amalan kemahiran generik oleh guru pelatih … file4. **sila tandakan ( 4 ) ... ahmad johari bin...
Post on 21-Apr-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH ALIRAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEMASA
MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
JAWI BIN YUSOP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/08) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH
ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN,
UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya JAWI BIN YUSOP
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 49, KAMPUNG PEKAJANG, EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
√
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : ENCIK AHMAD JOHARI BIN SIHES
Tarikh : 29 APRIL 2008
iii
AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH ALIRAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEMASA
MENJALANI LATIHAN MENGAJAR.
JAWI BIN YUSOP
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : JAWI BIN YUSOP
Tarikh : 29 APRIL 2008
v
DEDIKASI
Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon ilmu yang berguna, rezeki yang baik
dan hidayah dari-Mu.
Untuk Ibuku (Amanah Bt. Abd. Jazim) dan Ibu Saudaraku (Hamiah Bt. Abdul
Jazim)
Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih.
Untuk Arwah Ayahku (AllahYarham Yusop Bin Mahmud)
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman
Buat Kakak dan Abang Iparku
Manisay Bt. Yusop
Suhaily Bt. Yusop
Mohd. Fakhzan Asrari Bin Ibrahim
Syed Mohamad Bin Syed Alwi
Buat Insan Tersayang
Terima Kasih atas kesabaranmu,
Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dengan wang ringgit sekalipun.
Para Pensyarah Dan Rakan Taulan
Terima kasih atas sokongan kalian
Hanya kepada Allah S.W.T daku berserah
Moga diberkati-Nya, insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini
Amin.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Di sini saya mengambil kesempatan
untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya, iaitu Encik Ahmad Johari Bin Sihes yang banyak memberikan tunjuk
ajar sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan
dorongan yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya.
Terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya di kampung, terutama ibu
dan kakak yang telah memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa
juga jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kajian ini
samada secara langsung ataupun tidak. Di samping itu juga, ucapan terima kasih
diberikan kepada semua responden yang terlibat dalam kajian ini kerana tanpa
kerjasama kalian, mungkin kajian yang berunsurkan ilmiah ini tidak dapat dihasilkan
dengan jayanya.
Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat
serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
Sekian, Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap amalan kemahiran generik
oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar. Seramai 182 orang responden terlibat dalam kajian ini,
iaitu 121 orang responden perempuan dan 61 orang responden lelaki yang terdiri
daripada semua pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM yang
menjalani latihan mengajar pada semester satu 2007/2008. Kajian ini menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa
Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.925. Data mentah dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version
13.0 for Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kemahiran generik oleh pelajar aliran
teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar
adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan hasrat UTM untuk
melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi
memiliki kemahiran generik dapat dicapai dengan jayanya.
viii
ABSTRACT
This research studied on the level of generic skills being practiced amongst
Technical and Vocational Department students, Faculty of Education, UTM while
undergoing their practical teaching. A number of 182 respondents were involved in
this research which consists of 121 female and 61 male respondents from Technical
and Vocational Department, Faculty of Education, UTM who has undergo practical
teaching during the first semester of 2007/2008. Questionnaire was used as research
instrument. The reliability level (Alpha Cronbach) attained from the questionnaire is
0.925. The raw data gathered were then analyzed using the SPSS (Statistical Package
for the Social Science) Software Version 13.0 for Windows to get the value of
frequency, percentage and mean. The research finding shows that the level of
generic skills being practiced among Technical and Vocational students, Faculty of
Education, UTM during their practical teaching was high. This shows that UTM’s
aspirations to produce students that are not only excellent in their academic but also
has good generic skills were achieved.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Guru Pelatih 9
1.6.2 Pihak Pensyarah 9
1.6.3 Pihak Fakulti Pendidikan 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Terminologi 11
x
1.8.1 Kemahiran 11
1.8.2 Generik 11
1.8.3 Kemahiran Generik 11
1.8.4 Kemahiran Komunikasi 12
1.8.5 Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 12
1.8.6 Kemahiran Penyelesaian Masalah 13
1.8.7 Kemahiran Keyakinan Diri 13
1.8.8 Kemahiran Fleksibel atau mampu 13
menyesuaikan diri
1.8.9 Kemahiran pembelajaran sepanjang 13
hayat
1.8.10 Guru Pelatih Aliran Teknik dan 13
Vokasional
1.8.11 Fakulti Pendidikan 14
1.8.12 Universiti 14
1.8.13 Latihan Mengajar 14
1.9 Penutup 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kemahiran Generik 16
2.3 Elemen-Elemen Kemahiran Generik Di UTM 17
2.3.1 Kemahiran Komunikasi (Communication 19
skills)
2.3.2 Bekerja Dalam Kumpulan (Teamworking) 20
2.3.3 Kemahiran Penyelesaian Masalah (Problem 21
solving)
2.3.4 Fleksibel Atau Mampu Menyesuaikan 21
Diri (Adaptability)
2.3.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong 22
learning)
2.3.6 Keyakinan diri (Self-esteem) 22
xi
2.3.7 Etika atau Moral (Ethics) 23
2.4 Latihan Mengajar 24
2.5 Kepentingan Kemahiran Generik 25
2.6 Hasil Dapatan Kajian Yang Lepas Berkaitan Dengan 29
Kemahiran Generik
2.7 Penutup 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 34
3.5.1 Bahagian A 34
3.5.2 Bahagian B 35
3.6 Keesahan Soal Selidik 37
3.7 Kajian Rintis 37
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38
3.9 Prosedur Kajian 39
3.10 Analisis Data 41
3.11 Penutup 43
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Bahagian A 45
4.2.1 Jantina 45
4.2.2 Bangsa 46
4.2.3 Umur 46
4.2.4 Kursus 47
4.2.5 Jenis sekolah semasa menjalani
xii
Latihan Mengajar 48
4.3 Analisis Bahagian B 49
4.3.1 Apakah tahap amalan kemahiran
komunikasi (Communication Skills)
oleh guru pelatih Aliran Teknik
dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,
UTM semasa menjalani Latihan
Mengajar di sekolah? 50
4.3.2 Apakah tahap amalan bekerja
dalam kumpulan (Teamworking)
oleh guru pelatih Aliran Teknik
dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,
UTM semasa menjalani Latihan
Mengajar di sekolah? 55
4.3.3 Apakah tahap amalan penyelesaian
masalah (Problem Solving)
oleh guru pelatih Aliran Teknik
dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,
UTM semasa menjalani Latihan
Mengajar di sekolah? 59
4.3.4 Apakah tahap amalan keyakinan diri
(Self-Esteem)oleh guru pelatih Aliran
Teknik dan Vokasional, Fakulti
Pendidikan, UTM semasa menjalani
Latihan Mengajar di sekolah? 64
4.3.5 Apakah tahap amalan fleksibel
atau mampu menyesuaikan diri
(Adaptability) oleh guru pelatih Aliran
Teknik dan Vokasional, Fakulti
Pendidikan, UTM semasa menjalani
Latihan Mengajar di sekolah? 68
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 73
4.5 Penutup 74
xiii
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 75
5.3 Perbincangan Kajian 76
5.3.1 Bahagian A (Latar Belakang
Responden) 77
5.3.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 78
5.3.2.1 Tahap Amalan kemahiran
komunikasi (Communication
Skills) 78
5.3.2.2 Tahap amalan bekerja dalam
kumpulan (Teamworking) 79
5.3.2.3 Tahap amalan penyelesaian
masalah (Problem Solving) 80
5.3.2.4 Tahap amalan keyakinan diri
(Self-Esteem) 81
5.3.2.5 Tahap amalan fleksibel
atau mampu menyesuaikan
diri (Adaptability) 82
5.4 Kesimpulan 83
5.5 Cadangan Kajian 84
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.7 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 91
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Bilangan Populasi 33
3.2 Pengelasan Skala Likert Lima Mata 35
3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan
Pembolehubah Dalam Soalan Kajian 36
3.4 Pekali Alfa Cronbach 38
3.5 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Lima
Mata Terhadap Item 42
3.6 Penentuan tahap peratusan 42
3.7 Skala Min 43
4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 45
4.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 46
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Umur 47
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Kursus 48
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Sekolah Semasa Menjalani
Latihan Mengajar 49
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Tahap Amalan Kemahiran
Komunikasi (Communication Skills) 50
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Tahap Amalan Bekerja
xv
Dalam Kumpulan (Teamworking) 55
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Tahap Amalan Penyelesaian
Masalah (Problem Solving) 59
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Tahap Amalan Keyakinan
Diri (Self-Esteem) 64
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Tahap Amalan Pelaksanaan
Fleksibel Atau Mampu Menyesuaikan Diri
(Adaptability) 68
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut
Persoalan Kajian 73
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Jenis-Jenis Kemahiran Generik Yang
Diterapkan Oleh UTM 28
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 39
xvii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
LM - Latihan Mengajar
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
PKA - Pendidikan Kejuruteraan Awam
PKE - Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
PKM - Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Awam
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Elektrik
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Mekanikal
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
LCD - Liquid Crystal Display
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Surat Pengesahan Dari Fakulti 92
B Surat Pengesahan perbincangan
Soal Selidik 93
C Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 94
D Perangkaan Pelajar Mengikut Opsyen
Matapelajaran Latihan Mengajar
Sesi 2007/2008 95
E Borang Soal selidik 97
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menghadapi perubahan dalam era globalisasi, negara perlu membuat
pelbagai strategi bermula daripada peringkat yang paling bawah iaitu menghasilkan
aset dalam bentuk sumber manusia yang dikenali sebagai aset tenaga pekerja ilmu.
Manakala menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat
Malaysia perlu dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta
mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan
menguasai bahasa. Penekanan dalam memiliki kemahiran-kemahiran generik
haruslah bermula pada peringkat sekolah dengan menerapkan kemahiran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, kurikulum
pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar
yang dikeluarkan mempunyai ilmu bagi menghadapi era globalisasi ini.
Kemahiran generik dikenali sebagai keterampilan utama di Australia,
kemahiran teras di United Kingdom, kemahiran tempat kerja di Amerika Syarikat,
kemahiran perlu di New Zealand, dan hasil pembelajaran di Kanada. Umumnya,
kemahiran mengumpul, menganalisis dan menyusun maklumat, kemahiran
berkomunikasi, berkongsi idea dan maklumat, kemahiran merancang dan mengelola
aktiviti, kemahiran penggunaan teknologi dan bekerja dalam kumpulan dikaitkan
dengan sesuatu yang lazim bagi kemahiran generik. (Adibah Abdul Latif, 2005)
2
Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia
pekerjaan selain kemahiran teknikal yang diperlukan. Kemahiran generik menjadi
satu keperluan bagi setiap individu supaya dapat bekerja dengan baik, cekap dan
berdedikasi serta berketerampilan tinggi. Menurut Som Hj Nor dan Mohd Dahalan
Mohd Ramli, (1998), kajian mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa
tenaga kerja masa hadapan memerlukan pemikiran yang tajam, iaitu kritis, inovatif,
imaginatif dan kreatif berbanding dengan masa-masa yang lalu. Kemahiran-
kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menjadi keperluan bagi
kebanyakan pekerjaan.
Kemahiran generik perlu diterapkan dalam diri pelajar semasa berada di
universiti lagi untuk perkembangan diri mereka. Hal ini kerana kemahiran generik
adalah suatu keperluan tambahan bagi pelajar dalam menentukan pembangunan dan
perkembangan sesebuah organisasi di samping menjamin kecemerlangan diri sendiri.
Pelajar yang mahir dalam profesion masing-masing dan mempunyai penguasaan
dalam kemahiran generik akan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan atau
organisasi. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran yang seharusnya ada pada
mahasiswa hendaklah meliputi semua aspek dan bukannya tertumpu kepada bidang
pengajian sahaja. Justeru itu, sistem pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah menggariskan beberapa kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh
pelajar pada masa kini. Antara kemahiran-kemahiran tersebut adalah :
i. Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)
Kemahiran komunikasi adalah merupakan kemahiran yang menggabungkan
kebolehan dan juga kemampuan para pelajar untuk bertutur dalam dwi-bahasa iaitu
Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Aspek dalam kemahiran komunikasi
adalah komunikasi secara lisan, tulisan, mengira dan ilustrasi. Kemahiran lisan,
pelajar boleh berhubung dengan pelanggan dan orang awam sama ada menggunakan
telefon ataupun bersemuka. Pelajar boleh bercakap di khalayak ramai, memberi
persembahan formal, taklimat dan mesyuarat. Pelajar juga dapat mendengar secara
berkesan dan peka serta dapat menerima maklumat.
3
Kebolehan menulis meliputi menulis secara berkesan, penggunaan bahasa,
nahu dan ejaan yang betul, mengikut format dan gaya penulisan yang menarik di
samping boleh membuat ringkasan. Selain itu, aspek lain dalam kemahiran ini ialah
menggunakan urutan maklumat matematik dalam menyelesaikan masalah, boleh
memahami, menganalisis dan menggunakan maklumat statistik. Pelajar juga dapat
memberi maklumat dalam bentuk carta, gambar rajah, fotograf atau bentuk peta
minda.
ii. Bekerja Dalam Kumpulan (Teamworking)
Kemahiran bekerja dalam kumpulan ialah kemahiran yang menggabungkan
kebolehan seseorang individu untuk bekerja dengan orang lain yang berbeza latar
belakang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan bersama. Keberkesanan bekerja
dengan orang lain dan kumpulan berfokuskan kepada kemampuan individu
berinteraksi dengan individu yang lain atau di dalam kumpulan. Hal tersebut juga
merangkumi kesefahaman dan persetujuan ahli dari segi tujuan dan objektif.
iii. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Kemahiran penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara
kritikal, logikal, kreatif dan analitikal. Kemahiran ini melibatkan penggunaan
kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuk situasi
yang memerlukan pemikiran dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu
keputusan.
iv. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)
Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk
meneruskan pembelajaran secara kendiri dalam mencapai pengetahuan dan
kemahiran yang baru. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat juga adalah
kemahiran di mana seseorang itu mempunyai keinginan untuk terus belajar dan
menuntut ilmu ataupun kemahiran tanpa memikirkan usia ataupun keadaan. Ia
4
merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting kerana seharusnya seseorang
itu terus belajar tentang apa jua ilmu ataupun pengetahuan selagi dia masih hidup.
v. Keyakinan Diri (Self-Esteem)
Kemahiran keyakinan diri meliputi aspek tersebut iaitu berfikiran positif,
menjaga maruah dan kehormatan diri serta yakin akan kemampuan diri untuk
melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kemahiran keyakinan diri juga adalah
kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu yakin kepada diri sendiri dalam apa
jua keadaan. Kemahiran ini sangat penting kerana keyakinan diri akan
mempengaruhi setiap aktiviti dan juga prestasi seseorang itu. Hal ini adalah kerana,
jika seseorang itu yakin terhadap kebolehannya, ia akan terus berusaha untuk
mencapai sesuatu.
vi. Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan Diri (Adaptability)
Kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri meliputi kebolehan
ataupun kesediaan seseorang untuk bertukar situasi ataupun keperluan-keperluan
semasa. Kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri adalah merupakan salah
satu kemahiran yang melibatkan kebolehan seseorang dalam semua bidang yang
diceburi ataupun dalam semua keadaan yang dihadapi.
vii. Etika atau Moral (Ethics)
Kemahiran etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawai
yang tinggi dari aspek etika, dalam interaksi profesional mahupun sosial. Kemahiran
Etika atau Moral juga adalah kemahiran di mana seseorang pelajar itu dapat
membezakan sesuatu yang baik dan berguna dalam hidup serta dapat memahami
norma-norma kemasyarakatan selaras dengan agenda negara yang mengamalkan
kehidupan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan antara salah satu alternatif
dalam sistem pendidikan negara kita. Menurut Tajul Ariffin Nordin dan Nor’Aini,
(2001) Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bermaksud pendidikan untuk
membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan nilai dalam
individu untuknya memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam sesuatu bidang
pekerjaan. Ini dapat menerangkan bahawa PTV bukan sahaja menerapkan kemahiran
teknikal namun kemahiran lain yang perlu bagi membentuk pelajar yang lebih
berkualiti. Sebagaimana menurut Yahya Emat (2005), asas kepada pelaksanaan
sistem PTV ini adalah pendidikan sepanjang hayat di mana sistem ini juga dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh mahir yang
memenuhi rancangan pembangunan perindustrian negara
Kurikulum masa depan seharusnya ke arah membebaskan individu daripada
kongkongan mata pelajaran sebagai sumber ilmu utama, serta melengkapkan diri
dengan kemahiran kognitif, interpersonal dan kecekapan yang tinggi (Tengku
Zawawi,1998). Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat yang bersikap
terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah dibantu dengan strategi
pengajaran guru supaya mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang
kukuh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih kepada penguasaan pelbagai kemahiran yang juga dikenali sebagai
kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni,
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran kepimpinan dan
pengurusan dan sebagainya.
Dengan pendidikan dan latihan yang tersusun, tenaga manusia dapat dilatih
dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam industri seperti
kemahiran teknologi, kemahiran komunikasi, disiplin diri, kreatif dan bersikap
fleksibiliti (PPK 1991-2001). Justeru itu, demi mencapai impian ini, sudah pastinya
peranan guru haruslah lebih kreatif dalam merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya lebih terancang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak
6
diterapkan kepada pelajar. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri (2000),
kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan pelajar.
Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk
menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka guru bertanggungjawab
untuk belajar cara belajar, mengajar, menguasai isi kandungan dan belajar cara
mengajar supaya berkeyakinan dalam pengajaran (Chan, 2002).
Menurut Mok Soon Sang (2003), sebagai agen sosialisasi juga, guru
berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan
keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Penggunaan
kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru amat
bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintegrasiannya dengan kemahiran–
kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak
kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Walau
bagaimanapun, tanggungjawab guru bukan sahaja perlu menerapkan pemikiran
pelajar dengan nilai teknologi, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai moral
dan etika murni untuk menghasilkan pekerja yang berkebolehan dalam semua aspek.
Perkara ini seharusnya dititik beratkan oleh pelajar-pelajar Aliran Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM. Hal ini adalah kerana mereka yang akan terus
memartabatkan bidang pendidikan negara dalam bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang bermotifkan untuk melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang
dalam bidang teknik dan vokasional selain memiliki kemahiran generik yang menjadi
nilai tambah terhadap kebolehan pelajar tersebut. Mereka seharusnya menguasai
kemahiran-kemahiran generik tersebut, seterusnya mengamalkan dan juga
menerapkan kepada pelajar mereka terutama sekali semasa mereka latihan mengajar
di sekolah-sekolah.
Hal ini adalah kerana, setiap pelajar Fakulti Pendidikan, UTM diwajibkan
untuk menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah-sekolah. Latihan
mengajar merupakan satu aktiviti yang perlu dilalui oleh seseorang guru pelatih dan
mesti mencapai tahap kelulusan tertentu sebelum seseorang pelatih tersebut boleh
7
diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Ianya dianggap sebagai medan
percubaan sebelum seseorang pelajar tersebut bergelar guru. Dengan itu, latihan
mengajar adalah waktu yang sangat sesuai bagi guru pelatih untuk melatih diri
mereka dalam mengamalkan kemahiran generik.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran generik merupakan kemahiran yang mesti dimiliki dan diamalkan
oleh setiap pelajar, tanpanya pelajar akan dianggap sebagai tidak kompeten dalam
elemen berkaitan. Tambahan pula, semua pelajar Fakulti Pendidikan, UTM, mereka
telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang dianggap sebagai
percubaan mereka sebelum bergelar guru. Berdasarkan masalah yang dinyatakan,
kajian ini adalah bertujuan meninjau amalan kemahiran generik oleh guru pelatih
Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan
mengajar di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
i. Meninjau tahap amalan kemahiran komunikasi (Communication Skills) oleh
guru pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah.
ii. Meninjau tahap amalan bekerja dalam kumpulan (Teamworking) oleh guru
pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah.
iii. Meninjau tahap amalan penyelesaian masalah (Problem Solving) oleh guru
pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah.
8
iv. Meninjau tahap amalan keyakinan diri (Self-Esteem) oleh guru pelatih Aliran
Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan
mengajar di sekolah.
v. Meninjau tahap amalan fleksibel atau mampu menyesuaikan diri
(Adaptability) oleh guru pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,
UTM semasa menjalani Latihan Mengajar di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap amalan kemahiran komunikasi (Communication Skills) oleh
guru pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah?
ii. Apakah tahap amalan bekerja dalam kumpulan (Teamworking) oleh guru
pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani
latihan mengajar di sekolah?
iii. Apakah tahap amalan penyelesaian masalah (Problem Solving) oleh guru
pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani
latihan mengajar di sekolah?
iv. Apakah tahap amalan keyakinan diri (Self-Esteem) oleh guru pelatih Aliran
Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan
mengajar di sekolah?
v. Apakah tahap amalan fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (Adaptability)
oleh guru pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah?
top related