amalan terbaik
Post on 08-Jul-2015
1.828 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KONVENSYEN AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
KATEGORI BAHASA MELAYU
JABATAN PELAJARAN NEGERI MELAKA
NAMA GURU : PN IRMADILA BINTI MAT ISMAIL SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN DAUN (K) 78300 MASJID TANAH , MELAKA TAJUK : POKOK NOMBOR Disahkan Oleh :
Tandatangan tandatangan
……………………. ………………………
Cop sekolah:
Tarikh:……………………. Tarikh :…………………………
2
KATEGORI
Bahasa Melayu
TAJUK
Pokok Nombor
SINOPSIS
Projek bermula dengan membawa murid membuat penerokaan di luar bilik darjah
.Aktiviti bermula dengan murid mengenal bahagian-bahagian pokok . Mengetahui
saiz , tekstur , bau dan rasa . Aktiviti diteruskan dengan bercucuk tanam di kebun
sayur prasekolah bermula dari proses mengembur tanah menyemai biji benih ,
menyiram dan menjaga pokok sayur bayam sehingga dewasa . Murid memahami
bahawa untuk terus hidup tumbuhan memerlukan air , cahaya matahari , tanah dan
benih .Projek diteruskan lagi dengan guru membimbing murid menghasilkan pokok
dan buah seterusnya dilabelkan nombor . Proses pengajaran dan pembelajaran
bermula dengan murid diperkenalkan dengan gambar pokok seterusnya dengan
menggunakan doh murid mencubit dan menguli doh untuk dijadikan titik untuk
mewaki nilai setiap nombor. Seterusnya murid menampal objek yang mewakili
nombor dari 1 hingga 10 dan murid menggantung pokok nombor mengikut nombor
dan bilangan objek mewakili nombor tersebut . Aktiviti di akhiri dengan nyanyian lagu
„Tanya Sama Pokok‟
OBJEKTIF
Pada akhir proses pengajaran murid dapat :
1. Menggunakan bentuk seperti titik untuk mewakili bilangan objek.
( ST 7.1.4 )
2.Memadan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul .
( ST 7.1.5 )
3.Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui
pelbagai teknik dengan bimbingan .( KTI 1.2.11)
3
DOKUMENTASI PROJEK
Latar bekang murid majoritinya merupakan penduduk kampung di pinggir
Bandar.Kebanyakkan ibubapa bekerja dan pada taraf hidup yang sederhana. Oleh
kerana murid berusia 5 tahun sama ramai dengan 6 tahun ianya menjadikan
kumpulan sasaran mempunyai murid yang tahap penguasaan adalah dari tahap
yang rendah kepada yang berjaya menguasai kemahiran mengira mereka.
FASA 1 ( PERMULAAN )
Tajuk yang telah dipilih adalah mengenai “Pokok Nombor”. Pemilihan tajuk
tersebut adalah disebabkan , murid telah pun mempelajari nombor 1 hingga
10 dan mempelajari tentang bahagian-bahagian pokok serta fungsi setiap
pokok mengikut jenis dan bilangan yang sesuai pada pokok .
Skop projek merangkumi beberapa kemahiran dan pengetahuan murid .
Kemahiran meneroka merupakan langkah awal dalam pendekatan ini kerana
murid meneroka sekitar kawasan prasekolah untuk melihat , menyentuh ,
menghidu tekstur pokok . Disamping mengenalpasti bahagian-bahagian pada
pokok .
Murid memahami dengan jelas apabila mereka melihat sendiri pokok dan
bersoal jawab tentang bahagian-bahagian pokok .
Mereka dapat meneroka sifat daun yang pelbagai bentuk mengikut jenis yang
mereka lihat.
Mereka juga memahami bahawa pokok juga merupakan tempat perlindungan
binatang lain seperti burung yang membuat sarang di atas pokok adalah satu
cara burung melindungi anak-anak mereka .
Murid juga melihat dengan jelas sifat daun yang mempunyai permukaan
yang tidak rata dan berurat . Mereka memahami ada sesetengah daun telah
rosak akibat dimakan ulat dan mengetahui daun yang mempunyai warna hijau
yang sihat dan daun kering bewarna coklat telah mati dan kering .
Mereka memahami bahawa daun yang kering dan mati akan diganti dengan
daun yang baru apabila melihat pada pucuk daun yang baru mula tumbuh .
Seterusnya di kebun prasekolah murid mengembur tanah dan bercucuk
tanam sayur-sayuran seterusnya menjaga tanaman mereka dengan
4
mengembur dan menyiram setiap hari , Murid mula memahami bahawa
tumbuhan memerlukan air , tanah dan cahaya matahari untuk hidup .
Aktiviti menanam pokok sayur dipantau secara berterusan untuk murid
melihat perkembangan pokok sayur itu bermula dari biji benih sehingga pokok
itu dewasa .
Ianya juga dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar disamping
menerapkan nilai sabar dalam melakukan sesuatu aktiviti.
FASA 2 ( PERKEMBANGAN )
Seterusnya , setelah murid menjelajah dan melakukan aktiviti berkebun
aktiviti di dalam bilik darjah pun bermula .
Aktiviti bermula dengan murid membina batang pokok dan membalut pokok
untuk mendapatkan tekstur pokok yang kasar dan tidak rata .
Batang pokok di perbuat daripada dawai besi yang dibentuk dan dijalin agar
kelihatan seperti batang dan ranting pokok yang sebenar . Dengan
menggunakan tisu , gam dan air , tisu yang dicelup ke dalam air bercampur
dengan gam akan dibalut di atas permukaan dawai besi untuk mendapatkan
tekstur batang pokok yang kasar dan permukaan tidak rata .
Setelah selesai pokok dijemur agar gam pada tisu tadi kering dan
memudahkan proses seterusnya iaitu menyapu warna pada batang pokok
tadi .
Batang pokok yang telah kering di warna dengan menggunakan warna air
untuk kelihatan seperti dahan pokok sebenar .
Seterusnya , murid menghasilkan buah untuk pokok dengan menggunakan
belon yang ditiup bersaiz buah yang sesuai . Belon ditampal dengan kertas
surat khabar yang telah dipotong kecil – kecil dan ditampal pada belon .
Jemur sehingga kering kemudian mewarna buah seperti buah yang sebenar .
Juga menggunakan buah plastik untuk mempelbagaikan jenis buah untuk
digantung pada pokok.
Manakala bagi menghasilkan daun , murid mewarnakan span nipis dengan
warna hijau dan kuning untuk mendapatkan daun yang baru dan daun kering .
Setelah kering dengan bantuan guru guru melukis bentuk daun pada span
dan menggunting span menjadi bentuk daun .
5
Permulaan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seorang murid diminta
membuka bungkusan . Sebelum dibuka bungkusan diedarkan kepada setiap
orang murid untuk menyentuh bungkusan tersebut dan meneka apakah
objek yang terdapat di dalamnya .Objek itu adalah model sebatang pokok .
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan murid
mengguli , mengentel , mencubit doh yang diberikan oleh guru .Aktiviti ini
secara tidak langsung dapat mematangkan kordinasi motor halus tangan
murid-murid dalam menjalankan aktiviti .
Seterusnya menampal doh pada nombor untuk mewakili titik pada setiap
nombor .Aktiviti dijalankan untuk murid mengenalpasti nombor dan bilangan.
Kemuncak aktiviti murid menampal buah tersebut pada carta nombor untuk
mengetahui turutuan dan bilangan objek yang mewakili nombor tersebut
.Seterusnya mengantung buah , serangga dan daun pada pokok untuk
melengkapkan nombor 1 hingga 10 .
Penutup aktiviti adalah murid secara beramai-ramai menyanyikan lagu
“Tanya Sama Pokok”
FASA 3 ( KESIMPULAN )
Kesimpulan aktiviti murid dapat mengenalpasti pertumbuhan pokok bermula
dari biji benih sehingga besar . Murid memahami bahawa tumbuhan untuk
hidup memerlukan air , tanah dan cahaya matahari .
Murid juga dapat mengenalpasti terdapat pelbagai jenis pokok yang
mempunyai daun , saiz , bunga , buah dan batang berbeza mengikut jenis .
Murid juga memahami bahawa pokok yang besar dan tinggi juga merupakan
tempat tinggal untuk sesetengah kehidupan seperti burung dan rama-rama
Murid memahami jumlah titik yang sesuai untuk mewakili bilangan nombor.
Murid dapat mengecam nombor dan bilangan .
Murid dapat kemahiran mengentel , menguli , menampal , menggantung dari
mula proses menghasilkan pokok hingga mengantung buah .
6
IMPAK PROJEK ( KESELURUHAN ) IMPAK KEPADA MURID
Murid dapat mengetahui proses pertumbuhan pokok
Murid dapat mengenalpasti hidupan lain yang tinggal pada pokok .
Murid dapat menghasilkan pokok nombor.
Murid bersabar dalam menghasilkan batang pokok , buah dan daun pokok
yang memakan masa yang lama untuk dihasilkan .
Murid memahami dan mengenalpasti nombor dengan bilangan yang betul .
Murid dapat membentuk nombor dengan cara yang betul .
Salah satu pembelajaran yang menyeronokkan melalui penerokaan dan
aktiviti „hands on‟ dan „minds on‟
IMPAK KEPADA GURU
Guru berusaha merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik dan
sesuai dengan perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid .
Aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai objektif apabila murid dapat
mengantung objek mengikut bilangan dan nombor .
Berusaha untuk menjana idea untuk menghasilkan projek pengajaran
pembelajaran yang menyeronokkan.
7
Laporan bergambar Fasa 1 ( permulaan )
Murid dibawa keluar bilik darjah
Murid dibawa meneroka tekstur pokok
8
Murid menyentuh batang pokok dan bercerita apa yang dilihat .
Murid memetik sehelai daun pokok jambu untuk melihat , menyentuh dan
menghidu tekstur daun tersebut
9
Murid melihat tekstur daun dengan lebih dekat
Murid membuat penerokaan dengan menanam benih sayur bayam di
dalam tanah
10
Mu
Murid menyiram sayur-sayuran yang telah disemai .
Fasa 2 ( perkembangan )
Murid membalut batang pokok yang diperbuat daripada dawai keras.Tisu yang
dicampur dengan gam dan air dibalut pada dawai untuk mendapatkan tekstur
batang pokok.
11
Murid mewarna batang pokok dengan warna hijau pelaka.
Belon yang telah ditiup ditampal dengan kertas surat khabar untuk
membentuk buah yang akan digantung pada pokok
12
Murid mewarna buah yang telah kering dengan menggunakan berus dan
warna air .
Murid menggunting span untuk membentuk daun .
13
Sesi pengajaran dan pembelajaran
Murid meneka model pokok yang bungkus dengan pembalut
Doh yang digunakan untuk proses pengajaran
14
Murid menguli dan mengentel doh
Murid meletakkan doh pada nombor untuk mewakili jumlah titik nombor.
15
Carta nombor
Murid melekatkan objek untuk mewakili jumlah nombor yang terdapat pada carta
16
Carta nombor yang telah lengkap
carta nombor
17
Pokok nombor yang sedia untuk digantung buah
Murid mengantung buah pada pokok
18
Pokok nombor
Pokok nombor yang telah siap
19
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
Nama Kelas : Prasekolah Ceria
Bil. Murid : 25 orang
Tarikh : 28. 06. 2013
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 – 8.30 pagi (30 minit)
Tunjang : Sains dan Teknologi
Tema : Alam Hidupan ( sub tema : Tumbuh-tumbuhan)
Tajuk : Pokok Nombor
Standart Pembelajaran :
( ST 7.1.4 ) Menggunakan bentuk seperti titik untuk mewakili bilangan objek.
( ST 7.1.5 Memadan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul .
Kesepaduan :
( KTI 1.2.11) Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui
pelbagai teknik dengan bimbingan
Pada akhir pengajaran murid-murid dapat :
1. Murid dapat meletakkan titik yang betul mengikut bilangan nombor.
2. Murid dapat memadan 6 dari 10 nombor dengan bilangan yang betul.
Alat bantu Mengajar : kad nombor , doh , buah-buahan , pokok , dawai ,
Pengetahuan sedia ada : murid boleh membilang 1 hingga 10.
Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan Masaalah.ketekunan
(KB)
Penerapan Nilai : Ketekunan , Yakin diri dan berdikari .
20
MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI MEDIA P&P
CATATAN
Set
induksi
8.00 pg
hingga
8.05 pg
( 5 min )
Siapakah Saya ?
Pokok
1 .Guru menunjukkan sebuah
Bungkusan .
2.Guru meminta seorang murid
Membuka bungkusan
3. Guru meminta murid meneka
Apakah objek tersebut.
4. Sebatang pokok yang
terdapat
Di dalam bungkusan .
pokok
Yakin Diri
Berani
Langkah
1
8.05pg
hingga
8.15 pg
( 10 min
)
Kad nombor
doh
1.Murid diperkenalkan dengan
Kad nombor mengandungi
Titik mewakili setiap nilai
2.Setiap orang murid diberi doh
Dan kad nombor.
3.Murid diberi peluang menguli
dan mengentel doh
4.Murid meletakkan doh yang
digentel di atas kad nombor
bagi mewakili nombor pada
pada kad .
5.Murid menyebut dan mengira
nombor yang telah ditampal
dengan doh .
Kad nombor
Doh pelbagai
warna .
Sabar
21
Langkah
2
8.15 pg
hingga
8.25 pg
( 5 min )
Memadan nombor
dengan bilangan
1.Guru memperkenalkan objek
yang mewakili setiap nilai dari
1-10 :
1 - burung
2 - mangga kuning
3 - rama-rama
4 - lemon
5 - daun kering
6 - limau
7 - plum merah
8 - epal
9 - strawberi
10- daun
2. Guru meminta murid
memadankan nombor
dengan
bilangan yang betul .
3.Murid memadan nombor
dengan objek di carta nombor
yang disediakan .
Kad nombor
Carta nombor
Objek mewakili
nombor
1 - burung
2 - mangga
kuning
3 - rama-rama
4 - lemon
5 - daun kering
6 - limau
7 - plum merah
8 - epal
9 - strawberi
10- daun
8.20 pg
hingga
8.25 pg
( 5 min )
Langkah 3
Pokok Nombor
1. Guru meminta murid
Mengantungkan objek yang
Mewakili setiap nombor di atas
Pokok nombor yang telah
dihasilkan
2. Murid diminta melengkapkan
Pokok nombor hingga selesai
Bermula nombor 1 hingga 10 .
3. Murid menyebut nombor 1-10
Pokok nombor
1 - burung
2 - mangga
kuning
3 - rama-rama
4 - lemon
5 - daun kering
6 - limau
7 - plum merah
8 - epal
9 - strawberi
22
10- daun
8.25 pg
hingga
8.30 pg
( 5 min )
Penutup
Lagu “ Tanya Sama
Pokok”
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Tanya sama angin
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Lihat dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak 1 batu
Bayang pun hilang....
1. Murid diminta menyanyi lagu
“ Tanya Sama Pokok” bersama
Sama dengan guru dengan
Iringan muzik .
.
Lap top
Lagu Tanya
Sama Pokok
top related