08 (a) isi pelajaran interaksi 1
Post on 08-Jan-2017
221 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
TOPIK 1
TAJUK 1:PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
TAJUK 2:PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada Pengurusan dan
Pentadbiran Jasmani dan Sukan serta Pentadbiran Agensi-agensi Sukan
Kebangsaan dan Antarabangsa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan
latihan dan senarai bahan rujukan dan latihan terarah bagi memudahkan
kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan.
.
HASIL PEMBELAJARAN
Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Memahami Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan .
2. Menjelaskan Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan
Antarabangsa.
3. Menghuraikan peranan Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan
Antarabangsa.
4. Mengurus lawatan ilmiah ke Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan
Antarabangsa.
1
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Kerangka konsep tajuk Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan engurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan
5.
Kerangka konsep tajuk Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa.
2
Pengurusan pendidikan jasmani dan
sukan
Pentadbiran pendidikan jasmani dan
sukan
Konsep dan definisi
pengelolaan, pengurusan dan
pentadbiran
Pengelolaan pendidikan jasmani dan
sukan
Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan
Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa
Perlembagaan organisasi badan
sukan kebangsaan
Pentadbiran organisasi
sukan
Pengendalian mesyuarat
Belanjawan dan pengurusan kewangan
Lawatan ilmiah
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
KANDUNGAN
1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI DAN SUKAN E
1.1 Konsep dan definisi pengelolaan, pengurusan dan pentadbiran
Pengurusan sukan boleh ditakrifkan sebagai perlaksanaan kegiatan-kegiatan
yang perlu dalam sesebuah organisasi sukan bagi bertujuan untuk
mempastikan bahawa setiap individu bersatu tenaga untuk satu-satu matlamat
yang ditetpkan terlebih dahulu. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk
iaitu satu bidang usaha professional dimana wujud pelbagai karier pengurusan
yang berkaitan dengan sukan dan satu program persediaan akademik
professional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu
bidang yang wajib.
1.2. Prinsip Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat
dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif
dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan
masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi
dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:
Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk
kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat
membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak
keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup
(quality of life ) dan keperluan asas manusia.
Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui
penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai,
masyarakat setempat dan masyarakat asing -
semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan
mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang
tidak mengasingkan diri.
3
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada
keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.
1.3. Apakah Pengurusan Sukan
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan
mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam
organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan
sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan
budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan
sukan.
Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren
( 1972) ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber
manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.
Mohd Saleh Aman ( 2005 ) menyatakan pengurusan sukan adalah
proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber
optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Secara
operasinya, pengurusan bermaksud mencari cara atau menyelesaikan
kerja.
1.4. Fungsi Pengurusan Sukan
Merancang
Seseorang individu berkemampuan untuk memandang ke hadapan,
mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan
dengan baik. Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas
konseptual yang kuat . Merancang adalah elemen yang sangat diperlukan
oleh organisasi sukan. Ini bertujuan supaya objektif organisasi dapat
ditentukan dalam jangka masa yang tertentu dan dapat mewujudkan tata cara
4
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
yang baik. Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan
matlamat-matlamat organisasi bagi mmenentukan objektif-objektif program
dengan cara yang teratur dan bersedia menerima kemungkinan jika objektif
program tidak diterima keseluruhan organisasi. Tanggung jawab utama
seorang pengurus adalah menetapkan matlamat dan objektif dan
merencanakan bagaimana untuk mencapainya. Perancangan sama ada
dalam bentuk mengubal dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian,
ramalan dan strategi. Pengurus adalah Individu yang menggerakan matlamat
sesebuah organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan pelbagai
sumber yang ada seperti manusia, wang dan sumber-sumber konkrit.
Rajah Model Proses Mengurus
Mengawal
Pengurus yang cekap dan berkesan mestilah memastikan segala tindakan
anggota organisasi menggerakan organisasi yang didokongnya ke arah
matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana
prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan Ia perlu
memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasil
diperolehi. Fungsi utama
Menyediakan bajet
Mengarah
Mengelola
Menyediakan jadual pertandingan
Membuat keputusan
menilai5
Mengurus
Manusia
Wang
Sumber-sumber
Matlamat
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
1.5. Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan
Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan
dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu
tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang
menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami
semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing.
Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti
mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk
menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek
dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal
yangmempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan
jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan
kemas dan sistematik.
Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan
sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan
persahabatan serta memupu semangat toleransi kerjasama persefahaman
dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan
perlu berpegang kepada etika sukan.
1.6. Prinsip Pengurusan PendidikanJasmani
Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan
domain kognitif dan afektif.
Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan
menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin
harian serta dilaksanakan secara berterusan.
Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran
asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan tiga tunjang pembelajaran kecergasan, kemahiran dan
kesukanan.
6
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal
Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang
mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai
dengan norma-norma masyarakat
1.7. Definisi Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang
menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan Jasmani juga
bertujuan untuk menjadikanpelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui
pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu
melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu
proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek
domain sperti psikomotor, kognitif, efektif, sosial dan emosi. Melalui
pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami
sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Pendidikan Jasmani
adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya
membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan
kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).
Aktiviti pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan
aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik
bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan
kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat
utama Pendidikan jasmani iaitu:-
7
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
“Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)
Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai
tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai
dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan
dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu
untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.
Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk
menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek
dan sosial maka melalui pendidikan Jasmani ke semua aspek ini boleh
dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan
di dalam Buku Panduan Guru PJK(1988).
1.8. Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu
melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani juga merupakan satu
proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi semua aspek domain
seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui pendidikan 8
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang
holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Oleh
yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mana pelajaran
yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga
bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui
pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
1.9. Kurikulum Pendidikan Jasmani diMalaysia
Pendidikan jasmani merupakan matap elajaran teras di sekolah-sekolah di
Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam
sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi
aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,
Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat
9
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi
terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan
menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani
kearah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup
sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.
1.10. Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:
Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran,
Pendidikan Jasmani,1999)
1.11. Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani
Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk
digunakan
Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani
Menyediakan perancangan tahunan panitia
Memantau pengajaran pendidikan jasmani
Memeriksa buku latihan pelajar
Merancang pembelian alatan untuk panitia
10
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia
Merancang latihan dalaman
1.12. Proses Dan Asas Pengurusan Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan
Pengurusan
Merupakan satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan
pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta
menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan peranan sebagai pengurus.
Fungsi Pengurusana. Perancangan ( Planning )Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam
aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktivit ipenetapan
matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.
Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan
ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan
berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk
dilaksanakan. Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa
bahagian iaitu:
i. Perancangan StrategikPerancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi
dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan
tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan
organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan.”
ii. Perancangan Operasi
11
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi
melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan
kepada dua aspek:
Perancangan Jangka panjang dan Jangka PendekPerancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang
melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan
oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang
dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu
tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk
dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan
sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi
Perancangan Jangka Panjang.
iii. Perancangan BerfungsiPerancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang
dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai.
Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara
rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh
perancangan jenis ini adalah seperti:
Perancangan sumber manusia
Perancangan kewangan
Perancangan program pembangunan atlet sekolah
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan Memikirkan idea yang baik
Memilih idea yang terbaik
Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea
anda
Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat
penting
Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan
boleh digunapakai
12
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan
tindakan perancangan
Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai
Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu
Menentukan struktur organisasi
Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai
contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting
panduan ini boleh digunakan
Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik
Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint ) dan sebaiknya
dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat
Melaksanakan rancangan ini.
Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan
yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan
dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan
rujukan di masa hadapan
Faedah Perancangan Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat
Membantu organisasi menentukan masa hadapannya
Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan
Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya
b. Pengelolaan (Organizing )
Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam
pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing.
Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau
digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara
kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi
pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan
pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing ).
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan
13
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
i. Membahagikan Tugas Secara SpesifikKeberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada
pembahagian kepada tugasan secara spesifik kepada mereka
yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas
seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam
satu masa.Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah
organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya.
Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti
individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan
lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah
dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam
membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin
pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan
ii. Pembahagian Tugasan BerdasarkanKumpulan atau Unit KecilLangkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut
kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu
ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan
yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai
ketua unit kemudahan sukan dan latihan,tanggungjawab anda
adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa
yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau
pelaksanaan tugas.
iii. Memberikan Autoriti dan Tanggung jawab Setelah tugasan kepada kumpulandan unit-unit kecil telah
diberikan, seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan
tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfoliom
asing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan
pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa
yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke
bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas.
14
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa
yang ada, ia datang secara bersama.Tanggung jawab ini
merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang
diterima.
iv. Menentukan “Span of Management ”“Span of Management ” bermaksud jumlah anggota yang akan
ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga
menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota
yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja,
manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang
kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.
v. Mengkoordinasi Sumber OrganisasiLangkah ini adalah yangterakhir dalam aktiviti pengelolaan,
mengkoordinasi sumber organisasi olehsemua anggota kumpulan
adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi
objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada
dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik
sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah
penggabungan, integrasi dan keseragaman
di antara kumpulan dan unit-unit lain.
Faedah Pengelolaan• Tindakan yang diambil akan lebih berkesan
• Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif
dan efisien.
• Membantu dan memudahkan prosesmeletak tugasan dan
tanggung jawab kepada individu yang berkenaan membantu
mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang
berkesan
C. Memimpin (Leading )
15
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk
anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai
sesuatu matlamat yang diinginkan.
Peranan PemimpinBerikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi:
Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan
Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan
Runtuhkan segala halangan
Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala
kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk
keberkesanan organisasi.
D. Pengawalan (Control )Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan
dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam
setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua
tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik
perancangan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya
berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus.
Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu
pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan
penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk :.
i. Menetapkan Standard atau Piawai
Ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif asal sesebuah
organisasi. Standard merupakan garis panduan yang tetap dan
perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan menghantar
pasukan hoki ke sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan
yang dipilih perlu sekurang-kurangnya menjadi johan peringkat zon
atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti
pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang
boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang
terlibat dalam satu proses pengawalan.
16
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
ii. Pemantauan dan Pemeriksaan (Mengukur atau Menilai Prestasi )Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari
kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan
kedua-kedua kaedah ini.
Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan
menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala
mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan
pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh
bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula
berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan
berkesan dan tindak-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet
melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.
Rajah Carta Organisasi Sukan Sekolah
Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan
Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan
standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau
menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.
Tindakan Pembetulan
17
Pengetua
GPK Kokurikulum
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Setiausaha Sukan
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang
diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu
dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca
ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai
atau tidak realistik.
iv. Faedah Pengawalan
Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan secara efektif dan efisien.
Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit.
Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun
aktiviti pengurusan yang lembap.
1.13. Kemahiran Dalam Pengurusan Sukan
Definisi komunikasi
I a adalah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea dan sikap dari
seseorang kepada seseorang yang lain. Komunikasi adalah satu
proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda-tanda
maklumat. Komunikasi adalah satu proses penyampaian pesanan
daripada satu sistem kepada satu sistem yang lain. Satu rangkaian
proses yang halus yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi,
mengawal antara satu sama lain dan memperoleh kefahaman.
18
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
1.13.1. Kemahiran berkomunikasi
Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat
secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus
dapat mempengaruhi kakitangan. Semua sistem sosial memerlukan
komunikasi untuk menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi
diperlukan manusia bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif
organisasi.
Seorang pengurus dijangka boleh memindahkan serta menyalurkan
maklumat dengan baik. Kemahiran ini termasuklah secara lisan seperti
pertuturan dan bukan lisan seperti bahasa gerak badan. Kemahiran ini
boleh dimajukan dengan mengamalkan teknik-teknik yang baik untuk
memperbaiki lagi kebolehan berkomunikasi. Ada syarikat yang
mempunyai harapan untuk maju tetapi lemah d i dalam penulisan
laporan, maka disediakan seorang setiausaha yang bijak menyusun
tulisan-tulisan laporan berbentuk teknikal untuk membantunya.
Komunikasi diperluaskan dengan tiga cara:
Hubungan Sehala (One-way communication down.)
Kebanyakan pentadbiran menggunakan cara ini. Tetapi ia tidak
dianggap sebagai alat komunikasi kerana tidak ada perhubungan
sedikit kefahaman bagi orang yang menerima.
Pentadbir cuba memastikan apakah staf mereka fikirkan.
Laporan, semakan segera, lawatan, soal-selidik, peti cadangan
digunakan oleh pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat
daripada staf mereka. Cara ini agak sempit dan tidak sempurna
Pengurusan partisipasi.
19
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Ia melibatkan staf membuat keputusan dan ia seperti komunikasi yang
sebenar. Tetapi banyak halangan kepada pengurusan untuk membina
hubungan (rapport) dan keyakinan di kalangan staf untuk bercakap.
Jika staf mempertikai atau bertanya berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran, biasanya boleh membawa padah kerana pihak
pengurusan tidak bersedia menerima situasi sedemikian.
Prinsip-prinsip asas bagi komunikasi yang berkesan Kejelasan. Penggunaan bahasa dan nada suara mestilah dapat difahami dan
didengari jelas.
Keringkasan.Ringkaskan k o m u n i k a s i supaya tidak berjela-jela hingga timbul rasa
bosan oleh pendengar.
Lengkap.Mesej yang hendak disampaikan hendaklah lengkap supaya penerima
tidak tertanya-tanya akan butir-butir selanjutnya.
Tepat.Menggunakan perkataan yang tepat serta ayat-ayat ayat bernas dan
jelas maksudnya.
Sopan.Perlu menitik beratkan soal kesopanan dan ketertiban. Penggunaan
panggilan yang betul terhadap seseorang.
Pentingnya komunikasi
i. Mencapai matlamat organisasi.la adalah satu cara yang dapat mengubah sesuatu kelakuan,
melaksanakan perubahan, menjadikan maklumat produktif dan
mencapai matlamat organisasi.
20
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
ii. Mendapat maklumat yang berkaitan.Ia sangat penting untuk mendapatkan pengetahuan tentang harga,
pertandingan, teknologi, pembiayaan dan sebagainya
iii. Operasi.Untuk menjalankan aktiviti dengan sempurna, semua atlet
memerlukan maklumat penuh. Staf yang suka bekerja dan
bertanggungjawab tidak suka penyediaan peraturan yang ketat.
Bila ada maklumat, mereka boleh menggunakannya sebagai asas
untuk bertindak dengan cara yang sesuai dan betul. Mereka boleh
menilai faktor kualiti dan waktu tanpa penyeliaan.
iv. Penilaian perseorangan.Pengurusan sukan perlu memberitahu atlet mengenai sumbangan
mereka dalam sukan. Ini adalah cara atlet mengetahui kedudukan
mereka dan bagaimana boleh diperbaiki. Maklumat seperti ini
dapat memberikan maklum balas kepada atlet meningkatkan
prestasi masing-masing. Penghargaan sangat penting dalam
menyumbangkan kepada meningkatnya semangat atlet.
v. Keselamatan peribadi.Pengurusan perlu memberi penerangan berkaitan keselamatan
atlet. Ini untuk mengurangkan kemalangan. Dari pandangan atlet
maklumat yang diberi mengenai keselamatan mereka adalah
penting dalam meningkatkan semangat bertanding.
vi. Disiplin.Disiplin adalah amat penting, komunikasi berperanan
memberitahu atlet berkaitan peraturan dan bentuk latihan
21
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
1.13.2. Pengaliran Komunikasi Formal
Komunikasi dari atas ke bawah.
Mesej dan maklumat yang dihantar dari pihak pengurusan ke
subordinat. Pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk mengarahkan
sesuatu mesej bergerak ke bawah. Biasanya mengenai arahan dan
peraturan mengenai tugas seseorang atlet. la juga mengenai rasional
polisi yang menerangkan mengapa dan bagaimana tugas itu dapat
memberi sumbangan kepada pencapaian objektif organisasi.
Komunikasi dari bawah ke atas.
Ia bermula dari subordinat kepada pihak pengurusan. Cara ini dapat
menolong pengurusan menilai keberkesanan komunikasi dan mengenal
pasti masalah atlet.
Komunikasi mendatar.
Individu pada tahap yang sama boleh berhubung antara satu sama lain
seperti berkongsi masalah peribadi.
Kemahiran teknikal
Ia melibatkan keupayaan seseorang pengurus menggunakan kaedah,
prosedur dan teknik-teknik di dalam bidang khusus. Kemahiran ini boleh
diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal. Sebagai contoh,
pengurus atau pengerusi teknikal dikehendaki mempunyai kemahiran
dan pengetahuan berkaitan undang-undang, peralatan, ukuran padang
atau gelanggang untuk pertandingan.
22
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Gelaran Jawatan Kemahiran Tekn ikal
Pengurus Kewangan
Pengurus Pengeluaran
Pengurus Perjawatan
Pengurus Pemasaran
Urusan keluar masuk wang, penyimpanan rekod
Reka bentuk, proses kejuruteraan
Polisi persatuan sukan, skim gaji dan upah atau elaun pampasan
Gelagat pengguna, kajian pasaran, membuat ramalan
Jadual Perbezaan antara gelaran jawatan dengan Kemahiran teknikal
Teknologi dan teknikal merujuk kepada alat-alat yang manusia gunakan
bagi menjalankan sesuatu kerja. Teknologi membawa pengertian yang
sangat luas yang mencakupi unsur-unsur seperti automasi, mekanisasi
dan teknik. Pengurus-pengurus haru mempunyai darjah fleksibiliti
dalam memilih teknologi. Teknologi yang dipilih bersesuaian dengan
matlamat organisasi.
1.13.3. Kemahiran Konseptual
la bermaksud berkeupayaan berfikiran secara abstrak, memupuk idea
dan memahami organisasi secara keseluruhan. Ia melibatkan
pandangan pengurus terhadap masa hadapan dan menyedari pertalian
organisasi dengan dunia luar. Setiap unit dan fungsi dianggap boleh
menjejaskan bahagian yang lain. Pengurus perlu mengetahui pada
peringkat awal bagaimana menghadapi sesuatu perubahan. Kemahiran
ini agak jelas di antara seorang pengurus dengan pengurus yang lain
apabila kita melihat hasil keputusan yang diambil.
23
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Kemahiran konseptual adalah kemampuan untuk melihat organisasi
secara keseluruhan. la melibatkan pengecaman bagaimana
sesetengah fungsi organisasi bergantung antara satu sama lain dan
bagaimana perubahan dalam sesuatu unit organisasi boleh memberi
kesan pada organisasi.
Konsep ini bertambah penting dengan bertambahnya bilangan staf dan
skop organisasi. Organisasi yang besar memerlukan kemahiran
konseptual yang hebat.
1.14. Tanggungjawab Dalam Pengurusan Sukan (Fungsi Pengurusan)
a. Perancangan
la bermaksud bahawa individu itu berkemampuan memandang ke
hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan
pertimbangan dengan baik. Perancangan menitik beratkan "apa, di
mana, bagaimana, bila dan siapa yang perlu dilakukan".
Sebagai pengurus atau pentadbir ia mestilah mempunyai asas
konseptual yang kuat seperti yang terdapat dalam sistem masyarakat
seperti kebebasan berhimpun, berkumpulan dan konstitusionalisme
( pemerintahan berperlembagaan) .Kebebasan berhimpun adalah hak
yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya. Ini membolehkan
rakyat bebas melakukan aktiviti seperti perniagaan, pekerjaan dan
sebagainya. Berkumpulan boleh menggalakkan kreativiti dan inovasi di
kalangan mereka. Juga menggalakkan pengagihan kuasa di dalam
organisasi. Manakala konstitusionalisme adalah kerajaan yang telah
memastikan rakyatnya berhak untuk hidup dalam harmoni, bebas dan
mengumpul data.
Sebagai langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamat-
matlamat organisasi bagi menentukan objektif-objektif program dengan
cara yang teratur dan bersedia menerima sebarang kemungkinan jika 24
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
objektif program tidak diterima oleh keseluruhan
organisasi.Tanggungjawab utama seorang pengurus adalah untuk
menetapkan matlamat dan objektif dan merencanakan bagaimana cara
untuk mencapainya. Perancangan sama ada dalam bentuk menggubal
dasar, peraturan, projek, belanjawan, piawaian, ramalan, strategi dan
deadlines.
b. Pengendalian atau pengorganisasian
la adalah pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur. Apabila objektif dan program sesebuah organisasi itu disediakan maka pihak pengurusan membentuk dan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat melaksanakan program-program tersebut.
Para pengurus perlu ada kebolehan untuk menentukan jenis organisasi yang boleh melaksanakan objektif yang ditentukan. Para pengurus perlu ada kebolehan untuk membangunkan organisasi terutamanya dari segi penstafan iaitu mengambil, menempat dan melatih personnel yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja organisasi.
Ia dapat menyatukan segala tindakan individu dan kumpulan yang ada dalam satu-satu organisasi dalam melaksanakan tugas untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Pembahagian kerja ini berkait rapat dengan kecekapan untuk menggunakan tenaga manusia dan sumber-sumber lain yang terhad.
c. Memimpin
Ekoran dari perancangan yang telah diatur, struktur organisasi ditentukan, kakitangan diambil dan dilatih. Para pengurus perlu mengatur pergerakan ke arah usaha-usaha untuk mencapai objektif . Usaha mengatur dikenali sebagai memimpin. mengarah. mendorong dan menggerakkan subordinat. la bertujuan supaya anggota dalam organisasi itu dapa melaksanakan kerja dengan cara yang teratur bagi mencapai kejayaan organisasi.
25
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
d. Mengawal
Pengurus yang cekap dan berkesan mesti lah memastikan segala t indakan anggota organisasi menggerakkan organisasi yang didukungnya ke arah matlamat yang telah ditentukan. Kawalan bermaksud mengukur sejauh mana prestasi yang dicapai dalam menjalankan sesuatu rancangan. la perlu untuk memastikan supaya segala rancangan dapat dilaksanakan dan hasilnya diperoleh. Ia juga merupakan suatu tindakan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan j ika berlaku.
Fungsi utamanya adalah untuk menetapkan piawaian prestasi sukan, mengukur prestasi kerja semasa dan membandingkan dengan piawaian yang telah ditetapkan serta mengambi tindakan memperbaiki prestasi sukan yang tidak mengikut prestasi.
Melalui fungsi-fungsi ini para pengurus sukan dapat memastikan organisasi dapat bergerak mengikut landasan yang betul sehingga mencapai objektif yang ditentukan. Bila pengurus sukan dapat melaksanakan tugas-tugas utama pengurusan dengan cekap dan berkesan maka hasilnya dapat mengeluarkan output yang setimpal dengan meminimumkan kos sumber yang digunakan. la merupakan suatu fungsi yang penting dan mustahak dalam pengurusan apa jua pertubuhan.
e. Kakitangan atau staffing
Kakitangan yang bekerja adalah personnel yang berkelayakan dan
sesuai untuk organisasi. Tumpuan adalah perlu diberikan kepada
jumlah kakitangan yang perlu diambil, bakat tertentu, adab dan
peraturan yang diperlukan oleh kakitangan. Keberkesanannya adalah
bagaimana kakitangan dapat bekerjasama.
Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan dalam pertubuhan hendaklah
lebih kurang sesuai dengan kemampuan yang ada pada individu itu.
Kejayaan pertubuhan itu, banyak bergantung kepada pemegang
26
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
jawatan yang tinggi motivasinya, kreatif, bertanggungjawab dan
mempunyai hubungan yang baik dengan berbagai golongan .
f. Pengarahan Atau Directing
Arahan memerlukan tindakan. Ia timbul bila pegawai atasan
memberikan arahan untuk bertindak atau diarah. Ia melibatkan bentuk
tindakan yang perlu dilakukan, bila perlu dimulakan dan bila perlu
berhenti. Pengarahan adalah autoriti ke atas kawalan dan dikawal oleh
pegawai tertentu. Ia wujud selepas peringkat persediaan awal yang
melibatkan perancangan, pengendalian dan pengumpulan personnel
dan sumber-sumber lain. Pengarahan adalah penting kerana bila
dilakukan dengan cekap dan berkesan, ia akan menggalakkan peluang
untuk berjaya. Jika dilakukan dengan cara yang tidak memuaskan hati,
ia boleh mengancam kemajuan dan kejayaan organisasi. Ia melibatkan
tingkah laku personnel yang di arah sama ada mereka menerima atau
tidak. Jumlah dan mutu pencapaian adalah bergantung kepada tindak
balas personnel terhadap arahan yang diterima oleh mereka. Fungsi
arahan dalam pengurusan adalah membimbing, menunjuk ajar dan
mengawasi ahli-ahli. Pengurus harus bertanggungjawab untuk
mendidik dan memajukan stafnya untuk menjadi lebih produktif dan
berkesan.
g. Koordinasi
Apabila saiz organisasi bertambah besar. masalah koordinasi juga
bertambah besar. Individu yang berada dalam jabatan atau organisasi
yang kecil lebih mudah urusan organisasi dan komunikasi yang baik di
kalangan mereka. Koordinasi amat diperlukan untuk melancarkan
segala tugas yang diarahkan.
h. Pelaporan
27
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Pentadbiran bukan sahaja bertanggungjawab kepada pegawai
atasannya malah kepada pekerja-pekerjanya. Ia harus membuat
pelaporan dalam semua aspek kepada pegawai atasannya dan kepada
pekerjanya. Kemampuan menyampaikan laporan secara jelas, tepat
dan padat berkaitan dengan status pekerja atau jabatan adalah faktor
yang penting untuk keberkesanan pentadbiran.
i. Belanjawan
la melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan
program dan mengekalkan rekod bajet serta memantau sistem
perakaunan. Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan satu
rancangan kewangan yang dapat menerangkan cara mana duit
dibelanjakan, untuk apa ia dibelanjakan, bila ianya dibelanjakan dan
dari mana duit itu diterima. Belanjawan merupakan satu kenyataan
sumber kewangan yang formal yang diperuntukkan bagi melaksanakan
aktiviti yang telah dikenal pasti untuk satu jangka masa yang tertentu.
28
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
1.15. Konsep utama Pengurusan Sukan
a. Autoriti
la bermaksud sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak.
la sebagai kuasa yang sah atau sebenar. iaitu ada hak untuk mengarah
dan bertindak. la merupakan kuasa yang selalu digunakan oleh
seseorang setelah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan.
Autoriti adalah kuasa untuk membuat keputusan yang membantu tindak
balas yang lain. Sebagai contoh. dalam Institusi Pendidikan. sumber
autoriti adalah negara atau Kementerian Pelajaran. Pihak kementerian
menurunkan autoriti kepada Pengarah Pelajaran dan seterusnya
kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan kepada Pengetua atau Guru
Besar.
Menurut Gross, The nature of authority in organizations adalah
mengandungi beberapa garis panduan organisasi yang terdiri dari;
menerima, meminta dan memindahkan beberapa maklumat.
membuat keputusan.
melakukan sesuatu tindakan melalui arahan dan cara lain.
menentukan jenis ganjaran atau dendaan.
b. Kuasa (Power)
Kuasa boleh mengubah sifat individu. Ia merupakan keupayaan untuk
mengarah dan mengawal. Ia mempunyai keupayaan untuk
menghasilkan tindakan membuat keputusan dan memulakan tindakan
dengan jangkaan bahawa staf telah mengikut peraturan atau arahan.
Jika mereka ingkar, maka pihak pentadbir mempunyai kuasa untuk
mengambil tindakan terhadap mereka.
29
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Kuasa adalah kekuatan yang tersembunyi yang dapat mengekal dan
menyokong autoriti pihak pentadbir. Sesetengah pentadbir mempunyai
ban yak kuasa atau sedikit atau tidak ada langsung kuasa pada
mereka. Kuasa yang hebat disebabkan oleh lamanya perkhidmatannya
dalam organisasi itu, prestij (martabat) dan kekaguman pengurusan di
dalam atau di luar organisasi serta mendapat sokong an dari pihak
atasan.
Ada pentadbir hanya pada nama sahaja tetapi tidak ada sebarang
kuasa. Ini kerana mereka mempunyai kuasa yang sedikit. Kuasa perlu
dicapai dengan usaha yang ada pada diri mereka.
c. Karisma
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar
kemampuan. Jika individu menerima sesuatu jawatan atau status
kedudukan, biasanya autoriti diberikan kepada individu tersebut. Selain
daripada kuasa dan tanggungjawab serta autoriti, mereka ini harus
mempunyai karisma iaitu keupayaan merancang dan melakukan
sesuatu perkara di luar kemampuan tetapi berjaya dilakukannya.
d. Penurunan kuasa (Delegating)
la adalah satu-satunya strategi yang amat diperlukan untuk
ada peningkatan dalam pentadbiran sukan. Penurunan
kuasa bermaksud mengatur staf untuk melakukan tugasan
supaya mereka ada masa untuk mencerap dan menganalisis
maklumat dari organisasi atau dari luar dan membuat
sesuatu keputusan. Ada beberapa sebab berlakunya
kesukaran untuk menurunkan kuasa kepada staf. Biasanya
mereka yang dilantik adalah di kalangan pentadbir yang
terlalu berhati-hati, mereka ini akan berasa bersalah j ika
30
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
meminta stafnya bekerja sedangkan diri mereka t idaklah
begitu sibuk.
Pentadbir ini adalah pekerja yang efektif dan mereka
merasakan t iada orang lain boleh melakukan kerja sebaik
mereka.Jika subordinat diberikan tugas atau autorit i
tertentu, pihak pentadbir akan melakukan kawalan
terhadapnya.
e. Akauntabiliti.
Seseorang yang dilantik oleh sesebuah organisasi, majikan ataupun
pentadbir hendaklah akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan
jayanya. Sikap akauntabiliti ini amat penting bagi memastikan
seseorang itu bertanggungjawab terhadap tugas atau menjalankan
amanah yang di bawa bagi melancarkan pentadbiran sesebuah
organisasi.
31
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan dengan pengurusan sukan serta fungsi-fungsinya .
LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan
kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.
32
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.
33
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
2.0 PENTADBIRAN AGENSI-AGENSI SUKAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
2.1. Pengenalan Pentadbiran Organisasi SukanOrganisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki
tatacara peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti
pengurusan yang mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi
dengan sumber yang dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian
digabungjalinkan melalui kepimpinan dan aktiviti pengurusan yang berkesan
dan mantap.
2.2. Konsep Organisasi Konsep organisasi bermaksud gagasan,ciri, sifat sesebuah badan.
Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah,
matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan.
Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman
atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan dan
pengurusan.
Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal
perjalanan organisasi.
Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang
tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi
dalaman ataupun perhubungan luar.
Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya tersendiri.
Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara
satujawatan dengan yang lain.
Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang
melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa.
Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta
menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan
mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut.
Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan
perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan
aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut.
34
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang
pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.
2.3. Definisi OrganisasiOrganisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara
sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki
pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai
organisasi:
Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat
menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan
mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui
pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan
tanggungjawab.
Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa
personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.
2.4. Matlamat OrganisasiBagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan dan
mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat
tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang
bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain
seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan.
Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana:
Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak
menyalahi undang-undang.
Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab
yang mesti dilaksanakan oleh organisasi.
Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi
semua kegiatan organisasi.
Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang
mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.
2.5. Ciri-Ciri Sebuah Organisasi
35
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Organisasi Mempunyai Tujuan yang JelasOrganisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya
bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki
tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin
sukan di samping tugas utama nya mengembangkan jenis permainan
tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.
Autoriti BerhierarkiIni merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan
membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah
organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua
peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan
dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.
Pemusatan PerintahSeseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima
perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja.
Delegasi TugasanSeorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam
menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia
perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya.
Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti
membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan
perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang
atasan setiap masa.
KebertanggungjawabanDalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab
sepenuhnya kepada pihak atasan.
Pembahagian Tugas
36
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi
tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk
memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin
oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan.
Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap
anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan
urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang
diberikan.
Span of ManagementIni bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh
seseorang ketua perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan
kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi,
semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai
yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut.
Pemisahan TanggungjawabSetiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak
dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-
wenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari
seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut
bidang tugas.
KeseimbanganKeseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan
organisasi. Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di
sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi. Matlamat sesebuah
organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan.
Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang
dianjurkan juga akan lebih sederhana dan bersesuian dengan
fungsinya berbanding organisasi sukan peringkat negeri
ataupun kebangsaan.
37
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
FleksibilitiOrganisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan
perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal
factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi
(external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya
dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.
KepemimpinanOrganisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan,
atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti
pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan
oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.
2.6. Kepentingan Reka Bentuk Organisasi Dan Struktur
Berdaya SaingReka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan
kelebihan dalam aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan
kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus,
pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah
mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti
kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi
sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu
melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.
Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity )
Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan
perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut
adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina,
latar belakang pendidikan dan sebagainya. Kepelbagaian banyak
mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan
pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi
38
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor
kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses
membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak
langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan
yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika
membuat keputusan.
Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif Dan BerinovasiReka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang
penting dalam mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang
bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya
menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi
menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza,
seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan
menentukan seberapa cepat organisasi.
Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalam Persekitarannya
Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana
berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya
terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan
sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan
organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang
berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk
dan struktur organisasi yang baik dan boleh mencapai matlamatnya.
Membantu Organisasi Membangunkandan Melaksanakan Strategi
39
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi apa yang
menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi
organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang
baik dan berkesan. Melalui struktur organisasi, ianya berperanan
menjelaskan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
setiap individu atau kumpulan di dalam organisasi dalam usaha mereka
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
2.7. Bagaimana Untuk Memahami Sebuah Organisasi Pendidikan Jasmani Dan Sukan
Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990)sesebuah organisasi sukan itu
adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan
ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki
struktur organisasi yang tersusun dan terarah
bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa
elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang
berkaitan:
Sebuah Institusi SosialKesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan
manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap
anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai
program dan aktiviti dalam organisasi tersebut
Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang
lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah, penglibatannya
secara terus (direct ) dalam sukan antaranya seperti pengendalian
latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya. Kita juga tidak
menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan
dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect )
sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya.
40
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Mempunyai Matlamat yang Ingin DicapaiSemua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada.
Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan
banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai
aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang
bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan
organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana
beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi.
Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada
individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara
kolektif.
Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem TersendiriSetiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya
yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil
lewa tetapi ianya merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan
sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri.
2.8. Pengendalian Mesyuarat
Pendahuluan
Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala
antara individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan dengan tujuan
untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah
berbangkit, membuat keputusan, memberikan maklumat dan
mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik
dikendalikan dalam suasana yang baik, bersopan dan beradab. Semua
butir percakapan akan direkodkan untuk semakan, rujukan dan
tindakan selanjutnya. Kejayaan sesuatu mesyuarat itu pula banyak
bergantung pada persediaan dan penglibatan ahli-ahli yang hadir, sama
41
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
ada sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli biasa atau ahli yang
diundang.
Organisasi Mesyuarat
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal
ini melibatkan penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa
pengurusan mesyuarat yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha,
bendahari dan ahli mesyuarat.
Penentuan Butiran Mesyuarat
Sebelum mesyuarat, perkara-perkara yang berikut perlu diambil
kira.
Tarikh
Tarikh yang sesuai ditetapkan dan dimaklumkan kepada semua
ahli yang terlibat terlebih dahulu supaya mereka sempat
membuat persediaan.
Masa
Masa juga hendaklah sesuai supaya hal-hal yang akan
dibincangkan dapat dijalankan dengan sempurna.
Tempat
Tempat yang selesa memang diperlukan untuk aktiviti
mesyuarat. Jika bilangan anggota mesyuarat tidak ramai, eloklah
dijalankan mesyuarat dalam susunan duduk yang membolehkan
interaksi secara terbuka. Misalnya, mesyuarat meja bundar
dengan pengerusi dan setiausaha duduk bersebelahan anggota
mesyuarat yang lain.
KehadiranBilangan orang yang akan menghadiri mesyuarat telah
ditetapkan terlebih dahulu. Jika sesuatu mesyuarat diadakan
untuk membuat keputusan, bilangan yang hadir perlulah tidak
kurang daripada tiga perempat jumlah semua ahli. Jika jumlah itu
kurang daripada tiga perempat, mesyuarat tidak boleh membuat
keputusan tetapi boleh mengadakan perbincangan.
42
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
AgendaAgenda ialah senarai perkara yang dikemukakan untuk
perbincangan dalam mesyuarat. Lazimnya, agenda mesyuarat
sekurang-kurangnya mesti mengandungi:
o Ucapan alu-aluan pengerusi.
o Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
o Perkara-perkara berbangkit.
o Hal-hal lain.
Pengerusio Perlu memiliki sifat peribadi yang tenang dan peramah, boleh
berfikir secara objektif, berpengetahuan cukup tentang
tatacara mesyuarat, mesra dan berkeupayaan mengawal diri.
o Beberapa peraturan asas dalam mempengerusikan
mesyuarat:
Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir dalam
sesuatu mesyuarat.
Keputusannya tentang tatacara mesyuarat adalah
muktamad.
Jika ahli mesyuarat hilang kepercayaan kepada seseorang
pengerusi cara untuk menyingkirnya adalah seperti yang berikut :
Seorang ahli mesyuarat mesti mengemukakan satu
ketetapan, “Bahawa mesyuarat ini hilang
kepercayaan kepada pengerusi.”
Ketetapan tersebut perlu disokong dan
dikemukakan kepada mesyuarat oleh
setiausaha.
Jika ketetapan ini mendapat sokongan majoriti,
pengerusi mesti mengosongkan kerusinya.
Mesyuarat perlu mengambil keputusan sama
ada ditangguhkan atau melantik pengerusi baru.
43
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Undi tidak percaya hanya berkuat kuasa untuk satu
mesyuarat .
o Pengerusi mempunyai undi pemutus untuk digunakan
apabila keputusan undi antara yang menyokong dan
membangkang sesuatu ketetapan adalah seri atau sama.
o Jika pengerusi bertanding untuk mempertahankan
kedudukannya sebagai pengerusi, dia tidak boleh
mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa pengundian
sedang dijalankan. Naib pengerusi atau seorang pengerusi
sementara akan mengambil alih tempatnya. Sekiranya dia
dilantik semula, dia bolehlah mempengerusikan semula
mesyuarat seterusnya jika disetujui oleh ahli-ahli mesyuarat.
o Pengerusi perlu berdiri apabila bercakap dalam mesyuarat
kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.
o Pengerusi perlu menegaskan setiap soalan, komen atau
pandangan yang dikemukakan oleh hadirin atau
jawatankuasa
o mestilah ditujukan kepada pengerusi dan bukan kepada
orang tertentu dalam mesyuarat. Kecuali dalam mesyuarat
jawatankuasa, seseorang yang berucap hendaklah berdiri
dalam setiap jenis mesyuarat. Apabila seseorang ahli
mesyuarat sedang berucap kepadanya, pengerusi perlu
duduk kerana peraturan menentukan bahawa tiada sesiapa
pun dibenarkan bercakap ketika pengerusi sedang berdiri.
Ahli-ahli mesyuarat dan jawatankuasa hendaklah
menggunakan pe mbuka kata yang betul untuk memulakan
ucapan.
o Pastikan mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya dan
ditangguhkan secara rasmi supaya setiap ahli yang hadir
tahu bahawa mesyuarat tersebut telah tamat Pengerusi
perlu berhubung rapat dan bekerjasama dengan setiausaha
44
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi:
Belajarlah bercakap sesuatu keadaan dengan tenang walaupun
boleh menyakitkan hati. Hindarkan ketidaksabaran atau
menggunakan bahasa yang kasar khasnya kepada mereka
Tonjolkan diri dengan air muka yang manis dan berhati-hati
supaya
tidak tertidur semasa mendengar ucapan yang membosankan.
Berpakaian kemas dan bersopan.
Jangan tunjukkan kegelisahan diri kerana sikap ini akan
mengganggu ketekunan para hadirin.
Jangan bersandar di meja – hal ini akan menyebabkan seorang
pengerusi kelihatan lemah dan menimbulkan rasa kurang yakin
kepada suara seseorang pengerusi.
Peranan setiausaha
Seseorang setiausaha seharusnyalah penyelenggara yang baik,
berdisiplin dan kemas kerjanya, jelas dan tenang pemikirannya
serta peramah dan bijak.
Antara tugas penting beliau ialah Menguruskan sesuatu
mesyuarat, Membuat agenda bersama pengerusi , mencatat
minit-minit mesyuarat, menulis laporan tahunan, melaksanakan
semua arahan jawatankuasanya
memberikan maklumat kepada setiap ahli yang memerlukannya
dan Surat-menyurat.
Peranan Bendahari
Tanggungjawab bendahari adalah tentang hal-hal kewangan
bagi sesebuah persatuan. Antara tugasnya ialah mengutip
yuran, menyediakan simpan kira Membayar bil-bil, menasihati
ahli-ahli jawatankuasa tentang kedudukan, kewangan bagi
45
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
sesebuah persatuan, menyediakan penyata kira-kira untuk
mesyuarat agung tahunan.
Sentiasa menyediakan penyata kewangan terkini yang ringkas
untuk kegunaan setiausaha membentangkannya pada setiap kali
mesyuarat jawatankuasa. Beliau tidak perlu hadir pada setiap
kali mesyuarat diadakan.
Satu kunci kira-kira eloklah disediakan pada setiap tiga atau
enam bulan sekali bagi menyenangkan kerja menyediakan
penyata kirakira tahunan untuk kegunaan mesyuarat agung
tahunan nanti.
Peranan ahli jawatankuasa dan anggota mesyuarat
Ahli jawatankuasa atau anggota mesyuarat perlu mengambil
bahagian terhadap sebarang perkara yang dibincangkan dalam
mesyuarat dengan memberikan pandangan sendiri atau
menimbulkan pertanyaan untuk penjelasan lanjut.
Jika mesyuarat yang dihadiri melibatkan keputusan, ahli
jawatankuasa atau ahli-ahli yang hadir berhak untuk mengundi.
2.9. Jenis Mesyuarat Dan Cara Mengendalikannya
Mesyuarat jawatankuasa
Sesebuah persatuan atau organisasi dikendalikan oleh satu
jawatankuasa yang dilantik menerusi mesyuarat agung. Jawatankuasa
ini dipanggil jawatankuasa kerja atau jawatankuasa induk.
Jawatankuasa ini boleh mewujudkan jawatankuasa kecil untuk
menjalankan tugas-tugas khas.
Mesyuarat Agung
46
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Mesyuarat agung lazimnya diadakan sekali setahun. Tujuannya adalah
untuk membentangkan aktiviti tahun lalu, meluluskan penyata kira-kira,
merancang kegiatan tahun hadapan, memilih ahli-ahli jawatankuasa
kerja yang baru dan meluluskan cadangancadangan yang
dikemukakan. Semua pemberitahuan atau notis mesyuarat agung
hendaklah dihantar kepada semua ahli, iaitu 14 hari sebelum
mesyuarat diadakan.
Mesyuarat Agung Luar Biasa
Mesyuarat ini diadakan kerana keperluan yang mendesak daripada
ahli-ahli yang mahukan pertukaran jawatan semua ahli jawatankuasa
induk, perubahan perlembagaan persatuan secara mendadak,
penyelesaian masalah kewangan yang mendesak atau hilang
kepercayaan seluruh ahli jawatankuasa yang lama.
Mesyuarat Khas
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu penting
yang dibangkitkan semasa mesyuarat jawatankuasa diadakan.
Misalnya, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah Tahunan sekolah telah memutuskan untuk
mempercepat tarikh majlis tersebut lalu setiausaha diarahkan oleh
pengerusi memanggil mesyuarat khas.
Mesyuarat Tergempar
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan sesuatu isu dan
memerlukan kata putus segera daripada ahli-ahli jawatankuasa.
Misalnya, melucutkan keahlian anggota yang melanggar disiplin atau
mencemarkan nama baik persatuan atau rganisasi. Belanjawan dan
Pengurusan Kewangan
47
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Minit Mesyuarat
Tugas setiausaha yang utama ialah mencatat segala perkara yang
dibincangkan dan keputusan yang diambil dalam sesuatu mesyuarat
atau ringkasnya dikatakan sebagai minit mesyuarat. Oleh itu,
setiausaha perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik supaya minit
mesyuarat yang dinyataka
Ciri-ciri minit mesyuarat yang baik:
Penulisan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Semasa menulis minit
mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan
yang dibuat berdasarkan keputusan ahli-ahli mesyuarat.
Misalnya:Mesyuarat telah bersetuju untuk menerima. Mesyuarat telah
dimaklumkan bahawa. Dalam hal-hal yang memerlukan tindakan, nama
atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan perlu dicatat. Waktu
ditangguhkan mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat dan
perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan bukannya ditamatkan
kerana mesyuarat akan disambung pada masa akan datang, melainkan
mesyuarat itu ialah mesyuarat yang terakhir. Pada bahagian
akhir/penutup mesyuarat, hendaklah dicatatkan nama dan jawatan
penyedia minit mesyuarat serta nama dan jawatan orang yang
mengesahkan minit mesyuarat itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan
ahli-ahli mesyuarat.
2.10. LAWATAN ILMIAH KE AGENSI-AGENSI SUKAN NEGARA
48
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
2.11. Agensi Sukan Nasional
Kementerian Belia dan Sukan
Majlis Sukan Negara
Majlis Olimpik Malaysia
MSSM
Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia
2.12. Agensi Sukan AntarabangsaAgensi sukan di peringkat antarabangsa menyelaraskan semua
pentadbiran dan program pembangunan serantau serta
ertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman
permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat
dunia.
FIFA : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa The Federation
Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan
penubuhannya pada 21May 1904 di Paris. Idea penubuhan
badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan
Football Association (FA) diEngland sejak tahun 1863.
IAAF : Persekutuan olahraga amatur antarabangsa
49
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Persekutuan olahraga amatur antarabangsa Amateur Athletic
Federation (IAAF) adalah merupakan badan
utama antarabangsa mengawal selia aktiviti sukan olahraga di
peringkat antarabangsa.
FIH : Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Penubuhan menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan
hoki di dunia. Penubuhan bada nantarabangsa yang pertama
untuk sukan hokit telah diinspirasikan penubuhannya oleh
Persatuan Hoki England dan Belgium. Pada tahun 1909 di
mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan
udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa
50
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
ITF : Persekutuan Tenis Antarabangsa
ITF merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab
kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di
peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh
203 persatuan tenis diseluruh dunia termasuk Malaysia. ITF
diperingkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama
IRB :
IRB bertanggungjawab terhadap perkembangan dan
pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia.
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam
pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan 51
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian
Kebudayaan di bawahKementerian Kebajikan Masyarakat dalam
tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan
dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan
Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu
Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa
pentingnya peranan yang dimainkan oleh
Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks
pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek
penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan
dibawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987,
Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian
Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan
pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia Fungsi:
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam pembangunan
Belia dan Sukan
Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi
membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya
maju dan mempunyai daya kepimpinan baik melalui berbagai
program yang diadakan diperingkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa
Melengkapkan beliadengan latihan, kemahiran
vokasional , sifat keusahawanan dapat berdikari melalui
kursus secara formal di Institut-Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN).
Tingkatkan rakyat amalkan cara hidup sihat melalui konsep “
Sukan Untuk Semua “ dan "Malaysia Cergas"
Tingkatkan kecemerlangan sukan di peringkat Kebangsaan
dan Antarabangsa.
52
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Berkualiti bagi keperluan industri negara lahirkan tenaga kerja mahir.
Majlis Sukan Negara ( MSN ) Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta
Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan
Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya
telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b.
Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21
Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi
diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian
Belia Dan Sukan ketika itu). Fungsi Majlis Sukan Negara :
Bertanggungjawab ke arah penggalakan, pembangunan
dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di
pertandingan di peringkat tertinggi.
Memaju dan mempertingkatkanprestasi atlet Negara
daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi
menyertai pertandingan-pertandingan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran
jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan
tempatan.
Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di
bidang sukan peringkat negeri dan daerah.53
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat
nasihat kepakaran, dokumentasi, perpustakaan,
penyelidikan sains serta perubatan sukan.
Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet,
jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan kearah
peningkatan prestasi yang tinggi.
Peranan Dan Tanggungjawab MSN
Program Pembangunan Atlet
Khidmat Sains dan PerubatanSukan
Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
Pengurusan dan Kepegawaian Sukan
Kemudahan Sukan
Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan
Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada
Persatuan Sukan
Majlis Olimpik Malaysia ( MOM )
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan
pendaftarannya pada tahun 1953sebagai sebuah badan bukan
kerajaandi bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah
wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM
kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah
pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
54
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang yang
diiktiraf penglibatan diiktiraf dan penyertaannya dalam
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC dan Persekutuan
Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954
melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam
penyertaan disukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf
oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh
beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
Association of National Olympic Committee (ANOC)
Olympic Council of Asia (OCA)
Southeast Asian Games Federation (SEAGF)
Commonwealth Games Federation(CGF)
International Assembly of National Confederation of Sports.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada
tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia. Ianya yang ditubuhkan dibawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM:
Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur
aktiviti-aktiviti sukan.
Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan
sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
55
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan
kepegawaian sukan sekolah.
Menyelaras segala kaedah dan undang-undang
pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan
negeri.
Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau
pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu.
Fungsi MSSM:
memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung
perkara -perkara pembangunan dan pengurusan sukan.
mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan
kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan
mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia
atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang
berkaitan dengan hal ehwal sukan.
Struktur Organisasi MSSMOrganisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali
sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia. Lembaga ini boleh menubuhkan jawatankuasa
atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri.
Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti :
Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada
kelancaran fungsi MSSM.
Jawatankuasa Kewangan MSSM
yang mentadbir kewangan MSSM.
Menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga
Pengurusan.
Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi
MSSM di peringkat negeri.
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri
daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara
yang dipertandingkan di eringkat MSSM.
56
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
2.13. Persatuan-Persatuan Sukan Dimalaysia
Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)
Kongres Tenpin Boling Malaysia merupakan persatuan sukan
kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan
ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan
dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan
ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya diperingkat
antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan
Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation Internationaldes
Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak
dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat
disamping keutamaan cemerlang dalam setiap
penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan
ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat
yang menaja program. Melalui program “Partner in Sports”
persatuan ini mendapat sumbangan koperat dan
tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd disamping bantuan penajaan
lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn
Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines dan Antioni Sdn Bhd.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM )
57
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia
sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula
dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar
Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor
menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan
seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau
Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan
padatahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O
Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan
keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang
sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM
146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli
gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union
Cycliste Internationale – UCI) dan pada masa yang sama
diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan
Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan
sepenuhnya apabila sukan in dipertandingkan di dalam Temasya
Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima
melalui Program Jaya menyediakan atlet ke arah Sukan
Komanwel dan Sukan Asia. Program ini telah dimulakan sejak
tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program
Gemilang 2006. Sebahagian dari atlet yang dikumpulkan
ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun1999 iaitu
ketika persiapan ke SEA 2001. Pendaftaran semula
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta
Pembangunan Sukan 1997 dimana nombor pendaftarannya
ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.58
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Persatuan Badminton Malaysiamerupakan badan induk yang utama
kepada sukanbadminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan
kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi
Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini
telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta
Pembangunan Sukan1997. Antara objektif utama Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) adalah:
Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada
kemajuan sukan badminton di Malaysia.
Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan
yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain.
Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan
kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan
dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.
Sedaya upaya menangani isu-isuyang bersangkutan dengan
pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan
dengan isu-isu semasa.
PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM )
59
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang
mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab
bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di Malaysia. Bola
sepak tiba di Malaya pada masa itu dan di bawa oleh orang-orang
British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari
permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi
permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19,
bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab
sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun
Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan
hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur
sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling
Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak
Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang
iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola
sepak negeri di Malaysia.
60
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan dengan agensi-agensi sukan .
LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan
kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.
61
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.
62
62
top related