assigment bahasa melayu sem 5
Post on 04-Apr-2018
298 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
1/32
HBML 12O3 SMP
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NAMA:MAHANI BINTI MOHAMAD
NO MATRIK:720101116420001
0139299145
mohamadmahani@ymail.com
NAMA TUTOR:
EN.GHANI BIN ISMAIL
PUSAT PEMBELAJARAN:
UiTM KUBANG IKAN,CHENDERING,
KUALA TERENGGANU
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER MEI 2012
mailto:mohamadmahani@ymail.commailto:mohamadmahani@ymail.commailto:mohamadmahani@ymail.com -
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
2/32
Asallamualaikum..
Bersyukur ke hadrat Illahi,dengan limpah dan kurnianya ,dapat saya menyiapkan tugasan
HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU untuk semester 5 ini.
Justeru ,saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN GHANI
SALLEH selaku tutor yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan tugasan
ini.Tanpa bimbingan beliau pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah
ditetapkan
Disamping itu ucapan terimakasih ini ditujukan khas untuk suami dan anak-anak yang telahbanyak berkorban,memberi masa dan ruang ,memahami serta pengertian yang tinggi dalam
menyokong saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Kepada rakan-rakan,terimakasih jua saya ucapkan kerana telah banyak berkongsi pengetahuan
dan pengalaman,tidak lokek memberi tunjuk ajar dan teguran dalam menambahbaikan tugasan
ini.
Saya juga amat berharap dengan siapnya tugasan ini,akan dapat membei kefahaman yang lebih
tentang subjek ini kepada saya sendiri dan menjadi bahan rujukan untuk kawan-kawan lain.
Akhir sekali jutaan terima kasih jua untuk semua yang telah terlibat samada secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini
WASSALAM
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
3/32
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
1.1. FONOLOGI
1.2. FONETIK
2. KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-B UNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU.
2.1 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAAYU.
A) KONSONAN
B) CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN.
A)KONSONAN LETUPAN.
B)KONSONAN GESERAN
C)KONSONAN SENGAUAN.
D)KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA [W]
E)KONSONAN PINJAMAN.
2.2. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU.
A)VOKAL HADAPAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA.
B)VOKAL TENGAH DAN CARA MEMBUNYIKANNYA.
C)VOKAL BELAKANG DAN CARA MEMBUNYIKANNYA.
D)VOKAL SENGAUAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA.
3. FONEM
3.1. ALOFON
4. CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL
5. KESIMPULAN.
6. BIBLIOGRAFI.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
4/32
1. PENGENALAN
1.1.FONOLOGI
Bidang Fonologi adalah merupakan bidang yang mengkaji mengenai pola bunyi bahasa.Ini
bermakna kajian ini mendalami ilmu mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.Bidang fonologi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.ia juga
dikatakatakan sebagai satu bidang yang dipelajari oleh ahli bahasa terhadap sistem bunyi yang
terkeluar melalui mulut manusia dalam sesuatu bahasa yang terdapat di dunia ini.
Ahli bahasa telah memulakan kajian tentang fonologi bermula awal tahun 1800 dengan
mengkaji perubahan bunyi bahasa dan membandingkan bunyi bahasa yang wujud dengan
pelbagai bahasa yang ada di dunia ini.Jelasnya bidang fonologi moden memberi tumpuan
terhadap aspek sebutan dan penekanan terhadap aspek fizikal artikulasi sebutan yang
sebenarnya.
FONETIK
FONEMIK
FONOLOGI
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
5/32
Menurut Frank Parker (1994),fonologi adalah suatu bidang yang mengkaji mengenai system
bunyi sesuatu bahasa melalui rumus-rumus yang telah ditentukan dalam aspek bahasa.Pendapat
lain pula seperti (daripada Greek: , phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan,
pertuturan, subjek perbincangan") mengatakan fonetik adalah kajian yang dilakukan mengenai
pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Pendapat di atas juga hampir sama dengan pendapat ahli bahasa Rahimah Haji Sabran Sham
(1985),bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi
sesuatu bahasa.Ini jelas daripada Henderson yang menyatakan the study of the systematic
organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously
been called phonology.
Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud
fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia,adalah kenyataan dan pendapat yang dikeluarkan oleh Dal bor yang
merupakan salah seorang ahli linguistic Barat.
Selain daripada itu ramai lagi ahli linguistik yang mentafsirkan apadia fonologi mengikut hasil
kajian mereka atau takrifan berasaskan kefahaman masing-masing.Antaranya ialah,Kamus
Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:61)Menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang
linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Manakala World Book of
Dictionary (Barnhart dan Barnhat,1981:1567)menyatakan ilmu fonologi sebagai the system of
sounds used in a language.
Selain itu terdapat beberapa lagi pendapat yang mentafsirkan tentang bidang fonologi oleh ahli-
ahli linguistic dari pelbagai bangsa dan bahasa yang dipelajari mereka seperti,Abdullah Hassan
(1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa itu.Definisi tentang fonologi ini juga hampir sama dengan pendapat ahli linguistik
daripada Barat.Clark dan Yallop (1995:5) pula menyatakan bahawa phonology is concerned
with the organization of speech within specific languages.
Berdasarkan definisi-definisi diatas dapatlah dirumuskan bahawa ilmu fonologi ialah ilmu
linguistic yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik.Ilmu yang
merumuskan,menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan
teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.Bunyi yang dihasilkan
mestilah melalui pertemuan dua titik artikulasi, dan ini beerti bunyi bahasa ialah bunyi bermakna
yang dihasilkan oleh alat artikulasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Greekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Greek -
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
6/32
1.2.FONETIK
Sebagaimana telah diketahui bidang fonologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidang fonetik
dan fonemik.Fonetik adalah cabang dari bidang fonologi.Bidang fonetik ini pula dibahagikan
kepada tiga bahagian yang perlu dikaji atau dipelajari iaitu:
a)fonetik artikulasi
b)fonetik akustik
c)fonetik auditori..
Mengikut hasil kajian ahli linguistic,fonetik digambarkan sebagai mengkaji cara bunyi-bunyi
fonem sebuah bahasa dituturkan atau direalisasikan.Fonetik juga bermaksud bagaimana organtubuh manusia bekerja,terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.
Fonetik adalah berkait rapat dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi,
penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.Fonetik juga ialah kajian terhadap bunyi fizikalpercakapan manusia, ) (daripada perkataan Yunani (phon unyi" atau "suara") .
Di India purba, ilmu fonetik telah dikaji sejak 2500 tahun yang lalu,berikutan catatan
Pini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku
bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun
huruf konsonan mengikut klasifikasi Pini.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan
dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-
bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti
Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai
the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics yang
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_Brahmikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_Brahmikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelakuan_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat_penghasilan_bunyi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=P%C4%81%E1%B9%87ini&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Subbenua_Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunanihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fon&action=edit&redlink=1 -
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
7/32
bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur
ialah fonetik.
Berdasarkan beberapa pendapat para ahli bahasa dapatlah disimpulkan fonetik ialah ilmu
yang mengkaji bunyi bahasa iaitu percakapan atau pertuturan yang diucapkan oleh manusia serta
mengecualikan bunyi dengkuran,bunyi batuk,bersiul juga berdehem serta bunyi-bunyi yang tidak
bermaksud.Secara amnya fonetik merangkumi semua proses penghasilan atau pertuturaan bunyi
dan pengelasan.Bidang fonetik merupakan bidang yang rumit dan bersifat teknikal.Justeru,
fonetik dikaji secara berasingan,walaupun ia merupakan satu cabang daripada bidang fonologi.
2.KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KOSONAN DAN VOKAL BAHASA
MELAYU.
2.1.PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU.
A) KONSONAN
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima
sekatan,sempitan,dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,,tekak atau hidung.Bunyi-
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.Koonsonan juga ialah bunyi
selain daari bunyi vokal.Konsonan juga terhasil apabila terdapat gangguan atau sekatan oleh alat
artikulasi terhadap udara dari paru-paru.Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan tidak
bersuara dan konsonan bersuara.Apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara
maka terhasillah konsonan tidak bersuara dan apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru
maka terhasillah bunyi konsonan bersuara.Disamping itu juga terdapat konsonan asli dan
konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu.
Untuk membunyikan bunyi konsonan ini alat artikulasi merupakan organ utama yang telah
berperanan dalam proses penghasilan atau pertuturan manusia.Pemahaman terhadap bahagian
dan fungsi alat artikulasi ini amatlah penting untuk mengetahui bagaimana bunyi samada vokal
atau konsonan dapat dihasilkan.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
8/32
Alat dan daerah artikulasi
KedudukanArtikulator DaerahArtikulasi
1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut
8. Anak tekak
9. Lidah
10. Epiglotis
11. Pita suara
12. Rongga tekak
13. Rongga hidung
14. Rongga mulut
15. Tenggorok
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
9/32
Setelah mengenal dan memahami alat artikulasi,perlu juga diketahui , terdapat 27 fonem
atau bunyi konsonan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.Fonem dan bunyi konsonan telah
diringkaskan seperti dalam rajah dibawah.
Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan
b
c
d
f
g
gh
h
j
k
kh
l
m
n
ng
ny
p
q
r
[b]
[c]
[d]
[f]
[g]
[gh]
[h]
[j]
(1)[k]
(2) ?
(3)
(4)[q]
[kh]
[l]
[m]
[n]
[ng]
[ny]
[p]
[q]
[r]
bola
catat
dada
fakir
gabus
ghazal
harga
jaga
kala
kapak
nikmat
kadi
khairat
lalai
madah
nafkah
ngeri
nyala
papar
qari
rapat
[bo.la]
[ca.tat]
[da.da]
[fa.kir]
[ga.bus]
[gha.zal]
[har.ga]
[ja.ga]
[ka.la]
[ka.pa?]
[ni mat]
[qa.di]
[khai.rat]
[la.lai]
[ma.dah]
[naf.kah]
[nge.ri]
[nya.la]
[pa.par]
[qa.ri]
[ra.pat]
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
10/32
s
sy
t
v
w
x
y
z
[s]
[sy]
[t]
[v]
[w]
[z]
[y]
[z]
saham
syirik
tajam
virus
wajah
xylem
yuran
zapin
[sa.ham]
[syi.rik]
[ta.jam]
[vi.rus]
[wa.jah]
[zi..lem]
[yu.ran]
[za.pin]
B). CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN
Terdapat lapan belas konsonan asli yang ada dalam Bahasa Melayu yang dapat dikatogorikanmengikut cara dan daerah sebutannya kita perlu juga mengetahui bahawa konsonan Bahasa
Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran.
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan
daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit
keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan
terhasillah bunyi letupan.Dan ini dapat diringkaskan seperti jadual di bawah:
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
11/32
Cara
Sebutan
Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-LKe
ras
Lelangit
Keras
Lelangit
Lembut
PitaSuara
1 2 3 4 5 6
Letupan
t
bp t k
b b d g
Letusan
t
b
b j
Sengauan b m n
Geseran
t
bf s x
h
b v z
Getaran b r
Sisian b l
Separuh
Vokalb w y
Carta konsonan Bahasa Melayu
1. KONSONAN LETUPAN
a) Konsonan letupan [p] dan [b].
Ada Sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan
cepat.Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.Konsonan letupan dua bibir
tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] dapat dihasilkan dengan
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
12/32
merapatkan dua bibir untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga
mulut.Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,kemudian udara tersekat pada dua bibir
dan udara dipaksa keluar,kemudian dengan cepat mulut di buka ,maka keluarlah bunyi [p].Untuk
penghasilan [b] pita suara mestilah bergetar.Ini dapat ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.
Gambar rajah konsonan letupan [p] dan [b]
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Padu Lapuk Pop
Konsonan [b] Balik Ribut Adib
b)Konsonan letupan [t] dan [d].
Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] dapat dihasilkan
apabila hujung lidah dinaikkan rapat kegusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakan atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara kerongga hidung,lalu pita suara direnggangkan.Apabila arus udara dari paru-
paaru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan suara dan sekaatan yang dibuat oleh
hujung lidah dan gusi dilepaskan serta merta maka terhasillah bunyi letupan gusi tidak bersuara[t],tetapi apabila pita suara dirapatkan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara,bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].
Gambarajah konsonan letupan [t] dan [d].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Tikus Betik Kasut
Konsonsn [d] Dulang Tindak Tekad
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
13/32
c)Konsonan [k] dan [g].
Untuk menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut untuk menyekat arus udara serta lelangit lembut dan anak tekak dirapat keronggatekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung.Namun begitu,apabila pita suara
dirapatkan,arus udara yang keluar melalui rongga mulut maka menggetarkan pita suara maka
terhasil lah bunyi konsonan [g].
Gambarajah konsonan letupan [k] dan [g]
d)Konsonan [c] dan [j]
Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [c] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara
[j] dapat dibunyikan dengan cara hadapan lidah rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan
pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak mestilah dinaikkan ke belakang atau ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lalu
pita suara direnggangkan.Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara,dan
seterusnya udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan
maka terhasil lah bunyi letusan lelangit keras tidak bersuara [c],tetapi jika arus udara dari paru-
paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil
ialah letusan lelagit keras gusi bersuara [j].
Gambarajah konsonan [c] dan [j]
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
14/32
e)Hentian glottis
Bagi menghasilkan hentian glottis [?] lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak bagi membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan sepenuhnya.Arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita
suara menyebabkan pita suara tidak bergetar .
Gambarajah hentian glottis [?].
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak
B). KONSONAN GESERAN
Konsonan geseran melibatkan dua konsonan sahaja iaitu konsonan [s] dan konsonan [h].Untuk
menghasilkan bunyi konsonan geseran [s] hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara,sementara pada masa yang sama juga lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.Pita suara
direnggangkan dan arus udara melalui melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
Bagi penghasilan bunyi geseran glottis tak bersuara [h],udara mestilah keluar melalui pita suara
yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vocal.
Gambarajah konsonan geseran [s] dan [h].
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
15/32
C). KONSONAN GETARAN GUSI BERSUARA [r].
Konsonan getaran gusi bersuara [r] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dikenakan pada gusi
lalu lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakang rongga tekak untuk membuat sekatan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan,setelah itu arus udara yang
keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara dan pada masa yang sama
arus udara dari rongga mulut menggetarkan hujung lidah.
Gambarajah konsonan getaran gusi bersuara [r].
D). KONSONAN GUSI BERSUARA [l].
Konsonan gusi bersuara [i] juga dikenali denagan konsonan sisian.Hujung lidah dinaikkan ke
gusi dan laluan udara tersekat.Lelangit lembut dinaikkan dan pita nsuara bergetar.Udara keluar
melalui bahagian tepi lidah maka terhasil lah bunyi sisian gusi bersuara [i].
Gambarajah konsonan gusi bersuara [l].
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
16/32
E). KONSONAN SENGAUAN (NASAL)
Konsonan sengauan terdiri daripada konsonan [m],[n],[n],dan [n].Namun begitu ianya berbeza
antara satu sama lain iaitu perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada
rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara digetarkan.
a) konsonan sengauan [m].
Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan supaya arus udara dapat disekat.Untuk memberikan laluan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lelangit lembut dan anak tekak di turunkan.Arus
udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan
untuk membuat getaran dan arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
b)konsonan sengauan [n].[n] dan [ng]
Perbezaan penghasilan konsonan sengauan [n] dengan yang lain ialah hujung lidah dinaikkan ke
gusi.Untuk konsonan sengaun [n] pula tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras,manakala untukmenghasikan konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ng] belakang lidah dinaikkan ke
lelangit lembut.
Gambarajah
F). KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUAR [W].
Ada dua bunyi separuh vocal.Untuk menghasilkan bunyi separuh vocal,kedudukan lidah tidak
tetap,tetapi bergerak dan membuat luncuran.
a)Bagi fonem konsonean [w],keadaan diperingkat awal lidah seperti untuk membunyikan
[u]kemudian bergerak pada vocal yang lain.Bunyi ini dinamakan separuh vocal dua bibir
bersuara.
Gambarajah konsonan separuhvokal [w].
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
17/32
b)konsonan separuh vocal [j].
Cara membunyikan konsonan separuh vocal lelangit keras bersuara [j],depan lidah diangkat
tinggi kea rah gusi manakala bibir dihamparkan.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang ronggatekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara di getarkan sambil
liodah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan [j].
Gambarajah konsonan separuh vocal [j].
J). KONSONAN PINJAMAN
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab
kecuali huruf v.Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.Konsonan sy yang dipinjam lebih
awal daripada Bahasa Arab,digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa
Inggeris contohnya,skuasy.Huruf ain seperti dalam perkataan mana,digangti degan huruf k
menjadi makna.Pada tempat lain,huruf i (ilmu),a (alam),u (umur) digugurkan.Selain itu
huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato,sebagai darjah
kebesaran atau bintang yang dikurniakan olehSultan atau Yang Di Pertuan Negeri.
Selain itu,ada konsonan yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kata-kata asing
yang dipinjam.Ia digantikan dengan konsonan Melayu seperti [th]bunyi daripada Bahasa Arab
kepada [s],[gh] menjadi [g],[dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z].Namun begitu masih ada bunyi
yang digunakan srhingga kini dan bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.Contohnya [f] dan
[v],bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabilaudara
melalui terdapat geseran.Lelangit lembut dinaikkan.Pita suara tidak bergetar untuk
membunyikan [f] iaitu bunyigeseran bibir gusi tidak bersuara.Manakala untuk membunyikan [v],
pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi ngeseran bibir gusi bersuara,
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
18/32
Seterusnya bagi fonem[z],Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s].Proses membunyikan [z]
berbeza apabila pita suara bergetar.Konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.Bagi [s] pula,lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.Pita
suara tidak bergetar.
Seterusnya, ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap
yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan
penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan
rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar
menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s.
(Abdullah Hassan, 2006:95-96).
2.2. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU
Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu vokal hadapan ,vokal
tengah serta vokal belakang.Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], []
dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu []. secara
nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau
bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal
Kardinal.
Gambarajah
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara
dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
sekatan atau geseran.
Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir
sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau
belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan,
keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut
sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
19/32
disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.
Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31):
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi
vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut:
Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran
suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal.
Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar
dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan
daripadaparu-paru.Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan:
Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan
tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-
bunyigeseran(ArbakOthman1983:54)Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam
bukuACourseInMordenLinguisticmemberi definisi vocal sebagai: Vokal sebagai bunyi-bunyi
bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara (Arbak Othman 1983:54)
Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi
definisi seperti berikut: Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u )
Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-
bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang
dihasilkanadalahlantangdanlebihjelasdaripadabunyikonsonan.
A). VOKAL HADAPANVokal hadapan sempit [i],contoh dalam perkataan ialah ibu,biru,ubi,umi dan
geli.Contohnya perkataan geli,sewaktu menyebutnya depan lidah dinaikkan tinggi dalam
mulut.Antara depan lidah dan lelangit keras,terdapat saluran sempit untuk udara keluar.Untuk
vocal hadapan separuh sempit pula [e],ketika membunyikannya saluran udaranya lebih luas
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
20/32
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
21/32
Contoh perkataan
Awal kata Tengah kata Akhir kata
Ela leper Sate
elak Heret
c)vocal hadapan separuh luas [ ]
Cara membunyikan vocal hadapan separuh luas [ ],keadaan bibir hampar,depan lidah
dinaikkan separuh rendah ke gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak keluar,sebaliknya udara keluar dari paru-paru melalui rongga
mulut.Pita suara digetarkan.
Gambarajah vocal hadapan separuh luas [ ]
Contoh perkataan
Awal kata Tengah kata Akhir kata
Esa belok Tempe
enak Belek Tauge
d)Voakal depan luas atau lapang [a]
Vokal ini paling banyak dalam Bahasa Melayu dan ia terletak jauh di bahagian
bawah,seoalah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka luas.Hadapan lidah
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
22/32
dinaikkan sedikit sahaja kea rah lelangit keras,anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga
hidung dan pita suara bergetar.
Gambarajah vocal depan luas atau lapang [a]
Contoh perkataan
Awal kata Tengah kata Akhir kata
Ahli beras Nama
anjing Kadar Siapa
B) VOKAL TENGAH
Vokal ini hanya tedapat diawal dan di tengah suku kata sahaja.
CARA MEMBUNYIKAN VOKAL TENGAH
Bagi menghasilkan bunyi vocal tengah [ ],bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan
antara lelangit keras da lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung,pita suara dirapatkan ,supaya semasa udara keluar melaluinya,pita suara
akan bergetar.
Contoh perkataan.
1.perahu
2.tempat
3.empat
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
23/32
C). VOKAL BELAKANG
Terdapat empat vocal belakang dalam bahasa melayu iaitu [u,o,e,a],kecuali vocal [a] vocal yang
lain membundarkan bibir.Sewaktu penghasilan vocal belakang,alat artikulasi penting yang
berperanan ialah bahagian belakang lidah.Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila
menghasilkan bunyi vocal-bunyi vocal belakang.
CARA MEMBUNYIKAN VOKAL BELAKANG.
a)Vokal belakang sempit /tinggi [u]
Bagi menghasilkan bunyi vocal belakang proses yang berlaku ialah bibir dibundarka,belakang
kidah dinaikkan tinggi kea rah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Gambarajah penghasilan vocal belakang [u]
Contoh perkataan.
Awal kata Tengah kata Akhir kata
Unta buka Kuku
ubi Lupa Batu
b)Vokal belakang separuh sempit [o]
Belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut,sementara lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan.Maka
terhasil lah bunyi vocal belakang separuh sempit [o].
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
24/32
Gambarajah vocal belakang separuh sempit [o]
Contoh perkataan.
Awal kata Tengah kata Akhir kata
orang borang bolot
oleh kotak pidato
c).vokal belakang separuh luas[ ].
Bibir hendaklah dibundarkan,sementara belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit
lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar lalu pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
Gambarajah penghasilan vocal belakang separuh sempit [ ].
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
25/32
Contoh perkataan
Awal kata Tengah kata Akhir kata
Oren sudoh Kito
olok Pokok Belako
D).VOKAL SENGAU
Bagi mengeluarkan vocal sengauan,rongga hidung juga terlibat dan lelangit lembut anak
tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung.Setelah rongga hidung tidak
tertutup rapat,udara keluar dari kedua-dua rongga,iaitu rongga hidung dan mulut.Kehadirannya
dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vocal itu dan ia boleh terjadi
kepada semua bunyi vocal,lambing yang digunakan ialah [~].
CARA MEMBUNYIKAN VOKAL SENGAUAN
a)Vokal sengauan ini terhasil bila sebelumnya terdapat konsonan sengauan .
Contoh:
1.minum
2.mama.
b)Kedua-dua vocal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK.Dalam struktur ini
konsonan yang pertamanya adalah separuh vocal atau hentian glottis [h].
Contoh;
1.nyawa
2mewah
3.mahu
c).Kedua-dua vocal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK.
Contoh:
1.maal
2.maut
3.saat
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
26/32
d) Kedua-dua vocal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV.
Contoh:
1.nyawa
2.semua
e)Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menurut geseran rongga
tekak [?] dalam tulisan jawi yang dilambangkan sebagai [E].
Contoh:
1.jumaat
2.manafaat.
Kesimpulannya bunyi vocal ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi
manusiaSemua bunyi vocal adalah bunyi-bunyi bersuara.Bunyi bersuara ini berkait rapat dengan
keadaan pita suara.Sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya,maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara.
3. FONEM
Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Contohnya perkataan
sayang dan bayang,bunyinya hampir sama tetapi fonemnya berbeza[s] dan [l] dan ertinya juga
berbeza.Fonem dan teranskripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.Dengan kata lain fonem
juga boleh dikataka sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi.Contohnya kata palu ,ianya
merupakan satu ujaran yang bermakna,atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi.
Kita juga boleh melihat melalui beberapa contoh lain:
1.Perkataan /tabah/ dan /tapah/ -Perkataan ini mempunyai lima unit bunyi terkecil
iaitu,/t/-/a/-/b/-/a/-/h/ dan unit ini adalah berfungsi. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem.Bila diganti
/b/ dengan /p/ maka tabah bertukar menjadi tapah.Oleh itu,b dan p dalah unit terkecil yang
berfunsi kerana unit itu membezakan unit ujaran.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
27/32
2.Perkataan /mata/ dan /maka/ -Perkataan ini mempunyai empat unit tercil iaitu ,/m/-/a/-
/t/-/a/ dan unit ini adalah berfungsi. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem.Bila diganti /t/ dengan /k /
maka mata bertukar menjadi maka.Oleh itu,btdan k adalah unit terkecil yang berfunsi kerana
unit itu membezakan unit ujaran.
Dalam Bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal iaitu /a/,/e/,/e/,/i/,/o/,/u/.makal fonem
konsonan pula terdiri daripada 25 fonem.
3.1. ALOFON
Setelah memahami apa itu fonem,seharusnya perlu diketahui pula fonem terdiri daripada
anggota fonem yang dipanggil alofon.Untuk menjelaskan lagi apa dia alofon kita boleh melihat
melalui pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-
dua perkataan itu,mempunyai makna yang berlainan.Ini dinamakan sebagai pasangan minimum
atau pasangan terkecil.Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling
minimum tadi tidak berbeza tidak berbeza maknanya,maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua
fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem.Keadaan ini disebut sebagai
variasi atau kelainan bunyi yang bebas.Banyak contoh yan boleh diberi antaranya:
1.Perkataan /faham/ dan /paham/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedeikit
berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama.Inilah yang dinamakan alofon.
2. Perkataan /bilik/ dan /bili?/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedikit
berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama.Inilah yang dinamakan alofon.
3.Contoh yan ketiga ialah bunyi pp dalam palu,lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan
lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna,tetapi dalam luap,bunyi p diujarkan sebagai
letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan.Oleh itu,fonem/p/ mempunyai dua
alofon.
4. CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL
Terdapat empat unsur suprasegmental dalam elemen Bahasa Melayu yang perlu
dipelajari.Ia adalah berbeza dengan unsur-unsur segmental kerana setiap satu bunyi adalah satu
segmen atau penggalan daripada arus tuturan.Kita menuturkan segmen-segmen dengan pelbagai
tingkat tekanan dan nada.Kita juga kadangkala berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan
kata dan diucapkan sama rata atau mendatar sahaja.Dalam suprasegmental terdapat empat cirri
suprasegmental iatu:
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
28/32
a)Tekanan
b)Nada
c)Jeda
d)Panjang-pendek
A)TEKANAN
Ciri suprasegmental yang pertama ialah tekanan.Unsur tekanan dihasilkan bersama
perkataan atau suku kata.Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang
menandakan keras atau lembutnya penyebutan suku kata tersebut.Lambang yang digunakan
untuk tekanan ialah //.Tekanan pada vocal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu.Selain
itu,bunyi vocal juga turut disebut dengan lantang dan panjang.Dalam bahasa Melayu tekanan
kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sessuatu perkataan.
Contohnya:a)[ki//ta]
b)[ba//pa]
c)[sa//tu].
B)NADA.
Ciri kedua suprasegmental ialah nada.Nada ialah unsure naik atau turunnya suara dalam
pengucapan ayat atau frasa.Nada ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah),2(biasa),3(tinggi),dan
4(tinggi sekali).Ayat Bahasa Melayu mempunyai pelbagai nada dan lagu.Contohnya,ayat berita
menggunakan nada yang menurun pada akhir ayat.,berlainan dengan ayat tanya yang
menggunakan nada yang tinggi diakhir ayat.Percakapan seharian terdiri daripada ayat-ayat yang
bersambung dan mempunyai nada yang berbeza.Antara contoh nada pada ayat-ayat dalam
Bahasa Melayu ialah:
1.Nada pada ayat perintah
a)pergi!
b)Pergilah
Bagi nada ayat perintah ,predikat lebih diutamakan daripada subjek.Contohnya dalam
ayat pergiadalah ringkasan daripada ayat awak pergi!.Dalam ayat asalnya,subjek atau kata
ganti nama diri yang kedua iaitu awak telah digugurkan dan akhirnya tinggal predikatnya
sahaja.Dalam ayat (a).perkataan pergi! Ditandakan dengan tingkat nada 2-3.Ini menjelaskan
bahawa tingkat nada meningkat pada suku kata akhir.Manakala dalam ayat (b) pula partikel-lah
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
29/32
telah digunakan dalam ayat perintah tersebut kepada tingkat yang lebih rendah pada akhir suku
kata.Nada ditandakan dengan tingkat nada 2-3-1.
C)JEDA
Jeda juga disebut sebagai persendian,iaitu unsure hentian yang memisahkan antara
unsure-unsur linguistic,sama ada perkataan,ayat atau rangkaikata.Lambang yang digunakan jeda
ialah #.Unsur ini boleh membezakan makna.
Contohnya:
1. [#saya makan nasi # emak?] adalah berbeza dengan [#Saya makan nasi emak?#].
D)PANJANGPENDEK
Fonem suprasegmental yang seterusnya ialah panjang pendek.Dalam Bahasa Melayu
panjang pendek tidak membezaakan sesuatu makna perkataann.Lambang bagi fonem ini ialah [:]
yang dinamakan mora.Lambang [:] beerti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora.Lambang
[: :] menunjukkan dua mora manakala lambang [.] adalah lambang bagi setengah mora.
5. KESIMPULAN
Sebagai rumusannya kajian fonologi dan fonetik melibatkan organ pertuturan manusia
secara lansung.Organ pertuturan manusia ini juga dikenalai sebagai alat artikulasi.Selain alat
artikulasi manusia satu unsure penting yang terlibat dalam proses penuturan manusia ialah
udara.Udara merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.Bunyi vocal atau
konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.Semua
bunyi vocal merupakan bunyi-bunyi bersuara dan bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada
yang tidak bersuara.Keadaan ini bergantung kepada keadaan pita suara,iaitu sekiranya keadaan
pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,maka getaran akan berlaku lalu terhasil
lah bunyi bersuara.Begitulah sebaliknya.
Selain dariapada bagaimana bunyi terhasil bidang kajian fonologi dan fonetik juga
merangkumi kajian terhada sifat-sifat bunyi bahasa tersebut.Contohnya kajian juga meliputi
bidang fonem serta sifatnya, alofon dan ertinya serta suprasegmental berserta cirri-cirinya.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
30/32
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
31/32
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
-
7/31/2019 Assigment Bahasa Melayu Sem 5
32/32
top related