amalan jutawan
Post on 12-Jun-2015
788 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Anda mungkin pernah memiliki ebook amalan jutawan sebelum ini…..Ianya
adalah versi percubaan dan ebook kali ini adalah versi update dimana
terdapat upgrade dari segi mutu grafik dan mutu penceritaan…EBOOK INI
ADALAH EBOOK PERCUMA dan ianya hanya untuk mereka-mereka yang
berdaftar sebagai affiliate pay per lead amalan jutawan….
Pay Per Lead ini akan berakhir pada 31 JULAI 2009…………………..
Keistimewaan menyertai pay per lead amalan jutawan:
1)Mempunyai Peluang Menyertai Pertandingan Mudah Yang dianjurkan yang
menawarkan hadiah sebanyak ..Sila tunggu email setelah anda mendaftar…
2)Mempunyai peluang mendapat tips-tips PERCUMA di email anda mengenai
amalan perniagaan,amalan murah rezeki
3)Mempunyai peluang untuk menambah pendapatan kerana setiap lead
yang anda bawa akan membawa kepada komisen bernilai RM0.50
Alhamdullilah anda telah terpilih untuk membaca ebook saya dan
sebenarnya setiap ilmu yang kita dapat sebenarnya telah ditetapkan
untuk kita asalkan kita berushaa.Kepada yang telah membaca ebook
saya sebelum ini anda tidak rugi untuk membacanya sekali lagi kerana
ebook ini merupakan ebook yang diupgrade dari ebook pertama saya.
Mungkin isinya lebih kurang sama namun terdapat beberapa
penambahbaikan darisegi kualiti grafik dan kualiti penceritaan. Semoga
anda akan terus bersama saya dalam ebook amalan jutawan ini. Segala
tips dan nasihat yang diberi adalah daripada pengalaman saya sendiri
disamping temubual bersama rakan-rakan seperjuangan di luar.
Hari makan hari,tahun demi tahun kita melihat ke belakang…”Apa yang
aku capai hari ini?Kenapa aku masih lagi kais pagi makan pagi,kais
petang kadang-kadang tak makan langsung”….Cuba kita lihat rakan kita
yang zaman sekolahnya lekeh,selekeh tetapi kini mampu membina
kekayaan melebihi gaji kita yang sudah bekerja bertahun-tahun. Emm ini
membuatkan hati anda menjadi tidak keruan..apa lah nasib aku ni
ya…Sebenarnya nasib tidak memainkan peranan penting dalam
menentukan hala tuju kita..apa yang menentukannya adalah
perancangan kita…adakah tiga tahun dahulu kita merancang dengan
baik?Jika kita merancang dengan baik pun adakah kita telah mempunyai
hubungan baik dengan Yang Maha Perancang….(Maksud saya
Tuhan)…kerana setiap rezeki dan perancangan yang diilhamkan adalah
dari tuhan…Jadi sebagai mukadimahnya perkara asas pertama yang
perlu dilhat adalah dengan melihat kembali amalan kita dengan
tuhan..ini menjadi perkara asas kepada kita..Baiklah yang kedua kita
perlu lihat adalah hubungan kita dengan manusia. Perkara ini amat
penting dalam menentukan kejayaan kerana tanpa hubungan baik
dengan manusia pasti kita tidak Berjaya..lainlah kalau anda mahu
haiwan atau tumbuhan membeli produk anda…Baiklah setelah kedua-
dua ini selesai barulah kita merangka strategi….
Asas utama
Mendekatkan diri dengan maha pencipta adalah kunci utama dalam menjalankan
urusan dunia…Jika diri anda berserabut dengan urusan dunia anda sekarang. Cuba
teliti kembali urusan anda dengan tuhan…Solat anda sudah sempurnakah?Solat
anda khuyuk?Puasa anda cukup?
“Saya bukan nak dengar ceramah…saya nak tahu macam mana nak jadi
jutawan…Mungkin ini yang terlintas dalam fikiran anda. Saya tidak salahkan anda
kerana berfikiran begitu
Ramai antara kita bersikap begitu kerana tidak ada keyakinan yang sebenar-
benarnya bahawa
Tuan punya rezeki adalah Allah. Jadi sekarang anda sudah tahu mengapa asas
utama
Dalam mencari rezeki saya amat mementingkan amalan agama….Kerana dengan
amalan agama yang baik tindakan kita akan menjadi baik kerana disitu kita akan
dikurniakan aura yang baik..Mengikut kajian mereka yang sentiasa meditasi akan
mengeluarkan arus alpha dalam fikiran mereka…arus alfa adalah arus positif..itu
bagi mereka yang mengamalkan meditasi cuba bayangkan mereka yang
mengamalkan solat secara khusyuk….tentulah arus alfanya lebih tinggi…Jadi mulai
hari ini cuba dalami ilmu tentang solat…fahami setiap perkataan yang anda
baca..cuba cari maksudnya…
Kalau boleh anda bina diari untuk amalan anda…setiap hari selepas solat cuba anda
perhatikan kembali…betul ke bacaan aku tadi?Khusyuk ke aku tadi?..dengan
pertanyaan tadi kita akan cuba mengenali kelemahan dalam amal ibadah kita dan
seterusnya memperbaikinya. Saya tidak memaksa anda untuk melakukannya
kerana saya Cuma member kunci kepada anda untuk membukanya..Jadi setelah
anda habis menulis ibadah satu hari anda perlu semak semula sebelum tidur…Lihat
balik catatan anda dan cuba perbaiki di mana kesilapan.
Bila kita lihat pada rajah diatas rezeki boleh datang hasil dari hubungan kita yang
baik dengan Allah dan seterusnya digabungkan dengan usaha kita yang terancang.
Baiklah berbalik pada hubungan dengan Allah selain solat wajib yang
dilakukan amalan sunat jangan kita abaikan. Ini kerana amalan sunat ini
akan menjadikan kita hambaNYA yang dianggap VIP kerana kita melakukan
lebih dari apa yang wajib. Untuk menjadi cemerlang sememangnya kita
perlu menonjolkan diri lebih-lebih lagi kepada pemilik rezeki. Untuk
menonjolkan diri sebenarnya adalah bermula sejak awal-awal pagi iaitu 2/3
malam…Kita cuba kunci jam dan bangun untuk solat tahajud,memang agak
sukar pada awalnya kerana kita tidak terbiasa dengan amalan ini,tapi untuk
memulakan sesuatu yang baik kita sememangnya memerlukan faktor
paksaan diri. Jika boleh sebelum tidur niatkan dalam hati “Aku ingin bangun
pagi jam 4 pagi untuk solat tahajud”…Insyallah akan mudah
bangun…Selepas itu anda mungkin boleh tidur sekejap sementara
• Cari ilmu
• Perbaiki amalan
Hubungan
dengan
AllahJujur
Terancang
Usaha Rezeki
menunggu subuh..dan tepat waktu subuh anda bangun segera dan solat
subuh seawal mungkin… selepas itu amalkan membaca surah al-
waqiah…Dan anda tunggu sehingga waktu dhuha dan lakukan solat dhuha
dua rakaat…Lakukan dengan sepenuh hati dengan penuh ikhlas dan
tawaduk insyAllah anda akan dimurahkan rezeki….
Baiklah selain solat,bersedekah juga adalah salah satu punca murah
rezeki…Teringat saya satu kisah Saidina Ali iaitu menantu Nabi Muhammad
saw…telah mendengar isterinya yang sedang sakit dan teringin untuk makan
buah delima…untuk pengetahuan anda Saidina Ali merupakan suami yang
penyayang dan sekiranya apa sahaja yang diidamkan isterinya pasti Saidina
Ali akan cuba mendapatkannya..lalu setelah mendengar kata isterinya itu
maka berusaha Saidina Ali dengan kuat untuk membeli sebiji buah
delima..Setelah penat bekerja maka saidina Ali pun berjaya membeli buah
delima…dalam perjalanan pulang tersebut Saidina Ali terserempak dengan
seorang anak dan bapa yang meminta-minta makanan lalu Saidina Ali
memberi mereka buah delima yang amat dikehendaki isterinya…Jadi setelah
pulang ke rumah,secara kebetulan seorang sahabat telah melawat Saidina Ali
dan tahu tak apa yang berlaku?Sahabat tadi telah membeli 10 biji buah
delima untuk dijadikan buah tangan kepada mereka…Ajaib tak?Itulah
kehebatan derma kerana setiap satu yang kita bagi dengan ikhlas 10 Allah
akan balas. Jadi selepas ini anda fikir anda ingin menderma?
Usaha terancang
Baiklah setelah berceramah sedikit kini tibalah masa untuk saya
menerang sedikit tentang usaha yang terancang. Mungkin anda sudah
berkali-kali cuba berniaga,cuba buat itu dan ini untuk menambah
pendapatan tetapi anda lihat hasilnya agak kurang memuaskan. Anda
agak kecewa,penat berusaha tapi hasilnya tiada. Agak-agak kenapa ini
berlaku?Saya boleh katakana ramai antara kita memulakan sesuatu
pekerjaan/ perniagaan tanpa ada perancangan..(Saya akan lebihkan
kepada perniagaan kerana 9/10 rezeki datang dari perniagaan).
Kebanyakan kita hanya ikut-ikut setelah melihat orang lain Berjaya
tanpa melihat kembali pada keupayaan diri sendiri. Usaha pertama
yang perlu dilakukan adalah menilai diri sendiri menggunakan teknik
SWOT(Strength,Weakness, Oppurtunity, Threat)
Strenght(Kekuatan)
Apa kekuatan atau kelebihan anda?”Mana ada,saya ini lemah,orang
lain lagi hebat” Ini jawapan bagi mereka yang malas mencari diri
mereka sendiri. Jadi untuk menilai kembali kekuatan anda anda perlu
senaraikan aktiviti yang anda seronok untuk lakukannya. Sebagai
contoh anda minat tentang video game dan tak berhenti untuk
bermain…Atau anda minat bersukan seperti bermain bola….Sila
catatkan paling kurang 5 kekuatan anda….Lebih lagi bagus.
Weakness(Kelemahan)
Senaraikan kelemahan anda…Mungkin anda kurang gemar bercakap
atau tidak pandai bercakap di khalayak ramai,Mungkin anda tidak tahu
tentang SEO,mungkin anda tidak mahu internet marketing.Semuanya
boleh ditulis sebagai kelemahan.Seperti kekuatan tadi kalau boleh
senarai paling kurang 5 kekurangan diri yang ketara. Kelemahan perlu
ditulis dengan ikhlas bagi menjamin analisis diri ini.
Oppurtunity(peluang)
Anda boleh mengkaji peluang yang ada dengan melihat potensi diri anda
tadi.Sebagai contoh anda pandai berbahas atau berucap di khalayak ramai,jadi
anda boleh menggunakan itu sebagai medium perniagaan anda. Selain
itu,oppurtunity atau peluang juga boleh dilihat dengan mengintainya di sebalik
perniagaan orang lain,sebagai contoh anda berminat menjual produk fizikal maka
cuba anda cari pembekal atau barangan yang mudah didapati ditempat anda. Anda
juga boleh memperoleh peluang dengan mengkaji permasalahan atau keperluan
orang lain sebagai contoh ditempat anda ramai orang mempunyai tanaman kelapa
tetapi tiada kenderaan,anda boleh mengambil sebagai satu peluang perniagaan.
Threat(ancaman)
Setiap ada peluang pasti ada ancaman. Ancaman yang dihadapi boleh datang dari
anda sendiri atau pesaing anda.
Ancaman dari diri sendiri:
Antara ancaman dari diri sendiri adalah seperti kurang berdisplin dalam
melaksanakan perniagaan. Tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk melaksanakan
tugas. Tidak pandai menguruskan kewangan syarikat. Tidak mempunyai jadual
perancangan kerja yang baik.
Ancaman dari pesaing:
Antara ancaman dari pesaing adalah..harga barangan yang lebih murah, ciplak
penjualan barangan,provokasi dari pesaing dengan memburuk-burukkan nama
produk yang dikeluarkan.
Setelah memerhatikan empat faktor ini anda boleh meneruskan dengan merancang
perniagaan….
Rangka Perniagaan
Setelah melakukan SWOT analisis anda sekarang menuju ke fasa seterusnya iaitu
merangka kertas kerja perniagaan anda. Dalam merangka kertas kerja perniagaan
anda,anda perlu menulis objektif mengapa perniagaan anda dijalankan,bajet dalam
menjalankan perniagaan anda, strategi promosi perniagaan anda,pekerja yang
diperlukan(jika berkaitan), terma dan syarat dalam perniagaan,polisi
pelanggan,modus operandi perniagaan anda segalanya hendaklah ditulis dengan
kemas agar ianya dapat dilihat dan dibaca dengan jelas.
Ini adalah ringkasan dalam merangka perniagaan. Dimana sebenarnya anda boleh
masukkan seberapa banyak maklumat dalamnya. Mengadakan rangka perniagaan
amat penting kerana
1)Memastikan anda mempunyai panduan yang betul mengenai perniagaan anda
dan ini dapat mengelakkan anda mempunyai sifat lompat melompat. Aik macam
pelik bunyinya kan sebenarnya lompat melompat ini adalah isitilah mereka yang
suka mencuba sesuatu idea atau program secara sekerat jalan dan bila tidak
Berjaya maka dicarinya peluang lain.
2)Memastikan anda bersedia sebelum melakukan perniagaan.Ini kerana dengan
mempunyai kertas kerja atau perancangan akan membolehkan anda bersedia
lebih awal dan mengelakkan masalah kesuntukan masa.
3)Untuk dijadikan rujukan dimasa hadapan sekiranya anda mempunyai projek-
projek seterusnya.
4)Sebagai tanda aras kepada perniagaan anda. Ya dengan adanya rangka pelan
perniagaan pastinya ia menjadi satu tanda aras perniagaan anda.
Contoh Kertas Kerja Perniagaan
PELAN PERNIAGAAN SINARAN-X SDN BHD
NAMA SYARIKAT:SINARAN-X SDN BHD
LATAR BELAKANG SYARIKAT:Ditubuhkan pada 12 Julai 2009
MODES OPERANDI:MENGGUNAKAN MEDIUM INTERNET
BAJET MODAL:RM3,000
TARGET SALES:RM 35,000
PEKERJA: 1 ORANG
BARANGAN DIJUAL: PANDUAN MEMBUAT EBOOK
POLISI PELANGGAN:BARANGAN DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN
HARGA JUALAN=RM35
KOS=RM 1,000
Ini adalah contoh ringkas setiap tajuk diatas boleh dikembangkan mengikut cita
rasa anda contohnya jika kos anda ingin kembangkan,anda boleh letakkan kategori
kos contoh kos berkala,kos pekerja,kos hosting…Jadi jangan buat terlalu pendek
seperti saya kerana ianya hanya contoh
Setelah membuat kertas kerja perniagaan maka tibalah masa untuk memulakan
operasi perniagaan.Dalam memulakan operasi perniagaan saya nasihatkan anda
untuk mendapatkan buku planner atau buku kosong untuk menyusun jadual kerja
anda(penyusunan jadual kerja anda bergantung kepada jenis perniagaan yang anda
jalankan. Saya boleh senaraikan beberapa jenis perniagaan yang boleh anda
jalankan iaitu:
1)Perniagaan Produk Fizikal di internet
2)Perniagaan Produk Digital
3)Perniagaan Multilevel Marketing
4)Perniagaan jalanan/Pasar Malam
Setiap perniagaan mempunyai pelan operasi tersendiri dan ini cuma contoh anda
boleh kembangkannya mengikut keperluan perniagaan anda. Dalam menulis pelan
operasi ini anda perlu peka pada keperluan perniagaan anda. Ini bagi menjamin
keberkesanan dalam melaksanakannya.Saya hanya bagi salah satu contoh sahaja
dan anda boleh ubahsuai untuk perniagaan anda
Contoh Pelan operasi perniagaan barangan fizikal di internet:
Kita boleh bahagikan operasi perniagaan fizikal kepada 3 fasa iaitu
1)Fasa sebelum operasi
2)Fasa semasa operasi
3)Fasa selepas operasi
Fasa sebelum operasi anda perlu memikirkan beberapa perkara seperti:
Pembekal
Setelah anda mengenali produk yang ingin anda pasarkan anda perlu mencari
pembekal barangan tersebut. Kalau boleh cuba anda cari beberapa pembekal
agar anda tidak putus barangan jualan. Antara ciri-ciri pembekal yang perlu anda
pilih adalah pembekal mempunyai stok barangan yang cukup,kedua harga yang
diberi berpatutan dan jika boleh cari pembekal yang boleh memberi anda
keuntungan sekurang-kurangnya RM10 untuk satu barang, Minima RM10
keuntungan adalah bagi memastikan keuntungan yang anda perolehi
berbaloi.Bayangkan jika keuntungan anda Cuma RM1?Agak-agak berbaloikah
dengan kerja anda? Ketiga lokasi pembekal adalah dekat dengan pejabat atau
tempat operasi anda. Dekat atau jauh lokasi pembekal mampu menjimatkan kos
pengambilan barang yang ditempah.
Alternatif lain yang juga boleh anda gunakan adalah menggunakan dropshipper.
Jika anda belum pernah mendengar tentang dropshipper saya akan terangkan
serba ringkas tentang dropshipper iaitu:
Pembekal membekalkan barangan
Anda sebagai
ejen pembekal
Pembekal pos barang
kepada pelanggan Anda promosi
barangan
pembekal
Pelanggan bayar
kepada anda
Anda membayar kepada pembekal
Dengan ada dropshipper anda tidak perlu menyimpan stok dan tak perlu keluar
modal.Semua dibayar oleh pelanggan anda. Dan anda akan untung atas angin.
Website
Setelah anda mengenalpasti pembekal anda boleh memilih untuk membina
website atau sekiranya anda mahu mencuba laman lelongan anda boleh mencuba
di lelong.com.my atau di ebay. Sekiranya anda memilih untuk menjual
menggunakan website anda,anda mempunyai kelebihan sendiri dimana tidak ada
sekatan atau gangguan dari pihak pengurusan ebay atau lelong yang memerhatikan
jualan anda. Ini kerana pihak ebay dan lelong mempunyai kawalan dan peraturan
tertentu dalam menjual barangan fizikal. Namun kelemahan menggunakan laman
sendiri anda mungkin perlu menarik trafik sendiri. Semuanya terpulang kepada
anda untuk menilai bagaimana untuk memilih laman sendiri atau laman lelongan.
Perbezaan penggunaan website sendiri dan laman lelongan
Laman Web Sendiri Laman Web Lelongan
1.Anda mempunyai autoriti untuk menetapkan segala peraturan pembelian 2.Tiada yuran penyenaraian 3.Perlu mencari trafik sendiri
1.Bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan laman tersebut 2.Terdapat yuran penyenaraian 3.Trafik sedia ada tinggi
Fasa semasa operasi
Fasa semasa operasi merupakan fasa paling mencabar..kerana ia akan melibatkan
usaha keras anda. Semasa fasa operasi sebenarnya melibatkan beberapa perkara
iaitu promosi,order dan penghantaran. Semasa operasi berjalan anda perlu
menetapkan jadual kerja anda sebagai contoh anda tetapkan jadual seperti
dibawah:
JAM TUGAS
0800 1000 1200 0200 0500 0600 0800 1000
-Mulakan tugasan promosi -Check email jika ada order dan lakukan pengesahan pembayaran -Hantar pesanan ke pejabat pos -Lakukan usaha promosi -Kemaskini data stok -Lakukan usaha promosi -Lakukan usaha promosi -Check email
Jadual diatas hanya contoh dan sebenarnya anda boleh memberikan jadual
spesifik dalam setiap tugasan contoh anda ingin promosi menggunakan
forum,jadi anda boleh menulis-lakukan usaha promosi dengan forum dan cuba buat
50 post dalam masa satu jam.
Selepas penghantaran maka tamatlah urusan anda dalam perniagaan fizikal di
internet…Jadi sekarang anda boleh relaks dan tidur….itupun kalau anda ingin
perniagaan anda cepat jatuh hehe..sebenarnya ada satu lagi tugas penting yang
perlu anda lakukan iaitu dengan mengadakan tugasan selepas operasi. Emm
nampaknya mungkin anda tidak sedar kebanyakan syarikat-syarikat ternama
mengamalkan system ini..sebagai contoh di KFC mereka ada satu system survey
yang dinamakan connelling…Sistem ini bertujuan bertanya kepuasan pelanggan
mengenai rasa makanan,keselesaan tempat makan,layanan pekerja…nampak tak
mengapa KFC masih lagi bertahan sehingga hari ini.
Baiklah apa yang anda perlu lakukan adalah buat satu sistem follow up dengan
pelanggan…jika barang telah dihantar email pelanggan anda menyatakan barang
mereka telah dihantar…setelah beberapa hari kemudian anda hantar satu lagi email
follow menanyakan sama ada barang mereka sudah sampai atau belum?Jika sudah
tanyakan pula tentang kepuasan pelanggan tentang barangan yang
diterima…..Baiklah anda juga boleh menghantar mereka email yang menyatakan
anda akan masukkan barangan baru dan mengajak pelanggan tadi untuk ke kedai
anda lagi….Lihat dengan ini pelanggan tadi akan berasa dihargai dan ini akan
membuat mereka lebih percaya kepada anda dan ini membolehkan pembelian
berulang berlaku.
Pengurusan Kewangan
Selepas anda berpenat lelah menjalankan perniagaan kini tibalah masa yang paling
genting untuk menguruskan kewangan anda….Pengurusan kewangan ini tidak
mengira sama ada anda pekerja atau peniaga kedua-duanya masih perlu mengurus
kewangan dengan baik untuk mengelakkan bencana kewangan…Sebelum kita lihat
bagaimana untuk menguruskan kewangan jom lihat serba sedikit punca berlakunya
bencana kewangan
1)Suka berhutang-Kehidupan begini sebenarnya sudah menjadi lumrah atau trend
masyarakat masa kini…masyarakat mahu ikut trend dan berhutang menjadi salah
satu penyelesaian..bak kata orang biar papa asal begaya,amalan inilah yang
menyebabkan masyarakat tersepit membayar hutang tiap-tiap bulan.
2)Tiada simpanan-masyarakat sekarang tidak mempunyai kesedaran untuk
menyimpan kerana mengganggap duit yang mereka perolehi tidak cukup. Jika
berlaku kecemasan pasti ia akan menyebabkan kewangan mereka akan lumpuh.
3)Terlalu mudah terpengaruh dengan tawaran hebat-ini boleh dilihat apabila
musim jualan murah berlaku…dan trend di Malaysia hampir setiap bulan musim
jualan murah berlaku…
4)Tiada rekod perbelanjaan. Tiap hujung bulan kita tidak tahu kemana duit kita
pergi. “Tiba-tiba sahaja duit dah habis,macam magik sahaja kan?”Sebenarnya tiada
magik tetapi anda sendiri yang tiada rekod perbelanjaan.
5)Perbelanjaan secara mewah-ini satu lagi penyakit masyarakat kita.Gaji tidak
kemana tetapi perbelanjaan mengalahkan orang kaya.
6)Keuntungan pertama perniagaan dijadikan sandaran untuk membeli kereta
mewah. Ewah bagusnya tahniah saya ucapkan dengan keuntungan anda tetapi
berniaga mempunyai risiko…risikonya adalah 90% lebih tinggi jika dibandingkan
dengan kerja sendiri.
7) Tiada nota disediakan sebelum membeli..kebanyakan kita tidak menyediakan
nota apa yang patut dibeli sebelum ke kedai. Ini mungkin kerana kita tidak berasa
itu penting. Tetapi tahukah anda tanpa menulis sesuatu sebelum ke kedai atau
pasaraya untuk membeli pastinya anda akan membeli lebih dari yang sepatutnya.
Selain itu ini memungkinkan anda tertinggal barangan yang perlu diberi,ini akan
menyebabkan anda perlu kembali ke kedai untuk membeli. Disini anda akan
kerugian duit minyak dan masa.
8)Kerap menyertai perniagaan yang mengamalkan skim cepat kaya..contohnya
modal 500 pulangan berjuta-juta…dan anda perlu mencari orang lain untuk
dijadikan sumber pendapatan.
Setelah melihat punca-punca bencana kewangan kini tibalah masanya untuk anda
mengetahui tentang kaedah pengurusan kewangan yang betul. Baiklah untuk
menjadi seorang yang jutawan anda memerlukan satu pengurusan kewangan yang
baik dan tidak membelanjakan wang anda secara semberono. Baiklah perkara
pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat satu buku khas untuk
merekod perbelanjaan.Tidak ada duit nak beli? Emm tak mengapa cuba anda
rekodkan dalam computer menggunakan Microsoft Excel ataupun Microsoft
Word.Buat jadual ringkas seperti dibawah….
Tarikh Pendapatan Perbelanjaan
Setelah membuat jadual tersebut tugasan anda hanya mengisi jadual
tersebut dan rekodkan perbelanjaan dan pendapatan anda. Setelah seminggu anda
boleh melihat kembali keseimbangan dari wang masuk dan wang keluar. Ini
memastikan anda mengetahui kedudukan sebenar kewangan anda.
Pendapatan Perbelanjaan
Rajah diatas menunjukkan Pendapatan dan Perbelanjaan adalah sama iaitu wang
masuk dan wang keluar sama. Anda rasa adakah ini keseimbangan?Tidak
sebenarnya ini akan meyebabkan kewangan anda tidak berubah dan tiada
penambahan pendapatan.
Perbelanjaan
Pendapatan
Rajah diatas menunjukkan pendapatan melebihi perbelanjaan. Ini sebenarnya
adalah yang terbaik kerana lebihan pendapatan boleh disimpan sebagai rezab.
Rezab pendapatan hanya boleh disediakan sekiranya terdapat lebihan pendapatan.
Pendapatan
Perbelanjaant
Gambar Rajah diatas menunjukkan sesuatu yang harus dielakkan dan ini
sebenarnya dipanggil bencana kewangan…Anda harus elakkan perkara ini dan ini
yang akan menyebabkan tabiat suka berhutang.
Setelah melihat ketiga-tiga rajah diatas agak-agaknya anda sekarang berada
dimana?Jika anda berada pada gambar rajah terakhir kini tiba masanya untuk anda
berubah…Insyallah anda akan Berjaya.
Semoga jumpa lagi die book-ebook akan datang..semoga anda kekal bersama saya
kerana ada pelbagai lagi ebook-ebook bonus yang ingin saya beri kepada anda….
top related