1 | p a g e · ubuntu.dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi windows xp dan juga...
Post on 03-Oct-2020
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1 | P a g e
2 | P a g e
Coretan Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Cekap
Komputer.Pertama sekali,saya Khairil Izwan bin Jamros atau juga dikenali dengan nickname
E_peace6679 @ Epeace Tux berasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya ebook
“Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Ubuntu” berjaya disiapkan.Selain
itu,saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada mereka yang membantu saya secara
langsung dan tidak langsung dalam pembikinan ebook ini.
Tujuan utama pembikinan ebook ini adalah untuk memberi panduan kepada mereka
yang ingin mencuba membuat dual boot sistem operasi Windows dan Linux(Ubuntu
terutamanya).Saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah juga disertakan
dengan gambarajah bagi memudahkan pemahaman anda.Selain itu,Saya mengharapkan
dengan sedikit manfaat yang diberikan oleh ebook ini dapat mendekatkan diri anda kepada
sistem operasi Linux dan juga Open Source.
Akhir sekali,Saya berharap anda semua terus memberi sokongan terhadap Cekap
Komputer dan kami berharap dapat memberikan anda segala ilmu-ilmu yang bermanfaat yang
kita dapat kongsi bersama-sama.Salam Cekap Komputer.
Khairilizwan @ Epeace6679
admin@cekapkomputer.com
http://www.facebook.com/khairilizwan89
3 | P a g e
Hakcipta terpelihara
Hakcipta ebook “Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi
Windows dan Linux” ini adalah terpelihara.Anda dilarang sama
sekali untuk menjual atau mengubah isi kandung yang terdapat
pada ebook ini.
Namun anda bebas untuk mengedarkan ebook ini secara
“PERCUMA” tidak kira dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy
kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak mengubah sebarang
isi kandung yang terdapat pada ebook ini.Hargai hasil kerja
tangan orang lain.
4 | P a g e
Isi Kandung
Coretan Penulis
Hakcipta Terpelihara
BAB 1 : Langkah – langkah persedian sebelum membuat sistem operasi dual boot. 5
Bab 2 : - Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition Editor (GParted) pada live CD
Ubuntu. 6
- Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu 7
- Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows 9
Bab 3 : Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu. 12
Bab 4 : Format dan Install sistem operasi Ubuntu. 15
Penutup
IKLAN
5 | P a g e
Bab 1 : Langkah – langkah persedian sebelum membuat
sistem operasi dual boot.
Perhatian :
Sebelum kita belajar secara lanjut mengenai proses membuat dual boot sistem operasi ini,saya
andaikan anda telah biasa melakukan proses instalasi sistem operasi Windows dan
Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu
10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah
yang saya akan tunjukkan dalam ebook ini adalah sama dan boleh digunakan. Jika anda belum
pernah atau biasa melakukan proses instalasi sistem operasi,saya cadangkan anda mempelajari
proses tersebut terlebih dahulu.Saya tidak akan mengajar proses instalasi sistem operasi dalam
ebook ini.
Apa bahan-bahan yang anda perlukan?
Baiklah sebelum anda mempelajari proses ini,terdapat beberapa bahan yang anda perlu
sediakan.Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1. Komputer/Laptop
2. CD Installation Windows XP (atau versi Windows lain seperti Windows 7)
3. CD Installation Ubuntu (Anda boleh mendapatkan secara percuma di ubuntu.com)
Nota Penting :
Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer
anda ke dalam external hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data
anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard disk (partition) dilakukan.
6 | P a g e
Bab 2 : Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition
Editor (GParted) pada live CD Ubuntu.
Pertama sekali,masukkan cd installation Ubuntu ke dalam CD-ROM komputer anda dan
boot sebagai live CD Ubuntu.Live CD Ubuntu bermaksud anda boleh menggunakan sistem
operasi Ubuntu tanpa perlu install dan menganggu sistem operasi asal komputer anda.
Jika anda kurang memahami mengenai “live CD” anda boleh merujuk sumber ini :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Live_CD
Setelah anda telah berjaya menggunakan live CD Ubuntu,Klik pada System Administration
kemudian pilih “ GParted”.
Kemudian,anda akan dapat lihat saiz untuk cakera keras(hard disk) anda.
Baiklah seterusnya,anda harus membuat partition untuk ruangan hard disk komputer anda bagi
sistem operasi Ubuntu Linux terlebih dahulu.
Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer anda ke dalam external
hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard
disk (partition) dilakukan.
7 | P a g e
Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu
Kemudian,klik pada Device Create Partition Table .Seperti gambarajah di bawah.
Satu tetingkap akan dipaparkan klik “Apply”.
Kemudian,anda perlu membahagikan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu
anda.Saya cadangkan anda menyediakan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu anda
minimum 20GB. Anda boleh drag menggunakan tetikus anda untuk membahagikan ruangan
hard disk anda.
8 | P a g e
Pada bahagian ini,anda perlu menetapkan beberapa bahagian iaitu :
Create as : Primary Partition
File System : ext4 (sila pastikan anda memilih ext2,ext3 ataupun ext4 untuk pilihan ini)
Kemudian klik “Add”.
Anda akan dapat melihat ruangan hard disk untuk sistem operasi telah dibahagikan seperti
gambarajah di atas.Merujuk gambarajah tersebut, anda telah menjadikan New Partition #1
yang menggunakan file sistem ext4 sebagai ruangan untuk anda install sistem operasi Ubuntu
kelak.
9 | P a g e
Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows
Pada tetingkap yang sama tadi,anda perlu membuat partition hard disk untuk sistem
operasi Windows anda.Cara untuk membuat partition hard disk untuk Windows adalah sangat
mudah.Pertama sekali,right klik pada bahagian “unallocated” kemudian klik “new” seperti
dalam gambarajah di bawah.
Kemudia pada bahagian File system,pilih NTFS.Kemudian klik “Add”
New Technology File System (NTFS) adalah sistem fail yang biasa bagi Windows NT dan dan versi Windows lain
selepas itu. Windows versi 95, 98, 98SE dan ME tidak boleh membaca sistem fail NTFS. Walaubagaimanapun,
terdapat utiliti atau program alternatif dari pihak ke-3 wujud untuk tujuan ini.
Sumber : Wikipedia
10 | P a g e
Merujuk gambarajah di bawah,anda telah menetapkan New Partition #2 sebagai ruangan hard
disk untuk sistem operasi Windows anda.
Kemudian,klik pada butang “Apply”.Rujuk gambarajah di bawah.
11 | P a g e
Tunggu sehingga proses tersebut selesai.
Setelah selesai,apa yang anda perlu lakukan ialah restart komputer anda dan keluarkan
CD installation sistem operasi Ubuntu anda.
Proses membuat partition pada hard disk komputer anda untuk sistem operasi
Windows dan Ubuntu anda selesai.
12 | P a g e
Bab 3 :
Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu.
Setelah anda selesai melakukan proses membuat partition pada hard disk anda,anda
harus melakukan proses installation sistem operasi.Namun persoalannya,sistem operasi yang
manakah pertama sekali perlu diinstall?Windows ataupun Ubuntu? Tentu sekali soalan ini
bermain di fikiran anda.
Baiklah pertama sekali,anda haruslah install sistem operasi Windows terlebih
dahulu.Saya andaikan anda telah biasa dan pernah melakukan proses installation ini.Saya hanya
akan tunjukkan beberapa gambarajah berkaitan proses installation ini.Dalam ebook ini,seperti
yang saya maklumkan sebelum ini,saya menggunakan sistem operasi Windows XP.
Format Windows XP terdahulu
Pertama sekali,masukkan CD installation Windows xp anda ke dalam CD-Rom komputer anda
kemudian lakukan proses installation yang sama seperti anda melakukan sebelum ini.
13 | P a g e
Anda akan dapat lihat proses installation sistem operasi Windows seperti dalam gambarajah di
atas.Kemudian tekan butang “ENTER”
Tekan butang F8 pada papan kekunci(keyboard) anda.
14 | P a g e
Baiklah pada bahagian ini ( rujuk gambarajah di atas),anda akan dapat melihat terdapat dua
partition hard disk yang telah dibina sebelum ini. Partition tersebut merupakan partition yang
telah anda buat sebelum ini.Dalam gambarajah di atas,partition Drive E: merupakan partition
untuk sistem operasi Ubuntu yang anda tetapkan sebelum ini. Perkataan “[Unknown]” yang
anda dapat lihat di tepi partition tersebut sebenarnya merupakan file sistem untuk linux yang
kita telah tetapkan sebelum ini iaitu “ext4”.Pilih partition untuk fail sistem NTFS dan lakukan
proses installation Windows sehingga selesai.
15 | P a g e
Bab 4 :
Format dan Install sistem operasi Ubuntu.
Baiklah seterusnya setelah proses installation Windows XP selesai dilakukan,kini anda perlu
melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu.Untuk melakukan melakukan proses
installation Ubuntu adalah sangat mudah dan caranya tidak jauh beza dengan proses
installation Windows.
Pertama sekali,Masukkan CD installation Ubuntu ke dalam CD-Rom komputer anda
kemudian “boot” melalui CD untuk melakukan proses installation (cara yang sama anda lakukan
untuk proses installation Windows sebelum ini).
Kemudian pilih pada “install ubuntu” dan tunggu sehingga tetingkap seperti gambarajah di
bawah di paparkan.
Pilih bahasa anda kemudian klik “forward”.
16 | P a g e
Kemudian pada step 2,pilih Time Zone anda.Kemudian “forward”.
Kemudian klik “forward”.
17 | P a g e
Baiklah pada step 4 merupakan bahagian yang paling penting sekali.Jika anda silap pada
bahagian ini,kemungkinan besar sistem operasi Windows anda akan hilang begitu sahaja.Untuk
bahagian ini,anda perlu pilih pada Specify partitions manually (advanced).Ini membolehkan
anda menentukan partition yang anda ingin install sistem operasi Ubuntu tanpa mengganggu
partition lain (sistem operasi Windows sebelum ini).
18 | P a g e
Seterusnya,anda akan dapat melihat terdapat dua partition yang telah bina sebelum ini.Tentu
anda dapat melihat perbezaan partition untuk sistem operasi Windows dan Ubuntu
anda.Partition untuk Ubuntu anda menggunakan file sistem “ext4” dan file sistem Windows
anda menggunakan “NTFS”.
Merujuk gambarajah di atas, /dev/sda1 merupakan partition untuk sistem operasi
ubuntu anda.Klik pada partition tersebut kemudian klik “Change”.
Kemudian,tetapkan pada bahagian berikut seperti gambarajah di atas :
Use as : Ext4
Format the partition : Yes
Mount Point : /
19 | P a g e
Kemudian klik “OK”.
Kemudian klik “Forward”.
Satu tetingkap kecil akan dipaparkan seperti dalam gambarajah di atas,klik “Continue”.
20 | P a g e
Sila masukkan butiran-butiran berikut kemudian klik “forward”.
Jika anda telah bersedia untuk melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu klik butang
“INSTALL”.
21 | P a g e
Tunggu sehingga proses installation sistem operasi selesai.Apabila selesai,restart komputer
anda dan keluarkan CD sistem operasi Ubuntu tersebut.
22 | P a g e
Kemudian apa yang perlu dilakukan? Tahniah! Anda telah berjaya melakukan proses membuat dual boot Windows dan Ubuntu.
Jika anda melakukan langkah demi langkah yang telah saya tunjukkan dalam ebook
ini.Anda akan dapat melihat komputer anda kini telah mempunyai dua sistem operasi iaitu
Windows dan Ubuntu Linux.
Ketika komputer anda dihidupkan,satu paparan seperti gambarajah di atas akan kelihatan.Anda
akan diberi pilihan samada ingin menggunakan sistem operasi Ubuntu ataupun sistem operasi
Windows.
- TAMAT -
23 | P a g e
Penutup
Diharapkan ebook ini telah memberi anda sedikit ilmu yang berguna dan boleh
dimanfaatkan bersama-sama. Dengan ilmu yang telah saya kongsikan bersama anda di dalam
ebook ini,semoga mendekatkan serta membolehkan anda mengenali sistem operasi linux
seperti Ubuntu.Ebook ini juga boleh dijadikan rujukan para pelajar dan sebagainya.Semoga
anda terus menyokong Cekap Komputer.Kami akan menyediakan beberapa lagi ebook-ebook
percuma pada masa akan datang.Salam Cekap Komputer.
Sertai Komuniti Cekap Komputer di Facebook.com!
http://www.facebook.com/cekapkomputer
24 | P a g e
IKLAN
AMARAN: HANYA YANG SERIUS DAN KOMITED INGIN CARI WANG DI
INTERNET SAHAJA DI BENARKAN BACA!
Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan
merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global"..
Anda mencari perniagaan sebenar di hanya ingin bekerja dari rumah?? Ini yang anda nanti-
nantikan...
Sistem website yang mantap dan berkesan.
Tidak perlu menjual produk.
Disertakan sistem autoresponder yang canggih.
100% dilakukan secara online.
Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80
Bimbingan disediakan untuk kejayaan.
Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah disisi undang-undang.
Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! Secara
mingguan!
Daftar secara percuma dan lihat bagaimana perniagaan kami berkembang!
MASIH TERAWAL! BARU BUKA DI INDONESIA DAN FILIPINA.
MALAYSIA MEMIMPIN NO.1 DI ASIA!
Daftar percuma :
http://vpendapatan.com/jutawan/
Awas! ini bukan skim cepat kaya! Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, anda boleh cepat kaya!
top related