› foemalaysia › pages › ... cadangan penambahbaikan terhadap ...sahabat alam malaysia friends...
Post on 26-Feb-2020
41 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SAHABAT ALAM MALAYSIA
FRIENDS OF THE EARTH MALAYSIA
Memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan
November 1, 2016
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN
Di Pulau Pinang:
258, Jalan Air Itam
10460 George Town
Pulau Pinang.
Tel/Fax: +604.2286930/2
Di Sarawak:
Lot 129A, First Floor
Jalan Tuanku Taha
P.O.BOX 216
98058 Marudi
Baram, Sarawak.
Tel/Fax: +6085.756973
SAM[at]foe-malaysia.org
sarawakoffice[at]gmail[dot]com
1
Pendahuluan
Memorandum ini berhasrat untuk memberikan fokus terhadap beberapa aspek
pengurusan hutan di negeri Kelantan yang kami kira perlu diperbaiki.
Hutan asli adalah aset yang sangat penting buat kita kerana salah satu fungsi dirian
pokok dan tumbuhan ialah kemampuannya menadah curahan hujan, manakala
reputan di lantai hutan melindungi tanah dari impak secara terus curahan hujan.
Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan
menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan
struktur sungai dan kemerosotan kualiti air. Disamping itu proses penyejatan dan
paras wap air juga biasanya akan turut meningkat apabila hutan termusnah.
Pembangunan ladang monokultur di dalam Hutan Simpanan Kekal
Pada tahun 2008, Kelantan memiliki seluas 14,819 hektar ladang-ladang monokultur
di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Namun pada tahun 2013, keluasan ini telah
meningkat kepada 162,485 hektar. Malah seawal tahun 2010, 115 buah syarikat telah
diberi kebenaran untuk membangunkan ladang-ladang Latex Timber Clone Plantation
Zone (LTC) seluas 91,030 hektar atau 14.6 peratus dari HSK di Kelantan.
Hari ini, Kelantan memiliki keluasan terbesar kawasan HSK yang dikelaskan
sebagai zon pembangunan ladang monokultur di Semenanjung Malaysia. Pada
tahun 2013, zon ini meliputi lebih dari 26 peratus kawasan HSK yang seluas 623,849
hektar di Kelantan.
Selain itu, amalan mengkelaskan ladang monokultur sebagai HSK ini juga
merupakan suatu amalan yang mengelirukan dari segi pengurusan statistik. Frasa
‘ladang hutan’ itu sendiri sebenarnya bercanggah dari segi bahasa. Ladang
monokultur bukanlah hutan. Hutan terbentuk secara semulajadi oleh tumbuh-
tumbuhan dan kepelbagaian bio yang tinggi. Ianya melakukan pelbagai fungsi
ekologi, termasuklah sebagai sistem tadahan air. Ladang pula adalah kawasan
pertanian monokultur yang besar yang dipenuhi oleh tanaman, mendatangkan
bencana kepada kawasan tadahan air serta hidupan ekosistem hutan dan sungai.
Sekiranya sistem pembalakan secara mampan diamalkan dikeseluruhan HSK, tidak
timbul isu HSK menjadi hutan miskin dan perlu diubah guna tanahnya kepada
penanaman monokultur. Ini mengambarkan kemungkinan kadar pembalakan buat
beberapa waktu telah dilakukan melebihi kadar yang dapat ditampung ekosistem
hutan.
2
Rancangan Fizikal Negara: Rangkaian Ekologi Central Forest Spine dan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar
Rancangan Fizikal Negara (RFN) 2 telah mengenalpasti pelbagai ekosistem yang
perlu dilindungi demi kepentingan negara.
(i) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Dasar 22 RFN 2: Kawasan sensitif alam sekitar perlu diintegrasi ke dalam
perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi.
Kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan
sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan
air, kawalan haiwan perosak dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi
kawasan-kawasan yang menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu,
adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak
dibangunkan, serta dipulihara atau diurus secara mampan, bergantung kepada
jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan atau kepentingan. KSAS dibahagikan kepada
Tahap 1, 2 atau 3 dengan kriteria pengurusan masing-masing.
KSAS Tahap 1:
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
Perlindungan biodiversiti Kawasan perlindungan sedia ada dan cadangan
baru.
Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan
perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut,
kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu
kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai
pemuliharaan tinggi.
Sistem sokongan hidup
Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan
cadangan baru.
Kawasan Risiko Bencana
Kawasan melebihi kontur 1,000 m.
KSAS Tahap 2
Tiada pembangunan atau pertanian.
Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah
dibenarkan bergantung kepada halangan setempat.
3
Perlindungan biodiversiti
Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan
perlindungan.
Kawasan Risiko Bencana
Kawasan antara kontur 300 m - 1,000 m.
KSAS Tahap 3:
Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal
bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Perlindungan biodiversiti
Pulau-pulau taman laut.
Sistem sokongan hidup
Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon
recharge air bawah tanah.
Kawasan Risiko Bencana
Kawasan antara kontur 150 m - 300 m.
Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi
150 tan/ hektar/tahun.
Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal
atau yang signifikan.
(ii) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS)
Dasar 22 RFN 2: Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk tulang
belakang rangkaian kawasan sensitif alam sekitar
Central Forest Spine (CFS) adalah satu unit bersepadu yang membentuk tulang
belakang rangkaian KSAS. Ia merupakan rangkaian ekologi yang menghubungkan
kesemua kompleks hutan yang penting di Semenanjung Malaysia. Ia merangkumi
kompleks hutan Banjaran Titiwangsa-Bintang-Nakawan, Banjaran Taman Negara-
Timur, Banjaran Tenggara Pahang, tanah bencah Chini dan Bera serta Taman
Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang.
Dasar 22 RFN 2 telah turut mengenalpasti yang berikut.
Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat, terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara.1
Walaupun pihak berkuasa negeri telah menerimapakai semua pelan perancangan
fizikal tetapi amat mendukacitakan sekali begitu banyak sekali KSAS di negeri
1 Rancangan Fizikal Negara 2, ms. 5-60.
4
Kelantan telah dimusnah dan dieksploitasi dan gagal mematuhi kriteria pengurusan
KSAS seperti yang telah digariskan oleh RFN 2.
Hari ini, terdapat KSAS Tahap 1 yang sepatutnya dilindungi dan dikekalkan tetapi
telah dimusnah dan dieksploitasi oleh pembalakan. Sementara itu, terdapat juga
HSK yang dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2 turut terlibat di dalam penukaran
hutan kepada ladang, yang melibatkan penebangan bersih hutan. Kegiatan
pengusahasilan pembalakan yang dibenarkan di KSAS Tahap 2 hanyalah yang
mengamalkan Sistem Pengurusan Memilih dan bukannya kegiatan tebang habis
berskala keluasan yang besar.
Ini berlaku terutamanya di kawasan-kawasan HSK yang terletak di Rangkaian CFS
Banjaran Titiwangsa dan lembangan Sungai Lebir di Banjaran Tahan.
Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan ladang di dalam HSK
di Jajahan Gua Musang telah mengambil tempat di dalam HSK Sungai Berok, HSK
Batu Papan, HSK Hulu Galas dan HSK Gunung Rabong. Manakala pembalakan
secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan pula telah berlaku di
dalam HSK Sungai Betis dan HSK Nenggiri.
Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur
dan perlombongan dalam HSK dilakukan juga di beberapa jajahan lain.
Kelemahan urus tadbir agensi pelaksana dan penguatkuasaan
(i) Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram
Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 dengan jelas melarang pendudukan atau
kegiatan di dalam HSK tanpa permit penggunaan. Seksyen 81 pula menyenaraikan
perbuatan-perbuatan yang dilarang di dalam HSK.
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) akan membangunkan sebuah projek
perintis, Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram, bagi memulihkan kawasan
yang sudah diterokai secara haram. Kenyataan media JPNK pada 29 September 2016
tentang hal ini adalah dirujuk.
Kewujudan kegiatan penerokaan haram HSK menunjukkan kelemahan di dalam
urus tadbir dan penguatkuasaan undang-undang. Penerokaan dan pembangunan
haram di dalam HSK bukannya mengambil waktu yang singkat, ia seharusnya
dapat ditangani di peringkat awal lagi sebelum ianya berlanjutan.
5
Kawasan HSK yang telah diterokai secara haram ini seharusnya dipulihkan oleh
JPNK sendiri dan bukannya dilesenkan kepada syarikat-syarikat swasta untuk
membangunkan kawasan ladang. Ini memberikan isyarat perundangan yang salah,
seolah-olah penerokaan haram HSK adalah sesuatu yang akan menguntungkan buat
syarikat-syarikat yang berjaya memperolehi kelulusan Rancangan Penghutanan
Semula dari JPNK.
(ii) Pemeliharaan rizab sungai dan zon riparian dan pokok perlindungan
Kelihatannya telah wujud kegagalan dalam memastikan perlindungan terhadap
rizab sungai dan zon riparian selebar sungai dan maksimum 50 meter. Peraturan ini
diperjelaskan di dalam Manual Perhutanan, laporan-laporan Penilaian Kesan
terhadap Alam Sekeliling (EIA) dan syarat-syarat kelulusan lesen operasi
pembalakan, pembangunan ladang monokultur dan perlombongan di dalam
kawasan HSK.
Kami juga turut mengesan anak-anak sungai-sungai yang akhirnya kekeringan atau
sudah keruh akibat dari pembangunan ladang monokultur. Pencemaran dan
kerosakan sungai dan kesan-kesan buruknya kepada masyarakat tempatan dapat
disahkan oleh masyarakat-masyarakat Orang Asli di daerah Gua Musang.
Selain itu kami juga pernah menemui tag pokok perlindungan di sebuah kawasan
matau di luar HSK Sungai Durian pada awal tahun 2014.
(iii) Projek ladang monokultur tidak hanya melibatkan hutan miskin
Kawasan ladang monokultur di dalam HSK dikatakan hanya melibatkan hutan
miskin dan kurang dirian pokok bernilai dan bukannya hutan asli yang mempunyai
banyak spesies pokok yang bernilai yang melebihi 45 cm ukur llilit.
Namun peninjauan kami menunjukkan bahawa kayu-kayu balak yang dibawa
keluar dari hutan miskin masih ada yang kelihatannya melebihi 45 cm ukur lilitnya.
Kepentingan hutan dalam berhadapan dengan risiko perubahan cuaca
Kami ingin menarik perhatian terhadap sebuah artikel di dalam The Star bertarikh
Januari 19, 2015, hasil tulisan Martin Khor di dalam ruangan Global Trends yang
berjudul Lessons from the great floods – ‘new normal’.
Artikel ini memberi pencerahan bahawa banjir besar pada akhir tahun 2014 mesti
dilihat sebagai sebuah ‘keadaan lazim yang baru’. Kajian-kajian saintifik tentang
iklim dan cuaca berserta kejadian-kejadian keadaan cuaca yang ekstrem di seluruh
6
dunia lewat beberapa tahun ini telah menggambarkan bahawa kemungkinan
besarnya banjir besar ini adalah merupakan sebahagian daripada corak perubahan
iklim yang sedang berlaku. Ianya bakal menjadi sebuah keadaan lazim yang baru,
dan bukanlah sebuah kejadian yang tidak boleh berulang lagi di dalam masa yang
terdekat ini. Kita malah seharusnya menjangkakan bencana yang lebih buruk lagi
pun boleh berlaku di masa hadapan.
Artikel ini juga merujuk kepada sebuah kertas kerja Malaysia Climate Change
Scenarios yang dihasilkan oleh Dr. Yap Kok Seng, bekas Ketua Pengarah Jabatan
Meteorologi Malaysia, dan rakan-rakan setugas beliau pada tahun 2012. Kajian ini
menunjukkan bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dari fenomena kenaikan corak
suhu dunia.
Menurut kertas kerja tersebut, pemantauan pengkaji cuaca Malaysia menunjukkan
bahawa kita sememangnya telah mengalami lebih banyak kejadian cuaca yang
melampau di dalam dekad-dekad terakhir ini.
Perubahan iklim dan kenaikan suhu dunia juga akan menyebabkan kenaikan suhu
permukaan laut (sea surface temperature - SST). SST yang tinggi secara lazimnya akan
menyebabkan peningkatan pemeluapan air di udara, yang akhirnya akan
meningkatkan lagi kejadian hujan lebat bersama ribut petir di kawasan tropika.
Selain itu, kertas kerja tersebut juga menunjukkan bahawa bilangan kejadian dan
keruncingan musim kemarau juga telah turut meningkat dari 1951 ke 2005.
Dengan ini, kesemua pihak berkuasa negeri di Malaysia ini wajar memberikan
penumpuan yang lebih tinggi terhadap kerja-kerja pemuliharaan hutan dan
ekosistem yang sensitif yang lainnya di dalam menghadapi masa hadapan yang
tidak menentu ini.
Hak tanah adat Orang Asli
Hak tanah adat Orang Asal/Asli merupakan hak-hak yang diperolehi dari amalan-
amalan resam dan undang-undang adat Orang Asal/Asli yang diiktiraf dan
dikuatkuasakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat itu, lazimnya secara lisan. Ianya
berbeza dengan hak ke atas tanah berdokumen, yang merupakan hak yang
diperolehi dari dokumen atau geran bertulis yang dikeluarkan oleh sesebuah
kerajaan di bawah bidangkuasa sesebuah undang-undang tergubal.
Lembaga kehakiman negara telah pun menolak sekumpulan tafsiran negeri-negeri
tentang hak tanah adat Orang Asal/Asli sebagai hanya sekadar hak kepenggunaan
atau hak penyewa atas ihsan. Persoalan-persoalan perundangan tentang status dan
7
sifat-sifat hak tanah adat Orang Asal/Asli di atas telah pun diselesaikan dan dijawab
dengan panjang lebar oleh lembaga kehakiman seawal tahun 2007 lagi.
Berikut adalah antara prinsip-prinsip perundangan yang telah diputuskan oleh
mahkamah tentang sifat-sifat hak tanah adat Orang Asal/Asli itu:
(i) Hak tanah adat adalah sejenis hak kepemilikan ke atas tanah itu sendiri,
yang mendapat perlindungan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan,
seperti hak tanah berdokumen.2
Oleh itu, jika tanah berdokumen sebagai hak kepemilikan harta tidak dapat
diceroboh sesuka hati, lesen pengambilan atau pembangunan sumber-sumber
tidak boleh dikeluarkan di situ tanpa keizinan si empunya tanah dan proses
pengambilan tanah tersebut tidak boleh dilakukan tanpa mengikut lunas
undang-undang dan pembayaran pampasan yang memadai, prinsip yang
sama semestinya terpakai juga ke atas hak tanah adat.
(ii) Untuk mengesahkan sesebuah tuntutan hak tanah adat itu, yang wajib
dirujuk adalah undang-undang adat kaum itu sendiri, bukannya undang-
undang tergubal, atas sebab undang-undang adat itu sifatnya diperolehi dari
adat resam yang wujud lebih awal dari undang-undang tergubal.3
(iii) Atas sifatnya yang wujud lebih awal ini, penggubalan sebarang undang-
undang bertulis atau pengeluaran arahan-arahan eksekutif di zaman
penjajahan atau selepas kemerdekaan tidak menghapuskan sebarang hak
tanah adat begitu sahaja secara automatik.
Sebarang hasrat penghapusan hak ini wajib dilakukan dengan
menggunakan bahasa dan perkataan bertulis yang jelas dan tidak
mengandung sebarang kekaburan. Oleh itu, selagi notis penghapusan hak
tidak pernah dikeluarkan dan pampasan memadai tidak dibayar, sebarang
penafian hak mereka boleh dicabar dari segi perundangan. Undang-undang
tergubal hanya diperlukan untuk memastikan jika ada apa-apa notis
sedemikian rupa yang telah berjaya menghapuskan hak tanah adat secara sah
pada mana-mana waktu.4
2 Inilah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2002 dan Mahkamah Rayuan pada tahun 2005 di dalam kes
Sagong Tasi dari Selangor. Keputusan Sagong Tasi ini telah mengambil contoh antara lain dari kes Adong Kuwau di Johor
yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1997 dan Mahkamah Rayuan pada tahun 1998. Permohonan untuk
merayu Kerajaan Negeri Johor seterusnya telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan kes Nor Nyawai dari
Sarawak di Mahkamah Tinggi pada tahun 2001 juga telah turut dirujuk. 3 ibid. 4 Ini pula adalah keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Madeli Salleh dari Sarawak pada tahun 2007. Rayuan
Kerajaan Negeri Sarawak untuk penyemakan semula keputusan ini telah turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada
tahun 2009. Di sini, Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan prinsip-prinsip perundangan yang telah digunapakai
sebelumnya di dalam keputusan-keputusan Adong Kuwau, Sagong Tasi dan Nor Nyawai.
8
Mengambil kira keputusan-keputusan mahkamah yang telah dibuat, makanya
adalah tidak sesuai lagi dari sisi undang-undang, bagi pihak berkuasa negeri untuk
meneruskan tindakan-tindakan dan amalan-amalan yang berikut:
(i) Tindakan menentukan keluasan dan sempadan-sempadan wilayah hak tanah
adat Orang Asli secara satu hala dan tanpa persetujuan para penduduk.
(ii) Tindakan penghapusan atau pengurangan hak-hak tanah adat masyarakat
Orang Asli tanpa mendapatkan persetujuan mereka dan pemberian
pampasan yang memadai kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas. Ini
berlaku samada untuk proses pengambilan tanah atau pewartaan wilayah-
wilayah hak tanah adat kepada HSK dan hutan-hutan atau kawasan-kawasan
perlindungan yang lain.
(iii) Pengeluaran lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan atau apa-
apa kegiatan mengeluarkan sumber-sumber asli, walaupun di dalam HSK,
dengan tafsiran bahawa sebarang hak-hak Orang Asli yang masih wujud
telah dihapuskan dengan pasti di bawah undang-undang, tanpa berbuat
demikian dengan bahasa bertulis yang jelas, jika hutan-hutan ini masih
dituntut sebagai wilayah hak tanah adat oleh masyarakat Orang Asli.
(iv) Pengeluaran lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan atau apa-
apa lesen untuk mengeluarkan sumber-sumber asli dari wilayah hak tanah
adat Orang Asli, tanpa mendapatkan persetujuan mereka, atau sekurang-
kurangnya memastikan proses penghapusan hak dan pembayaran pampasan
yang memadai telah dilakukan terlebih dahulu bagi sebarang kehilangan
hak-hak mereka.
(v) Keengganan untuk mewartakan Rizab Orang Asli menurut tafsiran keluasan
para penduduk.
Mahkamah: Hak tanah adat Orang Asal/Asli adalah hak yang wujud lebih awal
Hak yang wujud lebih awal
• Hak tanah adat adalah hak-hak yang diperolehi dari kuasa undang-
undang adat, yang diiktiraf dan dikuatkuasakan oleh ahli-ahli sesebuah
masyarakat. Ia meliputi:
• Ladang-ladang atau hutan hakmilik keluarga
• Hakmilik bersama – hutan, sungai, tasik, kubur, keramat dsb.
9
• Berbeza tetapi sama taraf hak kepemilikannya dengan hak tanah
berdokumen, yang merupakan hak-hak yang diperolehi dari dokumen
yang dikeluarkan di bawah undang-undang tergubal.
Tidak bergantung kepada pengiktirafan pihak kerajaan, undang-undang
tergubal atau mahkamah untuk ia menjadi sah.
Jika tanah tidak terwarta atau tidak bergeran, hak masih lagi sah.
Untuk mengesahkan hak, yang wajib dirujuk adalah adat-istiadat kaum,
bukannya undang-undang tergubal. Undang-undang tergubal hanya
perlu disemak bagi memastikan samada hak pernah berjaya dihapuskan.
Kerajaan memiliki tanggungjawab fiduciary terhadap masyarakat Orang
Asal/Asli, yakni tanggungjawab yang didasari atas dasar kepercayaan di
antara pihak pemegang amanah (kerajaan) dan pihak penerima faedah
(masyarakat Orang Asal/Asli). Ini merangkumi tanggungjawab untuk
melindungi hak tanah adat dan kebajikan Orang Asal/Asli dengan tidak
bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan hak dan kesejahteraan
mereka.
Mahkamah: Hak tanah adat Orang Asal/Asli adalah hak kepemilikan harta yang
dilindungi Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak kepemilikan harta
Merupakan hak kepemilikan harta yang dilindungi oleh Perkara 13
Perlembagaan Persekutuan.
Hak tanah adat hanya boleh dihapuskan dengan arahan tertulis yang jelas
dan tidak mengandung sebarang kekaburan, menurut lunas undang-
undang dan pampasan yang memadai.
Selagi notis penghapusan hak tanah adat tidak pernah dikeluarkan dan
pampasan memadai tidak dibayar, sebarang penafian hak boleh dicabar
dari segi perundangan.
10
Pampasan yang memadai mesti merangkumi kehilangan tanah itu sendiri,
tanaman, harta benda dan pelbagai kepentingan lain:
Kehilangan tanah warisan turun-temurun.
Kehilangan kebebasan menduduki dan bergerak.
Kehilangan sumber-sumber hutan.
Kehilangan kehidupan di masa hadapan untuk diri dan keluarga.
Kehilangan kehidupan di masa hadapan untuk keturunan.
Pampasan yang memadai di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan
Akta Pengambilan Tanah 1960 dan bukannya Akta Orang Asli 1954.
Memasuki wilayah tanah adat tanpa kebenaran penduduk dan mengikut
lunas undang-undang (termasuklah melakukan sebarang kerosakan di situ)
adalah sebuah pencerobohan yang boleh dikenakan tindakan saman
mahkamah oleh penduduk terjejas.
Syor-syor
SAM mengemukakan syor-syor di bawah untuk mempertingkatkan mutu
pengurusan hutan di negeri Kelantan.
1. Menghentikan pengubahan HSK kepada ladang monokultur serta operasi
perlombongan dan pengambilan sumber-sumber asli, selain dari guna tanah
hutan di dalam HSK.
2. Mematuhi dan menggunapakai pelan-pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN)
tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Central Forest Spine (CFS).
3. Tidak membenarkan lagi pembalakan di kawasan berhutan berketinggian
1,000 m dan lebih tinggi. Kawasan-kawasan ini sudah dikategorikan sebagai
KSAS Tahap 1.
4. Melakukan pewartaan-pewartaan hutan berikut sebagai hutan perlindungan:
(i) Kawasan sempadan negeri Kelantan dan Perak yang meliputi CFS
Banjaran Titiwangsa, di antara HSK Balah dan HSK Perias.
(ii) Pengkelasan fungsi keseluruhan HSK Lojing.
11
Di dalam proses pewartaan ini, hak-hak tanah adat Orang Asli haruslah
dihormati dan wilayah tanah adat mereka wajib dikeluarkan dari kawasan
terwarta.
5. Memastikan hak tanah adat Orang Asli dihormati dan diambil kira di dalam
pengurusan perhutanan dan tanah, termasuklah:
(i) Menghentikan segala pemberian lesen operasi pembalakan,
pembangunan ladang, perlombongan dan pengambilan sumber-
sumber asli di wilayah-wilayah tanah adat Orang Asli.
(ii) Memastikan prosedur pemberian Izin Maklumat Awal, Bebas dan
Telus (IMABT) dari masyarakat Orang Asli digunapakai sepenuhnya
di dalam segala proses pewartaan tanah dan hutan serta pemberian
lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan dan
pengambilan sumber-sumber asli di negeri Kelantan.
(iii) Memperkenalkan proses pemetaan dan penandaan sempadan bersama
wilayah hak tanah adat Orang Asli berdasarkan keluasan yang
dipersetujui oleh anggota masyarakat, bagi tujuan pewartaan wilayah-
wilayah ini dan disertai dengan pemberian geran komunal.
12
LAMPIRAN 1
Rancangan Fizikal Negara telah mengkategorikan HSK sebagai sekurang-
kurangnya KSAS Tahap 2. Pembalakan mampan dibenarkan di dalam KSAS
Tahap 2 tetapi tidak ladang monokultur dan pengubahan guna tanah.
Pembangunan ladang monokultur di HSK ini juga turut menjejaskan anak sungai
ini yang bertentangan dengan tuntutan perundangan bahawa kawasan rizab
sungai dan zon riparian harus dilindungi dengan baik.
13
Pencemaran Sungai Belatop berhampiran dengan HSK Sungai Berok. Awal
2014.
Tag pokok perlindungan kami temui di matau berhampiran HSK Sungai
Durian, Kelantan Timur pada awal tahun 2014.
14
Kedua-dua gambar di atas menunjukkan bahawa masih lagi terdapat kayu-
kayu dengan ukur lilit yang besar di dalam kawasan yang dikategorikan
sebagai hutan miskin yang sedang ditebang bersih bagi tujuan perladangan.
15
LAMPIRAN 2
Global Trends by Martin Khor
The Star, 19 January 2015
Lessons from the great floods
The first half month of 2015 has seen Malaysians pre-occupied with the big clean-up
following the big floods that swamped many states, especially in the East Coast.
It will take some time to get the houses, schools, hospitals, offices, roads, drains,
railway tracks, back into pre-flood shape.
The costs of doing so are staggering, with each initial figure exceeded by new
estimates. The total will run into many billions of ringgit. The government will foot
the bill for repairing public facilities; and there is some government and spirited
public help for flood victims’ personal losses.
But the affected people will still bear immense suffering and losses, for example of
lost business and livelihood income on top of the lost household belongings.
It is time to learn the lessons and prepare for the future. Hopefully a high-powered
coordinating council will deal with all aspects of analysing the causes of the floods
and how severe we can expect future floods to be, of minimising the causative
factors, preparing better to mitigate future events, and preparing to manage them
more effectively when they inevitably happen again.
Recent events and climate science strongly indicate that the 2014-15 downpour and
floods are not one-off events but part of a national, regional and global pattern
linked to climate change and extreme weather events. And that we can expect the
situation to worsen, more and more, in future years and decades.
Malaysia has experienced increase in temperature, consistent with the global
warming trend, according to data in a 2012 paper by Yap Kok Seng, then the head of
the Malaysian Meteorological Department (MMD), and his colleagues.
The global temperature increase has led to changes in weather including major wind
patterns, amount and intensity of precipitation, and increased frequency of severe
storms and weather extremes, according to the paper, “Malaysia Climate Change
Scenarios”.
16
Malaysia has experienced more extreme weather events over the past decades, as
well as an increase in weather extremes, says the paper, backed up by graphs and
statistics.
This increase could be associated with the natural variability in the sea surface
temperatures of the equatorial Pacific Ocean (El Niño/La Niña events) and the
Indian Ocean (Indian Ocean Dipole).
For example, the Northeast monsoon of 2006/2007 and 2007/2008 brought torrential
rain and floods to Malaysia, with the Northeast Monsoon rainfall in 2006/7 being the
worst ever recorded over the southern part of the Peninsula, especially in Johore,
causing the worst floods.
“Other extreme events such as severe thunderstorms, dry periods and haze have
become more prevalent over the recent years. Due to the complex interaction of the
atmosphere, ocean and biosphere, the global warming definitely has contributed to
these changes, with climate variability and global warming acting in the same
direction over the period.”
The paper points out that as the climate changes due to global warming, therefore,
sea surface temperatures (SSTs) also continue to increase. Higher SSTs are generally
accompanied by increased water vapour in the lower troposphere, thus the moist
static energy that fuels convection and thunderstorms is also increased. Most of
tropical rainfall, as experienced in Malaysia, is from the thunderstorm activities.
According to the MMD analysis, Malaysia has experienced the following changes:
Since 1980s there have been increasing number of days of extreme rainfall
events.
Number of days with extreme wind events have also increased at several
stations.
The Peninsula, Sabah and Sarawak have seen increase in the number of annual
thunderstorm days.
The paper indicates that the northeast monsoon and the southwest monsoon have
become more intense. Annual rainfall data for the period 2000-2009 compared to
1970-1999 show an increase in rainfall for most parts of the Peninsula (except the
central part) and Sabah and Sarawak, and the major increase has occurred in the past
5 year period of 2005-2009.
The regions with the most increase in rainfall are the northeast coast and northwest
coast parts of the Peninsula, central coast of Sarawak and north Sabah.
17
Interestingly, the paper also finds that there are also more frequent and intense dry
years (in 1975-2005 period compared to 1951-75), which are only partly due to El
Nino events.
It thus appears that the new weather pattern in Malaysia includes both heavier
rainfall and dryer spells, even within the same year. This explains the co-existence
of no-rainfall months causing water shortages in various states, with high-rainfall
and flooding months in other states or even the same states.
The lesson from all this is that we have to pay much more attention to increasing
extremes and extreme events in the weather, counter-act their causes, and deal with
their effects. In climate change terms, this means having plans for mitigation,
adaptation and loss-and-damage.
While in the short term we can do little to alter weather patterns, we can certainly do
a lot to prevent making the situation worse.
Top on the list is to stop further deforestation. The widespread chopping of trees
especially in highland areas is a major reason why the intense rainfall causes so
much flooding.
The natural tree cover breaks the falling rain and allows the gentler drip of water to
seep into the ground, providing ground-water to flow into the reservoirs.
When trees are removed, the rain falls heavily onto the ground, removes the soil,
and the water plus the soil is swept into streams and rivers, which get clogged up
with soil and which are also filled quickly with the high volume of rain water.
The damage begins in the upper reaches of the river and is transformed into
devastation as the engorged rivers reach the town areas, breach their banks, and the
raging waters sweep along houses, cars and everything else in their way.
After each disaster, promises are made to stop deforestation and to disallow
highland development. But after a few months and years, the logging and
development works begin again, causing even more damage the next time there are
heavy rains.
This time, the situation has got so serious, the public expects firm and effective
action from all levels of government and all relevant agencies.
Besides conserving the forests, there are many other ways to mitigate and adapt
better. These include replanting of trees in deforested areas; soil conservation as a
strategy and major activity all over the country; de-silting of rivers and streams; the
18
vast improvement of drainage in urban and rural areas; climate-proofing of
buildings, including building new schools and houses on stilts or on pillars in flood-
prone areas; protecting coastal areas from storms, winds and high waves including
through conserving and replanting mangroves.
There is also the whole set of activities for better management of floods and other
disasters, including establishment of permanent evacuation centres; early warning
systems; earlier and better systems of evacuation; stocking and distribution of food,
clean water, medicines and other essentials to victims; plans for repair and
rehabilitation; and the up-front allocation of financing.
If we treat the “great floods” not as once-in-20 years or once-in-a-lifetime events, but
as part of the “new normal”, then the plans for a better eco-system and for managing
the disasters can be made more systematically, and a significant budget for regular
financing can also be set aside.
Let’s hope that we do learn the lessons of the recent great floods and prepare
comprehensively to prevent, mitigate and manage them effectively. We may not be
able to achieve “Never the floods again”, but we must achieve “Effectively manage
the heavy rains and floods that are sure to come.”
top related