dalam gereja

11. Apakah kesan-kesan reformation

Negara-negara Eropah telah berpecah Berperang mengikut mazhab Katolik dan Protestan Contohnya perang keagamaan berlaku di Perancis Contohnya perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol / Jerman / Bohemia / Denmark /

Sweden Perbalahan agama menyebabkan kemusnahan / peperangan Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhad sahaja Timbul sikap toleransi antara pelbagai mazhab Kristian Dari segi mempergiatkan bidang pendidikan / penyebaran fahaman mereka. Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa gereja terhadap kerajaan /monarki berkurangan Ada golongan monarki yang telah membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom Contohnya Raja Henry VIII di England, menjadi ketu kerohanian Gereja Protestan Anglican

BAB 10 : KESAN-KESAN DASAR EKONOMI BRITISH DI TANAH MELAYU

1. Apakah ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu semasa penjajahan

British?

Wujudnya pertempatan berbeza ikut kaum Jenis pekerjaan berbeza ikut kaum Bahasa pertuturan yang berbeza

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 25

Page 26: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Perpaduan tidak wujud Tiada interaksi meluas antara kaum Jurang ekonomi juga meluas Wujud pendidikan vernakular masing-masing

2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kesan-kesan daripada peningkatan jumlah kemasukan imigran ke Tanah Melayu. (m.s.264)

Wujud masyarakat majmuk/berbilang kaum. Jumlah penduduk negara mengalami peningkatan. Wujud penempatan berbeza mengikut kaum orang Melayu di luar bandar, kaum India di

kawasan estet dan kaum Cina di kawasan bandar dan lombong. Penduduk berbeza pekerjaan mengikut kaum dengan orang Melayu bertani dan nelayan, kaum

India penoreh getah dan kaum Cina berniaga dan bekerja di lombong. Bahasa pertuturan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kehidupan sosial juga berbeza antara satu sama lain. Wujudnya bandar-bandar baru seiring dengan pembangunan infrastruktur terutama jalan raya

dan jalan kereta api. Sistem pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai

bahasa pengantar. Menyulitkan proses perpaduan nasional dikalangan penduduk di Tanah Melayu. Kurangnya interaksi kaum kesan dasar pecah dan perintah oleh penjajah British di Tanah

Melayu.

2. Apakah faktor yang membantu proses pembandaran?

Pertambahan fungsi ekonominya Pertambahan penduduk Menjalankan pelbagai fungsi seperti pusat pentadbiran/perbank/pusat kegiatan ekonomi Adanya kemudahan jalan raya/ bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kegiatan ekonomi Kedudukan strtategik/menghubungkan beberapa buah bandar Kemajuan dalam sistem perhubungan Perkembangan pertanian komersial/getah Faktor perlombongan- Perkembangan perlombongan bijih timah/minyak petroleum Kawasan pelabuhan Pusat pengumpulan dan pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir

3. Apakah fungsi bandar baru?

Pusat kegiatan ekonomi penjajah Tempat pengumpulan hasil lombong Tempat mendapatkan keperluan harian Pusat pentadbiran Pusat perniagaan Perbankan Tempat pertempatan penduduk Pusat pengumpulan hasil pertanian komersial Tempat persimpangan dan penghubung beberapa bandar lain Berperanan sebagai bandar pelabuhan

4. Pada pendapat anda, mengapakah pantai barat Tanah Melayu lebih pesat mengalami proses perbandaran berbanding pantai timur ?

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 26

Page 27: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

Pantai barat mempunyai banyak sumber semulajadi Pusat kegiatan ekonomi penjajah Banyak kawasan perlombongan di pantai barat Pertanian komersial juga banyak di pantai barat Banyak pusat perniagaan Pusat pentadbiran awal penjajah Pelbagai kemudahan/infrastruktur Memiliki pelabuhan

5. Mengapakah sektor perkilangan di Tanah Melayu kurang berkembang

sebelum abad ke 20

Penjajah lebih mengutamakan pengeluaran bijih timah dan getah Hampir kesemua barang kilang yang diperlukan diimport Barangan tempatan mendapat saingan dari barang diimport Pengeluaran barang tempatan juga sedikit

6. Apakah tujuan pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan

Mempercepatkan pengangkutan hasil bijih timah/getah Menghubungkan kawasan perlombongan/ladang dengan pelabuhan Menghubungkan pantai barat dengan pantai timur atau utara dan selatan Tanah Melayu Menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman Memudahkan perhubungan Menggalakkan pelaburan asing Untuk memajukan ekonomi Membawa penumpang/buruh

7. Apakah punca penyakit berjangkit mudah merebak ?(m.s. 269)

Kemasukan beramai-ramai buruh asing Jumlah penduduk terlalu banyak Tempat tinggal/tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi Tempat tinggal/tempat kerja tidak diurus dengan baik Bekalan air bersih tidak mencukupi

8. Nyatakan usaha yang dijalankan oleh British untuk mengawal wabak penyakit berjangkit?

Membina hospital kerajaan Membina pusat kesihatan kecil Hospital/hospital persendirian juga dibina atas sumbangan orang persendirian British mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan Penubuhan Sanitary Board

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 27

Page 28: Ambang SPM 2016 Tingkatan 4

SARAPA BIN ISMAIL @ MRSM PENGKALAN CHEPA : RINGKASAN PILIHAN TINGKATAN 4 2016 28