4 - 5 3 - krk.com.my · pdf fileaturcara majlis 10 agenda mesyuarat 11 minit mesyuarat agung...
Post on 04-Feb-2018
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Ucapan Aluan Pengarah SKM 3Perutusan Pengerusi KRKB 4-5Ahli Lembaga Koperasi 6-7Carta Organisasi 8Notis Mesyuarat 9Aturcara Majlis 10Agenda Mesyuarat 11Minit Mesyuarat Agung Tahunan 15-17Permulaan
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 21Laporan Lembaga 25-31Laporan Kewangan 35-57Bajet Disemak 2013 & Bajet 2014 61Agenda 7-14 63-77Penghargaan 79
4
Allah SWT berfirman di dalam surah Asy Syura ayat ke 38, yang bermaksud :
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan
urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;“
Kepada Allah S.W.T. saya memanjatkan doa agar semua anggota Koperasi Rakyat
Kelantan Berhad sentiasa berada dalam rahmat dan redhaNya.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya saya
berpeluang untuk menyampaikan perutusan sempena dengan Mesyuarat Agung
Koperasi Rakyat Kelantan Berhad kali yang pertama.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga dan anggota Koperasi kerana buat julung
kalinya dapat mengadakan Mesyuarat Agung sebagaimana yang dijadualkan
walaupun usia Koperasi kita masih muda dan perlukan banyak bimbingan dan tunjuk
ajar terutama dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Sebagai sebuah Koperasi baru yang keanggotaannya terbuka kepada rakyat Kelantan
khasnya, amanah dan tanggungjawab yang dipikul amatlah berat terutama dari aspek
Perutusan
Pengerusi
Koperasi Rakyat Kelantan Berhad
operasi dan pulangan kepada anggotanya. Sebagai Koperasi berasaskan perkhidmatan,
anggota Koperasi tidak mendapat kemudahan sebagaimana Koperasi kredit. Anggota
Koperasi hanya mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Hanya nilai dalaman iaitu
untuk bersama-sama menyumbang kepada kemajuan diri menerusi pengumpulan
sumber dana bagi menjalankan perniagaan melalui Koperasi selain dari memupuk
ukhwah di kalangan anggota.
Jumlah keanggotaan Koperasi sehingga kini ialah seramai 1,852 orang dengan jumlah
saham terkumpul berjumlah RM 1.31 juta iaitu jauh dari sasaran yang telah ditetapkan.
Daripada jumlah saham ini, sebanyak RM 1.15 juta telah dilaburkan di dalam
perniagaan Ar-Rahn iaitu bersamaan dengan pegangan ekuiti sebanyak 28.0 peratus.
Jumlah keuntungan untuk tahun kewangan 2012 ialah sebanyak RM 75,250.30 di mana
keuntungan ini ialah untuk tempoh November 2011 sehingga Julai 2012. Dari jumlah
keuntungan ini, Koperasi mencadangkan pembayaran dividen kepada anggota
sebanyak 5.0 peratus (tertakluk kepada kelulusan SKM).
Di kesempatan ini, saya menyeru kepada anggota khasnya dan rakyat Kelantan amnya
agar terus memberi sokongan kepada Koperasi samada melalui penambahan jumlah
saham atau menjadi anggota kepada Koperasi dengan matlamat Koperasi dapat
meningkatkan jumlah pelaburan di dalam perniagaan Ar-Rahn atau memiliki Ar-Rahn
sendiri melalui skim francais.
Akhirnya saya mendoakan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad terus maju dan cemerlang
demi memikul amanah dan aspirasi anggota-anggota khasnya dan masyarakat amnya.
Terima kasih, Selamat Bermesyuarat.
Wassalam
HAJI MOHD SABRI ABDULLAH
5
AHLI LEMBAGA KOPERASISESI 2011/2012
Mohd Sabri Bin AbdullahPENGERUSI
Wan Yahya Bin W. SallehTIMB. PENGERUSI
Mohd Amaddy Bin NawiSETIAUSAHA
Abdul Aziz Bin Mohd ZinBENDAHARI
Hamdan Bin MohamadALK
6
LEMBAGA PENGARAH
MESYUARAT AGUNG
J/K AUDIT DALAMAN
PENGERUSIMohd Sabri Bin Abdullah
LEMBAGA PENGARAH
TIMB. PENGERUSIWan Yahya Bin W. Salleh
SETIAUSAHAMohd Amaddy Bin Nawi
BENDAHARIAbdul Aziz Bin Mohd Zin
ALKHamdan Bin Mohamad
ALKTelah Meletak Jawatan
pada 1 Julai 2012
7
LEMBAGA PENGARAH
PENGURUS PELABURANMimi Suziana Binti Mohd Azmi
PEGAWAI PEMASARANAhmad Mustaqem Bin Shamsudin
CARTA ORGANISASI
8
ATURCARA MAJLISMESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI 01/2012
8.00 Pagi - Pendaftaran
8.30 Pagi - Doa- Seminar
9.30 Pagi - Rehat
10.00 Pagi - Ucapan AluanPengerusi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad
- Ucapan PerasmianYBrs Pengarah SKM Negeri Kelantan
- Mesyuarat Agung Bermula
12.00 Tghari - Mesyuarat Agung TamatBersurai
10
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI 01/2012KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD
1. Pemilihan Pengerusi Mesyuarat;
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Permulaan;
3. Membentang Dan Menimbang Pandangan Jawatankuasa Audit Dalaman BagiTahun Kewangan 2012;
4. Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan 2012;
5. Membentang Dan Meluluskan Laporan Kewangan Beraudit Berakhir Pada31 Julai 2012 dan Laporan Kewangan Beraudit Berakhir Pada 31 Julai 2011 ;
6. Membentang Dan Meluluskan Bajet Disemak 2013 Dan Bajet 2014;
7. Membentang Dan Meluluskan Had Maksimun Keterhutangan Koperasi;
8. Membentang Dan Meluluskan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi(Jika Ada);
9. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi Bagi Sesi 2013/2014;
10. Pemilihan Audit Luar Bagi Sesi 2013/2014;
11. Pemilihan Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat;
12. Perbincangan Usul-Usul (Jika Ada);
13. Hal-Hal Lain;
14. Ucapan Penangguhan.
11
Membentang danMengesahkan MinitMesyuarat Agung
Permulaan
Membentang danMenimbang Pandangan
JawatanKuasa Audit Dalaman Bagi Tahun
Kewangan 2012
Membentang danMenerima Laporan
Tahunan 2012
Visi
Merakyatkan Koperasi
Melalui Perniagaan
Ar-Rahn
Misi
Mengembangkan
perniagaan Ar-Rahn ke
Seluruh Negara dan
Peringkat Global
Motto Dari Rakyat Kepada Rakyat
25
PROFIL RINGKAS
KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD (D-4-0527)
Tarikh Pendaftaran
21 Januari 2011
No Pendaftaran
D-4-0527
Alamat Berdaftar
Lot PT 448, Tingkat 2,
Jalan Kuala Krai, Batu 3,
Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
Aktiviti Utama
Ar Rahn (Pajak Gadai Islam)
Pejabat Operasi dan Urusan
Lot PT 448, Tingkat 2,
Jalan Kuala Krai, Batu 3,
Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 069-7414332 / 7432281
Faksimili: 609-7432280
Email: admin@krk.com.my
Laman Web: www.krk.com.my
Ahli Lembaga Koperasi
Tn. Hj Mohd Sabri Bin Abdullah
(Pengerusi)
Tn. Hj Wan Yahya Bin W Salleh
(Timbalan Pengerusi)
Tn. Hj Mohd Amaddy Bin Nawi
(Setiausaha)
En. Abdul Aziz Bin Mohd Zin
(Bendahari)
Tn. Hj Hamdan Bin Mohamad
Juruaudit Dalam
En. W.M. Azhari Bin Wan Abdullah
Pn. Habibah Bt Hashim
Pn.Zanjabila Bt Mohd Saleh
Juruaudit Luar
Tetuan Wan Nadzir & Co.
Bank
CIMB Islamic (Akaun Semasa)
Bank Muamalat (Akaun Semasa)
Bank Islam (Akaun Semasa)
Maybank Islamic (Akaun Semasa)
Anggota Pengurusan
Mimi Suziana Binti Mohd Azmi
(Pengurus Pelaburan)
Ahmad Mustaqem Bin Shamsudin
(Pegawai Pemasaran)
Cawangan Ar-Rahn (Kolaborasi)
Ar-Rahn Rantau Panjang
Ar-Rahn Wakaf Bharu
Ar-Rahn Machang
26
LAPORAN LEMBAGA
Pendahuluan
Tahun Kewangan 2012 (berakhir 31 Julai 2012), Koperasi Rakyat Kelantan Berhad telah
mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 75,250.30 melalui pelaburan bernilai
RM1,150,000.00 di dalam Ar-Rahn cawangan Rantau Panjang melalui usahasama dengan
Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Jumlah modal saham terkumpul ialah RM 1.31 juta.
Keuntungan bersih ini menunjukkan peningkatan sebanyak 163 peratus. Koperasi
memulakan pelaburan di dalam Ar-Rahn pada November 2011.
Keanggotaan Tahun Kewangan 2012, jumlah keanggotaan Koperasi ialah seramai 1,852 orang meningkat sebanyak 1624 orang berbanding Tahun Kewangan 2011 seramai 228 orang. Jumlah keanggotaan mengikut bulan bagi tahun 2011 dan 2012 adalah sebagaimana berikut:
Bulan 2011 2012
Januari 0 183 Februari 0 115
Mac 67 56 April 31 25 Mei 19 74 Jun 27 169 Julai 84 19 Ogos 523 0
September 351 0 Oktober 147 0
November 57 0 Disember 133 0
Jumlah (Orang) 1,439 641 Jadual 1: Keanggotaan Bagi Tahun Kewangan 2011-2012.
27
Carta 1: Keanggotaan Bagi Tahun Kewangan 2011-2012.
Modal Saham
Tahun Kewangan 2011, jumlah modal saham Modal Saham terkumpul ialah RM
104,410.00 dan yuran masuk anggota ialah RM 2,280.00. Jumlah ini bertambah bagi
Tahun Kewangan 2012 iaitu Modal Saham terkumpul ialah RM 1,314,189.00 dan yuran
masuk anggota ialah RM 18,520.00.
Yuran masuk anggota mengikut bulan bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012 adalah sebagaimana berikut:
Carta 2: Yuran Masuk Anggota Bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012.
28
[Bulan]
[Orang]
[RM]
[Bulan]
Modal Saham Anggota mengikut bulan bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012 adalah sebagaimana berikut:
Bulan 2011 (RM) 2012 (RM)
Januari - 74,960.00 Februari - 98,250.00
Mac 13,830.00 46,430.00 April 25,450.00 35,359.00 Mei 16,090.00 49,350.00 Jun 29,400.00 116,820.00 Julai 36,640.00 27,760.00 Ogos 268,080.00 -
September 295,309.00 - Oktober 100,691.00 -
November 38,740.00 - Disember 96,330.00 -
Jumlah 920,560.00 448,929.00 Jadual 2: Modal Saham Bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012.
Carta 3: Modal Saham Bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012.
29
[RM]
[Bulan]
Carta 4 : Modal Saham Bagi Tahun Kewangan 2011 dan 2012.
Pelaburan
Jumlah pelaburan terkumpul Modal Saham di dalam Ar-Rahn cawangan Rantau Panjang
sehingga Tahun Kewangan 2012 ialah RM1,150,000.00. Aliran Jumlah pelaburan adalah
sebagaimana berikut:
Tarikh Perkara
Modal Saham
(RM) Suntikan Modal
(RM) Jumlah Suntikan Modal
Terkumpul (RM)
30/10/2011 761,490.00 500,000.00 500,000.00 31/10/2011 761,490.00 150,000.00 650,000.00 30/11/2012 807,470.00 50,000.00 700,000.00 28/12/2012 858,760.00 50,000.00 750,000.00 10/01/2012 934,990.00 50,000.00 800,000.00 01/02/2012 978,370.00 50,000.00 850,000.00 07/02/2012 984,620.00 50,000.00 900,000.00 11/03/2012 1,077,320.00 50,000.00 950,000.00 15/03/2012 1,089,170.00 50,000.00 1,000,000.00 24/06/2012 1,281,329.00 150,000.00 1,150,000.00
Jadual 3: Aliran Pelaburan Modal Saham Di dalam Ar-Rahn Sehingga Tahun Kewangan 2012
30
Keuntungan
Jumlah keuntungan bersih untuk pelaburan terkumpul Modal Saham di dalam Ar-Rahn
cawangan Rantau Panjang mengikut bulan bagi Tahun Kewangan 2012 dan 2012 adalah
sebagaimana berikut:
Tarikh Perkara
Modal Saham (RM) Keuntungan (RM)
30/11/2011 650,000.00 7,022.87 31/12/2011 700,000.00 6,171.12 31/01/2012 800,000.00 12,066.25 29/02/2012 900,000.00 9,899.17 31/03/2012 1,000,000.00 15,288.36 30/04/2012 1,000,000.00 15,051.67 31/05/2012 1,000,000.00 9,317.51 30/06/2012 1,150,000.00 12,655.24 31/07/2012 1,150,000.00 14,662.43 31/08/2012 1,150,000.00 21,725.41
Jumlah 1,150,000.00 123,860.03 Jadual 4: Jumlah Pelaburan dan Keuntungan Bagi Tahun Kewangan 2011 Dan 2012.
Penutup Ahli Lembaga Koperasi Rakyat Kelantan Berhad mengharapkan agar penyertaan dan
sokongan dari anggota dan masyarakat berterusan supaya Modal Saham dapat
ditingkatkan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan serta merealisasikan hasrat
untuk memiliki ekuiti di dalam cawangan-cawangan Ar-Rahn yang diusahasamakan.
31
Membentang danMeluluskan
Laporan KewanganBeraudit Berakhir Pada
31 Julai 2012 Dan
Laporan KewanganBeraudit Berakhir Pada
31 Julai 2011
Membentang danMeluluskan Bajet
Disemak 2013 Dan
Bajet 2014
Membentang danMeluluskan
Had MaksimumKeterhutangan Koperasi
Membentang danMeluluskan
Pindaan Undang-undangKecil Koperasi
(Jika Ada)
Pemilihan Ahli LembagaKoperasi Bagi
Sesi 2013/2014
Pemilihan Audit LuarBagi
Sesi 2013/2014
PemilihanJawatankuasa
Menentusahkan DrafMinit Mesyuarat
Perbincangan Usul-usul(Jika Ada)
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan
79
top related